SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, November 25, 2013

UMNO Online - “PENA Jadi Landasan Perjelas Perancangan Kerajaan Secara Terus Kepada Rakyat – Peserta” plus 3 more

UMNO Online - “PENA Jadi Landasan Perjelas Perancangan Kerajaan Secara Terus Kepada Rakyat – Peserta” plus 3 more

Link to UMNO Online

PENA Jadi Landasan Perjelas Perancangan Kerajaan Secara Terus Kepada Rakyat – Peserta

Posted: 24 Nov 2013 01:47 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) yang bermula hari ini dilihat sebagai satu usaha yang baik dan berkesan dalam usaha kerajaan untuk memberikan penerangan berhubung tiga perkara utama iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Bajet 2014 dan juga program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, yang kini sedang dimanipulasi oleh pihak pembangkang.

Rata-rata peserta yang menghadiri seminar yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, yang terdiri daripada pemimpin politik, NGO dan masyarakat memberikan respon yang baik serta berharap agar kerajaan meneruskan seminar penerangan seperti ini ke peringkat akar umbi masyarakat, bagi memperjelaskan isu dan perancangan kerajaan berhubung tiga perkara tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Zohdi, seminar ini merupakan satu usaha yang sangat baik bagi memberikan penerangan tentang usaha dan perancangan kerajaan kepada rakyat diperingkat akar umbi.

"Saya fikir program seperti ini mesti diperbanyakkan lagi supaya pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi boleh mendengar penjelasan dari pihak kerajaan berhubung isu-isu semasa, terutamanya isu berkaitan dengan GST yang kini banyak dimanipulasikan oleh pihak pembangkang.

"Setelah mendengar penerangan dari seminar ini, kita sedar banyak isu-isu yang telah dimanipulasikan dan telah disalah faktakan terutama dari pihak pembangkang. Dan saya fikir, pasukan komunikasi samada di peringkat kementerian mahupun UMNO sendiri mesti menjalankan tugas dengan lebih konsisten dan menyeluruh untuk memastikan informasi dan penjelasan seperti ini sampai ke peringkat akar umbi," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

najib-seminar-pena-pemerkasaan-ekonomi-nasional-jelajah-gst-polisi-kerajaan

Seorang pekerja swasta, Izhan Idris, 32, berpendapat bahawa seminar seperti ini amat baik apabila kerajaan secara lansung dapat memberikan maklumat yang menyeluruh secara holistik kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

"Apabila menyentuh aspek GST, ramai dikalangan rakyat di negara ini tidak begitu faham apa tujuan sebenar kerajaan mewujudkan sistem cukai tersebut. Dan melalui seminar ini, saya yakin lebih 90 peratus dari mereka yang hadir kini faham melalui penerangan YAB Perdana Menteri, bagaimana sistem cukai ini akhirnya digunakan untuk memberikan manfaat kepada rakyat semula," ujarnya.

Wan Mohd Yusof Wan Abdullah, 51, wakil daripada gabungan NGO turut berkongsi pandangan yang sama di mana usaha penerangan melalui seminar seperti ini amat baik dan ianya perlu diteruskan untuk memberikan penjelasan serta info yang sebenar kepada masyarakat akar umbi di seluruh negara.

"Buat masa ini terlalu banyak benda-benda yang negatif yang digambarkan oleh pihak pembangkang, khususnya berhubung isu GST. Tetapi hari ini, apabila saya hadir dan mendengar penjelasan kerajaan di dalam seminar ini,  barulah saya faham apa itu GST dan mengapa kerajaan melaksanakan sistem percukaian tersebut.

"Saya rasa seminar seperti ini perlu diteruskan sehingga rakyat di peringkat akar umbi, khususnya yang duduk di luar bandar faham akan hasrat dan niat sebenar kerajaan serta sekaligus menjawab kembali perkara-perkara negatif yang ditimbulkan pembangkang untuk mengelirukan rakyat," katanya.

Bagi Suriani Binti Yusuf wakil daripada Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia berpendapat program seminar seperti ini amat diperlukan agar segala penjelasan yang sebenar dari pihak kerajaan dapat disampaikan kepada seluruh rakyat di peringkat akar umbi.

"Bagaimana pun, saya berpendapat cara dan corak penyampaian kena disesuaikan dengan keadaan setempat. Contohnya kepada orang-orang kampung misalnya, ia perlu diterangkan dengan lebih ringkas agar mudah difahami oleh mereka.

"Secara keseluruhannya, program ini amat bagus dan perlu diteruskan. Ini kerana, hari ini begitu banyak salah faham dan persepsi negatif yang timbul di kalangan rakyat akibat daripada manipulasikan pembangkang yang cuba memberikan gambaran buruk terhadap usaha kerajaan dalam memperkasakan ekonomi negara," jelasnya.

Manakala menurut Presiden Pertubuhan Kebangsaan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia), Datuk Ab Malek Ranting, program seperti ini perlu diteruskan dalam usaha untuk menjawab isu-isu yang seringkali di manipulasi oleh pihak pembangkang.

"Saya harap program seperti ini dapat diteruskan secara berkala. Penerangan dan informasi seperti ini amat penting kerana ia dapat memperjelaskan segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh pembangkang terhadap sebarang program dan usaha kerajaan hari ini.

"Dengan adanya program seperti ini maka rakyat boleh mendapat info sebenar secara terus dari pihak kerajaan dan tidaklah mereka membuat kesimpulan sendiri berdasarkan info dan dakwaan negatif pembangkang selama ini. InsyaAllah saya yakin, sekiranya program ini dapat dijalankan secara berterusan, maka akan memahami dasar dan program kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini," ujarnya.

Elak Bayar Cukai Dianggap Pengkhianat Negara, Kata Najib

Posted: 24 Nov 2013 01:47 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

“Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

“Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini,  dengan ini negara kita akan lebih berjaya,” katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

“Kebaikannya ialah kita akan mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara dan rakyat akan lebih bahagia kerana berdasarkan sumberlah, negara akan menjadi maju,” katanya.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan Negara terutamanya dalam membangunkan kemudahan infrastruktur.

“Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan dalam sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara di mana kampung-kampung tradisional, bandar-bandar kecil bertukar wajah.

“Kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti yang baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

“Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita akan menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini,” katanya.

Najib turut membidas pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara termasuklah ada ketikanya menentang pelaksanaan GST tetapi kemudian menyokongnya kembali dengan syarat ia dilaksanakan setelah kerajaan menutup semua ketirisan.

“Kita tadbir negara mestilah ada `sense of responsibility’, kita akui mungkin ada ketirisan tetapi kita mempunyai iltizam untuk memperbetulkan sebab itu kita bentangkan secara umum Laporan Audit, mana ada negara yang sempurna,” katanya.

Mengenai agenda pemerkasaan Bumiputera, beliau berkata ia menjadi agenda nasional bagi memastikan kelompok Bumiputera dapat berkongsi kekayaan Negara secara adil dan saksama.

Seminar sehari yang dianjurkan Sekretariat Pena itu bertujuan member kefahaman dan penerangan mengenai GST, intipati Bajet 2014 dan agenda pemerkasaan Bumiputera.

 

No Action Yet On Parties Questioning Establishment Of M’sia – Wan Junaidi

Posted: 23 Nov 2013 10:29 PM PST

KUCHING, Nov 24 – The Home Ministry has not decided to take stern action against any party calling for a review of the agreement which led to the formation of Malaysia, said                Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

He said to date no individuals had been called for investigation over their statements which touched on the 18-point Sarawak and 20-point Sabah agreements.

Speaking to the media after opening a Crime Prevention Programme with Kampong Santubong Residents about 30km here, Wan Junaidi said several members of Parliament were also involved in raising the matter in the Dewan Rakyat.

“Now I am only warning them on the scope and limitations of their speech so as not to go overboard,” he said.

According to him, attempts to revive the agreement issue if not handled well could lead to disharmony in the country.

Pas Pun Gagal Pastikan Kelancaran Pemilihan – Khairy

Posted: 23 Nov 2013 10:13 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ketua Pemuda UMNO  Khairy Jamaluddin hari ini berkata Pas gagal memastikan kelancaran pemilihannya pada Muktamar Ke-59 parti itu apabila memerlukan dua hari untuk mengira semula undi bagi jawatan Naib Presiden.

Beliau berkata ini menunjukkan parti-parti pembangkang DAP dan Pas gagal membuktikan proses pemilihan parti mereka berjalan lancar tetapi masih mahu mempersoal proses pemilihan parti-parti lain terutamanya UMNO.

“Bagaimana nak percayakan DAP dan Pas? Mereka gagal buktikan proses pemilihan parti sendiri yang tidak dapat berjalan dengan lancar…nak kira undi 1,000 lebih orang pun ambil masa dua hari.

“Janganlah nak ‘lecture’ kita dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tentang proses pemilihan yang telus sedangkan (pemilihan) parti sendiri pun tak dapat nak kendalikan, ‘this is a shame’,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan ‘Batik Fun Walk 2013′ anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pas Asmuni Awi mengumumkan pengiraan semula perlu diadakan bagi jawatan Naib Presiden apabila keputusan menunjukkan saingan rapat antara calon-calonnya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT