SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, August 6, 2013

UMNO Online - “Selepas Chin Peng, Pembangkang Kini Mahu New Village Pula” plus 9 more

UMNO Online - “Selepas Chin Peng, Pembangkang Kini Mahu New Village Pula” plus 9 more

Link to UMNO Online

Selepas Chin Peng, Pembangkang Kini Mahu New Village Pula

Posted: 05 Aug 2013 03:28 AM PDT

Puak pembangkang yang mendokong fahaman liberalisme mendesak supaya filem pro-komunis 'New Village' tidak diharamkan.

Antara alasan yang diberi ialah kerajaan perlu bersikap terbuka dan menerima pandangan alternatif tersesuatu insiden atau peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara.

Jika dilihat hujah sebegitu ia sudah tentu akan menarik sokongan rakyat yang tidak faham mengenai kedudukan isu tersebut dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Melayu sebagai Bangsa Teras dengan dianugerahkan Hak-Hak Istimewa tertentu di dalam Perlembagaan Negara.

filem-angkat-komunis-hero-bangsa-kaum-cina-rasis-the-new-village

Antara tempoh tahun 1948 hingga tamatnya pengisytiharan Darurat I pada 31 Julai 1960, dianggarkan lebih 12,000 anggota Rejimen Askar Melayu DiRaja gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan komunis.

Darurat II yang bermula dari tahun 1974 hingga 1982 memperlihatkan anggota dan pegawai tinggi pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjadi sasaran komunis.

Mangsa pertama ialah Timbalan Penguasa Polis (TPP), Wong Lin Hoon yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

Kemudian pada 12 Julai 1973 pula, Ketua Inspektor Chin Kou ditembak mati di Serdang, Kedah.

Ini disusuli pada Oktober 1973, apabila Detektif Sarjan Chong Kek Oh ditembak mati di Sungai Siput, Perak.

Detektif Konstabel Lee See Kaw ditembak mati di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974.

Pada 20 April 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin ditembak mati di Melaka dan empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua dibunuh di Chemor, Perak.

Pada 6 Jun 1974, anggota Parti Komunis Malaya bertindak dengan lebih berani apabila menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Beliau gugur akibat tujuh das tembakan pada 7 Jun 1974 ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman.

Begitu juga dengan Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang di tembak mati oleh pengganas komunis dalam tahun 1975.

Pembangkang sengaja menutup fakta sejarah ini kerana kononnya mahu memperjuangkan nilai-nilai keterbukaan dan kesamarataan.

Mereka tidak fikir perasaan dan kemusnahan hidup telah ditanggung oleh beribu anggota polis dan askar yang terkorban di tangan komunis.

Pembangkang mempunyai agenda licik untuk menyebarkan fahaman komunis secara halus melalui filem dengan mempengaruhi fikiran dan minda generasi muda yang tidak tahu mengenai sejarah perjuangan negara melawan anasir komunis.

Sebelum itu pembangkang juga amat lantang mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas Pengerusi PKM, Chin Peng pulang ke Malaysia.

Bagaimana mungkin kerajaan atau juga keluarga anggota keselamatan yang dibunuh komunis boleh membenarkan manusia yang dipanggil 'Butcher of Malaya' atau Penyembelih Malaya ini pulang ke tanah air.

Adakah pembangkang mahu mewujudkan keadaan tegang dalam negara dengan kepulangan Chin Peng kerana orang Melayu khususnya tidak akan menerima kehadiran Bapa Komunis Malaya itu di bumi Malaysia?

Kini Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Sim Tze Tzin pula mengatakan kerajaan tidak patut haramkan filem New Village.

Beliau berkata kononnya desak pengharaman filem itu adalah daripada golongan konservatif yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat moden.

Kononnya pengharaman hasilan seni, filem dan buku, kerana menyalahi prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.

Ini adalah kenyataan seorang yang lahir dalam zaman Malaysia sudah bebas daripada ancaman komunis dan boleh menikmati kehidupan yang bahagia dan aman hasil perjuangan anggota keselamatan negara.

Ole kerana kejahilannya maka bolehlah beliau buat kenyataan sesuka hati tanpa memikirkan sensitiviti terhadap keluarga mangsa keganasan komunis.

Golongan yang mempertahankan 'New Village' tidak pula mengambil sikap yang sama terhadap filem patriotik Tanda Putera yang diterbitkan oleh sorang pengarah Melayu.

the-new-village-agung-komunis-pengganas-pembunuh-cina

Antara orang yang pertama yang lantang membantah penayangan tanda Putera ialah pemimpin Dap yang takut rahsia pembabitan mereka dalam tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di bongkar oleh filem tersebut.

Filem itu terpaksa dibatalkan tayangannya beberapa kali kerana kerajaan tertekan oleh kritikan pembangkang dan dipaksa melalui proses penyuntingan yang lebih ketat.

Filem yang memaparkan pensejarahan peristiwa yang tidak boleh dipertikaikan dipaksa untuk dilambat-lambatkan tayangannya tetapi filem yang mengagungkan fahaman komunis mahu ditengahkan.

Bebrbeza dengan Tanda Putera, filem 'New Village' mengintepretasi zaman darurat dari kacamata komunis iaitu musuh utama negara.

Dalam keadaan sikap rasis dan perkauman yang semakin menebal akibat hasutan pembangkang, adakah negara bersedia untuk menambah kepada suasana rapuh kini dengan menimbulkan satu lagi isu kontroversi?

Generasi Cina yang kebanyakannya mempunyai warisan pembabitan komunis di dalam keluarga mereka kini berjuang untuk membersihkan mana datuk moyang mereka supaya mereka pula diangkat sebagai hero dan pejuang kemerdekaan! Melalui filem ini mereka cuba memesongkan fakta sejarah dengan memberikan tumpuan kepada kesengsaraan yang pihak komunis terpaksa lalui ketika melawan pihak penjajah.

Filem ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu helah untuk menanam kebencian terhadap orang Melayu kerana berpihak kepada pihak British menentang komunis. PKM menentang penjajah Inggeris bukan dengan tujuan untuk memerdekakan Malaya ketika itu tetapi untuk menubuhkan sebuah negara komunis yang didominasi oleh kaum Cina. menjajahnya.

Sudah tentu jika ini berlaku berakhirlah institusi raja-raja Melayu dan bangsa Melayu akan dihapuskan dari tanah air mereka.

isuhot.com

Anggota UMNO Waspada Tindakan Musuh Niat Rosakkan Parti

Posted: 05 Aug 2013 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Pemilihan UMNO yang dijadualkan berlangsung tahun ini perlu dijadikan titik tolak kepada permulaan bagi gerak kerja kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 namun demikian ahli-ahlinya juga perlu sentiasa berwaspada dengan segelintir pihak yang mahu menghancurkan parti, kata Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

Ahli UMNO Bersemangat

Katanya, dalam keadaan anggota parti berdepan dengan perubahan besar maka tentunya akan ada pihak yang selama ini menunggu ruang dan peluang untuk memusnahkan UMNO sama ada dari dalam dan dari luar parti sendiri.

"Janganlah kita memberi peluang kepada mana-mana individu yang mahu memusnahkan parti yang selama ini telah banyak berjasa kepada kita malah dalam ada kemungkinan juga wujud individu yang berniat tidak ikhlas dengan niat mencalarkan parti dalam pemilihan ini," katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Negeri Kedah, sewajarnya semua ahli UMNO yang mahu menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan kelak dapat mengukur diri sendiri dengan menginsafi perjuangan UMNO selama lebih 67 tahun ini.

"Pemilihan ini adalah satu pembaharuan secara total, membawa harapan rakyat dan anggota di akar umbi maka tentunya orang yang mahu menawarkan diri sebagai pemimpin juga sedar dengan tanggungjawab yang bakal dihadapi serta lengkap dengan perancangan ke arah memperkasa UMNO.

"UMNO telah berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang amat getir namun alhamdulillah semuanya dapat dihadapi maka tentunya ada pihak yang masih tidak senang, dengki, iri hati dan berniat jahat yang barangkali gagal mendapat apa yang dihajati dalam parti selama ini," katanya.

Katanya, bukan hanya individu yang mahu menawarkan diri dalam pemilihan malah ahli-ahli UMNO yang bertanggungjawab sebagai pemilih juga perlu telus memastikan orang yang benar-benar layak diangkat bagi menerajui parti.

"UMNO perlukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas, berwibawa dan berjiwa patriotik, sentiasa bersemangat dengan benar-benar menghayati perjuangan parti kepada bangsa agama, bangsa dan negara ini.

"Pemilihan yang dibuat secara terbuka ini juga telah memberi ruang yang amat besar kepada ahli-ahlinya di semua peringkat bagi menentukan kepimpinan dan dalam masa yang sama menyekat politing, mengelakkan sifat berpuak-puak dan menghindari politik wang.

"Pemimpin yang tulin perlu terus pastikan kerelevanan UMNO, memahami hala tuju dengan membuat penilaian dan rangka kerja bagi menarik kembali agar UMNO diminati, disukai dan didampingi oleh semua peringkat."

Tambah beliau, walaupun sejak beberapa hari lalu sudah ada individu yang menawarkan diri untuk bertanding namun biarlah ia berlangsung dalam suasana yang sihat tanpa mengundang fitnah dan hasad dari pihak yang selama ini mencari peluang memburukkan parti.

Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bakal berlangsung pada 5 Oktober depan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013 dengan pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap akan diadakan pada 7 September (Sabtu) di Badan Perhubungan UMNO Negeri, manakala Persidangan sayap pergerakan dan pemilihan serentak sayap pergerakan akan berlangsung pada 28 September. - MediaUMNO

People Should Be Appreciative Of Peace, Prosperity – Deputy Minister

Posted: 05 Aug 2013 03:02 AM PDT

KUDAT, Aug 5 – Defence deputy minister Datuk Abdul Rahim Bakri said the people in the state should be appreciative of the peace and prosperity in the country and not squander such blessings with undesirable acts that could threaten security.

He said the unrest in some Islamic countries such as Syria and Eygpt should serve as a reminder on the importance of diplomacy in resolving issues, to avoid violence and anarchy.

"Father of Independence Tunku Abdul Rahman left us a legacy of diplomacy and smart partnership through which Malaysia was formed as a nation.

“Hence it is appropriate that chauvinists be not allowed to seize any opportunity to undermine the country, lest we will regret for the rest of our lives,” he said at a gathering with Ops Pasir Utara army personnel based at Kerakit Pulau Banggi, near here yesterday.

Meanwhile, he said the Malaysian navy and maritime enforcement agency would receive additional patrol ships and personnel to reinforce security around the areas off Kudat waters during the festive season.

Pengikut Syiah Kini Cecah 250,000 – KDN

Posted: 05 Aug 2013 02:08 AM PDT

PUTRAJAYA, 5 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika sepuluh tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.

“Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial,” katanya di sini, Isnin.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996. Penularan fahaman Syiah kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Abdul Rahim berkata usaha untuk memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja.

“Di pihak KDN misalnya dari segi keselamatan menerusi Polis Diraja Malaysia, Pendaftar Pertubuhan (ROS), kawalan bahan penerbitan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan, pengeluaran cakera padat (CD) dan Cakera Padat Digital (DVD)menerusi Lembaga Penapisan Filem sementara kemasukan pihak luar menerusi Jabatan Imigresen,” katanya.

Daripada aspek akidah pula, Abdul Rahim berkata ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), media sosial (Kementerian Komunikasi dan Multimedia), hubungan luar (Kementerian Luar) dan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pendidikan).

Berhubung tangkapan, beliau berkata dua tangkapan pernah dibuat sebelum ini iaitu pada 1996 di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan pada 2012 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Dalam tangkapan oleh JAIS itu seramai 200 pengikut ditahan, namun dibebaskan apabila terdapat masalah teknikal dari segi perundangan ketika pendakwaan dijalankan,” katanya.

Mengenai tindakan mengharamkan buku dan bahan penerbitan pula, katanya setakat ini sepuluh judul buku telah diharamkan antaranya Pengantar Ilmu-Ilmu Islam, Dialog Sunnah Syiah dan Tafsir Sufi Al Fatihah Mukadimah yang didapati mengandungi bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Buku Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi (Jilid tiga dan Jilid empat), yang antara kandungannya mendakwa Saidina sebagai penerus syariah selepas wafat Rasulullah yang berhubung dengan konsep Imamiah dalam fahaman Syiah.

Ditanya sama ada kumpulan itu dipergunakan sesetengah pihak untuk mewujudkan keadaan tidak tenang, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut kerana sudah menjadi satu kelaziman bila sesuatu isu atau masalah berlaku ada pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’ atau mengambil kesempatan.

Namun, katanya KDN senantiasa memantau keadaan termasuk kemungkinan terdapat pengikut kumpulan tersebut yang terbabit dengan kegiatan militan.

Mengenai status warta mengenai ajaran Syiah dan Pengharaman (Enakmen Anti-Syariah) di negeri-negeri, beliau berkata setakat ini 10 negeri telah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.

EPF Contribution Rate To Stay Unchanged Until 60 Years Of Age

Posted: 05 Aug 2013 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 5 – The Employees Provident Fund (EPF) today announced that effective from August 2013 wages, members aged up to 60 who are still employed will continue to receive full EPF contributions at 12 per cent from their employers (or 13 per cent for employees earning a monthly wage of RM5,000 and below) while employees themselves will contribute the same rate at 11 per cent.

Employees aged between 60 to 75 will need to contribute at half of the rate which is 5.5 per cent and their employers are required to contribute at six per cent (or 6.5 per cent for employees with a monthly wage of RM5,000 and below).

“While the changes in the retirement age and the contribution rates take place, the existing Age 55 Withdrawal and Age 50 Withdrawal remain unchanged.

“Members can opt to withdraw their savings in Account 2 at age 50 and to make full EPF withdrawal at age 55,” EPF said in a statement today.

However, members are encouraged not to withdraw all their retirement savings in one lump sum at age 55 but to stretch their savings for a longer period via flexible options under Age 55 Withdrawal.

More information on the latest EPF contribution schedule can be found on the myEPF website www.kwsp.gov.my.

Penurunan Saham FGVH Kerana Harga Sawit Tidak Begitu Baik – Isa

Posted: 05 Aug 2013 01:48 AM PDT

PORT DICKSON, 5 Ogos - Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia tidak dapat dielakkan kerana beberapa faktor termasuk kejatuhan harga sawit di pasaran, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata penurunan harga sawit memang tidak dapat dikawal kerana ia adalah kehendak pasaran.

“Buat masa ini saham FGVH memang tidak dapat dielakkan berlaku penurunan, pertama sebab kita baharu dan yang lebih dari itu ialah kerana perniagaan teras kita ialah perladangan (sawit). Hari ini harga sawit menurun dan apabila menurun, tentulah sedikit sebanyak saham FGVH terjejas.

“Penurunan saham FGVH ini akan kita alami selagi harga sawit itu tidak naik.

“Harga komoditi ini tidak menentu kerana sentiasa turun naik. Bagaimanapun, saya percaya, Insya Allah, apabila keadaan mengizinkan, bila harga sawit naik, maka saham FGVH akan turut kukuh (naik),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 22 buah masjid daerah Port Dickson di sini, Isnin.

Sumbangan yang berupa air Zam-Zam, kurma, jubah dan kain pelikat itu diterima anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Mohd Isa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan saham FGVH di Bursa Malaysia didapati semakin merosot.

Mohd Isa yang juga anggota Parlimen Jempol dan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang berkata penurunan saham bukan sahaja dialami oleh FGVH tetapi juga oleh semua syarikat perladangan di negara ini kerana harga sawit itu turun buat masa ini.

“Sesetengah syarikat perladangan didapati sahamnya kukuh kerana selain perladangan, mereka turut terlibat dalam bidang hartanah. Kita belum melibatkan bidang itu kerana kita bergantung kepada perniagaan teras kita iaitu perladangan,” katanya.

Beliau berkata bagi tujuan itu, antara langkah diambil FGVH ialah memperkukuhkan industri hiliran dari masa ke masa supaya dapat memberi pulangan yang baik.

“Projek biodiesel adalah antara industri hiliran yang dimaksudkan. Projek ini kita telah mulakan pelaksanaannya di mana kita telah membeli sebuah syarikat seperti yang telah diumumkan baru-baru ini,” katanya.

Rombakan Kepimpinan UMNO Wilayah Untuk Perkukuh Parti Menjelang PRU14

Posted: 05 Aug 2013 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan hari ini membuat rombakan kecil terhadap struktur pentadbirannya bagi memperkukuhkan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu.

Pelantikan diumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama selepas beliau mengambil-alih kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan dari Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin di ibu pejabat UMNO Wilayah Persekutuan di Jalan Tunku Abd Rahman di sini, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dilantik sebagai bendahari, menggantikan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, yang memberikan laluan kepada orang baru untuk mengambil jawatan Bendahari.

"Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff dilantik Ketua Penerangan bagi mengantikan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Haji Mohd Shafie  Abdullah.

tengku-adnan-mansor-menteri-bn-umno-wilayah

“Kita juga telah membuat lima jawatankuasa, yang mana Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan, selain satu jawatankuasa khas berkenaan Bangunan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan.

“Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Haji Mohd Shafie Abdullah akan mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Raya dan Datuk Haji Rizuan  Abd Hamid akan mempengerusikan Jawatankuasa Agama dan Pendidikan. Manakala Jawatankuasa Remaja dan Bandar serta Jawatankuasa Cyber belum lagi diputuskan," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Dalam masa yang sama, UMNO Wilayah Persekutuan tidak membincangkan calon-calon yang akan mewakili UMNO Wilayah Persekutuan yang akan menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

"Sekarang ini kita mempunyai dua orang wakil dalam Majlis Tertinggi UMNO iaitu Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Tan Sri Zulhasnan Rafique selain saya sebagai Setiausaha Agung UMNO, barangkali kita kekalkan dua orang calon kita untuk bertanding MT nanti sebagai calon yang akan mewakili UMNO Wilayah Persekutuan," ujarnya yang juga Setiausaha Agung UMNO. -MediaUMNO

DAP Cuba Tutup Pekong Yang Makin Membusuk Dengan Salahkan Pihak Lain

Posted: 05 Aug 2013 12:41 AM PDT

PULAU PINANG, 5 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan kedegilan DAP untuk mengadakan semula pemilihan bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) jelas menggambarkan sikap angkuh, sombong dan cakap tidak serupa bikin barisan kepimpinan parti tersebut.

zainal-abidin-osman-umno-bn-pulau-pinang

Tegas beliau lagi, pembangkang sebelum ini begitu taksub mengadakan perhimpunan haram memprotes keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang didakwa tidak telus dan bersih tetapi mengapa apabila terkena 'batang hidung' sendiri mereka enggan untuk membuktikan kebenaran.

Beliau turut menyifatkan tindakan DAP sekarang umpama menutup bau pekong yang makin membusuk, dengan mencari salah pihak lain.

"Jika sebelum ini mereka sibuk mengadakan perhimpunan haram pusing setiap negeri kata PRU-13 kotor, tapi mengapa pemilihan CEC mereka tidak mahu buat semula sedangkan pemilihan CEC terang-terangan tidak telus dan kotor.

"Mana prinsip amalan DAP iaitu cekap, akauntabiliti dan telus… Sebenarnya mereka ini angkuh, sombong dan bongkak. Malah mereka takut kepada bayang-bayang sendiri. Sebab itu mereka enggan mengadakan pemilihan semula.

"Sekiranya pemilihan semula nanti tidak mengikut acuan mereka, bagaimana mereka mahu terus putar belit tipu rakyat. Sebab itu selagi boleh mereka akan cuba mereka sejuta alasan dan menyalahkan orang lain demi menutup keburukan mereka," ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP sama sekali tidak seharusnya terus meletakkan kesalahan terhadap pihak lain terutamanya Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana apa yang berlaku adalah kesalahan mereka sendiri dan seharusnya ianya perlu diperbetulkan.

Sekiranya DAP gagal melakukan pemilihan semula CEC ini jelas menggambarkan bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai apatah lagi untuk diberi peluang mentadbir negara.

"Bayangkan sekiranya pembangkang memerintah negara, apa akan jadi dengan negara ini dan sistem pilihan raya kita. Apa yang kerajaan BN lakukan sudah cukup baik dan sentiasa bertambah baik tetapi sekiranya pembangkang memerintah negara, sudah pasti sistem pilihan raya akan di manipulasi oleh mereka seperti mana apa yang terjadi pada pemilihan CEC.

"Rakyat terutamanya di Pulau Pinang harus membuka mata dan melihat betapa kotornya DAP. Mereka hanya tahu cari salah orang ," jelasnya lagi.

Kontroversi pemilihan CEC mula timbul ekoran DAP membuat pindaan selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC diumumkan pada 15 Disember lepas dan tiada orang Melayu menang dalam pemilihan itu.

Pindaan keputusan pemilihan CEC itu didakwa menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan parti itu pelbagai kaum.

DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC pada Disember lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20, sekali gus terpilih sebagai anggota CEC.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. - MediaUMNO

Beri Ruang & Kepercayaan Kepada Polis Selesai Kes Jenayah – Bakri Zinin

Posted: 05 Aug 2013 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos -  Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin meminta orang ramai agar memberi ruang dan kepercayaan kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap kes jenayah dan bukannya melontarkan komen yang negatif ke atas mereka.

Beliau berkata polis dan masyarakat mesti sentiasa berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jenayah dan bukannya menunding jari kepada pihak polis jika berlaku jenayah.

“Pihak polis amat memerlukan bantuan orang ramai dalam menyelesaikan setiap kes jenayah, bukan sekadar komen. Sebagai contoh, kita sudah siarkan gambar suspek tembak (Hussain Ahmad) Najadi.

“Namun tiada orang ramai yang tampil untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini Isnin.

Terdahulu beliau menyaksikan acara pemakaian pangkat serta serah terima tugas jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman antara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah yang menyandang jawatan itu sebelum ini kepada Datuk Mazlan Mansor.

Sementara itu Mohd Bakri berkata peningkatan kes tembakan akhir-akhir ini adalah atas motif tersendiri dan bukan dilakukan secara rambang.

“Kalau dirujuk ia dilakukan kerana mempunyai motif sama ada dendam ataupun masalah perniagaan. Setiap satu kes mesti mempunyai latar belakangnya, tidak ada orang nak tembak tak tentu arah,” jelasnya.

Antara kes tembakan yang berlaku ialah pada 29 Julai lepas yang mengakibatkan kematian pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi, 75, sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah apabila mereka ditembak dari jarak dekat di Lorong Ceylon di sini.

Pada Jumaat lalu, mengakibatkan kecederaan peniaga emas yang ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor.

Sementara pada keesokannya pula seorang pengawal keselamatan maut akibat ditembak di Cheras Perdana, Kajang, Selangor.

Pada Ahad, seorang ahli perniagaan dari Kuching, Sarawak maut ditembak di Penampang, Sabah.

Mengenai tindakan bagi membendung kemasukan senjata api ke dalam negara melalui negara jiran, Mohd Bakri berkata pihak polis telah mengenal pasti laluan yang dipercayai digunakan penjenayah dan pihak polis sedang meningkatkan kawalan dan pengawasan di lorong-lorong berkenaan.

Apa Guna Rezab Kewangan Tinggi Jika Banyak Janji Tidak Ditunaikan

Posted: 05 Aug 2013 12:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Tiada guna mempunyai rezab kewangan yang tinggi  jika kebajikan terus terbiar membabitkan penyediaan keperluan pelbagai kemudahan awam dan prasarana untuk rakyat.

ADUN Kota Damansara, Halimathon Saadiah Borhan berkata, kerajaan Selangor tidak perlu berbangga atau mendabik dada dengan keupayaan mempunyai simpanan rezab kewangan negeri yang tinggi sedangkan banyak kemudahan dan keperluan rakyat masih tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

"Keperluan mempunyai rezab kewangan adalah penting untuk memastikan tadbir urus pentadbiran kerajaan negeri dapat dilakukan dengan baik, namun dalam pada itu kebajikan rakyat perlu diambil berat.

khalid-ibrahim-defisit-ekonomi-kerajaan-negeri-selangor-gagal

"Tidak guna kita mendabik dada, jika banyak perkara yang dijanjikan oleh rakyat masih tidak ditunaikan, ia bukan sahaja janji-janji pilihan raya 2013, malah janji pilihan raya 2008 masih banyak lagi yang tidak ditunaikan oleh kepeimpian kerajaan negeri.

"Sedangkan ketika berkempen dahulu, pelbagai janji dibuat untuk mendapatkan sokongan serta memancing undi, kononyan banyak insentif akan diberi kepada golongan warga emas dan ibu tunggal, tetapi sehingga kini perkara itu masih tidak tertunai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab kerajaan negeri meningkat dari RM2.7 bilion kepada hampir RM3 bilion.

Halimathon berkata, kerajaan negeri jangan hanya pandai bercakap sahaja dengan mengatakan wang rezab itu akan diuruskan berdasarkan garis panduan pada Belanjawan 2014, tetapi adakah realitinya ia dilaksanakan  mengikut apa yang ditetapkan.

"Memang mudah untuk bercakap bahawa wang itu akan dibelanjakan mengikut garis panduan ditetapkan, mampukah kerajaan negeri melaksanakan, jangan hanya pandai bentang sahaja ketika belanjawan nanti, tetapi realitinya tiada dan akhirnya rakyat yang menajdi mangsa," katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT