SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, August 5, 2013

UMNO Online - “K’jaan Pusat Bina Jambatan Bernilai RM16 Juta, Atasi Banjir Di Kuala Krai” plus 9 more

UMNO Online - “K’jaan Pusat Bina Jambatan Bernilai RM16 Juta, Atasi Banjir Di Kuala Krai” plus 9 more

Link to UMNO Online

K’jaan Pusat Bina Jambatan Bernilai RM16 Juta, Atasi Banjir Di Kuala Krai

Posted: 04 Aug 2013 08:57 AM PDT

KOTA BAHARU, 4 Ogos – Kerajaan Persekutuan akan membina sebuah jambatan dan meninggikan aras jalan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Km 326.7 Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, berdekatan Sungai Durian, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

jalan-kuala-lumpur-kuala-krai-kelantan-banjir-tengkujuh-jambatan

Beliau berkata jambatan yang akan dibina itu adalah sepanjang satu kilometer dan menelan belanja kira-kira RM16 juta.

“Laluan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan Kota Baharu ke Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir terutama ketika musim tengkujuh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) Kelantan, di sini, hari ini.

Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata dengan adanya jambatan tersebut, ia diharap dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu.

“Setiap tahun, sekurang-kurangnya sebanyak empat kali pengguna jalan raya akan mengalami masalah banjir sekali gus menyebabkan terputus laluan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata kerajaan Persekutuan turut mengutamakan perkara berkaitan kerohanian dengan mengadakan program dakwah dan majlis ilmu secara berkala.

“Walaupun program yang kita adakan sering dipertikaikan oleh kebanyakan pihak, namum saya rasa usaha ini harus diteruskan bagi memperkasakan sebuah negara yang memperjuangkan agama Islam,” katanya.

Wanita UMNO Jadi Benteng Utama Pertahan Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Parti

Posted: 04 Aug 2013 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Pergerakan Wanita Umno hari ini sebulat suara bersetuju menjadi benteng utama mempertahankan penyandang jawatan presiden dan timbalan presiden parti malah meminta agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

wanita-umno-shahrizat-sharifah-khasif-tadarus-khatam-quran-ramadan-puasa-pwtc

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata pihaknya bersepakat untuk terus memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin malah akan berusaha sepenuhnya memastikan kemenangan mutlak berpihak kepada kedua-dua kepimpinan tertinggi itu.

“Semalam ketika saya mempengerusikan mesyuarat exco Wanita Umno, kami membuat satu keputusan sebulat suara dan jelas bahawa wanita akan jadi benteng utama pertahan jawatan itu jika ada pencabar.

“Kami minta agar jawatan itu tidak perlulah dipertandingkan namun bagi jawatan naib presiden parti, terpulang kepada sesiapa yang teringin nak bertanding. Jika ada, Alhamdulillah, dan jika tiada pun Alhamdulillah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai pertandingan merebut jawatan yang disandangnya kini, Shahrizat berkata beliau tidak pernah menyekat mana-mana individu untuk bertanding jawatan itu malah sangat mengalu-alukan kehadiran mereka sebagai pencabar.

Beliau berkata perubahan sistem pemilihan yang diperkenalkan kali ini membuktikan proses transformasi dilaksanakan sepenuhnya dan mengingatkan semua pihak untuk bertanding dengan semangat kekeluargaan dan secara berhemah agar tidak timbul sengketa yang boleh memecah belahkan parti.

“Dalam politik, sesiapa sahaja boleh bertanding untuk mana-mana jawatan. Sebagai penyandang, saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bertanding dan saya akan mempertahankan keududukan saya.

“Ini telah diamalkan sejak bertahun lepas tetapi kali ini akan menjadi lebih menarik dan mencabar kerana anggota akar umbi sendiri yang akan mengundi,” katanya.

Kukuhkan Perpaduan Untuk Muncul Bangsa Berjaya – Najib

Posted: 04 Aug 2013 08:52 AM PDT

PEKAN, 4 Ogos – Umat Islam di negara ini perlu mencari titik persamaan sekalipun berbeza ideologi politik, bagi mengukuhkan perpaduan, lantas mampu muncul sebagai umat yang berjaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam menghadapi cabaran dari dalam dan luar, umat Islam perlu bersatu agar tidak mudah diganggu-gugat pihak tertentu.

“Kalau boleh, kita mahu umat Islam negara ini menjadi contoh kepada Negara Islam lain. Kita tidak berdepan konflik seperti negara Islam lain dan ini adalah hasil prinsip Islam sebenar yang kita amalkan.

“Setakat ini, ada 12 negara Islam lain di seluruh dunia yang berdepan dengan pelbagai konflik hingga mengakibatkan masa depan rakyatnya kelam.

“Perkara ini amat berbeza dengan rakyat negara ini, kita mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah dan ini perlu dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Kampung Ganchong Hulu, dekat sini malam ini.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan sumbangan hari raya kepada 71 penerima terdiri daripada golongan warga emas, miskin dan ibu tunggal dari Kampung Ganchong Hulu, Kampung Ganchong Tengah dan Kampung Kiambang.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ishak Muhammad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis Khairuddin Mahmud.

Usah Runtuhkan Apa Yang Ada Semata-Mata Mahu Berubah – Najib

Posted: 04 Aug 2013 08:50 AM PDT

PEKAN, 4 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa jua perubahan yang dimahukan rakyat, ia perlulah berlandaskan perubahan yang terancang, tersusun dan rapi.

Perdana menteri berkata tindakan meruntuh atau merudumkan apa yang sedang dinikmati, semata-mata mahukan perubahan, pasti tidak akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

“Jika kita buat keputusan meruntuhkan apa yang dibina, ia belum tahu adakah lebih baik seperti apa yang dinikmati ketika ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada warga emas Kampung Marhum, dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata di negara-negara tertentu yang turut melaungkan slogan perubahan, seperti mana pihak pembangkang di negara ini yang berslogankan “ubah”, ternyata rakyat di negara berkenaan tidak mengecapi maksud sebenar perubahan itu, melainkan keaadaan kacau bilau dan perang saudara.

“Jika mahukan perubahan, perubahan yang terancang, tersusun dan rapi adalah lebih terjamin berbanding dengan meruntuhkan apa yang dibina sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata menerusi kestabilan, kemakmuran dan keamanan yang dinikmati, ia membolehkan rakyat menjalani kehidupan normal.

“Kestabilan bagi meneruskan kehidupan untuk mencari rezeki dalam membesarkan anak-anak, beri pelajaran, keadaan kita bertambah lebih baik lagi, jadi kita kekalkan apa yang ada.

“Untuk meruntuhkan, merudumkan, hanya sekelip mata, membina memerlukan bertahun-tahun, dari satu generasi ke satu generasi lain, apa yang dinikmati kini adalah hasil perjuangan pemimpin sebelum ini,” katanya.

Pada majlis itu perdana menteri turut meluluskan peruntukan membina sebuah masjid baharu di kampung berkenaan.

“Sama ada dibina di tapak masjid lama ini, atau tapak lain, saya serahkan kepada jawatankuasa masjid ini untuk memutuskannya,” katanya.

Pada majlis itu seramai 70 orang menerima bantuan berupa wang tunai dan keperluan hari raya.

Seorang penerima warga emas, Hasmah Mahmud, 73, berkata dia terharu dan bersyukur dengan sumbangan yang diberikan.

Katanya, dia menerima sumbangan itu pada setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

“Duit ini akan saya gunakan untuk tambah belanja pada Hari Raya nanti. Terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemberian ini,” katanya.

Bagi Mohd Nor Abdul Manaf, 64, pula ini kali pertama dia menerima sumbangan sebagai warga emas.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa namun ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk perbelanjaan Aidilfitri nanti,” katanya.

Najib Asks People To Protect Peace, Prosperity

Posted: 04 Aug 2013 01:55 AM PDT

PEKAN, Aug 4 – Peace and prosperity enjoyed in the country should
maintained as it enables the people to carry out their daily tasks and worship without any hindrance, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

Urging the people to be grateful for the blessings, the prime minister said, “In some countries, the people have to observe the fasting month and celebrate hari raya amid war and conflict… our country is much better.”

He said peace and prosperity that enabled Muslims to fast and pay the tithes during Ramadan was a testimony that the country was blessed.

“The blessings protect our country. These blessings are showered by God to Malaysia.

“So, we must defend peace and prosperity that we’ve enjoyed,” he said at the handing over of tithes amounting to RM1.5 million from Bank Rakyat Bhd and Lembaga Tabung Haji for 5,904 deserving recipients from the Pekan parliamentary constituency here today.

Also present was Najib’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

Meanwhile, the prime minister said paying tithes was a religious duty that could enhance relationships and love among Muslims where the rich helped the poor.

“Zakat was handed down by God, it has a wisdom… among them, through
worship and religious obligation, it cleanses one’s soul, selfishness, greed and being too engrossed with worldly life. It is a noble attribute, becoming generous and caring to other Muslims,” he said.

Tithe recipient Suwaidah Mamat, 63, said she would use her tithe money to buy a pair of baju Melayu and a pair of shoes for her disabled son, Mohd Saiful Hafizi Ismail, 19.

Another recipient, Mariah Mat Nor, 84, from Tanjung Medang here, she said she would use the RM250 tithe payment to prepare for Aidilfitri.

Ahli UMNO Kedah Yang Ingin Bertanding Perlu Daftar Pada 7 Sept

Posted: 04 Aug 2013 01:49 AM PDT

ALOR SETAR, 4 Ogos – Anggota Umno di Kedah yang ingin menawarkan
diri untuk bertanding jawatan parti perlu mendaftar nama di Pejabat Perhubungan Umno Kedah pada 7 Sept ini, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata mereka yang tidak mendaftar pada tarikh itu, tidak layak bertanding sebarang jawatan di peringkat bahagian, majlis tertinggi atau pusat.

“Saya menasihatkan mereka yang ingin bertanding agar ‘menjual’ jenama
sendiri, jangan sekali-kali membuat fitnah, memburuk atau memperlekeh
calon-calon lain.

“Kalau rasa diri mampu memberi khidmat, bertandinglah dalam suasana
kekeluargaan. Umno mahu demokrasi terus subur dalam parti,” katanya apabila diminta mengulas mengenai perkembangan mesyuarat cawangan di Kedah yang bermula 15 Julai lepas.

Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yakin mesyuarat semua cawangan di Kedah dapat diselesaikan sebelum 31 Ogos.

Cawangan yang mahu membuat penangguhan mesyuarat boleh membuat permohonan bertulis berserta alasan kukuh kepada Ibu Pejabat Parti di Kuala Lumpur, katanya dan menambah mesyuarat cawangan di Kedah berjalan lancar setakat ini.

Ali Rustam Sahkan Akan Bertanding Pada Pemilihan UMNO

Posted: 04 Aug 2013 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri
Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan akan bertanding pada pemilihan parti Oktober depan.

Beliau bagaimanapun belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya
kerana masih mendapatkan maklum balas daripada akar umbi.

“Saya kena tengok pandangan daripada akar umbi. Selain Bandar Tun Razak, ada juga bahagian lain yang telah menyatakan sokongan, tapi saya kena dapatkan banyak maklum balas dari akar umbi apa jawatan yang patut saya bertanding. Kena dapatkan yang betul-betul tepat sebab kali ini semua ahli yang buat keputusan.

“Mungkin belum masa yang sesuai, nanti dah sampai masa saya akan beritahu sebelum tarikh tutup (pencalonan) 7 Sept,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 500 penerima termasuk anak yatim dan warga emas di sini hari ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka ini berkata dorongan kuat untuk beliau bertanding adalah disebabkan beliau mahu terus menyumbang kepada parti dan masyarakat.

Katanya pada masa kini kedudukan orang Melayu dan Bumiputera seperti
mahu diketepikan oleh banyak pihak dan ini menambah kepada semangatnya untuk mempertahankan hak golongan itu.

“Apa guna kita berjuang dalam politik kalau tidak kerana orang Melayu, hak agama Islam di samping menjaga kepentingan orang lain.

“Kalau kita tidak ada dalam parti, tidak melalui proses demokrasi
berpolitik, macam mana kita hendak pertahankan hak yang kita miliki sekarang. Itulah perkara yang akan saya perjuangkan secara berterusan,” katanya.

Mohd Ali, 63, dipilih sebagai Naib Presiden Umno pada pemilihan 2004,
bagaimanapun tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.

Beliau yang pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno turut
melahirkan sokongan penuh agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Shahruddin Zainal Abidin berkata bahagian itu memberi sokongan penuh kepada Mohd Ali untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan akan datang.

Najib Minta Rakyat Pertahan Keamanan Yang Dikecapi

Posted: 04 Aug 2013 01:34 AM PDT

PEKAN, 4 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keamanan dan kemakmuran yang dikecapi di negara ini perlu dipertahankan.

Katanya rakyat perlu bersyukur kerana dapat melaksanakan urusan seharian dan beribadat tanpa gangguan.

“Ada di negara lain yang terpaksa sambut puasa dan hari raya dalam
peperangan, konflik dan sebagainya…negara kita jauh lebih baik,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian zakat bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Perdana Menteri berkata keamanan dan kemakmuran yang dikecapi yang turut membolehkan umat Islam berpuasa dan berzakat dengan sempurna pada Ramadan ini juga menunjukkan negara ini diberkati Allah.

“Keberkatan memayungi negara ini, inilah rahmat yang diberikan Allah kepada rakyat Malaysia, jadi kita pertahankan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi ini,” katanya.

Najib berkata ibadat zakat juga dapat merapatkan hubungan dan kasih sayang sesama Islam apabila yang kaya membantu yang miskin.

“Zakat Allah tetapkan sebagai rukun, ada hikmahnya… antara hikmahnya melalui ibadat dan kefarduan zakat, dapat bersihkan jiwa, sifat kedekut, tamak dan terlalu cinta pada dunia, sifat terpuji, jadi pemurah dan kasih pada umat Islam lain,” katanya.

Pada majlis itu sebanyak RM1.5 juta wang zakat badan-badan korporat
antaranya Bank Rakyat dan Tabung Haji, diagihkan kepada 5,904 asnaf di Pekan.

Sementara itu seorang penerima, Mariah Mat Nor, 84, berkata dia sangat bersyukur dengan sumbangan tersebut.

Berasal dari Tanjung Medang di sini, Mariah berkata wang zakat berjumlah RM250 itu akan digunakannya untuk perbelanjaan Aidilfitri nanti.

“Ini tahun ketiga mak cik dapat sumbangan zakat sempena hari raya ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Harap tahun depan dapat lagi sumbangan zakat ini,” katanya.

Bagi Suwaidah Mamat, 63, yang memiliki anak kurang upaya, Mohd Saiful Hafizi Ismail, 19, berkata, duit itu akan digunakan untuk membeli baju dan kasut raya untuk anaknya.

“Sumbangan zakat ini sangat bermakna buat kami,” katanya.

Exco Tawar Diri Bertanding Naib Ketua Puteri

Posted: 04 Aug 2013 01:29 AM PDT

exco-puteri-umno-noor-sabrina-mohd-noor-kulim-bandar-baharu-kedah-naib-ketua

KULIM, 4 Ogos – Exco Pergerakan Puteri Umno Noor Sabrina Mohd Noor hari ini mengesahkan menawar diri bertanding bagi jawatan naib ketua puteri pada pemilihan Umno kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi negeri itu berkata beliau menawarkan diri selepas mendapati menerima sokongan daripada sayap Puteri di negeri-negeri pantai timur.

“Saya berharap pengalaman saya sebagai ketua Puteri Umno bahagian sejak
pergerakan Puteri wujud dan memegang jawatan exco pergerakan itu sejak 2008 akan menjadi nilai tambah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Iftar Ramadan, di sini hari ini.

Jawatan itu akan dikosongkan oleh penyandang Shahanim Mohd Yusuf yang sudah mencapai had usia.

Muhyiddin In Tehran For Inauguration Of New Iranian President

Posted: 03 Aug 2013 09:44 PM PDT

TEHRAN, Aug 4 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin arrived here today to represent Malaysia at the inauguration of the new Iranian president.

He is scheduled to join a number of presidents, prime ministers, deputy prime ministers and speakers of parliament at the inauguration of centrist and moderate cleric, Hassan Rouhani, as Iran’s seventh president at the Parliament bulding later in the day.

The special aircraft carrying Muhyiddin touched down at Tehran’s Mehrabad Airport just before 5 am local time (8.30 am Malaysian time) after a nearly eight-hour flight from Kuala Lumpur.

Accompanied by his wife Puan Sri Norainee Abdul Rahman and other officials, the deputy prime minister was met on arrival by Malaysian ambassador to Iran, Mohamad Sadik Kethergany and Iranian officials.

Muhyiddin will also attend a breaking-of-fast dinner at the Saadabad Palace tonight.

On the back of campaigning that touted ‘moderation and wisdom’, the 64-year-old Rouhani won the June 14 presidential election after garnering 50.7 per cent or 18.6 million of the 36.7 million votes cast.

Tehran mayor Mohammad Baqer Qalibaf came a distant second with 16.55 per cent of the votes while other contenders did not do that well either.

Rouhani succeeded Mahmoud Ahmadinejad whose eight-year presidency was marked by confrontational policies.

Observers have expressed hope that under the new presidency, a diplomatic solution would be found to the Iranian nuclear stand-off with the West as well improvements to the country’s economy and other social issues.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT