SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, January 7, 2014

UMNO Online - “Waspada Pihak Guna Taktik Desperado Cuba Hancurkan Keharmonian Negara” plus 9 more

UMNO Online - “Waspada Pihak Guna Taktik Desperado Cuba Hancurkan Keharmonian Negara” plus 9 more

Link to UMNO Online

Waspada Pihak Guna Taktik Desperado Cuba Hancurkan Keharmonian Negara

Posted: 06 Jan 2014 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Pelbagai isu yang menimbulkan keresahan mula berlegar sejak kebelakangan ini yang berlarutan silih berganti seakan ada pihak yang sengaja mengambil tindakan negatif untuk merosakkan keharmonian negara ini, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Katanya, sewajarnya kedatangan tahun baru 2014 menjadi azam kepada masyarakat keseluruhannya untuk sama-sama memperkukuh perpaduan dan memelihara kesejahteraan negara tanpa ada muslihat sebaliknya.

"Seakan terdapat satu perancangan dari pihak tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan hari ini apabila terdapat satu demi satu insiden yang membabitkan isu-isu sensitif ditaburkan kepada khalayak walhal sewajarnya sebagai rakyat yang bertanggungjawab maka tentunya tahu apa-apa perkara yang boleh menggangu gugat ketenteraman.

"Tidak kurang juga terdapat insiden yang didalangi oleh pembangkang sama ada secara terang atau berlindung di sebalik agensi tertentu misalnya badan NGO atau pihak tertentu sebagaimana himpunan ambang tahun baru yang mempunyai niat untuk menggulingkan kerajaan," katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, barangkali tindakan sedemikian dibuat oleh pihak terbabit lantaran gagal untuk menguasai kerajaan dan menumbangkang Barisan Nasional melalui pilihan raya yang diadakan.

"Tindakan memburuk-burukkan keadaan, memperbesar-besarkan sesuatu isu dan memanipulasikan perkara-perkara tertentu menjadi salah satu cara pihak terbabit untuk mewujudkan suasana tidak tenang, rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dan menimbulkan keresahan pada semua pihak.

"Tindakan negatif sedemikian secara simboliknya amat sinonim dengan pakatan pembangkang yang secara jelas amat gemar menggunakan politik murahan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN dan mencari populariti dalam kepimpinan mereka."

Tegasnya, apabila pakatan pembangkang gagal mendapatkan kuasa melalui demokrasi dalam beberapa pilihan raya umum yang lalu maka mereka cenderung untuk berbuat pelbagai perkara negatif dengan harapan agar berlaku kacau-bilau dan demonstrasi dilaksanakan untuk menumbangkang kerajaan yang ada.

"Apabila mereka sedar bahawa mereka tidak akan mendapat kuasa melalui demonstrasi maka mereka menggerakkan rakyat dengan tohmahan negatif misalnya menggunakan isu kenaikan harga barang, penggunaan kalimah Allah dan juga hal-hal perbezaan antara kaum.

"Ini adalah satu tindakan yang amat berbahaya kerana ia boleh mengundang padah yang akan membawa huru-hara dan kehancuran dalam negara sedangkan kita mempunyai platform jelas sebagai saluran untuk rakyat," jelasnya.

Terang beliau lagi, apabila ada rasa tidak puas hati dan mahu menyuarakan pandangan untuk kepentingan bersama maka sewajarnya setiap individu mempunyai pertimbangan dan memikirkan kepentingan bersama.

"Ada banyak persatuan-persatuan, badan-badan NGO dan macam-macam lagi termasuklah wakil rakyat tempatan yang boleh mereka gunakan sebagai cara untuk melahirkan desakan dan meluahkan rasa tidak puas hati melalui memorandum atau petisyen tanpa perlu mengganggu gugat ketenteraman dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

"Sebagai masyarakat yang mempunyai nilai-nilai ketimuran dan menuju negara maju, kita perlulah menggunakan pendekatan yang lebih berhemah, melalui perbincangan, bermasyarakat, dalam ruang yang tertutup dan bukannya mewujudkan perasaan benci atau menyiram api perkauman yang tentunya sangat bahaya."

Tegas beliau, rakyat perlu sedar dengan apa yang berlaku dan pendedahan berkaitan politik murahan segelintir pihak perlu terus dihebahkan.

"Kita lihat sebelum ini bagaimana rakyat dipergunakan oleh pihak tertentu misalnya melalui demonstrasi jalanan sehinggakan rakyat sanggup berbuat apa sahaja termasuklah bertindak menentang undang-undang sedangkan dalam masa yang sama di kalangan pemimpin pembangkang ada yang menambah bilangan kereta mewah selain bercuti ke luar negara."

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat keseluruhan untuk sentiasa meningkatkan usaha bersama-sama kerajaan demi keharmonian dengan kerajaan sendiri pula sentiasa berusaha menangani setiap permasalahan rakyat dengan baik. - MediaUMNO

Mukhriz Nafi Kerajaan Kedah Beli Kereta Baharu

Posted: 06 Jan 2014 03:27 AM PST

ALOR SETAR, 6 Jan – Kedah menafikan laporan sebuah blog pro-pakatan pembangkang yang mendakwa kerajaan negeri membeli sebuah kereta baharu sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Mercedes Benz S300 yang digunakan beliau di Kuala Lumpur dibelinya dengan wang sendiri dua tahun lepas bagi mengurangkan kos kerajaan negeri.

“Tulisan dan lambang Menteri Besar Kedah pada nombor pendaftaran kenderaan itu bertujuan memudahkan saya memasuki pekarangan Istana Negara atau lain-lain urusan rasmi,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri perhimpunan bulanan staf Wisma Darul Aman hari ini.

Mukhriz berkata kerajaan negeri tidak membeli kenderaan baharu untuk kegunaan beliau atau anggota Exco selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau berkata Mercedes Benz S350 menggunakan nombor KCX 8 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi dibeli ketika Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar manakala Mercedes Benz S320 dengan nombor pendaftaran KBV 8 dibeli bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 2006.

GST Bakal Menyumbang Tambahan 0.3% Kepada KDNK – Ahmad Maslan

Posted: 06 Jan 2014 03:23 AM PST

PUTRAJAYA, 6 Jan -  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, mampu menyumbang pertambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), dan eksport sebanyak 0.5 peratus pada 2015/2016.

Beliau berkata, peningkatan eksport itu disebabkan harga barangan yang dieksport tidak dikenakan GST, menjadikan harga barangan eksport negara lebih kompetitif dan laris di luar negara.

“Pelaksanaan GST yang lebih telus dan adil ini juga akan mampu mengekang aktiviti ‘wang gelap’ pada kadar peratusan tertentu,” katanya pada sidang mediadi sini, Isnin.

Menurut Ahmad, negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus.

Beliau berkata, sejajar pengurangan aktiviti wang gelap, ia akan membantupertumbuhan KDNK serta hasil negara akan turut bertambah dan ini merupakan manfaat jangka masa panjang yang akan dinikmati negara melalui pelaksanaan GST.

Beliau berkata, kerajaan tidak menafikan terdapat impak sementara ke atas harga barangan pada awal pelaksanaan cukai tersebut, namun dalam tempoh beberapa bulan hingga ke setahun, harga barangan akan kembali stabil kerana GST mampu mengurangkan kos perniagaan.

“Pada pihak pengguna pula mereka tidak akan menerima kesan penyebatian dan penurunan seperti yang dialami semasa pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan yang telah menyebabkan mereka menanggung beban cukai berlebihan,” katanya.

Ahmad turut memaklumkan bahawa kerajaan menjangkakan negara akan mengumpul pendapatan bersih hasil GST sebanyak RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion pada 2016.

Pada masa yang sama, Ahmad mengumumkan Kementerian Kewangan akan meneruskan seminar ‘Pemerkasaan Ekonomi Nasional’ yang bermatlamat untuk menerangkan mengenai pelaksana GST kepada rakyat di setiap negeri, yang telah pun bermula sejak Disember lepas, dan berakhir pada 2 Februari di Kuala Lumpur.

“Seminar ini akan turut memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu semasa ekonomi dan 11 langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Seminar itu menyasarkan kehadiran 2,000 hingga 3,000 orang di setiap negeri daripada lima kumpulan utama iaitu pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan, belia dan penuntut pengajian tinggi serta badan swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.

Isu Sensitiviti Agama Boleh Diselesaikan Secara Perbincangan – MKPN

Posted: 06 Jan 2014 03:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) baru-baru tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh mengeruhkan keadaan perpaduan antara kaum dan agama, kata pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Tan Sri Samsudin Osman.

Katanya MKPN percaya isu membabitkan sensitiviti agama Islam yang hangat diperdebatkan ketika ini boleh diselesaikan dengan kaedah perbincangan tanpa mencemarkan agenda perpaduan nasional.

“MKPN kesal dengan serbuan tersebut dan menggesa kerajaan supaya mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara yang dicapai bersama kumpulan-kumpulan Kristian di negara ini pada April 2011,” katanya selepas mesyuarat pertama MKPN di sini hari ini.

Penubuhan MKPN diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Nov lalu, sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan perpaduan kaum terus teguh.

Antara ahli MKPN yang hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) Datin Paduka Marina Mahathir, anggota Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan selebriti Wardina Safiyyah.

Samsudin berkata MKPN menggesa kerajaan supaya mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara yang dicapai bersama kumpulan-kumpulan Kristian di negara ini pada April 2011.

“Itu antara 10 penyelesaian daripada ahli-ahli MKPN dalam mesyuarat hari ini berhubung isu kalimah Allah, serbuan Jais dan demonstrasi aman di Selangor,” katanya sambil menambah usul penyelesaian ini akan dibawa ke pengetahuan kerajaan secepat mungkin.

Beliau berkata tindakan serbuan Jais itu jelas melanggar kandungan resolusi Penyelesaian 10 Perkara yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada 2011, yang mana Putrajaya akan mengizinkan pengimportan Alkitab dalam semua bahasa, termasuk terjemahan Bahasa Malaysia/Indonesia.

Samsudin berkata antara penyelesaian lain adalah pihaknya akan mengadakan perbincangan tertutup dengan pemimpin agama, pihak berkuasa dan kumpulan berkaitan secepat mungkin.

Pada insiden Khamis lepas, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim dan merampas 300 bible versi Bahasa Malaysia dan Iban sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.

Samsudin berkata tugas MKPN ketika ini adalah mengadakan dialog perpaduan di seluruh negara bersama masyarakat bagi mendapatkan maklum balas tentang perpaduan negara sebelum dibentangkan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan.

“Sasaran kita adalah apa yang diharapkan kerajaan iaitu menyediakan rangka tindakan untuk perpaduan. Kita akan berusaha memenuhi apa yang diminta perdana menteri (sediakan laporan),” katanya.

ADUN DAP Dikecam Cuba Tangguk Peluang Main Politik Sempit

Posted: 06 Jan 2014 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan –Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengecam tindakan tiga orang ADUN DAP yang akan mencadangkan pindaan ke atas Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

mas_ketua_puteri_umno_mesyuarat_exco_pwtc

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya melihat tindakan ADUN DAP ini seolah-olah cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan dan mengugat keharmonian perpaduan antara kaum dan agama selain mencemarkan agama Islam di Selangor.

"Pergerakan Puteri akan mengadakan wacana ataupun dialog dengan melibatkan ilmuan agama, membuat penerangan tentang isu Kalimah Allah ini kerana kita tidak mahu ada orang yang tersalah tafsir atau mendapat maklumat yang salah mengenai apa yang berlaku.

“Ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas isu ini, kerana kita tidak mahu isu ini berpanjangan dan mengugat keharmonian yang telah kita nikmati selama ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan kemungkinan wujud 'permainan atau provokasi' oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak DAP yang mahu mengambil kesempatan isu Kalimah Allah ini untuk digunakan dan diputar-belitkan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang dijangka akan dibuat dalam masa dua tahun ini.

"Kita tahu mereka bijak mainkan strategi, tetapi saya tekankan di sini bahawa kita jangan melatah dengan apa yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini kerana kita nak pastikan keharmonian dan perpaduan kaum di dalam negara kita ini tidak tergugat," tambahnya. -MediaUMNO

Politik Kebencian, Emosi & Belit Fakta Kepakaran Pembangkang – Prof Hanafiah

Posted: 06 Jan 2014 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Pembangkang dilihat akan meneruskan pendekatan politik kebencian dengan memanipulasikan fakta dan isu bagi mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa kerajaan yang ada hari ini gagal menjaga dan membela rakyat di negara ini, demikian jelas seorang penganalisa politik, Prof Madya Dr. Hanafiah Harun.

Prof-Madya-Mohd-Hanafiah-Harun-UITM-Shah-Alam

Menurut beliau yang juga  pensyarah Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), pembangkang hari ini dilihat begitu aktif memainkan isu-isu contohnya terkini isu kenaikan harga dan sistem percukaian GST, dengan memberikan fakta-fakta yang tidak tepat kepada rakyat.

"Inilah kecekapan pembangkang. Mereka memanipulasikan pemikiran rakyat di dalam kekalutan maklumat dan fakta yang berlaku hari ini.

"Contohnya, di mana-mana ceramah pembangkang, mereka tekankan bahawa GST adalah sistem yang menekan rakyat. Mereka wujudkan gambaran, bahawa GST akan membuatkan rakyat bertambah susah, sedangkan hakikatnya rakyat terbanyak tidak akan terjejas dengan sistem percukaian ini," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, gerakan pembangkang ini berjaya lantaran ramai di antara rakyat di negara ini sebenarnya tidak faham dan tidak tahu tentang fakta sebenar sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Bagi saya, pembangkang berjaya memanipulasikan fakta dan pemikiran rakyat sehingga rakyat menjadi keliru, seterusnya mewujudkan persepsi bahawa kerajaan hari ini zalim dan menekan rakyat.

"Mereka mengunakan emosi dan sentimen kebencian sebagai senjata utama mereka, kerana faktor emosi, tekanan persekitaran serta kehidupan sememangnya cukup berkesan untuk membuatkan rakyat mula merasa benci dan hilang kepercayaan kepada kerajaan," ujarnya.

semua-salah-umno-bn-pembangkang-betul-tuduh-fitnah-politik

Justeru itu, beliau mencadangkan agar penerangan secara menyeluruh tentang isu-isu semasa, terutamanya berkaitan dengan kos sara hidup dan GST perlu diadakan dengan lebih aggressif oleh agensi kerajaan.

"Kalau boleh, saya cadangkan agar libatkan juga golongan profesional dan tokoh-tokoh akademik yang tidak ada bayang parti politik di belakang mereka. Contohnya seperti guru-guru dan pegawai kerajaan, yang merupakan institusi yang dipercayai oleh masyarakat, terutama di luar bandar.

"Jika kita menggunakan sepenuhnya ahli politik untuk menerangkan isu, saya lihat agak sukar kerana pertamanya, kepercayaan rakyat terhadap kata-kata ahli politik semakin berkurangan. Keduanya, ada di antara ahli politik, bahkan ada di kalangan menteri sendiri tidak berapa faham dan jelas tentang perkara ini," katanya.

Beliau seterusnya menegaskan, bahawa kerajaan perlu lakukan sesuatu bagi mengatasi manipulasi yang dilakukan oleh pembangkang bagi mengelakkan rakyat menganggap segala dakwaan mereka itu benar belaka.

"Usaha penerangan baik daripada agensi kerajaan yang terbabit hari ini perlu lebih aggresif dan mencecah sehingga ke peringkat akar umbi pada pelbagai lapisan masyarakat.

"Jika tidak, dibimbangi persepsi negatif yang disemaikan oleh pembangkang pada pemikiran rakyat akan terus melekat, dan jika ini berlaku, sudah tentu agak sukar untuk kita menerangkan kembali perkara yang sebenar kepada rakyat," akhirinya. -MediaUMNO

Police To Set Up Special Squad To Combat Illegal Gambling

Posted: 06 Jan 2014 01:29 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 6 – The police will set up a special squad from Bukit Aman to combat illegal gambling either conventional or online at all levels, said Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Citing illegal gambling victims were mostly low-income earners, he said the police would take a concerted effort at the district and state levels to fight the menace.

“I know this is a difficult task, but not an impossible one as we do not want low-income earners to continue to fall prey to illegal gambling operators,” he told reporters after receiving newly appointed Home Ministry secretary-general Datuk Mohamad Khalid Shariff here today.

Apart from combating illegal gambling, Ahmad Zahid the police would continue to flush out secret societies and firearms use by criminals, and weed out drug trafficking.

“Drug trafficking by syndicates and peddlers are still rampant. Although the achievement made by the Narcotics CID was excellent, it is not impossible to weed out drug abuse,” he said.

In addition to reinforcing ‘Rakan Cop’ to enhance engagement with the public, Ahmad Zahid said the police targeted to increase the Police Volunteer Reserve (PVR) and auxiliary police strength to 25,000 members each to help restore confidence in the community.

“Hence, I hope the new secretary-general, with extensive experience behind him, will be able to spearhead the ministry in fostering prosperity and security in the country,” he said.

Meanwhile, Ahmad Zahid said the ministry would seek the cooperation of the Associations of Banks in Malaysia to enable foreign workers’ wages to be credited in their accounts.

“If they (foreign workers) want to send money to their home countries, it must be done through banking channels so as not to violate the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA),” he said, adding that an online transfer of money would enable Bank Negara to monitor the transactions.

SESB Consumers Asked To Lodge Police Report

Posted: 05 Jan 2014 11:57 PM PST

TAWAU, Jan 6 – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)consumers are asked to lodge police reports if they are approached by unknown individuals for payment on electricity meter inspection or changes following a recent impersonation case.

SESB senior general manager (asset management) Muhamad Nazri Pazil said today they were also reminded that all payments could only be made at the cash counter at SESB offices while SESB staff were not allowed to receive any payment on behalf of the company.

“All works relating to electricity meter changes and inspection are undertaken by SESB staff and not by third parties,” he said in a statement here.

He believed the case of a criminal impersonating as a SESB employee had been solved following the arrest of a male suspect, a local in his 40s, at Jalan Habib Hussin here on Friday.

The suspect, who had previously deceived several consumers in Tawau and Lahad Datu districts, including domestic and commercial consumers, and on the enforcement authorities’ wanted list since early last year, was later brought to the Tawau district police headquarters, he said.

Di Mana Rumah Kos Rendah…? Yang Nampak Hanya Mercedes Benz S300L

Posted: 05 Jan 2014 11:31 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Jan – Dalam keadaan rakyat di Pulau Pinang mencari-cari di mana lokasi dan jumlah rumah kos rendah yang dibina kerajaan DAP Pulau Pinang di samping tertanya-tanya kenapa surjac air naik 100 peratus serta penghapusan kutipan tol di negeri itu seperti dijanjikan dalam pilihan raya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli kereta  Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasminya adalah bukti bahawa pemimpin pembangkang hanya pandai bercakap untuk mencari kesalahan orang lain.

Exco Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata apa yang berlaku itu menunjukkan sikap kepura-puraan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kononnya membela nasib rakyat tetapi bermewah untuk diri sendiri.

"Mana janjinya untuk membela rakyat ketika mula dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, jika dahulu Guan Eng ketika baru dilantik banyak bercakap mengenai kesalahan kepimpinan kerajaan terdahulu, tetapi sekarang apa sudah berlaku.

"Itulah, pembangkang hanya pandai bercakap sahaja tetapi apabila terkena pada diri sendiri mereka mendiamkan dan memberi pelbagai alasan untuk menutup kesilapan mereka termasuk menuding jari kepada pihak lain," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri membeli kereta mewah Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mengantikan kereta rasmi Toyota Camry sebelum ini yang baru berusia 2 bulan.

Norliza juga turut mempersolakan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (C.A.T) yang diperkenalkan oleh kepimpinan Guan Eng ketika mula mentadbir Pulau Pinang selepas memenangi pilihan raya umum 2008 lalu.

"Selepas menang pilihan raya 2008 lalu, macam-macam ingin dilakukan untuk membela rakyat, tetapi selepas berjaya mempertahankan Pulau Pinang untuk kali kedua, nampaknya belang mereka sudah terserlah.

"Apa yang dikatakan dahulu hanyalah sekadar omongan kosong untuk mendapatkan sokongan rakyat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malah di Selangor yang diperintah pembangkang apabila menaikkan gaji wakil rakyat," katanya.

Menurutnya, kepimpinan pembangkang ini boleh diibaratkan sebagai `cakap tak serupa bikin" yang hanya pandai bercakap untuk mengaburi mata rakyat untuk kepentingan mereka. -MediaUMNO

ketua-menteri-dap-lim-guan-eng-ubah-camry-mercedes

Settle Road Accidents At Police Station, Not By Roadside, Says Shahidan

Posted: 05 Jan 2014 10:21 PM PST

SERDANG, 6 Jan – Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Shahidan Kassim wants members of the public to settle their accident cases at the police station and not at the accident site.

He said most motorists involved in road accidents would stop their vehicle at the roadside to examine it and discuss the matter with the other party at the same place.

“Following several hit-and-rob accidents with some that involved dangerous weapons, including firearms, this is a dangerous thing to do,” he told Bernama after visiting Malaysia Maritime Enforcement Agency administrative director, Nazaruddin Mat Ali at the Serdang Hospital here.

Nazaruddin, 35, who works in Kuantan was hurt in the left abdomen after he was shot by two men on the highway near Puchong yesterday and escaped with his vehicle.

In the incident, Nazaruddin and his wife Alawiyah Haron, 35, an executive with a private company, were travelling from Shah Alam to Semenyih when he alighted from his vehicle to talk with them after it was rammed from the back by another vehicle.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT