SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, November 8, 2013

UMNO Online - “A-G’s Chambers Allow Enhancement Of Syariah Penalty – Jamil Khir” plus 9 more

UMNO Online - “A-G’s Chambers Allow Enhancement Of Syariah Penalty – Jamil Khir” plus 9 more

Link to UMNO Online

A-G’s Chambers Allow Enhancement Of Syariah Penalty – Jamil Khir

Posted: 07 Nov 2013 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 7  - The Attorney-General’s Chambers (JPN) has given its approval for the existing ’356′ maximum penalty under the syariah law to be further enhanced, said the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

He said the move would enable the powers of the syariah court to be raised in a more holistic manner.

“As such, the existing scope of punishment at the syariah court can be enhanced to enable the punishment to be widened instead of being tied to the ’356′ which is a maximum of three years’ imprisonment, RM5,000 fine and six lashes of the cane.

“If this can be realised, it will be a blessing for Muslims and the syariah court will be improved in future,” he told reporters after opening the National Preachers Convention 2013, here today.

Meanwhile, the Director-General of the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), Datuk Othman Mustapha told Bernama that the matter would be discussed in greater detail with the relevant parties.

Johor Umum Pemberian 35 Meter Padu Air Percuma Kepada Rakyat

Posted: 07 Nov 2013 02:14 AM PST

NUSAJAYA, 7 Nov  – Kerajaan Johor menaikkan pemberian rebat air daripada 20 meter padu kepada 35 meter padu dalam usaha meringankan beban golongan miskin dan miskin tegarnya.

khaled-nordin-suara-hati-johor-umno-bn-melayu

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain itu kerajaan negeri juga akan memastikan menjelang 2017 semua penduduk Johor akan menikmati bekalan air bersih.

Ini bukan sahaja tertumpu kepada akses bekalan air tetapi juga merangkumi kualiti serta tahap perkhidmatan setanding dengan negara maju, katanya semasa membentangkan Bajet Johor 2014, di Dewan Undangan Negeri Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga menyasarkan penyediaan 28,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi tempoh 2013 hingga 2018.

“Usaha-usaha ini akan diteraju oleh syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Johor Corporation Berhad, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan Perbadanan Islam yang akan berganding bahu dengan agensi kerajaan persekutuan dan pemaju swasta.

“Tahun depan sebanyak 1,550 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh kerajaan persekutuan akan ditawarkan untuk disewa kepada pemohon yang berkelayakan di Sungai Melana, Johor Baharu,” katanya.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga akan memperluas pelaksanaan Dasar Perumahan Rakyat Johor di luar kawasan Iskandar Malaysia.

Menurutnya bermula 1 Jan depan, segmen Perumahan Komuniti Johor A berharga RM42,000, Perumahan Komuniti B RM80,000, manakala Perumahan Mampu Milik Johor dari RM140,000 hingga RM150,00.

Kerajaan negeri juga katanya akan menguatkuasakan mekanisme kawalan harga bagi memastikan pemaju tidak mengabaikan pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik di negeri ini.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut menaikkan harga minimum hartanah untuk pemilikan asing kepada RM1 juta berbanding RM500,000 sekarang, selaras dengan bajet persekutuan yang dibentangkan baru-baru ini.

Selain itu, kadar kelulusan untuk setiap perolehan bagi kepentingan asing juga dinaikkan daripada RM10,000 bagi setiap hak milik kepada dua peratus daripada harga jualan yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli.

Katanya kedua-dua perkara itu akan dikuatkuasakan 1 Mei depan.

Kerajaan Johor hari ini membentangkan Bajet 2014 dengan unjuran lebihan RM2.02 juta berdasarkan anggaran hasil RM1,064.59 juta berbanding perbelanjaan mengurus RM1,062.57 juta.

Sebanyak empat strategi utama digariskan untuk menjayakan bajet kali ini iaitu mencorakkan ekonomi mampan; meningkatkan kesejahteraan rakyat; memperkasakan dan merakyatkan kerajaan; serta melahirkan modal insane berketrampilan.

Anggota SB Hanya 10 Peratus Daripada Seluruh PDRM – Khalid Abu Bakar

Posted: 07 Nov 2013 01:41 AM PST

JASIN, 7 Nov  - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyangkal ada peningkatan mendadak dalam bilangan anggota Cawangan Khas (SB) seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya kata beliau anggota cawangan berkenaan hanya kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan 115,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bilangan itu seiring dengan keperluan semasa dalam menjaga keselamatan negara.

“Penetapan (10 peratus) itu kita buat ada sebabnya dan paling utama jamin keselamatan negara. PDRM lebih tahu tentang ancaman kepada keselamatan negara, jadi biar kami yang tentukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Semalam, semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim daripada DAP, mempertikaikan bilangan anggota SB yang dikatakannya meningkat secara mendadak sejak 2012 kepada 8,200 berbanding hanya kira-kira 5,000 sebelum itu.

Sim juga membandingkan keanggotaan Cawangan Khas sekarang dengan era darurat pada 1954 yang katanya hanya mempunyai 459 anggota.

Mengulas lanjut, Khalid berkata Cawangan Khas turut distruktur semula bagi memperkukuh bahagian tertentu namun penstrukturan semula itu tidak melibatkan pertambahan anggota.

“Namun kita ada memohon pertambahan bilangan anggota secara keseluruhan bagi mengurus pertambahan infrastruktur dan aset kita miliki demi memberikan yang terbaik kepada rakyat, namun ini tidak melibatkan Cawangan Khas,” katanya.

Mengulas perkara lain, Khalid berkata PDRM mempergiat pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan bersenjata di seluruh negara bagi memastikan mereka mempunyai lesen untuk membawa dan mengguna senjata api.

“Mereka perlu mendapatkan lesen ‘carry and use’ daripada PDRM untuk menggunakan senjata api tetapi penemuan kita setakat ini ada syarikat yang terus beri senjata api kepada pengawal keselamatan tanpa mematuhi peraturan,” katanya.

Terdahulu Khalid menghadiri perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin yang dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Bangunan bernilai RM68.5 juta itu mula beroperasi pada 5 Mac tahun lepas.

Johor Bentang Bajet 2014 Dengan Empat Strategi Utama

Posted: 07 Nov 2013 01:37 AM PST

NUSAJAYA, 7 Nov -  Kerajaan Johor membentangkan Bajet 2014 dengan unjuran lebihan RM2.02 juta berdasarkan anggaran hasil RM1,064.59 juta berbanding perbelanjaan mengurus RM1,062.57 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia menggariskan empat strategi utama iaitu mencorakkan ekonomi mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkasa dan merakyatkan kerajaan dan melahirkan modal insan berketrampilan.

“Kerajaan negeri yakin bahawa pembangunan dan pengagihan hasil mahsul negeri akan dapat dijayakan dengan keadilan dan kesaksamaan jika ia disandarkan kepada muafakat.

“Sehubungan itu juga kerajaan negeri sentiasa beriltizam untuk memastikan pengurusan ekonomi negeri Johor terus dipacu dengan terancang, manakala hasil yang diperoleh diurus dengan berhemah demi memastikan matlamat utama kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Johor 2014 bertema ‘Muafakat Pembangunan dan Pengagihan’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini, Khamis.

Mohamed Khaled yang pertama kali membentangkan bajet selepas dilantik Menteri Besar selepas pilihan raya umum ke-13 Mei lepas berkata hasil kerajaan negeri pada tahun depan dianggar meningkat kepada RM1,064.59 juta berbanding anggaran pada tahun ini RM908.66 juta.

Daripada jumlah itu, katanya hasil cukai dianggar sebanyak RM398.46 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM478.36 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM187.77 juta.

Katanya, di bawah peruntukan mengurus yang berjumlah RM1,062.57, sejumlah RM403.44 juta adalah bagi bayaran emolumen dan anggaran sebanyak RM261.87 pula disediakan untuk perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap pula sebanyak RM360.76.

Mohamed Khaled berkata sejumlah RM16.06 juta juga disediakan untuk pembelian aset dan RM20.44 juta pula adalah bagi perbelanjaan lain, manakala peruntukan pembangunan pada tahun depan adalah sebanyak RM296.80 juta

“Suka saya maklumkan pertumbuhan ekonomi negeri Johor kini berada di tahap yang kukuh dan meyakinkan. Pada tahun ini ini sehingga Ogos lepas sahaja negeri ini mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu sebanyak RM8.8 billion.

“Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak RM3.3 bilion atau sekitar 40 peratus berbanding keseluruhan tahun 2012.

“Ini sekali gus meninggalkan jauh negeri-negeri lain dan melalui pelaburan tersebut dianggarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan baharu yang berkualiti dapat diwujudkan dan dijangka akan bertambah menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Pelaburan asing, katanya terus kekal sebagai penyumbang utama dengan nilai berjumlah RM6.6 bilion atau 75 peratus dengan Amerika Syarikat menjadi pelabur terbesar dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.7 bilion atau 31 daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan positif itu ekonomi negeri diunjurkan akan berkembang pada kadar 6.1 peratus bagi tahun 2013 yang sekali gus mencerminkan kekukuhan asas ekonomi negeri di sebalik ketidaktentuan ekonomi global pada masa kini.

Katanya, pencapaian pelaburan domestik dan antarabangsa yang memberangsangkan itu turut disumbangkan oleh peranan yang dimainkan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang menjadi kawasan pertumbuhan yang komprehensif dan berdaya saing.

“Ini terbukti apabila jumlah komitmen pelaburan yang terkumpul sejak 2006 sehingga Oktober lepas ialah sebanyak RM129 billion dan dari jumlah itu sebanyak 44 peratus atau RM56.3 bilion telahpun direalisasikan,” katanya.

Pelik… Pengundi Hantu, Pengundi Bangla Hilang Di Sungai Limau

Posted: 07 Nov 2013 01:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Nov. – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Ngeri (DUN) Sungai Limau telah tiga hari berlalu dan keputusan telah pun diketahui dengan Pas mengekalkan kemenangannya dengan majoriti undi yang merosot berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 Mei lalu namun sehingga ke hari ini tidak kedengaran sebarang komen atau dakwaan negatif dari kepimpinan pembangkang berkaitan keputusan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaakob melahirkan kehairanannya kerana sehingga ke hari ini tidak ada sebarang pertikaian atau tuduhan daripada pihak pakatan pembangkang atau pemimpin Pas sendiri terhadap keputusan PRK yang berlangsung Isnin lalu.

harakah-fitnah-palsu-gambar-pengundi-bangla-orang-asli-malaysia-pru13

"Jika sebelum ini mereka seringkali mendakwa kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dalam melaksanakan tugasnya sebagaimana PRU lalu dan juga sebelumnya namun nampaknya dalam PRK DUN Sungai Limau ini SPR sangat adillah…," bidas beliau kepada UMNO-Online.

Keputusan PRK menyaksikan Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi, apabila calonnya Mohd. Azam Abd. Samat memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang mendapat 10,985 undi.

"Persoalannya, saya nak tanya pada pemimpin pembangkang adakah pada PRK baru-baru ini SPR bertindak berbeza dengan PRU yang lepas?"

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah berkata demikian lantaran sebelum ini pembangkang membuat pelbagai tuduhan kepada BN selepas kembali menerajui mandat kepimpinan negara dalam PRU yang lalu dan sebelumnya.

Antara tuduhan yang dibuat terhadap BN adalah dakwaan kononnya wujud pengundi hantu, mengeksport pengundi dari Bangla yang digunakan bagi mengundi BN, berlaku ganguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi dan dakwaan dakwat kekal yang tidak 'kekal' sehinggakan ada yang boleh mengundi dua kali.

"Kita menggunakan sistem yang sama, dilaksanakan oleh badan yang sama iaitu SPR, proses dan penjumlahan sepanjang berkempen, pengundian dan sehingga tamat semua keputusan diperoleh juga sama namun jika BN yang menang kenapa pula dipertikaikan dan bila mereka yang menag tidak pula ada suara-suara sumbang?

Dilaporkan, selepas PRU ke-13, pakatan pembangkang meneruskan himpunan di seluruh negeri yang bermula pada 8 Mei lalu dengan alasan membantah keputusan PRU ke-13 dan serangan dibuat kepada BN, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan SPR.

Selepas PRU ke-12, pakatan pembangkang juga sanggup mengadakan perhimpunan jalanan sebagaimana Bersih 1 dan Bersih 2 atas tuntutan yang sama kepada SPR dan kerajaan.

"Peliknya, jika kita menang macam-macam dakwaan dilemparkan kepada BN tapi di DUN Sungai Limau selepas Pas menang tak ada apa-apa pula yang disuarakan. Mereka perlu jawab adakah SPR bertindak luar biasa? – MediaUMNO

fitnah-tipu-palsu-pilihanraya-pembangkang-bangla-mengundi

SPAD Still Studying Fare Rates For Express, School Buses

Posted: 07 Nov 2013 01:30 AM PST

GUA MUSANG, Nov 7 – The Land Public Transport Commission (SPAD) is still studying the fare rates for express and school buses and is expected to announce the new rates soon.

SPAD chairman Tan Sri Syed Hamid Albar said they need a little more time to finalise the rates so that the decision would not cause dissatisfaction among the relevant parties.

He said the increased burden shouldered by bus express and school bus operators must be taken into consideration by balancing it with the passengers’ financial ability to use the comfortable and convenient bus service.

“We are in the midst of studying the matter in detail so that the decision will satisfy all quarters,” he told reporters after launching four new double-decker buses of Konsortium E-Mutiara Berhad at Gua Musang Terminal in Tanah Puteh here today.

Each bus is equipped with a camera that records driver’s offences, global positioning system (GPS), Astro and Wi-fi services, passenger seatbelts and mobile phone charging sockets.

Also present were Konsortium E-Mutiara Berhad executive chairman Che Ibrahim Che Ismail, SPAD operation chief Halim Hussin Gua Musang police chief Supt Saiful Bahri Abdullah.

PKR Makin Kritikal, Sudah Tidak Relevan Lagi Bawa Suara Rakyat – Salleh

Posted: 07 Nov 2013 01:22 AM PST

KOTA KINABALU, 7 Nov –  Tindakan seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedamaian, Jeremmy Malajad yang mengumumkan keluar dari parti tersebut lalu menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), memperlihatkan bahawa PKR di Sabah kini dihimpit masalah dalaman yang kritikal, demikian menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak.

dr-salleh-tun-said-keruak-sabah

Menurut beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, tindakan ADUN PKR tersebut jelas  membuktikan bahawa parti itu  kini dilihat tidak lagi relevan serta tidak mampu untuk mewakili membawa suara akar umbi rakyat di negeri itu.

"Insiden keluar parti itu menunjukkan bahawa pergolakan dalaman parti tersebut sudah tidak dapat dibendung lagi. Sekiranya keadaan ini berterusan, maka saya yakin lebih ramai lagi ahli atau ADUN dari parti tersebut yang akan mengambil tindakan yang serupa.

"Tindakanseperti itu adalah isyarat yang jelas membuktikan bahawa hilangnya kepercayaan ahli-ahli PKR sendiri terhadap perjuangan dan kepimpinan parti tersebut untuk membela nasib rakyat di ini. Bagi saya, ini merupakan satu tamparan hebat kepada parti pembangkang di Sabah," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Ini juga secara tidak langsung kata beliau lagi, memperlihatkan bahawa segala perancangan dan agenda transformasi yang dibawa oleh BN bagi memakmurkan Sabah dari sudut pembangunan infrastruktur dan sosial diterima baik oleh rakyat di negeri ini.

"Pembangkang dilihat tidak lagi relevan di Sabah. Hari ini terbukti, bukan saja rakyat di negeri ini hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pembangkang, tetapi termasuk juga ahli dan ADUN mereka sendiri.

"Dan Alhamdulilah setakat ini sokongan rakyat Sabah terhadap UMNO dan BN terus dan semakin kukuh. Ini disebabkan kita (BN) gerak kerja kita berkhidmat untuk rakyat dapat dilihat dengan jelas melalui pelbagai program baik dari kerajaan negeri mahupun pusat.

"Dan saya yakin, sekiranya pergolakan dalaman pembangkang di Sabah berterusan yang dilihat hari ini agar sukar untuk dipulihkan lagi, maka tidak mustahil ia akan menghilangkan kepercayaan rakyat Sabah secara keseluruhannya terhadap kepimpinan pembangkang sekaligus,menjadikan pengaruh pembangkang semakin menyusut di kalangan rakyat di negeri ini," akhiri beliau.

Kedudukan parti pembangkang di negeri ini juga dilihat semakin goyah apabila baru-baru ini,  ADUN Matunggong yang juga dari PKR, Datuk Jelani Hamdan membuat kenyataan melalui laman sosial facebook beliau, mengkritik Naib Presiden PKR, Tian Chua termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya mengamalkan undang-undang rimba, serta tidak menolak kemungkinan untuk keluar dari PKR kerana berasa sangat tidak selesa dengan kepimpinan parti tersebut. -MediaUMNO

Are The Chinese Returning To BN’s Fold?

Posted: 06 Nov 2013 11:43 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 7 – While the Chinese appear to have voted in favour of Barisan Nasional (BN) during the Sungai Limau by-election on Monday, it cannot be taken for granted that the community’s political affiliations have changed at least for now.

Politicians and political analysts are cautious over this development and believe it is still too early to say that the Chinese are now returning to BN’s fold.

Moreover, the by-election sentiments are far different from the sentiments that the community face during General Elections (GE).

In the by-election, PAS won the Sungai Limau state seat when its candidate Mohd Azam Abdul Samat, 37, polled 12,069 votes while BN’s Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, polled 10,985 votes.

However, PAS’ could only afford a 1,084 majority at its stronghold since 1995 compared with a 2,774 majority the recorded during GE13 in May due to lower voter turnout and with much of the Chinese votes going to BN.

Chinese based BN component parties namely MCA and Gerakan were quick to point out that the outcome from five polling stations – Simpang Tiga, Sg Limau, Kabu Sepuloh, Batu Enam Belas and Kampung Titi Batu -  indicate that more than 70 percent of the 1,842 Chinese voters there voted for BN.

IS THE TIDE TURNING IN FAVOUR OF BN?

Gerakan Deputy President and Kedah Gerakan chief Dr Cheah Soon Hai in elaborating further said 208 out of the 295 Chinese who voted in Batu Enam Belas chose BN. This mean 70 percent Chinese support for BN.

Similarly, in Sg Limau Dalam, 480 out of out of the 605 Chinese who turned out to vote opted for BN (79 percent) while in Simpang Tiga 204 out of the 285 Chinese who turned up to vote favoured BN (71 percent).

“At all this three major polling stations, the total turnout are actually 1,185 with 892 of them voting for BN. The other two polling stations were not taken into account due to the small number of Chinese voters.

This is a stark contrast with DAP’s assumption during GE 13 on May, that the Chinese support for the PAS in the constituency is between 45 and 55 percent.

IS THE SG LIMAU OUTCOME ANYTHING TO GO BY

Nonetheless, Dr Cheah noted that the turnout of the Chinese voters was also low as many young voters didn’t return home to vote and this has indirectly helped BN.

The young voters are the ones who voted in favour of PAS during GE13.

“Moreover, the BN machinery went all out to get the older voters with many returning from as far as Penang, Alor Setar and Sungai Petani to vote. This has helped us greatly,” he said.

As pointed out by Sin Chew Daily in its opinion piece on Wednesday, the Chinese vote swing favouring BN in Sg Limau probably has no significant impact on the political leanings of the Chinese at the state and country level.

Moreover, the number of Chinese voters in Sungai Limau is small and therefore even if 70 percent of them have voted for the BN, it was still not enough to reverse the overall situation,” the daily said.

THE CHINESE HAVE NOT COMPLETELY ABANDONED BN

DAP strategist and Member of Parliament for Serdang Dr Ong Kian Ming also argued that Sg Limau by-election is not a barometer to indicate the political leanings of the Chinese voters.

Moreover, Sg Limau is a predominantly Malay constituency with 93 percent Malay voters.

If the Chinese made up 30 percent of the voters and it is an urban seat, then you can say that the outcome indicates that Chinese voters have returned to BN,” he said.

Gurun state assemblyman Dr Leong Yong Kong felt otherwise and said the national issues had taken the centre stage in the by-election with both sides  wooing the Chinese voters.

“We told the Chinese voters there that six million Chinese in the country are watching how they are going to vote. Though they might not like certain things, but at least they must show some appreciation,” he said.

Therefore, he argued to certain extend, the outcome could still be used as yardstick for the Chinese support for BN.

However, Penang based political analyst Datuk Cheah See Kian believed it is still difficult to gauge the exact political leanings of the Chinese voters nationwide just merely based on the Sg Limau by-election result.

“However, if the Sg Limau by-election’s outcome is anything to go by, the Chinese voters have not entirely abandoned BN. This is an important fact that both BN and the opposition (PKR-DAP-PAS) have to appreciate,” he said.

DAP Terus Jadi Tiang Bisu, Gagal Jawab Isu Terowong Dasar Laut

Posted: 06 Nov 2013 11:30 PM PST

PULAU PINANG, 7 Nov – Kedegilan Kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam meneruskan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion jelas menunjukkan sikap kepimpinan yang angkuh dan mementingkan diri sendiri.

Ujar Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow, sudahlah projek ini diteruskan walaupun tiada sebarang kajian yang dilakukan terlebih dahulu, segala persoalan rakyat pula terus enggan dijawab.

koh-tsu-koon-pgrm-gerakan-najib-teng-chang-yeow-penang-bn

"Kerajaan negeri sudah menjadi tiang bisu walaupun kita sebenarnya telah sedia maklum mereka ini memang akan terus pekakkan telinga terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan rakyat.

"Apa yang penting bagi mereka agenda disebalik projek ini dapat dicapai. DAP seharusnya memberi penjelasan kepada rakyat agar rakyat faham dan bukannya membisu.

"Telah timbul pelbagai cerita kurang menarik berkenaan projek ini. Satu, ianya ditandatangani walaupun belum ada sebarang kajian dilakukan.

"Kedua, kos projek yang meningkat daripada RM4.08 bilion kepada RM6.3 bilion. Bagaimana ianya boleh meningkat sebegitu banyak masih tidak terjawab. Ketiga berkenaan tol yang bakal dikenakan kelak selain kesan-kesan negatif kepada rakyat, alam sekitar dan juga para nelayan yang juga masih tidak terjawab.

"Semuanya persoalan ini tidak mampu dijawab menyebabkan rakyat mula berfikir bahawa ada agenda tersembunyi di sebalik projek mega ini. Apa yang pasti hanya satu jawapan daripada Lim Guan Eng iaitu menuding jari kepada BN," katanya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, DAP seharusnya berpegang kepada prinsip CAT iaitu Competency (Keupayaan), Accountability (Akauntabiliti) dan Transparency (Ketelusan) di dalam menangani setiap kontroversi yang melanda mereka.

"Jangan hanya jadikan CAT sebagai perhiasan. Buktikan mereka memang parti yang telus. Tapi saya pasti DAP akan terus berdiam diri kerana mereka tidak ada sebarang jawapan kukuh kepada setiap persoalan yang diajukan rakyat berkenaan projek mega ini," jelasnya lagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah pun menandatangani perjanjian awal pembinaan projek mega ini walaupun kajian dan kerja-kerja terperinci (FSSD) belum diluluskan dan tindakannya ini telah mendapat bantahan dari banyak pihak. - MediaUMNO

KKM Cadang Data Dan Maklumat Berkaitan Kerajaan Disaring Sebelum Boleh Diakses

Posted: 06 Nov 2013 11:21 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mencadangkan beberapa kaedah kepada kerajaan dalam mempertingkat system komunikasi supaya sebarang maklumat tidak mudah dibolosi pihak tidak bertanggungjawab.

Ahmad-Shabery-Cheek-Menteri-UMNO-BN

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata antara kaedah yang boleh dipertimbangkan ialah memastikan setiap data atau maklumat berkaitan kerajaan perlu melalui beberapa peringkat saringan, sebelum ia boleh diakses.

“Bagi memastikan orang yang kita anggap sebagai sahabat tidak melakukan perkara tidak baik kepada negara, kementerian akan lihat bagaimana system komunikasi sedia ada boleh dipertingkat dari mudah dibolosi.

“Kita akan cari kaedah untuk nasihatkan kerajaan supaya memperbanyakkan sistem tapisan bagi elak maklumat diakses oleh mereka yang berkemungkinan adalah perisik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan My1Hub, Iskandar International Gateway (IIGW) dan Cahaya Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu intipan oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia dan beberapa negara lain menggunakan kedutaan Negara itu di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

Najib juga dilaporkan berkata bahawa Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.

Baru-baru ini, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden mendedahkan bahawa risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata kerajaan dan kementerian itu khususnya merasa cukup kecewa atas apa yang berlaku kerana baginya negara yang dianggap sahabat tidak sepatutnya melakukan kerja-kerja risikan ke atas Negara yang mereka bersahabat.

Beliau berkata sebagai kementerian yang berperanan menyebarkan maklumat kepada rakyat, kementerian itu benar-benar inginkan penjelasan sama ada risikan yang dilakukan bertujuan untuk mengawasi kegiatan keganasan atau sebaliknya.

“Jadi kementerian nak tahu risikan itu sejauhmana untuk awasi anasir keganasan atau ada tujuan lain di sebaliknya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Shabery turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memuat naik data penting atau maklumat peribadi dengan niat berkongsi dengan rakan-rakan, khususnya di Facebook.

Katanya daripada niat untuk keseronokan, pendedahan itu juga sebenarnya secara tidak langsung boleh dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk melakukan perkara tidak baik.

“Maklumat seperti saya akan berada selama lima hari di Yan (Kedah), walaupun asasnya adalah untuk tujuan baik tetapi makluman itu boleh digunakan oleh pengintip untuk melakukan sesuatu kepada rumah atau keluarga kita,” katanya.

 

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT