SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, August 29, 2013

UMNO Online - “Polis Buru 40,000 Anggota Kongsi Gelap” plus 9 more

UMNO Online - “Polis Buru 40,000 Anggota Kongsi Gelap” plus 9 more

Link to UMNO Online

Polis Buru 40,000 Anggota Kongsi Gelap

Posted: 28 Aug 2013 05:21 AM PDT

CYBERJAYA, 28 Ogos  – Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Ops Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.

Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh Negara menurun.

“Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi “rasa takut menjadi mangsa jenayah” berkurangan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan Memorandum Persehaman (MoU) antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Lim Kok Wing University di sini, hari ini.

MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan Lim Kok Wing University, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.

MoU itu membolehkan universiti itu mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.

Ops Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

Mohd Bakri berkata sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.

Beliau berkata pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan.

Nilai Nikmat Kemerdekaan Negara Menerusi Jendela Mata, Hati Yang Luas

Posted: 28 Aug 2013 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Erti nilai kemerdekaan sewajarnya lahir daripada hati yang ikhlas daripada setiap warganegara agar semangat patriotik tidak terus luntur sebaliknya terus kekal utuh dalam diri masing-masing.

Dan apa yang penting sambutan hari kemerdekaan yang akan disambut dalam tempoh terdekat ini perlu disahut oleh semua pihak dan sahutan tersebut bukanlah sekadar memasang bendera dan sebagainya tetapi lebih daripada itu.

tugu-negara-malaysia-pejuang-merdeka-penjajah-pengganas

Berkongsi pandangan menjelangnya tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos, Sabtu ini, Pengerusi Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia, Mohd Faizal Hj Ramly berkata memperingati kemerdekaan bukan sekadar negara bebas daripada penjajah tetapi apa yang penting setiap orang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan negara dalam apa jua bentuk.

Sambil menyifatkan tema “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku” sebagai kena pada masa dan ketikanya, beliau mengajak agar semua rakyat melihat dari jendela mata yang luas betapa bertuahnya hidup di dalam negara yang bukan saja berdaulat malah aman, makmur dan sentosa berbanding banyak di negara lain yang keadaannya tidak menentu.

"Jangan biarkan negara dan diri kita dijajah dalam bentuk lain pula….. Paling penting semua pihak tidak kiralah sesiapa sekalipun perlu menghayati semangat kemerdekaan yang mana negara kita hari ini telah berkembang maju dengan suasana yang penuh harmoni berpaksikan kepada acuan kita sendiri.

"Paling penting juga janganlah ada mana-mana pihak memandang sinis hari yang cukup bersejarah itu atas apa jua alasan sekali pun kerana itulah yang perlu kita junjung dan kita perlu pertahankan," katanya kepada UMNO-Online.

Mengulas lebih lanjut beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Teluk Kemang seterusnya menambah kesatuan cukup penting serta perlu diberi keutamaan dalam usaha memastikan apa yang kita kecapi hari ini dipertahankan.

"Kita perlu ingat bagaimana perit jerih orang-orang tua terdahulu…datuk nenek moyang kita yang bersusah payah uantuk memerdekakan negara….Memusnahkan adalah lebih mudah daripada membina..

"Percayalah….Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi bersama ini terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar negara dan rakyat terus selamat," katanya.

TPPA Will Be Good For Investments – MIDA

Posted: 28 Aug 2013 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 28 – Conceptually, the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) will be good for investments as it will provide a wider market access.

Malaysia Investment Development Authority (MIDA) Chief Executive Officer, Datuk Noharuddin Nordin, said one of the major selling points was that companies operating in the country, through the free trade agreement (FTA), could access the larger market.

“But at the end of the day it all depends on what we negotiated,” he told reporters after announcing the first-half 2013 approved investment performance here today.

He said sometimes a lot of people misconceived that there was a template for the TPPA.

“There is no template but there is a concept of a FTA and what the actual provisions within the agreement would depend on the negotiations, which are still ongoing,” he said.

Noharuddin said like any negotiation, there would be a lot of trade-offs across various chapters of the agreement.

“At the end of the agreement, each country will make an assessment of whether it’s beneficial or not, and then decide whether to sign or not.

“So it’s quite premature for us to say that it’s bad or good. It all depends on what the 12 countries negotiated,” he said.

The TPPA, a free-trade initiative, aims to further liberalise the economies of the Asia-Pacific.

The TPPA is currently being negotiated among the US, Australia, Brunei, Malaysia, Canada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Vietnam and Japan.

Senarai 49 Pertubuhan Haram Akan Diumum Esok – Ahmad Zahid

Posted: 28 Aug 2013 04:20 AM PDT

PUTRAJAYA, 28 Ogos  – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengumumkan senarai 49 pertubuhan haram, termasuk kongsi gelap esok, kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

zahid-hamidi-menteri-umno-bn-malaysia

Beliau berkata senarai yang mengandungi nama pertubuhan, lokasi dan aktiviti yang terlibat pertubuhan haram itu akan diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi pada satu sidang media.

"Pengazetan nama pertubuhan-pertubuhan haram telah saya tanda tangani.

"Mereka (pertubuhan-pertubuhan haram) tidak boleh menggunakan nama, lambang, menggunakan premis atau bergerak dalam satu pasukan atas nama atau simbol yang disenaraikan itu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata pertubuhan-pertubuhan haram ini boleh dikenakan denda maksimum RM15,000 dan penjara lima tahun.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai pertubuhan haram kepada umum telah mendapat sokongan NGO termasuk Majlis Peguam dan pertubuhan-pertubuhan pencegahan jenayah.

Selain mengembalikan keyakinan rakyat, beliau berkata langkah ini juga menunjukkan polis serius dalam membanteras jenayah di negara ini," katanya.

"Langkah ini diambil selepas Ops Cantas Khas dan usaha mewartakan nama pertubuhan atau entiti haram ini, yang pada asasnya untuk menformalkan tindakan undang-undang di samping membasmi kegiatan jenayah.

“Saya kira apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang yang diperuntukkan bagi kami melaksanakannya dengan sewajarnya,” katanya.

Ahmad Zahid juga berkata KDN akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memantau aktiviti perniagaan pertubuhan-pertubuhan haram.

“Kita tidak berkompromi dengan aktiviti haram yang dijalankan pertubuhan-pertubuhan haram. Yang penting ialah rakyat diberi perlindungan sepenuhnya,” katanya.

"Saya kira kerjasama rapat dengan SSM merupakan usaha yang dijalankan polis atau ROS (Pendaftar Pertubuhan). Apa yang penting orang ramai perlu diberi perlindungan sepenuhnya," katanya.

2,796 Malaysian Citizens Brought Home Through Ops Piramid II

Posted: 28 Aug 2013 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 28  – A total of 2,796 Malaysian citizens in Egypt have been brought home through Ops Piramid II which ended today.

National Security Council (NSC) secretary Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab said they were among the 3,379 Malaysians registered in Egypt as of Aug 15.

The remaining 583 Malaysians chose to remain in Egypt, he said in a statement here today.

He said the Malaysian citizens were brought home in 49 flights, involving 13 airline companies, with the first flight on Aug 21.

Thajudeen said Ops Piramid II was coordinated by NSC with the cooperation of the Foreign Ministry, the Education Ministry, the Prime Minister’s Department, the Royal Malaysia Police, the Malaysian External Trade Development Corporation (Matrade), the Transport Ministry and the Defence Ministry.

The operation was also conducted with the assistance of Malaysia Airlines, Air Asia X and Malaysia Airport Berhad, he added.

Meanwhile, in TAWAU, 36 Sabah students in Egypt arrived home from Kuala Lumpur today.

One of them, a first year medical student at the University of Mansurah, Dg Khalilah Ismail, 19, said they arrived at the KL International Airport on an Etihad Airways yesterday .

Larang Tanda Putera : DAP Takut Pada Kebenaran Dan Bayang-Bayang Sendiri

Posted: 28 Aug 2013 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengnalang tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini jelas menunjukkan sikap “double standard” mereka yang tidak beri ruang dan peluang kepada rakyat untuk menonton dan menilai filem yang diterbitkan mengenai sejarah negara.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berkata, tindakan ini sekaligus menunjukkan DAP takut pada bayang-bayang sendiri, tidak professional dan tidak mendokong prinsip kebebasan bersuara yang mereka laung-laung selama ini.

Tokoh_Negara_Tanda_Putera_Malaysia

"DAP jelas takut pada kebenaran sedangkan filem Tanda Putera adalah berdasarkan sejarah dan fakta yang sememangnya berlaku di negara ini dan merupakan ‘tribute’ kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang membangunkan Malaysia selama ini.

“Apakah mereka lupa pada sejarah? Apakah mereka lupa pada fakta atau buat-buat lupa. Tepuk dada, tanya selera, hanya pemimpin DAP yang tahu," ujarnya yang juga Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.

Dalam masa yang sama, kelantangan DAP melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh kepimpinan parti DAP.

"DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC.

“Ia juga bukti bahawa memang wujud politik wang dalam pemilihan DAP. Jadi tindakan untuk bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan DAP juga merupakan bukti memang wujud ketidak telusan dalam pemilihan mereka.

“Sehubungan dengan itu, DAP jangan lagi berkokok dengan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) atau menaja kempen seperti Bersih dan Blackout 505 untuk menyalahkan pihak SPR yang kononnya tidak telus dalam mengurus Pilihan Raya Umum, jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan DAP untuk mempertikai SPR," tambahnya. -MediaUMNO

Court Strikes Out Bid To Nullify BN Polls Win In Cameron Highlands

Posted: 28 Aug 2013 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 28 – The Election Court today struck out a petition filed by the DAP to nullify the result of the 13th general election for the Cameron Highlands parliamentary seat now held by MIC president Datuk Seri G. Palanivel.

Justice Datuk Umi Kalthum Abdul Majid ruled that the petition filed by DAP election candidate M. Manogaran was defective as the petitioner had not pleaded sufficient facts to disclose cause of action and had not shown how bribery had so extensively prevailed to affect the electoral result.

She ordered Manogaran to pay RM40,000 in costs to Palanivel, the respondent in the case.

Palanivel, the natural resources and environment minister, won the seat with a 462-vote majority in a five-cornered contest that also involved Manogaran, Mohd Shokri Mahmood of Berjasa and independent candidates Kisho Kumar Kathirveloo and Alagu Thangarajoo.

Jangan Jadikan Sejarah Kemerdekaan Negara “Bola Politik” – PSM

Posted: 28 Aug 2013 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) berpandangan  bahawa sejarah kemerdekaan yang sudah tertulis di negara ini tidak perlu dikaji atau ditulis semula memandangkan sejarah tersebut sudahpun dikaji dan teliti, serta diterima dan dihayati oleh semua lapisan generasi di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Omar Mohd Hashim berkata, tidak ada apa yang perlu dikaji dan ditulis semula berhubung sejarah kemerdekaan negara,  memandangkan fakta-fakta berhubung kemerdekaan negara diperolehi dari pelbagai pihak, bahkan termasuk daripada individu-individu yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan yang masih lagi hidup sehingga ke hari ini.

bendera-hari-merdeka-malaysia-31-ogos-cuti-umum

"Saya fikir tidak ada sebarang masalah tentang sejarah kemerdekaan negara  kita. Jika sejarah kemerdekaan itu sudah berusia ratusan tahun, mungkin ada fakta-fakta yang kita tidak tahu dan ketinggalan mengenainya yang boleh membuatkan kita menambah input-input baru di dalam sejarah tersebut.

"Namun sejarah kemerdekaan negara hanya baru berusia 56 tahun dan fakta-fakta tentang sejarah perjuangan kemerdekaan dan sebagainya, kita boleh perolehi secara terus daripada insan-insan yang terlibat yang sehingga kini masih lagi hidup," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, sekiranya berlaku perbezaan pandangan dan pendapat dikalangan ahli sejarah, itu merupakan perkara biasa dalam asas ilmiah pengkajian sejarah.

"Perbezaan pendapat bukan satu masalah sehingga terpaksa mendorong kita menulis kembali sejarah kemerdekaan yang sedia ada. Malah kita sememangnya menggalakkan  sebarang perbezaan pendapat di dalam pengajian sejarah di negara kita," ujarnya.

Seterusnya beliau berkata, angin perubahan yang menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi yang dibawa dan disebarkan  oleh beberapa tokoh pemimpin Melayu termasuk guru-guru Melayu ketika itu.

"Hasil daripada itu maka wujudlah kesatuan-kesatuan Melayu antaranya termasuklah penubuhan persatuan Melayu pertama iaitu Kesatuan Melayu Muda yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakob.

"Semangat menuntut kemerdekaan itu kemudiannya diterjemahkan oleh bangsa Melayu secara besar-besaran ketika berlakunya peristiwa Malayan Union di mana ketika itu, persatuan dan pertubuhan Melayu mahupun yang berhaluan kiri, bersatu padu di bawah naungan PEKEMBAR untuk menentang gagasan Malayan Union.

"Penubuhan PEKEMBAR ketika itu merupakan kemuncak manifestasi perpaduan bangsa Melayu secara total yang mana perpaduan seperti itu tidak pernah berlaku sepanjang sejarah negara sebelum dan selepas, sehinggalah ke hari ini," jelas beliau.

Justeru itu, beliau juga berharap agar sejarah negara jangan dijadikan 'bola politik' yang boleh ditendang ke sana dan ke mari sehingga mewujudkan polemik di kalangan rakyat yang tidak mendatangkan manfaat dan boleh menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan rakyat berhubungan sejarah negara. -MediaUMNO

Pemuda UMNO Kesal Masih Ada Syarikat Enggan Laksana Skim Gaji Minimum

Posted: 27 Aug 2013 11:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO kesal kerana masih ada majikan tempatan yang enggan melaksanakan skim gaji minimum yang akan berkuat kuasa 1 Januari depan.

bn-youth-job-fair-khairy-nizar-pemuda-umno-belia-gaji-minima

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, skim itu dilaksanakan bagi meningkat produktiviti negara dan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

"Penguatkuasaan gaji minimum itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil perjuangan Sekretariat Pekerja Muda dan kesatuan-kesatuan sekerja.

“Jika ada majikan yang enggan melaksanakan atau merayu supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim itu, Malaysia tidak akan mencapai status negara maju pada 2020," ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Semalam Menteri Sumber Manusia mendedahkan kementerian menolak permohonan ratusan majikan tempatan yang meminta supaya kerajaan menangguhkan syarat gaji minimum berkuat kuasa 1 Januari.

Permohonan paling tinggi adalah daripada syarikat yang terlibat dalam Industri Kecil Sederhana (IKS) selain syarikat besar yang mendapat keuntungan jutaan ringgit setahun.

"Kerajaan perlu bertegas dalam soal ini dan majikan mesti melaksanakan skim gaji minimum itu mulai 1 Januari 2014. Pemuda UMNO sedia maklum mengenai isu tambahan kos pengurusan kepada IKS terbabit tetapi ini cabaran yang perlu ditangani dengan bijaksana.

“Kita tidak boleh berada dalam keadaan yang tidak berubah jika ingin terus maju dan berdaya saing setanding dengan negara maju yang lain," tambahnya.

Arahan gaji minimum RM900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sarawak dan Sabah dibuat Majlis Perundingan Gaji Negara yang telah melaksanakan pelbagai kajian termasuk implikasi terhadap syarikat dan negara dan majlis itu diwakili enam persatuan majikan, enam wakil kesatuan sekerja dan enam wakil kementerian. -MediaUMNO

Pengamal Demokrasi Terbaik Adalah Antara Pembohongan Terbesar Pembangkang

Posted: 27 Aug 2013 09:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Sebelum ini UMNO bersama Barisan Nasional (BN) seringkali dilemparkan tuduhan khususnya oleh pakatan pembangkang kononnya gagal mengaplikasikan demokrasi sebenar dalam kepimpinan dan pentadbiran parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas pakatan pembangkang yang membuat tuduhan sedemikian dengan menerangkan bahawa proses demokrasi yang dilaksanakan oleh UMNO adalah yang terbaik.

nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi

"Ini kerana kita diperingkat parti, rakyat yang memilih kepimpinan kita. Pemimpin dipilih dari peringkat akar umbi, bermula dari peringkat cawangan, termasuk wanita, pemuda dan puteri bagi menentukan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi dan juga jawatankuasa di peringkat bahagian termasuklah ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri," katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, semua jawatan di pilih diperingkat akar umbi dengan ketua-ketua cawangan dan perwakilan cawangan turut serta dalam pemilihan yang meletakkan ramai anggota parti terlibat secara langsung.

"Inilah proses dalam UMNO yang ditunjukkan itu membuktikan satu pendemokrasian yang terbaik yang pernah ada di Malaysia sedangkan parti-parti lain cakap banyak tentang demokrasi tetapi mereka sendiri pun sebenarnya tidak demokratik."

Tegasnya, pakatan pembangkang lebih banyak berbohong apabila berbicara soal demokrasi dalam kepimpinan.

"Mereka ini pembohong, mereka berkata mereka amalkan demokratik dan perjuangkan demokrasi tetapi pembohong.

"Kalau benar mereka perjuangkan demokrasi maka benarkanlah semua jawatan dipertandingkan."

Dilaporkan, dalam PKR jawatan Ketua Umum yang disandang Anwar Ibrahim tidak dipertandingkan begitu juga dengan kedudukan Lim Kit Siang dalam DAP dan juga Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas.

"Mereka perlu pastikan apa yang ditimbulkan sebagaimana keahlian tertutup, ahli yang hadir tidak boleh hadir dan sebagainya seperti pertikaian yang wujud dalam DAP, pertikaian dalam PKR sehinggakan berlaku insiden baling-baling kerusi dan juga sudah timbul pertikaian dikalangan ahli Pas yang perlu mereka jawab."

Tegas beliau lagi, sekalipun ada kritikan terhadap UMNO biarpun telah pelbagai kebaikan dilaksana namun akhirnya UMNO terus mempertahankan prinsip membuat kebaikan itu dengan rakyat terus memberi sokongan kepada usaha-usaha tersebut.

"Kalau buat baik tentunya ada rintangan namun sekiranya kita berani berdepan dengan cabaran maka insya-Allah kita akan berjaya." - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT