SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, November 21, 2013

UMNO Online - “Akhirnya Pas Terpaksa Mengakui DAP Tidak Akan Berjaya Didakwahkan” plus 9 more

UMNO Online - “Akhirnya Pas Terpaksa Mengakui DAP Tidak Akan Berjaya Didakwahkan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Akhirnya Pas Terpaksa Mengakui DAP Tidak Akan Berjaya Didakwahkan

Posted: 20 Nov 2013 05:28 AM PST

Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP akhirnya Pas seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui, bahawa parti itu telah GAGAL mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu, Karpal Singh dengan ajaran Islam. Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini.

Harun Taib berkata, kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul.

Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas dibubarkan pendaftaran, sebelum ini, ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting bagai nak gila. Baik pemimpin yang besar, hinggalah kepada pemimpin di peringkat kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

Sedangkan sebelum ini, baik DAP mahupun Karpal Singh mereka ini semua dipuji bak setinggi langit. Kononnya parti ultra kaisu itu telah mula faham dengan Islam, persetujuan untuk bekerjasama adalah sebahagian dari dakwah, malah ada di kalangan mereka yang 'marah' dan yang sanggup membela DAP yang dilabelkan sebagai 'kafir harbi'.

Contohnya Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh Harakah Daily pada 16 Ogos 2012 mengatakan, tindakan melabelkan DAP sebagai kafir harbi adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara Pas dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Paling menarik, mereka turut mengeluarkan fatwa songsang dengan mengatakan mengundi calon-calon DAP pada pilihanraya adalah tidak haram kerana parti itu telah bersepakat untuk mengikat janji dengan Pas. Antara hujah yang digunakan, kononnya ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar'iyyah.

Seterusnya Pas suatu ketika dahulu juga, pernah berbangga apabila mendakwa DAP telah mula memahami Islam sejak parti itu menggunakan pendekatan 'tahaluf siyasi'. Ini kerana menurut mereka, ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang yang diadakan pada 2010, ia telah diakhiri dengan bacaan doa.

Mereka mendakwa ia sebagai bukti dan tanda DAP telah mula mendekatkan diri dengan Islam dan semakin terbuka untuk menerima Islam selari dengan kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Malah bekas menteri besar Perak sebelum ini juga pernah berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama ada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu.

Paling menarik, untuk mengelaburi mata rakyat, mereka turut mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan salah seorang Exco dari DAP pada ketika itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Nizar. Nga dikatakan sering bertanya dari ayat mana dan surah apa yang dibacakan oleh Nizar.

Tidak cukup dengan itu, bagi meyakinkan hubungan antara Pas dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga sering merujuk kepada Al-Quran bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah.

Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, kini DAP tidak lagi dianggap sebagai sahabat mahupun kawan. Tambahan pula pada Muktamar kali ini, parti itu akan memilih pucuk pimpinan. Maka sudah tentu mereka yang ingin bertanding perlu meyakinkan para perwakilan bahawa mereka adalah merupakan calon yang paling layak untuk dipilih.

Selain mempunyai kredibiliti, watak garang dan tegas juga perlu ditonjolkan bagi memastikan perwakilan yakin dan seterusnya mengundi mereka.

Kesimpulannya, kenyataan Karpal dan isu Hudud yang dimainkan pada ketika ini tidak lebih hanya satu drama dan sandiwara. Ini kerana semua perkara yang dibangkitkan itu akan lenyap sejurus sahaja keputusan pemilihan diketahui.

Hakikatnya Pas adalah merupakan parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri.

isuhot.com

PLKN Ditransformasi Dengan Pendekatan Baharu – Hishammuddin

Posted: 20 Nov 2013 04:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov -  Dalam usaha memperkasakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kementerian Pertahanan akan mentransformasikan program itu menerusi beberapa pendekatan termasuk yang berteraskan penglibatan secara berterusan dan pemerkasaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendekatan lain seperti penilaian standard dan pengiktirafan dilihat boleh memperkukuh pencapaian objektif penubuhan PLKN.

“Penubuhan PLKN adalah untuk memupuk semangat kesukarelawan, cintakan negara dan perpaduan dalam diri pelatih seperti terkandung dalam Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

“Saya ingin melihat pelatih PLKN terus menerus terlibat dalam kerja-kerja kesukarelawan kepada masyarakat. Justeru, mereka perlu diberi pengiktirafan di atas usaha membantu masyarakat dalam program-program dianjurkan,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Untuk itu, katanya beliau telah berbincang mengenai usaha mentransformasikan PLKN dengan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pagi Rabu.

Hishammuddin juga mahu jurulatih-jurulatih PLKN mempunyai kompetensi dan kepakaran yang tinggi bagi membantu meningkatkan pencapaian PLKN.

“Justeru, saya akan meneliti keperluan bagi mencapai matlamat itu,” katanya.

Beliau turut meminta jurulatih PLKN meneruskan kerjasama dengan bekas pelatih melalui Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) khususnya dalam memperkenalkan idea dan pendekatan baharu untuk mencapai matlamat itu.

Menurutnya beliau mahu melihat penglibatan yang lebih holistik daripada semua pihak di dalam PLKN termasuk pengusaha-pengusaha kem PLKN, badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat kesukarelawan, cintakan negara dan perpaduan dapat dicapai.

Hishammuddin berkata beliau akan menyertai pemimpin-pemimpin Alumni PLK Ndari seluruh negara pada Konvensyen Alumni PLKN di sini, esok.

“Saya berharap konvensyen itu dapat membantu membentuk hala tuju Alumni PLKN yang lebih progresif dan dinamik,” katanya.

Anwar Bapa Kepada Segala Pembohongan – Dr Puad

Posted: 20 Nov 2013 03:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kaki kelentong dan bapa kepada segala pembohongan, apabila Ketua Pembangkang itu hari ini menafikan beliau pernah mendakwa seramai 40,000 warga asing dibawa masuk oleh kerajaan untuk mengundi bagi memastikan kemenangan BN pada PRU yang ke 13 baru-baru ini.

najib-pandikar-anwar-mesra-ketawa-angkat-sumpah-parlimen-sesi-13-01

Menurut beliau, kenyataan itu dibuat oleh Anwar apabila sedar bahawa dia tidak mampu lagi untuk mempertahankan dakwaan  dan pembohongannya tentang kemasukan 40,000 pengundi asing pada PRU yang lalu.

"Dia sedar, hari ini pembohongannya itu sudah tidak dapat ditutup lagi. Jadi, untuk putar belitkan cerita, Anwar katalah dia tidak pernah berkata atau membuat dakwaan seperti itu.

"Dia sudah mula merasai tekanan akibat pembohongannya itu dan untuk mengelakkan bersikap defensif, maka Anwar berbohong lagi dengan mengatakan dia membuat kenyataan seperti itu.

"Seperti biasa, dia akan menuduh UMNO dan kerajaan yang mereka-reka cerita 40 ribu pengundi asing ini dengan tujuan memutar belitkan cerita supaya rakyat jadi keliru. Inilah dia Anwar Ibrahim. Seorang kaki kelentong dan bapa kepada segala pembohongan yang tidak pernah wujud sebelum ini dalam sejarah politik tanahair," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sikap pembohong dan kaki kelentong Anwar ini terserlah apabila beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen sedangkan sebelum itu, Anwar menjelajah ke seluruh negara mengatakan bahawa dia tidak mengiktiraf keputusan PRU ke 13.

"Kredibiliti dan maruah Anwar sudah tercalar sebaik saja beliau angkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan PRU. Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40 ribu warga asing digunakan untuk mengundi.

"Anwar berbohong semata-mata untuk membangkitkan rasa amarah sekaligus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Ini kerana Anwar tahu sekiranya dia tidak berjaya menjatuhkan kerajaan pada kali ini, maka harapannya pada PRU ke 14 nanti begitu tipis sekali untuk menjadi Perdana Menteri," jelasnya.

Tegas Puad lagi, sudah terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan.

"Kita jangan lupa tentang bagaimana beliau dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong Pakatan Pembangkang.

"Malah nama saya turut dikaitkan di dalam senarai 30 ahli parlimen tersebut sedangkan saya tidak tahu apa-apa tentang perkara itu. Jadi bagi saya, apa pun kenyataan Anwar hari ini, tidak boleh diguna pakai lagi kerana dia sudah tidak ada kredibiliti untuk bercakap benar dan apa saja yang keluar dari mulutnya adalah pembohongan semata-mata," akhiri beliau. -MediaUMNO

Proposal To Raise Assessment Rates Aimed At Improving Services, Says Rahman

Posted: 20 Nov 2013 02:41 AM PST

PUTRAJAYA, 20 Nov – The proposal to raise the assessment rates in the federal capital is aimed at providing  better services to meet the aspirations of its residents, said Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan.

He said the proposal should be viewed positively by all parties especially Kuala Lumpur residents as the government could not bear all costs, more so with the rise in property prices and higher cost of living.

He said the responsibility of developing Kuala Lumpur as a sustainable city was also in the hands of the people and the proposal to increase the assessment rate was an investment for their benefit.

“We need to understand the financial challenges in managing towns to meet the people’s demand for better services and all these need money.

“The effort to turn Kuala Lumpur into a sustainable city involves not only the government but also the people, especially Kuala Lumpur residents,” he said.

He told reporters this after opening the “Challenges of Extended Mega Urban Regions: The Changing Face of South East Asia & the World” conference, here today.

Abdul Rahman said he wanted the city folks to accept the reality that the rates have not been raised for 21 years.

“Malaysians must understand that the government cannot give all services in the form of subsidy or free. Costs have increased several fold.

“No government will raise taxes merely to hurt the people,” he said.

Meanwhile, in KUALA LUMPUR, City Hall (DBKL) will be holding a meeting with all 11 MPs in the Federal Territory tomorrow to clear the air over the proposal to raise assessment rates from next year.

Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Ahmad Phesal said DBKL hoped the MPs would convey to residents in their respective areas on the assessment rate hike.

“The assessment rate increase next year is inevitable as DBKL can no longer absorb the rising cost of maintenance and management each year.

“The move will also enable DBKL not to be too dependent on federal government funding,” he told reporters after signing a Memorandum of Agreement with Sirim QAS International Sdn Bhd here today.

Ahmad Phesal said the new rates will be determined after taking into consideration the interests of residents and the current economic situation.

Under the MOU, Sirim QAS International Sdn Bhd is entrusted the responsibility to ensure DBKL’s contractors deliver on projects according to quality and specification requirements.

Sirim QAS International Sdn Bhd chairman Dr Zainal Abidin Mohd Yusof signed on behalf of the company.

Tun Dr Mahathir Beri Respons Baik Kepada Rawatan

Posted: 20 Nov 2013 02:35 AM PST

mahathir-ijn-sembuh-pulih-dada-sihat-2013

KUALA LUMPUR, 20 Nov -  Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).

Kenyataan dari pejabat Dr Mahathir pada Rabu berkata bekas perdana menteri itu kini menjalani rawatan dan fisioterapi dada dan senaman.

“Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau,” kata kenyataan itu.

Doktor menasihatkan agar lawatan dihadkan kepada anggota keluarga terdekat.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada Isnin berikutan jangkitan pada bahagian dada.

Pengundi Bangladesh Contoh Klasik Gaya Politik Bohong Pembangkang

Posted: 20 Nov 2013 02:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov. – Pembangkang sememangnya gemar membuat fitnah dengan pelbagai dakwaan sebagaimana kononnya 40,000 pengundi Bangladesh yang telah terlibat sebagai pengundi untuk memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin.

Ujarnya, dakwaan terbabit tidak pernah berlaku malah sehingga kini pun tida ada sebarang kesahihan untuk dibuktikan kepada masyarakat.

"Kita minta parti pembangkang agar tak perlulah buat kerja seperti ini kerana lebih baik jika pemimpin-pemimpin mereka buat kerja di kawasan masing-masing sahaja, hentikan beri tohmahan tapi berilah penumpuan kepada rakyat di kawasan sendiri kerana antara mereka ini ramai yang tak buat kerja di kawasan tapi sibuk bercakap tentang UMNO dan BN," katanya kepada UMNO-Online.

harakah-fitnah-palsu-gambar-pengundi-bangla-orang-asli-malaysia-pru13

Dalam PRU ke-13 yang berlangsung Mei lalu, pakatan pembangkang mendakwa kemenangan BN adalah hasil daripada undi hantu dan penipuan oleh BN yang kononnya menggunakan 40,000 pengundi Bangladesh.

"Pembangkang memang suka melempasrkan macam-macam tohmahan kepada BN malah sehingga kini pun terbukti apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin BN dan UMNO maka ada saja salahnya di hati mereka walaupun perkara itu positif.

"Pembangkang akan manipulasikan apa sahaja agenda kerajaan untuk kepentingan mereka sendiri dan dakwaan terbabit adalah penipuan yang entah kali keberapa," katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru anggota Puteri di semua peringkat agar melengkapkan diri dengan info pengetahuan dan menguasasi media sosial agar dapat menyalurkan informasi dengan lebih cepat dan berkesan kepada semua anggotanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah turut menempelak tindakan pembakang yang turut menjadikan medan perbahasan di Parlimen dengan tindakan negatif mereka.

"Saya jelik melihat telatah mereka yang dalam perbahasan asyik-asyik menggunakan nama rakyat dan tidak berbahas pada isu pokok yang difokuskan.

"Ini kerana mereka mencari ruang dan peluang dalam sesi perbahasan sedangkan sepatutnya mereka menggunakan kesempatan terbabit dalam membantu dan mencari cara bagaimana untuk mengurangkan beban dan membantu rakyat," tegasnya.

Terdahulu, kerajaan Bangladesh melalui Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menafikan pembabitan lebih 40,000 warganya dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu. – MediaUMNO

fitnah-tipu-palsu-pilihanraya-pembangkang-bangla-mengundi

UMNO Pulau Pinang Cadang Pas Kaji Hubungannya Dengan PKR Dan DAP

Posted: 20 Nov 2013 02:04 AM PST

GEORGE TOWN, 20 Nov – UMNO Pulau Pinang mencadangkan Pas mengkaji semula hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang kerana penyertaan Pas dilihat seperti ‘melukut di tepi gantang’.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata  pergolakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang itu kini diibaratkan meniti detik-detik ‘retak menanti belah’.

“Kenyataan yang dibuat oleh Pas semalam ibarat lava gunung berapi, ia sudah lama bergelodak dan baru semalam mengeluarkan lavanya.

“Kenyataan Pas itu juga mengesahkan bahawa parti itu adalah rakan kongsi kelas ketiga dalam pakatan pembangkang,” katanya dalam sidang media di sini hari  ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff bahawa kerajaan negeri meminggirkan Pas, selain tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP juga dikatakan gagal mengamalkan slogan kecekapan, akauntabiliti,  ketelusan (CAT) dalam pakatan pembangkang.

Zainal Abidin berkata lebih elok sekiranya Pas tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan pakatan pembangkang kerana ia tidak menguntungkan parti itu dan orang Melayu.

“Kita tidak akan ganggu urusan dalaman parti Pas, cuma nak mereka kaji semula hubungan itu, kita kesian tengok Psd disisihkan, ke sana tak ke sini pun tidak,” katanya.

Beliau mendakwa selama ini Pas hanya diperalat dan dipergunakan untuk kemenangan AP di seluruh negara.

Sementara itu, dalam sidang media di sini hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan Pas dan PKR supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut, sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku adalah manipulasi jahat media.

Lim juga enggan menjawab soalan daripada media berhubung kenyataan Muhammad Fauzi bahawa terdapat campur tangan kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Ketua Menteri meminta agar kedua-dua parti iaitu Pas dan PKR mengadakan mesyuarat bagi  membincangkan hal berkenaan supaya satu keputusan dapat dibuat.

Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Salleh Man yang turut hadir pada siding media itu berkata beliau menyangkal dakwaan berlakunya campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal Islam.

Bagaimanapun Salleh yang ditemui pemberita sebelum itu mengakui Badan  Perhubungan Pas Negeri memang mempersetujui empat resolusi yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri antaranya menggesa kerajaan negeri member kuasa penuh kepada Yang Dipertua Majlis  Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang juga (Pesuruhjaya Pas Negeri) untuk melantik ahli-ahli majlis itu.

Selain itu kerajaan negeri memperuntukkan kuota yang lebih  besar bagi wakil dari Pas dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC), meningkatkan  kuota Pas kepada hingga empat orang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan  Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Tempoh Amaran Lima Hari Terhadap Karpal Penuh Tanda Tanya

Posted: 20 Nov 2013 12:57 AM PST

KUALA LUMPUR 20 Nov – Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordin melihat tempoh lima hari yang diberikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kepada Penasihat DAP, Karpal Singh mengenai kontroversi yang berlaku antara mereka menimbulkan pelbagai persoalan.

Justeru beliau beranggapan hanya Raja Ahmad Iskandar serta pimpinan Pas lain yang mempunyai jawapan kepada tempoh berkenaan yang mana jika dilihat secara mendalam ianya jatuh kepada tarikh muktamar agung parti tersebut.

"Apakah ini mainan politik menjelang muktamar agung Pas saya tidak tahulah….Hanya beliau yang tahu…Kenapa lima hari dan kenapa tidak tiga hari dan sebagainya. Mungkin secara kebetulan jatuh pada muktamar agung mereka pun saya tidak tahu.

raja-ahmad-iskandar-muktamar-pas-cabar-karpal

"Tetapi akan timbul persoalan seperti mana yang saya katakan di atas, apakah ini hanya mainan politik memandangkan tahun ini ada pertandingan dan pelbagai persoalan lain," katanya kepada UMNO-online.my, di sini, hari ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari mulai semalam.

Mengulas lebih lanjut Ustaz Hafiz seterusnya mempersoalkan di manakah Ketua Dewan Pemuda mereka dalam soal ini.

"Ini lagi satu persoalan yang timbul… Mana Ketua Dewan Pemuda Pas yang sepatutnya ke depan dalam mengenengahkan soal ini. Kalau ikut hirarki pun mestilah Ketua Dewan Pemuda dahulu barulah yang seterusnya.

"Inilah antara persoalan yang timbul dan ini adalah antara yang dibangkitkan di peringkat bawah yang menjadi percakapan. Saya tidak mahulah ulas secara lebih-lebih..hanya mereka yang tahu," ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru kepada rakan-rakan yang masih berada di dalam Pas dan yang akan membuat pilihan pada muktamar mereka nanti untuk memilih mereka yang betul-betul mahu mengembalikan perjuangan asal parti dan menolak parasit-parasit yang telah pun merosakkan Pas hari ini.

Kelmarin, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang, 5 November lalu bagi membuktikan Ahli Parlimen Gelugor itu berbohong.

Karpal sebelum ini pernah menafikan beliau meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Sebaliknya, Karpal dalam kenyataannya semalam memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan sambil menuduhnya berbohong serta mencabar pemimpin muda Pas itu mengeluarkan keseluruhan transkrip sidang akhbar berkenaan. -MediaUMNO

Petronas Awards Contracts Exceeding RM7.5 Bln To 79 Companies Under VDP

Posted: 20 Nov 2013 12:35 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 20  - The Petronas Vendor Development Programme (VDP), which aims to promote Bumiputera entrepreneurs, has to date awarded contracts exceeding RM7.5 billion to 79 companies.

In a statement here today, Petronas said the VDP has the primary objective of creating resilient and competitive Bumiputera entrepreneurs in oil and gas-related manufacturing and technical services of medium and high technology with an import-substitution end-goal.

Meanwhile, Petronas said it has appointed three new Bumiputera vendors under the VDP, Petroclamp Sdn Bhd, OMNI Oil Technologies (M) Sdn Bhd and Eastern Energy Services Sdn Bhd, respectively, in May, September and November this year.

The national oil company said Eastern Energy Services was appointed a vendor to manufacture, supply and service gas lift valves and side pocket mandrels for offshore drilling and well operation activities.

It said OMNI Oil Technologies was appointed to manufacture and supply solid type (carbon steel) and bow spring type centralisers for well casings.

Petroclamp was appointed a vendo to manufacture and supply of all cast steel protector for control lines and cables of oil and gas wells.

SDSI Helps Create 1,155 Entrepreneurs In Sabah

Posted: 19 Nov 2013 11:32 PM PST

KOTA KINABALU, Nov 20 – The One District One Industry (SDSI) programme has helped create 1,155 entrepreneurs in Sabah since its inception eight years ago.

State Deputy Minister of Industrial Development, Datuk Bolkiah Ismail, said 82.9 per cent of the entrepreneurs were involved in producing handicrafts from forest products, metal, beads and weaving and 12.8 per cent food production.

“Of the entrepreneurs, 361 are from Kota Belud, 198 (Kudat) and 170 (Keningau),” he said in reply to a question from Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Balung) at the Sabah State Legislative Assembly here today.

Bolkiah said the SDSI aimed to develop commercially-viable products and services unique to a particular district using local raw materials for sales locally and export.

“Since its introduction, the programme has given the locals opportunities to boost their income and helped create more Bumiputera entrepreneurs.

“It has also helped to promote self-sufficiency among the various districts,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT