SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, November 16, 2013

UMNO Online - “Kes Penculikan di Semporna : Tiada Kaitan Dengan Pencerobohan – KP Esscom” plus 9 more

UMNO Online - “Kes Penculikan di Semporna : Tiada Kaitan Dengan Pencerobohan – KP Esscom” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kes Penculikan di Semporna : Tiada Kaitan Dengan Pencerobohan – KP Esscom

Posted: 15 Nov 2013 04:00 AM PST

LAHAD DATU, 15 Nov -  Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek menegaskan kejadian culik dan bunuh di Pulau Pom Pom, Semporna awal pagi Jumaat tiada kaitan dengan insiden pencerobohan dahulu.

Sebaliknya kata beliau kejadian merupakan kes terpencil membabitkan penjenayah.

“Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak panik ekoran kejadian ini kerana keadaan di sini (pantai timur) terkawal. Kita tunggu siasatan pihak polis dan jangan buat sebarang spekulasi,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat ESSCOM, di Pangkalan Polis Marin, dekat sini. Mengulas mengenai kes itu, Mohammad berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi membabitkan dua pelancong Taiwan.

Mangsa lelaki berusia 57 tahun mati ditembak di dalam sebuah chalet manakala mangsa wanita berumur 56 tahun dipercayai dilarikan oleh kumpulan yang tidak dikenali, katanya.

“Setakat ini, kita tidak ada maklumat siapa yang bertanggungjawab dan pihak polis sedang menyiasat motif kejadian itu,” katanya.

Menurut Mohammad susulan kejadian itu, pihaknya mempertingkat kawalan keselamatan terutama di pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong.

Katanya beliau dan pegawai ESSCOm akan melawat tempat kejadian esok.

Beliau berkata pihak ESSCOM juga bercadang mengadakan perjumpaan dengan pengusaha pusat peranginan dan pelancongan untuk berbincang mengenai aspek keselamatan di pusat peranginan masing-masing.

“Kita akan buat penilaian tahap kesiapsiagaan dari segi keselamatan di pulau-pulau peranginan dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan,” katanya.

Dalam masa yang sama Mohammad berkata keadaan kawasan pesisir pantai yang panjang dan luas khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) menyukarkan pasukan keselamatan untuk mengawal setiap inci sempadan laut negara.

Sementara itu di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Sabah masih selamat untuk dilawati kerana kejadian berlaku di kawasan terpencil. “Kita akan memastikan keselamatan pengunjung dan pelancong yang melawat Sabah terjamin dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya di sini.

Musa berkata beliau juga sudah diberi taklimat oleh ESSCOM berhubung kejadian itu.

Kita serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan, katanya yang turut meminta orang ramai agar tidak mendengar khabar angin berhubung kejadian itu.

Isu Perkauman Terus Jadi Senjata Utama Pembangkang Raih Simpati Rakyat

Posted: 15 Nov 2013 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique membidas tindakan pembangkang yang seringkali membangkitkan sentimen perkauman apabila timbulnya isu-isu yang melibatkan kaum dan agama, semata-mata untuk meraih simpati rakyat serta mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Menurut beliau, isu perkauman kini dilihat menjadi senjata bagi pembangkang dalam usaha mereka untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat, khususnya bukan Melayu terhadap pimpinan kerajaan hari ini.

"Sebagai contoh yang terbaru, mereka cuba membangkitkan sentimen kaum berhubung isu kuil Muneswarar di Jalan P. Ramle, sedangkan hakikatnya isu tersebut bukanlah isu kaum atau agama, tetapi ianya merupakan isu pencerobohan tanah persendirian.

"Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secara panjang lebar di dalam parlimen.

v-sivakumar-dap-tronoh-perak-rasis-perkauman-politik-agama-kaum-sempit-kuil-parlimen

"Namun pembangkang tetap mahu menimbulkan isu perkauman dengan niat untuk menimbulkan syak wasangka dan perasaan tidak puas hati termasuk di kalangan parti komponen BN sendiri," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pembangkang  kini gemar memainkan isu tersebut apabila mereka melihat isu perkauman ini berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat terutama kaum bukan Melayu untuk membenci UMNO dan kerajaan.

"Kita lihat seperti isu-isu sebelum ini seperti isu Teoh Beng Hock, isu kematian S. Kugan yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan isu perkauman, dimanipulasikan oleh pembangkang sebagai isu perkauman sehingga mempengaruhi sesetengah rakyat di negara ini.

"Tindakan pembangkang yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka amat bahaya kerana ini boleh merobek keharmonian  yang selama ini disemai antara kaum yang sekaligus boleh menjejaskan keamanan di negara ini," ujarnya.

tengku-adnan-menteri-wilayah-isu-roboh-runtuh-kuil-haram-umno-bn

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini melihat isu-isu yangdibangkitkan oleh pembangkang, khususnya berkaitan dengan kaum dan agama dengan lebih rasional dan tidak mudah menelan setiap dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan.

"Jika kerajaan hari ini, di bawah teraju BN adalah kerajaan perkauman, maka golongan bukan Melayu tidak akan dapat mengecapi nikmat dan kemewahan seperti mana yang mereka nikmati hari ini.

"Kita boleh lihat betapa nasib sesetengah etnik atau kaum yang berada di dalam sebuah negara yang mengamalkan pentadbiran bersifatkan perkauman yang jauh lebih malang nasib mereka jika mahu dibandingkan dengan keadaan di negara ini.

"Kaum bukan Melayu di negara ini bukan saja hidup dengan aman dan tenang, bahkan boleh jadi kaya raya dan menguasai ekonomi di bawah keadilan pentadbiran BN.  Jadi, isu-isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pembangkang itu tidak lain hanyalah untuk meraih keuntungan politik mereka, biarpun mereka terpaksa memperjudikan keharmonian dan keselamatan negara," akhiri beliau. -MediaUMNO

Kerajaan Sabah Bentang Bajet Berjumlah RM4.622 Bilion Untuk 2014

Posted: 15 Nov 2013 03:23 AM PST

KOTA KINABALU, 15 Nov  - Kerajaan Sabah memperuntukkan RM4.622 bilion bagi belanjawan negeri itu pada tahun 2014 berbanding RM4.088 bilion pada tahun 2013.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2014) di Dewan Undangan Negeri di sini hari, berkata Bajet 2014 juga merupakan bajet terbesar dalam sejarah belanjawan negeri Sabah sejak 50 tahun lepas.

Katanya anggaran perbelanjaan Sabah dalam Bajet 2014 merupakan peningkatan sebanyak 75.77 kali ganda berbanding 50 tahun lepas.

“Daripada peruntukan perbekalan tahun 2014 sebanyak 4,621.5 juta, sejumlah RM702.51 juta diperuntukkan untuk Emolumen, RM1,736.59 juta untuk Perbelanjaan Berulang dan RM2,182.4 juta untuk Perbelanjaan Khas,” katanya.

Menurut Musa Emolumen bagi 2014 meningkat sebanyak RM39.34 juta atau 5.93 peratus berbanding anggaran 2013 berjumlah RM663.17 disebabkan pelarasan gaji  pegawai perkhidmatan awam negeri di bawah Sistem Saraan Malaysia yang telah dilaksanakan sejak 2013.

Anggaran Perbelanjaan Berulang pada tahun depan juga meningkat sebanyak RM648.66 juta atau 59.62 peratus bagi memastikan jentera kerajaan berjalan lancar, berkapasiti tinggi, efektif dan efisien.

Peningkatan bagi Perbelanjaan Berulang juga disebabkan keperluan untuk bayaran balik Hutang Bon kerajaan yang matang berjumlah RM568.9 juta dan bayaran Balik Hutang Persekutuan berjumlah RM171 juta.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan pula sebanyak RM1,200.3 juta iaitu RM838.43 juta daripada Kerajaan Negeri dan RM361.87 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan.

Musa berkata dari segi agihan perbelanjaan pembangunan mengikut sektor, sektor ekonomi mendapat peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM893.15 juta diikuti Sosial (RM266.4 juta), Pentadbiran (RM30.75), Simpanan Luar Jangka (RM10 juta).

Bagi merealisasikan bajet yang bertemakan ‘Menjamin Kesinambungan dan Kesejahteraan Rakyat’, Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM4,583 juta.

Katanya sasaran kutipan hasil berkenaan merupakan sasaran tertinggi berbanding RM3,828 juta pada 2013.

“Tiga sumber utama iaitu cukai jualan minyak sawit mentah, royalti petroleum dan penerbitan bon menyumbang lebih 70 peratus kepada keseluruhan hasil negeri.

Sumber tradisi yang dijangka akan menyumbang terhadap peningkatan hasil ialah sumber air, tanah, terimaan dan sumbangan daripada kerajaan persekutuan, hasil pejabat-pejabat daerah, pertanian perikanan, perkhidmatan haiwan dan perusahaan ternak, sektor pelabuhan dan dermaga,” katanya.

Musa berkata bagi memacu momentum pertumbuhan ekonomi negeri, bajet 2014 akan lebih memfokuskan objektif dan strategi seperti mengukuh kedudukan ekonomi, menambah baik infrastruktur asas dan prasarana awam, membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat dan pembangunan wilayah seimbang.

Bercakap kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2014 itu, Musa berkata  bajet itu membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan menyeluruh, merangkumi bandar dan luar bandar, untuk kesejahteraan seluruh rakyat Sabah.

“Kita mahu belanjawan terbesar ini terus dinikmati oleh seluruh rakyat agar tidak ada kawasan yang tertinggal daripada arus pembangunan di semua peringkat. Kita mahu mengagih-agihkan kewangan negeri agar sasaran pembangunan di Bandar dan luar bandar dapat membela nasib rakyat sebaik-baiknya,” katanya.

Ministry Mulls Ways To Improve Teaching, Learning In English – Yap

Posted: 15 Nov 2013 02:47 AM PST

SERDANG, Nov 15  - The education ministry has been looking at new ways and measures to improve the teaching and learning of English.

Deputy Minister Datuk Mary Yap Kain Ching said there was a need to further improve English language teachers on their proficiency and pedagogical skills, as well as motivate teachers to be more professional in their work.

“We are now trying to bring back activities through co-curriculum to make English learning more meaningful and fun,” she told the media after launching the International Conference on English Language Learning 2013 here today.

Yap said this could be done through activities like choral speaking, scrabble, poetry recital, storytelling and other range of competitions to improve the students’ confidence and skill in the English subject.

She said the ministry would also ensure the teaching and learning of English would be done in double periods to give students sufficient time to practise what they had learnt during the first part of the lesson.

Yap said, although the recently-announced compulsory pass in English at the Sijil Pelajaran Malaysia level in 2016 might prove extremely challenging to achieve, the alternative of letting the standard of English stagnate or slide was even more unsatisfactory.

"From class scheduling and curriculum to infrastructure and resources, we are planning and implementing a range of measures to make up a concerted effort to re-vamp the teaching and learning of English," she added.

In another development, Yap said the ministry was currently trying to create special categories for rural schools in competitions in all languages.

“This is because under the Malaysian Education Blueprint, we want to bridge the gap between rural schools and town schools, not only in terms of infrastructure but we also want to bridge the academic gap,” said Yap.

Economy Expands By 5 Pct In Third Quarter This Year, Says Bank Negara

Posted: 15 Nov 2013 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 15 – The economy expanded by five per cent in the third quarter of this year from a revised second quarter growth of 4.4 per cent this year, bolstered by domestic demand and a significant turnaround in exports.

In announcing the good news for the country’s economy today, Bank Negara Malaysia Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz said domestic demand grew by 8.3 per cent, while exports registered 1.7 per cent growth compared to minus 5.2 per cent.

This positive news is released on the back of increased volatility following uncertainties over the fiscal and monetary policies of the advanced economies, particularly in the United States, she told reporters today.

Orang Muda Tidak Akan Percaya Kepada Parti Yang Banyak Masalah – MBM

Posted: 15 Nov 2013 02:25 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Nov – Pengerusi Majlis Belia Malaysia,  Muhammad Maliki Muhammad Rafa'e melihat kepimpinan parti pembangkang khususnya PKR belum menjamin orang muda untuk menyokong mereka secara total.

Justeru beliau berpandangan apa yang berlaku di dalam PKR hari ini menambahkan lagi ketidakpercayaan golongan itu yang tentunya mengharapkan sebuah parti yang stabil dan bukannya penuh dengan masalah.

"Sebenarnya bukan sahaja kepercayaan orang muda malah kepercayaan rakyat secara keseluruhannya terhadap PKR sejak awal penubuhannya hingga ke hari ini adalah cukup rapuh.

anwar-ibrahim-rasuah-kroni-pecah-amanah-liwat

"Kenapa saya katakan begitu…..mereka yang menyokong PKR tidak semestinya yakin dengan parti tersebut. Adakalanya disebabkan oleh perasaan ingin mencuba dan sebagainya.

"Namun akhirnya mereka dapat melihat bagaimana sebuah parti yang bermasalah hinggakan pemimpinnya bukan setakat seorang dua malah lebih daripada itu meninggalkan parti tersebut. Jika diteliti, mereka yang berada dalam kumpulan awal telah pun berhijrah dan yang ada hari ini adalah lapisan baru," katanya kepada UMNO-Online.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah krisis terbaru di Sabah menunjukkan kepada rakyat bahawa Barisan Nasional (BN) jauh meninggalkan parti tersebut termasuklah rakan-rakan sekutunya yang lain dari segi rekod.

nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi

Tegasnya bagaimana kepercayaan rakyat boleh melekat di dalam hati masing-masing setelah apa yang berlaku di depan mata dapat disaksikan secara umum tanpa berselindung hari ini.

"Tambahan pula di kalangan orang muda…..bagi saya kepimpinan mereka bermula daripada atas hinggalah ke bawah tidak cukup untuk meyakinkan orang muda. Sekadar bercakap tu bolehlah.

"Berbanding dengan kerajaan yang ada hari ini, macam-macam dah dirancang dan dilaksanakan untuk orang muda. Pembangunan sukan, perumahan, pencarian kerja dan macam-macam.

"Itulah yang saya katakan tadi. Kepimpinan PKR termasuklah rakan sekutunya yang lain belum dapat memberi keyakinan sepenuhnya kepada orang muda di negara ini. Dengan krisis terbaru, tentunya menghakis saki-baki kepercayaan yang ada," ujarnya. -MediaUMNO 

Govt Agencies Urged To Print Security Documents With PNMB

Posted: 14 Nov 2013 11:59 PM PST

PUTRAJAYA, Nov 15 – Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan has urged government agencies to print security documents with Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Malaysia as it offers printing services for highly protected documents.

He said the Finance Ministry and the Home Ministry were among government agencies which print documents with requiring special security features with PNMB to protect confidentiality and avoid any printing error.

Speaking to reporters after the signing ceremony of a contract between PNMB and the Inland Revenue Board (IRB) here today, he said government agencies should engage PNMB to print annual reports and emulate IRB which signed a RM35 million contract to provide digital document printing services and management worth about RM35 million for three years.

A wholly owned subsidiary of the Finance Ministry, PNMB also provides services to the private sector.

Ahmad hoped PNMB could become a comprehensive printing centre in the country by tapping its expertise in security printing, having been tasked with printing important documents like 1Malaysia People’s Aid (BR1M) vouchers, institution of higher learning certificates, birth certificates, passports, and school and tertiary education examination papers.

Present were PNMB chairman Tan Sri Dr Zulkifli A. Hasan and IRB deputy chief executive officer (management) Datuk Sabin Samitah.

Perhimpunan Agung UMNO Jadi Wadah Perkukuh Parti Hadapi PRU-14

Posted: 14 Nov 2013 11:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol melahirkan harapan agar Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada Disember ini akan menjadi satu wadah di dalam perkukuhkan parti di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Jelasnya, pembangkang dilihat semakin agresif di dalam membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan namun itu bukanlah ukuran melemahkan semangat juang setiap ahli kerana ahli perlu yakin dan terus gah memperjuangkan parti kerana BN masih memerintah dan UMNO menjadi tulang belakangnya.

"Walaupun pembangkang membuat pelbagai tohmahan tetapi itu bukan ukurannya. PRU yang lalu kita telah menang walaupun tanpa majoriti dua per tiga. Oleh itu, kita harus menyusun strategi baru bagi memastikan PRU akan datang kita masih lagi kukuh dan berdiri di hadapan.

"Maka, jadikanlah Perhimpunan Agung UMNO ini satu wadah menyuntik semangat juang yang tinggi selain terus memperkukuhkan saf bukan sahaja di kalangan ahli UMNO tetapi bersama-sama parti komponen BN”.

demokrasi-pemilihan-umno-perhimpunan-pemimpin-majlis-tertinggi-malaysia

Tambah beliau lagi, melihat transformasi yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden parti, sudah pasti Perhimpunan Agung kali ini bakal menjadi tumpuan setiap ahli bagi mendengar sekaligus melihat bagaimana transformasi yang dilakukan terutamanya semasa Pemilihan UMNO yang lepas membawa kesan kebaikan kepada parti UMNO.

Dalam transformasi ini jelasnya bukan sahaja golongan muda tetapi ianya berkait rapat dengan perjuangan semua ahli UMNO dan ianya merentasi semua peringkat bagi menangani masalah yang timbul untuk memperkukuhkan parti dan menyemai rasa sayangkan parti di setiap jiwa ahli.

"Kita sudah mengetahui susunan di peringkat tertinggi, sayap-sayap dan juga di peringkat bahagian, jadi saya berharap gandingan baru ini akan memulakan satu lagi transformasi yang baik di dalam menghadapi PRU ke 14 akan datang.

"Oleh kerana itu, Perhimpunan Agung kali ini begitu ramai yang berminat untuk menyertainya bagi menyuntik semangat yang lebih tinggi di hati setiap ahli UMNO itu sendiri selain mahu mendengar amanat, teguran dan keyakinan Presiden parti dalam proses trasformasi di peringkat akar umbi," jelasnya lagi. – MediaUMNO

Bajet 2014 Perlihat Pendapatan Negara Dikongsi Bersama Rakyat

Posted: 14 Nov 2013 09:10 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Bajet 2014 yang telah dibentangkan Perdana Menteri adalah bajet yang dibuat berdasarkan pendapatan kerajaan yang sentiasa memikirkan keperluan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Sufar menyifatkan Bajet 2013 sebagai Bajet Kasih Sayang dengan tema “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi & Melaksana Janji”, dengan tafsiran pendapatan negara dialihkan serta dikongsi bersama-sama rakyat keseluruhannya dalam bentuk pelbagai imbuhan dan bantuan.

“Bajet yang dibentangkan banyak memberi manfaat kepada rakyat. Setiap lapisan masyarakat mendapat perhatian dalam pembentangan bajet tersebut. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin dengan keperluan rakyat.

“Jika dibandingkan dengan Bajet Pakatan Rakyat, Bajet 2014 yang dibentangkan adalah merangkumi semua aspek. Setiap apa yang dibentangkan, adalah mengikut keperluan rakyat dan bukannya gula-gula pilihanraya seperti yang diperkatakan oleh pihak pembangkang,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

husni-najib-ahmad-maslan-bajet-belanjawan-parlimen-kerajaan-2014

Tambahnya, Bajet 2014 juga membuktikan kerajaan memberi tumpuan kepada perkara-perkara penting yang boleh menjana ekonomi negara.

Biarpun subsidi gula ditarik jelas belaiu tetapi ia bukan bermakna kerajaan menekan rakyat sebaliknya perkara tersebut sudah difikirkan kebaikan terhadap rakyat.

“Penarikan subsidi gula tidak akan membebankan rakyat tetapi perlu dilihat dalam skop yang lebih besar,” katanya.

Menerusi Bajet 2014 ini jelas beliau lagi dapat dilihat Perdana Menteri mengguna strategi untuk menyediakan rumah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan rakyat.

“Bukan hanya Syarikat Perumahan Negara Berhad digerak dan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan rumah mampu milik tetapi juga pihak swasta yang lain.

“Ia sama sekali berbeza dengan kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan, sepanjang lima tahun pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pakatan pembangkang di Selangor, antara perkara yang patut mereka banggakan adalah kepesatan pertambahan pusat rumah urut dan juga pusat judi yang berselindung di sebalik kafe siber.

“Mana ada projek perumahan kos rendah atau mampu milik yang menjadi keutamaan kerajaan negeri, sebaliknya projek rumah-rumah mega yang nampak naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di negeri Selangor sekarang ini,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Pinda Akta Muflis 1967 Bukti Keprihatinan Kerajaan Tangani Isu Muflis – Sohaimi

Posted: 14 Nov 2013 09:05 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov– Sekretariat Bebas Muflis hari ini menyambut baik perhatian dan tindakan kerajaan serta Jabatan Insolvensi yang telah menerima pandangan dan cadangan dari Sekretariat Bebas Muflis yang mana Akta Kebangkrapan 1967 akan digantikan dengan Akta baharu yang akan dibentangkan di dalam Dewan Rakyat pada tahun hadapan.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Sekretariat Bebas Muflis adalah sebuah sekretariat bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), merupakan satu inisiatif bagi membantu golongan golongan muflis menyuarakan pendapat, rintihan dan permasaalahan yang dihadapi apabila dijatuhkan hukuman sebagai seorang yang bangkrap atau muflis.

“Dengan seramai lebih 250 ribu pemuflis yang ada sekarang ini dan hanya 28  peratus sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Insolvensi untuk ditadbir dan diberi peluang kedua, kami merasakan wajar kami membantu dan menerangkan serta memberi khidmat nasihat kepada para muflis akan hak hak dan peluang kedua yang diberikan oleh kerajaan.

"Kebangkrapan bukan penghujung hidup, sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor menjadikan kita di Sekretariat Bebas Muflis amat bersemangat sekali untuk membantu para muflis dan Jabatan Insolvensi dalam melaksanakan usaha usaha membebaskan para muflis daripada kemelut hutang yang ditanggung,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tambahnya, antara perkara yang di umumkan oleh YB Hajah Nancy Hj Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggunjawab ke atas Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), adalah pelepasan automatik kepada golongan muflis selepas sesuatu tempoh tertentu dan difahamkan draf undang undang itu telah dibawa kepada Jabatan Peguam Negara.

Selain itu juga kerajaan akan memberikan peluang kedua yang lain di dalam draf cadangan tersebut.

“Sekretariat Bebas Muflis ingin juga menyarankan agar beberapa cadangan lain saperti penggunaan khidmat CTOS (yang dikendalikan oleh swasta) yang banyak menyusahkan orang ramai dari segi maklumat yang tidak dikemaskini dan ini menimbulkan ketidakadilan dan penganiayaan, agar dikaji semula dan dihentikan terus perkhidmatannya dan digantikan dan diuruskan oleh pihak kerajaan sendiri dalam menentukan status kredit seseorang untuk dinilaikan oleh institusi kewangan dan sebagainya.

“Selain itu kami berharap agar proses pinjaman dan lain lainnya dirombak semula agar tidak ada timbul masaalah penjamin sosial, teknikal, terianiaya dan tertipu dengan sistem yang ada sekarang ini,” katanya lagi.

Sekretariat Bebas Muflis ingin mengingat dan menyarankan agar draf Akta baru ini yang akan dibentangkan di parlimen tahun hadapan merupakan satu Akta yang lengkap, kemas dan meliputi semua penyelesaian keatas permasaalahan yang timbul selama ini dengan mengambil kira peredaran zaman yang mana kemajuan bergerak dengan pantas dan sesuatu Akta itu bukanlah selalu boleh digubal. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT