SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, January 1, 2014

UMNO Online - “K’jaan Belum Keluar Sebarang Arahan Berhubung Kenaikan Kadar Tol” plus 9 more

UMNO Online - “K’jaan Belum Keluar Sebarang Arahan Berhubung Kenaikan Kadar Tol” plus 9 more

Link to UMNO Online

K’jaan Belum Keluar Sebarang Arahan Berhubung Kenaikan Kadar Tol

Posted: 31 Dec 2013 07:13 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada 2014.

Bagaimanapun kerajaan sebaliknya masih lagi mempertimbang langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ini termasuk mengadakan makmal yang dikendali Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada 2014, katanya.

Beliau menjelaskan sejak 2008, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, untuk 15 lebuh raya.

Selain itu, penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan tujuh plaza tol turut dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

“Kerajaan turut melaksanakan pengurangan kadar tol melibatkan tiga lebuh raya selain melakukan penstrukturan semula kadar tol melibatkan lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD,” katanya.

Fadillah berkata dalam mempertimbang langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.

Ini bagi memastikan Malaysia terus mendapat keyakinan pelabur dan tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan lebih kukuh dan berdaya saing, katanya.

Misi Bantuan Kelab Putera 1Malaysia Diteruskan – Timbalan Presiden

Posted: 31 Dec 2013 07:11 AM PST

KUANTAN, 31 Dis – Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi mangsa yang ditimpa musibah di negara ini akan diteruskan, meskipun keadaan ekonomi negara tidak menentu.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Farid Hassan berkata jika keadaan tidak mengizinkan, misi ke luar negara akan dikurangkan.

“Komuniti Kelab Putera 1Malaysia telah memutuskan jika ekonomi meleset, bantuan ke luar negara akan kami kurangkan.

“Tetapi bantuan di negara sendiri tetap sama, ataupun mungkin lebih tinggi lagi, walau apa keadaan sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir di Parlimen Paya Besar hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail dan Anggota Dewan Undangan Negeri Panching Datuk Datuk Zaili Besar.

Mohd Farid juga berkata lebih 60,000 barangan keperluan seperti tilam, bantal dan dapur masak yang disumbang kelab itu dijangka selesai diagih dalam tempoh 30 hari ke kawasan terjejas.

KPDNKK Tidak Bertolak Ansur Dengan Peniaga Naikkan Harga Keperluan Sekolah

Posted: 31 Dec 2013 07:09 AM PST

ALOR SETAR, 31 Dis – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal dan peniaga peralatan sekolah yang menaikkan harga barangan tersebut.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para peniaga perlu ingat bahawa harga barangan tersebut dikawal oleh kementerian.

Beliau meningatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan tetapi mengambil kira bebanan ibu bapa yang perlu membuat pelbagai pembayaran pada setiap musim persekolahan bermula.

Ahmad Bashah bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada murid Pra Sekolah dan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Mergong di sini, hari ini.

Kerajaan Kedah Akan Laksanakan Tuisyen Rakyat Dalam Talian

Posted: 31 Dec 2013 07:08 AM PST

MERBOK, 31 Dis – Kerajaan Kedah akan melaksanakan Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) dalam talian pada tahun 2014 dalam usaha membantu pelajar meningkatkan penguasaan akademik dan cemerlang dalam peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, i-TR1M adalah tuisyen secara interaktif iaitu ibu bapa juga boleh mengambil bahagian untuk membantu pembelajaran anak-anak.

Katanya, beberapa projek perintis program itu yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Kedah dengan menggunakan kos untuk diakses menunjukkan perkembangan positif.

“i-TR1M yang akan dilancarkan ke seluruh negeri dalam masa terdekat juga membolehkan ibu bapa memeriksa latihan yang dibuat oleh anak-anak mereka,” kata Tajul Urus selepas menyampaikan sumbangan baju dan kasut sekolah kepada 2,000 pelajar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai dan Dun Bukit Selambau di sini, hari ini.

Beliau berharap golongan pelajar mengambil manfaat program i-TR1M bagi mencapai prestasi cemerlang.

Najib Berikrar Minimumkan Kesan Kenaikan Kos Sara Hidup Pada Tahun Baharu

Posted: 31 Dec 2013 07:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan ikrar beliau sempena tahun baharu untuk meminimumkan kesan kenaikan kos sara hidup terhadap rakyat.

“…di mana perlu, kami akan menambah baik program-program kerajaan supaya kesan terhadap pendapatan isi rumah tidak terlalu ketara.

“Kami akan melaksanakan beberapa mekanisme untuk mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan tarif elektrik dan bayaran tol dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) akan mengemukakan idea baharu untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup,” kata Najib dalam perutusan tahun baharu melalui blog beliau www.1Malaysia.com.my.

Setelah mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam pada tahun baharu semalam, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan cuba memastikan kadar kenaikan adalah adil.

Sebagai contoh, kata beliau, kenaikan harga petrol dan tarif elektrik akan memberi kesan kepada kuasa membeli rakyat, namun, walaupun ada peningkatan, kerajaan masih memberi subsidi petrol dan bil elektrik.

Mengenai cadangan kenaikan cukai taksiran di Kuala Lumpur baru-baru ini pula, Najib berkata setelah mendengar keluhan rakyat, kadar cukai dikurangkan sehingga dua peratus dan rebat tambahan diberi kepada pemilik hartanah yang tidak berkeupayaan, pesara serta pemilik-penghuni.

Katanya kerajaan tidak akan melaksanakan kenaikan kos tanpa memberi bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

“Sejak minggu lepas, seramai 7.9 juta isi rumah yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan, layak memohon BR1M baharu (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Kami juga akan membuka Kedai-Kedai 1Malaysia baharu untuk membantu mengurangkan kenaikan harga barangan harian serta Klinik 1Malaysia baharu untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan pada kos berpatutan.

“Secara keseluruhan, pada tahun depan, kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM42 bilion untuk subsidi – hampir sama dengan jumlah yang kami belanjakan untuk pembangunan,” katanya.

Mengenai langkah merasionalkan subsidi, beliau berkata kerajaan memperkenalkan langkah pemotongan kos untuk mengurangkan perbelanjaan.

Semalam, Najib mengumumkan 11 langkah, termasuk mengurangkan kos tenaga elektrik di semua jabatan kerajaan sebanyak lima peratus; memperketatkan peraturan pelantikan juru perunding dan memotong elaun tol serta keraian menteri dan kategori tertentu penjawat awam.

“Kami juga mengulangi komitmen untuk menangani rasuah, mengurangkan pembaziran kerajaan dan meningkatkan perolehan; meletakkan semua tender kerajaan di atas talian agar ia menjadi lebih telus, dan berusaha untuk lebih merealisasi nilai aset kerajaan,” katanya.

Najib berkata beliau bertekad untuk melakukan perkara yang tepat untuk negara dan rakyat kerana hanya dengan bertindak secara bertanggungjawab mulai sekarang, kerajaan akan dapat mengukuhkan ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang agar manfaatnya dapat dirasai dengan lebih meluas.

“Dalam kami membuat persiapan untuk tahun baharu, ia juga merupakan masa yang baik untuk kami mengimbas semula kenapa kami perlu melakukan perubahan-perubahan ini. Ia mungkin tidak popular dalam jangka masa pendek, jadi lebih mudah untuk kami mengekalkan status quo.

“Rakyat akan berkata terlalu banyak kos meningkat, di mana polisi populis pasti kelihatan lebih menarik. Tetapi, kerajaan perlu mengambil tindakan dari sekarang,” katanya.

Dengan merasionalisasikan subsidi, kata Najib, negara akan dapat mengukuhkan kedudukan fiskalnya serta membolehkan kerajaan memberi fokus terhadap perbelanjaan bagi projek pembangunan, termasuk kesihatan dan pendidikan, di samping bergerak ke arah mencapai belanjawan seimbang menjelang 2020.

“Dengan mengambil langkah yang diperlukan untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih kukuh, kami bukan sahaja melindungi negara daripada krisis kewangan, tetapi juga mewujudkan peluang dan pekerjaan baharu.

“Banyak pihak akan lebih cenderung untuk melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia, membina kilang-kilang di Malaysia dan memulakan perniagaan-perniagaan baharu. Ini seterusnya akan memacu pembangunan ekonomi, membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat dan meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih kukuh dalam jangka masa panjang,” katanya.

Najib berkata apabila bermulanya tahun 2014, kerajaan perlu terus membina asas bagi kejayaan berterusan Malaysia untuk menjadi sebuah ekonomi lebih kukuh dan sebuah negara lebih bersatu-padu.

“Untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab, kadangkala kami perlu mengambil keputusan sukar, lagi tidak popular. Kepimpinan bermaksud melihat sesuatu dalam jangka masa panjang, melakukan apa yang betul dan bukan apa yang popular,” katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak akan mempersetujuii sebarang pemotongan subsidi atau kenaikan kadar dengan sewenang-wenangnya kerana program subsidi telah memberi banyak manfaat kepada rakyat sejak sekian lama.

“Tetapi, seiring dengan pertumbuhan populasi dan pembangunan negara, program subsidi tidak lagi mapan dan kini, tiba masanya untuk kita melangkah ke hadapan. Kami perlu merasionalkan subsidi dan menyasarkan pemberian kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

“Komitmen kerajaan terhadap perbelanjaan pembangunan juga telah berkembang, dan kami perlu mengurus kedudukan fiskal untuk menjamin kestabilan ekonomi negara,” katanya.

Najib berkata krisis kewangan baru-baru ini menunjukkan betapa seriusnya kesan dan akibatnya kepada negara yang kewangan mereka tidak dibina berdasarkan asas yang kukuh dan apabila pelabur serta agensi mendapati negara berkenaan tidak mampu membayar hutang mereka, kos pinjaman akan naik mendadak sehingga berada di luar kawalan.

Tanpa wujudnya akses kepada kredit, sesebuah negara dan rakyatnya akan menanggung implikasi besar, kata beliau, sambil memberi contoh bagaimana lebih separuh daripada golongan muda di beberapa negara Eropah kini tidak mempunyai pekerjaan.

“Di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), Malaysia telah berkembang dengan pesat; pendapatan per kapita meningkat sehingga 49 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Kami terpaksa mengambil keputusan yang sukar agar kos pinjaman kekal rendah dan keyakinan pelabur terus kukuh – kedua-dua faktor ini genting untuk memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh dan berkembang.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita perlu melaksanakan perubahan demi memastikan kewangan kita kekal terkawal. Dan kita perlu mengimbangi program ini seluas mungkin agar beban dapat diagih dengan saksama,” katanya.

Najib berkata beliau yakin Malaysia perlu meneguhkan lagi komitmennya terhadap kewujudan bersama secara aman dan perlu berusaha lebih aktif untuk mengukuhkan perpaduan kerana kestabilan dan kemajuan negara bergantung padanya.

“Saya percaya Malaysia sudah cukup matang untuk mengharungi debat-debat yang getir. Perpecahan antara kita akan berakhir dengan masa, di mana kita boleh sama-sama melihat negara kita terus membangun dan menjadi dewasa, kita juga akan melihat bahawa mereka yang tidak sependapat dengan kita kekal menjadi jiran-jiran, rakan-rakan sekerja dan sahabat-sahabat kita.

“Sebab itulah, saya telah menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan Negara, yang akan melaporkan kepada Jemaah Menteri segala cadangan yang boleh kami lakukan untuk merapatkan lagi rakyat Malaysia,” katanya.

Najib berkata keutamaan beliau adalah untuk memastikan wujudnya keamanan, kestabilan dan kemajuan berterusan kerana masa depan negara bergantung pada faktor-faktor ini.

“Membina semula perpaduan negara dan menggalakkan debat umum yang berlandaskan rasa hormat, menjadi sebahagian besar daripada rancangan ini.

Apabila tahun baharu menjelma, anda akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana kerajaan saya akan melaksanakan dasar ini,” katanya.

Najib berkata beliau percaya 2014 akan membawa lebih banyak peluang, manakala ekonomi Malaysia, yang telah mengharungi ribut krisis kewangan dunia, diramal berkembang sebanyak 5.5 peratus.

“Dengan pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia, kita akan menyaksikan usaha lebih bersepadu untuk menarik pelancong-pelancong asing ke negara kita yang indah ini.

“Perniagaan baharu akan dibuka dan pelaburan baharu akan direalisasikan.

“Namun, di sebalik angka-angka ini, saya sedar bahawa ada ramai yang bimbang tentang 2014, bimbang dalam usaha kami untuk mengimbangi belanjawan negara, belanjawan isi rumah akan menghadapi tekanan.

“Saya faham dan bersimpati dengan kebimbangan ini. Rakyat yang rajin bekerja akan merasakan kesan kenaikan kos. Dan ketika media kita dipenuhi angka-angka defisit dan peningkatan harga, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa 2014 hanya bakal membawa keperitan semata,” kata beliau.

K’jaan Akan Lihat Semula Keputusan Rasionalisasi Subsidi, Kata Muhyiddin

Posted: 31 Dec 2013 01:03 AM PST

KUANTAN, 31 Dis – Kerajaan akan melihat semula keputusan merasionalisasi subsidi supaya ia benar-benar dapat meringankan bebanan kumpulan sasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata subsidi kerajaan perlu dilihat secara lebih holistik, dalam usaha meringankan bebanan rakyat terutamanya kumpulan sasar.

“(Langkah) Lihat semula beberapa keputusan yang kita (kerajaan) buat untuk merasionalisasi subsidi itu (supaya) dapat meringankan beban kumpulan sasar.

“Kita (kerajaan) rasionalisasi subsidi supaya subsidi itu tidak digunakan oleh pihak yang tidak berapa layak, mereka yang menanggung beban kerana pendapatan kecil perlu dapat bantuan besar dengan cara menjimatkan subsidi tetapi pengurangan subsidi dapat menampung keperluan kumpulan sasar,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Kos Sara Hidup, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat ini dengan para menteri, timbalan menteri dan agensi berkaitan termasuk pembekal utiliti elektrik, air dan pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan perkara itu.

“(Mesyuarat itu) Supaya boleh melihat secara holistik dan keseluruhan dan bagaimana langkah seterusnya boleh diambil oleh kerajaan, institusi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan persatuan.

“Tujuan kita kalau tempoh mendatang kita tidak dapat elakkan mungkin tempoh sederhana dan panjang dapat kurangkan bebanan. Ini dibuat kerana kerajaan prihatin tentang masalah rakyat dan tidak mahu bebanan rakyat bertambah dengan sebab pihak melakukan kenaikan kadar yang boleh timbulkan masalah,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar akan isu kenaikan sara hidup ketika ini dan akan melakukan yang terbaik dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Kos Sara Hidup, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri (bagi) melihat kepada situasi terkini dan akan mendapatkan maklum balas lebih terperinci selain keputusan dibuat untuk mengkaji semula kadar tertentu dan kos yang perlu ditanggung pengguna yang dikenakan sektor awam atau institusi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah diarah supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap para peniaga yang menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka sewenang-wenangnya.

“KPDNKK mengambil langkah tegas bukan memantau tetapi bertindak terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Selain itu rakyat juga ada hak bukan setakat menuntut kerajaan bertindak tetapi rakyat sendiri boleh bertindak mengikut kuasa undang-undang yang ada di bawah Akta Persaingan yang diluluskan sejak 2012,” katanya.

Muhyiddin berkata dalam usaha menangani kos sara hidup, kerajaan juga akan mengambil langkah meningkatkan pendapatan rakyat, misalnya menggalakkan mereka melakukan kerja sampingan seperti menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan menceburi industri asas tani kerana pelbagai bantuan disalurkan kerajaan.

“Maka cara ini boleh tambah pendapatan dan beban kenaikan kos tidak besar,” katanya.

Mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan, Muhyiddin berkata kerajaan juga kini bersikap berhemah dalam mengawal perbelanjaannya.

“Pastinya ia adalah langkah permulaan kerana selepas ini kementerian-kementerian sudah diberi arahan untuk mengenal pasti apa lagi inisiatif dan langkah tertentu yang boleh diambil oleh pihak jabatan dan agensi dalam kementerian untuk kurangkan dan menjimatkan perbelanjaan,” katanya.

Ditanya sama ada langkah itu juga perlu disambut kerajaan negeri, Muhyiddin berkata: “Saya fikir pihak yang lain boleh ambil iktibar yang sama”.

No Decision Yet To Bring Back Malaysian Students In Egypt – Muhyiddin

Posted: 31 Dec 2013 12:54 AM PST

KUANTAN, Dec 31 – The Malaysian education department in Egypt has not yet requested the Education Ministry to bring back Malaysian students following the clashes between Al-Azhar University students and security forces in Egypt, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today.

He said more than 3,000 Malaysian students in Egypt had been relocated to Malaysian universities during the previous strife in that country.

“There has been no decision as yet on the need to bring back Malaysian students still in Egypt,” he told reporters after presenting aid donated by the Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) at Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, here.

Muhyiddin, who is also the education minister, had attended a briefing at the Pahang education department on the post-flood situation in the state and the preparations to get all the 41 flood-hit schools ready for the new school session that begins on Thursday.

Clashes erupted on Sunday at Al-Azhar University’s all-male campus between students supporting former Egyptian president Mohamed Morsi and security forces.

It has been reported that the final examinations at the university had been postponed due to the incident.

Rakyat Malaysia Yang Cintakan Keamanan Tolak Protes Jalanan

Posted: 31 Dec 2013 12:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Majoriti rakyat Malaysia bangun tidur pada hari terakhir 2013 dengan perasaan teruja untuk menyambut kedatangan tahun baharu tengah malam ini namun pada masa yang sama bimbang dengan protes jalanan yang dirancang hari ini untuk menggulingkan kerajaan.

Mereka sudah “muak” dengan siri perhimpunan haram dan protes jalanan yang diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung pada Mei dan baru beberapa bulan sahaja menikmati keadaan aman dan tenang.

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan telah mengutuk dan membantah perhimpunan yang dirancang itu, kononnya diadakan untuk membantah kenaikan kos hidup dan kenaikan harga beberapa barangan dan perkhidmatan, yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Kalangan NGO dan beberapa pertubuhan telah membuat laporan polis terhadap penganjur dan bakal peserta protes itu. Pihak lain pula, antara mereka terdiri individu turut memberikan nasihat.

Dari Perlis ke Johor dan juga sehingga ke Sarawak dan Sabah, mesej daripada puluhan pertubuhan ini amat jelas: pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mempunyai niat untuk mencetuskan huru hara dan orang ramai jangan terpedaya dengan propaganda itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata adalah lebih baik masa dan tenaga yang dibazirkan untuk menganjur dan menyertai protes jalanan itu digunakan untuk membantu ribuan mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Awal bulan ini, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor dilanda banjir berikutan hujan berterusan dan air sungai melimpah di beberapa kawasan yang mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah dan mengalami kerugian harta benda.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata tidak ada sebab untuk menggulingkan kerajaan berikutan peningkatan kos sara hidup rakyat kerana kepimpinan negara sentiasa berusaha menanganinya dengan formula terbaik.

Protes jalanan tidak akan mampu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat ketika ini, kata Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Polis telah memberikan amaran keras bahawa individu atau kumpulan akan dikenakan tindakan tegas sekiranya mengadakan perhimpunan haram dan tidak teragak-agak untuk menahan pihak-pihak yang mencetuskan hura hara mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jumaat lepas, polis menahan reman seorang pemegang akaun Facebook, yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II, selama lima hari untuk membantu siasatan atas dakwaan cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram malam ini.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun baharu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Jan, 2014, satu daripada langkah itu ialah mengurangkan elaun keraian para menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus.

Sementara pendirian tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap dalang di sebalik penganjuran perhimpunan yang dirancang itu dialu-alukan, rakyat turut berharap sambutan ambang Tahun Baharu 2014 akan berjalan secara aman tanpa sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Enam Lagi NGO Buat Laporan Polis Bantah Himpunan Guling Kerajaan

Posted: 31 Dec 2013 12:50 AM PST

ALOR SETAR, 31 Dis – Enam badan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah dan Alor Setar hari ini membuat laporan polis mendesak kerajaan tidak bertolak ansur dengan penganjur Himpunan Guling Kerajaan.

Wakil Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah (Gagah), Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Persatuan Ibu Tunggal dan Persatuan Veteran Umno, membuat laporan serentak di Balai Polis Kuala Kedah pada 11.30 pagi ini.

Jurucakap NGO tersebut, Datuk Abdul Mutholib Harun berkata tindakan tegas perlu dikenakan termasuk melucutkan kerakyatan penghasut himpunan itu di bawah Akta Hasutan.

bersih tiga

“Beribu laporan telah dibuat terhadap penganjur himpunan itu. Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri tidak boleh lagi berlembut dengan penganjurnya yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

“Rakyat Kuala Kedah hari ini bersatu untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi dan mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Ketua Wirawati Perkasa Alor Setar, Hasnah Md Hassan pula mendesak kerajaan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengawal kumpulan pelampau.

“Perkasa yakin majoriti rakyat menyokong akta ini dilaksanakan agar tindak-tanduk kumpulan ini dapat dikawal demi negara,” katanya. Pengerusi PBTM Kuala Kedah Abdul Rahman Hassan menegaskan himpunan tersebut hanya merugikan bangsa Melayu.

Raikan 2014 Dengan Syukuri Nikmat Kesejahteraan, Buang Niat Guling Kerajaan

Posted: 30 Dec 2013 06:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas tindakan segelintir pihak yang berniat untuk menggulingkan kerajaan walhal kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) hari ini sentiasa mengutamakan rakyat dan memelihara kesejahteraan.

Katanya, niat sedemikian adalah terpesong dengan mentaliti sebagai seorang yang berfikiran matang dan waras apatah lagi tindakan menggulingkan kerajaan hanya akan membantutkan matlamat negara untuk menuju negara maju pada tahun 2020 kelak.

"Dalam suasana kita berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera menjelang tahun baru 2014, mengapa perlunya kita sebarkan hasutan sedemikian kepada rakyat keseluruhan?" soal beliau kepada UMNO-Online hari ini.

tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan melihat tindakan tersebut adalah tidak wajar apatah lagi menjadikan Ibu Kota sebagai medan untuk berdemonstrasi sedangkan realitinya lokasi terbabit menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai bangsa termasuklah pelancong asing untuk bersama-sama meraikan ambang tahun baru.

"Tak perlulah kita terpengaruh dengan agenda segelintir pihak yang kononnya mahukan perubahan melalui himpunan jalanan walhal ia tidak mendatangkan apa-apa hasil kerana nilai perpaduan dan semangat kekitaan telah tertanam pada semua warganegara tanpa mengira agama, bangsa dan adat budaya masing-masing," katanya.

Jelasnya, kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) telahpun melakukan perubahan melalui transformasi yang dilaksanakan tanpa sebarang agenda negatif sebaliknya rakyat mendapat manfaat.

"Kita telah melalui usia lebih 56 tahun sejak kemerdekaan dengan kesinambungan sebuah kerajaan yang diterajui BN, membantu rakyatnya keluar dari kemiskinan, bawa negara kepada kemajuan dan pembangunan yang kita hari ini dapat rasai sendiri nikmatnya, jadi mengapa kita mesti rosakkan apa yang telah kita bina selama ini."

Katanya, sewajarnya peralihan tahun akan menjadi satu transformasi untuk memastikan bukan hanya diri sendiri atau keluarga dan rakan-rakan sebaliknya bersama-sama menyokong kerajaan dalam sebuah masyarakat untuk kecemerlangan negara pada masa hadapan.

"Kita tidak pernah endah dengan provikasi, manipulasi dan tohmahan negatif segelintir pihak yang sememangnya mahu melihat kita melatah dan melakukan kesilapan.

"Sebagai sebuah kerajaan kita juga sedar malah Perdana Menteri sendiri telah akui bahawa BN bukanlah kerajaan yang sempurna, ada berbuat silap tetapi kita mahu membetulkan keadaan dan menambahbaik mana-mana yang kurang malah bersedia menerima teguran namun bukanlah melalui himpunan jalanan," katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Sehubungan itu, beliau berharap, rakyat membuat penilaian sewajarnya supaya tidak terpengaruh dengan dakyah kumpulan pemimpin terbabit sebaliknya menyambut kehadiran tahun baru 2014 dengan penuh kesyukuran. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT