SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, August 23, 2013

UMNO Online - “Jaga Displin.. Jangan Lakukan Perbuatan Yang Memalukan Parti – Ahmad Maslan” plus 9 more

UMNO Online - “Jaga Displin.. Jangan Lakukan Perbuatan Yang Memalukan Parti – Ahmad Maslan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jaga Displin.. Jangan Lakukan Perbuatan Yang Memalukan Parti – Ahmad Maslan

Posted: 22 Aug 2013 04:09 AM PDT

PONTIAN, 22 Ogos – Semua calon yang bertanding pada pemilihan UMNO di semua peringkat parti tidak lama lagi diingatkan supaya terus menjaga disiplin dan tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan parti.

mat maslan

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO perlu menjadi contoh kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dengan melaksanakan pemilihan yang dijalankan telus dan bersih.

“Ingatlah bahawa rakyat sedang memerhatikan segala pertandingan ini dan kita tidak mahu ada satu persepsi bahawa UMNO tidak sudah-sudah dengan masalah seperti masalah politik wang dan sebagainya.

“Jadi kita sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional, kena menunjukkan contoh yang baik kepada 12 lagi parti komponen BN yang lain, agar UMNO terus disegani dan dihormati,” kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Pontian berkata demikian selepas melancarkan secara serentak produk Bank Rakyat iaitu Ar-Rahnu X’Change dan Rakyat Xcess, di Benut di sini.

Setakat ini kata Ahmad, proses pemilihan yang dijalankan di peringkat cawangan baik untuk jawatan ketua cawangan, ketua pemuda, wanita dan puteri berjalan lancar.

Tambah beliau, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan dan laporan berhubung salah laku dalam pemilihan di peringkat cawangan.

“Saya harap momentum ini dikekalkan semasa pemilihan di peringkat bahagian dan seterusnya pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO, Disember kelak,” katanya.

Kontroversi Isu Kalimah Allah Perlu Diselesai – Mahkamah Rayuan

Posted: 22 Aug 2013 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos –  Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam sebuah akhbar mingguan Katolik ‘The Herald’ perlu diselesaikan.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’, didengar pada 10 September ini.

Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan.

Dalam penghakimannya, Abu Samah berkata bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit yang memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah ‘Allah’ bukanlah sebahagian daripada penyelesaian 10perkara.

“Oleh itu, ia tidak terpakai dalam kes ini. Perkara ini (rayuan) tidak boleh dianggap akademik kerana masih terdapat isu dan kontroversi yang perlu diselesaikan,” katanya.

Berdasarkan persetujuan bersama pihak gereja, Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan dan Majlis Agama Islam di enam negeri, Mahkamah Rayuan tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Gereja Katolik memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan pada 8 Julai lepas.

Pada 16 Februari 2010, pihak gereja memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan KDN serta kerajaan sebagai responden, dan memohon antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald adalah tidak sah.

Akhbar mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan untuk ‘God’ bagi seksyen bahasa Malaysia terutama bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, kerajaan berhujah penggunaan kalimah ‘Allah’ hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh umat Islam.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KDN melarang The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ adalah salah, batal dan tidak sah.

Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Terdahulu, peguam Porres Royan, yang mewakili pihak gereja, berhujah rayuan kerajaan harus dibatalkan kerana tidak ada sebarang kontroversi atau pertikaian berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Katolik.

Beliau berkata ini kerana penyelesaian sepuluh perkara yang ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dialamatkan kepada pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia Ng Moon Hing membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible Bahasa Indonesia/Bahasa Malaysia serta bahasa pribumi Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang.

“Kami berpendapat kerajaan sudah mengubah pendiriannya berhubung penggunaan kalimah berkenaan,” katanya sambil menambah penyelesaian sepuluh perkara itu merupakan keputusan kolektif Kabinet dan ia turut membincangkan isu kalimah ‘Allah’.

Porres berkata kesannya ialah kalimah ‘Allah’ kini boleh digunakan dalam Bible Bahasa Indonesia/Bahasa Malaysia serta bahasa pribumi lain dan kitab ini boleh diimport serta dicetak.

“Jika kabinet sudah memberi kebenaran berhubung penggunaan kalimah itu dalam Bible, maka sudah semestinya ia boleh juga digunakan dalam penerbitan,” katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili KDN dan kerajaan berhujah bahawa rayuan mereka tidak harus dibatalkan kerana terdapat isu yang perlu diputuskan.

“Permohonan yang difail pemohon adalah remeh dan perlu ditolak,” katanya.

Beliau berkata isu di depan Mahkamah Tinggi adalah berkaitan kuasa budi bicara Menteri Dalam Negeri mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan berhubung permit pencetakan The Herald manakala penyelesaian sepuluh perkara membincangkan isu kitab Bible.

Peguam Mubashir Mansor, yang mewakili Majlis Agama Islam Terengganu pula berhujah semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi terhad kepada keputusan pentadbiran KDN bertarikh 7 Januari 2009.

Oleh itu, beliau berkata penyelesaian sepuluh perkara tidak boleh diambil kira kerana dibuat selepas Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah berhubung permohonan semakan kehakiman oleh pihak gereja.

“Surat Perdana Menteri bertarikh 11 April 2011 itu tidak menyentuh perjara dalam rayuan berkenaan. Beliau tidak mengatakan bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah,” kata Mubashir.

Peguam Hanif Khatri Abdulla, yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia

(Macma) berkata arahan Kabinet adalah khusus untuk import dan eksport kitab Bible secara fizikal namun tidak menyentuh kandungannya.

Beliau berkata Hishammuddin, dalam afidavitnya memperjelas mengapa penyelesaian sepuluh perkara dikeluarkan dan apa yang dipertimbang serta sebaliknya.

Hishammuddin juga berkata Kabinet tidak membuat sebarang keputusan berhubung penggunaan kalimah Allah.

Hishammuddin berkata keputusan Kabinet pada 11 April 2011 hanyalah mencari jalan untuk mengatasi masalah berhubung import, pencetakan, pengagihan serta penggunaan kitab Bible dalam Bahasa Malaysia di negara ini.

Lebih 300 anggota badan bukan kerajaan (NGO) seperti PERKASA, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Macma berhimpun di pekarangan mahkamah seawal 7 pagi.

House Price Reduction, Control In Budget 2014

Posted: 22 Aug 2013 03:52 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 22 – Reduction and control in house price are expected to figure prominently in the Budget 2014 to be tabled in October.

Urban Wellbeing, Housing and Local Government minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said his ministry had been directed to initiate a laboratory (lab) to obtain suggestions and ideas from the housing industry.

“Those who are involved in the lab are housing developers, housebuyers associations and other stakeholders,” he told reporters after launching the House Price Reduction Initiative workshop here today.

He said the suggestions would be inclined towards fiscal and policy issues such as real property gains tax or stamp duty.

Abdul Rahman said the lab would discuss among others, the best approach to tackle the drastic increase in house prices over the past five years.

“The lab will have the support of the prime minister as the issue is among the government’s main agenda,” he said.

Abdul Rahman said the ministry had set up a monitoring committee to ensure the materialisation of one million affordable homes as pledged by the government in the next five years.

“We have been directed to monitor projects under the national housing developer (SPNB), 1Malaysia people’s housing (PR1MA), public-private partnership unit (UKAS) and government agencies, and the first meeting was held two months ago,” he said.

KDNK Suku Kedua 2013 Bertambah Baik, Disokong Permintaan Domestik

Posted: 22 Aug 2013 03:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Malaysia berjaya menambah baik kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua tahun 2013 kepada 4.3 peratus berbanding pertumbuhan 4.1 peratus pada suku pertama, disokong oleh permintaan domestik, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Beliau berkata peningkatan baik kadar KDNK itu adalah di celah-celah persekitaran luar yang lemah dan selari dengan prestasi ekonomi Singapura dan Korea Selatan, dengan masing-masing mencatatkan pertumbuhan 3.8 peratus dan 2.3 peratus, katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Husni berkata pertumbuhan ekonomi negara terus didorong oleh permintaan domestik yang teguh (berkembang 7.3 peratus), dirangsang oleh  penggunaan dan pelaburan swasta.

Penggunaan keseluruhan meningkat 8.0 peratus bukan sahaja daripada peningkatan penggunaan awam tetapi penggunaan swasta disebabkan pasaran pekerja yang stabil dan pertumbuhan gaji yang berterusan dalam sektor berorientasikan domestik.

Pelaburan swasta turut meningkat pada kadar yang lebih cepat iaitu 12.7 peratus disebabkan oleh pelaburan dalam sub-sektor perkhidmatan pengguna, pelaksanaan projek infrastruktur yang berterusan dan pengembangan kapasiti dalam sektor minyak dan gas.

Dari sudut penawaran, pembuatan dan perlombongan kembali pulih daripada suku sebelumnya dengan masing-masing meningkat 3.3 peratus dan 4.1 peratus.

Sementara itu, peningkatan perlombongan adalah disebabkan oleh kenaikan pengeluaran gas asli, minyak mentah dan kondensat.

Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama KDNK dan pertumbuhan 4.8 peratus disokong oleh perkhidmatan komunikasi, hartanah dan perkhidmatan perniagaan dan perdagangan borong dan runcit.

Pembinaan mengekalkan momentum pertumbuhan dengan mencatatkan peningkatan 9.9 peratus pada suku kedua.

Sektor pertanian meningkat hanya sebanyak 0.4 peratus disebabkan pengurangan dalam pengeluaran getah asli dan pertumbuhan yang lebih perlahan dalam pengeluaran minyak sawit mentah.

Dalam pada itu, menyedari akan ketidaktentuan yang berlarutan sekitar keadaan ekonomi global, unjuran pertumbuhan KDNK 2013 Malaysia telah disemak semula kepada antara 4.5 peratus dan 5.0 peratus.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata asas-asas domestik Malaysia kekal kukuh dan pertumbuhan KDNK dijangka akan diterajui oleh permintaan domestik dan beberapa peningkatan dalam sektor luar negeri pada separuh kedua tahun 2013.

Kerajaan akan memantau keadaan dengan teliti terutamanya sektor luaran, katanya.

Transformasi Pemilihan UMNO Buat Pembangkang Jauh Tertinggal Belakang

Posted: 22 Aug 2013 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pemilihan UMNO yang berlangsung dalam manifestasi transformasi selepas pindaan Perlembagaannya pada tahun 2009 akan membawa UMNO melonjak jauh ke hadapan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhamad Pahemi Yusof.

muhyiddin-najib-umno-parti-terkuat-pru13-mesyuarat-majlis-tertinggi-mei-2013

Jelasnya, apabila UMNO membuat pembaharuan dan melaksanakannya dengan lancar selaras dengan perubahan masa maka secara tidak langsung ia meninggalkan golongan yang enggan berubah dan masih mengamalkan sistem lama.

"UMNO menunjukkan perubahan yang positif dengan menjadikan ahli-ahlinya secara terbuka dapat memilih kepimpinan parti dan sekiranya layak boleh pula menawarkan diri untuk menjadi calon tanpa bergantung kepada jumlah perwakilan tertentu," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, jika sebelum ini UMNO sering dilemparkan dengan pelbagai tohmahan termasuklah kononnya terdapat percaturan dan mainan politik wang dalam pemilihan namun dengan jumlah pemilih yang ramai maka tentunya fitnah terbabit tidak boleh dipercayai.

"Kesungguhan kepimpinan UMNO untuk membuktikan ketelusan dalam parti amat jelas dan pemilihan yang akan berlangsung ini akan membawa ruang baru sebagai pemangkin UMNO pada masa hadapan.

"Sebelum ia dilaksanakan memang terdapat segelintir pihak yang menganggap ia rumit lantaran penglibatan yang ramai dan jumlah yang sangat besar, namun saya percaya berdasarkan kematangan dan perancangan yang rapi maka tentunya ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya."

Proses pemilihan UMNO yang berlangsung sejak pertengahan tahun ini berjalan lancar bermula dengan siri jelajah penerangan berkaitan pemilihan UMNO ke tiap-tiap negeri yang kemudiannya disusuli oleh mesyuarat UMNO cawangan yang akan berakhir pada 15 September ini.

"Dengan pembaharuan yang digunapakai dalam pemilihan ini maka ia akan memberi ruang penyertaan kepada lebih ramai anggota untuk memilih ketua mereka di peringkat pusat dan menyalurkan pandangan serta idea-idea dari peringkat bawah untuk digunapakai untuk masa hadapan."

Usul pindaan Perlembagaan UMNO telah dibentang oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yang juga Naib Presiden UMNO pada 15 Oktober 2009 dengan tujuh perkara di dalam perlembagaan membabitkan pindaan, penambahan dan pemansuhan beberapa fasal.

Antaranya ialah adalah Perluasan Jumlah Perwakilan, Penghapusan Kuota, Pertambahan Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Cawangan (Lantikan), Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Yuran, Pendaftaran Keahlian dan Pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian. - MediaUMNO

Kalimah Allah : Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Gereja

Posted: 22 Aug 2013 01:41 AM PDT

PUTRAJAYA, 22 Ogos - Mahkamah Rayuan pada Khamis menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Katolik, Herald.

Keputusan dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Julai lalu, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh majalah ‘Herald’.

Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dan kalimah ‘Allah’ bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan untuk ‘God’ bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. -Sumber mstar

Isu Air Selangor : Jangan Banyak Bercakap Tanpa Tindakan – Amiruddin

Posted: 22 Aug 2013 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – UMNO Selangor berpandangan inilah masa untuk Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengotakan janji beliau menyelesaikan masalah air, kerana pada penggal lepas, krisis air melanda di Selangor yang menjadi sumber utama pengagihan air ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi perkara serius selepas beberapa masalah bekalan air tidak mencukupi terjadi.

khalid_kerajaan_selangor_gagal

Ketua Penerangannya, Datuk Amiruddin Sutero berkata, kalau masih tidak ada sebarang tindakan seperti 5 tahun yang lepas, sia-sia sahaja rakyat Selangor memilih beliau menjadi Menteri Besar Selangor sekali lagi.

"Hingga kini, selepas masuk penggal kedua Khalid memegang jawatan besar untuk terus memerintah dan mentadbir kerajaan negeri Selangor, Khalid masih lagi tidak mengambil sebarang gerak kerja atau tindakan dalam menyelesaikan masalah air yang kerap tidak ada di beberapa kawasan yang terlibat.

“Sudah 100 hari pentadbirannya penggal kedua ini, bukan sahaja tidak selesai malah masih lagi nak menganjurkan forum awam atau seminar dalam mendapatkan pandangan orang awam untuk melaksanakan manifesto pembangkang PRU13 lalu," ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online.

Tambahnya, jangan bercakap sahaja, jangan beretorik dan berjanji sahaja, kerana banyak bercakap tanpa tindakan yang sewajarnya merupakan satu lagi bukti kegagalan kerajaan Selangor.

"Sampai bila rakyat nak menunggu segala manifesto atau masalah air ini diselesaikan, ditunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab oleh kerajaan negeri Selangor dan Khalid Ibrahim," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor. -MediaUMNO

Palanivel Confirms Stepping Down As MIC President In 2016

Posted: 22 Aug 2013 01:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 22 – Datuk Seri G. Palanivel today confirmed that he will step down as MIC president in 2016.

Palanivel, who is the natural resources and environment minister, said he would step down in the first quarter of 2016 at the end of his term before the deputy president takes over.

However, he said, this was not a condition agreed or compromised.

“No compromise. I only asked for one more term. I already announced it many times,” he told reporters.

Earlier, Palanivel had a closed-door meeting with the party’s divisional chiefs at the MIC headquarters, here.

Also present were former MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu, MIC deputy president Datuk Seri Dr S. Subramaniam and vice-presidents Datuk M. Saravanan and Datuk S.K. Devamany.

Palanivel took over as party president when Samy Vellu stepped down in 2010 after holding the post for 31 years.

Palanivel also said he doubted that there would be a contest for the top two posts in the coming party elections.

“The party election – the presidential level and the deputy presidential level, I doubt there will be a contest,” he said.

Asked whether this would be the best decision for the party, Palanivel said: “It was a good decision because the Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) had discussed with us.”

However, he said, he could not reveal when the discussion took place as it was a very private discussion.

Yesterday, Malay Mail online reported that Najib had met Palanivel, Subramaniam, Saravanan and Devamany at his residence in Putrajaya on Sunday.

Najib is said to have advised them to concentrate on strengthening the party and avoid a contest which could result in ‘open warfare’ in the party.

“But at the vice-presidential level and CWC (central working committee) level, there may be contests,” Palanivel said.

The MIC presidential election will take place on Sept 22 in the event there is a contest for the post at nomination on Sept 1.

The MIC president will be elected by the party’s 4,200 branch chairmen nationwide. The deputy president, three vice-presidents and 23 CWC members will be elected by 1,500 party delegates.

PBB In Good Position To Prepare For The Future, Says Taib

Posted: 22 Aug 2013 12:34 AM PDT

KUCHING, Aug 22  - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), which is not expected to see any major leadership change in the party polls in October, is in a good position, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said today.

Abdul Taib, who is also PBB president, said he could expect a solid party that was preparing for the future ahead of the PBB convention scheduled for Oct 18 to 20.

“There will be no major changes. Lets wait and see,” he told reporters after launching the Sarawak civil service information and resource centre (IRC) here.

In the 13th general election in May this year, the backbone party of the Sarawak Barisan Nasional (BN) won all the 14 parliamentary seats it contested out of the 25 won by the BN. It had also won all the 35 state seats it contested out of the 55 BN seats in the 2011 state election.

The current status quo at the top level that is expected to be maintained is said to be in line with the party's tradition to avert any power struggle which could weaken its strength and performance.

However, all its branches throughout Sarawak are now holding their respective delegates meetings, which will be completed by Aug 31.

At present, PBB’s 71 branches have a total of 270,212 members while its men’s (Kaum Bapa) wing has 1,418 members, women’s (1,058) and youth (930).

Kerajaan Tidak Mungkin Meterai TPPA Oktober Ini – MITI

Posted: 22 Aug 2013 12:28 AM PDT

SUBANG JAYA, 22 Ogos -  Kerajaan tidak dijangka memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Oktober ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ir Hamim Samuri.

“Saya tidak fikir ia akan berlaku pada Oktober ini, bukan hanya bagi Malaysia, tetapi negara-negara lain juga.

“Telah dimaklumkan bahawa terdapat jurang antara kementerian dan orang awam dan perbincangan akan diadakan selepas Sidang Kemuncak Ke-10 di Brunei,” katanya kepada pemberita pada Forum Global Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Sehenti, di sini, Khamis.

Beliau berkata MITI akan terus berinteraksi dengan orang awam kerana negara-negara lain berdepan situasi yang sama yang berharapkan lebih banyak perbincangan.

“Kami perlu mengadakan perbincangan awam ini secara berterusan kerana terdapat terlalu banyak persepsi tentang TPPA oleh orang awam,” kata Hamim.

Sementara itu, Forum Global Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Sehenti itu merupakan satu konsep baharu dalam menyediakan perkhidmatan.

Negara-negara seperti Kanada, United Kingdom, Australia, Portugal dan Brazil semuanya membangunkan pusat perkhidmatan sehenti bagi rakyat dan perniagaan mereka.

Forum itu menyediakan peluang bagi negara-negara lain untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik mereka dengan pengurus awam Malaysia.

Forum Global dibangunkan secara kerjasama dengan Institute for Citizen-Centred Service di Kanada, peneraju global dalam mengenal pasti amalan terbaik dalam perkhidmatan sehenti, serta kecemerlangan perkhidmatan sektor awam.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT