SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, August 3, 2013

UMNO Online - “Kerajaan Negeri Perlu Bantu Siasatan Dakwaan Rasis Di Hospital” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Negeri Perlu Bantu Siasatan Dakwaan Rasis Di Hospital” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Negeri Perlu Bantu Siasatan Dakwaan Rasis Di Hospital

Posted: 02 Aug 2013 01:29 AM PDT

GEORGE TOWN, 2 Ogos – Kerajaan negeri Pulau Pinang diminta bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mencari penyelesaian berhubung isu dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di sebuah hospital kerajaan di negeri  ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kerajaan  negeri menerusi exco Kesihatan Dr Afif Bahardin tidak wajar mengalih perhatian masyarakat dengan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

“Isu saman menyaman tidak sepatutnya timbul, kita ahli politik jangan gaduh sesama sendiri sebaliknya fokus untuk selesai masalah rakyat,” katanya pada program sumbangan raya kepada orang kurang upaya (OKU) di sini hari ini.

lim-guan-eng-ketua-menteri-kerajaan-negeri-dap-rasis-semua-salah-umno-bias-kaum-hina-rakyat

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan pernah berjanji secara lisan kepada Kementerian Kesihatan untuk menyerahkan laporan siasatan kes itu sebagaimana didakwa Hilmi baru-baru ini.

Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata setakat ini kementerian belum menerima laporan siasatan daripada kerajaan negeri berhubung kes itu.

Isu dakwaan terdapat doktor yang bersikap rasis terhadap pesakit itu dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal bulan lepas.

Terdahulu itu, Hilmi meraikan 843 kanak-kanak OKU dari 22 pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Pulau Pinang dengan membawa mereka membeli-belah di Pasaraya Mydin di sini sempena sambutan Aidil Fitri.

Program amal itu anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan Pertubuhan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Pulau Pinang (Sejati) dengan kerjasama Pasaraya Mydin.

Pemilihan CEC : DAP Umpama Ayam Kokok Berderai Tapi Ekor Penuh Tahi

Posted: 02 Aug 2013 01:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim, menyifatkan tindakan DAP yang enggan menurut arahan ROS untuk mengadakan semula pemilihan jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) seolah-olah mengesahkan berlakunya penyelewengan di dalam pemilihan tersebut baru-baru ini.

Menurut beliau, tindakan parti tersebut yang berkeras tidak mahu mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut seperti mana yang diarahkan oleh ROS memberi bayangan bahawa kepimpinan tertinggi parti tersebut cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum, khususnya ahli dan penyokong mereka.

"Kita berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Jika DAP mengatakan pemilihan CEC mereka telus dan tidak ada sebarang penipuan, apa yang perlu mereka takutkan? Sepatutnya mereka tidak ada masalah untuk mengadakan semula pemilihan tersebut bagi membukti ketelusan mereka.

"Tapi hari ini kita lihat DAP cuba berdolak dalih memberikan seribu satu alasan untuk melaksanakan semula pemilihan tersebut, sedangkan yang membuat aduan mendakwa berlakunya penyelewengan dalam pemilihan itu terdiri dari ahli mereka sendiri. Sebagai sebuah parti yang kononnya telus dan berintergiti, DAP tidak sepatutnya menafikan hak ahli mereka," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya mengumpamakan situasi parti tersebut berhubung isu krisis  penyelewengan pemilihan CEC seumpama penyakit bisul yang bakal meletup.

"Sampai bila kepimpinan tertinggi DAP hari ini mampu untuk menyembunyikan penyelewengan yang berlaku di dalam pemilihan parti tersebut? Satu hari ia akan meletus dan terbongkar pada pengetahuan rakyat dan ahli mereka sendiri.

"Justeru itu, saya menasihati kepimpinan tertinggi DAP agar berhenti daripada terus bersandiwara, berhentilah daripada menipu rakyat dan ahli dengan mendakwa parti tersebut sebuah parti yang telus dan berintergriti.

"Keadaan DAP di mata rakyat hari ini apabila kepimpinan parti tersebut berbicara tentang soal ketelusan dan intergriti adalah seperti perumpamaan pepatah Melayu, ayam yang kokoknya berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi,"akhiri beliau. -MediaUMNO

Perlembagaan Baru Bukti UMNO Bukan Sahaja Demokratik Tetapi Lebih Terbuka

Posted: 02 Aug 2013 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pemilihan UMNO pada kali ini yang bertunjangkan kepada Perlembagaan baru parti memperlihatkan sesuatu yang bukan sahaja berani malah dari segi faktanya UMNO lebih terbuka sifatnya serta paling demokratik.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata Perlembagaan baru yg diguna pakai dalam mesyuarat yang sedang berlangsung ini memperlihatkan suatu ciri di mana ia memperlihatkan UMNO parti yang diremajakan.

pemilihan-umno-kotak-undi-mengundi-pemuda-cawangan-bahagian-pusat

Menurut beliau maksud diremaja itu bukan hanya bermakna pemimpin dan golongan muda diberikan peluang untuk memimpin parti, malah lebih penting perubahan dlm perlembagaan memperlihatkan bahawa UMNO membuat perubahan sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa sekarang.

"Perlembagaan baru yang diguna pakai dalam mesyuarat ini menyedari akan tuntutan ahli dan orang Melayu yang mahukan UMNO menjadi parti yang terus sesuai dalam apa juga keadaan, dan ia dilakukan menerusi perlembagaannya.

"Pada saya apa yang penting ahli parti mesti menggunakan kesempatan dengan perubahan perlembagaan ini sebaik mungkin. Bukan maksud saya bahawa ia membawa erti kesempatan melalui cara mengubah kepimpinan. Pada saya ahli harus menggunakan kesempatan ini untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah parti terbaik dan memang layak mewakili kepentingan orang Melayu dalam banyak keadaan.

"Antaranya menerusinya UMNO mesti dilihat sebuah parti yg mampu menyediakan pemimpin terbaik untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia umumnya. Maka proses pemilihan ini mestilah berlaku dalam semangat kekeluargaan dan dalam susana harmoni bukan memperlihatkan kita berlumba-lumba mengejar jawatan dalam parti," katanya.

Tambah beliau lagi paling penting ahli UMNO mesti berpegang kepada prinsip parti. Dalam apa jua keadaan sekalipun kepentingan parti mesti dihadapan.

"Rakyat tentu akan menilai apa yang akan berlaku hasil daripada pindaan Perlembagaan UMNO yang pertama kali digunakannya. Kalau perubahan ini dilihat menguntungkan orang Melayu dan rakyat keseluruhannya, saya yakin UMNO akan terus dihormati oleh sesiapa juga.

"Tapi kalau ahli tidak bijak dan tidak memanfaatkan perubahan ini ianya boleh mengundang masalah besar. Tapi saya yakin UMNO dan ahlinya cukup matang dan mampu memastikan UMNO menjadi lebih kuat hasil perubahan dalam perlembagaannya yang pertama kali digunpakai, " ujarnya. -MediaUMNO

Waspada Tingkah Musuh Dalam Selimut, Manfaat Transformasi Pemilihan

Posted: 02 Aug 2013 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pemilihan UMNO yang buat julung jkalinya akan menggunapakai Perlembagaan baru dianggap satu pembaharuan dengan pelaksanaannya berlangsung kemas sebagaimana perancangannya yang telahpun bermula, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Ahli UMNO Bersemangat

Katanya, keteguhan UMNO didukung oleh struktur dan organisasi yang mantap namun demikian anggota parti perlu berwaspada agar tidak bersikap alpa kerana tentunya akan ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekeliruan dan huru-hara dalam parti.

"Sama ada dari dalam atau luar, kepimpinan parti dan ahli-ahlinya perlu sentiasa peka dengan manipulasi dan persepsi segelintir pihak yang mahu menghancurkan UMNO," katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, selama ini pun pakatan pembangkang banyak melemparkan tohmahan kepada UMNO namun dengan kekuatan, kesungguhan dan keyakinan yang ditanamkan dalam parti maka tentunya semua berita tidak benar dan hal-hal negatif berkaitan UMNO akan dapat ditepis.

"Prinsip demokrasi terbuka yang dilaksanakan dalam pemilihan akan datang akan memberi ruang kepada semua anggotanya maka tentunya ia akan mendapat sokongan dari akar umbi dan mematahkan tindakan mana-mana pihak yang berniat jahat pada UMNO.

"Pemilihan UMNO kali ini tentunya membawa ruang yang lebih terbuka, bersifat lebih meluas dan anggota parti akan dapat membuat lebih banyak pilihan untuk memilih pemimpin demi kesinambungan dan masa hadapan parti."

Terang beliau lagi, dengan penglibatan seramai lebih 150,000 anggota UMNO bagi menentukan kepimpinan parti maka tentunya 'empowerment' yang lebih luas dapat dilaksanakan.

"Jumlah ahli yang ramai ini juga akan menolak tohmahan kepada UMNO setiap kali pemilihan yang akan dikaitkan dengan politik wang sebagaimana yang sering dilemparkan kepada parti ini.

Pelaksanaan berkaitan pemilihan UMNO telah pun berlangsung dengan lancar sejak bulan Jun bermula siri jelajah penerangan ke tiap-tiap negeri dan persidangan Cawangan bermula pada 15 Julai lalu hingga 31 Ogos 2013.

Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO akan berlangsung pada 5 Oktober depan dan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013 dengan pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap akan diadakan pada 7 September (Sabtu) di Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Sementara Persidangan sayap pergerakan dan pemilihan serentak sayap pergerakan akan berlangsung pada 28 September. - MediaUMNO

Fitnah Scorpene Makin Ternyata Makan Diri Pembangkang Sendiri

Posted: 02 Aug 2013 01:07 AM PDT

Pendedahan Jasbir Singh Chahl mengenai penipuan pembangkang mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene telah mendedahkan rancangan jahat mereka untuk memburuk-burukkan imej kerajaan di mata masyarakat antarabangsa.

kapal-selam-scorpene-altantuya-najib-jasbir-singh-chahl

Pengakuan beliau sebagai individu yang bertindak sebagai arkitek urusan jual beli Scorpene bahawa wanita Monggolia bernama Altantuya Shaariibuu tidak terlibat langsung dalam mana-mana aspek perbincangan perniagaan itu apatah lagi mengenali beliau, sekaligus meranapkan pembohongan pembangkang selama ini.

Melalui pertubuhan haram, Suaram yang menjadi jurucakap Anwar Ibrahim, pembangkang telah menyebarkan pelbagai fitnah dan propaganda di seluruh negara dan juga luar negara untuk meraih keuntungan politik.

Altantuya telah dimangsakan oleh Anwar dan Suaram untuk mendapat simpati rakyat sejak beberapa tahun lalu.

Malah isu kematian wanita itu yang cuba dikaitkan dengan Scorpene telah dieksploitasi oleh Suaram untuk mengutip sebanyak dana mungkin daripada penyokong mereka yang ditipu bulat-bulat.

Malah isu kematian wanita itu yang cuba dikaitkan dengan Scorpene telah dieksploitasi oleh Suaram untuk mengutip sebanyak dana mungkin daripada penyokong mereka yang ditipu bulat-bulat.

Ini tidak termasuk sumbangan dana dari organiasi antarabangsa yang pro-Yahudi seperti Open Society Institute kepunyaan penyangak matawang, George Soros.

Isu Scorpene telah menjadi duri dalam daging sejak sekian lama kerana pembangkang telah berjaya mewujudkan persepsi negatif dalam perang saraf mereka terhadap kerajaan.

Bekas ahli parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang juga pernah menjadi peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama, membuat pendedahan dalam Dewan Rakyat satu ketika dahulu bahawa beliau diarah oleh Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya.

Anwar tidak berani menyaman Zulkifli walaupun beliau telah mengulangi kenyataan di luar parlimen berulang kali kerana tahu apa yang dikatakan adalah benar.

Walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika itu telah memberi penjelasan rasmi panjang lebar di dalam Dewan Rakyat pada tahun 2009 lagi, fakta-fakta mengenai pembelian Scorpene telah diputarbelit oleh pembangkang secara licik.

Antara lain pembangkang menyebarkan tohmah kononnya Perdana Menteri serta isteri akan disapina oleh pihak berkuasa Perancis untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Altantuya.

Suaram juga mendakwa Mahkamah ‘Tribunal de Grande Instance’ di Paris akan menjalankan perbicaraan mengenai penjualan kapal selam Scorpenen oleh anak syarikat kerajaan Perancis, DCNS.

Hakikatnya tidak ada sebarang usaha mahkamah Perancis menjurus kepada perbicaraan sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.

Apabila pembohongan ini berjaya didedahkan, pemimpin PKR, Tian Chua dengan cepat menafikan beliau pernah mendakwa akan ada perbicaraan di Perancis.

Begitu juga dengan isu komisyen sebanyak yang kononnya telah dibayar oleh DCNS kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda.

Perimekar mempunyai pemilik ekuiti terdiri daripada KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

Pembayaran yang diterima oleh Perimekar adalah bagi perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan sokongan dan koordinasi kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ini termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 kakitangan dan 49 pegawai yang ditempatkan di Perancis dan juga Sepanyol.

Syarikat itu tidak pernah menerima komisyen bagi mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri atau isteri beliau kerana semua fakta di catat secara jelas di dalam laporan audit yang merekodkan jumlah keuntungan selepas cukai bagi syarikat itu sebanyak RM105,111,191.

Dalam ertikata lain pembayaran yang diterima Perimekar adalah bagi servis yabg disediakan kepada TLDM dan bukannya komisyen seperti yang dicanang oleh pembangkang.

Ini selari dan konsisten dengan penjelasan Ahmad Zahid yang menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan tidak pernah membayar sebarang komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.

Ini selari dan konsisten dengan penjelasan Ahmad Zahid yang menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan tidak pernah membayar sebarang komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.

“Kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli daripada Syarikat Thales International adalah tidak benar,” kata beliau ketika menjawab isu Scorpene yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah Anwar di Parlimen pada tahun 2009.

Selain itu menteri turut menegaskan kementerian tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terarasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia yang didakwa bernilai 36 juta euro.

“Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terarasi,” tegas beliau.

siapa-jasbir-singh-chahl-scorpene-najib-altantuya

Kenyataan Jasbir baru-baru ini telah membersihkan nama kerajaan Malaysia dalam skandal khayalan ciptaan Suaram dan diangkat oleh pembangkang sebagai satu senjata politik utama mereka.

Jelas Jasbir lagi, pekerjaan Altantuya bukan sebagai seorang penterjemah bahasa Perancis sebagaimana dakwaan pembangkang malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga dipertikaikan.

Syarikat DCNS yang membekal 2 buah kapal selam Scorpene kepada kerajaan adalah sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan segala urusan antarabangsanya dengan syarikat termasuk dari Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan dan bukannya bahasa Perancis.

Oleh kerana tidak perlu mengambil khidmat seorang juru bahasa dan sekiranya diperlukan sekali pun apakah alasan untuk menggunakan perantaraan seorang wanita dari Mongolia?

Malah dokumen rasmi dari pihak polis Perancis  mengesahkan wanita itu tidak pernah memasuki negara itu antara tahun 1999 hingga 2006.

Tetapi pembangkang telah memesongkan fakta dengan mengedit gambar-gambar Altantuya untuk menunjukkan beliau berada di bumi Perancis bagi mengguatkan pembohongan mereka.

Individu-individu yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene juga mengaku tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu, jauh sekali terlibat dalam perbincangan mengenai urusniaga tersebut antara tahun 2000 hingga 2002.

Malah Abdul Razak Baginda,  yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri, dikatakan hanya bertemu Altantuya pada tahun 2004.

Altantuya dibunuh pada tahun 2006 setelah cebisan mayatnya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada 7 November tahun itu, 17 hari selepas kehilangannya  dilaporkan kepada pihak polis.

Bagaimana pula pembangkang boleh mendakwa wanita itu mengambil bahagian dalam urusan perbincangan Scorpene awal daripada 2004?

Jelas isu Scorpene telah diwujudkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya menggunakan platform Suaram untuk menggugat kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan tetapi kini tiba giliran pembangkang pula untuk menerima tempias daripada segala fitnah dan onar mereka lakukan selama ini.

Dr Muslim Umar

Mesyuarat Focus Group Bincang Ketidaksamaan Pendapatan, Kata Ahmad Husni

Posted: 02 Aug 2013 12:59 AM PDT

PUTRAJAYA, 2 Ogos – Mesyuarat Focus Group (Kumpulan Tumpuan) hari ini akan membincangkan isu-isu ketidaksamaan pendapatan bagi mendapatkan input untuk dipertimbangkan di bawah Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ketidaksamaan pendapatan merupakan satu isu kebimbangan utama kepada kerajaan dan beberapa inisiatif telah diambil untuk mengubah negara menjadi sebuah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Dengan semangat keterangkuman seperti yang dinyatakan di bawah Model Ekonomi Baharu, kami akan memastikan semua rakyat akan mendapat manfaat daripada kemakmuran dan pembangunan negara,” katanya dalam ucapan pembukaan beliau pada permulaan mesyuarat itu.

Siri mesyuarat Focus Group adalah agenda tahunan Perbendaharaan untuk berbincang dengan pemegang kepentingan relevan — sektor awam dan swasta serta organisasi bukan kerajaan.

“Kita telah menyaksikan sejak kebelakangan ini bagaimana kemarahan dan pergolakan sosial mudah tercetus di negara-negara tanpa pertumbuhan terangkum dan yang mencatatkan kadar pengangguran belia tinggi.

“Inilah sebabnya mengapa kerajaan menekankan kepentingan perpaduan, keamanan dan keharmonian bagi aktiviti ekonomi untuk berkembang maju agar setiap warganegara dan masyarakat boleh mempunyai peluang untuk menyumbang dan berkongsi hasil daripada pembangunan,” kata Ahmad Husni.

Beliau juga berkata purata pendapatan isi rumah bagi rakyat Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 tahun lepas, mencerminkan purata pertumbuhan tahunan 7.2 peratus.

“Walaupun ini merupakan satu peningkatan, masih terdapat jurang antara paras pendapatan dalam kalangan kumpulan etnik, penduduk di bandar dan kawasan luar bandar.

“Sebagai contoh, jurang pendapatan bandar-luar bandar melebar daripada 1.8 pada 2009 kepada 1.9 tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan kepada Gini Coefficient, indeks yang mengukur tahap ketidaksamaan dalam agihan pendapatan di sesebuah negara, menunjukkan aliran yang bertambah baik di Malaysia di mana pendapatan turun daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.431 tahun lepas.

“Bagaimanapun, Gini Coefficient Malaysia masih tinggi berbanding negara lain seperti Thailand pada 0.4, Indonesia (0.37) dan India (0.33).

“Meskipun penambahbaikan itu, indeks Gini Malaysia kekal tidak berubah pada 0.4 sejak lewat 1980-an.

“Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu kekurangan dan membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan, mereka percaya masih banyak lagi yang boleh dilakukan,” katanya.

UDA Holdings Has Built 112 Shops In Towns, Small Towns, Says V-P

Posted: 02 Aug 2013 12:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 2 – UDA Holdings Bhd has built 112 units of shops in towns and small towns in six states as of last month at a cumulative cost of RM15 million.

Vice-President (I) and UDA Land Sdn Bhd Chief Operating Officer Mohd Hassan Mohd Salleh said construction of the shops in Melaka, Johor, Kelantan, Pahang, Terengganu and Perak started in August 2011.

He said the shops were built in three districts in Perak and Terengganu, respectively, two districts in Pahang and one district in Kelantan.

The shops were built to increase the income of the rural community, particularly Bumiputeras, by providing them with business premises in towns and small towns, he said in a statement.

Mohd Hassan said Uda Holdings is expected to hand over similar shops to the Teluk Intan Municipal Council, Perak Tengah and Jeli district councils after Hari Raya Aidilfitri.

Previously, the company has handed over such shops to Dungun, Jasin, Taiping and Muar municipal councils and Pekan district council, he said.

Early last month, two handing-over ceremonies of five units of two-storey shops in Kemasik at Kemaman district, and in Mentakab were held, he said.

Mock keys were also handed to the presidents of the two local authorities to mark the official handing over of the shops, he added.

Jakim Putuskan Video Wanita Sambut Aidilfitri Bersama Anjing Hina Islam

Posted: 02 Aug 2013 12:11 AM PDT

PUTRAJAYA, 2 Ogos -  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata SKMM akan merujuk kepada Jakim mengenai video itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Ahmad Shabery berkata kes itu akan diserahkan kepada Peguam Negara jika Jakim memutuskan ia mencemar kesucian agama.

Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Maznah direman dua hari hingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk membantu siasatan setelah diambil keterangan di Bukit Aman semalam.

Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM600,000 kepada 3,000 pengawal keselamatan dan sumbangan bernilai RM40,000 kepada 100 pendakwah bebas di sini hari ini.

Mengenai fahaman syiah di negara ini, Jamil Khir berkata pihak jabatan mufti terutamanya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain sudah mengambil keterangan daripada pihak yang mendakwa mereka sebagai penganut syiah.

“Ada jabatan lain juga telah memanggil dan memberikan mereka kaunseling,” katanya.

Selain itu, katanya usaha mengekang penyebaran fahaman itu yang telah diharamkan di negara ini akan terus dipergiatkan sama ada melalui media, mahupun ‘road show’ ke pelbagai tempat untuk menyedarkan masyarakat.

Beliau turut sependapat dengan ulama tersohor Dr Yusof al-Qadrawi seperti dilaporkan akhbar hari ini yang mengisytiharkan golongan Syiah merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

“Sebab itu Malaysia melalui fatwa sejak 1984 dan yang diperkemaskan lagi pada 1996 oleh jawatankuasa muzakarah fatwa dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mEmutuskan Syiah adalah pegangan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ia juga diiktiraf salah di Malaysia. Jadi saya rasa ianya selaras dengan Dr Yusof Qadrawi seperti disebutkan dalam pandangan beliau,” katanya.

Hasan Assures Sufficient Fuel Supply Nationwide

Posted: 01 Aug 2013 09:37 PM PDT

KUALA PILAH, Aug 2 – Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Minister Datuk Hasan Malek has given assurance that there will be sufficient supply of petrol and diesel in the country to meet consumer demands during Aidiltfitri and in the future.

He said he was able to give the assurance after convening a meeting with fuel station operators recently.

“The recent shortage of petrol and diesel was due to panic-buying, which was caused by speculation of an increase in the price of petrol and diesel.

“I would like to advise the public not to believe in such a speculation and to stop spreading the rumours because panic-buying will only cause problems,” he told reporters here yesterday.

Hasan, who is the Kuala Pilah member of Parliament the public could lodge complaints to his ministry if they were denied purchase of petrol or diesel by any fuel station operators.

Meanwhile, Hasan said the Cabinet had also given its consent to the ministry to carry out detailed study on matters concerning prices of goods and leakage rates.

“We will take matters to the national key result areas (NKRA) labs to be studied thoroughly. We will also take into consideration the matters of subsidy,” he said.

Earlier, the minister attended the breaking-of-fast event organised by Pilah state constituency at Al-Firdaus Mosque in Melang and presented Baitumal aid of RM3,500 each to eight mosques in the state.

At the event, over 300 orphans, senior citizens and single mothers also received Raya goodies, courtesy of Companies Commission of Malaysia, Bank Rakyat, Mara Education Foundation and Tesco Hypermarket.

Also present was Pilah assemblywoman Datuk Norhayati Omar.

Bekalan Minyak Petrol & Diesel Mencukupi – Hasan

Posted: 01 Aug 2013 09:08 PM PDT

KUALA PILAH, 2 Ogos -  Bekalan minyak petrol dan diesel negara mencukupi termasuk untuk kegunaan sepanjang perayaan Aidilfitri minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Katanya beliau telah berjumpa dengan semua syarikat minyak baru-baru ini untuk mendapatkan jaminan bekalan.

“Kekurangan minyak petrol dan diesel baru-baru ini adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga bahan ini akan dinaikkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah di Masjid Al-Firdaus, Melang di sini malam Khamis.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, hentikan mewarwarkan cerita yang tidak betul yang hanya menyusahkan banyak pihak, katanya.

Hasan meminta orang ramai membuat aduan kepada kementerian jika ada stesen minyak yang tidak mahu menjual minyak petrol dan diesel supaya tindakan boleh diambil.

Beliau juga berkata kementerian dengan persetujuan Kabinet akan membuat kajian menyeluruh perkara berkaitan harga barangan, ketirisan, subsidi harga dan lain-lain.

“Ini saya akan bawa ke makmal NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk dibincangkan bagi pelan jangka panjang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT