SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, August 1, 2013

UMNO Online - “Cadangan Perkenal Semula ISA Perlu Dibincang – Shafie” plus 9 more

UMNO Online - “Cadangan Perkenal Semula ISA Perlu Dibincang – Shafie” plus 9 more

Link to UMNO Online

Cadangan Perkenal Semula ISA Perlu Dibincang – Shafie

Posted: 31 Jul 2013 09:03 AM PDT

PUTRAJAYA, 31 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

shapie-apdal-menteri-naib-presiden-umno-bn-sabah

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di sini, Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Mengenai MoU itu, Mohd Shafie berkata kementerian telah melantik Syamille sebagai pembekal bagi projek ternakan lebah kelulut.

“Projek ternakan lebah kelulut ini dijangka memberikan hasil pendapatan tambahan kepada penduduk kampung dan mampu mencecah pendapatan melebihi RM10,000 sebulan ekoran permintaan tinggi bekalan madu lebah kelulut di pasaran tempatan dan luar negara,” katanya.

Menurutnya, matlamat projek itu adalah untuk mempromosi dan menggerakkan transformasi pemikiran masyarakat di seluruh negara agar mengamalkan pengambilan madu sebagai amalan hidup seharian untuk kekal sihat dan cergas.

UMNO, BN Perlu Yakinkan Warga Bandar – PM

Posted: 31 Jul 2013 08:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Julai - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji kaedah berkesan bagi membolehkan parti kembali diyakini serta menjadi pilihan masyarakat bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

najib-umno-bn-sokongan-bandar-pengundi-buka-puasa-setiawangsa

Beliau berkata pemimpin dan anggota parti perlu berkerja keras bagi menterjemahkan kekuatan sebagai satu-satunya parti yang mampu membangunkan ekonomi negara dan juga parti yang suatu ketika dahulu pernah berjuang memerdekakan negara.

Mengambil ikhtibar daripada mesej yang disampaikan rakyat ketika Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Najib berkata bagi memenangi kembali hati penduduk bandar, masalah utama yang menjadi kerisauan mereka iaitu jenayah atau rasuah, lalu lintas dan harga rumah mampu milik perlu terlebih dahulu ditangani.

“Selain proses dalaman memperbaiki kelemahan parti dan bermuhasabah, kita juga perlu ada perasaaan rendah hati demi rakyat dengan mengenal pasti masalah masyarakat bandar yang perlu diperjuangkan sehingga memberi kepuasan kepada mereka,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin UMNO dan BN serta masyarakat Wilayah Persekutuan di Masjid Muadz Al-Jabbar di sini.

Najib, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN, berkata kerajaan komited untuk memerangi jenayah dan rasuah bagi memastikan rakyat bebas dari ancaman jenayah berat, ragut dan pecah rumah.

Beliau berkata kerajaan juga mahu memastikan semua rakyat, sama ada berpendapatan rendah dan tinggi dapat menggunakan kemudahan pengangkutan awam dengan selesa bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

“Seperti bandar London dan New York, yang mana semua rakyat berpendapatan tinggi, mereka juga gunakan pengangkutan awam, kalau kita boleh sampai ke tahap itu kita boleh beri kepuasan kepada rakyat,” katanya.

Katanya kerajaan juga akan membina 85,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang di Wilayah Persekutuan, dengan harga dalam lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 bagi memenuhi permintaan masyarakat bandar.

Dalam pada itu, Najib mengajak rakyat bersyukur kerana dapat mengamalkan ibadah puasa dengan penuh ketenangan berbanding negara-negara Islam lain yang sedang berada dalam kancah pergolakan yang dahsyat.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan sumbangan Aidilfitri dan duit raya kepada 1,500 anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU), fakir miskin dan ibu tunggal di sekitar Parlimen Setiawangsa.

Najib turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama ribuan jemaah di masjid berkenaan.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

PPPM Tetap Dilaksana Walau Ditentang Dong Zong – TPM

Posted: 31 Jul 2013 08:47 AM PDT

MUAR, 31 Julai - Kerajaan akan tetap melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak ada sebab badan itu harus menentang langkah kerajaan untuk transformasikan sistem pendidikan negara menerusi PPPM kerana ia langsung tidak menggugat kedudukan bahasa Cina dalam pendidikan negara.

“Dong Zong baru-baru ini buat konvensyen bantah pelaksanaan PPPM kerana katanya pelan ini nak hapus bahasa Cina. Saya cabar mereka untuk baca setiap inci ayat dalam PPPM, jika ada perkataan kita nak hapuskan bahasa Cina, biar saya jawab, tidak ada.

“Tetapi entah macam mana agaknya ia menghantui mereka kononnya pelan ini suatu hari nanti akan menghapuskan bahasa Cina hanya kerana kerajaan mahu tingkat prestasi bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan.

“Kerajaan hendak tingkatkan mutu pelajaran di sekolah kebangsaan kerana memang sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu, jadi salah ke tindakan kerajaan itu,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata demkian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan zakat kepada golongan asnaf di Surau Saadiah, Batu Satu Bakri di sini, Rabu.

Majlis turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Uda Holding Ahmad Abu Bakar.

Muhyiddin berkata pelan itu juga tidak mempunyai niat terselindung terhadap pengajaran bahasa lain dalam sistem pendidikan negara walaupun ada yang menganggapnya demikian.

Sehubungan itu, katanya sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap usaha membela perjuangan bahasa Melayu, pelan tersebut akan tetap dilaksanakan tanpa rasa terganggu, tergugat dan takut sedikitpun.

Kerajaan mahu semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak masuk ke sekolah kebangsaan demi perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di negara ini, tegasnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata jika Malaysia tidak memberikan tumpuan kepada bidang ilmu, negara akan terus mundur dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain di dunia.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menerima zakat perniagaan bernilai RM150,000 untuk golongan asnaf daripada Uda Holdings Berhad yang disampaikan oleh Ahmad.

Uda Holdings Berhad turut menyampaikan sumbangan kepada Surau Saadiah di sini.

Idris Jala Ketuai Jawatankuasa Gubal Undang-Undang Baharu Pencegahan Jenayah

Posted: 31 Jul 2013 01:29 AM PDT

PETALING JAYA, 31 Julai -  Peruntukan undang-undang pencegahan baharu yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat sedang digubal oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, selain beliau, ahli-ahli jawatankuasa lain termasuklah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

Beliau berkata mereka bekerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara untuk memastikan draf itu akan siap pada masa persidangan Parlimen yang akan datang, September depan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memberikan pandangan bertentangan mengenai undang-undang yang dicadangkan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, ahli Parlimen Kerajaan akan menyokong sepenuhnya langkah untuk mempercepatkan pengenalan undang-undang baharu.

“Undang-undang baharu adalah antara alat kawal selia yang polis boleh gunakan untuk membendung jenayah yang serius dan kami akan menyokong sepenuhnya,” kata beliau.

Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Baru berkata soal mencegah penyalahgunaan di bawah undang-undang baharu boleh ditangani dengan mudah. Beliau mencadangkan satu badan pemantau dibentuk untuk memeriksa penyelewengan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dari MIC percaya kerajaan akan memastikan undang-undang baharu akan dilakukan dengan berhati-hati dalam semangat keadilan untuk semua.

“Ia harus bertujuan untuk melindungi orang ramai dan melemahkan penjenayah cenderung yang untuk menyebabkan kerosakan dan huru-hara,” katanya.

Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran (PKR), bagaimanapun, berkata terdapat peruntukan yang mencukupi dalam undang-undang sedia ada dan Kanun Keseksaan untuk menangani jenayah.

“Apa yang diperlukan adalah kepolisan yang lebih cekap dan komitmen Kerajaan untuk memastikan polis lebih terlatih dan lebih lengkap,” katanya.

Tidak Rasional Gagal Bezakan Antara PKM Dengan Negara Komunis

Posted: 31 Jul 2013 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Tindakan pemimpin pembangkang yang mendakwa UMNO bersifat hiporit lantaran bertegas filem 'The New Village' tidak ditayangkan sekiranya mengagungkan fahaman komunis sedangkan dalam masa yang sama kerajaan dan UMNO mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis dianggap sebagai alasan tidak rasional.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin melihat sewajarnya pakatan pembangkang berfikiran waras dan tahu membezakan antara fahaman komunis yang ditentang dengan negara-negara komunis di peringkat antarabangsa.

Balai-Polis-Bkt-Kepong-Komunis-bunuh-bakar-kejam

"Komunis yang ditentang adalah fahaman mereka yang wujud di negara ini sebelum merdeka, komunis yang bertindak kejam dan melakukan pemberontakan, melakukan keganasan kepada rakyat dan bertindak membunuh termasuklah anggota polis dan orang awam.

"Ini berbeza dengan negara-negara komunis yang wujud hari ini dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan sistem pentadbiran serta pemerintahan negara kita kerana hubungan yang wujud adalah ikatan diplomatik tanpa campurtangan dalam sistem yang mereka gunapakai di negara masing-masing," katanya.

Dilaporkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap pemimpin UMNO sebagai hipokrit dan mengamalkan double standard serta melabel sebagai terus bermain api perkauman dan pembohongan bagi memecahbelahkan negara dengan tembok kebencian dan ketakutan.

Tun Razak visit Mao Tse Tung, China in 1974

"Mana-mana pihak sekalipun sewajarnya tahu membezakan antara komunis yang dimaksudkan kerana negara-negara luar misalnya China mengamalkan komunisme sebagai entiti dalam kerajaan mereka, rakyatnya memilih sistem tersebut untuk digunapakai dan dihormati sedangkan kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

"Pendirian kerajaan berkaitan 'The New Village' adalah tepat kerana filem terbabit tidak seharusnya ditayangkan kepada umum sekiranya terdapat unsur-unsur yang mengangkat komunis sebagai wira."

Tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, hubungan dplomatik dengan negara-negara komunis sebagaimana ikatan Malaysia atau UMNO dengan China, Vietnam, Cuba dan negara-negara lain bukanlah isu sebenar kerana hubungan antarabangsa amat penting dalam pentadbiran dan kemajuan negara ini. - MediaUMNO

Kawal Segera Perbuatan Tidak Bertanggungjawab Babitkan Agama, Kaum

Posted: 31 Jul 2013 01:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Julai –Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu  bertindak segera dan membawa mereka yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membangkit atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak sama ada membabitkan agama atau kaum melalui media sosial.

video-lagu-raya-anjing-hina-islam-internet-sensitiviti-agama

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata pihak berkuasa yang terbabit dengan isu berkenaan perlu memastikan perkara itu dibendung segera bagi perkara yang tidak dingini berlaku di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

"Apakah motif sebenar mereka menayang video serta filem berkenaan, isu yang membabitkan agama dan kaum tidak boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah sesuatu yang sensitif dan perlu dijaga bagi memastikan keharmonian kehidupan berbilang kaum yang dibina sejak merdeka lalu tidak tercalar oleh perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Jangan jadikan hak kebebasan bersuara sebagai satu platform untuk kita membuat sesuka hati tanpa memikir kesan kepada pihak-pihak tertentu. Memang di negara ini kita bebas untuk bersuara tetapi ada batasannya, jika sudah samapai tahap menghina agama dan sesuatu kaum, itu sudah boleh dianggap suatu perbutan melampau yang memang sengaja melakukannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu filem The New Village dan video Selamat Hari Raya yang disifatkan sebagai menghina umat Islam apabila memamparkan individu menyambut Aidilfitrti bersama anjing yang disebarkan melalui laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat di negara ini.

Menurutnya, kebelakangan ini ramai pihak dengan sengaja cuba membuat provakasi kaum dan agama, perkara ini semakin berleluasa terutama melalui media sosial sehingga menimbulkan rasa tidak senang dan puas hati di kalangan masyarakat di negara ini.

"Apakah mereka yang terbabit itu ingin menguji kesabaran pihak-pihak yang terbabit, apakah mereka tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu terhadap kesan daripada apa yang dilakukan itu. Tindakan itu boleh dianggap sebagai biadap dan tidak menghormati tata cara kehidupan rakyat negara ini.

"Cukuplah dengan apa yang telah dilalui ketika pilihan raya umum lalu, tidak perlu bangkitkan apa jua perkara yang boleh menyinggung mana-mana pihak kerana yang menerima kesannya adalah seluruh rakyat negara ini bukannya sesuatu pihak sahaja" katanya. -MediaUMNO

Transformasi Pemilihan UMNO Mesti Lahirkan Pemimpin Berwibawa Untuk Jadi Hulubalang PRU -14

Posted: 31 Jul 2013 01:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Julai – Proses transformasi UMNO menerusi pemilihan pucuk pimpinan di peringkat akar umbi merupakan satu platform yang terbaik bukan sahaja untuk melahirkan pemimpin yang benar-benar berwibawa malah sebagai hulubalang parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Justeru Exco Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar menyeru kepada seluruh ahli parti agar menjadikan pemilihan parti nanti benar-benar menjamin kelangsungan serta membuktikan tranformasi yang sebenarnya.

Ahli UMNO Bersemangat

Menurut beliau seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak amat perlu ahli parti menyahut proses tranformasi itu dengan sebaik mungkin kerana ianya sekaligus dapat meremajakan parti demi masa depan.

"Pertamanya saya melihat pemilihan kali ini tentunya menjadi tumpuan umum iaitu bukan sahaja kepada seluruh ahli UMNO malah kepada seluruh rakyat kerana ianya julung kali diadakan dengan menggunapakai Perlembagaan parti yang baru dalam pemilihan.

"Keduanya pula saya berpandangan pemilihan kali ini bukanlah sekadar untuk memilih pemimpin yang akan mengemudi parti dan sebagainya tetapi ianya juga sebagai hulubalang untuk berdepan pilihan raya umum nanti.

"Sehubungan itu marilah kita sama-sama menjadikan pemilihan pada kali ini sesuatu yang terbaik…sesuatu yang cukup bermanfaat bukan sahaja untuk parti malah untuk rakyat seluruhnya," ujar beliau.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Tenom seterusnya menambah pemilihan itu juga menunjukkan UMNO berada dalam struktur yang tersendiri.

"Memberi pilihan serta memberi ruang yang seluasnya kepada ahli untuk memilih serta menawarkan diri sebenarnya mempunyai signifikan yang tersendiri. Jadikanlah proses pemilihan kelak seperti pemilihan keluarga," katanya. -MediaUMNO

GAGASAN Tolak Permohonan Maaf Courts Malaysia

Posted: 31 Jul 2013 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 julai -Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) hari ini dengan tegas menolak permohonan maaf daripada Courts Malaysia ekoran pengedaran risalah promosi terkini Hari Raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah yang dicetak secara terbalik.

courts-mammoth-iklan-hina-islam-kalimah-allah-muhammad-syahadah-raya

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, GAGASAN berpendapat ia terjadi bukan secara tidak disengajakan berdasarkan cara penulisan yang tiada kesilapan, dan dapat dibaca dengan jelas melalui paparan cermin seolah-olah merupakan perancangan yang cukup terancang untuk menghina umat Islam.

“Sehubungan dengan itu, GAGASAN memberi tempoh tiga hari kepada pihak pengurusan Courts Malaysia untuk membuat siasatan dalaman dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggung jawab.

Jika tidak pihak GAGASAN akan bersama-sama seluruh NGO's Islam dan Melayu akan mendesak kerajaan mengambil tindakan melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak bersama Akta Hasutan termasuk mengadakan kempen memboikot barangan Courts,” ujarnya dalam Satu kenyataan di sini, hari ini.

courts-mammoth-iklan-hina-islam-kalimah-allah-muhammad-syahadah-raya-02

Immediate Action Must Be Taken To Fight Serious Crime – Najib

Posted: 31 Jul 2013 12:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 31 – Immediate action must be taken by the authorities in fighting serious crime in order to bring back public peace and confidence, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said it was up to the police to ask from the government what they require, and the government would give them what was needed to raise the effectiveness of the force in fighting serious crime.

“We cannot allow this situation with serious crime to persist. Immediate action must be taken by the authorities to bring back public peace and confidence,” he said in his latest Facebook post today.

MBM Makes Five Suggestions To Boost Developement Of Skilled Youth By 2020

Posted: 31 Jul 2013 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 31 — The Malaysian Youth Council (MBM) today made five suggestions on how to boost development of skilled youth to meet the demand for skilled workers by 2020.

Its president, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, said the suggestions were madejointly by the Federation of Malaysian Accredited Centres (Femac), Bumiputera Private Skills Training Institutes and Consortium of Sabah Bumiputera Skills Training Providers.

He said the five suggestions, which also called on the government to give serious attention on the issue of skilled workers in the 2014 Budget, were:

* Restructuring skills training development plan and to implement immediately the strategic moves involving public and private skills training institutes from 2014 to 2020;

* Mobilising Private-Public Partnership (3P) initiatives between public and private skills training institutes and the industry to increase recruitment of skill trainees;

* Increasing the Skill Development Fund Corporation’s (PTPK) fund from the current RM300 million a year to RM1 billion a year starting next year to provide skills training to approximately 100,000 new trainees;

* Increasing the functions of relevant funds and initiatives, such as the Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) and the National Dual Training Scheme, to meet the demand of 300,000 skill certificate holders a year and to achieve the target of having 1.3 million skilled workers by 2020; and

* Preparing special initiatives, including tax reduction, for any private companies with high level of commitment to skills training in the 2014 Budget.

“Since youths are the generator of economic development towards achieving the status of a fully development nation by 2020 and the determining factor for the country’s future social and political landscapes, the MBM calls on the government to give serious attention to these suggestions to be inserted in the 2014 Budget,” Mohamed Maliki.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT