SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, August 7, 2013

UMNO Online - “AidilFitri : Sematkan Kesyukuran, Tingkatkan Perpaduan Untuk Masa Hadapan” plus 6 more

UMNO Online - “AidilFitri : Sematkan Kesyukuran, Tingkatkan Perpaduan Untuk Masa Hadapan” plus 6 more

Link to UMNO Online

AidilFitri : Sematkan Kesyukuran, Tingkatkan Perpaduan Untuk Masa Hadapan

Posted: 06 Aug 2013 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyeru rakyat khususnya ahli-ahli UMNO dan seluruh umat Islam untuk sama-sama menyematkan kesyukuran atas nikmat terbesar yang dikurniakan Allah SWT iaitu dengan sebuah negara yang aman dan tenteram.

muhyiddin-tadarus-khatam-quran-pagoh-ramadan-masjid

Katanya, kita sewajarnya bersukur kerana dapat hidup dalam keadaan yang cukup selesa hasil berkat usaha kepimpinan yang didukung oleh rakyat.

"Eloklah kita ambil kesempatan ini untuk mempereratkan silaturrahim sesama kita, ahli-ahli UMNO dan umat Islam di negara ini supaya dengan ini dapat kita kukuhkan lagi semangat perpaduan dikalangan umat Islam dan juga dengan yang bukan beragama Islam. Dengan usaha sebegini Malaysia akan terus kekal sebagai sebuah negara yang bersatu padu," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata demikian dalam perutusan secara eksklusif kepada UMNO-Online sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan oleh umat Islam.

Katanya, sokongan daripada rakyat dapat memudahkan pemimpin menerajui kerajaan dengan masyarakatnya dapat hidup aman.

"Sokongan rakyat mengukuhkan kerajaan dalam agenda meneruskan pembangunan sosio-ekonomi, politik, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain lagi supaya matlamat untuk lahirkan suatu generasi masa depan Malaysia yang cemerlang dapat dicapai.

"Sememangnya tempoh yang mendatang ini adalah amat mencabar iaitu sebelum Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Maka adalah amat elok bagi kita mengambil keberkatan sempena bulan baik dan hari baik ini untuk memperkukuh semangat juang dan mempertingkat kerja kuat kerana dengan cara tersebut kita dapat membantu kepimpinan tertinggi kita untuk mencipta lebih banyak lagi kecemerlangan di masa hadapan."

Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan agar golongan yang tidak bernasib baik dapat dibantu untuk meringankan beban mereka.

"Di hari raya ini juga, kita tidak harus melupakan bahawa di sisi kita ada juga kumpulan yang hidup dalam kepayahan dan kemiskinan maka adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab untuk bantu mereka supaya usaha-usaha ini dapat ringankan beban mereka dan mereka dapat meraikan Hari Raya sebagaimana yang lain," tambah beliau lagi dengan ucapan selamat hari raya Aidilfitri. - MediaUMNO

PM, Ministers’ Open House On First Day Of Raya

Posted: 06 Aug 2013 12:30 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 6 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and members of his cabinet are to hold an Aidilfitri open house at the Seri Perdana complex on the first day of Aidilfitri, from 10.30 am to 4 pm.

A statement from the Prime Minister’s Department said members of the public are advised to use the Nadi Putra bus service provided free to ensure smooth traffic flow.

The bus service would operate from 9 am to 5.30 pm from three locations, namely Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia and the Putra Mosque.

Members of the public can leave their vehicles at the three locations and take the buses, running at 15-minute intervals, to the Seri Perdana complex.

Najib’s open house as the Pekan MP is scheduled for Aug 17, from 10 am to 2 pm, at Taman Tasik Sultan Abu Bakar in Pekan, Pahang.

DAP Akan Cipta Pelbagai Helah Untuk Tutup Malu Ditangkap Menipu

Posted: 06 Aug 2013 12:06 AM PDT

PULAU PINANG, 6 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin berkata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukanlah individu yang akan patuh kepada undang-undang sebaliknya Guan Eng adalah pemimpin yang mempunyai kepakaran memutarbelitkan isu bagi menutup segala pekong yang ada di dalam parti itu.

Justeru jelas beliau Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan terus mencari helah dan alasan agar kontroversi berkenaan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP tidak perlu dilakukan semula.

Shaikh-Hussein-Mydin-Ketua-Pemuda-UMNO-BN-Bagan-Pulau-Pinang

"ROS telah menyatakan bahawa pemilihan tersebut tidak sah dan ianya perlu dilakukan semula maka DAP pula seboleh mungkin akan terus mengelak.

"Mengapa DAP mengelak? Ini kerana terbukti terdapat penyelewengan semasa proses pemilihan dijalankan. Guan Eng tidak mahu pekong mereka terbongkar dan sudah pasti ROS akan dipersalahkan di dalam hal ini.  Kita juga tidak terkejut jika perkara ini akan d bawa sehingga ke mahkamah semata-mata untuk memastikan bahawa pemilihan semula tidak perlu dilakukan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi Guan Eng terutama DAP sudah pasti akan cuba menutup segala kepincangan dalam parti tersebut kerana selama ini mereka sentiasa menggambarkan parti mereka umpama “parti malaikat” yang terhindar dari sebarang dosa.

"DAP adalah sebuah parti yang tidak akan mengaku kesalahan sendiri. Mereka kononnya sentiasa betul. Mereka harus ingat, UMNO juga pernah diharamkan. Kita terima dan ikut undang-undang. Tetapi mengapa DAP tidak mahu menerima kata putus ROS," ujarnya lagi.

Beliau turut malahirkan harapan agar ROS terus bertindak tegas dan tidak menangguhkan lagi perkara ini memandangkan ianya telah berlanjutan beberapa bulan.

"Sekiranya pendaftaran DAP perlu dibatalkan, lakukan sahaja kerana ini memang bidang kuasa ROS," jelasnya.

Guan Eng sebelum ini telah menyatakan pendirian DAP enggan melakukan pemilihan semula CEC sekiranya ROS tidak memberi sebarang alasan munasabah mengikut undang-undang.

Guan Eng juga menyifatkan tindakan ROS ini bermotifkan penganiayaan dan dendam politik.

Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan. - MediaUMNO

Umat Islam Perlu Waspada Golongan Bawa Ajaran Islam Salah – Adnan

Posted: 05 Aug 2013 11:02 PM PDT

BENTONG, 6 Ogos  – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya berwaspada terhadap golongan yang mengaku sebagai ulama tetapi sebenarnya cuba menyebarkan ajaran Islam yang salah.

tengku-adnan-menteri-wilayah-umno-bn-sumbangan-raya-ramadan-buka-puasa-kuchai

Beliau berkata ajaran yang bercanggah dengan hadis dan al-Quran boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

“Saya harap umat Islam tidak akan terpengaruh atau terpedaya dengan mereka kerana ajaran yang disebarkan itu salah dan sekali gus boleh menjadikan Negara dan umat Islam huru-hara,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada lebih 150 anak yatim di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini Isnin

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan rakyat agar menghargai nikmat keamanan dan keselesaan yang dikecapi sekarang, berbanding rakyat negara lain yang terpaksa hidup dalam penderitaan akibat peperangan.

“Jika kita lihat di negara Mesir dan Syria, bilangan anak-anak kecil yang menjadi yatim piatu meningkat setiap hari akibat kehilangan ibu bapa kesan daripada peperangan.

“Berbanding di negara ini, anak-anak yatim diberi bantuan yang sewajarnya kesan negara yang aman dan makmur. Jika negara kita huru hara dan berlaku peperangan, sudah tentu anak-anak yatim akan menderita dan sukar untuk meneruskan hidup,” katanya.

Pemilihan UMNO, Aturan dan Kaedah Pemilihan

Posted: 05 Aug 2013 10:35 PM PDT

Menjelang pemilihan UMNO yang bakal berlangsung pada September dan Oktober ini, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan surat pekeliling kepada UMNO Bahagian berkaitan butiran dan kaedah pelaksanaannya agar ia dapat difahami dan pelaksanaannya berlangsung lancar.

Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan:

SURAT PEKELILING IBU PEJABAT BIL : 02/13

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 26 Julai 2013 telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN

2.1.1 Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian

2.1.2 Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat

2.1.3 Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian

2.2 TARIKH PENDAFTARAN CALON

2.2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Ahli Majlis Tertinggi, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, peringkat Jawatankuasa Bahagian dan peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada 7 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.3 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN

2.3.1 Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).

2.4 PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA

2.4.1 Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).

2.5 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN

2.5.1 Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).

2.6 PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

2.6.1 Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).

2.7 LAIN-LAIN PERKARA

2.7.1 Notis Persidangan

• Notis Persidangan bertulis perlulah dikeluarkan kepada ahli yang layak menghadiri Persidangan selaras Perkara 6 Peraturan Persidangan dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, bunting dan banner serta sistem pesanan ringkas (SMS) adalah DIBENARKAN sebagai dokumen sokongan kepada kaedah sedia ada sebelum ini

2.7.2 Tempoh Bantahan Persidangan

• Tempoh bantahan Persidangan disemua peringkat sekiranya ada perlulah dibuat dalam tempoh masa 3 hari selepas Persidangan diadakan

2.7.3 Had Umur Kelayakan Bertanding

• Bagi mana-mana Ahli Pergerakan Pemuda yang lahir pada tahun 1973 adalah LAYAK bertanding sebarang jawatan didalam Pergerakan Pemuda.

2.7.4 Cukup Bilang (Korum) Persidangan

• Cukup Bilang (Korum) Persidangan adalah ¼ daripada jumlah wakil-wakil atau ahli yang berhak hadir selaras Fasal 11.1 Peraturan Persidangan. Jika tidak ada ¼ bilangan Korum, Pengerusi boleh menangguhkan persidangan selama 1 jam dan jika masih tidak cukup bilang (Korum) maka bolehlah merujuk kepada Perlembagaan.
• Bagi Pergerakan Sayap-sayap, bilangan cukup bilang adalah seramai 11 orang memandangkan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap adalah terkecuali serta had umur bagi Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dibenarkan melebihi umur 40 tahun yang terdiri daripada Ahli Pergerakan dalam tempoh penggal berkenaan dan terpakai disemua peringkat.

2.7.5 Makluman pengoperasian Call-centre Ibu Pejabat

• Mana-mana Ahli yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkaitan pemilihan bolehlah menghubungi talian bebas tol 1800-22-8666 bermula 1 September 2013

2.7.6 Larangan-larangan semasa tahun pemilihan

• Larangan-larangan semasa tahun pemilihan adalah terpakai sepertimana yang terkandung di dalam Tataetika Ahli

2.7.7 Cawangan Yang Kurang daripada 50 ahli di negeri Sabah

• Bagi Cawangan-cawangan di negeri Sabah yang kurang 50 Ahli didalam Cawangan tersebut perlulah menggunapakai kaedah yang ditetapkan terdahulu.

3. Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya oleh Yang Berhormat/ Yang Berbahagia.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

Kerajaan Pandang Serius Input Tentang TPPA Sebelum Buat Keputusan

Posted: 05 Aug 2013 09:45 PM PDT

KOTA BAHARU, 6 Ogos – Kerajaan memandang serius input yang diberi semua pihak berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata yang penting dalam membuat keputusan itu ialah kepentingan Negara tetap menjadi keutamaan tanpa menjejaskan sebarang hak rakyat.

“Pertimbangan dibuat sama ada ia membantu negara atau boleh menjejaskan kepentingan negara. Ini asas untuk pertimbangkan apa yang akan kita lakukan,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan badan bukan kerajaan, di sini malam tadi.

“Setakat ini, tiada satu pun yang telah kerajaan muktamadkan mengenai TPPA kerana banyak perkara yang belum kita selesaikan lagi, dan kalau jejas kepentingan negara, tidak ada sebab untuk kita bersetuju,” tegasnya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Mustapa turut berkata beliau gembira dengan kehadiran kira-kira 1,000 orang yang mewakili semua pihak pada hari terbuka mengenai TPPA pada Khamis lepas, dan kerajaan telah mendapat banyak input bermanfaat daripadanya.

“Saya mendapat maklum balas berhubung beberapa cabaran yang dihadapi dalam kita berunding mengenai TPPA berkaitan cabaran terhadap kedaulatan negara, harga ubat-ubatan, berkaitan dengan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang banyak dibangkitkan,” katanya.

TPPA merupakan perjanjian yang mirip kepada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi perdagangan pelbagai hala melibatkan Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.

Jangan Kompromi Lagi! Namewee Semakin Biadap & Kurang Ajar

Posted: 05 Aug 2013 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang melihat tindakan Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee semakin biadap dan kurang ajar.

Ketuanya, Datuk Sohaimi Shahadan menegaskan, kerajaan tidak boleh lagi berlembut dengan remaja kelahiran Johor ini kerana sering membuat kenyataan dan video yang mengguris hati rakyat malaysia khususnya orang Melayu.

"Namewee bukan pertama kali membuat video yang menguris perasaan orang Melayu dan biadap terhadap kerajaan tetapi tidak ada tindakan dikenakan.

“Sebelum ini Namewee hina lagu Negaraku, Namewee juga melalui klip video mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor, Namewee juga pernah muncul dengan kontroversi lain menerusi klip video yang mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), kali ini dia pertikai keputusan kerajaan tangguh tayangan filem New Village, dia sudah melampau, Pemuda UMNO Selayang mendesak pihak kerajaan untuk menarik balik kerakyataan orang seperti ini," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

namewee-tokok-video-biadap-kurang-ajar-hina-islam-melayu-komunis-the-new-village-tanda-putera-kara-king-kerajaan

Menerusi video terbarunya berjudul ’017 Double Standard’ selama lima minit 23 saat, Namewee mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Tambahnya, Namewee ini satu contoh terbaik virus pencetus kebencian dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

Tegas beliau lagi semua pihak harus sedar semua bentuk ‘api’ perkauman tidak harus dibiarkan merebak hingga membakar diri. Kemajuan hanya boleh diciptakan jika keamanan wujud.

“Semua pencinta keamanan tanpa mengira bangsa dan agama harus menolak cara bertindak manusia seperti Namewee ini”, katanya.

Apa yang dilakukan Wee ini jelas Sohaimia merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.

"Kita merasa perbuatan beliau ini boleh mencetuskan serta menimbulkan rasa ketidakselesaan rakyat dalam negara ini. Namun kita mahu kerajaan memastikan tidak ada seorang rakyat Malaysia pun yang boleh terlepas daripada perbuatan mereka samada mereka sedar atau tidak sedar, sengaja mahupun tidak sengaja yang melakukan perbuatan atau kata kata mereka yang boleh mencetus kebencian atau mengugat ketenteraman masyarakat,

“Jika dibiarkan akan muncul lebih ramai lagi golongan seperti ini yang berani dan semakin berani bermain api semata-mata kerana dibiarkan.

“Ini soal maruah dan perpaduan negara, kita telah bina negara ini di atas asas perpaduan antara kaum lebih daripada 50 tahun, maka itu dalam konteks ini tidak ada istilah  kompromi kerana sekiranya ia tidak ditangani dengan betul kelak ia boleh menimbulkan berbagai ancaman sampingan di dalam Negara," ujarnya lagi.

Tegas beliau perbuatan memohon maaf dari individu yang bersalah serta tindakan memberi amaran oleh pihak kerajaan bukan lagi jalan yang menampakkan penyelesaian yang berkesan

“Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati rakyat negara selama ini. Oleh itu adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman, keselamatan dan perpaduan bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi Internet.

“Berindak tegaslah sebelum semuanya terlambat. Tiada yang lebih dikesali selain dari menerima akibat buruk kerana lambat bertindak," katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT