SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, August 14, 2013

UMNO Online - “Ahmad Jazlan Hasrat Bawa Lebih Banyak Pembangunan Untuk Machang” plus 3 more

UMNO Online - “Ahmad Jazlan Hasrat Bawa Lebih Banyak Pembangunan Untuk Machang” plus 3 more

Link to UMNO Online

Ahmad Jazlan Hasrat Bawa Lebih Banyak Pembangunan Untuk Machang

Posted: 13 Aug 2013 11:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bertekad membangunkan lebih banyak prasarana dan pembangunan lain di Machang demi meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan itu.

Beliau berkata ini sejajar dengan manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bertujuan memantapkan pembangunan di kawasan Machang yang telah 23 tahun di bawah pimpinan kerajaan Pas.

Ahmad Jazlan berkata beliau perlu melakukan pembangunan di Machang memandangkan Pas gagal melaksanakan pembangunan bukan sahaja dari segi infrastruktur malah turut gagal membangunkan masyarakat di kawasan itu.

“Dengan sokongan rakyat Machang yang telah saya peroleh pada PRU13 lepas serta kepercayaan yang diberi pucuk pimpinan Umno, saya berhasrat membangunkan segala aspek yang masih kurang di Machang agar menjadi contoh kepada Parlimen lain yang masih berada di bawah pimpinan Pas.

“Saya mahu mereka (penduduk Machang) melihat perbezaan antara pemerintahan BN dan Pas. Setakat ini walaupun baru kira-kira tiga bulan BN menang di Machang, kerajaan persekutuan telah menunjukkan usaha untuk membantu saya membangunkan Machang,” katanya kepada Bernama pada majlis mesra bersama pengundi luar (Kelantan) di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata perdana menteri sebelum ini telah mengumumkan pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik baharu di parlimen Machang sebagai satu daripada Aku Janji tambahan BN khusus untuk rakyat Kelantan.

Ahmad Jazlan berkata beliau juga telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pengairan dua kali setahun bagi membolehkan penanaman padi dilaksanakan di Machang.

“Kementerian telah bersetuju untuk memasukkan permohonan itu di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dengan permohonan dana diluluskan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penambahbaikan sistem pengairan di kawasan itu,” kata Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang.

Beliau berkata BN perlu meneruskan usaha dari masa ke semasa dan membuktikan kepada pengundi Machang bahawa mereka telah membuat satu keputusan tepat dengan memberi mandat kepada BN untuk menerajui pembangunan insan dan infrastruktur di kawasan itu.

100 Days After GE13 : Maintaining Racial Unity PM’S Biggest Challenge

Posted: 13 Aug 2013 11:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 13 – Exactly 100 days today after Datuk Seri Najib Tun Razak took his oath of office as prime minister following the 13th General Election (GE13), he continues to be committed to tackling reconcialition challenges in efforts to maintain national stability.

Several quarters feel that this is his biggest challenge following disunity and discord which have become apparent after the last general election in May.

Political analyst Prof Datuk Zainal Kling said efforts to foster unity and cohesion was a major task to ensure Barisan Nasional (BN) be given the mandate again to rule the country after the next general election.

“The biggest challenge is how to get back the citizens to think as Malaysians.

“That is the challenge for the 14th general election, to see if voters generally vote as Malaysians or continue to vote according to their race,”
he told Bernama.

In terms of development, he said, it was important that the people see the government execute the development plans that were drawn up even before the elections.

Also voicing the same views, social Tan Sri Lee Lam Thye wants to see racial unity strengthened under the 1Malaysia concept.

“Our hopes for racial unity under the 1Malaysia concept may not be possible if certain quarters continue to use racial politics,” he said.
Therefore, he hoped the prime minister would be more firm on the unity issue as it was vital in the national development agenda towards achieving high-income nation status by 2020.

This commitment has been translated by the prime minister through the National Harmony Act which is being drawn up to replace the Sedition Act 1948, by assuring the government’s authority will not be eroded in handling actions which threaten unity and harmony in the country.

Although the government would like to ensure freedom of speech for every citizen, that freedom cannot be misused to the point of affecting unity and harmony.

Clearly, Najib’s main focus since given the mandate again is to bring together Malaysians who had been in discord during the last general election and which has developed into racial polarisation.

In rebuilding unity and forging better race relations, Najib had on June 26, proposed the formation of the National Unity Consultative Council.
Security is also part of the government’s main agenda to provide a safe environment for the people.

The commitment was demonstrated by the government’s preparedness to assist the security forces, especially the Royal Malaysian Police, do whatever it takes to increase efficiency and capability in combating crime.

A small committee comprising some cabinet ministers, including the Home Minister and Minister in the Prime Minister’s Department, was set up to discuss with the Attorney-General and Inspector-General of Police to determine the additional legal provisions which could enhance police capacity in taking action.

On the issue of security, Lee, who is also Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) vice-chairman, said there were efforts and commitment by the government under Najib to tackle the issue, especially crime.

“To ensure what the PM says becomes a reality, his orders must be implemented at all government levels so that the security issue can be resolved more effectively,” he added.

Besides that, the government also discussed various views on the necessity of drafting a new bill similar to the Emergency Ordinance (EO) 1969 which was abolished in 2011.

Other than the views of the police and Attorney-General, the government will also take into account the views of other quarters such as the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) and Bar Council.

Earlier this month, Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi who was reportedly discussing with Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail on drafting the new bill, said after the EO was abolished, more than 2,600 inmates of the Simpang Renggam detention centre in Johor were released and they then returned to crime.

He said since the EO was abolished, serious crime cases increased by 90 per cent and involved ex-convicts.

In the BN Aku Janji for the GE13, the government promised to reduce car prices and review the National Automotive Policy.

The result of this could be seen in several models from Peugeot, Proton, Perodua and Honda having lower prices for the first phase from January to May this year.

It was reported that the price reduction plan could be carried out by lowering excise duty in stages for car manufacturers which use more local components.

As the government intends to provide more quality and affordable houses, it announced the construction of 100,000 units under the 1Malaysia Public Housing Project (PPA1M) in July.

Measuring between 1,000 and 1,500 square feet, the houses offered under the PPA1M scheme range from RM150,000 to RM300,000 in price.
Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) president, Datuk N.Marimuthu lauded the government for making good its promises, saying it was a good start to the 60 months of Najib’s second term as prime minister.

However, he hoped the government would continue to give attention to the issues of cost of living, health, education and public transport, which are very important to the low-income group.

Najib is also committed to improving governance and integrity across all segments, besides intensifying efforts to wipe out corruption and abuse of power.

He said to prove the government’s seriousness in tackling the issues of governance, integrity and corruption, it had come up with a comprehensive integrity plan.

“Details on the plan will be announced soon,” he had reportedly said.
In the coming five years, the government will improve implementation of the National Transformation Programme to ensure continuous economic growth and to also reduce inflation and cost of living, unemployment and crime.

Under Najib’s leadership, the government will work at ensuring access to quality education, healthy foreign and domestic investment rates and increased national competitiveness, besides reducing the infrastructural development gap and urban-rural income disparity.

BN Kekal Menang Di DUN Lubok Merbau

Posted: 13 Aug 2013 10:58 AM PDT

IPOH, 13 Ogos – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen yang difail seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi kawasan itu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen Mohd Ridzuan Hasif tidak mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

“Pempetisyen tidak mematuhi perintah itu apabila petisyen pilihan raya telah difailkan firma guaman bukan oleh pempetisyen atau peguamnya,” kata beliau.

Perintah berkenaan hanya membenarkan Mohd Ridzuan atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya dan bukan firma guaman.
Abdul Rahman memerintahkan Mohd Ridzuan membayar kos masing-masing RM50,000 kepada responden pertama iaitu anggota DUN Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak daripada Barisan Nasional (BN) dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada prosiding hari ini, mahkamah tidak membenarkan tiga peguam yang mewakili pempetisyen untuk berhujah kerana ketiga-tiga peguam itu tiada locus standi dan nama mereka tidak disenarai sebagai peguam pempetisyen.

Abdul Rahman berkata pempetisyen juga tidak boleh mewakili dirinya sendiri untuk berhujah kerana tidak mengikut Perintah 9 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya.

“Perintah 9 menyatakan bahawa dalam notis petisyen berkenaan perlu dinyatakan bahawa pempetisyen mewakili dirinya sendiri, namun pempetisyen tidak berbuat demikian dan hanya memberi kuasa kepada peguamnya,” katanya.

Dua peguam yang mewakili Siti Salmah ialah Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Abu Bakar As Sidiq manakala Peguam Kanan Persekutuan Norazmi Mohd Narawi dan Muhamad Anas Mahadzir mewakili SPR.

Pada 30 Julai lepas, BN mengekalkan kemenangan di DUN Lubok Merbau selepas mahkamah menolak petisyen yang difailkan seorang lagi pengundi Abdul Karim Abdul Rashid setelah mendapati pempetisyen gagal mengikuti kehendak-kehendak mandatory dan petisyen yang difailkan cacat, kerana tidak mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Pada PRU13, calon BN Siti Salmah mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu.

Isu TPP Yang Dikemukakan Anwar Bukan Baharu, Kata Mustapa

Posted: 13 Aug 2013 10:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Beberapa isu dan hujah-hujah diketengahkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan perkara baharu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

“Malah, isu-isu berkenaan antara perkara yang menjadi keutamaan perunding Malaysia pada rundingan TPP yang diadakan,” kata beliau, merujuk kepada kenyataan media oleh Anwar mengenai TPP semalam.

Antara isu-isu tersebut ialah syarikat milik kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana, penyelesaian pertikaian pelabur-negeri dan penjagaan kesihatan yang berpatutan.

“Pendirian kita mengenai isu-isu ini adalah berdasarkan input dan maklum balas yang diperoleh daripada pelbagai pihak berkepentingan tempatan melalui beberapa perundingan dan sesi penglibatan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Mustapa menegaskan bahawa Malaysia tidak akan terburu-buru menandatangani perjanjian TPP (TPPA) sehingga “yakin manfaat mengatasi kos. ”

“Kerajaan akan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa memajukan kepentingan negara dan melindungi kedaulatan negara adalah keutamaan utama kita, ” kata beliau.

Mustapa berkata pasukan rundingan TPP Malaysia diwakili oleh pegawai kanan kerajaan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan yang pakar dalam bidang masing-masing.

Perunding adalah birokrat yang kompeten dan berpengalaman yang telah berjaya merundingkan beberapa perjanjian perdagangan pelbagai hala dan bebas pada tahun kebelakangan ini.

Mengenai masa depan, Mustapa berkata kementerian mengambil perhatian serius terhadap kebimbangan awam mengenai ketelusan dan kerahsiaan rundingan.
Beliau berkata kerajaan juga mengalu-alukan penubuhan Kaukus Parlimen dwipartisan mengenai TPPA.

Kaukus berkenaan berada di Kota Kinabalu bulan lepas semasa pusingan ke-18 rundingan TPP dan kehadiran Kaukus dialu-alukan pada pusingan ke-19 rundingan TPP yang akan berlangsung di Brunei mulai 22 Ogos hingga 30 Ogos, 2013, kata beliau.

Menteri itu berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan Kaukus untuk menerima maklum balas dan input dan menyatakan bahawa “interaksi dengan Kaukus itu setakat ini membina. ”

Mustapa juga menekankan bahawa penglibatan Malaysia dalam rundingan TPP tidak mengetepikan komitmen dan keutamaan kepada Asean.
“China tidak menjadi sebahagian daripada TPPA tidak dalam apa jua cara mengurangkan kepentingannya sebagai rakan dagangan yang penting,” katanya.

Rundingan TPP masih dijalankan dan kementerian mengalu-alukan input selanjutnya daripada rakyat Malaysia.

Berikutan kejayaan Hari Terbuka mengenai TPPA yang diadakan pada 1 Ogos, kementerian merancang untuk mempunyai acara yang sama dalam masa terdekat sebelum rundingan TPP dimuktamadkan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT