SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, August 21, 2013

UMNO Online - “Dua Skuad Khas Bukit Aman Perangi Jenayah Dan Pengedaran Dadah – Zahid” plus 9 more

UMNO Online - “Dua Skuad Khas Bukit Aman Perangi Jenayah Dan Pengedaran Dadah – Zahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dua Skuad Khas Bukit Aman Perangi Jenayah Dan Pengedaran Dadah – Zahid

Posted: 20 Aug 2013 05:24 AM PDT

JAKARTA, 20 Ogos – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat dan telah menubuhkan dua skuad khas di Bukit Aman bagi memerangi jenayah serta kegiatan pengedaran dadah di dalam negara.

Kedua-dua skuad khas itu, katanya, akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasaran tanpa melalui saluran birokrasi biasa kepolisan.

Menanggapi kebimbangan rakyat terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, Ahmad Zahid berkata mereka ada asas untuk berasa sedemikian.

“Mereka mempunyai asas untuk berasa bimbang kerana kadar kejadian tembak dan pembunuhan berlaku hampir setiap minggu. Saya mempunyai bukti peningkatan dari segi statistik jenayah indeks terutamanya di kawasan-kawasan ‘red spots’,” katanya.

Ahmad Zahid ditemui selepas menghadiri Persidangan Khas Mengenai Pergerakan Manusia Secara Tidak Sah di sini hari ini.

Menteri dalam negeri itu berkata pelaksanaan Ops Cantas oleh PDRM adalah bukti komitmen berterusan pasukan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat selepas Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad dihapuskan.

Ops Cantas ialah antara langkah proaktif PDRM dalam memberi tumpuan kepada usaha pencegahan jenayah di seluruh negara khususnya selepas berlaku sejumlah kes tembak di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

“Langkah-langkah yang dibuat ini jangan pernah disanggah oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang merasakan kita telah melakukan sesuatu di luar batas-batas yang diizinkan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata para penjenayah yang ditahan pihak berkuasa dalam Ops Cantas akan didakwa berlandaskan siasatan terperinci berserta bukti dan saksi ke pengadilan untuk hukuman kerana undang-undang pencegahan bagi membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sudah tidak ada.

“Jika mereka (penjenayah) melakukan langkah yang agresif maka PDRM tak ada pilihan selain mempertahankan diri. Apa yang berlaku penjenayah mencabar PDRM dan kehilangan nyawa tidak dapat dielakkan jika tindakan agresif ini dilakukan oleh mereka,” katanya.

Urusan Bawa Pulang Pelajar Di Mesir Bermula Malam Ini – PM

Posted: 20 Aug 2013 05:19 AM PDT

PUTRAJAYA, 20 Ogos -  Urusan membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia di Mesir akan bermula malam ini menggunakan pesawat komersil, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula malam ini dan penerbangan akan melalui Amman (Jordan) dan Istanbul (Turki) serta beberapa tempat lain.

“Saya sudah mendapat laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang sedang berada di Mesir bahawa keadaan di sana menjurus pada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.

“Oleh itu pasukan kita memberi pandangan dan nasihat supaya kita memulakan operasi untuk membawa balik pelajar kita yang ingin kembali secara sukarela dan saya telah bersetuju dengan pandangan itu,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di rumah terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan tidak akan menggunakan pesawat tentera kerana pesawat Charlie misalnya akan membabitkan masalah logistik dan perbelanjaan lebih tinggi di samping memerlukan kebenaran khas daripada negara tertentu kerana ia perlu membuat dua atau tiga persinggahan.

Najib berkata keselamatan pelajar menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius, lebih genting dan mungkin lebih berbahaya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata pada masa ini operasi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir hanya membabitkan kalangan pelajar, manakala bagi yang lainnya seperti ahli perniagaan, mereka boleh menggunakan perbelanjaan sendiri untuk pulang.

Katanya para pelajar telah dimaklumkan mengenai usaha kerajaan untuk membawa mereka pulang, namun perincian mengenai tempoh masa untuk mengeluarkan mereka dari Mesir sedang diuruskan.

“…tertakluk kepada banyak mana penerbangan atau tempat di dalam penerbangan yang boleh diperoleh dalam masa sehari dua ini,” kata Najib.

Katanya beliau juga sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan mengenai kaedah peperiksaan yang perlu diduduki oleh para pelajar yang kembali ke tanah air.

Kerajaan Akan Ambil Alih AES – Hishammuddin

Posted: 20 Aug 2013 04:42 AM PDT

PUTRAJAYA, 20 Ogos  - Kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) setelah mendapat maklum balas daripada jawatankuasa Pemandu yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan perluasan pelaksanaan AES.

Jawatankuasa yang dianggotai agensi termasuk dari Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Pemandu, dan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dipengerusikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata jawatankuasa tersebut memulakan perbincangan sejak dua hari lepas dengan setiap agensi melihat tanggungjawab dan isu-isu berkaitan dengan mereka.

“Sebagai contoh isu kewangan dilihat oleh Kementerian Kewangan, isu saman oleh Jabatan Peguam Negara dan isu penguatkuasaan oleh JPJ dan PDRM.

“Maklum balas daripada mereka akan dibawa ke jawatankuasa induk supaya butiran lebih terperinci akan diperolehi,” katanya pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Hishammuddin berkata, kini sudah banyak penambahbaikan AES berbanding sebelum.

“Apa yang penting adalah matlamat asal kita untuk memastikan kemalangan sifar dan tempat-tempat yang kita letak AES, jumlah kemalangan adalah sifar tetapi tetap ada belenggu isu AES untuk kepentingan pihak tertentu dan perkara ini akan kita tangani,” katanya yang juga Menteri Pertahanan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin meminta semua perwakilan yang ingin bertanding dalam pemilihan Umno akan datang supaya tidak buat sesuatu perkara yang boleh memecahbelahkan parti.

Menyentuh isu lain, Hishammuddin juga menyokong keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak menswastakan Malaysian Airline System Bhd (MAS) kerana jika ia digembleng secara betul semua pihak akan mendapat manfaat.

“Minggu depan saya akan berjumpa dengan Union Mas dan perwakilannya untuk mendengar keluhan mereka dan melihatnya secara menyeluruh,” kata beliau.

Pemuda UMNO Bantah Tindakan Penyenaraian Hitam Peminjam PTPTN

Posted: 20 Aug 2013 04:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -  Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh, bagi menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

khairy-kj-ketua-pergerakan-pemuda-umno-bn

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pada pandangan Pemuda UMNO, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan.

Bahkan jelas beliau, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.

"Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihan peribadi.

"Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana Kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan samaada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda", katanya di sini, hari ini.

Pada masa yang sama tegas beliau kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN di dalam memastikan anak muda yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi dibantu.

PTPTN : Pemuda UMNO Gesa Kajian Menyeluruh Sebelum Laksana Cadangan

Posted: 20 Aug 2013 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Biro Ekonomi dan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Bepu) melihat cadangan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusuh semalam yang mengumumkan bermula Ogos ini lebih 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman mereka akan disekat daripada melakukan sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan di negara ini, mungkin satu cadangan yang baik kerana jumlah pinjaman tidak berbayar meningkat kepada RM2.8 bilion adalah satu jumlah yang besar.

Namun, untuk melaksanakan cadangan itu, Pengerusi BEPU, Datuk Sohaimi Shahadan secara peribadi berpendapat kerajaan perlu memikirkan sedalam-dalamnya dan membuat kajian yang menyeluruh kerana kesannya kelak kepada golongan muda itu sendiri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Bagi melaksanakan tindakan itu PTPTN akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyenaraikan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman melalui sistem rujukan maklumat kredit berpusat (CCRIS).

“Malah dalam Islam sendiri dan juga agama yang lain, membayar hutang adalah satu kewajipan. Bagi peminjam yang beragama Islam, tidak membayar hutang adalah satu dosa yang besar apatah lagi hutang pendidikan yang merupakan hak rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, golongan yang tegar membayar hutang ini mungkin mempunyai masalah mereka sendiri.

Justeru jelas beliau lagi kerajaan perlu mewujudkan satu agensi untuk mengenal pasti masalah mereka dan sekaligus membimbing golongan ini melalui program pengurusan kredit yang membolehkan mereka membayar hutang PTPTN.

Sohaimi yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang berkata fungsi agensi ini sama seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit kepada mana-mana peminjam PTPTN yang bermasalah.

“Peminjam juga mempunyai pilihan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka tertakluk syarat yang ditetapkan PTPTN.

“Kedua, PTPTN juga boleh bekerjasama dengan majikan peminjam terbabit untuk membuat potongan gaji secara bulanan atau arahan tetap (SI) bank dengan jumlah yang termampu oleh peminjam. Dengan cara ini, sudah tentu tidak akan membebankan kerana barangkali ada segelintir peminjam itu yang menghadapi masalah kewangan yang teruk.

“Namun sekiranya peminjam tegar ini masih tidak mahu melangsaikan hutang mereka selepas dua kaedah ini dilaksanakan dan juga membawa mereka ke mahkamah dan sekatan imigresen dilaksanakan, terpulang kepada PTPTN sama ada untuk memasukkan nama mereka dalam CCRIS atau tidak”, ujarnya.

Katanya lagi isu pinjaman PTPTN ini menjadi duri dalam daging kepada kerajaan kerana pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum yang lepas berjanji untuk memansuhkan pinjaman ini.

“Sudah tentu akan menjejaskan kerajaan Barsan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak ditangani dengan baik,” katanya.

Tambah beliau, sebarang cadangan yang keras daripada PTPTN itu sendiri hanya akan memberi impak negatif dan boleh mencetuskan kemarahan peminjam dan akhirnya mereka akan terus enggan membayar pinjaman.

“Cara itu tidak akan membantu kedua-dua belah pihak menyelesaikan masalah, malah akan lebih merumitkan”, ujarnya. -MediaUMNO 

Malaysia Expresses Concern Over Conflict In Syria In UN Open Debate

Posted: 20 Aug 2013 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 20 – The deteriorating humanitarian situation in conflicted Syria was among points raised by Malaysia at the United Nations (UN) open debate, touching also on the delivery of humanitarian assistance to those in need.

In presenting Malaysia’s view, Charge D’Affaires of the Permanent Mission of Malaysia to the United Nations Raja Reza Raja Zaib Shah said the country was appalled over the number of civilian casualties, as a result of the conflict.

He said there must be an immediate end to the senseless killings and appalling human rights violations, especially against civilians.

The Malaysian delegation also called on other parties to the conflict to restrict themselves from employing heavy weapons and explosive munitions that inflicted untold misery, deaths and injuries to civilians.

“As with the authorities, the parties should also attend to the needs of the civilians and allow vital humanitarian access to reach them,” he said at the open debate of the Security Council on the protection of civilians in armed  conflict, at the United Nations Headquaters in New York on Monday.

Isa Samad To Contest For V-P Post At UMNO Election

Posted: 20 Aug 2013 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 20 – Former Umno vice-president Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad today announced his intention to contest for the post of vice-president at the party polls this October.

He also expressed hope that the decision would get the support from all quarters, especially Umno members.

“I think what I have, my experience and expertise, will be found useful to help party leadership in facing the 14th general election.

“This is important because we all want to strengthen the party to face the next general election,” he told reporters after the launch of the first non-food product produced by Delima Oil Product Sdn Bhd (Delima Oil), a subsidiary of Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) here today.

Mohd Isa, who is also the Telok Kemang Umno chief, once held the post of Umno vice-president from 2004 to 2007 after securing 1,507 votes, the highest compared to the number of votes garnered by the other two Umno vice-presidents, namely Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 votes), and the then Minister of International Trade and Industry Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 votes).

However, Umno Disciplinary Board had suspended Mohd Isa’s membership for three years from June 24, 2005 to June 23, 2008, after he was found guilty of money politics in the party polls.

When asked about his chances of winning the contest, Mohd Isa said it was up to the 150,000 Umno members at the grassroots level to decide.

The former menteri besar of Negeri Sembilan also said that he had yet to receive open support from any quarters, and had not even carried out a survey on the matter at the grassroots level.

“Only after I have made this announcement will I meet with the party leadership at all levels to explain my intention so that they can decide whether or not I will be a suitable candidate.

“If I’m fit to be the vice-president, then support me. If not, there is no need for them to give me their support because whatever we do, we do it for the future of the party,” he said.

On Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak’s statement encouraging new and old faces to contest at this year’s party polls, Mohd Isa said he hoped no one would stop new faces to join the party.

“Umno has a very good training process. We all begin with Umno Youth as our training ground. The old faces also began their journey from there.

“If we don’t allow the young and new faces, especially the professionals, to join the party, they will run away. Yes, some people went straight to the top, but the majority started at the bottom and had undergone the normal process. The longer we spend our time in Umno, the more love we will have for the party,” he added.

Sendiri Tipu, Sendiri Salah Kira… Apa Kena Mengena Dengan UMNO?

Posted: 20 Aug 2013 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – “Sendiri Tipu, sendiri salah kira… apa kena mengena dengan UMNO?” .. itulah persoalan terhadap persetujuan Demokratic Action Party (DAP) untuk mengadakan semula pemilihan jawatankuasa tertinggi pusat (CEC).

Bagi Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar isu DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula CEC parti itu merupakan satu petanda jelas yang membuktikan kegagalan kepimpinan tertinggi DAP untuk mengadakan pemilihan yang telus dan adil.

lim-guan-eng-zairil-bukan-anak-khir-johari-tipu-undi-pemilihan-cec-pusat-dap-rasis

Menurut beliau, biarpun pelbagai helah dan alasan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi berhubung perkara tersebut, ia  adalah semata-mata alasan untuk memindahkan kesalahan yang mereka lakukan kepada pihak lain.

"DAP cuba memutar belitkan keadaan dengan mendakwa bahawa apa yang berlaku pada parti mereka itu adalah hasil permainan politik UMNO.

"Namun, mungkin setelah melihat bukti kukuh berdasarkan aduan daripada lebih 700 perwakilan mereka yang membuat aduan tentang kesilapan dan penyelewengan DAP, akhirnya mereka terpaksa juga untuk mengadakan semula pemilihan tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan DAP yang cuba menyalahkan pihak lain, termasuk ROS merupakan tektik lapuk DAP untuk cuba mengubah persepsi rakyat agar melihat parti tersebut seolah-olah teraniaya dalam permainan politik UMNO.

"Mereka juga mendakwa ROS mengambil masa yang panjang untuk menjalankan siasatan menyebabkan mereka lewat untuk mengadakan pemilihan semula CEC. Bagi saya, biarpun siasatan ROS memakan masa setahun lamanya, itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, adakah pemilihan yang didiadakan oleh DAP itu telus atau tidak?

"Hari ini, apabila mereka akur dengan arahan ROS dan tuntutan ahli mereka sendiri, secara tidak langsung ia memberikan gambaran sesuatu telah berlaku dalam pemilihan tersebut yang lebih daripada kesilapan teknikal semata-mata," tegas beliau lagi.

Justeru itu, beliau meminta agar parti tersebut tidak lagi memomokkan pada rakyat tentang kepincangan parti lain, khususnya UMNO dan BN yang menjadi tumpuan serangan politik mereka selama ini.

"DAP selama ini mendakwa parti lain tidak telus, rasuah dan sebagainya tetapi hari ini, apa yang mereka kata berbalik kepada diri mereka sendiri.

"Kepimpinan parti tersebut sepatutnya merasa malu dalam hal ini dan adalah lebih baik mereka  menghabiskan masa memperbaiki sistem pemilihan parti mereka sendiri daripada sibuk mencari kesalahan dan kesilapan pihak lain, seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

"Bagaimana mereka mahu mentadbir negara lebih baik daripada pentadbiran UMNO dan BN hari ini sekiranya pemilihan jawatankuasa untuk parti sekecil itu pun mereka tidak mampu lakukan dengan baik, adil dan telus?,"ujar beliau sinis. -MediaUMNO

Pemilihan Parti : UMNO Terbukti Lebih Demokratik Berbanding PKR, DAP & Pas

Posted: 20 Aug 2013 03:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pemilihan UMNO yang akan berlangsung tahun ini adalah bukti demokrasi subur dalam parti apabila ia memberi laluan kepada semua ahli UMNO untuk terlibat secara langsung sama ada sebagai pemilih atau mencalonkan diri berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan, kata Ahli Parlimen Pendang, Datuk Osman Abdul.

Ahli UMNO Bersemangat

Katanya, kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang mempunyai struktur dan organisasi mantap telah direalisasikan melalui perubahan untuk lebih demokratik dalam pemilihan iaitu daripada hanya sekitar 2,400 perwakilan kepada hampir 150,000 ahlinya terlibat memilih pemimpin parti.

"Dalam UMNO semua jawatan adalah bebas untuk ditandingi tanpa ada sekatan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan parti malah untuk pemilihan kepimpinan tertinggi pun, ada dikalangan penyandangnya yang secara terbuka telah memberi kenyataan bersedia untuk berdepan dengan pertandingan.

"Inilah demokrasi terbuka yang sebenar sebagaimana yang seringkali dicanangkan oleh pihak pembangkang walhal dalam masa yang sama dalam parti mereka sendiri ada jawatan yang tidak boleh dicabar pun," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, sebelum ini pakatan pembangkang seringkali menuding jari menyalahkan kepimpinan UMNO kononnya tidak demokratik, kronisme dan pilih kasih sedangkan dalam masa yang sama mereka sendiri yang bersifat sedemikian.

"Lihat sahaja kuasa kepimpinan dalam parti-parti pembangkang yang mana terdapat jawatan-jawatan tertentu yang ibarat sengaja diwujudkan untuk membolehkan mereka berkuasa sedangkan mereka tidak dipilih dalam pemilihan oleh ahli-ahlinya.

"Jawatan Anwar Ibrahim dalam PKR adalah Ketua Umum namun adakah jawatan tersebut wujud melalui pemilihan, begitu juga dengan kedudukan Lim Kit Siang dalam DAP dan juga Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas?

"Lebih menghairankan lagi apabila keseluruhan jawatan tinggi dalam parti-parti PKR, DAP dan Pas ini mempunyai kuasa veto melangkaui kedudukan presiden partinya sendiri dan tambah mengelirukan apabila ada antara jawatan tertinggi ini dibawahnya adalah ahli keluarganya, isteri dan anak-anaknya."

Jelas beliau, biarpun UMNO telah berusia 67 tahun tetapi keadaan sebagaimana dalam parti pembangkang tidak pernah terjadi kerana semua jawatan adalah hasil pilihan daripada anggota-anggotanya.

"Melalui Perlembagan ini, ia juga akan jadikan UMNO lebih inklusif kerana jumlah yang memilih pimpinan tertinggi parti lebih besar jumlahnya yang akan mencerminkan semangat dan hasrat kepimpinan untuk perteguh.

"Dengan kedudukan berasaskan Perlembagaan baru, saya yakin ahli-ahli UMNO akan dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan asas lebih kukuh dan dengan kepimpinan mereka itu juga boleh diterima oleh parti dan rakyat. Kita bukan saja mahu pemimpin yang berjaya dalam UMNO tetapi yang penting adalah yang berjaya dalam pilihan raya nanti," katanya lagi.

Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. – MediaUMNO

Suraya Tawar Diri Bertanding Naib Ketua Wanita UMNO

Posted: 20 Aug 2013 03:06 AM PDT

ALOR SETAR, 20 Ogos  - Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia Datuk Suraya Yaacob hari ini menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu Oktober depan.

suraya-yaakob-shahrizat-wanita-umno

Beliau berkata keputusan itu dibuat dua minggu lepas setelah mengambil kira faktor kepentingan wakil dari negeri ini untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti itu.

Hasrat itu juga telah dinyatakan kepada kepimpinan Wanita Umno negeri serta Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu pertemuan semalam, kata Suraya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang pada sidang media di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi itu turut menyangkal dakwaan beliau bertanding disebabkan bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said mahu mencabar Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita Umno.

“Ini hanya persepsi di kalangan ahli Umno, memandangkan saya pernah memegang jawatan dalam Puteri ketika Azalina menjadi Ketua Puteri ketika itu,” katanya.

Suraya, 44, pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Puteri Umno, Bendahari Puteri dan Ketua Puteri Kedah.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT