SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, August 2, 2013

UMNO Online - “China’s Foreign Minister Calls On Najib” plus 9 more

UMNO Online - “China’s Foreign Minister Calls On Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

China’s Foreign Minister Calls On Najib

Posted: 01 Aug 2013 01:03 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 1 – China’s Foreign Minister Wang Yi today paid a courtesy call on Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at his office here.

At the almost hour-long meeting, the two leaders discussed bilateral, regional and international matters of mutual interest.

Earlier, Wang Yi held talks with Malaysian Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman at Wisma Putra here.

Wang Yi is in Malaysia with a six-member delegation, his maiden visit to the country since assuming the post of foreign minister in March.

The visit reflects China’s continued interest in its relations with Malaysia, which have trade and economic cooperation as the major aspects.

At a time when Malaysia and China are preparing to mark the 40th anniversary of diplomatic relations in 2014, Wang Yi’s visit reflects the commitment of the Chinese government to adopt a broader approach in its relations with Malaysia, in particular, and the region, in general.

Pemilihan UMNO Jadi Gambaran Parti Terhadap Rakyat

Posted: 01 Aug 2013 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Pemilihan UMNO pada tahun ini yang berpaksikan kepada Perlembagaan parti yang baru bukan sahaja memperlihatkan UMNO ke depan malah apa yang lebih penting ianya satu gambaran dan corakan UMNO kepada rakyat.

pemilihan-umno-kotak-undi-mengundi-pemuda-cawangan-bahagian-pusat

Exco Pemuda UMNO Ustaz Syahrin Jamaluddin berkata seiring dengan itu asas penawaran kelak tidak boleh berdasarkan kepada soal dendam, 'test power' atau saja-saja sebaliknya penawaran nanti mestilah berteraskan kepada yang layak dan sebagainya.

"Inilah yang dikatakan mentransformasikan parti, maka kita nak lakukan ianya mestilah dengan penawaran sebelum dibuat pemilihan. Kalau tidak ada tawaran tidak jadi memilih juga.

"Namun asas penawaran itu tidak boleh diasaskan hanya kerana dendam, 'test power' atau saja-saja sebaliknya penawaran yang lebih sesuai sepertimana perumpamaan kalau pakai baju biarlah ikut saiz badan. Kalau kita rasa mampu kenapa tidak tampilkan diri dan biar perwakilan buat pilihan," katanya.

Beliau seterusnya menambah pemilihan kali ini cukup penting kepada parti dan amanah yang dipikul oleh mereka yang layak membuat pilihan kelak sesuatu yang cukup bermakna.

"Tunjukkan bahawa kita menjadi contoh yang terbaik khususnya dalam mentransformasikan parti kerana kalau dulunya dalam pemilihan Majlis Tertinggi hanya jumah tertentu sahaja yang layak berbuat demikian.

"Begitu juga dengan sayap parti yang mana dengan jumlah tertentu sahaja. Kali ini dengan jumlah yang besar tentunya ramai yang boleh membuat penilaian terbaik untuk memimpin parti. Kita buktikan transformasi parti menjadi realiti," ujarnya. – MediaUMNO

Ahli Parti Digesa Bersatu Tolak Adu-Domba Mahu Rosakkan UMNO

Posted: 01 Aug 2013 12:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ahli-ahli UMNO harus bersatu dan menolak segala adu-domba pihak tertentu yang mahu melihat parti UMNO hancur dan berpecah-belah, khususnya menjelang pemilihan di segenap peringkat UMNO tahun ini.

Safarizul-Mustafa-Penerangan-Pemuda-Ampang-Selangor-UMNO-BN

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul Mustafa berkata, adu-domba dan gerakan 'cantas-mencantas' khususnya ketika proses pemilihan UMNO ini memang sudah lama dan ianya seperti sudah menjadi asam garam dalam politik, namun ketika melewati usia 67 tahun, ahli-ahli UMNO sudah matang dalam menentukan masa depan parti keramat yang dicintai ini.

"Walaupun asam garam politik ini tidak dapat dielakkan, namun kita nampak ianya semakin tidak serius, sebaliknya ahli-ahli UMNO sekarang sudah mula bercakap mengenai penyatuan dan perpaduan di dalam UMNO bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO khususnya dalam menghadapai Pilihan Raya Umum ke-14.”

Katanya, anggota parti harus melihat kepada asas perjuangan UMNO yang memberikan nilai dan makna kepada masyarakat, kesan perjuangan yang turut mencorak kehidupan rakyat.

“Ahli-ahli UMNO harus ikhlas, jujur dan setia, jangan leka dengan gosip, mengata, memperlekeh sesama kita, mengejek dan berjenaka tentang pemimpin kita, apatah lagi turut sama tambah-menambah, umpat-mengumpat dan akhirnya menjadi tohmahan, tidak pasal-pasal kita sama-sama menfitnah dan merosak, melemahkan diri, meruntuhkan kekuatan UMNO, mereputkan perpaduan parti, memburukkan bangsa Melayu sendiri selain mencemar sifat terpuji Islam," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambahnya, orang yang membuat adu-domba ini merupakan orang yang kecewa dalam parti dengan tujuan untuk menaikkan namanya atau menaikkan calon yang dibawanya.

"Justeru, warisan perjuangan UMNO ini tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diubah kerana ia warisan pejuang yang terdahulu yang telah berkorban untuk anak bangsa. Kita harus sedar, perjuangan UMNO selama ini telah membawa kestabilan, keamanan, kemakmuran dan semua nikmat yang bermakna kepada anak bangsa dan semua yang hidup bersama dalam masyarakat di dalam Negara kita," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Enggan Turut Arahan ROS Bukti DAP Di Tadbir Kepimpinan Kuku Besi – Fairus

Posted: 01 Aug 2013 12:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Keengganan DAP mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), membuktikan bahawa parti kini ditadbir oleh kepimpinan kuku besi, kata Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin.

dap-cec-parti-rasis-kuku-besi-ros-guan-eng-kit-siang-perkauman-cina

Menurut beliau, ini memandangkan tindakan ROS itu adalah berdasarkan laporan oleh ahli parti itu sendiri yang membuat pengaduan bahawa berlakunya penafian hak mereka sebagai ahli di dalam parti tersebut.

"Perkembangan yang terbaru ini sudah cukup untuk memperlihatkan wajah sebenar DAP adalam berurusan dengan ahlinya secara diktator dan angkuh.

"Mereka mahukan semua pihak tunduk pada kehendak mereka, sedangkan mereka tidak akan tunduk pada mana-mana pihak, biarpun mereka didapati telah melakukan kesalahan, seumpamanya contoh kes CEC ini. Inilah sikap pemerintah kuku besi atau diktator yang kini menguasai DAP," ujar beliau kepada UMNO Online hari ini.

Bagaimanapun beliau turut mengingatkan agar pihak yang terbabit tidak terperangkap dengan mainan politik DAP berhubung kes ini.

"Kita juga kena waspada dengan tektik dan teknik politik DAP yang mungkin sengaja mahu ROS berkeras sehingga menjurus kepada tindakan mengharamkan parti tersebut.

"Jika ini berlaku, maka DAP akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memainkan sentimen politik perkauman yang berkemungkinan boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara," tegasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat, khususnya pro pembangkang  agar menilai dengan rasional sikap kepimpinan DAP yang keras kepala serta mentadbir parti dengan cara kuku besi tanpa mempedulikan suara akar umbi ahli mereka sendiri.

"Ini sudah cukup bukti bahawa DAP sememangnya belum layak mentadbir negara. Parti yang sekecil itu pun tidak dapat ditadbir dengan baik, apatah lagi mahu mentadbir negara jika dipilih rakyat.

"Tetapi saya yakin, majoriti rakyat di negara ini sudah celik dengan permainan DAP dan tidak akan memilih parti tersebut untuk menjadi pemerintah di negara ini," ujarnya. – MediaUMNO

PM: Gov’t Looking At Policy Options To Strengthen Fiscal, Micro Position

Posted: 01 Aug 2013 12:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 1 – The government is looking at various policy options to strengthen the country’s fiscal and micro position, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

“We do understand that there is a need for us to strengthen it,” he said in a press conference on the introduction of a new iconic brand, ‘Malaysia’s Islamic Finance Marketplace’, here today.

The Prime Minister said this in response to Fitch Ratings’ concern on Malaysia’s public savings and structural budgetary reform that require reforms to stabilise the credit outlook.

The rating agency has revised Malaysia's sovereign credit rating outlook from stable to negative while affirming Malaysia's long-term foreign and local currency at 'A-' and 'A', respectively.

Najib said the affirmation on the country’s long-term foreign and local currency is something positive, while the revision depends on the move that the government makes.

“I think it is good for us because it signals their concern — it is a concern that we share as a government, and we will seek to address those concerns.

“The actual details will be unveiled shortly particularly in the forthcoming budget, so this is not too long,” he said.

Earlier, Najib invited the global financial community to come and capitalize on Malaysia’s Islamic finance marketplace and expressed hope for more cross-border multi-currency transactions.

He said the task now lies with the players and drivers of the marketplace to build and drive the industry and increase connectivity for the advancement of the global Islamic finance market.

“Malaysia has created a comprehensive and progressive Islamic Finance Marketplace that has grown from strength to strength for over 30 years.

“This level of sophistication in Malaysia’s Islamic Finance Marketplace that is open to the world is a culmination of the concerted efforts of our Islamic financial industry community,” he said.

Najib said the existence of a robust regulatory, supervisory, Shariah and legal framework in Malaysia offers a highly conducive environment for potential users of Islamic finance.

He said expertise, innovative products and deal-flows are to be found in the Malaysia Islamic Finance Marketplace .

“A wealth of Islamic finance platforms are available to the world to utilise: in banking, sukuk, equities, takaful, re-takaful, wealth management, talent development and professional ancillary services,” he said.

Mahkamah Tolak Petisyen Pas, DUN Rungkup Kekal Dimenangi BN

Posted: 01 Aug 2013 12:10 AM PDT

IPOH, 1 Ogos – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan bekas calon PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum (PRU13) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dengan kos dan mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas mendapati peguam individu Chan Kok Keong yang mewakili pempetisyen Misbahul Munir Masduki hanya memfailkan notis penerimaan lantikan di mahkamah semalam.

Ia bertentangan dengan Perintah 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 yang memerlukan peguam memfailkan notis penerimaan lantikan sebaik sahaja beliau dilantik sedemikian.

Bagi perkara itu, hakim memerintahkan pempetisyen membayar kos masing-masing RM5,000 kepada responden pertama, anggota DUN Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim turut mendapati bahawa walaupun pempetisyen telah melantik peguam individu untuk mewakilinya, namun petisyen yang difailkan pada 13 Jun lepas adalah melalui firma guaman, iaitu Tetuan Chan & Associates.

Sekaligus ia bertentangan dengan Perintah 9 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 yang mengkehendaki nama peguam mewakili pempetisyen perlu disertakan bersama petisyen yang difailkan selain hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen berkenaan dan bukan firma guaman.

Umi Kalthum juga mendapati dokumen petisyen versi bahasa Melayu yang difailkan di mahkamah pada tarikh berkenaan ditandatangani oleh peguam Chan Kok Keong yang disahkan beliau semasa prosiding hari ini.

Hakim menyifatkan perkara itu merupakan satu hal yang sangat serius kerana ia melibatkan kuasa, kerana Misbahul Munir sebagai pempetisyen adalah pihak yang mempunyai kuasa, gagal menandatangani dokumen petisyen berkenaan.

Bagaimanapun dokumen petisyen versi bahasa Inggeris yang tidak difailkan dan digunakan sebagai rujukan pihak pempetisyen serta responden ditandatangani oleh Misbahul Munir selaku pempetisyen.

Umi Kalthum turut mengarahkan pempetisyen membayar kos masing-masing RM30,000 kepada Shahrul Zaman dan SPR.

Sejurus kemudian, Misbahul Munir yang berada di tempat orang awam dalam mahkamah berkenaan bangun memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak mengenakan sebarang kos terhadapnya atau mengurangkan nilai kos berkenaan.

Bagaimanapun Umi Kalthum berkata kos telah ditetapkan dengan mengambil kira beberapa aspek dalam setiap undang-undang dan ia tidak terhad kepada yang melibatkan petisyen pilihan raya.

“Petisyen pilihan raya merupakan satu perkara yang serius. Anda berhak ambil tindakan (menerusi undang-undang) namun anda juga perlu menanggung risiko. Ini satu tindakan undang-undang yang berat.

“Saya berpendapat ia adalah kos yang munasabah bagi pihak-pihak responden, selain masa yang diambil oleh pihak yang terlibat, betapa mahalnya tenaga kerja yang perlu,” katanya.

JAKIM Dirujuk Berhubung Kes Video Raya Bersama Anjing – Shabery

Posted: 01 Aug 2013 12:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum membuat keputusan berhubung kes penyebaran video ’1 Hari Di Hari Raya’ baru-baru ini yang dianggap menghina Islam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata pandangan dan nasihat Jakim diperlukan bagi memutuskan sama ada video itu mencemar kesucian agama Islam.

“Sekiranya Jakim mendapati video itu menyentuh sensitiviti agama, maka SKMM akan buat keputusan supaya kes itu diserahkan kepada peguam negara,” katanya kepada pemberita selepas meyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara TM Net Sdn Bhd dan Astro Malaysia Holdings Berhad di sini.

Turut hadir Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Polis semalam menahan Maznah Mohd Yusof, 38, selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Maznah dipercayai individu yang memuat naik video itu tiga tahun lepas di YouTube.

Rakaman video selama 1 minit 44 saat itu, memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan menggunakan suara latar Takbir Raya.

Video itu turut menunjukkan individu itu yang memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu)

Maznah kini direman dua hari hingga esok di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor setelah diambil keterangan di Bukit Aman semalam.

Selain itu, Shabery berkata SKMM telah pun merekod kenyataan Maznah dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui niat sebenar individu itu membuat video berkenaan.

“Banyak pandangan berbeza yang kita terima berhubung kes ini, jadi siasatan perlu dijalankan,” katanya.

Mengenai kerjasama itu, dua saluran sukan Astro iaitu Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD akan disiarkan menerusi perkhidmatan Televisyen Protokol Internet TM, HyppTV mulai hari ini.

Astro dan TM turut bersetuju untuk meneruskan kerjasama bagi menyiarkan saluran televisyen NJOI (nama untuk servis siaran tv percuma daripada Astro) dan stesyen radio terpilih menerusi Hypp TV.

Perjanjian itu ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan.

BNM Pastikan Penyelarasan Tukaran Ringgit Yang Stabil – Ahmad

Posted: 01 Aug 2013 12:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memastikan penyelarasan yang teratur dan kadar pertukaran ringgit yang stabil kerana ia penting untuk memudahkan aktiviti perdagangan dan pelaburan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata BNM bagaimanapun tidak menyasarkan sebarang paras atau trend tertentu bagi kadar pertukaran kerana pada dasarnya ia ditentukan oleh asas-asas ekonomi negara.

“Kestabilan ini memberikan masa yang mencukupi kepada para pengeksport dan sektor perniagaan untuk membuat penyesuaian dengan persekitaran yang berubah-ubah, dengan mengagihkan semula sumber mereka dan beralih ke bidang baharu yang mempunyai kelebihan berbanding perniagaan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata, di bawah struktur kadar pertukaran apungan terurus, ringgit diuruskan berbanding dengan mata wang semua rakan dagangan utama.

“Oleh itu, tumpuan bukanlah terhadap prestasi ringgit berbanding dengan sesuatu mata wang atau kumpulan mata wang tertentu.

“Berbanding dengan mata wang rakan-rakan dagangan utama Malaysia, ringgit secara relatif kekal stabil,” tambah beliau.

Ahmad berkata kadar pertukaran wang negara bukanlah alat dasar untuk menguruskan inflasi.

“Rangka kerja dasar monetori BNM menggunakan kadar dasar semalaman (OPR) untuk mencapai matlamat dasar monetari iaitu mengekalkan kestabilan harga di samping memberi perhatian kepada perkembangan dalam ekonomi,” katanya.

Kadar inflasi Malaysia kekal rendah pada 1.6 peratus pada tahun 2012 dan 2013 seperti yang diukur Indeks Harga Pengguna, tambah beliau.

PM Saddened By Death Of Two Talented National Sportsmen

Posted: 31 Jul 2013 10:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 1 – Datuk Seri Najib Tun Razak expressed sadness over the passing of two talented national sportsmen, with the latest incident early today.

The prime minister, in his Twitter message, said the late national basketball player Jacky Ng Kiat Kee, 25, and national hockey player Chua Boon Huat, 33, would be missed by Malaysians.

“Saddened to learn about the passing of Jacky Ng and Chua Boon Huat. They were both talented national athletes who will be missed by all,” he said.

Ng passed away while representing the country in an invitational tournament in China, believed to be due to a heart attack, last Sunday.

Chua was killed early today in a road accident on the Damansara-Puchong Expressway (LDP), near the Kelana Jaya LRT station.

The Proton Perdana car driven by Chua, was believed to have collided with a tanker lorry watering plants along the LDP in the 2.25am accident, said a Petaling Jaya police spokesman.

Ekonomi Malaysia Berkembang Pada 2013 Dan 2014, Kata Najib

Posted: 31 Jul 2013 10:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ekonomi Malaysian diunjur terus berkembang pada 2013 dan 2014 meskipun pertumbuhan menyederhana sedikit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

kuala_lumpur_malaysia_maju_ekonomi

Beliau berkata permintaan domestik akan terus menjadi tunjang pertumbuhan walaupun permintaan luaran terus menyederhana, dengan pertumbuhan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor swasta dan disokong oleh sektor awam.

“Bagaimanapun wujud risiko untuk pertumbuhan, terutama persekitaran luar,” kata Najib pada sidang media selepas menghadiri taklimat lembaga pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini.

Najib berkata pertumbuhan dunia dijangka kekal sederhana memandangkan pertumbuhan di ekonomi maju utama masih terjejas oleh pelarasan struktur berterusan dan ketidaktentuan dasar.

Beliau berkata Malaysia akan berhadapan turun naik pasaran kewangan memandangkan ekonomi utama terbabit masih menentu ukur dasar masing-masing.

“Berdasarkan persekitaran yang mencabar ini, BNM menetapkan beberapa cadangan untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan agenda transformasi ekonomi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan bernilai Tambah tinggi,” katanya.

Selain itu Najib berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan makro dan kedudukan fiskal negara.

“Kita sudah mewujudkan jawatan kuasa fiskal kita sedang mengenal pasti beberapa cabaran dan kesemua ini akan ditangani tidak lama lagi, terutama dalam belanjawan akan datang,” kata Najib.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT