SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, November 27, 2013

UMNO Online - “Hilang Kepercayaan Punca Ramai Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti” plus 9 more

UMNO Online - “Hilang Kepercayaan Punca Ramai Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti” plus 9 more

Link to UMNO Online

Hilang Kepercayaan Punca Ramai Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti

Posted: 26 Nov 2013 02:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR di peringkat pusat dan negeri punca dua ADUN PKR iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad serta sebelas Ketua Cabang PKR di Sabah keluar parti dan memberikan sokongan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan di peringkat negeri.

Wakil kumpulan ini, Datuk Jelani Hamdan menyifatkan nama sahaja parti keadilan tetapi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan PKR tidak sama sekali melambangkan prinsip tersebut.

ahmad-maslan-11-ketua-cabang-2-adun-pkr-keluar-parti-sabah-pwtc

"Jika sebelum ini mereka (pucuk kepimpinan PKR) mengatakan akan memberikan kuasa autonomi iaitu memberikan kuasa kepada pemimpin Sabah untuk memilih pemimpin dan sebagainya tetapi bila hendak memilih pemimpin, perkara ini tidak dipraktiskan.

“Perlantikan Ketua Pembangkang, perlantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri dan sebagainya, boleh dikatakan semua keputusan diambil oleh keputusan peribadi.

“Sebagai contoh, pemilihan calon pada PRU13 yang lalu, ramai ketua cabang yang tidak puas hati kerana pemilihan tersebut bukannya datang dari kehendak pemimpin Sabah sendiri," ujarnya yang juga ADUN Matunggong.

Tambahnya, soal pemimpin PKR negeri tidak mendengar arahan pemimpin PKR pusat tidak timbul kerana mereka kata akan memberikan kebebasan kepada pemimpin peringkat negeri untuk memilih dan membuat keputusan, tetapi sebaliknya.

Sebelah Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti ialah ialah dari Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna.

Dalam masa yang sama, kumpulan ini juga menafikan mereka dibeli oleh UMNO dan BN sebaliknya tidak ada keperluan untuk BN Sabah membeli ADUN dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah memandangkan BN menang majoriti 2/3 dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

"Tidak ada keperluan untuk membeli ADUN PKR di Sabah, tidak mustahil tuduhan demi tuduhan akan dibuat oleh PKR terhadap kami namun realitinya, mereka yang dulu hendak membeli pemimpin-pemimpin BN dan UMNO di Sabah, tetapi tidak dapat," tambahnya. -MediaUMNO

Ekonomi Malaysia Antara Yang Paling Kukuh Di Rantau Ini

Posted: 26 Nov 2013 02:42 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov -  Ekonomi Malaysia merupakan antara yang paling teguh di rantau ini dengan permintaan domestik menjadi pemacu pertumbuhan utama di tengah-tengah perbelanjaan kukuh kerajaan.

Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ekonomi AMP Capital, Shane Oliver berkata ini akan memastikan ekonominya akan terus menjadi antara yang paling dinamik di rantau ini.

“Saya menilai Malaysia sangat tinggi. Walaupun terdapat peluang besar di Indonesia dan Thailand, Malaysia akan sentiasa menonjol dari segi negara yang bertindak secara bersepadu dalam membangunkan negara,” katanya pada ABC News dalam satu temu ramah baru-baru ini.

Oliver berkata persekitaran pelaburan yang menggalakkan telah menyokong pengembangan kukuh ekonomi.

“Satu perkara yang anda nampak tentang Malaysia ialah keazaman untuk berjaya dan kita telah melihat ini selama 20 tahun sekarang.

kuala_lumpur_malaysia_maju_ekonomi

“Anda boleh berhujah politik dan semua perkara seperti yang lazimnya orang Barat lakukan tetapi apa yang penting ialah kerajaan Malaysia nampaknya telah menjalankan tugas yang amat baik dalam menarik pelaburan dan menyediakan persekitaran menarik bagi syarikat untuk datang melabur dan mengekalkan pertumbuhan,” kata Oliver.

Beliau berkata ekonomi Malaysia agak kukuh dengan pertumbuhan dijangkakan sekitar 4.5 peratus tahun ini.

Oliver berkata gelembung kredit isi rumah tidak dilihat memberikan risiko utama.

“Pandangan saya ialah sekiranya hutang berterusan meningkat maka ya ia akan menjadi satu kebimbangan.

“Kita bermula daripada asas agak rendah dan saya rasa kemungkinan masih jauh lagi sebelum kita terlalu bimbang dengan hutang isi rumah di Malaysia,” katanya.

Mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), Oliver berkata: “Saya rasa terdapat peluang baik ia akan dilaksanakan. Kerajaan menuju ke arah hala tuju ini kerana GST, walaupun tidak seluas seperti yang diharapkan oleh pakar ekonomi, ia masih cukai yang baik dari segi membawa masuk pendapatan tetapi tidak menyebabkan hereton ekonomi seperti yang boleh dibawakan oleh cukai pendapatan peribadi dan cukai korporat.

GST akan menggantikan sistem rumit pelbagai cukai jualan dan perkhidmatan sekarang dan manfaat utamanya menjadi lebih cekap dan mengembangkan asas cukai diharap dapat mengimbangi penurunan pendapatan minyak, katanya.

Pengintipan Tidak Boleh Diterima – Ahmad Shabery

Posted: 26 Nov 2013 02:41 AM PST

PUTRAJAYA, 26 Nov -  Pengintipan bukan satu perkara yang boleh kita terima terutama dalam kalangan negara yang dianggap sahabat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi sebuah negara untuk mengintip ‘perbualan’ sebuah negara sahabat atau berjiran, tidak kira sama ada ia membabitkan perkara yang sensitif atau tidak.

“Saya tidak menuduh sesiapa dalam perkara ini, Amerika Syarikat atau sebagainya… tapi secara prinsipnya, pada dasarnya tidak boleh untuk mereka berbuat demikian (mengintip),” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata demikian semasa dirujuk mengenai laporan sebuah portal berita baru-baru ini mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, yang mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Pada Isnin, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia dan pihaknya akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura untuk mendapatkian penjelasan berhubung dakwaan itu.

Pas Perlu Dahulukan Kepentingan Islam Dan Melayu Bagi Realisasikan Muzakarah

Posted: 26 Nov 2013 02:39 AM PST

MELAKA, 26 Nov  - Pas perlu mendahulukan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu bukannya ideologi politik parti itu bagi merealisasikan cadangan muzakarah dengan UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Idris Haron.

idris-haron-ketua-menteri-melaka-umno-bn

Ketua Menteri Melaka itu berkata dalam bermuzakarah dengan UMNO, Pas tidak seharusnya mencari pelbagai alasan dan meletakkan syarat bagi memastikan survival Islam dan Melayu terjamin pada masa hadapan.

Beliau berkata Pas perlu mencari titik persamaan dengan UMNO pada muzakarah itu bagi memastikan perpaduan antara umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini semakin kukuh.

“Ketepikan segala perbezaan, segala ideologi dan duduk semeja bincang… tentukan objektif dan matlamat apa yang perlu diperoleh pada muzakarah itu dan jangan sekali-kali mencapah keluar,” katanya di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam, Selangor Ahad lepas, berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

Ditanya tentang pengaruh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan mampu menjadi penentu sama ada muzakarah itu berlaku atau tidak, Idris berkata parti itu tidak seharusnya meletakkan kepentingan individu di hadapan kepentingan Islam dan Melayu.

“Muzakarah ini perlu dilihat pada kepentingan lebih luas, jangan lihat pada seorang sahaja, jangan kerana seorang tidak mahu semua tidak mahu ini tidak betul,” katanya.

Legal Transformation To Ensure Public Safety, A-G

Posted: 26 Nov 2013 02:35 AM PST

PUTRAJAYA, Nov 26 – The government has carried out significant legal transformation, including amending existing laws and drafting new laws to prioritise public safety, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said today.

He said it was always the intention of the government to protect the safety of Malaysia and its citizens.

He said the balancing act between national interests, public safety and fundamental rights should develop from time to time, to resemble changes in our growing society.

“I would like to urge the people to ponder upon and evaluate efforts taken by the government to enhance public safety. You must give enforcement agencies and our government a chance to prove that these steps taken are indeed, effective.

"As for the new legislations and amendment introduced by the government, it will be seen through time, if such legislations are indeed, dynamic and good laws to cater to existing problems," said Abdul Gani when delivering his keynote address, ‘Transforming the Legal Landscape: Public Safety Initiative’ at the Judicial and Legal Training Institute (Ilkap) National Law Conference 2013 here.

He said the government had never taken the issue of public safety lightly as Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, when delivering the 2014 Budget, had allocated a huge sum of money to improve public safety and public order.

Ilkap 2013 is an annual event held in collaboration with various selected agencies.

Themed, ‘Public Safety and the Law’, the two-day conference aims to examine current practices and discuss issues and challenges relating to public safety from various legal aspects.

On the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) to replace the Internal Security Act 1960 (ISA) and the amendment to Prevention of Crime Act (PCA) 1954, Gani said it was necessary to ensure public safety was maintained.

He said Sosma was aimed at dealing with the crime of terrorism, espionage and treason while the PCA amendment was meant to combat organised crime and human trafficking.

"Hence, some new legislations and amendments are necessary to ensure public safety is maintained. Trails of incidents have led to the belief that a law is needed to safeguard national security."

Abdul Gani said much criticism had been hurled and debates conducted over the legitimacy of Sosma and PCA, which were claimed to be disregarding the basic rights of citizens.

"However, when it comes to ensuring public safety, should not some kind of sacrifice be made for the greater good? There is always a good reason behind every law and sometimes a law becomes a necessary evil to combat even a greater one," he noted.

On the proposed national harmony act to replace the Sedition Act 1948, Abdul Gani said the act would not only cater to the problem arising from the misuse of the internet but would spread its wings to encompass other means, as well.

He said the act aimed to promote the spirit of harmony and mutual respect in the multi-races and religions of Malaysian society while finding a balance for freedom of speech and expression as guaranteed by the Federal Constitution.

Tindakan Negara Luar Ceroboh Kerahsiaan Negara Diselar

Posted: 26 Nov 2013 02:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

“Pada prinsipnya, maklumat-maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia sepatutnya tidak ada sebuah pun negara yang berhak untuk melakukan intipan.

“Jadi tidak perlu menceroboh atau cuba memantau negara kita,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

zahid_hamidi_penjelasan_komunis_umno

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media itu berhubung dakwaan pembabitan Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura hari ini untuk mendapat penjelasan.

Sementara itu, Ahmad Zahid akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya menukarkan pegawai Imigresen di pintu masuk negara setiap enam bulan bagi memastikan penyampaian sesuatu perkhidmatan dijalankan tanpa ada unsur rasuah.

“Kami dirunding oleh Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sendiri untuk tindakan dilakukan dengan tidak menyembunyikan soal imej tetapi soal bagaimana penyampian sesuatu perkhidmatan ini harus dijalankan tanpa unsure rasuah terutama dalam keizinan membawa masuk pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata pemantauan dan tindakan akan dilakukan terhadap mana-mana pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam rasuah.

Muka Baru Kepimpinan Wanita Mampu Gabung Kepakaran Untuk Perteguh Parti

Posted: 26 Nov 2013 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR,  26 Nov  – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yakin 73 muka baru yang dipilih pada pemilihan parti di peringkat bahagian baru-baru ini yang terdiri daripada profesional, akademik, usahawan serta aktivis di akar umbi merupakan nilai tambah yang cukup bermakna kepada pergerakan berkenaan.

Justeru beliau menyatakan iltizamnya untuk menggabungkan segala kepakaran serta kemahiran yang ada di dalam kepimpinan pergerakan itu untuk memantapkan lagi institusi berkenaan khususnya melaksanakan tugas selaku tulang belakang kepada parti.

"Saya lihat muka baru yang terdiri daripada profesional, akademik, usahawan dan aktivis di peringkat akar umbi sesuatu yang cukup mantap. Saya amat yakin Wanita mampu untuk jalankan tugas selaku tulang belakang dalam UMNO.

"Kita alu-alukan…dan akan bawa kepakaran dan kekuatan masing-masing khususnya gembeleng tenaga mereka untuk mantapkan lagi Wanita di semua peringkat," katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra dan Taaruf bersama Ketua Wanita UMNO Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita UMNO kali pertama selepas sesi pemilihan yang berlangsung baru-baru ini di Menara Dato' Onn.

ramah-mesra-taaruf-ketua-wanita-bahagian-shahrizat

Shahrizat seterusnya berharap pergerakan itu diberikan pengiktirafan oleh parti sebagai tulang belakang kerana dari segi keahlian dan perkhidmatan serta lain-lain, Wanita UMNO telah banyak berbakti kepada UMNO.

"Kami pada penggal ini akan berjuang untuk menentukan Wanita diiktiraf sebagai tulang belakang parti  kerana dari segi angka (jumlah keahlian), perkhidmatan dan lain-lain Wanita banyak bakti kepada parti. Kita tunggulah dengan hati berdebar..pengiktirafan berkenaan. Saya harap akan diberikan oleh parti.

"Kami rasakan masanya sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada Wanita sebagai tulang belakang. Nampak itu akan cantik parti ini. Sayap Pemuda belah kanan dan Puteri belah kiri.

"Jadi cantik kami sebagai ibu di dalam parti. Sayap elok ada dua. Tulang belakang biar kami sebagai ibu. Tetapi itu terpulang kepada Presiden, Datuk Seri Najib Razak. Ini hajat Wanita," ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut berharap Pengerusi Perhubungan Negeri memberi pertimbangan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang Wanita di peringkat biro politik negeri samada Setiausaha, Bendahari atau Ketua Penerangan.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Datuk Seri Shahrizat menyeru kepada semua Wanita UMNO agar merapatkan barisan dalam usaha memantapkan lagi pergerakan tersebut.

"Tutup cerita lama dan kita rapatkan barisan. Yang menang dan yang kalah masuk semula dalam barisan. Kita lebarkan lagi Wanita UMNO dalam usaha membantu parti terus relevan kepada rakyat”, katanya. -MediaUMNO

PKR Sabah Hampir Lumpuh, 11 Ketua Cabang PKR Umum Keluar Parti

Posted: 26 Nov 2013 01:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini menyifatkan kedudukan PKR di Sabah hampir lumpuh apabila 11 Ketua Cabang PKR di negeri itu mengumumkan keluar parti.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata apa yang berlaku hari ini adalah gelombang pertama kerana selepas ini akan ada gelombang kedua yang turut akan membabitkan Ketua Cabang PKR di negeri itu.

“Hari ini adalah  satu hari yang amat bermakna khususnya dalam konteks politik di negeri Sabah dan negara kita amnya, kerana kumpulan Ketua Cabang PKR ini yang keluar parti PKR akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR seterusnya memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat nasional dan di peringkat negeri.

"Mereka ini terdiri daripada 11 Ketua Cabang PKR termasuk dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad.

“Saya juga ingin maklumkan akan berlaku gelombang kedua selepas ini di mana lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR Sabah akan keluar dan menyokong BN. Apa yang sudah berlaku dan yang akan berlaku, bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya  BN akan menjadi semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah," ujarnya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sebelas Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti ialah ialah Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna. -MediaUMNO

najib-musa-aman-11-ketua-cabang-2-adun-pkr-keluar-parti-sabah-pwtc

ahmad-maslan-11-ketua-cabang-2-adun-pkr-keluar-parti-sabah-pwtc

SDC Has Strong Impact On Sabah’s Economy, Peoples’s Well-Being : CM

Posted: 26 Nov 2013 12:51 AM PST

KOTA KINABALU, Nov 26  - The Sabah Development Corridor (SDC) has had a significant impact on Sabah’s economic growth and the people’s well-being since its launch six years ago, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

Musa, who is also state Finance Minister, said SDC, under the Sabah Economic Development and Investment Authority’s (SEDIA) management, has also improved the social well-being of Sabahans by creating job opportunities, reducing proverty and unemployment rates, as well as increasing household income.

“Sabah’s economy was fairly resilient in the 2008 to 2012 period, registering positive growth even in the face of challenges generated by the United States sub-prime crisis which led to the global economic crisis in 2009.

“Based on 2005 prices, total GDP since the launch of SDC in 2008 up to the end of 2012 expanded by 25.8 per cent from RM35.3 billion at the end of 2007 to RM44.4 billion by the end of 2012.

“Sabah’s economy recorded an annual average growth rate of 4.7 per cent over this period, compared to the national annual average growth rate of 4.3 per cent,” he said when launching the SEDIA MS ISO 9001:2008 Certification and Annual Report 2012 in conjunction with the 14th Meeting of SEDIA here today.

It was attended by Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa and SEDIA President/Chief Executive Datuk Dr Mohd Yaakob Johari.

According to Musa, the implementation of the SDC, in line with the state’s Halatuju policy, has significantly contributed to the steady development of service sectors in Sabah especially tourism-related industries.

He said the service sector’s contribution to GDP increased from 42.3 per cent in 2008 to 47.4 per cent in 2012, while tourist arrivals to Sabah last year reached 2.88 million contributing about RM5.3 billion, compared to 2.3 million tourists with receipts amounting to RM4.06 billion in 2008.

Musa said Sabah has also become one of the preferred destinations for Foreign Direct Invesment (FDI) during the period, drawing interest from China, Taiwan, South Korea, the United States, Singapore, Brunei, Australia and the European Union.

“The US-based Darden Incorporated is investing RM2 billion in the Integrated Lobster Aquaculture Park which is within the Marine Integrated Cluster in Semporna, and is expected to generate RM3 billion in annual sales by 2030,” he said.

In the oil, gas and energy sector, Musa said Petronas was a major driver during the period with investiments in the gas-fired power plant, Sabah Ammonia and Urea Project in Sipitang and Sabah-Sarawak Pipeline Project besides major domestic investors like Suria Capital Holdings Bhd and Warisan Harta Sabah Sdn Bhd.

He said since SDC’s launch, a total of RM127 billion worth of investments had been planned and committed, second only to Iskandar Malaysia, and of the committed amount, RM25 billion had been realised.

On job opportunities, Musa said the labour force in Sabah increased from 1.26 million in 2007 to 1.58 million last year due to various projects implemented during the First Phase of the SDC that created job opportunites for locals especially in the construction sector.

“Following the launch of the SDC and the implementation of its poverty eradication inisiative, the state saw a reduction in poverty from 24.2 per cent in 2004 to 19.7 per cent in 2009 and to 8.1 per cent at the end of 2012,” Musa added.

Mustapa Dismisses Wikileaks Report Of Higher Drug Prices With TPPA

Posted: 26 Nov 2013 12:45 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 26  - Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed, has dismissed a WikiLeaks’ report saying that the prices of drugs will increase once the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) is finalised.

Mustapa said Malaysia’s position on TPPA was clear and the negotiations would be consistent with the policies and interests of the country.

“Malaysia’s position is clear, whether regarding the prices of drugs, arbitration or government procurement,” he told reporters at the ministry’s Networking Meeting with the Private Sector in conjunction with the Deepavali celebrations here today.

Also present were Deputy Minister of International Trade and Industry, Datuk Ir Hamim Samuri and the ministry’s Secretary-General, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

Mustapa said the government has given its commitment that the TPPA would be debated in Dewan Rakyat before it was signed.

“The rakyat and members of Parliament will be given an opportunity to debate the issue.

“We will not compromise on the nation’s interests,” he said.

WikiLeaks said the TPPA forbade member countries from buying the drugs from the third country except from one supplier and this would create a monopoly.

On the suggestion by former Finance Minister, Tun Daim Zainuddin, that the government considered abolishing the open approved permits (APs) under the revised National Automotive Policy (NAP), he said the government was receptive to suggestions by various parties.

“We (government) hear. The government is still studying the NAP. We have not yet decided on the revised NAP,” he said.

Mustapa said he appreciated the inputs given by various parties concerning the NAP, including on the APs.

“The government is likely to announce the much-anticipated revised NAP on Jan 15, 2014,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT