SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, August 20, 2013

UMNO Online - “Proses Pemindahan Rakyat Malaysia Di Mesir Bergantung Kepada MKN” plus 9 more

UMNO Online - “Proses Pemindahan Rakyat Malaysia Di Mesir Bergantung Kepada MKN” plus 9 more

Link to UMNO Online

Proses Pemindahan Rakyat Malaysia Di Mesir Bergantung Kepada MKN

Posted: 19 Aug 2013 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Proses pemindahan rakyat Malaysia di Mesir bergantung kepada hasil pemantauan dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab kini berada di negara bergolak itu dan keadaan di sana akan dipantau dari semasa ke semasa, sebelum sebarang keputusan dibuat.

Bagaimanapun beliau berkata kesemua 3,300 pelajar di Mesir telah dipindahkan dari kawasan panas ke lokasi lebih selamat sejak sebelum Ramadan dan dipantau pada setiap waktu.

“Jadi keputusan proses pemindahan bergantung kepada MKN sebab mereka berada di lapangan. Sekarang ini bila kita tengok Al Jazeera, CNN semua nampak teruk, tetapi bila kita pergi ke sana hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja panas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Wisma Felcra di sini hari ini.

Hishammuddin berkata penaja, agensi dan kementerian berkaitan akan menentukan jenis pengangkutan untuk membawa pulang pelajar dan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pertahanan akan membuat keputusan akhir.

“Apabila dua keputusan itu telah terjawab, itu tanggungjawab kita (Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan) menentukan sama ada untuk membawa mereka pulang secara komersil, terus (ke lapangan terbang) atau gunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sekiranya lapangan terbang ditutup,” kata Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan.

Ditanya sama ada pusat pemindahan masih di Jeddah seperti dilaksanakan dalam Ops Piramid sebelum ini sekiranya proses pemindahan itu dilaksanakan, beliau berkata pusat pemindahan itu tidak lagi di Jeddah, tetapi di beberapa lokasi lain yang telah dikenal pasti dan akan diumumkan kemudian.

Semua Pihak Perlu Gabung Tenaga Bendung Fahaman Syiah – Dr Fadlan

Posted: 19 Aug 2013 04:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Semua pihak di negara ini perlu berpadu tenaga dan usaha dalam memastikan fahaman syiah tidak menular yang dikhuatiri boleh menggugat pemikiran umat Islam.

fadlan_othman_ilmu_ulama_muda_umno

Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti, Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata usaha sama itu cukup penting kerana fahaman syiah cukup berbahaya yang mana ianya merosakkan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Menurut beliau apa yang penting hari ini umat Islam perlu menolak fahaman berkenaan dan Alhamdulillah di negara ini, kerajaan dilihat cukup tegas membendung fahaman tersebut.

"Alhamdulillah….pegangan kita di negara ini adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan saya bersyukur ajaran tersebut telah difatwakan haram di negara ini.

"Justeru ketegasan pihak kerajaan dalam soal ini amatlah dialu-alukan khususnya ketegasan yang telah ditunjukkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak berkuasa agama termasuklah pihak-pihak lain," katanya.

Kata beliau lagi perlu ada gabungan daripada semua pihak tidak kira daripada parti politik dan sebagainya dalam usaha membanteras fahaman tersebut daripada terus berkembang dan menular di negara ini. -MediaUMNO

Sesiapa Sahaja Layak Untuk Bertanding – Shahrizat

Posted: 19 Aug 2013 04:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakkan mempunyai hak untuk bertanding pada mana-mana jawatan di dalam UMNO sama ada di peringkat Cawangan, Bahagian mahu pun Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana ia adalah terbuka.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kepada sesiapa yang ingin menawarkan diri perlu bertanding dengan cara yang berhemah, kerana setiap tindak tanduk mana-mana calon yang bertanding akan dilihat oleh semua orang.

"Kepada Wanita, sesiapa sahaja yang ingin bertanding silakan, kita tak ada sekat, saya secara peribadi tidak pernah menyekat sesiapa, kerana dalam perlembagaan kita, setiap ahli mempunyai hak mereka, kita bertanding secara keluarga dan terpulanglah kepada perwakilan wanita yang menentukannya," katanya selepas Majlis Taklimat Pemilihan UMNO 2013  kepada Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Berhubung dengan lapaoran yang mengatikan beliau dengan kes MFC yang membabitkan suaminya, Sharizat menyatakan bahawa yang menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia adalah dirinya bukannya suaminya dan perkara itu tada ada kait mengait.

"Saya nak jelaskan, yang nak bertanding Ketua Wanita UMNO Malaysia adalah Shahrizat Abdul Jalil bukannya suami saya, Mohd Salleh Ismail (Datuk Seri). Walaupuan beliau dilemparkan pelbagai fitnah, beliau tidak dijatuhkan hukuman," katanya.

Shahrizat  berkata, selagi seseorang itu tidak dijatuhkan hukuman, masyarakat tidak boleh membuat andaian terhadap sesorang itu apatah lagi kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah.

Ikuti butiran lanjut kenyataan Datuk Seri Shahrizat di UMNO youtube.

Kerajaan Belum Putuskan Sama Ada Wujudkan Kembali Undang-Undang Pencegahan : Najib

Posted: 19 Aug 2013 04:28 AM PDT

PUTRAJAYA, 19 Ogos  - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan belum membuat keputusan muktamad sama ada mewujudkan kembali undang-undang pencegahan bagi menentang jenayah serius di negara ini.

"Kami belum buat keputusan muktamad. Kami mahu lihat sama ada undang-undang sedia ada sudah cukup (berkesan) buat masa ini.

“Kami sedang membincangkan secara intensif sama ada kita memerlukan undang-undang tambahan.

"Satu-satunya masalah dalam undang-undang pencegahan ialah bagaimana anda hendak menangkap seseorang bila jenayah belum berlaku?. Jika hanya atas dasar mengsyaki, apakah sudah cukup untuk menangkap seseorang berdasarkan undang-undang pencegahan?

"Jadi, itu debat yang kami lakukan sekarang dan orang ramai harus sedar bahawa pada masa sama kami prihatin untuk mengurangkan kadar jenayah dan tentang kemungkinan salah guna hak asasi manusia di negara ini,” katanya selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Perbendaharaan Malaysia di sini hari ini.

Antara April dan bulan lepas, 23 kes tembakan di jalan raya dilaporkan di seluruh negara, termasuk yang melibatkan kes berprofil tinggi atau individu terkenal.

Kepada satu soalan, Najib berkata polis dan Jabatan Peguam Negara kini bekerjasama rapat mengkaji sama ada undang-undang sedia ada berkesan dalam menangani jenayah.

"Saya telah membuat komitmen jika undang-undang sedia ada tidak cukup (berkesan) kami akan perkukuhkannya tetapi dengan peruntukan mencukupi untuk melindungi kemungkinan salah guna,” kata beliau.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa peningkatan jenayah adalah harga bagi kebebasan, Najib berkata kerajaan cuba mewujudkan keseimbangan yang sebaik-baiknya dari segi kebebasan hak asasi manusia dengan kepentingan dan ketenteraman awam berdasarkan kepada hasrat kita untuk menjaga kepentingan dan ketenteraman awam.

"Ini merupakan perseimbangan yang perlu kita capai dalam hasrat untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih matang dan memelihara hak asasi individu dan di samping itu tidak mengetepikan hasrat kita untuk menjaga kepentingan awam keseluruhannya," kata beliau.

No Increase In Passenger Service Charge At KLIA2, Says Deputy Transport Minister

Posted: 19 Aug 2013 02:56 AM PDT

SEPANG, Aug 19  - The passenger service charge (PSC) at KLIA2 will be the same as the low-cost carrier terminal (LCCT), said Deputy Transport  Minister Datuk Aziz Kaprawi.

He said it would not burden the passengers as the cost would be borne by Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

“No increase. You just imagine at the services at LCCT that they are facing now, they will get the new airport at the same airport fee.

“It won’t burden the passengers. MAHB will bear the cost because MAHB is a company that managed this terminal and even for financing, MAHB got it through Sukuk bonds and they got it privately, without government back up guarantee,” he said.

Aziz told a press conference this after the third meeting of the KLIA2 Task Force here today.

The PSC at the current LCCT is RM32 for international passengers and RM6 for domestic passengers.

Aziz, who headed the KLIA2 Task Force, said the construction of the airport was 92 per cent complete and the terminal building was 96 per cent complete, with 20 major packages completed.

These are the district cooling system, ERL track, taxiway linking Runway 2 to KLIA2, air traffic control (ATC), tower, ATC equipment installation, elevated roads to the terminal, eastern aircraft parking apron, together with all associated main drainage and utility works.

Aziz said the KLIA2 will be completed by April 30 next year and will be operational by May 2.

“We want to make sure they will be no more delay and I assure you that they will no more delay and completion date will be on April 30,” he said, adding that the cost of KLIA2 will be RM4 billion.

He said there is no cost overrun in the construction as the scope had been expanded to cater to the stakeholders’ requirements.

In a statement, the ministry said the work components that were facing delays would be reviewed by the MAHB KLIA2 project team for reassignment to other third party contractors, if the responsible contractors were not able to meet the respective deadlines.

It said some of the works that had been assigned to new contrctors were the service road, airport fire and rescue building and baggage handling system.

Drama Terdesak… Kit Siang Cuba Untuk Tutup Kepincangan DAP

Posted: 19 Aug 2013 02:50 AM PDT

Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelihatannya semakin terdesak sangat seperti cacing yang kepanasan apabila menyalahkan semua pihak terutama sekali UMNO dan BN yang dituduhnya telah melancarkan serangan yang dilabelkannya sebagai kempen Demonise/Destroy DAP (DDD).

Antara serangan yang dikaitkan dengan kempen DDD ialah fasa pertama mengenai pendedahan keganasan siber oleh Red Bean Army dan fasa kedua yang membongkar penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember lalu. Dakwanya itulah serangan awal yang dipelopori UMNO dan BN.

lim-kit-siang-menangis-air-mata-buaya-tipu-bohong-gimik-politik-sempit-dap-rasis

Jauh benar perginya imaginasi drama karya Kit Siang, memang patut benarlah anak kesayangannya Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP pun cukup bijak bersilat lidah dan bersandiwara dengan macam-macam alasan untuk menutup kelemahan diri. Bapak borek anak rintik rupanya.

Menurut Kit Siang lagi kempen DDD yang didakwa bermula sejak beberapa bulan lepas itu mempunyai matlamat jelas untuk memusnahkan DAP dan kini ia telah masuk fasa ketiga yang akan menentukan hidup dan mati parti paling rasis milik anak beranak dinasti Lim itu.

Pendek kata kesemua ketiga-tiga fasa yang disebutkan itu pada pandangan Kit Siang ia adalah satu bentuk serangan politik yang ditaja oleh UMNO dan BN, seolah-olah sedikit pun tiada kaitan dengan kepincangan urus tadbir dan kelemahan kepimpinan DAP itu sendiri.

Demikianlah sempurnanya DAP pada mata Kit Siang, malah bila mana siasatan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) akhirnya menyarankan DAP mengadakan semula pemilihan CEC DAP pun dikatakan itu bermotifkan politik.

Siap berdrama air mata lagi tu sebelum PRU-13 yang lepas sampaikan terpegun penuh taksud penyokong PAS bila mana Kit Siang nak guna logo PAS dengan alasan takut pendaftaran DAP dibatalkan.

Sekarang apa jadi? Konspirasi yang kononnya didalangi RoS dan BN itu juga yang dipersetujui sekaligus membuktikan memang wujud kepincangan semasa pemilihan CEC DAP yang lepas. Kalau tiada kelemahan dan penyelewengan, bukankah sepatutnya DAP kekal dengan keputusan pemilihan yang lepas, tak gitu?

guan-eng-dap-red-bean-army-godfather-komtar-penang

Dalam pada sibuk menyalahkan orang lain, Kit Siang terlupa isu perang gerila internet ala Red Bean Army dan soal pertikaian mengenai kepincangan serta penyelewengan pemilihan CEC DAP sebenarnya datang dari kalangan pemimpin politik DAP sendiri.

Satu yang menarik, sedar tak sedar Kit Siang telah melabelkan isu Red Bean Army yang hanya mula kedengaran pada Mac 2013 sebagai fasa pertama serangan dan diletakkan pula pertikaian umum terhadap kepincangan pemilihan CEC DAP yang berlangsung pada Disember 2012 sebagai fasa kedua serangan kempen DDD.

Dari tunggang terbalik fasa yang diperkatakannya itu pun kita dah boleh tahu kempen DDD yang digembar-gemburkan oleh Kit Siang itu hanyalah imaginasi akal pendeknya dek kerana terlalu gelabah nak mengalih tumpuan umum dari terus membicarakannya.

Inilah realiti politik DAP, penyakit denial syndrome sememangnya sudah berakar umbi disebabkan pengaruh buruk dinasti Lim yang gemar menutup kebenaran dengan menyapu segala permasalahan dalaman parti ke bawah karpet sambil menyalahkan orang lain.

mykmu.net

Pemilihan : Keterbukaan UMNO Yang Tiada Pada Mana-mana Parti Politik Lain

Posted: 19 Aug 2013 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Pemilihan UMNO tahun ini yang menggunapakai Perlembagaan parti yang baru dengan pelaksanaannya telah pun berlangsung sejak pertengahan tahun melalui taklimat di semua peringkat negeri dan kemudiannya mesyuarat cawangan UMNO yang akan berakhir 15 September depan.

Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman menganggap pemilihan parti dengan pengaplikasian Perlembagaan baru ini adalah satu transformasi yang akan memberi ruang baru kepada ahli-ahlinya berbanding sebelum ini.

Ahli UMNO Bersemangat

"Hasrat pucuk pimpinan parti untuk memberi peluang kepada hampir keseluruhan anggotanya di akar umbi disambut baik dan sehingga ke hari ini, ia berlangsung lancar tanpa ada kerumitan dan sekiranya ada pun ia adalah hal-hal kecil yang boleh diselesaikan dalam ruang perbincangan tanpa membawa mudarat," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, apabila UMNO membawa pembaharuan maka ia secara tidak langsung memberi laluan kepada anggota parti di semua peringkat akar umbi untuk terlibat secara langsung dalam menentukan pemimpin parti yang bermula dari cawangan hinggalah kepada pimpinan tertinggi.

"UMNO menunjukkan ketelusan dan realiti sebenar dalam demokrasi apabila semua jawatan dalam parti boleh ditandingi termasuklah ke peringkat pimpinan atasan sekalipun sedangkan dalam parti-parti politik lain di negara ini tidak demikian malah ada diantaranya yang melantik dirinya sendiri pula.

"Kesungguhan UMNO untuk memastikan kemantapan parti direalitikan dan pemimpin atasan sendiri yang bersedia untuk melihat pembaharuan dengan membawa anggota parti di semua peringkat terlibat sama sedangkan dalam tahun-tahun sebelumnya ia hanya bergantung kepada sebilangan anggota perwakilan sahaja."

Tegas beliau lagi, parti-parti pembangkang sendiri tidak melaksanakan pemilihan sebagaimana UMNO malah ada di antaranya hanya melibatkan anggota tertentu sahaja untuk memilih pemimpin dalam parti.

"Belum ada mana-mana parti politik pun di negara kita yang berani berdepan dengan risiko sedemikian malahan dengan anggota perwakilan yang terhad pun sudah ada insiden pergaduhan dan tentunya ia akan dielakkan dalam UMNO sebagaimana keutamaan kepada perpaduan parti.

"Dengan kematangan UMNO dan anggota di peringkat cawangan maka tentunya setiap yang dirancang akan berlangsung, biarpun tentunya akan ada juga yang rumit atau kekeliruan tetapi dengan semangat untuk memperteguh parti maka saya percaya bahawa akhirnya UMNO akan bertambah kukuh."

Tambahnya, pembaharuan pemilihan UMNO ini adalah bukti jelas bahawa pemimpin UMNO tidak gentar dan terbuka untuk dicabar dan dinilai oleh anggotanya berlandaskan kepada kerja dan amanah yang telah dilaksanakan.

"UMNO telah terbukti kuat dan terus relevan dan hal ini terbukti berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu dan pemilihan ini juga tentunya akan kembali menarik semua golongan untuk terlibat sama termasuklah pengundi muda dan profesional."

Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita. - MediaUMNO

Jakim Minta Umat Islam Solat Hajat Untuk Mesir

Posted: 19 Aug 2013 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini meminta seluruh umat Islam Malaysia mengadakan solat hajat dan qunut nazilah pada bila-bila masa bagi mendoakan supaya Allah SWT mengembalikan keamanan dan menghentikan kezaliman di bumi Mesir.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata sempena Syawal ini, Jakim menyeru seluruh umat Islam di negara ini agar tidak melupakan musibah yang sedang menimpa saudara seagama di Mesir yang kini bergolak.

“Dengan berita-berita kematian amat menyedihkan yang dilaporkan saban hari, Jakim mengajak masjid-masjid di seluruh negara agar mengadakan solat jenazah ghaib dengan harapan semoga Allah SWT mengampunkan dan merahmati para jenazah kaum muslimin yang gugur dalam krisis tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata sebagai umat Islam yang bernaung di bawah negara Islam seperti Malaysia, adalah tidak wajar sama sekali jika terlupa dan terlalai walaupun seketika dalam membantu saudara seMuslim di mana pun mereka berada biarpun dengan sepotong doa.

Situasi keselamatan di Mesir kini tidak menentu apabila bilangan angka korban semakin meningkat selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Dr Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah minggu lepas.

Jawatankuasa Pemantau Tidak Punyai Hak Batalkan Mesyuarat – Datuk Rauf

Posted: 19 Aug 2013 02:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Jawatankuasa pemantau pemilihan UMNO yang dilantik adalah untuk memastikan perjalanan mesyuarat di setiap UMNO cawangan dan bahagian berjalan mengikut peraturan mesyuarat seperti yang ditetapkan.

rauf-yusoh-suk-umno-pemilihan-pindaan-perlembagaan-raya

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata  tugas pemantau berkenaan hanyalah bertanggungjawab untuk memantau mesyuarat berkenaan dan mereka tidak mempunyai hak untuk menunda atau membatalkan mana-mana mesyuarat yang sedang berjalan.

"Pemantau tidak boleh mempengaruhi mana-mana mesyuarat sama ada mengesah atau membatal mana-mana mesyuarat, oleh yang demikian ahli jawatan kuasa pemantau ini akan diperhalusi peranannya dan akan dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan tentang maklum balas yang diterima bagi penambah baikkan.

"Jawatankuasa pemantau ini akan berjalan di semua peringkat cawangan, tidak hadirnya jawatankuasa pemantau ini tidak akan membatalkan mana-mana mesyuarat.

"Di peringkat bahagian, jawatankuasa pemanatau ini hanya memantau perjalanan mesyuarat, dan sekiranya jawatankuasa pemantau tidak hadir, ia tidak boleh membatalkan mesyuarat, jawatankuasa pemantau hanya boleh memaklumkan kepada jawatankuasa pemilihan sekiranya ada perkara berbangkit di mana-mana mesyuarat cawangan ataupun bahagaian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat pemilihan UMNO 2013 kepada Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Menurutnya, jawatankuasa khas perjalanan mesyuarat cawangan yang ditubuhkan akan meneliti segala laporan dan aduan yang diterima daripada mana-mana pihak terhadap cawangan yang telah mengadakan mesyuaratnya sebelum ini, dan keputusannya akan diberitahu selepas jawatankuasa terbabit mengadakan mesyuaratnya.

Ikuti laporan kenyataan lanjut Datuk Ab Rauf Yusof di UMNO Youtube.

Pemilihan : Najib Mahu Kombinasi Pemimpin Berpengalaman Dan Muka Baharu Dalam UMNO

Posted: 19 Aug 2013 01:54 AM PDT

PUTRAJAYA, 19 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Oktober ini akan menampilkan kombinasi barisan pemimpin berpengalaman dan muka baharu.

Presiden UMNO itu berkata satu suasana telah diwujudkan iaitu mana-mana anggota parti bebas bertanding dengan memenuhi syarat yang ditetapkan berdasarkan perlembagaan baharu parti.

“Kita tak ada apa-apa saranan dibuat sebenarnya (pada pemilihan parti).

“Kita perlu (pemimpin) yang berpengalaman dalam UMNO, di samping itu, kita perlu juga ada bakat-bakat baharu dalam UMNO. Kalau kita sekat bakat-bakat baharu daripada muncul, maka kita akan menghadapi kesukaran nanti terutama untuk memilih calon-calon yang berwibawa bila sampai pada masanya.

“UMNO adalah sebuah parti demokratik. Kita perlu ambil kira perasaan anggota-anggota parti jika parti mahukan kesinambungan dan kestabilan. Itulah pandangan anggota parti. Pada masa sama perlu ada keseimbangan antara kesinambungan dan keperluan membawa masuk bakat baharu dalam parti di semua peringkat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan beberapa pemimpin UMNO tidak bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Najib juga melahirkan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang member laluan kepada orang lain untuk bertanding dan juga kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang kepada kepimpinan UMNO di peringkat  tertentu.

Antara pemimpin UMNO yang memutuskan tidak bertanding jawatan MT ialah Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Sebelum itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Perbendaharaan Malaysia di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ahmad Husni, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT