SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, November 14, 2013

UMNO Online - “Cukai Pintu Tidak Akan Naik Secara Mendadak – Tengku Adnan” plus 9 more

UMNO Online - “Cukai Pintu Tidak Akan Naik Secara Mendadak – Tengku Adnan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Cukai Pintu Tidak Akan Naik Secara Mendadak – Tengku Adnan

Posted: 13 Nov 2013 04:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memberi jaminan bahawa kadar baharu cukai pintu di sekitar ibu kota tidak akan dinaikkan secara mendadak.

Beliau juga menafikan dakwaan beberapa Anggota Parlimen pembangkang bahawa kadar baharu itu akan melonjak lebih 200 peratus berbanding kadar sekarang.

Katanya, keputusan berkenaan dengan kadar baharu itu belum muktamad dan notis penyelarasan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.

Kenaikan itu perlu memandangkan cukai pintu sudah tidak dinaikkan selama 21 tahun manakala harga hartanah di bandar raya ini telah melonjak tinggi dalam dua dekad ini, jelasnya.

“DBKL hanya ingin mendapatkan maklum balas daripada penduduk sama ada kadar yang dicadangkan itu boleh diterima ataupun tidak dan mereka dikehendaki menjawab maklum balas itu sebelum 16 Disember ini,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pencelahan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang mendakwa ada penghuni di kawasan itu telah mengadu bahawa kadar baharu yang dijangka dilaksana Januari tahun depan, meningkat lebih 200 peratus.

Tengku Adnan berkata perbincangan juga akan dibuat untuk melihat sama ada akan melanjutkan tempoh mendapatkan maklum balas.

Sektor Awam Perlu Jadi Kumpulan Berinovatif – PM

Posted: 13 Nov 2013 04:07 AM PST

PUTRAJAYA, 13 Nov -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor awam supaya berani menolak pemikiran statik, jumud dan beku untuk menjadi kumpulan yang berinovatif.

Dalam sektor awam, beliau berkata pemikiran tidak seharusnya tersekat, sebaliknya mereka harus mampu merealisasikan pemikiran secara inovatif dan kreatif.

Sambil memberi contoh, beliau berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), penambahan hasil kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan penyenaraian IPO Felda yang ketiga terbesar di dunia merupakan antara inovasi kerajaan.

“Sejak inovasi diberi perhatian, sektor awam telah menjadi responsif.

“Selama ini, kita fikirkan mereka dalam sektor awam mungkin lebih cenderung untuk berfikir secara konvensional dan ortodoks tetapi apabila kita jadikan inovasi sebagai satu cabaran, sektor awam telah menunjukkan kebolehan berfikir secara inovatif,” katanya pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 di sini Rabu.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Wira Omar Kaseh.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 yang dimenangi Mercy Malaysia kepada presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus. Pemenang menerima wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil.

Najib berkata inovasi dan kemampuan untuk berinovatif tidak dimonopoli mana-mana pihak, termasuk saintis yang menjalankan penyelidikan.

“Inovasi boleh dipupuk, dibangunkan dalam sektor awam kerana apabila kita melakukan perkara-perkara ini, dua kemungkinan akan berlaku.

“Yang pertama, rakyat akan mendapat kepuasan lebih. Mereka akan melihat sektor awam benar-benar responsif dan berkesan, komited untuk kesejahteraan rakyat.

“Yang kedua, kejayaan sektor awam akan memberi kesan kepada perkembangan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan peningkatan ekonomi negara kita,” katanya.

Untuk menjadi sebuah negara maju, Najib berkata Malaysia perlu beralih daripada pelaburan berteraskan input kepada ekonomi berteraskan pengetahuan dan seterusnya sebuah ekonomi yang dipacu oleh inovasi.

“Sekiranya kita terus bergantung kepada pelaburan berteraskan input, kita tidak akan mencapai tahap peningkatan yang ketara atau lonjakan berganda yang meletakkan kita ditarif sebagai negara maju.

“Sehubungan itu, kerajaan menekankan betapa pentingnya inovasi untuk diterapkan bukan sahaja dalam sektor swasta tetapi juga awam pada keseluruhannya,” katanya.

Najib juga mahu Malaysia yang kini menduduki tangga ke-32 dalam Indeks Inovasi Global 2013 yang menyenaraikan 142 buah negara, terus memperbaiki kedudukan pada masa akan datang

Hampir 5.9 Juta Kereta Tempatan Dijual Setakat September – Mustapa

Posted: 13 Nov 2013 04:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov -  Sejak 1985 hingga September lepas, hampir 5.9 juta kereta yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kereta tempatan, dijual.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata daripada jumlah itu PROTON Holdings Bhd (Proton) memperkenal 18 model dengan jualan mencecah hampir 3.6 juta unit sejak ia ditubuhkan pada 1985.

“PERODUA pula menjual hampir 2.4 juta kenderaan dalam tempoh 1994 hingga September 2013. Sebanyak sembilan model kenderaan telah diperkenalkan,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di lobi Parlimen, di sini Rabu.

Lim Lip Eng (DAP-Segambut) bertanyakan senarai model kereta keluaran Proton dan Perodua mengikut tahun keluaran dan jumlah jualan setiap model setakat Oktober lepas.

Mustapa berkata model Proton Iswara, yang dijual bermula 1985, mencatat jualan tertinggi iaitu 1,139,994 juta unit, diikuti Wira (952,216), Perdana (77,178), Satria (96,765) dan terendah Suprima S (835).

“Model kancil Perodua, yang dikeluarkan bermula 1994, mencatat jualan tertinggi iaitu 708,527 unit, diikuti Myvi (703,094), Viva (406,995) dan terendah Nautica (489),” katanya.

Mustapa berkata industri automotif tempatan merupakan sektor penting dan strategik yang boleh mempercepatkan proses perindustrian sesebuah negara.

“Kerajaan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada Proton dan Perodua sebagai projek nasional yang menyumbang ke arah pembangunan industri automotif tempatan,” katanya.

Makin Lama Berpakat, Makin Banyak Tembelang Pembangkang Terdedah

Posted: 13 Nov 2013 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov. – Pakatan pembangkang terbukti adalah parti yang bersatu atas nama populariti dan bukannya berdasarkan kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat keseluruhannya sebagaimana Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO bersama parti-parti kompenan lain, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Katanya, ekoran matlamat yang terpesong daripada tujuan asal maka apa sahaja yang dilaksanakan oleh pakatan pembangkang yang dianggotai Pas, PKR dan DAP adalah bertumpu kepada agenda peribadi semata-mata.

hadi_anwar_kit

"Bayangkan sudah berapa tahun ikatan pakatan pembangkang terjalin namun malangnya sehingga ke hari ini mereka masih lagi tidak berani untuk berdaftar sebagai satu pertubuhan yang sah atas satu kesatuan sebagaimana BN yang menyatukan 13 parti, inikan pula hanya tiga parti sahaja," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, dalam banyak perkara pakatan pembangkang tidak sehaluan namun lantaran idealogi dan matlamat mereka yang bertentangan dengan BN maka Pas, DAP dan PKR bersatu hanya untuk satu tujuan iaitu menumbangkang kerajaan BN.

"Pakatan pembangkang ini tidak kiralah sama ada mereka ini bersatu atau tidak terikat dengan mana-mana ikatan pun, sememangnya mereka suka mengangguk di air keruh, mengambil kelemahan BN yang sedikit untuk dijadikan propaganda kepada populariti kepada mereka sendiri atau memanipulasikan dasar BN sebagai isu.

"Kita lihat bagaimana pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada BN, dalam pilihan raya dituduh tidak telus, tidak adil, ada kroni, nipotisme, tidak demokratik dan macam-macam lagi namun akhirnya masa yang berlalu menjadi cermin kepada mereka sendiri untuk dilihat oleh rakyat keseluruhan bahawa kenyataan terbabit lebih sesuai kepada pakatan pembangkang sendiri."

Bidasnya, pakatan pembangkang menafikan tempelak yang mereka lemparkan kepada BN kerana akhirnya mereka sendiri yang mendapat aib hasil daripada kreativiti mereka mencipta propaganda.

"Mereka kata BN kroni dan amal nipotisme tapi hari ini siapa boleh nafikan bahawa sememangnay DAP dan PKR sendiri yang amalkan sikap sedemikian sebagaimana parti yang dikuasai oleh anak beranak Karpal Singh dan Lim Guan Eng dalam Dap dan dalam PKR pula keluarga Anwar Ibrahim mendominasi jawatan tertinggi parti.

"Pembangkang tuduh BN tidak bersih, pilihan raya tidak telus sehinggakan adakan demonstrasi namun sebenarnya yang tidak bersih adalah dalam pakatan pembangkang itu sendiri, contohnya DAP yang pengerusinya, Karpal Singh minta mansuhkan parti berasaskan agama sedangkan sepatutnya mereka hapuskan dulu parti serpihan dari negara asing yang mereka dukung.

"Di Malaysia ini memang wujud pelbagai kaum, pelbagai bangsa dengan kelainan dari tatacara dan budaya yang kesemuanya bersatu dalam satu gabungan sebagaimana BN mengandungi parti-parti politik dari bangsa Melayu, Cina, India dan etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak."

Tegasnya, sikap 'pilih bulu' pemimpin pembangkang yang hanya bersangka baik kepada anggota mereka sendiri sebaliknya memandang negatif terhadap apa jua inisiatif yang dilaksanakan BN selaku kerajaan adalah contoh bahawa pembangkang tidak realistik.

"Sebelum mereka tuding jari terhadap BN sewajarnya mereka muhasabah diri sendiri dengan melihat kepada apa yang telah berlaku malah terbaru di PRK Sungai Limau adalah contoh terbaik bagaimana kempen jahat pembangkang terbongkar hasil ketaksuban mereka melakukan 'superimpose' walhal sebelum ini tuduhan terbabit mereka lemparkan kepada BN."

Ujarnya lagi, dalam laman sosial juga banyak mendedahkan bagaimana sifat nista pakatan pembangkang yang lebih gemar mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kerajaan tanpa melakukan penilian dan pertimbangan dengan wajar.

"Cara berpolitik sedemikian adalah gambaran jelas bahawa pembangkang tidak pernah serius terhadap permasalahan rakyat sebaliknya keutamaan mereka adalah terhadap kuasa, pangkat dan kedudukan semata-mata," tambahnya lagi. - MediaUMNO

Erti Demokrasi Dalam DAP Ialah Semua Ahlinya Mesti Jadi Pak Turut

Posted: 13 Nov 2013 02:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov –Setiausaha Agung Demokratic Action Party(DAP), Lim Guan Eng terus mendapat kritikan daripada ahli-ahli parti itu sendiri apabila beliau hari ini disifatkan oleh ahli dan pemimpin diperingkat akar umbi parti itu sebagai pemimpin yang tidak boleh ditegur dan tidak suka menerima kritikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, teguran berterusan dari ahli dan pemimpin peringkat akar umbi parti tersebut menggambarkan secara jelas bahawa Lim Guan Eng bersikap seperti diktator yang cuba menguasai parti tersebut dan tidak suka apabila dikritik.

"Apa yang jelas, ahli-ahli DAP di peringkat akar umbi kini sudah mulai jelak dan menyampah melihat sikap Lim Guan Eng yang sudah mulai angkuh dan sombong sehingga tidak boleh ditegur, bak kata pepatah seperti kaduk naik junjung.

"Jika dulu, mungkin mereka (ahli DAP) tidak berani bersuara, tetapi hari ini tidak lagi. Apa yang saya lihat, selepas pemilihan CEC yang penuh dengan  kontroversi itu, beliau secara berterusan terus dikritik oleh ahli-ahli partinya di peringkat akar umbi," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Lim-Kit-Siang-and-Lim-Guan-Eng-Rasis-Cauvinis-Kaum-Cina

Beliau seterusnya meminta agar selepas ini, Lim Guan Eng berhenti  membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO yang seringkali didakwanya sebagai sebuah parti yang dipimpin secara kuku besi dan tidak memberikan kebebasan bersuara kepada ahli-ahli diperingkat akar umbi.

"Hari ini sudah terbukti bahawa pemimpin UMNO sepuluh kali lebih demokrasi dan bersifat terbuka berbanding dengan DAP yang boleh disifatkan sebagai parti anak beranak dinasti Lim dan Karpal, dan tidak terbuka di mana mana-mana ahli atau pemimpin yang tidak selari pendapat dengan kepimpinan tertinggi akan dicantas.

"Beliau sepatutnya selepas ini tidak usah sibuk-sibuk hal parti orang lain tetapi perbetulkan diri serta kepimpinannya yang kini semakin lama semakin tidak digemari di dalam DAP. Saya yakin sekiranya beliau berterusan bersikap seperti tokong di dalam DAP, maka Guan Eng akan bakal menjadi liabiliti kepada DAP satu hari nanti," ujarnya.

Kelmarin bekas Pengerusi DAP Cawangan Kampung Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa mana-mana ahli atau pemimpin yang mempunyai pandangan yang berbeza atau yang berani menegur kesilapan Lim Guan Eng, akan berhadapan dengan risiko dipecat.

Kata beliau lagi, DAP kini cuba untuk menjadikan pemimpin serta ahli-ahli parti tersebut sebagai 'pak turut'  yang hanya mengikut telunjuk tanpa memberikan ruang dan peluang kepada ahli dan pemimpin untuk mengkritik atau menegur sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi parti tersebut. -MediaUMNO

Bawa Suara Dan Kehendak Rakyat Di Perhimpunan Agung UMNO – Badruddin

Posted: 13 Nov 2013 02:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov – UMNO adalah sebuah parti perjuangan, bukannya perdagangan. Maka oleh itu, pikullah tanggungjawab diberi dengan penuh rasa amanah agar UMNO terus menjadi sebuah parti yang digeruni, disayangi serta boleh disandarkan harapan oleh pelbagai bangsa.

Begitulah harapan yang diluahkan oleh Pengerusi Tetap Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri  Badruddin Amiruldin ketika diminta mengulas mengenai harapannya terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung Disember ini.

P

Tambah Badruddin, UMNO baru sahaja melalui satu proses pemilihan yang cukup bersejarah di mana buat pertama kalinya akar umbi diberi hak untuk menentukan pucuk pimpinan parti dan ini adalah satu sistem yang amat terbuka berlandaskan demokrasi.

"UMNO adalah sebuah parti yang mendukung kepimpinan perjuangan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, mereka yang menawarkan diri untuk bertanding di Pemilihan UMNO baru-baru ini dan telah berjaya haruslah berkhidmat kerana Allah berlandaskan perlembagaan parti dan juga negara.

"Saya amat berharap agar mereka yang telah dipilih ini tidak akan mengecewakan perwakilan yang telah memilih mereka. Jadi, pikullah tanggungjawab diberi dengan rasa penuh tanggungjawab. Ini satu amanah yang besar dan jangan memperdagangkannya," ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi, Pemilihan UMNO juga telah menyaksikan satu transformasi dengan terpilihnya calon-calon muda dan baru sebagai pemimpin.

Oleh itu tambahnya, setiap pemimpin baru yang telah terpilih haruslah berganding bahu bersama pemimpin lama yang masih kekal agar UMNO terus mantap.

Beliau turut melahirkan harapan kepada setiap bakal jurucakap di Perhimpunan Agung UMNO kelak agar membawa suara dan kehendak rakyat agar ianya didengari dan dapat dibincangkan malah secara tidak langsung ianya dapat memupuk rasa sayang yang lebih mendalam kepada parti.

"Jangan lupa untuk bercakap mengenai trasnformasi politik yang telah di bawa UMNO agar ahli UMNO sedar bahawa perjuangan UMNO tidak pernah berubah walaupun melalui proses trasformasi. Ianya adalah untuk memantapkan parti agar UMNO terus menjadi parti yang mendukung kepada kepimpinan sediada.

"Tidak guna kita menjadi sebuah parti yang besar sekiranya kita tidak memerintah. Semangat cintakan parti dan semangat juang berlandaskan perjuangan demi, agama bangsa dan negara harus terus disemat di hati setiap ahli UMNO kita terus kukuh," jelasnya lagi. – MediaUMNO

National Auto Industry Must Be Sustained, Says Mahathir

Posted: 13 Nov 2013 01:48 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 13 – The national auto industry needs to be sustained if Malaysia is to have a positive balance of trade,” says former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He noted that there would be a RM12 billion outflow from the country if all cars are imported, and at the same time, certainly increase the trade deficit.

“The national car has clearly contributed much towards reducing Malaysia’s trade deficit and helped in the establishment of engineering industries, extending well beyond automobile manufacturing.

“It has also helped qualify Malaysia as a developed country which requires a high level of industrialisation, sophistication of economy and per capita income,” he added.

Dr Mahathir, who is also the Proton Advisor, said the national car maker, while not earning much money from exports, had still helped the country by preventing an outflow of money, through the purchase of foreign cars.

Speaking at a special luncheon in conjunction with the 4th Kuala Lumpur International Automotive Conference here today, he said of the 600,000 units of cars sold annually, half the number was locally made.

“Assuming an average price of RM40,000 per unit, the total sales value would be about RM12 billion. This additional amount will be an outflow out if all cars are imported.

“Taking everything into consideration, Proton has contributed much towards the nation’s economy and its development,” Dr Mahathir added.

Bank Data Harga Barangan Dan Perkhidmatan

Posted: 13 Nov 2013 01:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Satu bank data akan diwujudkan bagi menggumpul maklumat harga barangan dan perkhidmatan masa kini untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata data itu boleh membantu kerajaan memantau sekiranya ada peniaga cuba meraih keuntungan melampau kelak.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasaan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Hasan berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan adalah mencukupi untuk mengawal dan memantau supaya harga barangan dan perkhidmatan tidak meningkat dengan melampau apabila GST dilaksanakan April 2015 nanti.

Katanya, kempen penerangan kepada rakyat mengenai pelaksanaan GST diteruskan supaya rakyat faham mengenai cukai itu yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

GST ditetapkan pada kadar enam peratus.

Jumlah Penagih Dadah Golongan Belia Menurun – Rohani

Posted: 13 Nov 2013 01:06 AM PST

PUTRAJAYA, 13 Nov - Statistik penagih dadah golongan belia yang dikesan dari Januari hingga Julai tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata jumlah penagih belia pada tahun ini ialah 2,242 iaitu 70.4 peratus dari jumlah keseluruhan penagih, seramai 3,185 orang.

“Jumlah penagih tahun lepas ialah 3,767. Golongan belia didefinasikan berumur antara 16 hingga 39 tahun,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Program Bual Bicara Kenali anak kita peringkat kementerian serta Majlis menandatangani memorandum kerjasama antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih)di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Noorul Ainur Mohd Nor, Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar serta Yang Dipertua Pengasih, Datuk Yunus Pathi serta penyanyi Datuk Jamal Abdillah.

Beliau berkata antara faktor penurunan itu ialah keberkesanan program yang dijalankan kementerian dalam memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai bahaya dadah.

Terdahulu dalam ucapannya, Rohani berkata jurang perbezaan antara remaja dan ibu bapa perlu diuruskan dengan bijaksana kerana ia amat mempengaruhi hubungan kekeluargaan terutamanya melibatkan komunikasi dalam keluarga.

“Komunikasi yang baik dan harmoni di dalam keluarga merupakan pemangkin kepada kasih sayang dan kesejahteraan keluarga, ini semua akan lebih mudah dicapai sekiranya ibu bapa memahami dan mengetahui personaliti dan perkembangan anak remaja mereka,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga perlu menjadi model peranan atau contoh teladan yang baik kepada anak-anak.

Dalam perkembangan lain, Rohani menggalakkan supaya taska sektor korporat yang berdaftar dengan kementerian diperbanyakkan lagi untuk meningkatkan semangat bekerja di kalangan wanita.

“Bila ibu bapa berasa selamat dengan persekitaran tempat anak-anak mereka dijaga maka akan meningkatkan keyakinan serta semangat mereka bekerja,” katanya.

Politik Bermusim Tidak Mampu Bertahan Di Sabah – Jamawi

Posted: 13 Nov 2013 01:03 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Nov – Politik bermusim parti-parti pembangkang di Sabah bukan sahaja dilihat tidak diterima oleh rakyat negeri itu pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi rupa-rupanya telah menular di kalangan wakil rakyat mereka sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar berkata perkara itu dapat dilihat setelah berlakunya penghijrahan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) PKR dan DAP di Sabah baru-baru ini.

jamawi tenom umno bn

Menurut beliau gaya retorik yang hanya sekadar mahu memancing undi berbanding dengan apa yang direncanakan oleh kerajaan negeri yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan parti pembangkang di Sabah retak menunggu belah.

"Mungkin pengalaman bergelumang di dalam parti pembangkang secara lebih dekat memberi kefahaman yang jelas kepada adun-adun terbabit bagaimana hala tuju serta perancangan parti-parti pembangkang berkenaan.

"Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan syabas kepada ADUN pembangkang yang berani bertindak demi manfaat serta kepentingan penduduk di kawasan yang mereka wakili. Langkah mereka amat tepat sekali," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tambah Jamawi lagi mesej besar dan tersirat daripada apa yang berlaku itu perlu dikongsi  dan ianya bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada pimpinan negeri malah kepada pimpinan pusat parti pembangkang.

"Tersiratnya mesej daripada apa yang berlaku itu ialah gaya retorik serta perjuangan politik bermusim tidak akan ke mana.

"Sebaliknya rakyat mahukan sebuah parti yang benar-benar berkesan. Bagi saya itulah mesej yang cukup penting dan apa pun pembangkang di Sabah menuju kehancuran. Apa yang dilontarkan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, bongkak dan angkuh tetapi inilah realiti… inilah hakikat dan inilah senario di Sabah,” ujaynya.

Sebelum ini, ADUN kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Kadamaian Jeremmy Malajad bertindak  keluar PKR berkuat kuasa pada Isnin lalu.

Terbaru, pada Jumaat,  ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan  pula mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu, berkuat kuasa serta-merta . -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT