SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, August 22, 2013

UMNO Online - “Kelab UMNO Luar Negara Bantu Proses Pemindahan Pelajar Malaysia Di Mesir” plus 9 more

UMNO Online - “Kelab UMNO Luar Negara Bantu Proses Pemindahan Pelajar Malaysia Di Mesir” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kelab UMNO Luar Negara Bantu Proses Pemindahan Pelajar Malaysia Di Mesir

Posted: 21 Aug 2013 05:02 AM PDT

PUTRAJAYA, 21 Ogos  - Kelab UMNO Luar Negara (KULN) telah menubuhkan pasukan penyelamat untuk menyediakan kemudahan logistik bagi membantu proses pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak.

Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata KULN yang mempunyai cawangan di lima bandar utama di Mesir iaitu Tanta, Damanhur, Mansurah, Kaherah dan Iskandariah akan menyediakan pengangkutan untuk membawa pelajar dari kediaman ke lapangan terbang sebelum diterbangkan ke tanah air.

“Selain kemudahan logistik, rescue team juga akan menyediakan keperluan-keperluan lain untuk memastikan proses membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berjalan dengan lancar,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata usaha KULN itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia di Mesir selepas kerajaan mendapati pergolakan di Negara itu semakin teruk.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata urusan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dengan menggunakan pesawat komersil berikutan laporan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang berada di Mesir mendapati keadaan di sana menjurus pada keadaan yang tidak menentu.

Najib berkata kerajaan akan memulakan operasi untuk membawa balik pelajar kita yang ingin kembali secara sukarela dan urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula semalam dan penerbangan akan melalui Amman (Jordan) dan Istanbul (Turki) serta beberapa tempat lain.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Badan Perhubungan Negara Mesir, Habib Bakri Mamat berkata Kiosk Informasi KULN Ops Pyramid II akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

"Kiosk itu bertujuan untuk membantu ibu bapa mendapatkan maklumat penerbangan pelajar-pelajar dan perkembangan semasa di Mesir," katanya.

Kiosk akan bertempat di kawasan balai ketibaan (Pintu 7 dan Pintu 8) KLIA dan LCCT.

Reform, Continuity In Country’s Administration To Proceed Together – Najib

Posted: 21 Aug 2013 04:10 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 21 – Datuk Seri Najib Tun Razak said reform and continuity in the administration of the country were two aspects that needed to move simultaneously to create a dynamic environment to ensure a bright future for the country.

“I believe this is the best path for the future, as compared to some countries which attempted to introduce sudden changes but the outcomes were not as expected or desired.

“On the other hand, if we maintain our existing ways and make long-term plans within our means, we will bring changes and continuity, which is the best approach to ensure the future of our beloved nation,” said the prime minister.

He was speaking at the Prime Minister’s Department’s Aidilfitri open house held in the Putrajaya International Convention Centre here today.

Also present were Najib’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and wife, as well as Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa and wife.

According to Najib, the history of the country had revealed that it was more advantageous with the concept of continuity and reform, going hand-in-hand.

“We have implemented long-term plans which are far more than the usual five-year plan to carry out a national transformation policy towards the country’s vision over a longer period of time, that is about 30 years,” he said.

In this regard, the prime minister wants all civil servants to strengthen their resolve and commitment in carrying out their duties with full dedication.

“Civil servants and members of the administration and the people cannot be separated. If there are weaknesses, the weakness is seen as a weakness of the government.

“In the same breath, success achieved by civil servants are also seen as the success of the government,” he said.

1.7 Juta Individu Gagal Bayar Saman Akan Dibatal Lesen Memandu

Posted: 21 Aug 2013 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Ogos -  Seramai 1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.

“Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen/daerah terbaik Op Selamat III di sini, Rabu.

Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.

Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos lepas, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.

Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 32 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292.

Khalid berkata mereka yang telah disenarai hitam dan juga mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.

“Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong dua garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman,” katanya.

Sementara itu semasa berucap pada majlis tersebut, Khalid berkata para pemandu kenderaan, terutamanya penunggang motosikal, perlu mengubah sikap bagi mengelakkan daripada kemalangan maut yang semakin meningkat pada masa ini.

Mengenai kesedaran di kalangan masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam membantu menjaga harta benda dan memerangi jenayah, beliau melahirkan rasa puas hati dengan peningkatan penyertaan masyarakat.

“Ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan penyertaan masyarakat dalam kempen Op Selamat tahun ini iaitu sebanyak 8,592 atau 58.5 peratus, secara tidak langsung menunjukkan tahap penerimaan masyarakat terhadap PDRM semakin positif dalam usaha membanteras jenayah,” katanya.

Propaganda Kerajaan Perpaduan Bersama PKR Hanya Muslihat Politik Kotor

Posted: 21 Aug 2013 04:04 AM PDT

KLUANG, 21 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md Jais Sarday berkata, tiada sedikitpun kepentingan atau kebaikan untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membentuk kerajaan perpaduan bersama pembangkang khususnya PKR kerana kerajaan sedia ada sudah merupakan yang terbaik.

Beliau berkata demikian mengulas satu lagi pembohongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membentuk kerajaan perpaduan bersama pembangkang secara senyap-senyap.

najib-pandikar-anwar-mesra-ketawa-angkat-sumpah-parlimen-sesi-13-01

"Untuk apa membentuk kerajaan perpaduan… Kerajaan BN sedia ada adalah pilihan rakyat semasa pilihan raya dan ini adalah buktinya bahawa kerajaan sedia ada adalah yang terbaik. Kita sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada dan sentiasa mendahulukan rakyat malah negara luar menyanjung negara kita.

"Negara kita menjadi contoh kepada negara-negara lain. Tidak cukup bukti lagikah bahawa pentadbiran negara ini memang terbaik. Pembangkang sebenarnya hanya mahu menyemai rasa kebencian kepada kerajaan di hati rakyat. Pembangkang mahu melihat negara kita porak peranda dan ketika inilah mereka boleh mengambil kesempatan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor seterusnya berkata rakyat seharusnya sudah boleh menilai dan melihat betapa kotornya taktik kotor pembangkang di dalam menyemai rasa kebencian kepada kerajaan di hati rakyat sehinggakan terjadi pelbagai huru-hara yang memburukkan imej negara.

"Rakyat patut bersama-sama memikirkan bagaimana mahu terus membantu kerajaan membantu ekonomi dan menjaga keamanan negara demi masa hadapan anak cucu kita. Ini bukan masanya untuk kita menjghancurkan negara kita sendiri.

"Anwar sudah terbukti kaki penipu dan tidak guna untuk kita percaya kata-katanya konon Perdana Menteri mahu berbaik-baik dan membentuk kerajaan perpaduan. Ini semua politik kotor pembangkang dan saya percaya mereka tidak akan berhenti menipu sehinggalah PRU-14 nanti.

"Selagi agenda mereka tidak tercapai selagi itulah mereka akan melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menggadai kedamaian negara dan keselamatan rakyat," jelasnya lagi. - MediaUMNO

Pelaburan Di Selangor Menjunam… Pakatan Jelas Gagal!!

Posted: 21 Aug 2013 03:08 AM PDT

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun.  Namun, itu semua sudah menjadi kisah lama.  Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat.

Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011.

Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%.

Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa.  Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN.

Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR.  Malah, tidak mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat huru-hara.

Mana tidaknya, sepatutnya kerajaan negeri mempromosi kestabilan dan keamanan tetapi kerajaan PR sentiasa berusaha mencetuskan kekecohan dan huru-hara.   Siapa yang berani melabur di dalam negeri yang pemimpinnya asyik berpolitik secara keterlaluan dan ganas pula?

Peningkatan aktiviti dan perniagaan 'gelap' di seluruh Selangor semenjak pemerintahan PR juga pastinya menyumbang kepada menurunnya jumlah pelaburan di negeri itu.   Peningkatan aktiviti gelap menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah sekali gus membuktikan terdapat peningkatan masalah korupsi di negeri ini.

Pelabur tentunya telah mengkaji keadaan ini yang mana menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi destinasi pelaburan pilihan.

Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin-pemimpin PR juga tidak punya karisma dan kredibiliti mahupun pengalaman untuk berurusan dengan para pelabur luar negara bagi menarik pelaburan langsung asing.

Malah, Menteri Besar Selangor sendiri tidak mempunyai personaliti yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur, sedangkan untuk menarik pelaburan langsung asing, peranan Menteri Besar amatlah penting.

Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Kewangan negeri secara tidak langsung telah memusnahkan semua harapan Selangor untuk meningkatkan pelaburan.

Walaupun Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar, namun nampaknya Anwar tidak mampu meyakinkan seorang pun pelabur luar untuk melabur di negeri jajahannya.  Ini kerana beliau mempunyai rekod 'hampir membangkrapkan negara' serta mempunyai kelayakan ekonomi 'sifar'.

Selain itu, beberapa pemimpin negeri ini, terutama dari parti DAP didapati tidak mampu berkomunikasi dengan baik serta tidak memahami adat, etika atau adab yang sesuai bagi menghadiri majlis rasmi apatah lagi yang bertaraf antarabangsa.

Justeru, tidak hairanlah jika pelabur meragui kepimpinan mereka.  Walaupun DAP sering merasakan diri mereka hebat, terbuka dan lebih bijak dari pemimpin Melayu, namun hakikatnya amatlah jauh berbeza.

Pendek kata, kepimpinan Pakatan Rakyat dari mana-mana partipun semuanya tidak berkualiti.

Oleh kerana itu, Selangor kini tidak lagi boleh dibanggakan sebagai negeri pilihan pelabur.   Ekonomi Selangor pastinya akan terjejas dengan kurangnya jumlah pelaburan dari setahun ke setahun.

Tidak mustahil, tahun ini Selangor akan menyaksikan jumlah pelaburan yang jauh lebih rendah terutama apabila desas-desus bahawa satu lagi demonstrasi besar akan di adakan oleh Ambiga Sreevanesan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, PR tidak mampu memerintah dan jika rakyat Selangor ingin negeri ini pulih seperti sediakala maka tidak ada cara lain lagi selain dari kembalikan mandat memerintah kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Cikgu Shaari, Keramat

Zainal Abidin Mahu Fokus Kepada Tugas Di Pulau Pinang

Posted: 21 Aug 2013 02:42 AM PDT

GEORGE TOWN, 21 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata antara sebab beliau tidak mahu mempertahankan jawatannya dalam Majlis Tertinggi UMNO kali ini ialah kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada tanggungjawab di negeri itu.

zainal-abidin-osman-umno-bn-pulau-pinang

“Selain jawatan ketua bahagian (Nibong tebal) dan pengerusi badan perhubungan, kini saya diberi tanggungjawab lebih sebagai pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop).

“Justeru itu saya harus bekerja lebih gigih memastikan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) meningkat,” katanya yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran JKP Sdn Bhd, di sini hari ini.

Beliau yang bertegas dengan keputusan untuk tidak mempertahankan keanggotaannya dalam MT pada pemilihan UMNO Oktober ini bagaimanapun berkata akan mempertahankankan jawatan ketua bahagian.

Menurut Zainal Abidin, adalah lebih baik pemilihan peringkat pusat ditandingi calon-calon muda yang merupakan pemimpin pelapis UMNO.

Mengulas perkara berkaitan, Zainal Abidin berkata isu kekosongan jawatan pengerusi BN negeri akan dibincangkan selepas pemilihan semua parti komponen selesai.

Siapa juga yang dilantik, baik daripada MCA mahupun Gerakan, UMNO Pulau Pinang akan menyokong, katanya.

Beliau juga menegaskan UMNO tidak berhasrat merebut kerusi itu yang dikosongkan oleh Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow pada Mei lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, BN Pulau Pinang hanya menang 13 kerusi dewan undangan negeri dan kesemuanya menerusi UMNO.

Recovery Plan To Return MAS To Profit Sustainabilty By End – 2014 , Says CEO

Posted: 21 Aug 2013 02:25 AM PDT

PETALING JAYA, Aug 21 – Malaysia Airlines (MAS) is optimistic its business recovery plan will return the group to profit sustainability by the end of 2014, bolstered by increasing revenue and cost minimising measures.

Group Chief Executive Officer Ahmad Jauhari Yahya said the national carrier has begin to chip away its losses and managed to make operating profit.

MAS registered an operating profit of RM8 million for the second quarter (Q2) ended June 30, 2013, from an operating loss of RM102 million in the same quarter last year.

“Overall, we are very pleased with the Q2 because the first half of the year is usually challenging and traditionally we perform better in the second half of the year. Q2 of 2013 is the fourth quarter we showed cash positive inflow and Q3 is the turnaround point for profitability.

“We used to be in a “free-fall situation” and bleed RM5 million a day. Now we have improved cash balance to RM5.5 billion and our net gearing ratio now is 1.3 times, it used to be more than six,” he told a press conference today.

Ahmad Jauhari said MAS’ overall traffic increased 30 per cent and seat loads climbed to a record high of 80 per cent.

June 2013 saw the highest ever seat load factor in a month, at 84.3 per cent, he said.

Ahmad Jauhari said the business plan, which is now at the half-way mark of implementation, saw the group shrinking its network with comprehensive funding plan and revenue initiative such as refocus commercial revenue goals, focus on ancillary revenue and increasing global alliance revenue.

MAS has also implemented relentless focus on costs by ensuring right fleet mix, increase flying to drive utilisation, reducing outsourcing and improving productivity.

“Fifty per cent of our cost is non-fuel,” Ahmad Jauhari said.

Commenting on analysts comments who were not convinced that the turnaround plan would work due to MAS’ decreasing yield, Ahmad Jauhari said: “What is more important is achieving sustainable margins.

“As long as we manage to build revenue more than costs, making money is what it’s all about,” he said.

On fleet renewal programme, Ahmad Jauhari said the national carrier would announce its plan by year-end.

Currently, the group has 146 aircraft, of which 82 fly for MAS, serving 60 countries.

Malaysia Hantar Surat Kepada OIC Minta Cari Penyelesaian Krisis Di Mesir, Kata Najib

Posted: 21 Aug 2013 02:20 AM PDT

PUTRAJAYA, 21 Ogos – Malaysia menghantar surat kepada semua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta supaya diadakan persidangan khas untuk mencari penyelesaian secara aman bagi krisis di Mesir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sudahpun menghantar surat berkenaan selaras dengan ketetapan yang diambil kerajaan.

Menurutnya Malaysia sedang berusaha memainkan peranan dalam usaha mencari keamanan di Mesir, dan katanya beliau menjangka akan menerima panggilan telefon daripada pemimpin-pemimpin Negara Arab mengenai perkara itu dalam sehari dua lagi.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini pula melahirkan rasa kesal dengan penggunaan kekerasan yang keterlaluan di Mesir sehingga mengorbankan banyak  nyawa, yang jika dibiarkan berterusan tanpa usaha mencari perdamaian, akan membawa kepada perang saudara yang parah.

“Kabinet menyarankan supaya diadakan dialog antara semua pihak di Mesir supaya semua proses perdamaian nasional dapat berlaku di Mesir. Pertama untuk tidak menggunakan kekerasan secara berterusan dan sebaliknya mencari jalan di mana hak asasi manusia dihormati,” katanya dalam sidang akhbar selepas sejurus menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Sementara itu merujuk kepada usaha membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir, Najib berkata beliau dimaklumkan 35 pelajar akan dibawa keluar dari negara itu menggunakan sistem penerbangan komersil Etihad Airways pada pukul 5 petang ini waktu Kaherah.

Beliau berkata esok pula lebih 200 tiket penerbangan sudah ditempah untuk membawa pulang pelajar, menggunakan perkhidmatan penerbangan Emirates, Etihad Airways dan SIA.

“Saya telah minta supaya diteruskan tempahannya (tiket) sebanyak mana mungkin yang dapat kita perolehi setiap hari mulai hari ini supaya dalam jangka waktu tidak lama lagi, kesemua pelajar kita yang ingin pulang akan dapat berbuat demikian,” katanya.

Najib berkata setakat ini beliau masih belum dapat menentukan tempoh masa yang akan diambil untuk membawa semua pelajar itu pulang, namun menurutnya kerajaan akan berusaha mendapatkan tiket-tiket penerbangan sebanyak mungkin setiap hari untuk membawa pelajar berkenaan pulang dengan segera.

Sementara itu menjawab satu soalan, Perdana Menteri berkata amat penting rakyat secara keseluruhan memahami sensitiviti setiap komuniti dalam negara.

“Ini bukan membabitkan persoalan sebagai bersifat ortodoks. Terdapat sensitiviti dalam kalangan rakyat Malaysia, yang bukan eksklusif kepada orang Islam sahaja tetapi juga bukan Islam, mereka juga mempunyai tahap sensitivity mereka. Jadi adalah penting untuk kita memahami sensitiviti setiap komuniti,” katanya.

Najib berkata demikian semasa ditanya adakah beliau fikir Malaysia semakin menjadi sebuah negara Islam ortodoks dengan memberikan contoh beberapa insiden sebelum ini seperti pelatih anjing dan pemilik resort di Johor yang dikatakan menghina Islam.

Pelatih anjing itu ditahan berhubung klip video kontroversi memaparkan seorang individu menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing manakala taraf penduduk tetap (PR) pemilik resort di Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dibatalkan serta merta kerana tidak menghormati sensitiviti orang Islam di Malaysia.

Two Mega Projects Expected To Contribute More Than RM6 Bln To Melaka’s GDP

Posted: 21 Aug 2013 01:41 AM PDT

MELAKA, Aug 21 – Two mega projects, The Melaka Gateway and Dinosaurs and Underwater World, to be built in Melaka, are expected to boost the state’s gross domestic product (GDP) to more than RM6 billion.

Chairman of the State Economic Consultative Council (MPEN) Datuk Seri Mohd Ali Rustam said The Melaka Gateway, to be constructed on a 209.6-hectare site at a cost of RM30 billion at Bandar Hilir, is expected to contribute RM6 billion to  the GDP.

“This project is projected to generate about 15,000 job opportunities for locals, apart from increasing the tourist arrivals to 2.5 million annually,” he told reporters here.

He said the project comprised a number of key components, including the construction of three man-made islands near Pulau Melaka, a shopping complex, hotel, condominium, Cultural Performance Complex (Melaka Impression), as well as  a housing estate based on the concept of a cultural village.

He said the RM240 million Dinosaurs and Underwater World project will be realised on a 14.1-hectare site in Klebang and contribute RM48 million to Melaka’s GDP.

Mohd Ali said this project comes complete with various public facilities such as food and beverage shops as well as souvenirs, while attracting 600,000 tourists annually.

He said the recreational park is also seen as capable of creating 1,000 job opportunities for the people of Melaka.

In another development, Mohd Ali said the MPEN has proposed three steps to consolidate Melaka’s economy in future.

He said it involved strengthening Melaka’s Bumiputera-based companies, enhancing key infrastructure through the Straits of Melaka coastal highway and creating the ‘Museum Tour’ in the state.

“MPEN committee members have suggested that the state government study, identify and implement development, as well as assist selected Bumiputera-based companies to be mentored to become those with potential and competitiveness,” he added.

He said the state government should also lobby the Federal government to continue the coastal highway as the project can provide an impact to the state’s economic development, and the effort to make it a city-state.

Mohd Ali said the Museum Tour is aimed at enabling tourists to be offered attractive tourism packages to destinations throughout the state through the use of buses on a systematic basis as well as guides.

Polis Minta Henti Provokasi Kes Tembak

Posted: 21 Aug 2013 01:08 AM PDT

GEORGE TOWN, 21 Ogos – Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menggesa anggota kongsi gelap supaya berhenti daripada mempertikai tindakan polis membanteras kegiatan jenayah berat dan memprovokasi kes tembak terhadap lima penjenayah di sini Isnin lepas.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti beberapa identiti anggota kongsi gelap yang bertindak mempamerkan kain rentang yang tertera logo kongsi gelap ketika upacara pengkebumian lima lelaki terbabit semalam.

“Kita memperoleh maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video ketika mereka mangadakan perarakan semasa pengkebumian itu.

“Selain itu kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi Ops Cantas Khas di Lebuh Farquhar di sini hari ini.

Semalam tiga daripada mayat penjenayah berkenaan dibawa berarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun melalui Jalan Yeap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr Awang sebelum dibakar di Krematorium Batu Gantung di sini manakala dua lagi upacara dilakukan di Jalan Siram, Butterworth.

Mengulas mengenai Ops Cantas hari ini, Abdul Rahim berkata operasi itu melibatkan penyertaan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri dan mereka ditempatkan di 12 lokasi di negeri ini.

Katanya polis akan menahan suspek yang disyaki terbabit dalam jenayah berat termasuk individu yang pernah ditahan dibawah Ordinan Darurat dan setiap anggota polis dilengkapi pakaian khas sebagai persediaan menghadapi apa jua bentuk ancaman.

Beliau berkata sejak operasi itu dilaksanakan Sabtu lalu, seramai 16 lelaki telah ditahan melibatkan pelbagai kesalahan berat di seluruh negeri ini dan mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT