SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, November 12, 2013

UMNO Online - “40 Peratus Bakal Sumber Tenaga Dari Suria” plus 9 more

UMNO Online - “40 Peratus Bakal Sumber Tenaga Dari Suria” plus 9 more

Link to UMNO Online

40 Peratus Bakal Sumber Tenaga Dari Suria

Posted: 11 Nov 2013 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sebanyak 40 peratus sumber tenaga yang boleh diperbaharui diluluskan di negara ini berpunca daripada solar, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada 520.48 megawatt yang telah diluluskan, 208 megawatt atau 40 peratus daripada jumlah kapasiti tersebut adalah daripada sumber solar.

Kelulusan tersebut adalah bagi kuota yang ditawarkan sehingga separuh tahun pertama 2015, katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah).

Dr Azman ingin mengetahui setakat mana kejayaan negara dalam mewujudkan sumber tenaga hijau khususnya tenaga suria.

Tutup Buku Pembohongan Luar Biasa Isu 40,000 Bangladesh Mengundi PRU13

Posted: 11 Nov 2013 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata rakyat perlu ‘menutup buku’ dan tidak terus  terpedaya dengan pembohongan pembangkang bahawa 40,000 warga Bangladesh diguna untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mei lepas.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan luar biasa pembangkang, Shahidan sebaliknya mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun lepas hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat dan menjadi warganegara Malaysia.

“Dua belas orang ini pun, jika mereka ada mendaftar menjadi pemilih, mereka boleh mengundi, kalau tidak, mereka tidak boleh mengundi.

“Hari ini marilah kita ‘tutup buku’…bahawa 40,000 orang Bangladesh telah mengundi pada PRU (pilihan raya umum) lepas adalah satu pembohongan,” katanya nya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat di sini.

harakah-fitnah-palsu-gambar-pengundi-bangla-orang-asli-malaysia-pru13

Menegaskan bukan mudah untuk menjadi seorang pemilih, Shahidan berkata warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang ingin mendaftar sebagai pemilih perlu melalui 33 jenis tapisan oleh Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agency (Alis) di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum layak menjadi pengundi.

Dalam pada itu Shahidan berkata kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang didesak pembangkang kerana mendakwa mereka gagal melaksanakan PRU13 dengan integriti.

Menyentuh mengenai perkembangan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Shahidan berkata Esscom kini dalam proses perbincangan bersama agensi keselamatan lain untuk merancang pembangunan infrastruktur dan aset untuk mengukuhkan pertahanan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Selain itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah merancang untuk membina kem Batalion 22 Pasukan Gerakan Am di Kampung Kuala Sapi di Beluran.

Katanya setakat ini terdapat 80 pos kawalan dan keselamatan di seluruh Esszone yang dikendali PDRM manakala dua lagi pos adalah kerjasama antara polis dengan Angkatan Tentera Malaysia.

fitnah-tipu-palsu-pilihanraya-pembangkang-bangla-mengundi

Siapa Yang Sedang Mencaturkan PAS?

Posted: 11 Nov 2013 03:15 AM PST

Menjelang Muktamar PAS 24 November ini, bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak, tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya, DAP, sama-sama menyibuk, mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.

Ini terbukti apabila Karpal Singh, dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu 'menyakitkan' PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya.  Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati 'sifat' negara ini yang majmuk.

PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja.  Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak.

dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

Bagaimanapun, Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut.   Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu.

Benar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri.

Antaranya, isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru, tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat.

Di kalangan akar umbi PAS, mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain.  Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Justeru, semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS.

Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim.

Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim.

Manakala, dari luar pula, PAS sedang dicatur oleh DAP.   Contohnya, kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS, mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong.  Selain itu, kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti.

Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk 'Islam' dan 'lantang' menempelak Karpal.  Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi.

Malangnya, percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti.  Kita pasti, sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama, isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR.

Percaya atau tidak, PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman.  PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR.

Persoalannya, mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka?  Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka?

Apapun, hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini.   Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting, maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama.

Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi, maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama 'Islam' pada parti mereka.

Mr Beruang Biru

pas-liberal-islam-sekular-dap-tolak-usul-saranan-ulama-syura-fatwa

Minister Appeals To Public To Not Speculate On Murder Of JAIP Enforcement Chief

Posted: 11 Nov 2013 02:44 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 11 – Minister in the Prime Minister’sDepartment Datuk Seri Jamil Khir Baharom today called on the public to not make any speculation on the murder of Pahang Islamic Religious Department (Jaip) enforcement chief Mohd Raffli Abdul Malik.

He said Jaip was also looking into the case, the first involving a religious enforcement officer.

Following the incident, he said, Islamic religious councils in all states were studying ways to improve security for enforcement officers.

“Perhaps, having the police to monitor and conduct patrols in their housing area,” he told reporters here today.

Mohd Raffli, 49, was shot dead in in front of his house in Indera Mahkota 2, Kuantan, yesterday.

Mohd Rafli was shot thrice and died instantly after two bullets hit his chest in the 2pm incident.

Three suspects, said to be wearing black robes and white skullcaps, were believed to be involved in the shooting and they made their getaway in a white Proton Wira Aeroback car.

Asoghan Wants Lim Guan Eng Submit Report To ROS

Posted: 11 Nov 2013 02:41 AM PST

BUTTRWORTH, Nov 11 – DAP secretary-general Lim Guan Eng has been urged to submit a report on the new DAP Central Executive Committee (CEC) election to the Registrar of Societies (ROS) for recognition as a valid party.

Former Bagan Luar DAP branch chairman G. Asoghan said DAP must comply with the law because the newly appointed CEC must get the recognition of ROS in line with Societies Act 1966.

“This report is important to enable ROS to evaluate (the re-election) before deciding whether the new CEC is valid.

“I am wondering why Lim is afraid to send the report to ROS. Furthermore, the CEC relection was over two months ago,” he told a press conference here today.

Struktur Utama Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman Tidak Akan Diroboh – Tengku Adnan

Posted: 11 Nov 2013 02:39 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Menteri Wilayah Persekutuan mengulangi jaminan struktur utama Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee di sini tidak akan diroboh walaupun tidak mematuhi ciri-ciri kuil sebenar.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya menjalankan tugas mencantikkan kawasan itu bagi menarik pelancong selain memastikan tiada aktiviti haram dijalankan di kawasan berkenaan.

“Saya tak akan lakukan perkara yang sentuh perasaan… terserah kepada mereka. Saya tahu apa yang berlaku (dan) kita cuma nak pastikan tempat ini tidak diambil kesempatan untuk benda selain agama. Kita ada perintah mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013, di sini hari ini.

tengku-adnan-menteri-wilayah-isu-roboh-runtuh-kuil-haram-umno-bn

Beliau diminta mengulas tindakan DBKL semalam yang menjalankan operasi meroboh membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil, menyebabkan DBKL dituduh meroboh kuil yang dibina pada 1911 itu.

Tengku Adnan berkata kementerian telah mengadakan beberapa siri rundingan membabitkan enam jawatankuasa yang masing-masing mendakwa mereka pengelola kuil itu serta pihak pemaju namun menemui jalan buntu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua pihak seharusnya akur terhadap undang-undang di negara ini serta memahami isi kandungan perintah mahkamah terhadap kewajaran perobohan itu.

“(Isu) ini bukan waktu saya jadi menteri… perkara ini dah lama. Kita ada perintah mahkamah untuk DBKL merobohkannya namun kita berunding dulu, malah beri wang (pampasan).

“Kami telah berunding dengan Hindu Sangam tapi ada orang ketiga campurtangan, yang suka melihat ada perpecahan. Dia nak bawa isu kononnya kita kerajaan tak adil,” katanya lagi.

Parlimen Belia Mula Bersidang April 2014, Kata Khairy

Posted: 11 Nov 2013 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksana April tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini pemilihan anggotanya pula dijangka dibuat pada Februari 2014.

Katanya, kementeriannya meningkatkan jumlah daftar pemilih, yang terdiri daripada belia berusia 18 tahun hingga 30 tahun, daripada 17,155 orang pada Mei 2013 kepada 70,181 orang setakat hari ini.

“Jumlah daftar pemilih belia mengalami peningkatan sebanyak 310 peratus, boleh kita lihat sejak penubuhan skuad pendaftaran Parlimen Belia dan gerakan bersepadu di peringkat negeri pada bulan Mei lalu.

khairy-parlimen-menteri-umno-bn-ahli-rembau

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Noor Ehsannuddin ingin mengetahui status PBM dan kesudahannya kepada belia yang menyertainya.

PBM memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan anggota persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam member pandangan terhadap pembangunan belia negara.

Pemilihan anggota PBM adalah berdasarkan kepada taburan populasi belia mengikut negeri dan seramai 119 anggota PBM yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun dipilih secara ‘online’ melalui Sistem Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM) di http://www.parlimenbelia.gov.my oleh pemilih belia yang berdaftar.

Dalam PBM, sembilan jawatankuasa dibentuk membabitkan sosioekonomi; hubungan antarabangsa dan diplomatik; pendidikan dan kerjaya; kebudayaan, sukan, patriotisme dan integrasi; pembangunan masyarakat dan kesihatan; teknologi dan inovasi serta modal insan bagi membincangkan pelbagai isu mengikut bidang.

“Objektif kami iaitu melahirkan pemimpin muda berfikiran terbuka dari segi  idea melalui perbahasan pelbagai isu dan usul yang telah ditetapkan akan  dibentangkan kepada Parlimen untuk dipertimbangkan,” kata Khairy.

Gudang Data Maklumat Pasaran Buruh Dibangunkan

Posted: 11 Nov 2013 01:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Ilmia) kendalian Kementerian Sumber Manusia sedang membangunkan system pangkalan data dikenali Gudang Data Maklumat Pasaran Buruh (LMIDW), yang dijangka siap bulan depan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata sistem itu berperanan bagi mengumpul data berkaitan pasaran buruh secara nasional dan terpusat yang bercirikan interaktif.

Beliau berkata sistem LMIDW dibangunkan secara perkongsian pintar dengan agensi kerajaan lain termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Tenaga Kerja dan JobsMalaysia.

“Sistem LMIDW ini akan menyimpan dan mempersembahkan petunjuk utama pasaran buruh yang bersifat ‘backward looking’ dan ‘forward looking,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Mansor ingin mengetahui sama ada kementerian ada mewujudkan pangkalan data lengkap mengenai graduan menganggur di seluruh negara mengikut jantina, umur, etnisiti, dan bidang pengajian mereka.

Ismail berkata setakat ini, kementerian tidak mempunyai pangkalan data yang lengkap mengenai graduan menganggur di seluruh negara mengikut jantina, umur, etnisiti, dan bidang pengajian, bagaimanapun, data berhubung graduan menganggur di Malaysia dikumpul melalui portal JobsMalaysia.

Jelasnya, setakat Jun 2013, seramai 210,263 orang atau 56.0 peratus pencari kerja aktif di JobsMalaysia adalah siswazah dan selebihnya iaitu seamai 165,139 orang (44.0 peratus) ialah bukan siswazah.

Ismail berkata dengan adanya Ilmia, pelbagai agensi akan bergabung untuk memainkan peranan mereka dalam mengenal pasti graduan menganggur, sekaligus menentukan hala tuju dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

“Kita ada usaha lain bagi memastikan graduan menganggur ini diberikan pekerjaan, antaranya menyediakan program seperti Skim Latihan 1Malaysia dan JobsMalaysia yang melibatkan mahasiswa menganggur,” katanya.

Salahkan Pihak Ketiga Alasan Basi Tutup Kemelut Dalam Kain Pembangkang

Posted: 11 Nov 2013 01:08 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Nov – Menyalahkan pihak ketiga dalam apa jua kemelut dalaman PKR mahupun pembangkang boleh dianggap sebagai alasan basi yang sentiasa digunakan untuk menutup aib di kalangan parti pembangkang.

Hakikatnya inilah wajah politik sebenar pembangkang yang cukup bijak menuding jari menyalahkan orang lain meskipun perkara yang berlaku itu dalam kain mereka sendiri.

Kemelut pembangkang di Sabah sememangnya sudah dijangka walaupun  pembangkang sebelum ini begitu hebat mewar-warkan untuk mewujudkan  gelombang di negeri  tersebut.

Mengulas mengenai perkara tersebut Naib Ketua Pemuda UMNO Sabah, Mohd Joh Wid berkata gelombang yang ingin dicipta mereka sebelum ini rupa-rupanya menjerat leher mereka sendiri.

anwar_punca_tragedi_lahad_datu_sabah

Menurut beliau pelbagai alasan terpaksa diberikan kerana kemelut yang melanda pembangkang di Sabah cukup memalukan mereka.

"Nampaknya gelombang kebangkitan yang diwar-warkan memakan diri….gelombang suram mula melanda mereka dan kita percaya apa yang berlaku hari akan berterusan dan itulah realitinya.

"Realitinya pakatan pembangkang sebenarnya caca merba.  Setiap alasan yang diberikan, saya percaya itu hanyalah sekadar alasan untuk menutup malu semata-mata," katanya.

Sebelum ini, ADUN kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Kadamaian Jeremmy Malajad bertindak  keluar PKR berkuat kuasa pada Isnin lalu.

Terbaru, pada Jumaat,  ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan  pula mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu, berkuat kuasa serta-merta .

Joh yang kini penggal terakhir Naib Ketua Pemuda UMNO negeri seterusnya menambah apa yang berlaku bukan sahaja memberi kelebihan kepada BN Sabah malah kepada rakyat keseluruhannya.

"Kalau wakil rakyat mereka sendiri bertindak sedemikian, takkan rakyat akan percaya kepada parti yang caca marba. Itulah perbandingan mudah yang kita boleh nampak dan berharap rakyat akan membuat pertimbangan sewajarnya," ujar beliau. -MediaUMNO

lajim_bumburing_jualan_murah_anwar_beli_sabah

Mansuh Parti Berasaskan Agama, DAP Jadi Ketam Ajar Anak Jalan Lurus

Posted: 11 Nov 2013 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov. – Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh mahukan parti-parti yang bersifat keagamaan dibubarkan dibidas lantaran tidak bersesuaian dengan kedudukan masyarakat negara ini yang berasaskan masyarakat majmuk dan pelbagai kaum.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Abdul Halim Sidek menganggap bahawa cadangan Karpal Singh tersebut mengambarkan beliau seorang ahli politik dan juga pengamal profesional iaitu peguam yang keliru.

"Cadangan Karpal seakan-akan menggambarkan bahawa beliau adalah pejuang hak asasi manusia sebagaimana kes-kes guaman yang dibawanya di mahkamah yang kebanyakannya bertentangan dengan dasar kerajaan malah cadangan agar parti-parti yang bersifat keagamaan dan berdasarkan bangsa dimansuhkan itu juga sebenarnya adalah berlawanan dengan hak kebebasan bersuara," katanya kepada UMNO-Online.

karpal-singh-dap-parti-keliru-agama-bangsa-peguam-malaysia

Jelas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hak kebebasan bersuara dan berpersatuan diiktiraf dalam kerajaan dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kepada syarat-syarat yang jelas misalnya berdaftar di bawah Akta Pertubuhan dan sebagainya.

"Ini termasuklah kepada pertubuhan agama yang ada dalam negara kerana rakyat Malaysia pelbagai kaum misalnya persatuan agama Budha, persatuan Katholik, persatuan agama Hindu dan macam-macam lagi yang berteraskan kepada agama.

"Jika dilihat dari segi etnik pula, ia adalah bersesuaian dengan kemajmukan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan tentunya setiap kaum mahukan suara bangsa mereka didengar, maka mereka ini tentulah lebih selesa untuk bergerak dalam satu kumpulan lantas ditubuhkan persatuan, pertubuhan dan parti yang membawa kepada politik sebagaimana lahirnya UMNO, MCA, MIC, Pas, PBS, UPKO dan macam-macam lagi."

Soal beliau, apakah dengan saranan untuk mansuhkan parti-parti bersifat keagamaan ini dan kemudiannya masuk dalam DAP akan dianggap lebih bersifat terbuka dan mematuhi kebebaasan asasi manusia?

"Kononnya DAP tidak berdasarkan kepada mana-mana bangsa atau agama sedangkan yang sebenarnya dalam DAPlah yang mempunyai teras perbezaan ketara berkaitan kaum dengan mengutamakan hanya satu-satu bangsa sahaja sebagaimana yang terbukti dalam pemilihan jawatankuasa mereka baru-baru ini.

"Pemimpin DAP ini hanya nampak kuman di seberang lautan sedangkan gajah depan mata pun tak dipandang lantaran sikap mereka yang hanya mahu menidakkan atau mencari cacatapertubuhan lain walhal dalam pakatan pembangkang sendiri ada sekutu mereka yang secara jelas berdasarkan agama iaitu Pas."

Bidas beliau lagi, Karpal Singh seakan berlagak mahu memperjuangkan hak asasi sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang menafikan hak asasi bangsa lain dalam berpersatuan dan bersuara.

dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

"Usahlah berlagak seperti ketam yang nak ajar anaknya berjalan betul sedangkan dalam parti mereka sendiri tak betul, banyak kepincangan, ahli sendiri pun akui ada kecacatan, inikan pula nak bagi cadangan untuk bubarkan parti lain.

"Inilah yang dikatakan pemimpin keliru, peguam dan ahli politik yang terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Sedar atau tidak sebenarnya DAP mempertikaikan kewujudan Pas yang berpaksikan agama dan dalam masa yang sama menyekat kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang selama ini mereka sendiri perjuangkan."

Tegasnya, amat jelas bahawa Karpal sendiri gagal memahami motif dan tujuan sebenar cadangan yang disuarakan malah secara langsung boleh dikaitkan dengan Akta Hasutan.

"Cadangan beliau ini jika diperhalusi takut-takut membangkitkan kemarahan orang ramai lantaran ia berasaskan kaum dan agama yang tentunya boleh membawa kepada huru-hara sedangkan kerajaan Malaysia mendukung kepada penyatuan nasional untuk kehidupan yang harmoni semua bangsa.

"Lagi pula, siapa Karpal Singh ini yang mahu menyarankan kepada ROS untuk memansuhkan semua parti yang berasaskan bangsa dan agama walhal DAP sendiri berdepan dengan tindakan ROS yang sehingga kini belum berkesudahan." - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT