SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, August 4, 2013

UMNO Online - “Shahidan Akan Perkasa Konsep 1 UMNO Di Perlis” plus 9 more

UMNO Online - “Shahidan Akan Perkasa Konsep 1 UMNO Di Perlis” plus 9 more

Link to UMNO Online

Shahidan Akan Perkasa Konsep 1 UMNO Di Perlis

Posted: 03 Aug 2013 07:00 AM PDT

KANGAR, 3 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan memperkasa konsep 1 Umno di Perlis bagi melenyapkan kewujudan puak yang boleh membawa kehancuran kepada parti Melayu terbesar itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu juga akan mengadakan program berterusan bersama cawangan Umno dan memastikan setiap cawangan dapat bersidang pada tempoh yang ditetapkan.

Shahidan, yang ditemui selepas menutup majlis khatam Al-Quran Wanita Umno bahagian Arau di Kompleks Warisan hari ini, berkata beliau sudah menemui Menteri Besar Azlan Man, yang dilantik Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, secara tidak rasmi.

“Keutamaan saya sekarang ialah mencipta kekuatan Umno melalui konsep 1 Umno dan menghapuskan puak dalam parti,” katanya ketika diminta mengulas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Anggota Parlimen Arau itu berkata anggota Umno di peringkat akar umbi juga diminta mengutamakan perpaduan meskipun mereka bebas memberi cadangan dan pandangan pada persidangan cawangan.

“Saya tidak pasti apa yang mereka bakal bangkitkan, tetapi mereka bebas berbuat demikian melalui persidangan cawangan demi kebaikan parti,” katanya.

Shahidan turut melahirkan rasa kecewa dengan pemilihan kontraktor luar bagi melaksanakan projek pembangunan utama di Perlis, yang disifatkan melenyapkan peluang golongan berkenaan di negeri ini.

Beliau berkata projek utama sepatutnya ditawar kepada kontraktor di Perlis kerana mereka juga terbukti mampu melaksanakan projek yang jauh lebih besar sebelum ini.

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata kebanyakan kontraktor Perlis kini menjadi pemerhati kepada pembangunan negeri yang kerjanya dilaksana kontraktor dari luar.

Publisiti Perlu Dalam Menyampaikan Bahaya Fahaman Syiah – Mukhriz

Posted: 03 Aug 2013 06:57 AM PDT

ALOR SETAR, 3 Ogos – Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya isu fahaman Syiah diberi publisiti secara terbuka agar orang ramai dapat memahami bahaya fahaman itu kepada umat Islam.

Beliau mengakui kerajaan negeri memberi publisiti meluas untuk menyampaikan maklumat bahawa ajaran Syiah boleh menggugat umat Islam yang rata-ratanya ialah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

“Publisiti fahaman Syiah memang wajar. Jika tiada publisiti kita takut akan berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai pula.

"Orang belum faham sepenuhnya ajaran Syiah ini. Dengan adanya publisiti ini barulah penjelasan lebih mendalam dapat disampaikan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas meninjau kompleks perniagaan Pekan Rabu di sini hari ini.

Mukhriz mengulas dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan cara kerajaan Kedah menangani isu Syiah kebelakangan ini seolah-olah memberi publisiti percuma kepada ajaran itu.

Mukhriz berkata selepas Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai, banyak pihak mengambil pendekatan untuk memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai fahaman Syiah termasuk melalui media massa.

“Dengan pendedahan ini, diharapkan orang ramai lebih sedar bahaya fahaman Syiah dan mengambil pendekatan untuk menghalang penyebarannya.

“Penyebaran ajaran Syiah di Kedah sudah lama berlaku. Dalam masa lima tahun lepas tidak ada usaha langsung untuk menyekat penyebarannya,” katanya.

Najib, Rosmah Attend Khatam Al-Quran Ceremony

Posted: 03 Aug 2013 06:54 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 3 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and wife Datin Seri Rosmah Mansor today attend a khatam Al-Quran (the completion of reading of the Quran) ceremony at Seri Perdana here.

Rosmah with five of her friends completed reading the Quran under the guidance of Ustaz Subki Othman.

Also present was Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Minister in the Prime Minister’s Department Nancy Shukri and Women, Family and Community Development Minister Datuk Rohani Abdul Karim.

Najib and Rosmah then broke fast with 450 guests including 180 orphans.

The Prime Minister also handed Aidilfitri contributions to the orphans.

M’sians Should Count Blessings – Muhyiddin

Posted: 03 Aug 2013 06:52 AM PDT

MUAR, Aug 3 – Malaysians should be grateful and value the prosperity, development and progress achieved by the country, thus preventing it from slipping into anarchy, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said Malaysians, especially the Muslims must take heed of what is happening in some Islamic countries like Egypt and Syria which are now destabilised because their peoples did not appreciate the peace that they had been enjoying besides not being united.

“We have to appreciate all that has been done by the government, although development and progress of the country is still not perfect, it is far better than 20 or 30 years ago.

“People should be grateful that our country remains peaceful and does not face unrest and wars because of ideological differences as is happening in some Islamic countries,” he said when addressing a breaking-of the-fast event hosted by Pagoh Umno at the Parit Medan Mosque in Pagoh near here today.

Also present were Bukit Serampang assemblyman Ismail Mohamed and Jorak assemblyman Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh.

Muhyiddin said it was important that the peace and harmony the people have been enjoying all this while must be defended so that the government could continue its development agenda without any hindrances.

Thus, he said, the people must remain united and work together and not do things that could be detrimental to the nation.

On another matter, Muhyiddin, who is also Education Minister, asked the Malaysian embassy in Cairo to monitor safety of Malaysian students in Egypt so that they were not caught in the conflict currently besieging the country.

“Make sure their safety is taken care of and also their needs including food,” he said.

At the function, Muhyiddin, who is also Pagoh Member of Parliament, handed out aid totalling RM130,000 contributed by Bank Rakyat, Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Sapura and Amanah Raya Berhad to 334 needy people from around the constituency.

Muhyiddin Minta Rakyat Hargai Nikmat Kemakmuran

Posted: 03 Aug 2013 06:44 AM PDT

MUAR, 3 Ogos – Rakyat di negara ini harus bersyukur dan menghargai nikmat kemakmuran, pembangunan serta kemajuan yang dicapai negara sekali gus mengelak ia terjerumus kepada keadaan huru-hara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat terutama umat Islam harus mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di beberapa Negara Islam lain seperti Mesir dan Syria, yang kini porak-peranda kerana tidak menghargai keamanan yang dikecapi selama ini.

“Kita kena hargai segala apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, walaupun pembangunan dan kemajuan negara masih belum sempurna tapi ia jauh lebih baik berbanding 20 atau 30 tahun lalu.

“Rakyat seharusnya bersyukur, negara kita kekal aman dan tidak berhadapan dengan pergolakan dan peperangan kerana perbezaan ideologi seperti yang berlaku di beberapa negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Tadarus, khatam al-Quran dan berbuka puasa UMNO Bahagian Pagoh di Masjid Jamek Parit Medan, Kundang Ulu, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang Ismail Mohamed dan Adun Jorak Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh.

Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata, adalah penting keamanan yang dikecapi negara selama ini terus dipertahan untuk memudahkan kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara tanpa sebarang masalah atau rintangan.

“Hubungan dan kerjasama serta perpaduan di kalangan rakyat perlu jitu.

“Janganlah sesekali kita bangkitkan masalah yang boleh timbulkan perpecahan dan permasalahan antara masyarakat sehingga hubungan retak kerana jika dibiarkan ia akan memudaratkan negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Konsulat Malaysia di Mesir agar memantau keselamatan pelajar Malaysia bagi memastikan mereka tidak terperangkap dalam konflik politik di negara berkenaan.

“Pastikan keselamatan mereka terkawal setiap masa dan keperluan termasuk makanan sentiasa mencukupi,” katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menerima sumbangan daripada Bank Rakyat, Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Sapura dan Amanah Raya Berhad bernilai RM130,000 untuk diserahkan kepada 334 orang golongan Asnaf di parlimen tersebut.

400 Insan Gelandangan Diraikan Bersempena Ramadan

Posted: 03 Aug 2013 12:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Lebih empat ratus insan gelandangan di Kuala Lumpur diraikan bersempena bulan Ramadan melalui program Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Perumahan Tempatan dengan kerjasama Sketariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 10 malam tadi.

abdul-rahman-dahlan-menteri-umno-bn-kanak-kanak-gelandangan-chow-kit-kl-bandar

Menteri di kementerian terbabit, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, program seperti ini merupakan program runtin tahunan dan ternyata ia amat memberi makna kepada individu-individu yang bergelandangan khususnya di bulan Ramadan ini

"Hari ini, saya bersama isteri dan anak-anak, juga bersama pegawai-pegawai tinggi kementerian turut hadir bersama untuk merasai dan menyelami bagaimana kehidupan golongan bergelandangan ini serta berinteraksi bersama mereka.

"Ini secara tidak langsung dapat memberikan semangat kepada kami warga kerja di kementerian ini untuk memastikan usaha membantu mereka sebagai contoh program perumahan untuk rakyat akan dipercepatkan dan dipertingkatkan lagi.

"Semoga dengan ini mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang," ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan hamper dan sumbangan duit raya dalam program tersebut.

Jelas beliau lagi, program perumahan rakyat (PPR) dibina dengan kos di bawah RM160,000 ke bawah seunit tetapi akan dijual dengan harga RM40,000 seunit di sekitar Kuala Lumpur.

"Perumahan tersebut pula bukan sekadar hanya rumah semata-mata, tetapi ia akan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, taman permainan dan dewan. Bagi mereka yang menyewa pula, sesebuah keluarga itu mestilah berpendapat di bawah RM2500 dan sewa yang akan diberikan pula amat murah, hanya RM124 sebulan.

"Justeru itu, saya telah diminta oleh PM untuk bergabung tenaga dengan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mendirikan lebih banyak lagi rumah-rumah kos rendah di kawasan Kuala Lumpur, dan diharapkan ia dapat membantu golongan gelandangan ini untuk memiliki rumah," ujarnya.

Selain itu menurut beliau, kementeriannya juga sedang merangka program yang dinamakan exchage rakyat di mana mereka yang bergelandangan ini boleh menawarkan kebolehan dan kemahiran mereka melalui program tersebut.

"Dengan itu kita dapat mengenal pasti kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh gelandangan ini dan melalui program ini, mereka boleh menawarkan perkhidmatan yang boleh memberikan hasil pulangan kepada mereka kepada rakyat umum..

"Contohnya mereka yang mempunyai kemahiran membaiki kereta, mengecat rumah, membaiki paip yang tersumbat boleh untuk menawarkan perkhidmatan mereka melalui program ini untuk menambah hasil pendapatan mereka," jelasnya. – MediaUMNO

rahman-dahlan-gelandangan-kanak-kanak-ramadan-chow-kit-02

rahman-dahlan-gelandangan-kanak-kanak-ramadan-chow-kit-01

rahman-dahlan-gelandangan-kanak-kanak-ramadan-chow-kit-05

rahman-dahlan-gelandangan-kanak-kanak-ramadan-chow-kit-04

rahman-dahlan-gelandangan-kanak-kanak-ramadan-chow-kit-03

Mahathir An Outstanding Asean Statesman, Says China Minister

Posted: 03 Aug 2013 12:23 AM PDT

BANGKOK, Aug 3 – China’s Foreign Minister Wang Yi has described former Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad as a truly outstanding Asean stateman with a strategic vision for understanding that a bigger and stronger China will benefit its neighbours.

“As Dr Mahathir pointed out years ago, China’s develoment brings benefits to the neighbouring countries. It is an opportunity, rather than a threat,” Wang said in a speech at the opening of the High-Level Forum on the 10th Anniversary of the Asean-China Strategic Partnership here yesterday.

“I believe that Dr Mahathir did not make a casual comment here. He has a deep understanding of China,” he said.

He said China is fully aware that although its rapid growth has generated tangible benefits for its Asean friends, it has, unavoidably, led to certain suspicion, concern or even misunderstanding.

This is nothing to be surprised at, because anyone could feel uneasy about a close buddy who has all of a sudden grown into a big fellow, he said.

He said China is getting bigger and stronger but its development is the strengthening of a force for peace and friendship.

He said in five years, China’s imports will reach US$10 trillion and its outbound tourists will total over 400 million.

He said China and Asean should step up efforts to build an upgraded version of the China-Asean Free Trade Agreement, and advance regional economic integration.

He said both sides should actively engage in maritime cooperation and make good use of the China-Asean Maritime Cooperation Fund, adding that China welcomes more project proposals from Asean countries.

Enhance Police Efficency In Tackling Crime – Khairy

Posted: 03 Aug 2013 12:21 AM PDT

SEREMBAN, Aug 3 – Efforts should be focused on enhancing the efficiency of the security forces, especially the police, in checking crime instead of introducing new laws.

Umno Youth head, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, in making the suggestion, said such efforts included raising the skill of the police force in carrying out criminal investigation and improving the technical facilities of the force.

“Personally, I don’t agree with the enforcement of any law that provides for detention without trial because this contravenes the individual’s human rights and the principle of natural justice, and this is something that we cannot accept.

“So, we should not introduce any law that allows for detention without trial but should instead enhance the capability of our security forces,” he told reporters at a breaking of the fast organised by the Negeri Sembilan Umno Youth with the media, here last night.

He said this when asked to comment on the polemic regarding the new bill to tackle serious crime to be tabled in Parliament in September which is said to incorporate an element on detention without a trial.

The bill aims to prevent crime after the government had abolished the Emergency Ordinance and the Restricted Residence Act in 2011.

Khairy, who is also the Youth and Sports Minister, said the police actually had extensive power under the Prevention of Crime Act 1959 which enabled them to remand any criminal suspect.

He said even if a new law was to be formulated, it should not include the element of detention without a trial as this contravened the principles in the constitution.

In addition, Khairy said another important element that must be considered was the protection of the interest and safety of witnesses in criminal cases.

He said although witnesses were protected under the Witness Protection Act 2009, they still had to come forward to give testimonies which would lead to their identity being exposed.

1,800 Pegawai Penguat Kuasa Pantau Harga Di Seluruh Negara

Posted: 03 Aug 2013 12:14 AM PDT

ALOR SETAR, 3 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggerakkan 1,800 pegawai penguat kuasa bagi memantau pematuhan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mereka juga dibantu skuad pengguna yang bergerak di kawasan masing-masing selain penubuhan pusat aduan oleh kementerian di pasar-pasar.

“Tujuan penyediaan pusat-pusat aduan ini membolehkan pegawai penguat kuasa mengambil tindakan terus kepada penjual sebaik sahaja aduan pengguna diterima,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media, di sini semalam.

Katanya pengguna juga boleh menyemak harga barangan serta timbangan barangan yang dibeli di kaunter-kaunter yang dibuka oleh kementerian itu di pasar-pasar.

“Saya berharap pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan kementerian bagi menggelakkan mereka ditipu dan sekali lagi ingin meminta peniaga supaya berhati-hati dan tidak mengambil kesempatan terhadap pembeli.

“Memang jelas bahawa peniaga tidak boleh menjual barang lebih daripada harga yang telah ditetapkan tetapi jika mereka ingin menjual dengan harga lebih murah, kita alu-alukan,” katanya.

Skim itu yang bermula 26 Julai lepas dan berlangsung selama 17 hari dikuatkuasakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Tengku Abdullah Mahu Kerajaan Pahang Rancakkan Pembangunan Luar Bandar

Posted: 03 Aug 2013 12:12 AM PDT

RAUB, 3 Ogos – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan negeri merancakkan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar dan kampung tradisional agar setanding dengan di bandar.

Baginda bertitah pembangunan itu akan dapat menarik pelabur membuka perniagaan, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi penduduk.

“Oleh itu saya berharap agar wakil rakyat dan pegawai daerah proaktif dan agresif untuk memajukan kawasan tradisional dan luar bandar supaya ia dapat maju seperti kawasan bandar,” titah Tengku Abdullah.

Baginda bertitah pada Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin, warga emas dan anak yatim di Kampung Kuala Atok, dekat sini semalam.

Baginda turut berpesan kepada rakyat supaya memanfaatkan pelbagai kemudahan pembangunan yang telah disediakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Sambil menyatakan perasaan gembira kerana rakyat hidup secara aman dan bersatu padu, Tengku Abdullah menggesa rakyat supaya mengukuhkan lagi perpaduan dan menjaga keamanan negara yang ternyata banyak memberi kebaikan kepada mereka.

“Hubungan baik dan akrab antara pelbagai kaum di negara ini perlu dipertingkatkan lagi agar negara lebih maju dan kukuh ekonominya,” titah baginda.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT