SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, November 11, 2013

UMNO Online - “Formula Perhubungan Baharu Antara Kerajaan Pusat Dan Negeri Perlu Diperkenalkan – Raja Dr Nazrin Shah” plus 1 more

UMNO Online - “Formula Perhubungan Baharu Antara Kerajaan Pusat Dan Negeri Perlu Diperkenalkan – Raja Dr Nazrin Shah” plus 1 more

Link to UMNO Online

Formula Perhubungan Baharu Antara Kerajaan Pusat Dan Negeri Perlu Diperkenalkan – Raja Dr Nazrin Shah

Posted: 09 Nov 2013 11:14 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah supaya satu formula perhubungan dan orientasi baharu antara kerajaan Persekutuan dan negeri perlu diperkenalkan dalam orde politik baharu.

Baginda bertitah langkah itu penting untuk tidak menyulitkan penjawat awam dalam menyempurna tugas mereka dan memastikan rakyat tidak menjadi mangsa pertelingkahan politik.

raja_muda_perak_dymm_dr_nazrin_shah

Menurut baginda penjawat awam menghadapi dilema ketika memenuhi tanggungjawab untuk mengimbangkan kesetiaan di antara pihak berkuasa negeri dan Persekutuan terutama dalam kalangan mereka yang ditempatkan di negeri dikuasai kumpulan politik berlainan parti dengan kerajaan Persekutuan.

“Konsep Federalisme berasaskan Perkara-perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan wajib difahami dan dihormati. Kelainan politik di antara negeri dan Persekutuan jangan sampai menjejaskan hubungan warga hingga menyebabkan mereka bersifat parokial kenegerian dan menghindar daripada tercapainya semangat muafakat dan hasrat berpadu.

“Perlu ada garis yang jelas di antara hubungan yang dipengaruhi kekangan politik, atas dasar parti dengan parti, dibezakan dengan hubungan kerja, antara kerajaan dengan kerajaan,” titah baginda dalam ucaptama pada Kongres Profesor Negara Kedua anjuran Majlis Profesor Negara di sini, hari ini.

Raja Nazrin bertitah sifat profesional iaitu sifat berkecuali perkhidmatan awam adalah penting untuk memastikan tataurus pentadbiran berteraskan undang-undang dipatuhi terutama melibatkan wang negara.

Titah baginda perkhidmatan awam wajib mengamalkan prinsip yang tidak bersekongkol dengan amalan yang salah.

“Perkhidmatan awam sewajarnya menjadikan teladan akan sifat kebijaksanaan Bendahara Melaka yang dapat membezakan antara yang betul dengan yang salah, antara keadilan dengan kezaliman, sebelum melaksanakan sesuatu arahan.

“Perlu ada disiplin pemisah antara kesetiaan kepada negara, kesetiaan kepada warga dengan kesetiaan kepada individu,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut bertitah amalan mengetepikan status negeri adalah amalan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati kedaulatan Raja dan tidak menghormati Institusi Yang Dipertua Negeri.

Raja Nazrin juga bertitah tema Hari Kebangsaan yang ditetapkan peringkat nasional sepatutnya diikuti oleh negeri-negeri.

Baginda menganggap negeri yang memilih tema sambutan berbeza dengan peringkat nasional adalah amat tidak sihat dan hendaklah dihentikan.

“Hari Kebangsaan adalah hari memperingati peristiwa bersejarah negara. Sambutan Hari Kebangsaan adalah peristiwa melambangkan penyatupaduan.

“Warga hendaklah memisahkan emosi ketaksuban politik dengan peristiwa paling bersejarah dan paling bermakna kepada negara,” titah baginda.

Raja Dr Nazrin juga bertitah penyatupaduan nasional adalah satu kemestian bagi sesebuah negara demi memastikan kelangsungan hayat sesebuah negara.

Bagi mengolah formula penyatupaduan, baginda mengajak rakyat mengimbas kembali peristiwa 10 Julai 1957 ketika Tunku Abdul Rahman atas nama Ketua Menteri membentangkan usul penggubalan perlembagaan di Majlis Perundangan Persekutuan.

“Ketika menyusun langkah ke arah mencapai impian gemilang, imbaslah kembali memori lama, selaras dengan kata pedoman orang tua ‘tersesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan.

“Negara ditubuhkan dan warga disatukan, berpaksikan semangat penyatuan dalam kepelbagaian; semangat yang termaktub dalam dokumen penting, dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.

Baginda bertitah untuk mengolah formula penyatupaduan itu, ia memerlukan kesediaan berundur sebelum mara, memerlukan keberanian menerima realiti dan ketegasan mempertahankan prinsip.

“Perlembagaan hendaklah kekal ditafsirkan berasaskan semangat yang menghormati kata sepakat yang telah dipersetujui,” titah baginda.

Kongres dua hari itu yang bertemakan `Gagasan Penyatupaduan Nasional’ disertai 600 profesor dari pelbagai bidang menghadiri kongres selama dua hari itu yang membincangkan lima topik utama iaitu konsep dan cabaran penyatupaduan nasional; keadilan dan sosioekonomi; sains dan pendidikan; jati diri dan patriotisme serta globalisasi dan ketahanan nasional.

Resolusi kongres itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penutupan kongres malam ini. – MediaUMNO

Najib Komited Bangunkan Langkawi Ke Tahap Tertinggi

Posted: 09 Nov 2013 10:42 PM PST

LANGKAWI, 10 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau komited untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata bagi mencapai hasrat itu, Langkawi memerlukan pelaburan dan jenama besar bagi menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi.

“Sudah tiba masa meneruskan misi Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana Menteri) untuk Langkawi. Banyak kejayaan yang telah dicapai..dan kita perlu membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita perlu beberapa pelaburan yang kukuh ..jenama kelas tinggi perlu ada di Langkawi. Satu pendekatan baharu, untuk membawa Langkawi ke satu tahap…setaraf dengan Bali, Monaco dan tempat-tempat lain, apa yang kita panggil destinasi percutian nautika…Kemewahan! Itulah konsepnya, kita mahu Langkawi menjadi antara (destinasi) yang terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis pecah tanah Hotel St. Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Pengerusi Kumpulan Rajawali Tan Sri Peter Sondakh dan ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Tan Sri Khalid Ramli.

Najib berkata ketika beliau melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi pada 2011, sasarannya adalah untuk mendapatkan tiga juta pelancong setahun menjelang 2015. Bagaimanapun untuk tahun ini sahaja jumlah kehadiran pelancong sudah mencapai 3.6 juta.

“Kita memerlukan pelancong yang boleh berbelanja mewah juga…Mesti ada dalam kepala pelancong dari setiap pelosok dunia, mereka yang boleh berbelanja dan menghebahkan kepada dunia bahawa Langkawi adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Oleh itu beliau berkata apabila siap pada tahun 2015, resort nautika bersepadu yang terdiri daripada Hotel St Regis Langkawi yang mempunyai 84 bilik dan 11 villa serta LICC itu merupakan satu bentuk kemudahan pelancongan yang indah, yang begitu ikonik, yang kesan impaknya besar bukan sahaja kepada Langkawi tetapi Malaysia secara keseluruhannya.

Najib juga berharap apabila kedua-dua kemudahan itu siap kelak ia dapat digunakan pada sidang kemuncak Asean 2015 yang dijangka berlangsung pada April 2015. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT