SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, August 24, 2013

UMNO Online - “Perdana Menteri Ajak Rakyat Kongsi Pandangan Dan Idea Bajet 2014” plus 9 more

UMNO Online - “Perdana Menteri Ajak Rakyat Kongsi Pandangan Dan Idea Bajet 2014” plus 9 more

Link to UMNO Online

Perdana Menteri Ajak Rakyat Kongsi Pandangan Dan Idea Bajet 2014

Posted: 23 Aug 2013 07:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat berkongsi pandangan serta idea dalam Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan pada 25 Oktober ini.

Najib membuat pelawaan tersebut melalui blog www.1malaysia.com dan melalui laman twitternya.

“Saya mengalu-alukan pandangan anda untuk #Bajet2014. Sila ikuti laman blog saya untuk keterangan lanjut http://bit.ly/Bajet2014, “katanya dalam satu tweet.

Dalam entri blognya yang bertajuk “#Bajet2014: Idea Anda Berharga”, Najib berkata satu platform untuk rakyat mengemukakan pandangan tentang Bajet 2014 akan disediakan.

“Pada 26 Ogos, kami akan menyediakan satu platform untuk rakyat supaya dapat bersama dan berkongsi pandangan mereka tentang Bajet 2014.

“Perbincangan ini akan tertumpu pada beberapa topik, termasuk kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, penjagaan kesihatan, keselamatan awam dan beberapa isu lain yang dekat di hati rakyat.

“Kami akan terus mengumpul saranan dan maklum balas anda sehingga 8 September, dan setelah itu ia akan dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan,” katanya.

Najib seterusnya berkata sebagai kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, beliau percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan hala tuju kemajuan negara pada tahun hadapan.

“Iltizam mereka jelas terlihat melalui sambutan dan maklum balas yang kami terima sebelum kami mengemukakan peruntukan kewangan setiap tahun.

“Sambutan ini kelihatan paling ketara pada tahun lepas, apabila kami menerima lebih 2,500 maklum balas dan saranan dari pelbagai platform dan laman media sosial. Katanya dalam keadaan ekonomi dunia masa kini, bermakna lebih penting untuk mengemukakan belanjawan yang berwawasan tetapi pada masa yang sama munasabah, yang akan dapat menentukan hala tuju dan kepesatan pembangunan negara.

“Ini merupakan satu cabaran tetapi saya percaya dengan bekerjasama sebagai sebuah negara, kita akan dapat mencapai hasil yang terbaik. “Untuk mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi, kami memerlukan peranan setiap masyarakat. Saya akan menunggu idea-idea anda dengan penuh minat,” katanya.

Idris Kesal Tindakan Hasut Peminjam Elak Bayar Hutang PTPTN

Posted: 23 Aug 2013 05:38 AM PDT

BESUT, 23 Ogos -  Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh kesal dengan tindakan pihak tertentu yang ghairah menghasut peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tidak membayar pinjaman hingga menyebabkan hutang tertangguh sekian lama.

Beliau berkata hasutan tersebut secara jelas tidak Islamik kerana mempengaruhi orang lain tidak membayar hutang sedangkan Islam jelas menyatakan hutang perlu dibayar.

Menasihatkan peminjam supaya tidak terpengaruh dengan hasutan itu, beliau berkata membayar hutang satu kewajiban bukan sahaja menurut agama malah bagi memastikan generasi seterusnya dapat pembiayaan pelajaran.

“Setakat ini terdapat kira-kira 400,000 atau merupakan 34 peratus peminjam PTPTN yang didapati cuba mengelak untuk membuat bayaran balik kerana termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya ketika merasmikan balai raya dan pertandingan hasil pertanian di kampong Tok Motong dekat sini, Jumaat.

Katanya kumpulan peminjam berkenaan tidak memberi maklum balas atau kerjasama apabila dihubungi sedangkan mereka boleh berbincang dengan pihak PTPT Nsekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.

“Paling penting tidak ada yang teraniaya dan peminjam perlu tampil berunding bagi membolehkan mereka dipertimbangkan membayar balik pinjaman mengikut kemampuan,” katanya.

Katanya bagi mengatasi masalah itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rabu depan di Kuala Lumpur untuk mendengar sebarang pandangan.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata beliau akan berlepas ke Kaherah, Mesir esok untuk bertemu dengan Menteri Pelajaran Mesir bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembelajaran pelajar Malaysia di negara itu termasuk jadual peperiksaan berikutan konflik politik yang melanda negara itu ketika ini.

ROS Approves 20 New Political Parties

Posted: 23 Aug 2013 05:35 AM PDT

NILAI, Aug 23  - The Registrar of Societies Malaysia (ROS) has approved 20 out of 30 applications for new political parties since 2008.

Its director-general, Datuk Abdul Rahman Othman said the department would publish the list of the new political parties next Thursday.

“The new political parties approved have been vetted by the police,” he told reporters at an Aidilfitri open house hosted by the ROS here today.

He said 13 applications were rejected for various reasons, including not meeting conditions and criteria of a political party.

On the DAP Central Executive Committee (CEC) re-election, Abdul Rahman said he was awaiting details from the party.

“It’s premature for me to make any comments as I have yet to get details from them. I will answer the questions after getting the information,” he said.

Siapa Bunuh Altantunya Dan Siapa Pula Liwat Saiful Bukhari??

Posted: 23 Aug 2013 05:32 AM PDT

Bila mahkamah Malaysia membebaskan dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, gua yakin mesti puak-puak Pakatan akan pertikaikan keputusan tersebut demi kepentingan politik gampang dorang.

Gua yakin puak-puak Pakatan termasuk pemimpin dorang akan kata Mahakamah tak telus dan Hakim Mahkamah dah dibayar oleh Najib untuk membebaskan kedua-dua suspek tersebut.

anwar_saiful_angkat_tangan_sumpah_laknat_muhabalah

Walhal, pembebasan Koperal Sirul Azhar dan Inspektor Azilah Hadri dibuat berdasarkan faktor teknikal. Sama macam kes pembebasan Anwar Ibrahim akibat dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Jadi.., kalau puak-puak Pakatan boleh menerima keputusan Mahkamah untuk membebaskan Anwar yang dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan.., kenapa macai-macai tu nak meroyan pulak bila Mahkamah yang sama membuat keputusan untuk bebaskan Sirul dan Azilah?

Kalau nak bantah sangat keputusan Mahkamah dan tuduh Mahkamah tak telus, apa kata puak-puak khawarijj Pakatan semua menolak juga keputusan Hakim membebaskan Anwar diatas sebab teknikal dulu..

Soal siapa bunuh Altantuya, itu kita biar pihak berkuasa yang siasat.., apa yang nak kalut sangat kannn.. Saiful pun tak kalut bila peliwat dia terlepas dan dia dibiar tanpa pembelaan..

Dan kalau macai semua tak sabar sangat nak tunggu siasatan, apa kata korang semua pi jumpa bomoh siam untuk tengok dalam geluk jampi.. Confirm nampak sapa bunuh Altantuya tu..

Tapi bila pi jumpa bomoh siam tu, jangan lupa tengok sekali sapa yang sebenarnya liwat Saiful Bukhari yee.. Dan jangan pulak terkejut kalau memang muka Anwar yang keluar…

Bak kata Nujum Pak Belalang.., sapa yang tak percaya dengan geluk jampi.., pendek umurrrrr… Hahahahaha..

http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

31 Ogos Bukan Sekadar Cuti Umum – Shamsul Anuar

Posted: 23 Aug 2013 03:15 AM PDT

LENGGONG, 23 Ogos – Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tanggal 31 Ogos datang lagi. Hari yang mencatat sejarah, hari yang membawa erti kebebasan daripada belenggu penjajahan dan hari yang membawa erti bermulanya apa itu erti kemerdekaan.

bendera-hari-merdeka-malaysia-31-ogos-cuti-umum

Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tarikh 31 Ogos sebenarnya harus menjadi satu tarikh keramat yang dinanti oleh setiap rakyat negara ini dan bukannya sekadar hanya menganggap ianya sebagai satu hari cuti umum.

"Seharusnya tarikh ini menjadi tarikh keramat. Ibubapa pula perlu menyemai rasa cinta dan hormatkan negara kepada jiwa anak-anak agar anak-anak membesar menjadi seorang individu yang tahu menghargai betapa susahnya negara ini mencapai kemerdekaan.

"Segala apa yang dikecapi sekarang ini tidak mungkin akan menjadi realiti sekiranya generasi terdahulu tidak memperjuangkan dan menggadai nyawa untuk menuntut kemerdekaan. Apa yang dapat saya lihat sekarang ini, semangat kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini seakan luntur dan tidak menghargai nikmat yang mereka telah perolehi.

"Sebagai contoh kita ambil perhimpunan demi perhimpunan yang dilakukan oleh pembangkang. Penyokong pembangkang sanggup berhabis wang ringgit malah tidak memikirkan keselamatan diri sendiri hanya untuk berhimpun di perhimpunan haram walaupun ianya menyalahi undang-undang.

"Tetapi untuk meraikan hari merdeka, mereka terlalu berkira malah tidak menganggap ianya penting. Bagi mereka, ini mungkin tanggungjawab kerajaan bagi mereka ini program Barisan Nasional (BN). Sedangkan sambutan merdeka tidak ada kena mengena dengan parti politik dan ianya perlu diraikan bersama-sama tanpa membezakan fahaman politik, bangsa dan agama,' ujanrnya kepada UMNO-Online.

Tambah Shamsul, semangat taksub dan ekstrem sayangkan parti politik sebegini harus turut sama ketika meraikan kedatangan tanggal 31 Ogos kerana hari tersebut adalah hari untuk memperingati perjuangan generasi terdahulu yang telah banyak berkorban.

"Sebagai rakyat yang cintakan negara dan keamanan, kita harus memiliki semangat patriotik yang tinggi. Lihatlah apa yang jadi di Mesir sekarang ini. Jadikanlah ianya sebagai contoh terbaik betapa kita ini sangat beruntung berada di bumi Malaysia.

"Sekiranya kita tidak mempertahankan negara kita dan terus berpecah belah hanya kerana berlainan fahaman politik maka tidak mustahil apa yang kita kecapi sekarang ini akan hilang. Oleh itu, hargailah negara Malaysia yang berdaulat ini.

Sudah sampai masanya semua rakyat negara ini mempunyai semangat yang kuat, jitu dan secara bersama menjadi benteng untuk mempertahankan kedaulatan negara," ujarnya lagi.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kepada sikap pembangkang yang seakan tidak mahu melihat negara ini terus aman damai dan makmur. Ini kerana setiap apa sahaja yang kerajaan lakukan akan terus dipertikaikan dan cuba mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan.

Sikap pembangkang sejak akhir-akhir ini yang sering mempertikaikan pihak keselamatan contohnya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana ianya berkaitan dengan keselamatan negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Inilah yang saya kesalkan kerana sikap seperti ini boleh menyebabkan rakyat berpecah belah. saya harapkan sambutan kemerdekaan kali ini mampu menyerap semangat patriotik yang lebih tinggi di jiwa rakyat negara ini agar kita semua terus hidup dengan selesa di bumi bertuah ini,” ujarnya lagi. - MediaUMNO

Rujuk Pembohongan Duhulu Untuk Elak Jadi Mangsa Putar Belit Anwar

Posted: 23 Aug 2013 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hj Ruslan Kassim menegaskan beliau tidak terperanjat melihat tindakan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim yang menimbulkan isu kerajaan perpaduan yang ternyata satu pembohongan semata-mata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menafikannya.

penipuan_anwar_16_september

Menurut beliau, inilah sebenarnya taktik dan teknik politik yang digunakan oleh Anwar dalam usaha untuk mengekalkan survival politik dan populariti beliau sebagai seorang ahli politik di persada tanahair.

"Isu kerajaan perpaduan ini tidak lebih hanyalah satu usaha untuk tidak menenggelamkan nama beliau dari ingatan rakyat apabila hari ini, semakin jelas populariti beliau sudah mula menurun di kalangan rakyat.

"Tidak kira apa isunya, tetapi yang penting isu tersebut akan membuatkan nama beliau kembali berlegar di pemikiran rakyat dalam hal ehwal politik di negara ini. Jadi, kalau patut reka isu pun rekalah, janji ia memberikan impak kepada rakyat demi kepentingan politik beliau," demikian tegas Ruslan kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Katanya lagi, rakyat perlu menyedari bahawa Anwar merupakan seorang yang licik dan bijak dalam mencipta persepsi rakyat dalam menimbulkan isu-isu sebegini yang sebenarnya amat jauh dari kebenaran.

anwar_berlakon_sakit_lagi_bersih_2

"Kita boleh lihat pelbagai isu-isu yang ditimbulkan mereka seperti pembohongan 16 September, isu 40,000 warga Bangladesh yang kononnya dibawa masuk untuk mengundi BN,  dan termasuklah isu kerajaan perpaduan yang menjadi isu terkini hari ini.

"Tetapi sebagaimana isu-isu sebelum ini yang  ternyata bohong belaka, begitulah juga dengan isu kerajaan perpaduan. Isu ini saya sifatkan sebagai satu lagi siri pembohongan Anwar seperti beberapa siri pembohongan beliau yang lepas.

"Isu kerajaan perpaduan ini sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencipta persepsi rakyat bahawa kerajaan BN hari ini dalam keadaan lemah sehingga terpaksa mengadakan kerjasama dengan pembangkang," jelasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat jangan mudah percaya dan terpedaya dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut kepimpinan pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang saya rasa agak kesal adalah kerana rakyat terlalu mudah untuk menelan setiap kata-kata dan dakwaan yang dibuat oleh Anwar.

"Saya nasihatkan rakyat supaya menyiasat terlebih dulu setiap dakwaan yang keluar dari mulut Anwar kerana dari contoh yang sedia ada, ia lebih kepada pembohongan dari kebenaran.

"Jadi, kita perlulah menapis, menyelidik terlebih dulu setiap isu yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang itu kerana ia amat penting untuk  memandu kita dalam membuat keputusan yang betul demi masa depan agama, bangsa dan negara ini, terutama dalam suasana politik yang huru hara dan penuh fitnah hari ini," ujarnya. -MediaUMNO

21,256 Unclaimed MyKad In Sarawak

Posted: 23 Aug 2013 03:02 AM PDT

KUCHING, Aug 23 – There are 21,256 unclaimed MyKad at the National Registration Department’s (NRD) offices in Sarawak.

According to a press statement from the Sarawak NRD, unclaimed MyKad was the main problem faced by the agency.

“To overcome this problem, the state NRD has been sending a list of names of holders of unclaimed MyKad every three months to the Residence Office and has also been making local radio announcements on the matter,” said the NRD.

“The NRD has also sent the list of names of holders of unclaimed MyKad to the community leaders if the applicants failed to collect their MyKad after three months from the date of application.

“To facilitate applicants obtaining the MyKad in a day compared to 30 days from the date of application, the MyKad Printing Centre was established at the Miri and Sri Aman NRD, while at the Sibu NRD, the centre will begin its operation this October,” it added.

More Engagement Needed To Better Understand Participants’ Sensitivities In The TPP Talks

Posted: 23 Aug 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 23 – Ministers participating in the Trans-Pacific Partnership (TPP) talks agreed on the need for more engagement to better understand each other’s sensitivities and the necessary phasing-out periods required.

In a statement today, Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed, said the ministers also agreed it was essential to have an agreement that was aimed at facilitating trade.

Mustapa said he expressed the importance of market access for Malaysia, especially for textile, palm oil, tropical fruits and other agro-based products at TPP Ministerial Meeting held in Brunei from Aug 22-23.

The meeting was attended by all the 12 TPP ministers or representatives.

He said the meeting was significant as it provided the avenue for the ministers to discuss the way forward on all the outstanding issues.

“The ministers are expected to table a progress report to the TPP leaders when they meet in Bali for the Asia-Pacific Economic Cooperation Leaders’ Summit from Oct 7-8.

On government procurement, Mustapa said, he stressed that Malaysia had difficulties in this chapter.

“I emphasised that the necessary exclusions of small and medium enterprises and preferences for Bumiputeras were required for the government to continue with its socio-economic development goals and affirmative action policy,” he said.

Mustapa said he also underscored that Malaysia had serious difficulties with the curent state-owned-enterprise (SOE) proposal, which was seen to go beyond the stated objective of creating a level playing and that it had serious implications to Malaysian SOEs.

On intellectural property rights, Mustapa said he reiterated Malaysia’s strong position on the issue of access to affordable medicines.

The minister said he also took the opportunity during the plenary and bilateral meetings to also impress upon his counterparts that the government had agreed to embark on two additional cost-benefit analyses to ascertain the real benefits that will be accrued to the country from participation in the TPP.

“I also led discussions on transparency at a working dinner where it was agreed in principle that while the negotiating text cannot be shared with stakeholders as it is still work in progress, other means to enhance transparency should be explored,” he said.

After the 19th round in Brunei, Mustapa said the Ministry of International Trade and Industry, together with various stakeholders, will not only chart the path of future engagement but also share Malaysia's position on issues being discussed with the parliamentary caucus, civil society and other interest groups.

SPAD To Develop “Driver Information System” – Syed Hamid

Posted: 23 Aug 2013 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 23 – The Public Land Transport Commission (SPAD) is developing a system that will provide background information on public transport drivers, including their criminal record, if available.

SPAD Chairman Tan Sri Syed Hamid Albar said the system called “Driver Information System” would be based on information supplied to the commission and would be accessible to the public transport operators and its customers once it was completed.

“We hope we will be able to coordinate with the Road Transport Department (RTD) and the police so that we can do a complete check up. We still need to get information from the police in terms of criminal record.

“We need to look into privacy issues and information sharing but technically, the system is there already,” he told a news conference here, today.

Saying that he was confident the system would be available online by the first quarter of next year, Syed Hamid said under the current practice, public transport operators only relied on interviews to gather background information of their drivers.

“We want to be more transparent so that the people will have no fear. Can check the bus and taxi drivers. Our most important consideration is we don’t want to compromise privacy or endanger safety or security. This is important,” he added.

Syed Hamid was earlier asked whether the commission had information about the bus driver involved in the mishap at Genting Highlands recently.

He said the commission was informed by the police that the driver had committed a number of offences previously, but did not elaborate further.

Syed Hamid said a panel of inquiry would be established once the preliminary report of the accident had been prepared by the Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros).

The panel, to be spearheaded by SPAD, will include people from the RTD, police, Miros and experts in areas of road and public transport to investigate on the accident.

“It is better for us not to pin point culpability. Let’s see all reports first to take appropriate action. This (Genting Highlands) is an important area, not only locals but foreign tourists also go there. We need to get more details, how and why the incident happened,” he said.

He also highlighted that the bus involved in the mishap had undergone a check with Puspakom for road worthiness in May and was given a ‘clean bill of health’.

Saying that there was much more to be done to improve public transportation, Syed Hamid said the commission would once again engage with the operators to see the state of care that they must take in recruiting people.

In the incident at 2.22 pm Wednesday, 37 passengers were killed while 16 were injured after a bus travelling from Genting Highlands plunged into a 60-metre deep ravine at KM3.5 Jalan Genting Highlands.

409 Rakyat Malaysia Tiba Dari Mesir Pagi Jumaat

Posted: 22 Aug 2013 10:17 PM PDT

SEPANG, 23 Ogos - Ops Piramid 2 menyaksikan 409 lagi rakyat Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air, menerusi tiga penerbangan yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Jumaat.

Mereka yang kebanyakannya pelajar dan anggota keluarga masing-masing, tibamenerusi pesawat khas AirAsia X yang membawa 364 orang pada 7.45 pagi dan baki45 lagi menerusi dua penerbangan Singapore Airlines pada 8.05 dan 9.30 pagi.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan rakan sejawatan daripada Kementerian Pendidikan P. Kamalanathan. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Dr ZainiUjang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudian, Hamzah menafikan dakwaan ada pelajar Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir kerana terbabit dalam konflik di negara berkenaan.

Katanya, sehingga kini kerajaan Malaysia tidak menerima sebarang laporan mengenai pelajar negara ini ditangkap kerana terbabit dengan kumpulan berkonflik di sana.

“Kita sudah menasihatkan rakyat Malaysia, sama ada mereka pelajar atau orang biasa yang tinggal di Mesir untuk tidak campur tangan dalam konflik yang ada di sana. Kalau ada, mereka ditangkap atau berlaku apa-apa, kita tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa proses membawa balik rakyat Malaysia itu bertujuan memberi tekanan kepada pemerintah Mesir.

“Kita ambil langkah ini kerana bertanggungjawab atas keselamatan rakyat.Kita tak campur tangan,” katanya menambah Malaysia hanya berharap krisis di negara berkenaan dapat ditamatkan secara rundingan.

Mengenai Ops Piramid 2, Hamzah berkata, Wisma Putra berharap operasi dapat ditamatkan mengikut jadual pada 27 Ogos ini.

“Rakyat Malaysia perlu faham, ini bukan satu perkara mudah. Kita melalui pelbagai halangan (untuk membawa mereka pulang),” katanya yang turut menasihati rakyat Malaysia enggan pulang agar mematuhi arahan Wisma Putra.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, kementeriannya menerusi Zaini, akanmengetuai delegasi ke Mesir pada Sabtu bagi mengadakan perbincangan dengan kementerianpengajian tinggi Mesir berhubung urusan pembelajaran penuntut Malaysia.

Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilapor semakin tidak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilapor berkata, keselamatan pelajar Malaysia di Mesir menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT