SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, November 4, 2013

UMNO Online - “BN Mahu Membawa Kebaikan Di DUN Sungai Limau, Bukan Membawa Kerosakan – Ahmad Sohaimi” plus 9 more

UMNO Online - “BN Mahu Membawa Kebaikan Di DUN Sungai Limau, Bukan Membawa Kerosakan – Ahmad Sohaimi” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Mahu Membawa Kebaikan Di DUN Sungai Limau, Bukan Membawa Kerosakan – Ahmad Sohaimi

Posted: 03 Nov 2013 05:12 AM PST

YAN, 3 Okt – Calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim menyatakan rasa syukur dan yakin berdasarkan respon dan sokongan para pengundi di DUN Sungai Limau yang kini dilihat semakin meningkat terhadap BN sepanjang tempoh berkempen yang kini berbaki tiga hari lagi.

Menurut beliau, tidak ada sebab yang besar bagi para pengundi di DUN Sungai Limau ini untuk menolak wakil BN bagi menggantikan wakil Pas yang sudah lebih lima penggal menjadi wakil di kawasan ini.

"Saya rasa BN menawarkan yang terbaik untuk rakyat, jadi saya rasa tidak ada sebab yang besar untuk rakyat menolak khidmat dan tawaran yang kita berikan kepada masyarakat di DUN Sungai Limau di sini," jelasnya kepada UMNO-Online.

Justeru itu, beliau merayu kepada para pengundi di DUN berkenaan agar memberikan sokongan yang akan diterjemahkan melalui undi kepada BN pada 4hb Oktober ini.

"Saya merayulah kepada para pengundi supaya mereka menyokong kita (BN), dan memberikan undi kepada saya kerana kita bukan mahu membawa kerosakkan, kita mahu bawa kebajikan kepada seluruh masyarakat di sini.

"Kita mahu membawa pembangunan yang lebih luas dan menyeluruh, dengan memberikan perhatian kepada isu-isu yang lebih utama misalnya seperti pembangunan fizikal dan sosial, dari sudut agama dan pendidikan, kita mahu generasi muda yang cemerlang.

“Kita mahu membangunkan DUN Sungai Limau ini dengan pembangunan yang lebih lengkap demi untuk  penduduk dan generasi akan datang di kawasan ini," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan rasa syukur apabila Menteri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sendiri mengisytiharkan sekiranya BN menang di kawasan DUN Sungai Limau ini, maka DUN ini akan menjadi sebagai DUN anak angkat kepada Menteri Besar Kedah.

"Bagi saya, kenyataan Datuk Mukhriz itu menunjukkan komitmen yang amat tinggi daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau, bahawa BN benar-benar serius untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk serta untuk memajukan kawasan DUN Sungai Limau ini," jelas beliau.

Sebelum itu, Datuk Mukhriz telah mengumumkan bahawa DUN Sungai Limau akan menjadi DUN anak angkat Menteri Besar Kedah, sekiranya para pengundi di situ memilih calon BN sebagai wakil rakyat mereka. – MediaUMNO

berani-hijrah-undi-bn-prk-sungai-limau-mukhriz-sohaimi

‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ Tema Maal Hijrah

Posted: 03 Nov 2013 04:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan kali ini yang sekali lagi membawa tema ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Selasa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata sambutan itu akan menyaksikan penyertaan 4,500 orang mewakili 100 kontinjen terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan swasta.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis itu.

Othman berkata pemimpin-pemimpin negara termasuk menteri kabinet, duta-duta dan kenamaan lain turut dijemput menyertai acara yang bermula 9.30 pagi itu.

Beliau berkata kemuncak majlis sambutan ialah penganugerahan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan dan seorang lagi tokoh peringkat antarabangsa.

Othman berkata penerima anugerah itu masing-masing akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Forum Perdana Khas sempena Maal Hijrah akan berlangsung di Masjid Negara mulai 5.30 petang esok, disusuli majlis bacaan Yasin serta bacaan doa akhir dan awal tahun.

Intipan Ke Atas Malaysia Boleh Jejas Hubungan – Hishammuddin

Posted: 03 Nov 2013 04:12 AM PST

KLUANG, 3 Nov – Kegiatan pengintipan ke atas Malaysia oleh negara sahabat adalah perkara yang serius, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini kerana tindakan itu boleh menyebabkan hubungan sebelum ini, yang bersandarkan kejujuran dan keikhlasan, menjadi tegang.

“Saya percaya kalau ia tidak dapat diperjelaskan dengan sepenuhnya, mungkin hubungan kita yang telah dibina selama ini tegang. Sebab itu, apa yang dikatakan intipan itu perlu kita dapat penjelasan terperinci setakat mana ia wujud dan untuk apa,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia R.Vidyanathan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kahang, di Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ketegangan boleh dielak sekiranya negara sahabat terbabit berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan dalam hubungan mereka dengan Malaysia.

Isu pengintipan timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan pemberi maklumat perisikan, Edward Joseph Snowden, yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Justeru, Hishammuddin berkata beliau inginkan penjelasan yang mendalam berhubung perkara itu kerana kegiatan intipan boleh menjejas keselamatan dan kepentingan negara.

Sementara itu, Duta AS di Malaysia Joseph Y.Yun dilapor sudah member penjelasan berhubung dakwaan pengintipan kepada Wisma Putra.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Yun menyatakan semua kegiatan pengawasan yang dijalankan AS di seluruh dunia adalah bagi tujuan keselamatan, khususnya mengenal pasti kewujudan ancaman seperti keganasan dan senjata pemusnah besar-besaran.

Diminta mengulas lawatan beliau ke China bulan lepas, Hishammuddin berkata langkah itu telah memulakan asas kepada hubungan kerjasama dalam bidang pertahanan, terutama melalui latihan bersama, pertukaran pegawai tentera laut dan ketenteraan, usaha memerangi keganasan dan jenayah transnasional.

Mukhriz Resolves To Fulfil Ex-Mb Azizan’s Wish

Posted: 03 Nov 2013 04:06 AM PST

YAN, Nov 3 – Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir has resolved to fulfil his predecessor Tan Sri Azizan Abdul Razak’s wish that he looks after Kedah and shoulder his responsibility to the best of his ability.

“During my walkabouts in Sungai Limau, I met a lot of people who raised many outstanding issues such as houses and surau in dire need of repair and puddles popping up on the roads. This reminded me of what former Sungai Limau ssemblyman Allahyaram Tan Sri Azizan had said to me.

“He told me to look after Kedah as best as I could. I’d consider his wish as the most important responsibility shouldered by me as the menteri besar, with the assistance of state executive councillors, to solve the people’s problems one at a time in a short time,” he said here today.

Mukhriz said the assistance and support he received from the federal government enabled him to shoulder the trust and responsibility to his level best.

He hoped Sungai Limau voters would give the BN the opportunity serve the constituency and solve pressing problems faced by the people by voting BN candidate for the Sungai Limau state by-election Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

“Let the constituency be run by the BN like the administration at the state and federal levels to enable us to fulfil our promises and shoulder the trust,” he added.

Ahmad Sohaimi, former Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) senior lecturer, is facing Mohd Azam Abd Samat of PAS in the Sungai Limau state by election tomorrow.

The seat fell vacant following the death of five-term assemblyman Azizan on Sept 26.

Lima Sebab Mengapa Pengundi DUN Sungai Limau Perlu Pilih Calon BN

Posted: 03 Nov 2013 03:58 AM PST

YAN, 3 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan memberikan lima sebab mengapa para pengundi di DUN Sungai Limau perlu menyokong calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau kali ini.

Sebab yang pertama menurut beliau, calon yang diketengahkan oleh BN kali ini merupakan calon yang baik, mempunyai latar belakang pendidikan agama dan dunia dan juga merupakan anak jati di kawasan ini.

"Sebab yang kedua ialah, pengundi di sini mempunyai ahli parlimen yang baik, yang juga seorang Menteri Agama di kerajaan persekutuan. Yang ketiga pula ialah pengundi di sini mempunyai Menteri Besar yang baik, iaitu Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

"Manakala yang keempat pula, kita mempunyai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pimpinan kerajaan yang baik dan yang kelima pula kita, yakni kerajaan hari ini mempunyai dasar-dasar yang baik untuk rakyat," jelasnya kepada UMNO-Online dekat sini hari ini.

Berdasarkan kelima-lima perkara tersebut, ujar beliau selayaknya pengundi di DUN Sungai Limau memberi peluang kepada BN untuk mewakili penduduk di kawasan ini pada pilihanraya kecil kali ini.

"Pengundi di sini telah memberikan peluang kepada Pas sebanyak lima kali. Mungkin empat kali  awal itu mereka boleh mengatakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membangunkan kawasan ini tetapi pada pilihan raya yang kelima, Pas telah mempunyai kuasa dan telah menguasai pentadbiran negeri Kedah.

"Namun kita lihat DUN Sungai Limau tetap seperti itu dan tidak ada sebarang perubahan yang berlaku di sini. Oleh kerana itu, berilah peluang kepada BN pada PRK kali ini dan mudah-mudahan kita boleh melakukan perubahan di sini kerana kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat hari ini dari BN, yang akan memudahkan kita melakukan perubahan di kawasan ini," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan para pengundi agar berhati-hati dengan provokasi yang berlebihan dari pihak pembangkang di saat-saat akhir hari berkempen.

"Saya juga menyeru kepada jentera BN agar sentiasa waspada dan jangan menimbulkan ketegangan dan kita inginkan supaya proses pengundian berjalan dengan lancar. Hari ini kita juga melihat wujudnya sepanduk-sepanduk yang tertentu yang saya kira dari pihak pembangkang, bila mereka mendakwa BN ini mendera rakyat dan sebagainya.

"Jika kita ternampak mana-mana sepanduk yang tidak tertulis dicetak oleh siapa atau tidak ada lambang parti yang bertanding, sepanduk-sepanduk itu hendaklah kita turunkan. Beritahu pada polis dan juga SPR. Sepanduk provokasi seperti itu, mesti diturunkan," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga menjangkakan akan berlakunya kesesakan jalan raya yang teruk pada hari pengundian di seluruh kawasan Sungai Limau dan beliau berharap agar jentera BN menyediakan pelan kecemasan seumpamanya menyediakan motorsikal untuk membawa pengundi ke tempat pengundian di jalankan.

"Jika kita membawa pengundi yang uzur atau kurang upaya, tidak mengapalah kita menggunakan kereta. Tetapi jika membawa pengundi yang tidak tergolong dalam golongan yang saya katakan itu, maka saya cadangkan agar kita menggunakan motorsikal agar lebih cepat," ujarnya.

Justeru itu beliau menyeru pengundi agar keluar mengundi awal kerana bimbang hujan dan sebagainya dan beliau berpesan kepada pengundi agar jangan bimbang jika ada terdengar khabar angin berlakunya kekecohan di sana sini kerana ianya hanyalah untuk menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi. – MediaUMNO

sl4sl-suhaimi-lazim-berani-hijrah-sungai-limau

Spying On Malaysia Can Affect Relations With Countries Involved – Hishammuddin

Posted: 03 Nov 2013 03:21 AM PST

KLUANG, Nov 3 – Spying activities on Malaysia by its allies is a serious matter, says Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

This is because it can cause relations between Malaysia and these countries, long established based on trust and sincerity, to be tense.

“I believe if this (spying) is not fully explained, our long-established good relations can be adversely affected. Therefore, we need a full explanation on the extent of the spying activities and for what purpose.

“Tension can be avoided if the allies involved uphold the trust and sincerity in their relations with Malaysia.”

Hishammuddin said this to reporters after attending a Deepavali open house hosted by state Unity and Human Resources Committee chairman R.Vidyanathan, who is also Kahang assemblyman, in Taman Sri Lambak, here, today.

Also present was Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

The spying issue arose following media reports on the claim made by intelligence informant Edward Joseph Snowden that the United States had 90 electronic surveillence facilities throughout the world, incluing at its embassy in Kuala Lumpur.

In light of this, Hishammuddin wanted a detailed explanation on the matter as such activities could threaten Malaysia’s security and its other interests.

The US ambassador to Malaysia, Joseph Y. Yun was reported to have explained on the spying claim to Wisma Putra.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said Yun had stated that all surveillance activities by the US throughout the world was specifically for security purpose, to detect treats of terrorism and weapons of mass destruction.

On his trip to China last month, Hishammuddin said it was aimed at enhancing cooperation in the area of defence, especially through joint exercises, exchange programmes involving navy and other military officers, establishing cooperation between the defence industries of both countries, and efforts to combat terrorism and transnational crime.

Provocative Mannequin Legs Incident A Foolish Act – Muhyiddin

Posted: 03 Nov 2013 02:58 AM PST

YAN, Nov 3 – The hanging of provocative mannequin legs near several BN operation centres here is a foolish act and the Barisan Nasional (BN) is not involved in such an antic, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the BN had lodged a police report as soon as it was alerted on the incident.

“We do not do a silly thing like that as it would inflame anger and hatred. It is certainly not our way.

“I do not know who is responsible for this. What is certain, they think by resorting to such antic the people will get angry with BN,” he told reporters after chairing the BN machinery meeting at the Sungai Limau Dalam BN Operations Room here, today.

He was commenting on a police report lodged over the provocative mannequin legs being put up near BN operation centres in Bukit Besar, Titi Batu and Simpang Tiga, Sungai Limau Luar yesterday.

It is learnt that the mannequin legs, from the waist down with one of the legs amputated, were written with words ‘kaki ustaz’ (ustaz’s legs), implying the condition of the former Sungai Limau assemblyman the late Tan Sri Azizan Abdul Razak whose legs were amputated due to diabetes.

On DAP adviser Lim Kit Siang’s statement that the Sungai Limau state by-election would determine whether former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad was still influential in Kedah, Muhyiddin said Lim could have an ulterior motive for saying that.

“It’s not about Tun Mahathir still has the influence not. The election machinery is under the tutelage of Menteri Besar Datuk Mukhriz (Tun Mahathir) and I am assisting him at the federal level to garner support from the voters here.

“So this is not confined to individuals as implied by Lim Kit Siang. I do not know why he had to be very personal in this matter. Is he after vendetta. He is bent on bad intent,” said Muhyiddin.

Peluang BN Menang Di DUN Sungai Limau Kini Lebih Baik – Tun Dr Mahathir

Posted: 03 Nov 2013 02:44 AM PST

YAN, 3 Nov – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang baik untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau daripada PAS, pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, esok.

“Saya lebih yakin daripada masa saya dulu…masa saya dulu nak masuk pun tak boleh,” katanya dalam sidang media di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini hari ini.

mahathir-sohaimi-lazim-calon-bn-sungai-limau-kempen-umno-kedah

Dr Mahathir berkata semangat BN kini tinggi, tidak seperti dahulu di mana banyak kawasan yang dulunya tidak boleh dimasuki kerana penduduknya menentang BN telah berubah dan sanggup mendengar penjelasan.

“Saya yakin apabila mereka dapat dengar daripada BN, mereka akan berani masuk dan sokong kita kerana jasa BN banyak. Boleh buat perbandingan, dulu tak ada perbandingan kerana selalunya kerajaan BN.

"Tapi sekarang, satu penggal PAS memerintah tak ada kemajuan walaupun pemimpinnya (arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak) cukup baik tetapi kemajuan tidak dapat dicapai,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau yakin dengan kejayaan BN di Kedah untuk membawa kemajuan yang lebih pesat dan peluang pekerjaan lebih luas selain pendapatan rakyat dapat ditingkatkan.

Beliau berkata Allahyarham Azizan adalah sahabat baiknya yang berhasrat untuk mengurangkan pepecahan di kalangan orang Islam, namun kini pengundi di DUN Sungai Limau harus memilih seorang yang boleh meneruskan perjuangan tokoh Islam itu.

“Untuk meneruskan perjuangannya (Azizan), saya berpendapat supaya tidak berpecah, kita sokong yang baik dan tolak yang buruk. Saya menyeru agar fikir tentang pejuangan parti-parti di Malaysia, melihat perbandingan antara PAS dan Umno,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata pengundi DUN Sungai Limau perlu bijak memilih calon bagi PRK DUN itu esok, demi kepentingan generasi masa depan, negeri Kedah dan negara.

Katanya pengundi tidak harus memilih calon mengikut perasaan dan PRK DUN Sungai Limau adalah penting untuk membuktikan pilihan yang dibuat itu adalah baik untuk memilih calon yang mampu membawa kemajuan.

Walaupun tidak berapa sihat, Dr Mahathir memilih untuk berada di sini sehari sebelum hari mengundi.

“Ya…saya tak berapa sihat tapi saya sayang kepada negara saya. Walaupun saya sakit, saya akan berusaha sedaya upaya, diizikan Allah S.W.T untuk membetulkan keadaan,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa anaknya Datuk Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah masih memerlukan sokongannya dalam membantu kempen BN, Dr Mahathir berkata Mukhriz perlu bergantung kepada kekuatannya sendiri.

“Semasa saya cukup kuat (masa jadi Perdana Menteri), masa tulah saya patut bantu dia. Tapi masa saya jadi Perdana Menteri, saya tak bagi dia bergerak dalam politik. Jadi, bila saya dah letak jawatan, masa ini saya nak tolong dia pun tak boleh. Jadi dia nak tak nak, dia kena berdiri atas kaki sendiri. Setakat ini, dia nampak masih boleh berdiri,” katanya.

Angin Perubahan Kini Bertiup Di Sungai Limau – Muhyiddin

Posted: 03 Nov 2013 12:38 AM PDT

YAN, 3 Nov – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata angin perubahan kini sudah bertiup di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk memberi laluan kepada wakil Barisan Nasional (BN) menjadi wakil rakyat di DUN itu.

Keyakinan timbalan perdana menteri ini berikutan respons positif yang diterima jentera BN setelah masuk ke setiap kawasan di DUN itu termasuk beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat PAS.

“Daripada pertemuan kita, mereka (pengundi) memberi keyakinan akan membantu kita kerana mereka lihat kesungguhan kita, keikhlasan kita.

muhyiddin-mukhriz-mesyuarat-jawatankuasa-prk-pilihanraya-sungai-limau

“Termasuk di kawasan-kawasan pengundi Cina, yang saya lihat sudah ada petanda positif ke arah membantu BN. Jadi saya fikir atas dasar itu kita boleh mencapai kejayaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat tertutup jentera BN di Bilik Gerakan parti gabungan itu di Sungai Limau Dalam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, timbalan pengerusi BN berkata beliau berbangga dengan gerak kerja jentera BN yang telah bersiap siaga menghadapi hari pengundian PRK DUN Sungai Limau esok.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beberapa jam terakhir sebelum kempen tamat tengah malam ini adalah tempoh kritikal dan beliau mahu jentera memperkuatkan usaha bertemu para pengundi serta merayu sokongan mereka.

Katanya pelbagai respons telah diberikan BN terhadap isu setempat termasuk membaiki 416 rumah usang penduduk menerusi Yayasan Felda dan Giat Mara dengan perbelanjaan lebih RM3 juta.

Muhyiddin sekali lagi menyeru masyarakat DUN Sungai Limau agar member sokongan kepada calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim kerana beliau yakin bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mampu menjadi wakil rakyat yang berkesan di kawasan berkenaan.

Mengulas mengenai penyerahan borang keanggotaan Umno oleh lebih 300 penduduk di DUN Sungai Limau yang kebanyakannya penyokong PAS semalam, Muhyiddin menafikan mereka dibayar untuk melakukannya.

“Memang waktu ini ada orang PAS sudah kecewa. Bukan sahaja tentang apa yang telah berlaku dalam parti mereka, kelemahan dari segi pentadbiran, pembangunan terbiar, jadi ini membuatkan mereka merasa marah.

“Bila mereka lihat waktu ini, mereka nak sertai (BN), tak jadi masalah bagi kita, tak perlu kita bagi wang dan sebagainya,” tegasnya.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri turut membidas PAS kerana mendakwa jentera BN sendiri meminta pengundi tidak keluar mengundi esok, yang disifatkannya sebagai ‘reverse psychology’ untuk menang pilihan raya.

“Tapi kami tak pernah terperangkap, kerana saya sendiri telah banyak pengalaman menghadapi pilihan raya. Tapi bagi BN kita cakap perkara betul, yang hak, kerana rakyat ini pandai,” katanya.

Muhyiddin berkata parti-parti politik tidak boleh memandang rendah pengetahuan pengundi kerana mereka lebih arif apa yang mereka mahukan.

Turut hadir pada mesyuarat hari ini ialah Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Umno Bahagian Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau esok menyaksikan pertembungan antara Ahmad Sohaimi dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.

Kepercayaan Pengundi Meningkat, Peluang BN Positif – Othman Abdul

Posted: 03 Nov 2013 12:24 AM PDT

YAN, 3 Okt – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul menaruh keyakinan tinggi pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan memberikan kepercayaan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada pilihan raya kecil kawasan itu esok.

Menurut beliau kesepaduan jentera parti di semua peringkat selain ceramah-ceramah yang diadakan dapat mematahkan segala hujah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak lawan sepanjang kempen di kawasan itu.

“Hari terakhir kempen begitulah, lagi pun mereka tidak ada isu besar kecuali soal belanjawan, GST dan kerajaan menzalimi rakyat… itu semua tidak betul…kerajaan kita tidak pernah menzalimi rakyat sepertimana yang didakwa,” katanya kepada UMNO-online, di sini.

othman-abdul-kempen-prk-sungai-limau-kedah

Beliau seterusnya mengulangi komitmen Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini bahawa sekiranya kawasan berkenaan diberikan kepercayaan kepada wakil rakyat BN, amat mudah untuk proses kesinambungan.

“Bila kita ada keseragaman kepimpinan di sini, amat mudahlah untuk melaksanakan pembangunan dan sebagainya jika sebaliknya akan kembali seperti asal.

“Jadi harapan saya pada kali ini agar pengundi memberikan kepercayaan kepada BN kerana kita mempunyai rekod yang cemerlang,” katanya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT