SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, August 15, 2013

UMNO Online - “Perkasa Peringkat Cawangan Bagi Pertingkat Keyakinan Akar Umbi UMNO Selangor” plus 7 more

UMNO Online - “Perkasa Peringkat Cawangan Bagi Pertingkat Keyakinan Akar Umbi UMNO Selangor” plus 7 more

Link to UMNO Online

Perkasa Peringkat Cawangan Bagi Pertingkat Keyakinan Akar Umbi UMNO Selangor

Posted: 14 Aug 2013 03:52 AM PDT

SHAH ALAM, 14 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata peringkat cawangan parti itu perlu diperkasa bagi meyakinkan masyarakat di akar umbi bahawa Umno masih bernafas dan bergerak untuk membela nasib rakyat, dan ia perlu dimanifestasi menerusi perjalanan mesyuarat agung yang lancar.

noh-omar-pengerusi-timbalan-umno-bn-selangor

Justeru, beliau meminta lebih 2,300 cawangan Umno di Selangor mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan jawatankuasa mengikut peraturan agar ia dapat dilakukan dengan adil serta tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota parti berkenaan.

“Mesyuarat Agung cawangan ini terbuka kepada ahli parti dan diharap tidak ada masalah seperti ahli tidak tahu tempat mesyuarat, atau tempat mesyuarat diubah tanpa notis menyeluruh kepada ahli,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Jawatankuasa Pemilihan Umno Selangor yang dihadiri wakil seluruh bahagian Umno di sini hari ini.

Beliau berkata pada kali ini, pengerusi mesyuarat, wakil bahagian dan wakil Jawatankuasa Pemantau Pemilihan Umno negeri perlu mengesahkan mesyuarat agung cawangan.

Noh juga berkata Jawatankuasa Pemantau Pemilihan Umno negeri dianggotai ahli yang tidak memegang jawatan dalam parti dan diketuai Tan Sri Abu Hassan Omar.

Setakat ini, beliau berkata 20 cawangan Umno di Selangor mengadakan mesyuarat agung masing-masing sejak 15 Julai lepas, dan bakinya akan berbuat demikian sehingga tamat tempoh mengadakan mesyuarat berkenaan iaitu pada 15 Sept ini.-MediaUMNO

Pemuda UMNO Kecam Kenyataan Fitnah Pengerusi DAP Sarawak

Posted: 14 Aug 2013 03:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pergerakan Pemuda Umno mengecam sekeras-kerasnya tindakan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang melemparkan tohmahan kononnya insiden kes tembak yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN).

khairy-kj-ketua-pergerakan-pemuda-umno-bn

Ketua Pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata tohmahan Chong merupakan satu bentuk hasutan politik yang jahat, serius dan keterlaluan, dilihat bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP dan juga anggota Parlimen Bandar Kuching, itu jelas menampakkan tembelang pembangkang bagi memperjuangkan politik kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Pergerakan Pemuda Umno mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan ‘politik kotor’ Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Borneo Post, Chong mendakwa kes pembunuhan melibatkan senjata api dibiarkan berleluasa bagi membolehkan kerajaan BN menggubal undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).

Undang-undang baharu itu kemudian akan disalahguna oleh para pemimpin atasan BN untuk menganiayai pembangkang, katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata Pemuda Umno turut membuat laporan polis terhadap kenyataan Chong itu dan berharap satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan.-MediaUMNO

Najib Semakin Popular Selepas PRU13, Kata Salleh

Posted: 14 Aug 2013 02:27 AM PDT

KOTA KINABALU, 14 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencapai 100 hari pada Selasa sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kini semakin popular dan terus menjadi pilihan nombor satu rakyat dalam mengharungi suasana politik yang kian mencabar, kata tokoh politik terkenal Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

najib-raya-makin-popular-lepas-pilihanraya-pru13-malaysia-pm-kerajaan-bn-umno

Beliau berkata populariti presiden Umno itu terus meningkat berikutan kejayaannya menerajui parti itu meraih lebih banyak kerusi parlimen dan sekali gus mengekalkan Umno sebagai parti dominan serta menjadi pilihan utama rakyat.

“Jelas sekali, Najib berdepan dengan pertarungan politik bagi menentang parti yang mengamalkan politik ‘melampau’ dari segi pendekatan mereka.

“Bagaimanapun, beliau (Najib) berjaya mengimbangi antara prinsip perjuangan Umno dan keadilan untuk semua dengan mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat daripada segenap lapisan kehidupan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian bagi mengulas cabaran politik yang dihadapi Najib dalam tempoh 100 hari pentadbirannya selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri berikutan kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasanya melalui PRU13 pada Mei tahun ini.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata Najib secara tangkas membalas ‘persepsi politik’ penentangnya dengan membawa hasil atau “mengotakan apa yang beliau janjikan atau suarakan kepada rakyat”.

“Rakyat sudah muak dengan kerenah mereka yang tidak henti-henti melancarkan propaganda politik. Sebaliknya, Najib lebih fokus dan terus memberi yang terbaik kepada rakyat serta tidak mempedulikan sandiwara politik pembangkang,” katanya.

Sejajar dengan itu, bekas ketua menteri Sabah ini mengingatkan anggota Umno supaya tidak terpedaya oleh permainan politik pembangkang, yang cuba meraih keuntungan atau menangguk di air keruh daripada sesuatu keadaan.

Salleh berkata agenda transformasi politik yang dilaksanakan Najib sebagai presiden Umno berjaya meraih tambahan 30 peratus undi untuk Umno pada pilihan raya umum leaps.

“Ini terbukti melalui peningkatan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi parti itu daripada 79 dalam PRU12 pada 2008 kepada 88 pada PRU13.

“Jika dilihat pada 89 kerusi yang dimenangi pembangkang, sebagai sebuah parti, Umno secara bersendirian dapat menyaingi jumlah kerusi yang diraih secara bersama oleh ketiga-tiga parti pembangkang (DAP, PKR dan PAS),” katanya.

Salleh berkata pencapaian BN pada 2008 dan 2013 tidak boleh dibuat perbandingan atau dihakimi secara matematik kerana senario politik yang berbeza.

“Pelbagai transformasi politik telah dilaksanakan di bawah kepimpinan Najib, terutama dalam Umno dan sebab itulah pada pilihan raya umum lepas, Umno secara jelas kekal sebagai parti yang menjadi pilihan majoriti rakyat.

“Umno telah membuktikan kemampuannya untuk mengharungi medan politik tanah air apabila berjaya menawan kembali Kedah (daripada pembangkang) dan Perak (yang dikuasai pembangkang pada 2008) dengan jumlah undi yang bertambah,” katanya.

Malangnya, kata Salleh, sokongan terhadap parti komponen BN lain mengalami kemerosotan dan “perkara ini sedang ditangani perdana menteri dengan matlamat akhirnya untuk menyatupadukan seluruh rakyat, terutama dari segi hubungan sesama mereka yang kelihatan agak rapuh, hingga boleh mewujudkan polarisasi kaum”.

Beliau berkata setelah mengambil kira semua perkembangan itu, sebagai perdana menteri yang berwawasan jauh, pada 26 Jun lepas, Najib mengambil langkah proaktif dengan mencadangkan penubuhan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional sebagai usaha mengeratkan hubungan kaum dan mengukuhkan perpaduan nasional.

“Kita (dalam Umno) tidak sepatutnya terperangkap oleh politik pembangkang,” katanya sambil menambah bahawa Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sering turun padang untuk berkhidmat kepada rakyat di peringkat akar umbi.-MediaUMNO

Najib Becoming More Popular Among Malaysians After GE13, Says Salleh

Posted: 14 Aug 2013 01:14 AM PDT

KOTA KINABALU, Aug 14 -Datuk Seri Najib Tun Razak, who completed 100 days on Tuesday as prime minister after the 13th General Election (GE13), is becoming more popular and continues to be the people’s number one choice in the face of a challenging political battle, according to notable Sabah politician  Datuk Seri Salleh Said Keruak.

najib-raya-makin-popular-lepas-pilihanraya-pru13-malaysia-pm-kerajaan-bn-umno

He said the Umno president’s popularity continued to rise after playing a pivotal role in securing an increased number of (parlimentary) seats for the party, thereby maintaining Umno as the dominant party and the people’s choice party.

“No doubt that Najib is facing a political battle against parties that practise ‘extreme’ politics in terms of their approach.

“However, he (Najib) has managed to balance the principles of Umno’s struggle and justice for all by creating economic opportunities and jobs for  people from all walks of life,” he told Bernama, here, today.

Salleh, who is Sabah Umno Liaison Committee deputy chairman, was commenting on Najib’s political challenges faced during his 100 days’ administration after being sworn in as prime minister following Barisan Nasional’s (BN) victory in   in the last general election held in May.

Salleh, who is also the State Legislative Assembly Speaker, said Najib aptly countered the opponents’ ‘politics of perception’ by delivering the goods or “what have been promised or said to the people”.

“People are fed up with this incessant political propaganda. Najib is focused and continues to perform the best for the people and not be bothered by the opposition’s political manoeuvring,” he said.

In this respect, the former chief minister reminded Umno members not to be easily hoodwinked by the opposition’s political games, as it tried to take advantage or profit from the chaotic situation of others or to fish in murky waters.

Salleh said the political transformation agenda brought about by Najib as  the Umno president had resulted in 30 per cent increase of votes in favour of Umno in the recent general election.

“This was evidenced by the increase in the number of parliamentary seats won by the party from 79 in the 12th General Election in 2008 to 88 seats in the GE13.

“Compared to the opposition’s 89 seats, Umno as a single party alone could match the combined number of seats garnered by the three opposition parties (DAP, PKR and PAS),” he said.

Salleh stressed that BN’s achievements in 2008 and 2013 could not be grasped or adjudged mathematically as the political scenario and leadership then was different.

“Many political transformations have been brought about under Najib’sleadership, especially in Umno, and that’s why in the last general election, Umno clearly remained the party of choice for the majority of people.

“It is very clear that Umno has proven its ability in the country’s political sphere by recapturing Kedah (from the opposition) and Perak (which was won by the opposition in 2008) with increased votes,” he said.

Unfortunately, Salleh said the other BN component parties had seen a decline in support, and “this is being pursued by the prime minister with the ultimate goal of uniting the people of this country, particularly in terms of relationships that seem to be a little bit fragile, so much so it has resulted in racial polarisation”.

Taking into account these developments, he said the visionary prime minister had already taken proactive steps by proposing the establishment of a National Unity Consultative Council on June 26, this year in an effort to improve race relations and strengthen national unity.

“We (in Umno) should not be caught up in the opposition’s politics,” he said, adding that Najib and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin had been going to the ground to serve the grassroots.

Stesen Televisyen Perlu Hati-Hati Tayang Rancangan – Jailani

Posted: 14 Aug 2013 01:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Semua pengendali stesen televisyen dinasihat berhati-hati dan lebih teliti ketika menyiarkan sesuatu rancangan supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum di negara ini.

Jailani-Johari-timbalan-menteri-kerajaan-umno-bn-malaysia-skmm

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pihak berkenaan perlu menimbang keadaan persekitaran masyarakat terlebih dahulu sebelum menyiarkan rancangan bergenre sensitif.

“Jangan timbulkan isu yang bersifat perkauman atau isu yang melibatkan sensitiviti agama kerana kita hidup dalam masyarakat pelbagai bangsa dan aman makmur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Foto Akhbar Dunia (WPP) 2013 di sini, hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan tindakan Astro menyiarkan tanda peringatan berikut – “Program ini tertera dengan gambaran agama dan mewakili pandangan selain dari umat Islam. Budi bicara penonton disarankan”, sebelum rancangan dokumentari mengenai sejarah hidup Pope Francis.

Ia mengundang banyak kritikan daripada kebanyakan pelanggan Astro yang bukan beragama Islam mendakwa perbuatan meletakkan tanda peringatan itu adalah tidak perlu.

Dokumentari itu menyiarkan biografi yang mengisahkan sejarah hidup ketua Katolik itu.

Jailani berkata kementerian juga tidak mengeluarkan arahan supaya tanda peringatan itu dikeluarkan oleh stesen televisyen satelit berbayar itu dalam rancangan dokumentari berkenaan.

Mengulas mengenai isu penyebaran video dan gambar di laman sosial sehingga membabitkan sensitiviti kaum dan agama yang semakin berleluasa, beliau meminta orang ramai supaya bertanggungjawab semasa menyebarkan bahan itu.

Katanya penyebaran bahan itu boleh mengundang masalah kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

“Sekiranya orang ramai mendapati video atau gambar itu menyentuh sensitiviti, terus laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau polis,” katanya.-MediaUmno

Kedah Border Area Development To Take Advantage Of Rapid Growth In Thailand, Penang

Posted: 13 Aug 2013 08:42 PM PDT

ALOR SETAR, Aug 14 -The Barisan Nasional-led Kedah Government wants to tap the potentials of districts bordering Thailand in the north and Penang in the south to bolster economic growth of Malaysia’s “rice bowl” state, says Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

He said the south of Kedah comprising Sungai Petani and Kulim was reaping the spinoffs from Penang’s rapid development.

“The ties between Sungai Petani and Kulim with Penang is akin to that of Johor and Singapore. I am determined to develop southern Kedah by taking full advantage of Penang’s fast-paced development,” he told a media conference to mark his 100 days as Kedah Menteri Besar.

Among plans in the pipeline for Sungai Petani and Kulim are to increase rest and recreational activities that can attract Penangites especially during weekends.

For areas in north Kedah bordering Thailand, Mukhriz said the state government hoped the Kota Putra project in the Padang Terap district and Kota Perdana Bukit Kayu Hitam project in the Kubang Pasu district will capitalise on the close relations with areas in southern Thailand as the source of economic growth.

He said the border areas can serve as a catalyst for tourist attraction, cashing in on visitors from Thailand crossing over to Malaysia through Kedah.

“Vehicles entering from Thailand are now heading straight to Penang, Kuala Lumpur and Johor without stopping over in Kedah.

“I hope we can do something to create activities like building shopping centres that are attractive to them and there are goods that can be bought in this state,” he said.

Mukhriz said the state government also intends to establish a logistics hub in northern Kedah to collect and distribute industrial products manufactured by the small and medium industries from the state to throughout the country and to Thailand.

He said there are also opportunities to bring in products from Thailand to the hub for value-adding to meet the halal standard requirements and to obtain Malaysia’s halal certificate for the Malaysian market and for export.

“I think this is a good idea. We are studying it now. I can see that these activities will turn northern Kedah into a fast-pace growth area in sectors that are different from that in southern Kedah,” he added.

Sarawak Tuan Rumah Dua Acara Pelancongan Antarabangsa Tahun Depan

Posted: 13 Aug 2013 08:36 PM PDT

SIBU, 14 Ogos – Sarawak akan menjadi tuan rumah dua acara pelancongan antarabangsa tahun depan, iaitu Forum Pelancongan Asean 2014 dan Persidangan Menteri-Menteri Pelancongan Asean/Asia Timur, kedua-duanya di Kuching.

sarawak-white-rajah-movie-amar-abang-johari-tun-openg

Menteri Pelancongan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara itu pada majlis perasmian Festival Tarian Antarabangsa Sibu kali kedua di sini malam tadi.

Empat belas kumpulan tarian termasuk dari Singapura, China, India, Taiwan, Lithuania dan Thailand, selain Malaysia, mengambil bahagian dalam acara empat hari itu.

Festival itu dianjurkan Sibu Hornland Dance Academy dan disokong oleh Majlis Perbandaran Sibu sebagai sebahagian daripada produk pelancongan baharu bandar berkenaan.

Abang Johari berkata Tahun Melawat Sarawak 2013 akan dilancarkan pada 16 Sept di Kuching serentak dengan sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak.

Sementara itu beliau berkata penganjuran festival tarian itu adalah usaha murni dalam berkongsi budaya menerusi tarian antara Malaysia dan peserta dari pelbagai negara yang mengambil bahagian.

“Tarian boleh dianggap sebagai jambatan ke arah lebih memahami budaya yang berbeza untuk menggalakkan keamanan dan muhibbah di peringkat antarabangsa.

“Bagi festival seterusnya, saya harap penganjur dapat bekerjasama dengan kementerian saya agar dapat menganjurkan acara lebih besar dengan lebih banyak penyertaan terutamanya dari negara anggota Asean,” katanya.- MediaUmno

Mukhriz Tidak Mahu Anggota Keluarga Terima Projek Di Kedah

Posted: 13 Aug 2013 08:24 PM PDT

ALOR SETAR, 14 Ogos -Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memberi jaminan bahawa beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada anggota keluarganya.

Kata Mukhriz beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri ini.

“Setakat ini tidak ada seorang pun ahli keluarga saya nak buat apa-apa projek di sini. Saya harap ia akan kekal macam tu. Kalau tak, ia akan buat saya serba salah kerana saya pasti menyinggung perasaan mereka.

“Yang saya utamakan kepentingan rakyat. Kalau terpaksa pilih kepentingan rakyat dan kepentingan keluarga dalam soal perniagaan sudah tentu saya pilih rakyat. Jadi jika nak elakkan menyinggung perasaan mereka lebih baik tidak timbul keadaan seperti itu (anggota keluarga dapat projek),” katanya pada sidang media di sini sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, beliau mungkin akan meminta nasihat daripada anggota keluarganya kerana kepakaran mereka dalam bidang tertentu amat berguna.

Mengenai isu perumahan di negeri ini, Mukhriz berkata kerajaan negeri akan mengekalkan dasar 50:50 bagi pemilikan rumah untuk bumiputera dan terbuka, yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, dan bukan kembali kepada dasar 30:70 yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Dasar rumah, kita masih amal 50:50. Dalam hal perumahan ini banyak keperluan dan permintaan di kalangan bumiputera. Kami nak ratio penduduk bumiputera di kawasan-kawasan bandar dikekalkan.

“Sebab itu amalan 50:50 yang dimulakan PAS diteruskan. Memang ia diteruskan dari segi dasar tetapi dari segi pendekatan mereka (kerajaan PAS) gagal. Dalam hal ini kita juga kena pastikan kepentingan bukan Melayu dijaga… banyak cara lagi untuk diimbangi sebaik mungkin,” katanya.

Mukhriz berkata dasar 50:50 itu boleh mengelakkan tanah rizab Melayu terpaksa ditukar dengan tanah di tempat lain berbanding dasar 30:70 yang memerlukan tanah rizab Melayu ditukar.

“Dalam Alor Setar boleh dikatakan semua tanah rizab Melayu. Kita nak penduduk di bandar terutama di Alor Setar kekal dengan demografi sekarang. Tak nak timbul masalah Melayu tinggal di luar bandar, bukan Melayu di bandar. Bagi Kedah, ini keadaan yang tak boleh diterima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan Kedah sedang mengenal pasti tanah bukan sawah yang sesuai untuk dimajukan berikutan negeri ini merupakan sebuah negeri pertanian dengan tanah yang luas digunakan untuk penanaman padi.

“Buat masa ini masih ada tanah bukan bendang yang boleh diusahakan sebagai taman industri. Contohnya di Bukit Kayu Hitam ada 3,000 hektar. Itu kita sedang usahakan,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk membangunkan tanah milik agensi kerajaan Persekutuan itu yang berada dalam kawasan pinggiran Mada.

“Ia melibatkan 8,000 hektar. Kawasan-kawasan pinggiran Mada yang berada di sekeliling bandaraya Alor Setar boleh dilaksanakan untuk tujuan pembangunan. Kita boleh runding dengan Mada,” katanya. – MediaUmno

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT