SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, August 16, 2013

UMNO Online - “Najib Receives Courtesy Call From M’sian Envoys” plus 9 more

UMNO Online - “Najib Receives Courtesy Call From M’sian Envoys” plus 9 more

Link to UMNO Online

Najib Receives Courtesy Call From M’sian Envoys

Posted: 15 Aug 2013 03:12 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 15 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today received courtesy calls from three Malaysian Ambassadors and two High Commissioners at his office at Kompleks Perdana Putra, here.

During the approximately 45-minute meeting, Najib had met with the Malaysian Ambassador to Austria Datuk Selwyn Vijayarajan Das, Malaysian Ambassador to Egypt Datuk Ku Jaafar Ku Shaari and Malaysian Ambassador to Finland Datin Seri Blanche Olbery.

Also present at the meeting were Malaysian High Commissioner to Singapore Datuk Husni Zai Yaacob and Malaysian High Commissioner to Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad.

On July 24, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah presented the instruments of appointment to three Malaysian Ambassadors and two High Commissioners abroad at the Istana Negara, Kuala Lumpur.

Das, who was the Deputy Secretary-General (Multilateral Affairs) at the Foreign Ministry, had served with the government since 1979, and had served as the Malaysian High Commissioner to Canada from 2009 to 2010 and Malaysian High Commissioner to Kenya (2005 to 2009).

Ku Jaafar had served as the Malaysian Ambassador to Qatar (from 2004 to 2007 and Malaysian High Commissioner to Brunei Darussalam (2007 to 2010), besides having served in several Malaysian missions in Canada, Laos, Croatia and Jordan.

Blanche, who is the wife People’s Progressive Party (PPP) president Datuk M. Kayveas, was first appointed as High Commissioner on June 15, 2009 and assigned to Papua New Guinea, Republic of Vanuatu and the Solomon Islands.

Husni Zai had been the Malaysian Ambassador to Thailand (2008 to 2010) and Kuwait (2003 to 2005), and had also served at several Malaysian missions abroad including in the Philippines, Pakistan and the United Kingdom.
Zainal Abidin was the Malaysian Ambassador to Laos from 2007 to 2010, before returning to assume the post of Director-General, ASEAN-Malaysia National Secretariat at the Foreign Ministry until now.

Sabah CM Satisfied With 50th Malaysia Day Preparations

Posted: 15 Aug 2013 03:10 AM PDT

KOTA KINABALU, Aug 15 – Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman today expressed satisfaction with the preparations to celebrate Sabah’s 50th anniversary within Malaysia on Sept 16 at Prince Philip Park in Tanjung Aru.

“But I have requested them to enhance and ensure that everything would go smoothly, without any hitches,” he told reporters after attending a briefing by the organisers at the park today.

Musa said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had been invited to the event.

He said the prime minister was also expected to launch the Tanjung Aru Eco Development project to be implemented near the celebration site.

Meanwhile, the chief minister stressed that Sept 16 was a significant occasion for Sabah as it was the day that the state achieved independence through the formation of the Malaysian federation and enabled its people of diverse ethnicity and religion to live in peace and harmony.

“Therefore we urge the people throughout Sabah to join the celebrations and express their nationalism and loyalty to the country, while making the occasion a jubilant one,” he said.

Ahli UMNO Perlu Waspada Adu Domba Musuh Yang Mahu Goyahkan Perpaduan Parti

Posted: 15 Aug 2013 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ahli-Ahli UMNO diminta agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan adu domba pihak tertentu yang bertujuan untuk memporak-perandakan keharmonian dan perpaduan di dalam parti terbesar bangsa Melayu menjelang pemilihan diperingkat cawangan, bahagian dan pusat.

ali-rustam-melaka-umno-bn-parti-malaysia

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berharap agar kesemua ahli UMNO di seluruh negara berwaspada dengan anasir-anasir luar yang cuba menimbulkan isu-isu dengan tujuan memburukkan mana-mana pemimpin.

"Dalam suasana persidangan di peringkat bahagian, cawangan dan pusat ini akan timbul pelbagai perkara yang kadang-kadang kita sendiri tidak pernah terfikir tentangnya. Isu-isu ini sengaja ditimbulkan untuk melihat perpaduan di dalam UMNO berkocak.

"Justeru, saya minta agar kesemua ahli UMNO supaya tidak terpengaruh dengan gosip. Kadang-kadang gosip ini lebih kepada fitnah," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Katanya, dalam keadaan UMNO yang kini semakin mendapat sokongan di kalangan rakyat, khususnya bangsa Melayu di negara ini, sudah tentu ada pihak yang merah mata dan cuba untuk mengganggu gugat keutuhan UMNO, khususnya ketika berlangsungnya pemilihan kepimpinan.

"Kadang-kadang mereka datang kepada kita, bercerita itu dan ini dengan muka manis seolah-olah memperlihatkan kejujuran mereka, sedangkan niatnya sebenar kita tak tahu.

"Ada juga yang bermuka-muka kepada kita dengan memuji-muji diri kita, sekaligus cuba pula memburukkan orang lain, seolah-olah bertujuan untuk melagakan kita. Sebab itu, kita perlu waras dan rasional dalam menapis sebarang informasi yang kita terima," ujarnya.

Beliau juga berharap agar pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat kali ini akan berlangsung lancar tanpa sebarang masalah besar dan dapat diselesaikan tanpa wujudnya perpecahan selepas itu. – MediaUMNO

Najib: More Childcare Centres At Workplaces Enable Women To Pursue Career

Posted: 15 Aug 2013 02:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 15 – More childcare centres at workplaces will give women more freedom to pursue their career, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said this in his twitter posting today, which also attached a link to an article published by a local newspaper with the heading, ‘RM15 million incentives to set up childcare centres at workplaces’.

A news report quoted Women, Family and Community Development Minister Datuk Rohani Abdul Karim as saying that more childcare centres would be set up with grant incentives provided by the government.

Towards this end, the government has allocated RM15 million for grant incentives to assist operators of private childcare and education centres in setting up high quality centres.

Rohani also said Budget 2013 provided income tax exemptions for five years and industrial building allowance at the rate of 10% a year to operators of private childcare centres.

Rosnah To Confirm Grassroots Support Before Deciding To Compete In Umno Election

Posted: 15 Aug 2013 02:24 AM PDT

PAPAR, Aug 15 – Puteri Umno chief Datuk Rosnah Abdul Rashidb Shirlin said she was still considering the possibility of competing for a Wanita Umno central post, including the post of deputy president, in the party election in October.

Rosnah, who is also deputy works minister, said a lot of factors needed to be considered, including support from the movement’s grassroots before making a decision.

“I am still weighing the pros and cons of competing because when compared with other candidates, I hail from Puteri Umno and hold the position of Puteri chief until this September.

“Since registration of candidates will only start on Sept 28, give me some space to think about it,” she told reporters at the Hari Raya open house at her residence in Kampung Pengalat Kecil Papar near here yesterday.

The Papar member of parliament said, although she had been in politics for 12 years, she was relatively new to Wanita Umno.

“So, let me consider carefully before making a decision,” she said.

100 Hari: Ahmad Shabery Serius Dan Tegas Tangani Penyalahgunaan Media Sosial

Posted: 15 Aug 2013 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Selepas 100 hari mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilihat sangat tegas dalam menangani kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan di laman sosial.

Beliau yang memandang serius perkara itu berpendirian bahawa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan pantas dan tidak bertolak ansur dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan fitnah kerana kalau tidak dibendung, keharmonian negara boleh tergugat dan keadaan boleh menjadi huru-hara.

Kecekapan kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyalahgunakan laman sosial termasuk melibatkan isu-isu sensitif seperti agama menyebabkan ramai yang tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Antara contohnya ialah kenyataan sensitif mengenai agama Islam di laman sosial melibatkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee dan video kontroversi seorang wanita mengenai sambutan Aidilfitri bersama anjing.

Meskipun rakyat di negara ini bebas menggunakan media sosial namun kawalan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 aktif dikuatkuasakan untuk mengambil tindakan terhadap sebarang penyalahgunaannya.

Ibarat sirih pulang ke gagang, Ahmad Shabery yang mengangkat sumpah jawatan pada 16 Mei lepas, pernah menerajui kementerian sama yang dahulunya dikenali Kementerian Penerangan dari Mac 2008 hingga April 2009, sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Anak kelahiran Kijal, Kemaman, Terengganu berusia 55 tahun itu merupakan bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya selama empat tahun dari 1986.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya serta Ijazah Sarjana Sains Politik dari University of Leeds, United Kingdom selain diploma lanjutan dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Uppsala,Sweden yang diterimanya pada 1989.

Walaupun dikenali sebagai seorang “ICT-savvy and futuristic-minded man”, anggota Parlimen Kemaman sejak pilihan raya umum 2004 itu, menjalani kehidupan seharian yang sangat sederhana.

Buktinya, beliau masih mendiami pangsapuri yang sama di Desa Pandan, di sini sejak mula menjadi wakil rakyat sehingga sekarang.

Selain Internet, Ahmad Shabery juga menitikberatkan tentang kandungan filem yang ditayangkan di negara ini dan tidak mahu ada filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, beliau mengarahkan supaya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem ‘The New Village’ (Kampung Baru) yang bakal ditayang bulan ini.

Treler filem arahan Ong Kew-Lit itu mencetus kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi kerana mengangkat perjuangan komunis sebagai hero bagi membebaskan Tanah Melayu.

Dalam usaha meningkatkan taraf bidang komunikasi negara, Ahmad Shabery menerusi KKMM cuba ‘mengintai’ peluang dalam industri pengkomputeran awan berikutan Malaysia dilihat masih mempunyai ruang yang besar untuk penyimpanan server data.

Kelebihan infrastruktur, sokongan sedia ada dan tahap bencana alam yang rendah membolehkan negara mengorak langkah lebih jauh untuk bergerak seiring dengan negara maju lain dalam bidang komunikasi.

Berganding kepakaran dalam bidang itu, ‘AwanHeitech’ seliaan HeiTech Padu Berhad diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan pengendalian data dapat diurus dengan lebih sempurna.

Langkah itu selaras dengan visi dan misi Ahmad Shabery untuk menjadikan bidang komunikasi negara setanding negara luar dan usaha tersebut dilihat lebih meyakinkan syarikat asing terhadap kemampuan Malaysia dalam industri itu, seterusnya mengubah landskap industri komunikasi tempatan.

Selain memartabatkan industri komunikasi negara, KKMM juga bertindak sebagai penyalur maklumat yang tepat kepada rakyat mengenai sebarang perbincangan dan keputusan kerajaan.

Waktu siaran langsung persidangan Dewan Rakyat telah dilanjutkan menjadi satu jam setengah berbanding 30 minit sebelum ini dan siaran langsung melalui Internet turut diperkenalkan bagi persidangan penggal pertama bermula Julai lepas.

Pentadbiran beliau turut meliputi perkembangan teknologi dan kehendak semasa rakyat yang inginkan perkhidmatan televisyen secara digital berbanding TV satelit yang ditawarkan sebuah syarikat tempatan.

Menurut Ahmad Shabery, infrastruktur perkhidmatan tersebut telah dirangka KKMM serta mula dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap pada 2015 untuk kawasan Lembah Klang manakala di seluruh negara pada 2017.

“RTM dijangka mempunyai tujuh rangkaian baharu dan menjadi platform yang boleh digunakan oleh Media Prima dan sebagainya malah ia (yang ini) berasaskan terrestrial (daratan).

“Dengan ini, kita perlu membuat persiapan dalam tempoh dua tahun bagi menjadikan rangkaian baharu itu mempunyai kandungan yang bermutu dan bukan sahaja bermutu untuk tayangan, tetapi juga sedia untuk dieksport,” katanya.

Dengan Bernama TV pula, Shabery sedang menggerakkan usaha untuk memperkasakan saluran berita tv itu supaya jadi lebih menonjol dan menyerlah.

Adalah difahamkan beberapa perubahan akan dilaksanakan bagi membolehkan Bernama TV menjadi suatu saluran berita dan maklumat yang lebih berkesan selaras dengan kehendak pucuk pimpinan.

Selain meningkatkan mutu komunikasi negara, peranan media juga sering menjadi keutamaan Ahmad Shabery bahkan menganggap media sebagai ejen penting untuk membentuk budaya politik yang baik dalam negara.

Beliau berkata ketika dalam suasana pilihan raya khususnya, media arus perdana dan media alternatif perlu memainkan peranan mengasuh rakyat serta ahli politik untuk menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dan menghormati antara satu sama lain.

MUBARAK Kedah Mahu Jawatankuasa Pemantau Pemilihan UMNO Tegas

Posted: 15 Aug 2013 02:17 AM PDT

KULIM, 14 Ogos – Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah menggesa jawatankuasa pemantau pemilihan pada mesyuarat cawangan dan bahagian Umno di negeri ini menjalankan tugas dengan tegas.

Setiausaha Mubarak Kedah Datuk Mohd Hadzir Ismail berharap jawatankuasa pemantau pemilihan Umno yang sedang berjalan kini dapat melaksanakan tugas dengan adil dan telus serta berkecuali tanpa memihak mana-mana kumpulan.

“Ini berikutan ada rungutan daripada sebilangan cawangan di Kedah bahawa terdapat jawatankuasa berkenaan menjalankan tugas tanpa mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Mubarak Kedah tidak mahu nama baik Umno tercalar akibat kecuaian jika terdapat pihak jawatankuasa yang memihak untuk kemenangan pihak tertentu.

Kedah Belum Cadang Wajibkan Semua Adun Isytihar Harta

Posted: 15 Aug 2013 02:15 AM PDT

ALOR SETAR, 15 Ogos – Kerajaan Kedah belum bercadang mewajibkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mengisytiharkan harta dan liabiliti mereka, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata ketika ini belum ada lagi konflik kepentingan yang memerlukan semua Adun berbuat demikian.

“(Hanya) di peringkat exco sekarang ini mesti isytihar harta dan liability kepada saya. Itupun sulit, untuk pengetahuan saya sahaja. Ia seperti mana saya sebagai Menteri Besar mengisytiharkan harta dan liabiliti kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaafar sebelum ini dilapor sebagai berkata panel itu mencadangkan agar semua Adun dan Anggota Parlimen mengisytiharkan harta setiap tahun kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan komitmen mereka untuk memerangi gejala rasuah.

Mukhriz berkata kerajaan negeri mengambil pendekatan yang serius berhubung kemungkinan berlaku sebarang perkara tidak diingini, dan dalam hal ini, setiap Adun faham akan tanggungjawab mereka.

“Untuk Exco, dari hari pertama mereka dah dimaklumkan perkara ini. Adun belum lagi. Kalau rasa perlu, kita akan pertimbangkan. Saya rasa ia bukan boleh didedah kepada umum,” katanya.

Melaka Tekad Tarik Lebih Banyak Pelaburan Untuk Pacu Ekonomi

Posted: 15 Aug 2013 02:13 AM PDT

MELAKA, 15 Ogos – Melaka yang pernah diberi jolokan ‘Venice di Timur’, dijangka terus menerima pelaburan daripada syarikat luar dan dalam negara terutamanya dalam bidang automotif, farmaseutikal dan teknologi hijau, kata Ketua Menterinya Datuk Ir Idris Haron.

idris-haron-ketua-menteri-melaka-umno-bn

Beliau berkata rancangan syarikat pengeluar kenderaan dari Jepun, Honda, yang mempunyai pusat pemasangan di Melaka, mahu meningkatkan pengeluaran sebanyak tiga kali ganda berbanding dua tahun lepas mampu beri impak positif kepada negeri itu.

“Saya telah melawat kilang Honda di Jepun dan difahamkan ia akan meningkatkan pengeluarannya. Perkembangan ini secara langsung atau tidak, pasti akan beri kesan positif kepada pusat pemasangan Honda di Alor Gajah,” kata beliau dalam satu wawancara sempena 100 hari pentadbirannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

Idris berkata Melaka juga berpeluang menjadi “taman” bagi industry farmaseutikal di wilayah selatan berikutan pembangunan taman tersebut oleh Malaysian Biotechnology Corp Sdn Bhd di Alor Gajah tahun depan, sekaligus membawa pelaburan secara beransur-ansur sebanyak RM1 bilion.

“Lamaran juga telah kita terima daripada syarikat Microsoft yang sedang mencari sebidang tanah kerana mereka mahu bina kilang untuk mengeluarkan ‘main frame’.

“Seorang ahli perniagaan tempatan juga turut merancang untuk melabur RM100 juta bagi menghasilkan minyak diesel daripada tayar terpakai menggunakan teknologi hijau,” kata beliau.

Syarikat itu akan mengumpulkan tayar terpakai di Melaka yang dianggarkan berjumlah 10 tan sehari untuk diproses menggunakan teknologi dari Korea Selatan dan China. Operasinya dijangka bermula dalam masa terdekat.

“Semua ini telah saya kenal pasti sebagai pelaburan yang sangat berpotensi dan meletakkanya dalam radar pelaburan Melaka. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk pengembangan perniagaan oleh syarikat-syarikat swasta lain yang sedang berlaku dengan rancaknya di sekitar Melaka,” kata Idris.

Sementara itu, beliau berkata pelaburan kilang kaca Guardian Industries Malaysia Sdn Bhd di Lipat Kajang sebanyak RM800 juta akan bermula selepas beberapa isu seperti tanah telah berjaya diselesaikan.

Kewujudan kilang kaca, taman farmaseutikal dan pengembangan syarikat Honda di Melaka dijangka menghasilkan 3,000 peluang pekerjaan, katanya.

Untuk memacu aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan industri sedia ada, Idris berkata pentadbirannya akan mengambil pendekatan serampang dua mata iaitu menambah baik kawasan sedia ada serta meningkatkan tahap penggunaan kawasan tersebut seperti di Lipat Kajang, Teluk Gong dan beberapa kawasan industri di sekitar daerah Alor Gajah dan Jasin.

Idris yakin kegemilangan Melaka sebagai pusat ekonomi terkemuka satu masa dahulu akan berlaku semula hasil kerjasama semua pentadbir di peringkat negeri sebagai satu pasukan.

“Saya telah ingatkan exco-exco negeri dan seluruh warga kerja Melaka supaya kita menjadi jurujual yang terbaik sampai kita boleh menjual pasir kepada orang Arab dan jual peti ais kepada orang Eskimo.

“Kalau kita bawa mentaliti ini dalam mempromosikan Melaka, saya percaya akan wujud keyakinan dalam kalangan pelabur untuk datang ke Melaka,” katanya.

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di Tempat Kerja Beri Peluang Wanita Teruskan Kerjaya – Najib

Posted: 15 Aug 2013 02:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja akan memberi peluang kepada lebih ramai wanita meneruskan kerjaya mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian dalam twitternya hari ini, yang turut disertakan pautan artikel yang disiarkan sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘insentif RM15 juta untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja’.

Laporan itu memetik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim sebagai berkata bahawa lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak boleh ditubuhkan melalui insentif geran yang disediakan kerajaan.

Bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan RM15 juta sebagai insentif geran untuk membantu pengusaha pusat jagaan kanak-kanak dan pendidikan swasta menubuhkan pusat jagaan berkualiti tinggi.

Rohani juga berkata Belanjawan 2013 memberikan pengecualian cukai pendapatan untuk lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pusat jagaan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT