SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, November 28, 2013

UMNO Online - “Spying Should Not Have Taken Place In Asean – ATM Chief” plus 9 more

UMNO Online - “Spying Should Not Have Taken Place In Asean – ATM Chief” plus 9 more

Link to UMNO Online

Spying Should Not Have Taken Place In Asean – ATM Chief

Posted: 27 Nov 2013 05:34 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 27 – Resorting to spying activities to obtain secret information of neighbouring countries should not have taken place, especially among countries which valued good ties such as Asean, notes Armed Forces Chief General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

“Spying should not have happened, what’s more among friends, and in fact, all these problems should be settled in the spirit of Asean,” he said.

He was speaking at a media conference after closing the 11th High Level Committee Malaysia-Indonesia (HLC-MALINDO) conference here today.

A news portal recently reported that secret documents leaked by United States whistleblower Edward Snowden revealed that Singapore assisted a foreign intelligence network involved in spying on Malaysia.

In this regard, a group of 30 Malay rights group Perkasa members handed over a protest memorandum on spying carried out by Singapore to its high commissioner here.

Garbed in black and bearing the group’s flag, the delegation led by Perkasa youth chief Irwan Fahmi Ideris arrived about 2.30pm before handing over the memorandum to a high commission officer.

He commended the foreign ministry for taking quick action by calling on Singapore’s High Commissioner Ong Keng Yong to clarify the matter yesterday.

Meanwhile, among the resolutions concluded at the one-day conference was to put up additional joint posts at the border in Bakelalan in Sarawak and Long Midang in Indonesia.

Pertikai Pelantikan Dua Bekas Anggota DAP Tunjuk Kebencian Pembangkang – Zambry

Posted: 27 Nov 2013 05:24 AM PST

IPOH, 27 Nov – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang mempertikaikan pelantikan dua bekas anggota DAP masing-masing sebagai Penyelaras Hal Ehwal Bukan Islam dan Penyelaras Masyarakat Penyayang, sebagai menunjukkan kebencian dan tidak puas hati mereka.

Beliau berkata semua pihak boleh membuat tafsiran berhubung pelantikan kedua-dua mereka yang juga merupakan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang sebelum bertindak menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini.

“Ini tafsiran subjektif, siapa saja boleh mentafsir, sebarang pelantikan boleh ditafsir sebagai habuan…biar mereka (pembangkang) buat tafsiran,” katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pertikaian Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng berhubung pelantikan itu, selain turut membangkitkan sama ada ia sebagai ‘reward’ (habuan) kerana mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, ketika membahaskan Bajet 2014 negeri, Leong (DAP-Malim Nawar) berkata pelantikan Keshvinder Singh dan Datuk Hee Yit Foong dibuat dalam keadaan yang luar biasa kerana setakat ini pembangkang tidak mengetahui pengumuman mengenai pelantikan tersebut sama ada oleh kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.

“Kalau pelantikan jawatan itu adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, kepentingan awam, kenapa tiada apa-apa pengisytiharan umum dibuat mengenainya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pelantikan dua jawatan itu mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak atau peruntukan lain  kerana jika tiada, maka ia boleh dikatakan di luar kuasa kerajaan atau pelantikan itu tidak sah.

“Kami pun tidak diberitahu sama ada jawatan-jawatan itu dibuka untuk permohonan, adakah mereka dikehendaki menjalani temuduga dengan pihak kerajaan,  atau adakah orang lain juga mohon jawatan itu. Adakah ini semua ‘black box operation’ maksudnya tidak dikenali oleh orang awam,” katanya.

Selain itu, Leong juga mempersoalkan sama ada imbuhan dan elaun yang diberi kepada kedua-dua penyelaras itu termasuk dalam peruntukan RM4 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi menjalankan program berkaitan Hal Ehwal Bukan Islam atau kedua-duanya hanya bekerja secara percuma.

“Oleh yang demikian, orang mengesyaki ia adalah ganjaran politik selepas kejatuhan Pakatan Rakyat pada tahun 2009. Kontrak dan surat pelantikan perlu disebarkan kepada umum supaya tahu keistimewaan, kuasa dan bajet. Jika jawatan itu tidak diperlukan, ia perlu dihapuskan untuk menjimatkan duit rakyat,” katanya.

Timbalan Speaker DUN, Datuk Nasarudin Hashim kemudian meminta Leong tidak tersasar daripada membahaskan Bajet 2014 negeri kerana persoalan itu akan  dijawab semasa sesi penggulungan nanti.

Persidangan dewan bersambung esok.

Muzakarah : Pemuda UMNO Terbuka Tapi Jangan Main Politik Sorong Tarik

Posted: 27 Nov 2013 05:10 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Nov – Pemuda UMNO hari ini menyatakan keterbukaan berhubung isu muzakarah antara parti itu dengan Pas dan melihat jika tawaran itu dibuat secara ikhlas dan  jujur  demi masa depan umat Islam.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata usaha ke arah itu biarlah dilaksanakan tanpa prasyarat yang terlalu berat untuk kedua-dua belah pihak.

"Kita terbuka dalam isu muzakarah dan kita lihat kalau sekiranya tawaran itu dibuat secara ikhlas, secara jujur maka kita menyokong sebarang usaha untuk melihat kedua-dua parti terbesar Melayu di negara ini untuk membincangkan demi masa depan negara dan juga demi masa depan umat Islam.

khairy-kj-ketua-pergerakan-pemuda-umno-bn

"Tetapi saya nak tarik perhatian bahawa dah ada banyak kali dah kita cuba..dan bila dah dekat nak sampai meja rundingan atau perbincangan terlalu banyak syarat diletakkan oleh parti Pas. Saya harap kalau ada usahanya ke arah muzakarah biarlah ia dijalankan tanpa ada apa-apa prasyarat yang terlalu berat pada kedua-dua belah pihak.

"Saya risau perkara ini dipolitikkan nanti dan usaha murni daripada UMNO yang menerima cadangan tersebut akan digunakan untuk keuntungan parti Pas. Saya mahu supaya kalau kita nak muzakarah kita boleh letakkan agenda tetapi jangan ada prasyarat bahawa UMNO kena setuju kepada itu dan ini dan sebagainya" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Ketika menjawab soalan apakah perlu ada  tempoh waktu  untuk itu, Khairy menjelaskan tidak perlu adanya tempoh masa.

"Tidak ada time frame…bila ada time frame dan terburu-buru nak buat muzakarah jadi pada waktu itu kita akan lihat bahawa kita tidak buat muzakarah itu atas kepentingan umum tetapi semata-mata buat untuk kejar jadual. Ini penting kalau benda ini jadi, biarlah benda ini jadi secara 'natural' dan semula jadi tanpa paksaaan daripada mana-mana pihak tanpa paksaaan oleh kerana jadual waktu," ujarnya.

Menyentuh soal agenda yang akan disentuh, beliau menambah mungkin agenda yang boleh disentuh adalah agenda penyatuan nasional, penyatuan umat Islam.

"Sebab kita tidak mahu melihat ini sebagai penyatuan umat Islam sahaja. Bila UMNO dan Pas bermuzakarah dan bergabung untuk membincangkan, kita juga mewakili seluruh rakyat Malaysia.  Jadi rakyat yang bukan beragama Islam tidak perlu rasa takut atau risau akan ada satu gabungan parti Islam Melayu. Jadi agenda itu mestilah meliputi bukan hanya meliputi perpaduan ummah dan juga isu kepentingan agama Islam tetapi juga perpaduan nasional," katanya.

Pada sidang media yang sama beliau turut mengecam mengecam sebarang tindakan pengintipan terhadap kerajaan dan juga rakyat negara ini.

"Kita anggap tindakan tersebut sebagai satu tindakan yang mempertikaikan dan mencerobohi kedaulatan Malaysia. Dan kita menggesa kerajaan melalui Kementerian Luar untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap sesiapa yang didapati bersalah dalam hal ini," ujarnya. -MediaUMNO

Khairy Umum Portfolio Exco Pemuda UMNO, Dua Biro Baru Diperkenalkan

Posted: 27 Nov 2013 04:06 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan senarai penuh barisan portfolio Exco Pemuda UMNO dan barisan pegawai serta ketua dan naib Ketua Pemuda negeri.

Menurut beliau daripada 25 biro yang diumumkan hari ini, dua biro adalah yang baru diperkenalkan iaitu Biro Perkaderan Politik dan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar & Kualiti Hidup serta tambahan perumahan untuk Biro Hal Ehwal Bandar, manakala Unit Media Baru kini dikenali sebagai Biro Media Baru.

"Saya lihat muka baru ini amat komited dan harapan saya tinggi. Saya bagi mereka sebulan untuk selesaikan perlantikan jawatankuasa dan untuk perlantikan tersebut, saya syaratkan dalam setiap biro mesti ada seorang daripada kalangan mahahsiswa dan seorang lagi mestilah profesional muda lingkungan 20-an sepertimana saya lantik dua profesional muda dalam AJK Pemuda

"Dan kita akan tetapkan Key Performance Index (KPI) untuk setiap biro. Jadi setiap biro akan ada KPI jelas…pencapaian jelas setiap tahun…apakah harapan dan apakah penanda aras yang kita perlukan daripada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang pertama selepas proses pemilihan UMNO 2013 baru-baru ini.

Khairy seterusnya menambah pergerakan itu mempunyai dua matlamat pada kali ini iaitu menang pilihan raya umum ke-14 dan keduanya adalah proses perkaderan.

"Saya katakan ada dua matlamat..kita menang PRU-14 dan dapat sokongan yang padu daripada pengundi muda. Akan cuba dekati seramai mungkin dan keduanya proses perkaderan.

"Sebab itu kita tubuhkan biro baru iaitu Biro Perkaderan Politik yang mana pada perhimpunan agung lepas Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak telah setuju dengan cadangan kita untuk menubuhkan satu akademi kepimpinan.

"Kita namakan akademi tersebut akademi kepimpinan Kapten Hussein Onn. Ini merupakan penghormatan kepada Ketua Pemuda yang pertama, Tun Hussein Onn yang pada waktu itu beliau sebagai Kapten Hussein Onn.

" Akademi tersebut akan jadi tempat perkaderan kita dikalangan Pemuda, mahasiswa, profesional dan kita akan kenalpasti yang kita rasa boleh dilatih, dibangunkan sebagai pemimpin masa depan parti kita," ujar beliau.

khairy-ketua-pemuda-umno-exco-ajk-baru-mesyuarat-naib-azwan-psu-sahfri-pwtc

Berikut Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pengerusi Tetap : Datuk Zubir Zabidi

Timbalan Pengerusi Tetap : Bahrul Razha Chuprat

Penolong Setiausaha : Ybhg Dato' Hj Mohamad Saffri Ab Aziz

Penolong Bendahari : Sdr Abdul Razak Abdul Rahman

Ketua Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar

Biro Pemuda UMNO Malaysia

1. Jawatankuasa Pengurusan : Sdr Khairul Azwan Harun

2. Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar

3. Pendidikan Tinggi : Sdr Fathul Bari Mat Jahya

4. Pendidikan Politik & Pidato : Sdr Armizan Mohd Ali

5. BN & 1Malaysia : Sdr Mohd Najib Mohd Isa

6. Pendidikan Luar Negara : Sdr Onn Hafiz Ghazi

7. Keselamatan Awam Sdr Mu'ammar Ghadafi Jamal Haamaludin

8. Hal Ehwal Bandar & Perumahan : Sdr Nazir Hussein Akhtar Hussein

9. Hubungan NGO : Sdr Khairul Firdaus Khan Akhbar Khan

10. Pertanian & Asas Tani : Ybhg Dato' Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad

11. Keseniaan & Kebudayaan : Sdr Jefri Salim

12. Perkaderan Politik : YM Tengku Zuhri Tengku Aziz

13. Pekerja Muda : Sdr Dazma Shah Daut @ Daud

14. Tugas Khas : Sdr Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi

15. Sukan : Sdr Yusmizan Md Yunus

16. Antarabangsa : Ybhg Dato' Mohamed Hazali Abu Hassan

17. Sosial Etika : Yb Mohd Iskandar Jaafar

18. Kesatria Pemuda : Sdr Arman Azha Abu Hanifah

19. Hal Ehwal Luar Bandar : Yb Anuar Abdul Manap

20. Pelajaran : Sdr Mohd Rafiq Naizamohideen

21. Media Baru : Sdr Ibdillah Ishak

22. Ekonomi & Pembangunan Usahawan : Sdr Azlan Abdullah

23. Agama : Sdr Azmir Yuzaimi Mohd Yunos

24. Aduan Komuniti : Sdr Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman

25. Keahlian & daftar Pemilih : Sdr Kamarol Salleh

26. Profesional Muda : Sdr Shahril Hamdan

27. Kepenggunaan, Alam Sekitar & Kualiti Hidup : Sdr Mohd Ar Rahman Husin

Setiausaha Kerja : Sdr Mohd Lassim Burhan

Senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda Negeri

1. Perlis
Ketua Pemuda : Sdr Syed Atif Syed Abu bakar
Naib Ketua Pemuda : Sdr Khairul Anuar Ahmad

2. Kedah
Ketua Pemuda : Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abdin
Naib Ketua Pemuda : Yb Mahadzir Abdul Hamid

3. Pulau Pinang
Ketua Pemuda : Sdr Rafizal Abd Rahman
Naib Ketua Pemuda : Sdr  Jasmin Noordin

4. Perak
Ketua Pemuda : Sdr  Hairul Anwar
Naib Ketua Pemuda : Sdr Khairul Shahril

5. Selangor
Ketua Pemuda : Sdr  Zuhri Zainal
Naib Ketua Pemuda : Sdr Rizuan Mahidin

6. Wilayah Persekutuan
Ketua Pemuda : Sdr Mohd Razlan
Naib Ketua Pemuda : Sdr Sdr Mohd Rafi

7. Negeri Sembilan
Ketua Pemuda : Yb Sdr Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda : Sdr Azharuddin Shujauddin

8. Melaka
Ketua Pemuda : Sdr Zali Mat Yasin
Naib Ketua Pemuda : Sdr Rohaizam Bakar

9. Johor
Ketua Pemuda : Sdr Hasrin Hashim
Naib Ketua Pemuda : Datuk Khairul Anwar

10. Pahang
Ketua Pemuda : Sdr Shahruddin Ahmad
Naib Ketua Pemuda : Sdr Ahmad Nilhakim Abd Rahman

11. Terengganu
Ketua Pemuda : Sdr Mohd Johari Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda : Sdr Dr Najmil Faiz

12. Kelantan
Ketua Pemuda : Sdr Mohammad Azam Ismail
Naib Ketua Pemuda : Sdr Eriandi Ismail

13. Sabah
Ketua Pemuda : Sdr Yamani Hafez
Naib Ketua Pemuda : Sdr Shahelmey Yahya

khairy-ketua-pemuda-umno-exco-ajk-baru-naib-azwan-psu-sahfri-ikrar-angkat-sumpah-pwtc

Malaysia Tidak Mungkin Maju Jika Rakyat Tidak Bersatu – Muhyiddin

Posted: 27 Nov 2013 03:48 AM PST

MUAR, 27 Nov  - Malaysia tidak mungkin akan mampu menjadi Negara maju jika rakyat pelbagai kaum di negara ini tidak mengamalkan sikap hormat menghormati adat resam dan budaya antara satu sama lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kejayaan dan kemajuan yang dilakar negara pada masa kini adalah hasil sikap toleransi yang diamalkan rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan 56 tahun yang lalu.

“Kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia telah mencipta banyak kemajuan dan kejayaan walaupun hidup pelbagai kaum. Kita tidak mungkin jadi Negara maju jika kita tidak hormat satu sama lain.

“Berbeza di sesetengah negara, rakyatnya bergaduh sesama sendiri, tidak hormat adat resam dan kaum di negara mereka sehingga menimbulkan keadaan tidak stabil dan tidak tenteram menyebabkan kejayaan sukar dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Deepavali Parlimen Pagoh di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN), Pagoh di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Muhyiddin berkata apabila tidak ada perpaduan, apa sahaja dasar yang dilakukan oleh kerajaan akan sukar dijayakan menyebabkan pembangunan Negara sukar dilakukan.

“Ada negara lain yang sukar untuk melaksanakan seperti apa yang kita amalkan di Malaysia, dan oleh sebab itu kita berjaya mencipta kemajuan besar sekali, hasil rakyat yang hidup aman dan harmoni, tidak ada pergolakan dan peperangan saudara yang berlaku sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, dengan keharmonian itu juga Malaysia mencipta kejayaan dalam bidang ekonomi dan diletakkan sebagai antara negara yang paling berjaya dalam kalangan negara maju ketika ini hasil program transformasi ekonomi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ketika negara Timur Tengah bergaduh, Eropah mengalami masalah ekonomi, Malaysia berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi sehingga 4.5 peratus dan dijangka akan lebih baik pada tahun ini dengan kadar pertumbuhan antara lima hingga 5.5 peratus,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu turut merasmikan jentera go kart ciptaan pelajar IKBN, Pagoh dan mempengerusikan mesyuarat anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Pekembar di sini hari ini.

Kenaikan Kadar Cukai Pintu DBKL Ditangguh

Posted: 27 Nov 2013 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Kenaikan kadar baharu cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditangguhkan sehingga selepas Mac tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata penangguhan itu diputuskan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dapat dilaksanakan bermula Januari hingga Mac depan.

“Saya ada berita baik untuk Yang Berhormat sekalian, kenaikan cukai taksiran DBKL ditangguhkan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dapat dilaksanakan mulai Januari hingga Mac 2014.

“Warga kota bagaimanapun masih boleh mengemukakan bantahan atau aduan seperti mana yang ditetapkan iaitu sehingga 17 Dis,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Sehingga Khamis lepas, DBKL menerima sebanyak 2,500 bantahan yang akan diteliti oleh panel yang dilantik DBKL.

Terdahulu, isu kenaikan cukai pintu bagi Kuala Lumpur mendominasi sesi perbahasan peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan apabila majoriti wakil rakyat dari Wilayah Persekutuan membantah kadar baharu itu, yang disifatkan mereka sebagai keterlaluan dan bakal menyusahkan penduduk warga kota.

Mengenai dakwaan bahawa kadar baharu itu seolah-olah cuba menindas rakyat kerana hanya di semak selepas 21 tahun, Loga Bala berkata jika dilaksana, cadangan itu sebenarnya turut mengambil kira keperluan khusus seperti membina parkir, bukannya untuk menindas penghuni kota.

Beliau juga menarik perhatian bahawa cadangan kenaikan taksiran DBKL sebenarnya tidak melibatkan kadar cukai taksiran pintu pada peratusannya, sebaliknya yang diambil kira ialah nilai taksiran sewa tahunan yang tidak disemak sejak 21 tahun lepas.

“Oleh itu, saya harap pihak Yang Berhormat faham bahawa maksud kenaikan adalah bukan dari segi kadar taksiran tetapi pada nilai sewa tahunan,” katanya.

Sesi penggulungan itu juga menyaksikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan R.Sivarasa (Subang-PKR) keluar dewan selepas ingkar dengan arahan supaya tidak terus membangkitkan isu dan fakta yang sama berhubung tindakan DBKL merobohkan kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee di sini pada 10 Nov.

Pada 12 Nov lepas, anggota Parlimen PKR dari Padang Serai, N.Surendran diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat setelah beliau berkeras mahu membentangkan usul meminta dewan mengutuk pencerobohan ke atas kuil itu sedangkan ia terlebih dahulu telah ditolak Pandikar Amin di dalam kamar atas faktor tidak menepati peraturan mesyuarat.

More Leaders Expected To Leave PKR – Ahmad Shabery

Posted: 27 Nov 2013 02:48 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 27  - Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said today he expected more PKR leaders and members to quit the opposition party over disappointment with their top leadership.

He said the unfulfilled promises and shortcomings of the party’s leaders had drained the confidence of members, prompting them to quit the party.

The party leaders were unable to verify their claims that the Barisan Nasional (BN) ‘imported’ 40,000 Bangladeshis (to vote for the coalition in the last general election) and that the BN had won the general election through lies, he said.

Ahmad Shabery spoke to reporters after opening the 2013 IEEE 11th Malaysia International Conference on Communications (MICC 2013), here.

Prime Minister and Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak had announced yesterday that 11 Sabah PKR divisional leaders had quit the party and expressed support for the BN.

UMNO Tidak Boleh Selesa Dengan Kelumpuhan PKR Sabah, Kata Noh

Posted: 27 Nov 2013 02:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov – UMNO tidak boleh berada dalam zon selesa dengan kelumpuhan PKR Sabah kerana pemimpin parti pakatan pembangkang itu didakwa mempunyai kebijaksanaan menipu sekali gus memanipulasi pemikiran rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata contohnya di Selangor, pakatan pembangkang masih menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) biarpun gagal menunaikan janji kepada rakyat Selangor.

“Kita tidak boleh menganggap bahawa mereka (PKR) sudah lemah. Contoh di Selangor walaupun hanya 34 peratus janji mereka yang ditunaikan, tetapi kerana kebijaksanaan mereka menipu rakyat dan mempengaruhi rakyat, akhirnya rakyat kembali percaya kepada mereka,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media semalam berkata situasi itu bererti bahawa PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN semakin utuh serta semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah.

Dengan memberi contoh isu 40,000 pengundi Bangladesh, Noh yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan begitu mudah menafikan pernah menuduh kerajaan membawa 40,000 pengundi Bangladesh pada PRU13 lepas setelah berjaya menipu rakyat.

“Jadi kita harap rakyat jangan percaya lagi dengan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR kerana mereka mudah menafikan,” katanya.

PKR Roban Lumpuh, 110 Anggota Sertai SPDP

Posted: 27 Nov 2013 01:45 AM PST

KUCHING, 27 Nov – Operasi PKR cabang Roban di Saratok, Sarawak, lumpuh selepas pengerusi dan setiausahanya keluar parti dan membawa bersama-sama mereka 108 anggota serta penyokong untuk menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Gani Eli, yang mempengerusikan cabang itu sejak 2011, mengetuai kumpulan yang keluar PKR itu untuk menyerahkan borang permohonan mereka kepada Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom di sini hari ini.

“PKR tidak ada hala tuju selepas pilihan raya (umum ke-13). (Kami telah dibiarkan) macam itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang permohohan mereka di ibu pejabat SPDP di sini.

Beliau berkata lebih banyak anggota dan penyokong PKR dari Roban dijangka mengikuti jejak mereka.

Sementara itu bekas Setiausaha PKR Roban Abang Mokhtar Abang Zulkifli berkata beliau menyedari parti pembangkang itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

“PKR tidak boleh diharap untuk masa depan tetapi kami yakin SPDP boleh membawa pembangunan yang dapat memajukan rakyat,” kata Abang Mokhtar.

Sebaik saja menerima borang permohonan mereka, Mawan menyifatkan keputusan kumpulan itu untuk keluar PKR sebagai berita baik bagi Barisan Nasional.

“Mereka memilih untuk menyertai arus perdana dan mahu bekerjasama (dengan Barisan Nasional) dengan menyertai SPDP,” katanya.

Beliau berpendapat di sebalik beberapa cabaran yang melanda SPDP sejak beberapa tahun lepas, parti itu tidak pernah kehilangan daya penariknya dan masih berjaya membawa kemasukan anggota baharu.

“Kami tidak pernah mengutuk orang sebaliknya sentiasa bersedia untuk menghulurkan persahabatan dan merapatkan hubungan,” katanya.

Kerajaan Tidak Cadang Wujudkan Penyiasat Bebas Ombudsman

Posted: 27 Nov 2013 01:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov -  Kerajaan tidak bercadang mewujudkan institusi penyiasat bebas ‘Ombudsman’ kerana sudah mempunyai Biro Pengaduan Awam (BPA) yang menjalankan tugas-tugas pemantauan serta mengurus dan membantu aduan-aduan awam yang diterima.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata kerajaan juga membuat keputusan menambah baik BPA bagi meningkatkan dan memantapkan lagi keberkesanannya.

“Ada beberapa perkara yang BPA telahpun diminta untuk ditambah baik seperti kemudahan mengakses dokumen di setiap kementerian, adakan kaunter bergerak bersepadu bersama agensi lain ketika program mesra rakyat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Razali berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut)mengenai alasan mengapa kerajaan enggan mewujudkan Ombudsman bagi membolehkan orang ramai melaporkan pelbagai masalah termasuk salah laku atau salah guna kuasa.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT