SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, January 15, 2014

UMNO Online - “Gov’t To Continue To Check Pluralism – Jamil Khir” plus 6 more

UMNO Online - “Gov’t To Continue To Check Pluralism – Jamil Khir” plus 6 more

Link to UMNO Online

Gov’t To Continue To Check Pluralism – Jamil Khir

Posted: 14 Jan 2014 02:48 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 14 – The government will continue to check the spread of pluralism in the country, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said today.

By doing so, he said, it would help to contain elements pertaining to freedom which contradicted Islamic teachings and customs.

menteri-agama-islam-jamil-khir-baharom-kabinet

Speaking at the national-level Maulidur Rasul celebration at the Putra Mosque here, he said the Islamic Development Department, with the cooperation of the state Islamic departments, would work together to safeguard the faith of Muslims in the country.

“Of late, we find various efforts being made to undermine the right to freedom as allowed in Islam, which are not only carried out by certain groups in the country with the support of the new media, but also supported by international liberal groups.

“Hence, if the faith of Muslims is weak and we are unsure about upholding the basic principles of Islam, which form the pillar of life for Muslims, then we will deviate from the true way of life,” he added.

As such, he called on Muslims to exercise moderation in life, as practiced by Prophet Muhammad.

“Moderation refers to implementing Islamic principles with wisdom.

“This has to be balanced to ensure there is no use of force and oppression as to the rights of other races and religions but, at the same time, Islam has to be upheld,” he added.

Langkah Tarik Balik Saman Bukti UMNO Pengamal Demokrasi Sebenar

Posted: 14 Jan 2014 02:45 AM PST

MUAR, 14 Jan – Langkah Umno menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membuktikan parti terbesar orang Melayu itu sebagai pengamal demokrasi sebenar.

Ab-Rauf-Yusoh-SUK-UMNO-Tian-Chua-PKR-Mahkamah-Fitnah-Demokrasi-Lahad-Datu

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim berkata pemimpin berkenaan sepatutnya malu dengan sikap keterbukaan Umno yang bersedia memaafkan mereka walaupun tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan ke atas Umno amat berat.

Razali yang juga Anggota Parlimen Muar menyifatkan walaupun perkara itu sudah selesai dari segi perundangan, namun Tian Chua sepatutnya meminta maaf kepada keluarga mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kerana mereka menerima kesan daripada tohmahan itu.

“Kesalahan, penipuan dan keceluparan yang dilakukan Tian Chua masih belum selesai terutamanya bagi mangsa dan keluarga dalam insiden di Lahad Datu. Dia (Tian Chua) hanya minta maaf kepada Umno sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penarikan balik saman Umno terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu, selepas sambutan Maulidul Rasul peringkat daerah Muar, di sini, hari ini.

Katanya Mustafa pula perlu mengambil iktibar daripada perkara terbabit terutamanya sebagai pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Semalam, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Umno dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Februari tahun lepas.

Mustafa melalui peguamnya dan akhbar rasmi PAS, HarakahDaily pula turut menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Umno kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip dirinya.

keadilan-tian-chua-lahad-datu-hina-polis

Umat Islam Perlu Hayati Pendekatan Wasatiyyah Rasulullah – Musa

Posted: 14 Jan 2014 02:30 AM PST

TAWAU, 14 Jan – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru umat Islam di negeri ini agar menghayati pendekatan kesederhanaan atau ‘wasatiyyah' diamalkan Nabi Muhammad S.A.W serta meneroka khazanah sirah Rasulullah untuk dijadikan contoh ikutan sepanjang hayat.

salleh-keruak-musa-aman-najib-sabah

Beliau berkata di samping akhlak dan keperibadian mulia, masyarakat juga perlu mencontohi semangat dan daya juang baginda dalam melakar kecemerlangan dan kejayaan umat Islam.

“Ia merangkumi kecekapan sistem politik dan pentadbiran, kejayaan ekonomi dan keadilan sosial,” katannya pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah di Padang Majlis Perbandaran Tawau di sini, hari ini.

Beliau berkata kelahiran baginda Rasulullah SAW yang digambarkan oleh Allah SWT melalui Al-Quran sebagai "rahmat kepada seluruh alam', telah menterjemahkan banyak mesej, teladan dan pengajaran yang penting kepada seluruh umat Islam.

Musa berkata, antara kejayaan besar Rasulullah adalah mempersaudarakan dan menyatupadukan masyarakat Arab jahiliah yang terdiri daripada pelbagai puak dan kabilah di bawah panji-panji Islam.

“Jika kita singkap sejarah dan perkembangan dunia semasa, banyak negara yang dahulunya merupakan kuasa besar, kaya dengan hasil bumi dan disegani menjadi lemah akibat konflik dalaman yang berpanjangan sesama mereka.

“Meskipun kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya namun kita dapat bersama-sama memajukan negeri ini dalam suasana harmoni dan bersatu padu kerana kita saling hormati-menghormati dan menerima keunikan dan perbezaan ini sebagai tunjang kekuatan kita bersama,” kata Musa.

Sehubungan itu, beliau berkata semua umat Islam di negeri ini harus bersyukur kerana terus berpeluang menyambut dan menghayati hari-hari kebesaran Islam dalam suasana aman damai dan harmoni.

“Marilah kita menghayati semangat Maulidul Rasul SAW dengan melipatgandakan lagi usaha demi mencapai lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan seterusnya melaksanakan tanggungjawab dan kewajiban yang telah diamanahkan dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi umat yang terbaik dan cemerlang di dunia dan di akhirat,” katanya.

Kerajaan Kawal, Cegah Unsur Pluralisme Agama Dalam Negara – Jamil Khir

Posted: 14 Jan 2014 02:28 AM PST

PUTRAJAYA, 14 Jan – Kerajaan sentiasa mengawal dan mencegah unsur-unsur pluralisme agama yang semakin berkembang di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata dengan cara itu unsur kebebasan yang bercanggah dengan ajaran Islam serta adat resam akan dapat dihindar sebaik mungkin.

Berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M di Masjid Putra di sini hari ini, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri turut berganding bahu untuk mempertahankan akidah umat Islam.

“Akhir-akhir ini kita dapati pelbagai usaha yang terancang telah diatur bagi menggugat dan mencabar hak kebebasan yang dibenarkan syariat Islam yang bukan sahaja digerakkan kelompok-kelompok tertentu dalam negara dengan kemudahan dan sokongan media baharu, tetapi turut mendapat sokongan kelompok liberal antarabangsa.

“Justeru, jika kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang Muslim, maka kita akan terpesong,” katanya.

Dalam pada itu Jamil Khir turut menyeru umat Islam supaya memperkukuhkan lagi pendekatan sederhana seperti yang diamalkan Nabi Muhammad S.A.W.

“Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak asasi kaum dan agama lain, tetapi pada masa yang sama Islam terus dihargai atau dimartabatkan,” katanya.

Kerajaan Manfaat Peruntukan Projek Pan Borneo, Selesai Isu Kesesakan Di Sabah

Posted: 14 Jan 2014 02:26 AM PST

PAPAR, 14 Jan – Kerajaan akan memanfaatkan peruntukan RM500 juta dalam Bajet 2014 bagi menangani dan meneruskan kerja menaik taraf Jalan Pan-Borneo di antara Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata antara masalah yang menjadi prioriti kerajaan adalah isu kesesakan lalu lintas yang disuarakan rakyat dan sebahagian usaha pengimplementasian projek jalan Pan-Borneo itu.

“Kita akan melihat bagaimana untuk memanfaatkan peruntukan sedia ada terutama sekali dalam menyelesaikan isu-isu ‘congestion’ ataupun trafik yang berlaku di Putatan (Sabah).

“Saya difahamkan ada beberapa isu telah disuarakan oleh rakyat terutama sekali yang melibatkan kesesakan lalu lintas dan itulah menjadi keutamaan dalam usaha kita untuk mengimplementasikan jalan Pan-Borneo itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata selain kerja-kerja menaik taraf lebuh raya Pan-Borneo, peruntukan disalurkan kepada penyelenggaraan bagi kawasan ‘black-spot’ atau kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya selain memerlukan perhatian seperti kawasan cerun.

Projek naik taraf Jalan Pan-Borneo daripada jalan dua hala sekarang kepada lebuh raya, merupakan satu daripada aku janji Manifesto Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13, melibatkan jarak 2,300km di antara Sematan di Sarawak dan Serundong di Sabah.

769 Receive State Awards, Medals In Conjunction With N.Sembilan Ruler’s Birthday

Posted: 13 Jan 2014 07:28 PM PST

KUALA PILAH, Jan 14 – Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, heads the list of 769 recipients of state awards and medals in conjunction with the 66th birthday celebration of the Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, today.

Tunku Ali Redhauddin, the eldest child of Tuanku Muhriz, receives the Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (S.S.T.M.) which carries the title, “Datuk Seri”.

Also receiving the S.S.T.M. is Sime Darby Bhd chief operating officer, Datuk Abd Wahab Maskan.

Ten people are conferred the Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) which carries the title, “Datuk”.

They are Tuanku Jaafar Hospital Seremban (HTJS) orthopaedic specialist Dr Abdul Rauf Ahmad, state executive council (exco) members Abu Ubaidah Redza and Datuk Jalaluddin Alias, Malaysian Armed Forces Defence Logistics assistant chief of staff Maj-Gen Hanafiah Jaafar, Beyond Marvel Sdn Bhd director Ruslan Ibrahim, Malaysian ambassador to Austria Datuk Selwyn Vijayarajan Das, director of Universiti Kebangsaan Malaysia’s (UKM) Institute for Climate Change Studies Prof Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah, CIMB Investment Bank Bhd chief executive officer Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Seremban High Court judge Datin Zabariah Mohd Yusof and lawyer Zamani Ibrahim.

Three recipients of the Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (D.S.T.M.), which also carries the title of “Datuk”, are lawyer Nasharuddin Hussin, medical specialist Dr Satber Kaur, and entrepreneur and social activist Woo Swee Lian.

The 29 people conferred the Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.), which carries the title “Datuk”, include Port Dickson district officer Ab Khalid Mat, Royal Electrical and Mechanical Engineering Corps chief Brig-Gen Abd Halim Othman, Mubarak Malaysia supreme council member and Negeri Sembilan Mubarak deputy chairman Abdul Muhi Abd Wahab, First Brigade commander Brig-Gen Datuk Adnan Abu Bakar, Royal Malaysian Signals Regiment commander Brig-Gen Datuk Ahmad Hadiatullah Maknun Ridzuan, businessman Ahmad Rusdi Ahmad Soffian, social activist Chong Khin Sang and Cypark Sdn Bhd chief executive Daud Ahmad.

Also receiving the D.B.N.S. are businessman Hairodin Bibit, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Special Operations deputy director Hishamuddin Hashim, Negeri Sembilan Angkasa communications chief Ibrahim Abdullah, Negeri Sembilan deputy state secretary (management) Ibrahim Hassan, HTJS senior consultant and Anaesthesiology and Intensive Care Department head Dr Jenny Tong May Geok, Negeri Sembilan Education Department director Kalsom Khalid, businessman Kamarul Halim Muhamad Sharip, social activist R. Krishnan, Negeri Sembilan state development officer Mohamad Rawi Baharom and Puncak Oil and Gas president Mohamed Sabri Mohamed Zain.

The others are UKM treasurer Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil, UKM deputy vice-chancellor Prof Dr Mustafa Mohd Hanefah, retired TNB general manager Nordin Ahmad, Advanta QS Sdn Bhd managing director Norhisham Abdul Malek, Gagah Satria (M) Sdn Bhd chief operating officer M.A. Paul, Shell Refining (FOM) Bhd managing director Rozano Saad, Perak police contingent headquarters Management Department head SAC Zulkapli Ahmad, and businessmen H. Nagendran, S. Surash, Tan Tian Meng and Wong Kam Yong.

Twenty-eight people receive the Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.) award, including Public-Private Partnership Unit director Ab. Rahim Ab Rahman, State Syariah Judiciary Department syariah officer Abu Zaky Mohammad, Army Training Centre chief of staff Col. Amirudin Sulaiman, Manjung (Perak) district police chief ACP Jaafar Baba, Negeri Sembilan TNB general manager Kamal Arifin A. Rahman, Sungai Lui assemblyman Mohd Razi Mohd Ali, Institute for Malaysian and International Studies director Prof Dr Rashila Salam, Negeri Sembilan Hockey Association secretary P. Tamil Selvan and Rembau district officer Zaidi Johari.

The lone recipient of the Darjah Tuanku Muhriz (D.T.M.) is Malaysian Squash Federation president Nik Razeen Adam Daud.

Ten people are awarded the Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.), 92 the Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.), four the Setiawan Tuanku Muhriz (S.T.M.), 216 the Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C.), 338 the Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), 26 the Pingat Khidmat Lama (P.K.L.) and 10 the Bentara Tuanku Muhriz (B.T.M.).

The investiture ceremony is held at Istana Besar Seri Menanti, here.

Umat Islam Perlu Perkukuh Persaudaraan, Harmonikan Pandangan Berbeza – Agong

Posted: 13 Jan 2014 07:23 PM PST

PUTRAJAYA, 14 Jan – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah umat Islam di negara ini perlu sentiasa berusaha memperkukuh persaudaraan serta mengharmonikan pandangan yang berbeza dalam menilai sesuatu perkara.

dymm-agong-malaysia-2013-baginda-sultan-tuanku-abdul-halim-muadzam-shah-kedah

Seri Paduka bertitah perpaduan wajib dipupuk dan diperteguh agar umat Islam tidak dipandang rendah oleh musuh yang sentiasa berusaha meneruskan agenda mereka yang tersendiri.

"Akhir-akhir ini, beta melihat terdapat segelintir penganut Islam yang mudah terpengaruh dengan fahaman luar dan asing yang dibawa masuk dalam masyarakat kita. Fahaman ini didapati ada yang tidak sesuai dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan lazim umat Islam negara ini.

“Dari satu sudut, perbezaan pandangan atas dasar perbezaan mazhab yang berlainan dianggap isu yang remeh dan kecil kerana hanya melibatan isu cabang dan ranting,” titah baginda samasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M di Masjid Putra di sini hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Sambutan bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, para menteri Kabinet dan perwakilan negara luar.

Tuanku Abdul Halim bertitah sikap umat Islam yang lebih cenderung untuk terus berpolemik dalam perkara remeh-temeh hanya memberi imej buruk kepada ummah yang dilihat sebagai tidak matang dan gagal menguasai pelbagai bidang ilmu.

“Namun ingatlah, cara ia dibahas, dipertikai dan dibincangkan secara sinis dan melulu, boleh mengundang perbalahan, mencetuskan polemik dan boleh mengakibatkan perpecahan serta kegelisahan awam,” titah baginda.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Tuanku Abdul Halim menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama mengekal dan memperkukuhkan perpaduan dan membina kekuatan ummah bagi memajukan agama, bangsa dan negara.

“Marilah kita sama-sama menjayakan setiap usaha memperkukuh persaudaraan, pembaharuan dan perubahan dengan menggunakan acuan Islam sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan penuh kesederhanaan dan berimbang,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah perkara asas dalam ajaran Islam dan pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah adalah kesederhanaan dan keseimbangan atau wasatiyyah dalam beramal.

Baginda bertitah Nabi Muhammad S.A.W. juga berjaya membuang tabiat buruk dan budaya fanatik dalam kalangan masyarakat dan menggantikannya dengan budaya toleransi dan saling memahami antara satu sama lain.

“Rasulullah berjaya membuktikan kepelbagaian dalam masyarakat sama ada dari segi bangsa, keturunan, pegangan agama, budaya dan bahasa, bukanlah satu masalah dan penghalang kepada perpaduan asalkan kesederhanaan ataupun pendekatan wasatiyyah itu dijadikan amalan dalam kehidupan,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah jika pendekatan wasatiyyah dapat dihayati, perpaduan akan dapat dicapai dan kecemerlangan akan menjadi kenyataan.

“Ingatlah, kestabilan politik dan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum akan banyak menyumbang ke arah memajukan lagi sosio-ekonomi negara yang tercinta,” titah baginda.

Pada majlis itu, Pengerusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Dr Mohd Daud Abu Bakar dipilih sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mohd Daud menerima wang tunai RM50,000 berserta plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilal alQuran.

Selain itu, lapan lagi individu turut menerima Anugerah Maulidur Rasul dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta plak, sijil, dan hadiah iringan.

Terdahulu,sambutan Maulidur Rasul bermula dengan perarakan 157 kontinjen membabitkan 13,598 peserta terdiri daripada 73 pasukan jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, 10 sekolah, enam institute pengajian tinggi dan empat kontinjen badan bukan kerajaan.

Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.7 kilometer bermula di hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra.

Perarakan tahun ini lebih unik dengan penglibatan motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Motosikal 300KMJ, Persatuan Paramotor Malaysia, pasukan bot air Perbadanan Putrajaya dan Persatuan Vespa Malaysia.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT