SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, August 26, 2013

UMNO Online - “Demokrasi Dalam UMNO Perlu Dimanfaatkan Secara Berkhemah – Shahidan” plus 3 more

UMNO Online - “Demokrasi Dalam UMNO Perlu Dimanfaatkan Secara Berkhemah – Shahidan” plus 3 more

Link to UMNO Online

Demokrasi Dalam UMNO Perlu Dimanfaatkan Secara Berkhemah – Shahidan

Posted: 25 Aug 2013 03:39 AM PDT

KANGAR, 25 Ogos – Amalan demokrasi dalam UMNO yang semakin matang perlu dimanfaatkan secara berhemah terutama dalam pemilihan pucuk pimpinan pelbagai peringkat, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini.

amaran-shahidan-kassim-ngo-persatuan-parti-parlimen

Beliau berharap, tiada mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan proses pendemokrasian yang berkaitan dengan pemilihan kepimpinan parti bagi memastikan UMNO terus unggul dan disegani.

Bercakap kepada pemberita semasa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri kawasan dewan undangan negeri Guar Sanji di sini hari ini, beliau berkata walaupun siapa sahaja layak mendaftar sebagai calon namun peluang itu perlu digunakan secara berhemah.

“Biarlah hanya mereka yang benar-benar berkelayakan dan mampu memimpin menawarkan diri untuk apa jua jawatan dalam parti,” kata Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Semalam Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Umno Kedah mencadangkan supaya bakal calon bermusyawarah bagi mengelakkan terlalu ramai yang menawarkan diri.

Shahidan yang juga Ketua UMNO bahagian Arau berkata, beliau bersetuju dengan cadangan itu walaupun amalan demokrasi membenarkan siapa sahaja menawarkan diri untuk bertanding.

Katanya, UMNO Perlis juga mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno yang disandang oleh Datuk Seri Mohd Najib dan Muhyiddin tidak dipertandingkan manakala bagi jawatan naib presiden, sewajarnya ada perundingan sesama calon.

Shahidan turut menawarkan diri bagi jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sementara itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Fazuddin Putra Jamalullail; dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke rumah terbuka itu yang dihoskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan & Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar dan Kesihatan Perlis, Jafperi Othman yang juga anggota dewan undangan negeri Guar Sanji.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Azlan Man. – MediaUMNO

Muar UMNO Head Calls It A Day

Posted: 25 Aug 2013 03:00 AM PDT

MUAR, Aug 25 – Muar Umno head Datuk Mohd Ismail Mohd Shah will not be defending his post at the division’s polls in November.

Mohd Ismail, 55, announced the decision before a crowd of some 5,000 people who attended the Aidilfitri open house of Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Razali Ibrahim, in Seri Menanti here last night.

He also endorsed Datuk Razali Ibrahim to be his successor.

Meanwhile, Razali, who appeared to be taken by surprise by the announcement, in his speech praised the former assemblyman for Maharani for being willing to give up the post .

He thanked Mohd Ismail for his support and stated that he was ready to contest the Umno Youth head post at Umno’s polls in October. – MediaUMNO

Parti Komponen BN Yang Mewakili India Perlu Bergabung Di Bawah Parti Tunggal

Posted: 25 Aug 2013 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum India perlu bergabung sebagai sebuah parti tunggal untuk pembangunan dan kepentingan kaum itu.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak ada gunanya kesemua parti itu bersaing sesama sendiri, sebaliknya mereka perlu menjalin kerjasama demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di negara ini.

india-indian-hindraf-blueprint-tandatangan-sokong-bn-najib-tengku-adnan-waythamoorthy-pru13

Mereka sepatutnya duduk semeja dan merangka strategi bagaimana dapat membela nasib dan mencapai aspirasi kaum India dengan lebih berkesan, katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Parti Makkal Sakti Malaysia kali kelima di sini hari ini.

“Saya merayu kepada parti seperti Makkal Sakti, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), MIC, Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan juga Parti Progresif Penduduk (PPP) yang mempunyai ramai anggota daripada kaum itu agar bergabung supaya menjadi parti yang lebih kuat.

“Kenapa perlu berpecah?…Kenapa perlu wujud banyak parti yang memperjuangkan perkara yang sama?…Barangkali perlu dibuat analisa atau duduk semeja untuk memikirkan bagaimana mengatasi masalah ini,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata penggabungan itu penting untuk meraih kembali pengundi masyarakat India kerana BN hanya memperoleh 48 peratus sokongan kaum itu pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita mahu meningkatkan purata sokongan masyarakat itu kepada 60 hingga 70 peratus…justeru kalau berterusan berpecah, ia akan menyukarkan kita untuk mencapai sasaran,” katanya.

Beliau berkata parti India paling besar iaitu MIC, perlu lebih terbuka mendengar pendapat dan membuat analisa mengapa terlalu ramai masyarakat India membentuk parti politik baharu bagi mewakili kaum itu.

“Mesti ada kesilapan, MIC kena perbetulkan. Kenapa banyak sangat penolakan, adakah kerana kepimpinan ataupun polisi, dan juga bagaimana untuk mengumpulkan kesemua parti (kaum India) ini untuk bersama membantu masyarakat India,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Makkal Sakti Datuk R.S. Thanenthiran berkata beliau bersetuju dengan cadangan Tengku Adnan tetapi semua pemimpin parti perlu bertolak ansur dan bersedia melepaskan jawatan parti masing-masing.

“Saya harap ia akan menjadi kenyataan…parti gabungan ‘yang disusun semula’ itu boleh menggunakan nama baharu di bawah satu payung yang memperjuangkan kebajikan kaum India,” katanya.

Beliau berkata jika tidak bergabung sekalipun, kesemua parti perlu duduk semeja untuk membincangkan apa yang boleh dibuat secara bersama demi kepentingan masyarakat itu.

Meskipun Makkal Sakti baru berusia lima tahun, ia telah mempunyai 103,000 keanggotaan seluruh negara kecuali di Sarawak, katanya. – MediaUMNO

Kerajaan Terus Beri Peluang Tingkatkan Kedudukan Wanita – Najib

Posted: 25 Aug 2013 01:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Kerajaan akan terus memberi peluang kepada wanita agar kedudukan golongan itu dalam pembangunan dan transformasi negara dapat dipertingkat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini kerana wanita berupaya menjalankan tugas dan menggalas amanah yang diberikan dengan baik, sama ada di dalam kerajaan mahupun dalam keluarga.

“Tidak ada masalah dari segi kerajaan untuk terus memberi peluang kepada wanita…bila kita bagi jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan, pentadbiran, umumnya wanita telah membuktikan kemampuan mereka,” katanya ketika berucap melancarkan sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim dan timbalannya Datuk Azizah Mohd Dun serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata sejajar degan tema sambutan Hari Wanita tahun ini iaitu ‘Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera’, wanita perlu dihormati dan dilayani dengan baik walau di mana sahaja mereka berada baik di rumah, pejabat hatta di dalam lif sekalipun.

“Wanita ni ada keinginannya, tetapi mereka segan nak sebut, jadi kita kena beri pertimbangan berdasarkan kepada keadaan semula jadi wanita ini dan saya kira wanita ini yang diutamakan ialah respek, jadi kita kena beri peluang kepada wanita,” katanya.

Beliau berkata selain hormat terhadap wanita, perlu juga ada sikap saling memahami iaitu lelaki perlu memahami kehendak wanita begitu juga sebaliknya untuk memastikan sesebuah masyarakat atau keluarga kekal sejahtera.

Najib berkata kerajaan juga berharap agar semua pihak dapat menyediakan kemudahan-kemudahan untuk keperluan kaum wanita kerana tidak dinafikan wanita melakukan pelbagai tugasan ataupun ‘multi-tasking’.

“Jadi, kalau kita memahami dan respek kehendak wanita, kita boleh menyesuaikan tempat kerja itu memenuhi keperluan wanita yang terpaksa mengamalkan multi tasking, antaranya menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, melaksanakan ‘flexi hours’ dan membenarkan bekerja dari rumah,” katanya.

Perdana menteri berkata menerusi pelbagai langkah signifikan yang telah diperkenal dan dilaksanakan kerajaan, beliau mahu golongan wanita percaya bahawa kedudukan kaum itu di negara ini sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan.

Sementara itu, Rohani dalam ucapannya berkata tema sambutan kali ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat termasuk golongan lelaki, mengenai perkongsian hak dan tanggungjawab dalam mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang sensitif gender dan bebas daripada segala bentuk diskriminasi dan keganasan.

“Selain itu, tema ini dipilih untuk mengingatkan semua bahawa mesej respek wanita ini bukan hanya ditujukan khas kepada kaum lelaki dalam konteks keganasan, penghormatan terhadap wanita perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu wanita juga perlu menghormati diri mereka sendiri dan wanita lain.

“Wanita perlu mempunyai solidariti yang kukuh, kesatuan wanita yang kukuh boleh membantu memperkasakan wanita dalam masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan anugerah Pengiktirafan Respek Wanita kepada beberapa individu daripada pelbagai kategori sebagai ikon di dalam usaha, dedikasi dan komitmen mereka dalam membanteras keganasan terhadap wanita.

Antaranya Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah, penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Faridah Khalid. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT