SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, August 25, 2013

UMNO Online - “Muhyiddin Cadang Bakal Calon Bermusyawarah” plus 5 more

UMNO Online - “Muhyiddin Cadang Bakal Calon Bermusyawarah” plus 5 more

Link to UMNO Online

Muhyiddin Cadang Bakal Calon Bermusyawarah

Posted: 24 Aug 2013 02:44 AM PDT

ALOR SETAR, 24 Ogos – Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya bakal calon pada pemilihan peringkat bahagian mengadakan musyawarah bagi mengelak terlalu ramai calon bertanding.

Menurutnya, kaedah musyawarah dapat mewujudkan kesatuan pemikiran untuk mencapai keputusan individu mana yang benar-benar sesuai untuk menawarkan diri pada pemilihan sejajar dengan proses transformasi parti.

Beliau menegaskan cadangan itu tidak bermaksud beliau ingin menganggu proses demokrasi dalam parti tetapi melihat ada kaedah yang boleh dilakukan bagi memilih pemimpin.

“Saya faham tak semudah seperti yang saya cadangkan tetapi langkah itu jika diambil boleh mencapai matlamat memilih pemimpin paling baik, layak, berakhlak tinggi dan dihormati,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Umno Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata proses pemilihan parti kini boleh dilakukan melalui proses pendaftaran dan siapa sahaja boleh mendaftar untuk menawarkan diri bagi jawatan tertentu dan bukan lagi melalui kaedah pencalonan seperti sebelum ini.

Beliau berkata pemilihan Umno sentiasa menjadi fokus rakyat bukan sahaja di kalangan anggota parti tetapi juga di kalangan bukan Melayu.

Menurutnya, penduduk bukan Melayu di negara ini juga mahu UMNO terus kuat kerana parti itu menjadi tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada parti komponen berbilang kaum.

Muhyiddin berkata cadangan itu bukan ditujukan kepada mana-mana individu yang telah menawarkan diri termasuk orang-orang lama dalam parti untuk bertanding tetapi ia bersifat umum.

“Saya tak sekat atau halang. Kita (perlu) lihat lebih jauh. Kita berhadapan dengan keadaan zaman yang mencabar yang menuntut pengorbanan besar untuk lihat proses pembaharuan dalam parti,” katanya.

Katanya kalau ada pemimpin muda yang boleh diketengahkan, perkara itu perlu dilakukan kerana pengundi juga ingin melihat satu tenaga baharu.

Katanya, pemimpin lama juga perlu bermuhasabah kerana apabila tiba waktunya, mereka perlu memikirkan tentang masa depan parti dan bukan masa depan peribadi mereka.

“Orang lama jangan anggap saya tak hargai sumbangan mereka. Mereka tetap ada peranan termasuk melalui Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) dan menjadi penasihat kepada mana peringkat sekali pun. Saya pun akan sampai ke situ juga,” katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting pada masa ini ialah menyusun lapis kepimpinan baharu yang bertenaga dan berupaya memimpin parti di peringkat nasional.

“Dalam situasi yang mencabar sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 14, proses pemilihan perlu dilaksanakan secara berkesan dan menyerlah,” katanya.

Sebelum itu Muhyiddin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman menyertai ribuan penduduk menghadiri majlis rumah terbuka itu.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man. – MediaUMNO

Gerakan Koperasi Bantu Kerajaan Laksana Agenda Keharmonian Kaum – Muhyiddin

Posted: 24 Aug 2013 01:34 AM PDT

JITRA, 24 Ogos – Gerakan koperasi di negara ini berjaya membantu kerajaan melaksanakan agenda keharmonian kaum dan perpaduan kebangsaan selain menyatukan kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat di negara ini serta menjamin kesejahteraan rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata gerakan koperasi merupakan antara pelbagai usaha ke arah penyatuan nasional yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, yang dilihat mampu membendung kegiatan ekstremisme oleh pihak-pihak tertentu yang mempermainkan isu perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

“Jika kita singkap sejarah kewujudan koperasi di dunia, kita akan dapati bahawa koperasi ditubuhkan untuk membela pekerja-pekerja yang tertindas dalam arus revolusi yang berlaku di Eropah pada kurun ke-19 yang hanya mementingkan kaum kapitalis.

“Melalui penubuhan koperasi, dana yang dikumpul daripada anggota-anggotanya dapat digunakan untuk membantu anggota-anggota yang memerlukan kemudahan kredit di samping menjana aktiviti ekonomi dan sosial demi manfaat dan kesejahteraan anggotanya tanpa mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan berusaha untuk membela kesejahteraan rakyat melalui gerakan koperasi sehinggakan ia mampu bertahan selama hampir satu dekad sejak koperasi pertama ditubuhkan pada 1922.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Besar Perlis Azlan Man, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek dan timbalannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Hari Koperasi Negara (HKN) merupakan acara tahunan bagi gerakan koperasi sejak 2002 dan kebiasaannya diadakan pada bulan Julai.

Tahun ini memandangkan bulan Julai merupakan bulan puasa, ia diadakan sejak semalam hingga esok yang bertemakan “Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat”.

Tujuan HKN diadakan adalah sebagai medan untuk menghebahkan dan menunjukkan kepada masyarakat umum tentang peranan serta aktiviti yang diceburi oleh koperasi yang masih kurang disedari ramai. – MediaUMNO

MB, CM Not Stopped From Contesting UMNO Supreme Council Posts

Posted: 24 Aug 2013 01:26 AM PDT

DENGKIL, Aug 24 – UMNO headquarters cannot stop the menteris besar (MBs) and chief ministers (CMs) from constesting Supreme Council (MT) posts in the party elections in October.

Secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Mansor said today UMNO is a democratic party and thus allow members to contest posts without any restriction.

“It is up to the individuals concerned and we cannot stop them. However, feedback received from the divisions is that they do not want the posts of UMNO president and deputy president to be contested.”

The Federal Territories Minister was responding to a suggestion from Veteran UMNO secretary-general Datuk Mustapha Yaakub that MBs and CMs give the MT seats a miss as they are more needed at state level.

Mustapha said the MBs and CMs should focus on efforts to strengthen UMNO and Barisan Nasional in their respective states as preparation for the next general election.

Tengku Adnan said 40 percent of the 20,000 Umno branches nationwide had conducted their annual meetings and a special committee was set at UMNO headquarters to solve problems.

Earlier, he attended the 56th ‘Bulan Kemerdekaan,’ Family Day and Aidilfitri celebration of the National Audit Department at Paya Indah Wetlands, near here. – MediaUMNO

Mempertahankan Hak Bumiputera S’wak, Dasar Utama PBB

Posted: 24 Aug 2013 01:19 AM PDT

SIBU, 24 Ogos – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak, masih kuat dalam mempertahankan hak bumiputera di negeri ini, kata Naib Presiden Kanan Tan Sri Adenan Satem.

Justeru itu, beliau berkata tidak perlu parti komponen BN dari luar Sarawak mengambil alih peranan PBB dan ini terbukti melalui keputusan pilihan raya negeri, yang lalu.

BN Sarawak memenangi 35 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.

Adenan, yang juga Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak berkata kerjasama PBB dalam BN patut diteruskan serta BN boleh bergantung kepada parti itu dalam menyampaikan kebaikannya kepada negeri ini.

Beliau berkata PPB juga akan terus membantu rakan-rakannya dalam komponen BN untuk cemerlang dalam pilihan raya, seperti yang dilakukannya dalam membantu calon BN dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) untuk memenangi kerusi Saratok, pada pilihan raya Umum ke-13 yang lalu.

Adenan berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan PBB Kali ke-3 bagi bahagian Bawang Assan, Pelawan, Dudong, Bukit Assek dan Nangka, di sini hari ini. – MediaUMNO

Rosnah Tawar Diri Rebut Kerusi Exco Wanita UMNO

Posted: 24 Aug 2013 01:13 AM PDT

KOTA KINABALU, 24 Ogos – Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita UMNO pada pemilihan parti Oktober ini sebagai usaha meneruskan khidmatnya kepada parti.

rosnah-abdul-rashid-shirlin-puteri-umno-exco-wanita-malaysia

Rosnah yang akan melepaskan jawatan Ketua Puteri atas faktor umur berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan peranan untuk berkhidmat sebagai orang baharu dalam pergerakan itu.

“Berdasarkan pengalaman menyandang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang saya galas bermula dari bawah, saya yakin dapat menyumbang serta memberi khidmat terbaik kepada Pergerakan Wanita UMNO secara khususnya dan parti secara amnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata keputusan untuk bertanding dalam Exco Wanita UMNO adalah demi memperkukuhkan saf perjuangan parti serta membantu pucuk pimpinan tertinggi dalam memastikan keutuhan UMNO sebagai sebuah parti membela rakyat.

“Secara jujurnya, saya menyokong kepimpinan (Ketua Wanita UMNO) Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) kerana melihat di bawah kepimpinan beliau, Pergerakan Wanita UMNO terus utuh dan cemerlang dengan pelbagai program yang telah dilaksanakan demi mengangkat martabat wanita serta memberi khidmat kebajikan kepada segenap golongan rakyat”.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menyifatkan langkahnya sebagai pemimpin Puteri menawarkan diri bertanding Exco Wanita merupakan proses transisi semulajadi yang positif di dalam parti.

Beliau berkata penerimaan transisi secara positif pasti mampu menangkis pandangan bahawa pergerakan Wanita tidak menerima kehadiran anggota Puteri ke dalam pergerakan itu yang seterusnya memperkuatkan saf kepimpinan. – MediaUMNO

MB Dan KM Tidak Disekat Tanding Jawatan MT UMNO, Kata Tengku Adnan

Posted: 23 Aug 2013 11:23 PM PDT

DENGKIL, 24 Ogos – Setiauasaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak menyekat menteri besar dan ketua menteri bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Oktober ini.

tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno

Beliau berkata sebagai parti yang mengutamakan demokrasi, UMNO membenarkan ahlinya bertanding bagi mana-mana jawatan, tanpa sebarang sekatan.

“Ia terserah kepada individu masing-masing, kita tak boleh menyekat. Tetapi maklum balas yang kita terima daripada semua bahagian adalah, mereka tidak mahu pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Adnan yang Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia Datuk Mustapha Yaakub agar menteri besar dan ketua menteri tidak bertanding jawatan MT kerana mereka lebih diperlukan di peringkat negeri.

Menurut Mustapha, menteri besar dan ketua menteri sepatutnya menumpukan usaha memperkukuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri masing-masing bagimemastikan kerajaan BN dikekalkan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata 40 peratus daripada 20,000 cawangan UMNO di seluruh negara telah menjalankan mesyuarat tahunan dan sebuah jawatankuasa khas turut ditubuhkan di ibu pejabat UMNO untuk menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit.

Terdahulu beliau menghadiri Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56, Hari Keluarga dan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Audit Negara di Paya Indah Wetlands, di sini. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT