SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, January 9, 2014

UMNO Online - “Hasil Kedah Meningkat Lebih 20 Peratus – Mukhriz” plus 9 more

UMNO Online - “Hasil Kedah Meningkat Lebih 20 Peratus – Mukhriz” plus 9 more

Link to UMNO Online

Hasil Kedah Meningkat Lebih 20 Peratus – Mukhriz

Posted: 08 Jan 2014 04:10 AM PST

ALOR SETAR, 8 Jan  - Kedah mencatat peningkatan dalam jumlah kutipan hasil negeri sebanyak 22.5 peratus berbanding tahun 2012, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata peningkatan itu adalah hasil daripada penambahbaikan serta penguatkuasaan proses yang membolehkan kutipan meningkat kepada lebih RM512 juta pada 2013 berbanding lebih RM418 juta pada 2012.

“Kewangan negeri juga mengalami lebihan bajet iaitu lebihan antara hasil dan perbelanjaan mengurus sebanyak lebih RM52 juta bagi 2013.

mukhriz-mb-kedah-mula-kerja-dewan-exco-cina-mca

“Perbelanjaan mengurus bagi tahun tersebut berjumlah lebih RM459 juta,”  katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian itu membuktikan bahawa sepanjang tempoh tujuh bulan mentadbir Kedah, pihaknya memberi tumpuan kepada usaha memastikan kutipan hasil dibuat secara efisien dan cekap.

Sementara itu katanya, jumlah pelaburan di negeri ini bagi Januari hingga September 2013 pula ialah sebanyak RM2.249 bilion yang menyumbang 6.4 peratus daripada jumlah pelaburan negara.

Beliau berkata jumlah pelaburan bagi Kedah pada 2012 adalah RM589 juta dan berada di kedudukan ke-10 dalam negara, namun kini berada pada kedudukan ketujuh.

“Untuk makluman, Johor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan pelaburan RM10.6 bilion,” katanya.

RM10 Mln Aid For Agricultural Losses – Ismail Sabri

Posted: 08 Jan 2014 03:44 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 8 – Farmers, livestock breeders and agro-based entrepreneurs affected by the floods last December in Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan and Sarawak will soon receive aid from the Agriculture and Agro-based Industry Ministry.

It’s Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said a total of RM10 million has been allocated to ease their burden.

“RM8.5 million will be distributed in Johor, Pahang, Terengganu and Kelantan. The actual damage in Sarawak has yet to be determined however, we’ll announce it later,” he told a press conference here today.

Ismail Sabri noted that based on a census by the Ministry the four states incurred losses of RM46.1 million involving 4,632 farmers, livestock breeders and agro-based entrepreneurs.

He said the aid was expected to be distributed in two weeks time based on the type of crops such as padi, fruits, vegetables and livestock involved.

“The cash aid will be distributed directly to those who have presented their information to us and it can also be collected from the district agriculture offices,” he said.

The rate for padi is RM1,800 per unharvested hectare; replanting RM876 per hectare; vegetables (maximum RM2,000 per hectare); fruits (maximum RM1,000 per hectare).

Buffalo is RM700 per animal, maximum 10; cattle and deer (RM600 per animal, maximum 10); goat and sheep (RM150 per animal, maximum 20); chicken and duck (RM5 per bird, maximum 100) and quail (RM2 per bird, maximum 200).

Whereas commercial aquaculture entrepreneurs will receive RM1,500 per hectare for a maximum of two hectares; small ponds (RM1,500 per hectare, maximum one hectare); cage (RM200 per section, maximum 12 sections); hatchery (RM3,000 per hatchery, maximum one hatchery) and RM1,000 to each agro-based entrepreneur.

SPNB Bina 2,812 Unit Rumah Di Sabah Tahun Ini – Abdul Latiff

Posted: 08 Jan 2014 03:20 AM PST

PENAMPANG, 8 Jan – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 2,812 unit rumah di bawah projek Rumah Mampu Milik (RMM) bermula tahun ini, di tiga lokasi di Sabah, kata pengerusinya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata kesemua projek bernilai RM350 juta berkenaan akan dilaksanakan di Kimanis, Tuaran dan Sandakan.

Abdul Latiff berkata sebanyak 832 unit apartment RMM akan dibina di Tuaran, 944 unit di Sandakan dan selebihnya, 1,036 di Kimanis.

“Di Kimanis pembinaannya mungkin akan lewat daripada yang dirancangkan memandangkan kawasan tersebut akan turut dibangunkan untuk menjadi sebuah bandar baharu Kimanis,” katanya dalam sidang media sempena majlis penyerahan  kunci RMM apartment Vista Minintod di sini hari ini.

Katanya SPNB juga bercadang menambah keluasan kawasan projek perumahan di Kimanis daripada 75 hektar kepada 150 hektar bagi menyokong pertumbuhan pembangunan Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di kawasan itu.

Mengenai projek RMM apartment Vista Minintod itu, yang melibatkan 1,174 unit dengan keluasan setiap unit antara 678 hingga 850 kaki persegi itu, Abdul Latiff berkata ia adalah projek ke-7 yang telah disiapkan SPNB di Sabah dan yang ke-35 di seluruh negara.

“Ia (apartment) ini merangkumi apartment kos sederhana empat tingkat, apartment kos sederhana rendah lima tingkat dan kedai satu tingkat,” katanya.

Katanya SPNB mengambil masa 36 bulan untuk menyiapkan projek berkenaan dan telah pun memperoleh Sijil Layak Menduduki (SLM) pada 30 Dis tahun lalu.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor berkata kerajaan komited dalam menyediakan RMM bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah di Sabah bagi menangani masalah pembeli dalam kumpulan itu.

“Kerajaan sentiasa mengorak langkah proaktif ke arah membantu golongan yang memerlukan kemudahan yang selesa serta selamat untuk didiami,” katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Zakaria Idris.

Isu Kalimah Allah, JAIS : Pas Patut Buat Pendirian Rasmi Bukan Main Dolak Dalih

Posted: 08 Jan 2014 03:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendesak kepimpinan Pas Selangor dan pusat supaya menyatakan pendirian rasmi mereka berhubung isu kalimah Allah dan tidak berdolak dalik dalam soal ini.

Menurut beliau, pendirian Pas berhubung isu ini dilihat tidak konsisten biarpun Dewan Ulama parti tersebut telah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju nama Allah digunakan oleh bukan Islam di negara ini.

"Dalam keadaan umat Islam yang dilanda kekeliruan hari ini, saya lihat Pas masih lagi berdolak dalik berhubung pendirian mereka tentang isu nama Allah ini, biarpun Dewan Ulama mereka sudahpun menyatakan pendirian rasmi.

"Bagi saya, Pas tak payahlah sibuk-sibuk untuk menjadi orang tengah dalam isu ini, sepertimana kenyataan yang keluar dari salah seorang pemimpin mereka. Jika Pas menjadi orang tengah sekalipun, apa keputusan yang mahu dicapai oleh mereka?

pas-dolak-dalih-alasan-dap-kalimah-allah-agama-quran-islam

"Sedangkan kepimpinan Pas  masih berselisih pendapat sesama sendiri tentang isu ini, bagaimana pula mereka mahu menjadi orang tengah untuk  menyelesaikan masalah ini? Selesaikan perselisihan dalaman berhubung perbezaan pendapat antara mereka dulu, sebelum mahu menjadi orang tengah dalam isu ini," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Begitu juga dalam isu serbuan JAIS di mana sehingga ke hari ini Pas Selangor sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu serbuan tersebut, kata Puad lagi.

"Apa yang saya lihat, dalam keadaan umat Islam sedang bergelut dengan tekanan serta desakan dengan isu yang mencabar umat Islam seperti ini, Pas masih lagi mahu mementingkan keuntungan politik mereka untuk membuat sebarang keputusan dalam isu penting seperti ini," jelasnya.

Tambahnya lagi,  Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya memberikan sokongan kepada JAIS dan berusaha untuk memperkasakan institusi agama negeri itu dalam usaha mempertingkatkan dakwah Islamiyah di negeri tersebut.

"Dalam isu ini, Pas sepatutnya akur dengan keputusan Sultan, sebagai ketua agama negeri dan memberikan sokongan terhadap JAIS dalam apa juga keputusan dan tindakan jabatan agama tersebut.

"Tetapi nampaknya nampaknya Pas lebih suka bermain tarik tali dalam isu ini. Semua ini berlaku kerana bagi saya, Pas lebih mementingkan keuntungan politik mereka daripada kepentingan Islam dan ummah di negara ini," ujarnya. -MediaUMNO

Resolve LDP Crisis Amicably – Musa Aman

Posted: 08 Jan 2014 03:12 AM PST

KOTA KINABALU, Jan 8 – Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman wants the crisis which has hit the Liberal Democratic Party (LDP) to be resolved amicably following the Registrar of Societies (ROS) deciding that the party president is Datuk Teo Chee Kang.

As such, Musa, who is Sabah Barisan Nasional (BN) chairman, said former Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Liew Vui Keong, who was replaced by Teo as LDP president, would give due consideration  to the matter.

“According to Teo, he has received a letter from the ROS stating that a meeting he had held was valid as party president.

“I also received a letter from Datuk VK Liew in which he said he will do what he thinks is necessary. Whatever action he (Liew) takes is his right,” he told a news conference here today.

Musa said Teo also remains as State Special Affairs Minister.

Prior to this, it was reported that Teo regarded the issue on the party’s leadership, including the LDP presidency post, which had carried on since last year to be settled.

At a news conference held last Sunday, Teo showed a letter signed by ROS director-general Datuk Mohammad Rizin Abdullah to reporters and read out its contents.

Teo was quoted saying that based on the letter, the LDP leadership elected at the party’s annual general meeting on Oct 19 and 20 last year was valid.

Comango Gabungan Pertubuhan Tidak Berdaftar – KDN

Posted: 08 Jan 2014 02:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan  - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (Comango) adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta  Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohamad Khalid Shariff berkata pengesahan itu dibuat berikutan semakan rekod oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP).

“Daripada 54 pertubuhan yang menganggotai pertubuhan itu, hanya 15 sahaja yang berdaftar dengan jabatan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah perlu berdaftar dengan JPP seperti ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

“Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen  41(1)(b),” katanya.

Mohamad Khalid berkata kebanyakan anggota gabungan itu terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam.

“Comango merupakan pertubuhan yang memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada agama Islam dan NGO Malaysia itu telah menghantar laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat di Geneva setiap empat tahun, katanya.

Comango yang merangka kandungan laporan mengenai hak asasi manusia antara lain menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, bisexual, transgender, intersex dan queerperson (LGBTIQ).

Mohamad Khalid berkata 15 pertubuhan yang telah berdaftar terdiri daripada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Education and Research Association for Consumers Malaysia (Era Consumer), All Petaling Jaya Selangor Residents Association (Apac), All Women’s Action Society Kuala Lumpur and Selangor (Awam) dan Association of Women with Disabilities Malaysia.

Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (Camsa), Society for Rights of Indigenous People of Sarawak (SCRIPS), Good Shepherd Welfare Centre, Malaysian Physicians for Social Responsibility dan Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (Permas).

Perak Women for Women Society, Sahabat Wanita Selangor, Sabah Women’s Action-Resource Group (Sawo), Women’s Aid Organisation Malaysia (WAO) dan Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall.

Katanya selebihnya didapati tidak berdaftar termasuk Amnesty International Malaysia, Centre For Independent Journalism (CIJ), Christian Federation Malaysia, Pusat Komunikasi Selangor (Komas), Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT), Childline Malaysia dan Foreign Spouses Support Group.

Paderi Andrew Perlu Hormat Keputusan Mahkamah – Dr Mahathir

Posted: 07 Jan 2014 11:59 PM PST

PETALING JAYA, 8 Jan – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik ‘The Herald’, Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Beliau menegaskan paderi itu perlu menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebagaimana umat Islam menghormati agama lain.

“Yang rujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka tapi bila mahkamah buat keputusan mereka tak peduli. Apa jadi kalau masyarakat tak hormat keputusan mahkamah?

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama, tak apalah, tapi di sini apa sebab tiba-tiba nak gunakan?” soal Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada seminar Pengarah-pengarah Korporat Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya di sini.

mahathir-tegas-isu-agama-bangsa-negara-islam-malaysia

Beliau mengulas kenyataan Andrew 27 Dis lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak dan umat Islam terutama di Selangor dan semalam Andrew menegaskan tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya itu.

Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama serta kaum, dan ini perlu dikekalkan dengan mengelak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama lain.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai bantahan pengwujudan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya, bekas perdana menteri itu berkata timbul sebarang masalah jika premis hiburan diwujudkan di Putrajaya kerana ia bukan bandar keagamaan tetapi sebuah bandar pentadbiran.

“Manusia ini berkehendakkan hiburan. Kalau kata tak boleh minum arak dalam Putrajaya saya pun tak ada apa-apa, tapi sampai tak ada hiburan ini susahlah,” katanya.

Media melaporkan kemungkinan cawangan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya, bandar pentadbiran cetusan ilham Dr Mahathir, susulan perbincangan mengenainya antara Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan ahli perniagaan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Ditanya sama ada beliau bersetuju jika Hard Rock Cafe diwujudkan di Putrajaya, Dr Mahathir menjawab: “Bukan bersetuju Hard Rock Cafe tu. Saya bersetuju supaya ada hiburan di situ. Tapi kalau kita nak larang jual arak itu terpulang kepada mereka (pihak berkenaan).”

Aseh bagaimanapun dilaporkan sebagai menjelaskan tiada permintaan rasmi dikemukakan mengenai cadangan pembukaan pusat hiburan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata TH adalah sebuah entiti unik yang tiada tandingan di dunia dalam soal mengumpul wang rakyat untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.

Program BL1M Berjaya Bantu 70,455 Anak Muda Miliki Lesen Motosikal B2

Posted: 07 Jan 2014 11:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah sejak 2012 lalu telah membantu 70,455 pemohon untuk memiliki lesen motosikal yang sah.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, dari jumlah 210,000 permohonan yang diterima, hanya 138, 358 yang layak menyertai program ini selepas tapisan.

"Sehingga ke hari ini, 49,782 permohonan masih dalam proses BL1M, 29187 permohonan telah gagal tiga kali (gagal ujian komputer) manakala 18,111 permohonan lagi tidak dapat diproses disebabkan beberapa perkara.

“Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO bersedia untuk memulangkan semula wang berjumlah RM199.00 iaitu kos yang telah diperkenalkan di bawah program BL1M ini kepada 18,111 permohonan yang tidak dapat diproses ini," ujarnya dalam sidang media di sini, hari ini.

bl1m

Justeru jelas beliau untuk tujuan pemulangan semula wang kepada 18,111 orang peserta ini, ianya akan bermula pada 15 Januari ini menerusi sekretariatnya di Ibu Pejabat Pemuda UMNO Malaysia yang akan diketuai oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Mohd Lassim Burhan.

"Kita telah berbincang dengan kepimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri-negeri dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri akan bertanggungjawab juga bagi bersama-sama menguruskan proses pemulangan wang ini dengan bantuan Ketua Pemuda UMNO bahagian-bahagian seluruh negara.

“Kita tidak ada masalah untuk memulangkan semula wang ini dengan bukti pemohon telah membuat bayaran untuk program ini dan dalam masa yang sama, kita mempunyai senarai lengkap permohonan program BL1M ini," tambahnya.

Program BL1M ini program politik khidmat bakti bermatlamat untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda yang berumur antara 17 hingga 40 tahun untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada pringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan, ujian praktikal dan sebagainya lagi. Pada masa ini kos purata untuk mohon lesen B2 ini adalah sebanyak RM380.

Menerusi program BL1M, mereka yang ingin mendapatkan lesen tersebut hanya perlu membayar RM199. Ini adalah politik khidmat bakti sepertimana yang Pemuda UMNO telah laksanakan seperti Karnival kerjaya, Biasiswa Pemuda BN dan pelbagai lagi.

Pengerusi BL1M, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata, mekanisme bagi mendapatkan semula bayaran tersebut, pemohon boleh berurusan dengan Pejabat Pemuda, mereka boleh pergi ke Pejabat Pemuda UMNO Bahagian untuk menghantar permohonan untuk mendapat balik bayaran.

"Selain Pejabat Pemuda UMNO Bahagian, mereka juga boleh hubungi Ibu Pejabat Pemuda UMNO Malaysia, di talian 03-40441199 bermula 15 Januari ini, untuk member butiran dan jika pihak Urusetia mendapati nama mereka ada dalam senarai, mereka akan mendapat balik bayaran dalam masa satu minggu," tambahnya yang juga mantan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. -MediaUMNO

Dr M Asks Tabung Haji To Invest In Hi-Tech Industries

Posted: 07 Jan 2014 10:35 PM PST

KUALA LUMPUR, Jan 8 – Tun Dr Mahathir Mohamad today asked Pilgrims’ Fund Board (Tabung Haji) and other funds to invest in high technology industries.

The former prime minister said Malaysia has many funds with huge capital amounting to billions of ringgit but most of their investments are focused on building skyscrapers.

“Actually, investing in sophisticated industries can also better help us to realise our vision to emerge as an advanced nation,” he said

Dr Mahathir said building highrise buildings without using high technology and furthermore using foreign workers would eventually “result in the outflow of their income from our country (to their homeland.”

“If we venture into high technology industries, we can utilise our engineering and scientific expertise to give higher salary in tandem with the government’s plan to transform Malaysia into a high-income nation,” Dr Mahathir told a media conference after delivering a keynote address at the 6th Corporate Directors’ Seminar hosted by Tabung Haji.

Dr Mahathir, however, said the benchmark for an advanced nation was not merely the per capita income and the gross revenue of a nation but was seen from the aspect of sophistication and technological advancement of a nation.

Citing Islamic countries as an example, Dr Mahathir said many of the countries have a very high per capita income, but are not seen as developed nations because they do not have the knowledge and high expertise.

Meanwhile, Tabung Haji Group Managing Director and Chief Executive Officer Datuk Ismee Ismail said that in line with Dr Mahathir’s call, Tabung Haji was coincidentally studying several proposals to invest in certain industries.

“Most probably we will look into several investments this year apart from existing investments in properties, fixed investments and shares.

“In 2014, Tabung Haji will pursue the present investment policy and strategy in line with asset value and locations.

"Currently, Tabung Haji has enough funds, touching RM45 billion, for our management and administration. We will continue to consolidate our position and will look into investment ventures that will bring in good returns," he said.

On investment locations, Ismee said Malaysia was still among the main destinations for investments, especially for the property sector.

“We are looking for investment opportunities in the United Kingdom, Australia and Saudi Arabia,” he added.

Tempoh Lima Hari Kepada Karpal… Pemuda Pas Jangan Buat-buat Lupa

Posted: 07 Jan 2014 09:53 PM PST

PUTRAJAYA, 8 Jan – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Ahmad Faisal Abdul Karim hari ini mengingatkan Dewan Pemuda Pas agar tidak buat-buat lupa terhadap amaran serta tempoh lima hari yang diberikan kepada Pengerusi DAP Karpal Singh ekoran mengeluarkan kenyataan agar pendaftaran Pas dibatalkan pada November lalu.

Jelasnya, selepas Karpal mengeluarkan kenyataan tersebut, Dewan Pemuda Pas telah memberikan tempoh lima hari untuk Karpal memohon maaf dan sekiranya gagal mereka akan mendesak kepimpinan DAP mengambil tindakan kerana kenyataan tersebut didakwa sebagai satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan pembangkang.

karpal-parti-dap-rasis-angkuh-biadap

Namun sehingga kini tegas beliau Pemuda Pas dilihat terus menyepi seakan tidak berani untuk mengotakan apa yang telah mereka katakan.

"Bagi saya, Pemuda Pas sebenarnya sekadar bermain retorik. Hanya mahu menunjuk kepada rakyat kononnya mereka ada suara. Tetapi hakikatnya mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana mereka masih mengharapkan DAP untuk terus bermian politik.

"Sekiranya benar mereka ada suara dan mampu membela maruah Pas, kita cabar Dewan Pemuda Pas untuk mengotakan kata mereka," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, Pas sebenarnya bukan hanya berdiam di dalam isu ini tetapi isu-isu lain juga mereka gagal bersuara membela maruah agama Islam walaupun sering menwar-warkan perjuangan mereka adalah demi Islam.

Isu kalimah Allah juga kata beliau Pas dilihat terus membisu seribu bahasa. Jadi tidak hairanlah desakan meminta maaf ini juga akan terus sepi.

"Ketika isu ini masih panas, Pemuda Pas mendakwa kononnya kenyataan Karpal itu telas memberi implikasi yang amat besar kepada kelangsungan dan kesucian perjuangan Pas sebagai sebuah parti politik Islam malah turut memberi impak buruk kepada agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Tetapi itu hanya pada permulaan sahaja… kini bukan lima hari telah berlalu tetapi telah berbulan. Tahun juga telah berubah tetapi apa tindakan Dewan Pemuda Pas? Adakah mereka sudah lupa akan perkara ini atau ternyata mereka memang penakut," jelas Faisal.

Karpal dalam sidang medianya di Pulau Pinang pada 5 November tahun lalu mencadangkan agar pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT