SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, August 17, 2013

UMNO Online - “Najib Hopes M’sians In Egypt Look After Their Safety” plus 9 more

UMNO Online - “Najib Hopes M’sians In Egypt Look After Their Safety” plus 9 more

Link to UMNO Online

Najib Hopes M’sians In Egypt Look After Their Safety

Posted: 16 Aug 2013 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 16 – Datuk Seri Najib Tun Razak hopes Malaysians in Egypt look after their safety, and not get involved in the country’s current bloody conflict.

The prime minister also expressed gratitude that Malaysians in that country were safe although hundreds of Egyptians were killed, so far.

“I am pleased with the well-being of Malaysians. Contact our embassy in Cairo to keep tabs on the current development,” he said in his Facebook today.

Egypt is caught in a bloody conflict after a crackdown by security forces on protesting supporters of ousted president Mohamed Morsi, resulting in hundreds killed and thousands injured.

Meanwhile, in a tweet, Najib said he would open the Kedah Urban Transformation Centre this afternoon, to facilitate the people to carry out transactions with the government.

The prime minister is in Kedah today, for a one-day visit.

In an earlier tweet, Najib said the government wanted to see the small and medium enterprises (SMEs) contribute 40 per cent of Malaysia’s gross domestic product (GDP) to pave the way for a high-income nation.

He said this on his Twitter account when commenting on a news report that the SMEs target could be achieved by 2015.

Currently, SME contribution to the GDP stands at 33 per cent. Finance Ministry secretary-general Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah said SMEs would need to contribute more to the economic growth of the country to become a high-income nation.

Kredibiliti Parti Politik Terserlah Jika Amalkan Setiap Apa Yang Diperkatakan- Najib

Posted: 16 Aug 2013 03:12 AM PDT

PENDANG, 16 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti politik yang mempunyai kredibiliti di negara ini adalah parti yang mengamalkan dan melaksanakan apa yang dikatakan.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata Umno adalah parti yang patuh kepada undang-undang termasuk dalam soal pemilihan jawatan dalam parti dan apa yang berlaku dalam perhimpunan agung Umno selama ini tiada bantahan sama sekali.

Katanya ini berbeza dengan DAP yang didakwa tidak membenarkan atau tidak memaklumkan 753 anggotanya mengenai pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu akhir tahun lepas.

“Ini bukan jumlah kecil, ini jumlah yang besar. Yang menjadi satu tanda tanya kenapa sebuah parti seperti DAP yang selalu mewar-warkan mereka juara demokrasi dan prinsip tidak menyalahguna kuasa dan sebagainya, tapi bila sampai pemilihan dalam parti mereka tak sanggup lakukan perkara ikut peraturan, yang bersih daripada salah guna kuasa atau penyelewengan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di sini.

Pada 30 Julai lepas, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CECnya selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Dis lepas.

Semalam, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

Najib berkata tindakan yang dilakukan oleh ROS adalah semata-mata mengikut peraturan dan bagi Umno, jika parti itu ditegur oleh ROS mereka bersedia untuk memperbetulkannya.

“Malah Umno pernah diharamkan oleh mahkamah. Kita terima dan kita bangunkan semula. Kita cakap sesuatu kena amalkan juga baru ada kredibiliti sebagai sebuah parti politik,” katanya.

Transformasi Kedah Berjalan Seiring K’jaan Persekutuan – Mukhriz

Posted: 16 Aug 2013 03:10 AM PDT

PENDANG, 16 Ogos – Tranformasi yang akan dilakukan kerajaan Kedah berjalan seiring dengan agenda transformasi kerajaan Persekutuan agar negeri ini tidak ketinggalan, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

KD13_220313_MUKHRIZ_MARA

Mukhriz berkata transformasi tersebut meliputi aspek ekonomi, sosial dan pembangunan bagi membolehkan rakyat Kedah dapat sama-sama menikmati kemajuan sebagaimana negeri lain.

Katanya transformasi di Kedah perlu dilaksanakan memandangkan negeri ini agak ketinggalan dari pelbagai aspek dalam tempoh lima tahun lalu, ketika di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang.

“Barisan Nasional (BN) telah diberi mandat oleh rakyat untuk melakukan perubahan dan menjadi harapan rakyat untuk kerajaan BN hari ini lakukan perubahan dalam pelbagai aspek, termasuk ekonomi dan pembangunan,” katanya pada Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan di Felda Sungai Tiang di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mukhriz berkata beliau juga mahu menjadikan Kedah sebagai kerajaan negeri yang akan menyumbang kekayaan kepada kerajaan Persekutuan selaras dengan transformasi yang akan dilancarkan.

Katanya, walaupun kerajaan negeri mempunyai beban hutang yang banyak tetapi beliau serta barisan Exco kerajaan negeri akan berusaha melunaskan segala hutang tersebut.

“Ini adalah cita-cita kerajaan negeri. Saya dan Exco menggembleng idea dan tenaga lakukan tranformasi ini. Kita tak boleh bergerak sendiri untuk mencapai kejayaan dan memerlukan sokongan dari rakyat serta kerajaan Persekutuan untuk mencapai cita-cita itu,” katanya.

Penghantaran Pelajar Baharu Ke Mesir Ditangguhkan – Muhyiddin

Posted: 16 Aug 2013 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Semua penghantaran pelajar baharu ke Mesir untuk sesi pengajian 2013/2014 yang sepatutnya bermula bulan depan ditangguhkan berikutan keganasan yang tercetus di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mesir agar kemasukan pelajar Malaysia dapat ditangguhkan untuk satu semester.

“Pelajar yang sedang bercuti di Malaysia juga diminta menangguhkan kepulangan ke Mesir termasuk pelajar-pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ulangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata pihaknya sedang berunding dengan semua universiti di Mesir untuk menangguhkan peperiksaan ulangan bagi tempoh yang munasabah dan jika keadaan di Mesir terus bergolak kementerian sedang berusaha agar peperiksaan itu dapat diadakan di Malaysia.

Sekiranya krisis berlarutan dan suasana tidak menentu sehingga memaksa evakuasi dilaksanakan, pihak kementerian akan berunding dengan KPT Mesir agar pengajian semua pelajar Malaysia ditangguhkan satu semester, katanya.

“Jika keadaan di Mesir tidak pulih dan tidak selamat bagi pelalar Malaysia meneruskan pengajian di sana, pihak kementerian akan membantu pelajar-pelajar yang terlibat mendapatkan tempat pengajian di negara-negara lain yang selamat dan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam negara,” katanya.

Beliau berkata untuk tujuan penyelarasan mengenai pengajian pelajar pihak penaja diminta merujuk kepada KPM yang merupakan agensi bertanggungjawab menyelaras pengurusan pelajar di Mesir.

Muhyiddin berkata kerajaan memandang serius pergolakan di Mesir yang semakin meruncing dan langkah-langkah sedang diambil untuk memastikan keselamatan lebih 3,200 pelajar Malaysia di negara itu terjamin.

“Kita berdoa agar keadaan di Mesir segera pulih dan semua pelajar Malaysia yang terjejas dapat meneruskan pengajian mereka di sana dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt telah memindahkan pelajar-pelajar di kawasan panas ke kawasan yang lebih selamat dan mereka dinasihatkan supaya berada di dalam rumah masing-masing, tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan selain mematuhi arahan.

Katanya untuk memastikan penyaluran maklumat yang tepat mengenai kedudukan pelajar Malaysia di Mesir, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan hanya merujuk kepada KPM dan bukan mana-mana agensi penempatan pelajar.

Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini, bilik operasi KPM telah dibuka mulai semalam (16 Ogos) dan boleh dihubungi di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627; e-mel: egypterisis@mohe.gov.my dan facebook: www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425.

1,000 Penduduk Terengganu Sertai Himpunan Aman Bantah Kekejaman Tentera Di Mesir

Posted: 16 Aug 2013 03:06 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos – Penderitaan rakyat Mesir termasuk kematian orang awam dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyokong bekas presiden Mesir Dr Mohamed Morsi yang digulingkan, turut mendapat simpati rakyat Malaysia.

Hari ini kira-kira 1,000 penduduk mengadakan himpunan aman selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Pengadang Baru di sini bagi membantah kekejaman yang dilakukan tentera terhadap penyokong bekas presiden itu.

Anggota Jawatankuasa Himpunan Aman Untuk Mesir Peringkat Negeri Terengganu, Wan Muhd Faizol Wan Abas berkata pihaknya akan terus mengadakan himpunan bersiri itu sebagai solidariti untuk rakyat Mesir.

“Walaupun tiada sumber rasmi mengenai angka korban dan kecederaan rakyat di negara itu, rakyat Malaysia tetap berdoa agar kemelut di negara itu segera berakhir,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan selama sejam itu.

Krisis politik di Mesir yang bermula 3 Julai lalu hingga menyebabkan negara itu berada dalam keadaan tidak stabil mencapai kemuncaknya apabila tentera mula bertindak menyurai perhimpunan penyokong Morsi di dua dataran utama di Kaherah.

Najib Harap Rakyat Malaysia Di Mesir Sentiasa Jaga Keselamatan

Posted: 16 Aug 2013 03:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan sentiasa menjaga keselamatan diri dan tidak terlibat dalam konflik di negara berkenaan.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur kerana sehingga ini rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat walaupun beratus rakyat Mesir terbunuh dalam pergolakan terbaru di negara berkenaan.

“Saya bersyukur kerana rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat. Sentiasa hubungi pihak kedutaan kita di Kaherah bagi mengikuti perkembangan semasa,” katanya melalui laman sosial Facebook beliau hari ini.

Negara itu dilanda konflik berdarah apabila tercetus pentempuran antara pasukan keselamatan dan penyokong bekas presiden Mesir Mohamed Morsi, menyebabkan ratusan yang terkorban dan ribuan lain cedera.

Menerusi mesej tweet pula, Najib berkata beliau akan merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah pada petang ini yang akan mempermudahkan urusan khidmat kerajaan bagi rakyat.

Perdana Menteri hari ini berada di Kedah bagi lawatan sehari beliau ke negeri itu.

Mengulas laporan media mengenai sasaran pencapaian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjelang 2015, Najib dalam tweet sebelum itu berkata kerajaan mahu melihat PKS menyumbang 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk membuka jalan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Ketika ini, PKS menyumbang 33 peratus kepada KDNK.

Laporan itu memetik Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai berkata PKS perlu menyumbang lebih kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi mencapai sasaran sebagai negara berpendapatan tinggi.

Keselamatan Rakyat M’sia Di Mesir Sentiasa Dipantau Kedutaan

Posted: 16 Aug 2013 02:05 AM PDT

MARAN, 16 Ogos – Keselamatan rakyat Malaysia sama ada pelajar mahupun yang bekerja di Mesir akan sentiasa dipantau pihak kedutaan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Mutalib.

Justeru, beliau menasihati anggota keluarga atau saudara mara agar tidak gusar dengan keadaan keselamatan saudara mereka di negara bergolak itu kerana Kedutaan Malaysia di Kaherah akan terus memantau keadaan keselamatan rakyat Malaysia.

“Di sesetengah negara, seperti Indonesia atau Switzerland, kita ada atase buruh yang menjaga hal ehwal rakyat Malaysia, tetapi macam Mesir kita tidak ada atase buruh, maka pihak kedutaan yang bertanggungjawab menjaga mereka termasuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang bekerja di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Aidilfitri serta meraikan persaraan guru Majlis Guru Pendidikan Islam Pahang 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka di sini hari ini.

Menyentuh mengenai pemilihan Umno 2013, Ismail yang juga anggota Parlimen Maran berkata, beliau akan mempertahankan jawatan ketua Umno Bahagian Maran yang dipangkunya sejak setahun lalu.

“Saya menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut (Ketua Umno Bahagian Maran.) Tapi apa yang penting ingin saya ingatkan dalam parti pilihlah pemimpin yang boleh bekerja untuk parti,” katanya.

Saya Tidak Mahu Bertanding Jawatan Umno Pusat – Syed Ali

Posted: 15 Aug 2013 11:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini mengesahkan tidak akan bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat pada pemilihan parti Oktober ini.

Sebaliknya, beliau hanya akan mempertahankan jawatan ketua bahagian yang disandangnya sejak 2004 hingga kini pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata walaupun tiada jawatan di peringkat pusat, ia bukanlah penghalang untuk beliau terus mencurahkan bakti dan khidmat kepada parti dan rakyat.

“Saya lihat ramai yang tawar diri bertanding dan biarlah mereka bertanding. Saya masih boleh berkhidmat walaupun tak bertanding dan tanpa jawatan. Saya tidak ada masalah dan saya selesa begini dan tanpa jawatan pun saya masih lagi boleh memberi khidmat dan pandangan serta teguran kepada parti.

“Saya menerima banyak SMS dan panggilan (telefon) yang meminta saya bertanding di peringkat pusat tetapi saya tidak mahu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan juga mengingatkan mana-mana individu yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini supaya tidak menganggap ia sebagai gelanggang menguji populariti atau sekadar untuk berseronok.

“Kita nak bertanding tujuannya ialah untuk memperkukuh dan memperkuatkan parti. Ini bukan pesta…cermin diri dahulu dan kalau rasa layak baru bertanding. Layak dari segi adakah kita ini mampu menyumbang ke arah memperkukuhkan parti dan kepentingan parti.

“Saya akan mainkan peranan saya sebagai seorang anggota parti. Berapa ramai anggota Umno yang berani tampil mempertahankan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ketika mereka diserang pembangkang? Kalau ini pun tidak mampu dilakukan, elok lupakan sahaja hasrat itu,” katanya.

Seramai 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi di 191 bahagian akan terlibat dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) meliputi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT selain memilih anggota jawatankuasa bahagian.

Jadikan Insiden Pencerobohan Lahad Datu Iktibar Untuk Pertahankan Negara – Musa

Posted: 15 Aug 2013 11:50 PM PDT

KOTA KINABALU, 16 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengajak rakyat supaya menjadikan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna awal tahun ini sebagai iktibar untuk bersatu mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

musa-aman-rumah-terbuka-raya-sabah-ketua-menteri-umno-bn

Beliau berkata insiden itu juga diharap dapat menaikkan lagi semangat patriotik dalam kalangan seluruh lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Berucap pada majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 Sutera Harbour Resort di sini hari ini, Musa yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negeri berkata sambutan itu istimewa dengan kehadiran Batalion Ke-3 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang terbabit dengan insiden pencerobohan berkenaan.

“Tidak dilupakan penglibatan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sabah yang turut berbakti kepada negara.

“Kita seharusnya berterima kasih serta bersyukur kerana atas pengorbanan mereka, kita dapat mengecapi nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran sehingga ke saat ini,” katanya.

Musa turut meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di premis masing-masing sebagai tanda cinta, syukur dan penghargaan atas nikmat kemerdekaan selama ini.

Katanya, usaha Sutera Harbour Resort yang mengibarkan kira-kira 800 Jalur Gemilang dan bendera Sabah harus dijadikan contoh agensi kerajaan dan swasta untuk turut berbuat demikian.

Beliau berharap komitmen menganjurkan Bulan Kemerdekaan Sutera Harbour Resort 2013 dapat mencetuskan semangat patriotisme kepada seluruh warga resort berkenaan, sekali gus menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran negeri.

“Saya percaya, inisiatif resort ini adalah contoh terbaik bagi organisasi lain, khususnya dalam industri perhotelan dan pelancongan dalam konteks meraikan sambutan kemerdekaan di negara kita,” katanya.

Katanya tema perayaan Hari Kemerdekaan iaitu ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk terus menyuburkan nilai-nilai murni, meningkatkan semangat perpaduan dan mensyukuri nikmat kemerdekaan.

Klinik 1Malaysia Akan Dibuka Di NSCMH

Posted: 15 Aug 2013 11:48 PM PDT

SEREMBAN, 16 Ogos – Sebuah Klinik 1Malaysia akan dibuka di dalam premis Negeri Sembilan Chinese Maternity Hospital (NSCMH) di sini, tidak lama lagi, kata presiden NSCMH Datuk Dr Nellie Tan Wong.

Beliau berkata Klinik 1Malaysia itu merupakan projek perkongsian pintar yang pertama antara NSCMH dan Kerajaan Negeri Sembilan.

“Klinik ini dijangka beroperasi bulan depan. Klinik ini menyediakan rawatan penyakit ringan dan mendapatkan khidmat pegawai perubatan yang bertugas dengan hanya membayar RM1,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata antara rawatan ringan yang disediakan di klinik itu ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah serta tahap kandungan gula.

“Dengan pembukaan Klinik 1Malaysia ini, NSCMH dapat bergerak seiring dengan matlamat kerajaan bagi tujuan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk di sekitar bandar ini mengambil peluang terhadap pembukaan Klinik 1Malaysia itu untuk mendapatkan rawatan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT