SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, August 28, 2013

UMNO Online - “Sandiwara, Penipuan Mega Sudah Jadi “Makanan” Anwar” plus 9 more

UMNO Online - “Sandiwara, Penipuan Mega Sudah Jadi “Makanan” Anwar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sandiwara, Penipuan Mega Sudah Jadi “Makanan” Anwar

Posted: 27 Aug 2013 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos –  Bersandiwara dengan penipuan mega yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula dengan rampasan kuasa 16 September dan yang terkini, kerajaan perpaduan sememangnya  sudah menjadi `makanan' Anwar, ujar Naib Ketua Bahagian UMNO Parit, YB Mohd Nizar Hj Zakaria.

"Itulah Anwar Ibrahim, jika dia tidak memanipulasikan cerita yang bersifat sensasi, maka bukanlah namanya Anwar Ibrahim. Dia sedang mencari apa kaedah yang boleh mendapat simpati orang ramai padanya, sedangkan sesuatu perkara tersebut tidak betul sama sekali.

juarai_agenda_anwar

“Sudah terlalu banyak penipuan dan pembohongan, 16 September, pencen jadi pensyarah, pengundi hantu, pengundi warga Bangladeshlah, , pencerobohan Lahad Datu, Bersih dan sebagainya, kes-kes ini jelas menunjukkan pelakunya ialah Anwar Ibrahim," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

Tambahnya, itulah kehebatan Anwar Ibrahim, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik peribadi dan kepartian mereka.

Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

"Kini, Anwar Ibrahim bermain “sandiwara Kerajaan Perpaduan” demi kelangsungan politiknya yang kian lemah. Dia cuba memanipulasi keadaan demi kepentingan dirinya selepas gagal menjadi perdana menteri.

“Anwar kini memikirkan kerajaan perpaduan dan mengenepikan rakan-rakannya dalam Pakatan. Beliau hanya berminat akan kuasa politik untuk dirinya sendiri,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Kerajaan Negeri Pertimbang Sedia ‘Kertas Putih’ Perjelas Isu Kuin

Posted: 27 Aug 2013 03:13 AM PDT

ALOR SETAR, 27 Ogos - Kerajaan negeri Kedah bersedia mempertimbang cadangan untuk menyediakan ‘kertas putih’ mengandungi penjelasan berhubung pelbagai isu yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, bagaimanapun pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya tidak berkeupayaan untuk menyatakannya, tapi saya lihat ia sebagai satu cadangan yang baik dan akan berbincang dengan Menteri Besar,” katanya menjawab soalan tambahan dan cadangan daripada Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) pada sidang dewan undangan negeri (DUN) di sini Selasa.

Phahrolrazi mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbang menyediakan ‘kertas putih’ yang menjelaskan secara terperinci masalah sebenar yang masih dihadapi Kuin supaya ia dapat dijadikan pencerahan kepada semua pihak.

Sementara itu, Tajul Urus memberitahu dewan setiap keputusan yang diambil berkaitan pemindahan fakulti dari kampus Kuin di Kuala Ketil ke Mergong di sini, dan penyusunan semula struktur pentadbiran kolej universiti itu adalah mengikut peraturan serta prosedur yang sah.

Tajul Urus berkata tidak ada juga sebarang arahan oleh mana-mana pihak untuk memberhentikan beberapa tenaga pengajar dan kakitangan Kuin seperti yang didakwa selepas penyusunan semula struktur pentadbiran.

Beliau menjawab soalan Md zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berhubung keputusan yang diambil untuk perkara-perkara berkenaan sama ada sah dan mengikut prosedur.

Tajul Urus berkata seperti mana kerajaan negeri terdahulu, pihaknya juga mempunyai hasrat sama iaitu ingin meletakkan Kuin sebagai universiti penuh dan tidak sesekali mengundur ke belakang dalam soal berkenaan.

Katanya, untuk merealisasikan hasrat itu, setiap proses melibatkan pengurusan dan pentadbiran Kuin dilakukan secara teratur dan strategik di samping mengambil kira kepentingan semua pihak.

Mengenai dakwaan kepadatan pelajar di kampus Mergong, beliau berkata perkara itu masih tidak dapat disahkannya kerana berdasarkan tinjauan pihaknya baru-baru ini proses pengajian berjalan lancar.

“Ketika meninjau ke kampus Mergong, saya dapati tidak berlaku ‘limpahan pelajar’ hingga ke luar kelas,” katanya ketika menjawab mengenai dakwaan terdapat pelajar yang terpaksa duduk di luar kelas akibat bilik kuliah yang sempit.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan masalah sosial dan akan terus menggiatkan usaha mengekang gejala itu.

“Kerajaan negeri telah mengambil ketetapan bahawa kita tidak akan keluarkan lesen hiburan yang baharu dan saya telah mengarahkan pihak terbabit untuk melihat perkara ini,” katanya menjawab pertanyaan Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah)yang ingin tahu berhubung jumlah lesen dan cukai hiburan dipungut kerajaan negeri sepanjang lima tahun bermula 2008.

Badrul Hisham memberitahu dewan, kutipan cukai hiburan bagi 2008 melebihi RM714,000, lebih RM2.25 juta (2009), lebih RM2.99 juta (2010), lebih RM4.06 juta (2011) dan lebih RM4.02 juta (2012).

Katanya, 577 lesen hiburan dikeluarkan di negeri ini sehingga Julai 2013.

Apa Kaitan Jenayah Di Malaysia Dan Arab Spring?

Posted: 27 Aug 2013 03:08 AM PDT

Bagi mereka yang melihat politik secara sehala, pastinya menyatakan bahawa penulis seorang yang 'paranoid' atau mungkin juga berhalunisasi jika mengaitkan jenayah di Malaysia dengan Arab Spring yang berlaku di Timur Tengah.

Namun, bagi mereka yang bermaklumat, mereka tahu bahawa politik dunia hari ini adalah berkaitan dan tiada satu perkara pun yang berlaku tanpa dirancang atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak. Dunia hari ini, terutamanya dunia Islam, sedang mengalami kemusnahan secara sistematik. Ianya dimusnahkan oleh umat Islam sendiri dan rata-ratanya atas nama memperjuangkan Islam.

bersih-ganas-demo-merusuh-pukul-polis-harta-benda

Laungan seperti 'kerajaan tidak cukup Islam', 'ingin menegakkan syariat Islam' dan 'ingin menghapuskan kemungkaran' merupakan punca utama tercetusnya ketegangan sebelum ia merebak menjadi pemberontakan, keganasan dan kehancuran total.

Lebih-lebih lagi di mana di negara-negara Arab, laungan ini disertai dengan keluhan kemiskinan dan ketidakadilan di mana ia begitu mudah menjana api kemarahan yang meluap-luap sehingga sukar dikawal.

Kecetekan minda umat Islam di negara Arab serta kegagalan mereka mengawal emosi menjadikan Arab Spring tidak sukar untuk direalisasikan. Sedikit suntikan modal dari luar dan hasutan oleh talibarut mereka cukup untuk membuat negara-negara Arab jatuh bagai domino dalam sekelip mata.

Senario di Malaysia tidak banyak berbeza sebenarnya. Laungan 'kerajaan tidak Islam', 'ingin menegakkan syariat Islam' dan 'ingin menghapuskan kemungkaran' sudah lama kedengaran.

Malah, ada yang sanggup menghancurkan negara hanya kerana isteri pemimpin tidak memakai tudung kepala (tidak cukup Islam). Bagi mereka-mereka ini, mempunyai pemimpin yang menepati 'citarasa' mereka adalah penting untuk menentukan pengakhiran nasib mereka di akhirat. Pastinya mereka yakin bahawa diri mereka sendiri sudah cukup sempurna sebagai Muslim dan kini perlu menyebarkan kesempurnaan tersebut kepada orang lain bagi mendapat ganjaran yang maksima di syurga.

Namun, Malaysia bernasib baik kerana majoriti rakyatnya masih berfikiran rasional dan tidak mudah dipengaruhi emosi. Di samping itu juga, sifat semulajadi orang-orang Melayu yang menjadi penganut Islam di negara ini adalah lemah lembut dan menentang keganasan. Justeru, biarpun ramai yang bermimpi untuk 'berjihad' menentang kerajaan, mereka tidak sanggup memperjudikan nyawa dan nikmat hidup di bumi bertuah ini.

Maka, laungan ke arah 'Islam', hanya tinggal laungan sehinggalah akhirnya parti yang melaungkannya bersekongkol dengan musuh Islam untuk menggulingkan kerajaan. Kini, parti Islam itu tidak lagi melaungkan slogan ingin menegakkan Islam walaupun masih kekal melaung 'kerajaan tidak Islam'.

Syukur kepada Allah SWT kerana sehingga ke hari ini, laungan ini masih tidak mampu mencetuskan anarki.

Namun, apa yang berlaku telah membuka ruang kepada musuh untuk campurtangan, sepertimana yang berlaku dalam Arab Spring.

Kegagalan menjatuhkan Malaysia melalui permusuhan sesama Islam seperti negara-negara Arab, membawa kepada percubaan melaga-lagakan antara agama dan kaum. Desakan terhadap penghapusan Akta EO dan ISA serta Akta Hasutan merupakan sebahagian dari perancangan ke arah kemusnahan Malaysia yang dibuat melalui pembangkang.

Memandangkan rakyat Malaysia sukar untuk dihasut untuk memperjudikan nyawa dengan memberontak, maka para gangster dan kongsi gelap perlu digunakan sebagai pencetus. Harapan musuh adalah agar rakyat akan terpengaruh dan terbawa-bawa dengan emosi sepertimana orang-orang Arab, lalu mula merusuh di jalanan.

Rancangan ini semakin terserlah apabila tindakbalas tegas pihak polis terhadap kumpulan gangster ini dijadikan isu perkauman oleh beberapa pihak. Pendek kata, apa saja isu yang berlaku akan sengaja dikaitkan dengan perkauman. Niat mereka yang membangkitkan isu perkauman ini tidak lain tidak bukan ialah untuk mencetuskan ketegangan kaum.

Namun, mengenali sikap rakyat Malaysia yang tidak sanggup menggadaikan keselesaan hidup untuk memberontak di jalanan, maka kita percaya yang harapan musuh ini juga akan tinggal harapan sahaja. Biarlah para gangster berbunuhan sesama sendiri dan biarlah pihak polis sahaja yang menguruskan mereka.

Untuk rakyat atau pemimpin yang menyokong gangster semata-mata atas alasan 'kaum', merupakan satu penghinaan kepada intelektualiti sendiri.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia wajar berfikir lebih jauh dalam mencerna apa saja yang berlaku dalam negara hari ini. Jangan kita terjerumus dalam perangkap musuh yang ingin melihat kita berpecah belah dan bersengketa. Biar apapun berlaku, anarki bukan jawapannya.

Belajarlah dari kejatuhan negara-negara Arab kerana apa yang berlaku di sana tidak mustahil boleh berlaku di sini. Sesungguhnya, kita semua mempunyai musuh yang sama, iaitu kuasa besar yang ingin menguasai dunia, selain diri kita sendiri.

isuhot.com

Practise Good Work Culture To Deliver Excellent Service, DPM Tells Public Servants

Posted: 27 Aug 2013 02:50 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 27  - Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said public servants needed to practise the work culture of speed, accuracy and integrity in order to deliver excellent service to the people.

He said this they should do despite their facing various issues and challenges in carrying out their daily tasks.

Muyhiddin, who is also Education Minister, was speaking at the presentation of the Excellent Service Award 2012 to 614 staff of the ministry, here, today.

He urged the award recipients to continue their excellent work performance for efficient administration or management, and to give priority to the interests of the public.

“The ministry’s service delivery system must be improved from time to time in meeting the needs and wants of the people and it should be based on the Key Performance Indicators (KPI) targets set by the ministry,” he said.

Also present were Deputy Education Minister Datuk Mary Yap Kain Ching, the ministry’s secretary-general Datuk Dr Madinah Mohamad and Education director-general Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Muhyiddin said all of the ministry’s staff must be prepared to effect a paradigm shift so that any transformation that took place would have a high impact on the quality of education in the country.

“Transformation carried out by the ministry, hopefully, could give satisfaction to its customers or at par with that in the developed countries,” he said.

Muhyiddin said the government was very concerned about the welfare of civil servants and as such, had provided them with various facilities including the allocation for three additional annual salary increments in the minimum-maximum scale and increase in the increment rate of between seven and 13 per cent, effective January this year.

He said the salary increment given in July and the honorarium of RM500 each in conjunction with the Aidilfitri celebration were also in recognition of civil servants’ contribution and hard work.

He also said that the education transformation taking place could produce a new generation of Malaysians with a world-class mentality and capable of steering the country’s development, mastering technology and practising noble values.

Kenaikan Surcaj Air Di Pulau Pinang… DAP Kena Telan Label “Barang Naik”

Posted: 27 Aug 2013 02:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin melihat kenaikan 100 peratus surcaj pemuliharaan air (WSC) oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bukan sahaja membebankan pengguna malah menunjukkan bahawa kerajaan negeri menghadapi realiti sebenar pemerintahan.

61b6f_lim+guan+eng2

Menurut beliau jika sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) sering ditohmah dengan "barang naik" dan sebagainya, kali ini apakah kerajaan Pulau Pinang yang ditunjangi DAP akan terpalit dengan situasi yang sama.

"Sekarang ini mereka sendiri berdepan dengan realiti pemerintahan. Menguruskan sebuah kerajaan bukanlah mudah. Kadangkala sesuatu dasar yang tidak popular terpaksa dilakukan.

"Inilah realitinya…dan itulah yang mereka terpaksa hadapi dan tangani. Namun kenaikan tersebut cukup tinggi dan apa yang kita khuatirkan ianya akan membebankan pengguna kelak," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurut beliau lagi pelaksanaan tersebut perlu dibatalkan kerana ianya kadar yang menekan rakyat dan pihak yang berkenaan perlu memberi perhatian sebaik mungkin dalam soal tersebut.

"Sekiranya faktor rantaian dan sebagainya tidak diambil kira, kelak rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan sebagainya akan terkena tempiasnya. Lagi pun tidak harus sama sekali kenaikan sehingga 100 peratus…Ianya cukup tinggi," ujarnya.

Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kenaikan surcaj WCS daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuat kuasa 1 Sept ini.

Pengurus Besarnya Jaseni Maidinsa berkata kenaikan WSC itu bertujuan menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak memandangkan orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan.

BTN Perlu Laksana Program Mengikut Lanskap Politik Semasa – Razali

Posted: 27 Aug 2013 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos –  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mahu semua kursus dan program kendalian Biro Tatanegara (BTN) dilaksana berlandaskan lanskap politik semasa.

Tanpa menafikan tugas dan peranan BTN dalam pembangunan negara, beliau berkata keputusan pilihan raya umum lepas perlu diberi perhatian kerana keputusan yang dibuat rakyat nyata menjurus kepada perpecahan.

“Kita kena lihat keputusan pilihan raya umum lepas sebagai asas pertimbangan, bukan kerana siapa menang atau kalah, tetapi bagaimana rakyat membuat keputusan dalam pilihan raya itu dalam suasana menjurus kepada perpecahan.

“Ini cabaran yang perlu diambil BTN, iaitu bagaimana kita boleh lakukan sedikit pembaharuan supaya perpecahan mengikut kaum tidak terus berlaku,” katanya kepada pemberita pada majlis Hari Raya BTN di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah BTN Datuk Raja Ariff Raja Ali.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO meminta semua pihak termasuk mereka yang menuduh BT Nsebagai bersifat perkauman supaya berkongsi pandangan bagaimana kursus dan program di bawah biro itu perlu dilaksanakan.

Razali berkata menuduh BTN sebagai perkauman tidak boleh dibuat berdasarkan persepsi semata-mata kerana setiap kursus yang dilaksanakan disertai oleh semua kaum, termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata BTN akan melaksanakan program khas untuk membangkitkan semangat patriotisme di kalangan penduduk yang terjejas ekoran insiden pencerobohan pengganas militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Tungku dekat Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lepas.

Beliau berkata program itu, yang akan dimulakan segera melibatkan penduduk di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), akan dijadikan panduan oleh BTN sebelum dirangka menjadi modul untuk dilaksanakan di seluruh negara.

“Kita faham apa yang berlaku di Mesir dan Syria sering dijadikan contoh untuk memupuk sikap sayangkan negara, tetapi pada saya kes di Lahad Datu adalah yang paling tepat kerana ia benar-benar menguji tahap patriotisme rakyat,” katanya.

Dibentuk pada 7 Mac lepas, Esscom meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau.

Khairy Sokong Waytha Moorthy Berundur

Posted: 27 Aug 2013 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy terus digesa supaya berundur daripada pentadbiran kerajaan jika gagal menghormati prinsip kebertanggungjawaban bersama.

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebagai anggota pentadbiran, Waytha Moorthy tidak boleh membuat kenyataan sebagai seorang anggota badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar Waytha Moorthy supaya berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ini disokong Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini hari ini, Khairy berkata timbalan menteri itu mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan maklumat dan pandangan kepada pihak lain termasuk menteri, dan bukannya mempertikai tindakan tertentu secara terbuka.

“Jika beliau tidak mahu menggunakan saluran tersebut dan bertegas untuk mempertikai tindakan polis dalam membanteras jenayah berat, saya rasa beliau patut meninggalkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan,” kata Khairy.

Beliau menyerahkan tugas selaku pengerusi PUNB kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pelantikan itu berkuat kuasa 1 Ogos.

Dalam pada itu, Mohd Ali yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, berkata Waytha Moorthy tidak boleh menggunakan ‘cara lama’ dengan mempolitikkan hal-hal keselamatan.

“Kita tidak kira penjenayah itu Melayu, India atau Cina. Penjenayah tetap penjenayah. Polis tidak pilih kasih, polis kena jaga keselamatan orang ramai,” tegasnya sambil menyokong desakan supaya Waytha Moorthy berundur.

Khairy turut mengulas desakan supaya beliau menarik balik kenyataan berhubung dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memperakui satu laporan akhbar bertajuk ‘Apa Lagi Cina Mahu’.

Menurut Khairy, NGO yang membuat gesaan itu perlu mengetahui kenyataan sebenar yang dibuatnya dalam satu sesi soal jawab Ahad lepas.

“Mereka bebas untuk melihat dan menonton video sewaktu sesi soal jawab pada Ahad untuk melihat keadaan dan kenyataan sebenar. Selagi mereka tidak boleh rujuk kenyataan yang sebenar, tidak perlulah saya jawab,” katanya.

Selain itu, Khairy menyambut baik cadangan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya semua parti mewakili masyarakat India dalam BN bergabung sebagai satu parti.

“Bagus juga (cadangan) kalau kita hendak kemaskan lagi BN. Parti-parti kaum India boleh bergabung, parti Cina pun boleh bergabung untuk beri suntikan baharu dalam kalangan parti komponen kita,” katanya.

Kecewa Rakyat Sokong Perubahan Buat Pas Kedah Panik Putar Belit Isu

Posted: 27 Aug 2013 01:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27  Ogos – Pemuda UMNO melihat Pas Kedah kehausan isu untuk dimanipulasi setelah gagalnya mereka untuk menahan kehendak rakyat yang mahukan perubahan pada pilihan raya umum yang lalu.

Exconya yang juga Ketua Pemuda Alor Setar, Datuk Zubir Zabidi berkata tidak hairanlah pelbagai isu dilontarkan namun pihaknya yakin rakyat khususnya kalangan pengundi yang telah memberikan kepercayaan untuk perubahan tidak akan terjerat dengan dakyah-dakyah sedemian.

kedah-pas-mahfuz-omar-mb-mukhriz-mahathir-umno-bn-kedah

Menurut beliau 100 hari pentadbiran kerajaan baru bukanlah satu tempoh yang lama dan berilah peluang sebaik mungkin untuk pimpinan kerajaan negeri yang diterajui Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengemudi sebaik mungkin.

"Saya kira rakyat tidak akan terpengaruh dengan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri hari ini. Kerajaan yang ada kini mewarisi segala dasar kerajaan terdahulu.

"Tentunya ada perubahan dan sebagainya…Takkanlah segala perubahan dibuat secara drastik dan begitu juga dengan permasalahan yang timbul yang mana bukan hanya boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

"Seperti yang saya sebut tadi…baru sahaja menjangkau 100 hari. Tunggu dan lihatlah dan jangan hanya sekadar menuding jari itu dan ini…," ujar beliau.

Beliau seterusnya menambah sikap menuding jari dan sebagaianya perlu dihentikan demi memastikan apa yang ingin dibawa pembaharuan oleh kerajaan baru hari ini tercapai.

"Dulu rakyat dah bagi peluang mereka mentadbir…sekarang giliran Barisan Nasional (BN) yang diberikan amanah. Tengoklah macam mana dan janganlah ghairah sangat nak buat tuduhan dan hukuman," ujarnya.- MediaUMNO

Najib Calls On All Nations To Share Common Responsibility To Secure Lasting Peace

Posted: 27 Aug 2013 12:56 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 27  - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today called on all nations to share a common responsibility to create a better future and secure lasting peace.

He said the international community faced perhaps it greatest challenge: “peace not just during our time, but peace for all times”.

"It is a challenge that must be met collectively. It is imperative that we achieve a peace premised upon a covenant of the willing, not one enforced by hegemony or secured through coercion.

"Peace can only be achieved if we are willing to constructively engage each other, to substitute dialogue in place of conflict," he said at the Mahathir Award for Global Peace Ceremony, here today.

Najib said it was the spirit that inspired former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, who stood solidly against war.

"Speaking at conferences across the world, he (Dr Mahathir) works tirelessly to deliver a simple message – war should not be the preferred path to peace," he said.

Najib said the award was another demonstration of Dr Mahathir's deep personal commitment to this cause.

"It is rare that a national leader rises to become a global icon; rarer still that they do so by compassion, not conquest. Only handfuls earn such recognition that they are known not just to their own people, but to the world, known not only by their titles but by a single name," he said.

Later, Najib presented the Lifetime Campaigner for Global Peace to Dr Mahathir of the Mahathir Award for Global Peace.

The Mahathir Award for Global Peace is an international peace award endowed by the Mahathir Global Peace Foundation established to contribute to worldwide peace efforts.

Also present were South Africa's President Jacob Zuma and wife, Nompumelelo Ntuli, Dr Mahathir and wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed, Najib's wife, Datin Seri Rosmah Mansor, Chief Secretary to the Government, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Chairman and Board of Trustees of Mahathir Global Peace Foundation, Tan Sri Lim Kok Wing.

Cadang Sejarah Kemerdekaan Ditulis Semula Hanya Untuk Nafi Peranan UMNO

Posted: 27 Aug 2013 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27  Ogos –  Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim agar sejarah kemerdekaan negara ditulis semula disifatkan sebagai satu kenyataan politik yang ada hubungkait agar ianya memihak kepada perjuangan parti politik tertentu.

prof-dr-shamsul-adabi-mamat-penganalisis-politik

Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, sememangnya setiap fakta sejarah pasti mempunyai perbezaan pandangan yang datang dari ahli-ahli sejarawan di negara itu.

"Di mana-mana negara sekalipun, pasti akan ada perbezaan pendapat tentang sejarah di negara mereka. Begitu juga dengan sejarah kemerdekaan di negara kita.

"Namun apakah sejarah itu perlu ditulis semula hanya kerana beberapa pendapat berhubung beberapa isu kecil yang tidak dapat mendatangkan kepincangan dan keraguan fakta-fakta sebenar kemerdekaan yang sudah pun diterima umum," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya, untuk menulis sejarah yang sedia ada, perbuatan tersebut akan memberikan implikasi dan kecelaruan yang besar di kalangan rakyat di negara ini.

"Jika berhubung dengan sejarah kemerdekaan negara, ia sudah pastinya berkait rapat dengan peristiwa-peristiwa pra kemerdekaan seperti kebangkitan semangat nasionalis dan penentangan terhadap penjajah  yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan negara.

"Dalam hal ini, kita tidak dapat menafikan fakta-fakta sejarah di mana perpaduan bangsa Melayu dalam menentang Malayan Union merupakan  punca utama kebangkitan suara rakyat Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari British," jelasnya.

Katanya lagi, jika ada pun faktor-faktor lain yang merangsang kebangkitan semangat menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu, ia hanyalah  faktor sampingan yang wujud, bagaimanapun tidak menafikan faktor utama kebangkitan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat di negara ini ketika itu.

"Apa yang dikatakan beliau bahawa ada punca dan faktor lain yang meransang semangat rakyat Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan, contohnya apabila British ketika itu telah memerdekakan beberapa buah negara di bawah penjajahan mereka, bagi saya ia hanyalah faktor sampingan.

"Faktor utamanya ialah kebangkitan perpaduan bangsa Melayu dalam menentang Malayan Union yang kemudiannya diterjemahkan kepada penubuhan PEKEMBAR atau UMNO yang merupakan faktor asas yang menjadi pemangkin kepada gerakan kemerdekaan Tanah Melayu.

"Bagi saya, kenyataan seperti  ini adalah usaha pihak tertentu  yang cuba untuk menghilangkan kaitan sejarah kemerdekaan negara berpunca daripada perjuangan UMNO dan seterusnya  memihak kepada perjuangan parti mereka.

"Sebab itu saya katakan, kenyataan MB Selangor agar sejarah kemerdekaan ditulis semula hanyalah satu kenyataan politik semata-mata atas dasar untuk menidakkan peranan UMNO dalam sejarah kemerdekaan negara, demi kepentingan politik parti dan pihak tertentu," tegasnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT