SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, January 25, 2014

UMNO Online - “Kerajaan Lulus RM20 Juta Kepada Dama Dan Nekmat Laksana Stok Penimbal” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Lulus RM20 Juta Kepada Dama Dan Nekmat Laksana Stok Penimbal” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Lulus RM20 Juta Kepada Dama Dan Nekmat Laksana Stok Penimbal

Posted: 24 Jan 2014 05:13 AM PST

PUTRAJAYA, 24 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dana tambahan berjumlah RM20 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) untuk melaksana stok penimbal bagi menstabilkan harga barang.

Beliau berkata kerajaan meluluskan dana tambahan RM8 juta kepada Fama dan RM12 juta kepada Nekmat untuk membuat belian terus daripada petani tempatan dan mengimport dari luar negara untuk mewujudkan stok penimbal.

najib-fama-ismail-harga-barang-rakyat

“Kalau harga naik, Fama boleh bertindak dan menjual barang makanan ini di pasar-pasar tani di seluruh negara untuk menstabilkan harga barang makanan. Nekmat juga akan melakukan konsep yang sama.

"Dengan cara ini, saya percaya pengguna ada alternatif," katanya dalam sidang media selepas meninjau harga barangan di Pasar Tani Putrajaya di Presint 2 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanaian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahateraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Pada masa ini, terdapat 517 pasar tani dengan 25,000 usahawan di seluruh negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ia merupakan inisiatif kerajaan untuk menangani masalah kos saraan hidup yang dikatakan meningkat.

Semasa ditanya jika dana itu habis dalam tempoh singkat, beliau berkata:  "Peruntukan ini boleh ditambah kemudian."

Sementara itu, Najib berharap rakyat menjadi pengguna bijak dalam berbelanja harian.

"Saya juga berharap rakyat akan memilih tempat yang menawarkan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada tempat lain,” katanya.

Sebelum itu, Najib meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk meninjau harga barangan di Pasar Tani Putrajaya serta beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.

Less Cases On Fourth Day Of Ops Harga 2014

Posted: 24 Jan 2014 03:50 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 24 – The fourth day of the 2014 Ops Harga conducted by the Ministry of Domestic Trade, Cooperative and Consumerism saw the number of offences and compounds issued reduced today.

Its Minister Datuk Seri Hasan Malek said 6,462 business premises were inspected nationwide yesterday with 61 actions taken, five notices issued and RM21,119.03 worth of goods seized.

“The five notices were two in Sabah, one each in Selangor, Melaka and Penang. The 61 cases comprised 41 under Price Control and Anti-Profiteering Act 2011, Weights and Measures Act 1972 (18) and Trade Descriptions Act 2011 (two),” he told Bernama here today.

He said Perak recorded the highest number of cases at 14 followed by Sabah (10), Terengganu (seven), Johor (five), Selangor; Kelantan; Negeri Sembilan and Perlis each (four), Melaka (three) and Pahang (one).

He added that the Ministry’s enforcement officers nationwide had inspected 3,330 wet markets, night markets (908), grocery shops (898), farmers market (413), mini markets (246), food outlets (189), food courts (100), supermarket and food stalls each (92), restaurants (80), wholesalers (66), R&R (26) and hypermarkets (22).

Ops Harga 2014 involves 1,800 enforcement officers and 1,100 officers to monitor prices and focuses on three aspects, namely, price display, issuance of notices under Section 21 of the Price Control and Anti-Profiteering Act and inspection of weighing and measuring scales.

Pemuda UMNO Kota Kinabalu Tidak Mahu ADUN Likas Hanya Memohon Maaf

Posted: 24 Jan 2014 03:42 AM PST

KOTA KINABALU, 24 Jan – Pemuda UMNO Kota Kinabalu hari ini menuntut anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Junz Wong bertindak lebih jauh daripada sekadar memohon maaf kerana kerosakan serius yang berlaku akibat dakwaan palsunya berhubung serangan di Suria Sabah Mall baru-baru ini, termasuk terhadap imej bandar raya ini.

Ketuanya Mohd Bahrin Abd Karim berkata oleh kerana Junz membuat tuduhan yang amat berat melalui Internet, maka tindakannya memohon maaf semata-mata adalah tidak memadai.

“Memandangkan beliau begitu prihatin tentang keselamatan di bandar raya ini, maka beliau perlu membuat laporan polis terhadap wanita muda berkenaan atau mereka yang menyiarkan gambar melalui Internet kerana perbuatan itu menimbulkan kegelisahan orang dari merata tempat.

“Malah, ada orang menyangka pusat beli-belah itu cuba menyembunyikan rompakan yang berlaku apabila pihak pengurusannya memberitahu bahawa mereka tidak dapat mengesan sebarang tanda berlakunya kejadian jenayah dalam system pengawal keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Bahrin berkata dalam kenyataan sebelum ini, Junz mendakwa beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada ‘mangsa’, tetapi tidak berhasil, sedangkan beliau menulis dalam Internet bahawa seorang remaja yang baru tamat pengajian Tingkatan Enam dirompak di tandas tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu pada kira-kira pukul 7.10 malam 6 Jan.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa seminggu selepas gambar tangan seorang wanita berusia 20 tahun cedera ditetak dalam satu cubaan merompak, yang didakwa berlaku di Suria Sabah Shopping Mall, tersebar dengan meluas melalui Internet, wanita itu akhirnya mengaku bahawa cerita itu hanya dibuat-buat.

BR1M 3.0 Diagihkan Kepada 7.9 Juta Penerima Pertengahan Februari Ini

Posted: 24 Jan 2014 03:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

“Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengambil maklum bahawa BR1M akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada pertengahan bulan Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di sini hari ini.

Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion bagi melaksanakan BR1M 3.0.

Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Najib berkata tidak dinafikan bahawa rakyat mengalami masalah berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan komited untuk menangani perkara itu menerusi pelbagai program serta langkah yang sedang dan akan diambil.

Presiden UMNO itu berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat.

“Di samping itu, kita turut melihat masalah rantaian bekalan yang wujud di mana pihak pemborong yang menaikkan harga pada peruncit bukan pada dasar (harga) yang berpatutan.

“Kita juga mengambil maklum kesan dari musim tengkujuh yang melanda menyebabkan barang naik harga, namun dengan langkah yang diambil kerajaan kita akan bendung perkara ini,” katanya.

UMNO Terus Teguh Pertahan Kesucian Islam Termasuk Kalimah Allah – Najib

Posted: 24 Jan 2014 02:57 AM PST

KUALA LUMPUR 24 Jan- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata Majlis Tertinggi UMNO hari ini menyokong pendirian kerajaan untuk terus mempertahankan kesucian dan kemuliaan agama Islam termasuk kalimah Allah.

Menurut beliau Majlis Tertinggi UMNO juga mengambil maklum perjanjian 10 perkara yang telah pun dipersetujui oleh kerajaan pusat, namun perjanjian 10 perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri.

"Kalau negeri berkenaan ada Enakmen, maknanya dia tertakluk kepada Enakmen di peringkat negeri.

"Kalau negerinya tidak ada Enakmen seperti Sabah dan Sarawak maknanya amalan seperti biasa boleh diteruskan dan tidak ada pihak yang harus menakutkan mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

Untuk rekod penyelesaian 10 perkara yang telah ditandatangani bersama Sabah dan Sarawak pada April 2011 berhubung penggunaan kalimah Allah telah mencetuskan polemik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri sebelum ini dilaporkan berkata hal ehwal agama setiap negeri terletak di bawah urusan kerajaan negeri dan bukannya Putrajaya.

Isu penggunaan kalimah Allah ini berbangkit selepas JAIS merampas Bible dalam bahasa Melayu dan Iban daripada Gereja Bible Society of Malaysia di Petaling Jaya pada 2 Januari lepas.

Ia adalah rentetan daripada kes mahkamah antara akhbar mingguan Katolik, Herald dengan Kementerian Dalam Negeri dan beberapa pihak lain berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu.

Mahkamah Rayuan pada Oktober tahun lalu memutuskan melarang akhbar mingguan berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Melayu. -MediaUMNO

ahli-umno-memo-mesyuarat-majlis-tertinggi-umno-pwtc-kalimah-allah

ahli-umno-memo-mesyuarat-majlis-tertinggi-umno-pwtc-kalimah-allah-2

ahli-umno-memo-mesyuarat-majlis-tertinggi-umno-pwtc-kalimah-allah-najib-pm

Universities Should Clarify ‘Allah’ Issue With Facts, Research – Rais

Posted: 24 Jan 2014 02:55 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 24 – Institutions of higher learning should play a role in clarifying the usage of the word, ‘Allah’, by Christians in the country as they are equipped with expert knowledge based on research, as well as a clear understanding of the Quranic text.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) president Tan Sri Dr Rais Yatim said, through facts and expertise available in a university, the issue could be more clearly presented to the people.

“At universities, there are experts to argue and put to use knowledge which should not necessarily be on paper. UIAM will attempt to do so and similarly, other universities could also contribute,” he told reporters here today.

He said UIAM needed to come up with an argument based on accurate Quranic text that the usage of the word, ‘Allah’, was only for Muslims.

“At universities, we have the capability to do so, it is just that we seldom speak up to protect our beliefs,” he said after a Maulidur Rasul celebration at UIAM in Gombak here.

Rais said the issue over the usage of the word, ‘Allah’, should have been settled, as Muslims would not compromise with mere political arguments.

“The word, ‘Allah’, belongs to the Muslims. In the scriptures such as the Psalms, Torah or the Gospel, there is no mention of ‘Allah’ at all…but this must be supported by research,” he reasoned.

Rais, who is also the Government Adviser on Social and Cultural Affairs, said there was no need to make the issue of ‘Allah’ into a polemic.

The Appeals Court had earlier, ruled that the word, ‘Allah’, could not be used in the publication of The Herald. The publisher of the magazine has taken the matter to the Federal Court which is expected to make a decision on Feb 24.

The issue continued to drag on when The Herald editor, Catholic priest Lawrence Andrew was reported to be adamant that churches in Selangor would continue to use the word, ‘Allah’, even though the Appeals Court had issued a ban on the matter.

In a related matter, the Selangor Islamic Religious Department (Jais) seized more than 300 copies of the Bible in Bahasa Melayu and Iban to facilitate investigations over the usage of the word, ‘Allah’, during a raid at the Bible Malaysia office in Petaling Jaya early this month.

MT UMNO Sepakat Sokong Semua Dasar, Langkah Kerajaan Tangani Isu Ekonomi

Posted: 24 Jan 2014 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat dalam menyokong semua dasar dan langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu ekonomi negara, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, walaupun dari segi asas dan fundemental ekonomi negara masih teguh dan mendapat pengiktirafan di dalam dan luar tetapi masalah berkaitan rakyat tidak dinafikan.

"Jika dilihat dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham dan lain-lain lagi, ekonomi kita berada dalam keadaan yang baik dan meyakinkan namun kita tidak nafikan bahawa rakyat menghadapi masalah berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan sedang menangani perkara ini dengan pelbagai langkah yang telah pun diumumkan termasuk program baru yang akan dilancarkan."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa langkah tambahan untuk mengurangkan beban rakyat turut akan diilakukan dengan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertimbangkannya berdasarkan makmal yang dilakukan.

"Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu lagi atau dalam pertengahan Februari yang melibatkan 7.9 juta rakyat dalam usaha untuk membantu rakyat."

Terang beliau, masalah kenaikan harga barang yang berlaku sekarang ini antaranya berpunca daripada sikap pemborong yang mungkian ada menaikkan harga kepada peruncit selain daripada kesan musim tengkujuh yang berlaku baru-baru ini.

"Hal-hal ini telah menyebabkan sesetengah barang dinaikkan namun dengan langkah-langkah yang akan diambil kita yakin akan dapat membendung perkara ini."

Dalam masa yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa MT telah meluluskan indeks prestasi utama (KPI) yang akan diedarkan ke bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO seluruh negara.

"Secar prinsipnya ia adalah amalan kerja dalam UMNO pada masa akan datang yang akan berpaksi kepada penilaian KPI dengan dipantau secara lebih sistematik misalnya MT akan ditugaskan kepada beberapa bahagian dan bahagian akan memantau cawangan supaya parti akan lebih aktif untuk jalankan tugas," ujar beliau. - MediaUMNO

Demonstrasi Jalanan Cabul Hak Masyarakat Majoriti – Tun Dr Mahathir

Posted: 24 Jan 2014 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Budaya demonstrasi jalanan yang semakin diangkat golongan tertentu untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah  suatu tindakan yang mencabul hak masyarakat majoriti.

mahathir-tegas-isu-agama-bangsa-negara-islam-malaysia

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana scenario semasa menampakkan bahawa tindakan itu hanya membawa suara kumpulan minority atau individu tertentu sahaja sehingga menjejaskan kumpulan majoriti, menyebabkan mereka menerima pelbagai tempias negatif.

“Umpamanya bila berlaku demonstrasi, ini mengganggu perniagaan orang lain, ini bermakna kita telah menghapuskan hak orang lain, ini tidak harus dilakukan,” katanya selepas melancarkan Forum Kebangsaan dan Buku “Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam” di Pusat Islam di sini.

Dr Mahathir turut memberi contoh demonstrasi rakyat di Bangkok, Thailand, yang semakin meruncing sehingga pusat perniagaan lumpuh dan menjejaskan mata pencarian rakyat terutama golongan peniaga.

Beliau turut menegaskan pelaksanaan hak asasi perlu mempunyai keseimbangan kerana keutamaan kepada hak individu dan kumpulan minoriti semata-mata akan memusnahkan keamanan negara.

Dr Mahathir juga menyeru semua pihak agar tidak berpegang kepada fahaman barat yang mementingkan kebebasan dan hak individu serta kumpulan minority semata-mata kerana konsep kebebasan ada batasannya.

“Hakikatnya kebebasan mempunyai batasan kerana kepentingan majoriti juga harus dijaga tanpa menekankan keperluan minoriti,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam, dan cubaan puak-puak tertentu untuk menggunakan kalimah itu di Semenanjung mempunyai agenda tersendiri.

“Sebelum kedatangan Islam, perkataan Allah tidak ada sama sekali dalam bible, dalam mana-mana bible, dalam bahasa apa pun,” katanya.

Beliau berkata selepas kedatangan Islam, kalimah itu digunakan pihak-pihak tertentu bagi menarik masyarakat untuk menerima agama Kristian.

Sebelum Undi Tak Percaya Pada PM Baik Laksana Pada Ketua Pembangkang

Posted: 24 Jan 2014 01:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk Dr. M.Kayveas membidas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang menyeru para pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ekoran daripada kenaikan harga barang.

Katanya, sebagai pemimpin patutnya Mahfuz tahu bagaimana keadaan semasa tanpa menggunakannya sebagai agenda untuk berpolitik apatah lagi dengan mengemukakan cadangan yang amat tidak bijak.

mahfuz-pas-harakah-ahli-parlimen-undi-tak-percaya-laga-najib-bn

"Sepatutnya, cadangan untuk buat undi tidak percaya dilakukan dalam kalangan anggota pakatan pembangkang sendiri terutamanya dalam menentukan siapakah ketua pembangkang sebenar," katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau, dalam pakatan pembangkang sendiri pun berlaku kecelaruan yang antaranya melibatkan banyak permasalahan dalam DAP selain pertikaian kepimpinan dalam PKR dan hala tuju yang tidak menentu dalam Pas.

"Buatlah undi tidak percaya pada ketua pembangkang kerana apa jawatannya dalam PKR sedangkan ia bukanlah dipilih oleh ahli-ahlinya dan sekarang banyak pula manipulasinya, atau undi tidak percaya menolak kepimpinan dalam DAP kerana perjawatan mereka sendiri masih belum disahkan.

"Jika dalam kalangan mereka sendiri pun tidak selesai maka tidak perlulah mereka mahu menyuarakan pendapat yang sepatutnya mereka sendiri buat."

Ujarnya, jika ketua pembangkang yang ada gagal berfungsi dengan baik dan asyik menyalahkan pihak lain maka buatlah keputusan sendiri kerana rakyat pun keliru yang mana satu ketua pembangkang apabila ramai sangat antara mereka yang bersuara.

"Jika sepakat maka tentulah seorang sahaja akan menjadi ketua dan bukannya setiap pemimpin parti mahu bercakap sebagaimana Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan kemudian Mahfuz sendiri," bidasnya lagi.

anwar-bbc-kerajaan-jepun-tipu-rakyat-umno-bn-visa-kes-jenayah

Ujarnya, anggota dalam BN sentiasa menyokong penuh kepimpinan Najib apatah lagi dalam keadaan negara berdepan dengan kenaikan harga barang sebagaimana yang turut dialami oleh hampir semua negara di seluruh dunia, namun kerajaan tidak berdiam diri atau menyalahkan pihak lain seperti pembangkang.

"Sudahlah mereka tidak membantu malah lagi mahu menyalahkan BN yang banyak memberikan alternatif kepada rakyat dalam berbelanja dan membuat pilihan termasuklah kepada mereka juga.

"Cadangan yang dikemukakan oleh Mahfuz adalah contoh pemimpin yang angkuh, menyalahkan kerajaan dan dia sendiri lepas tangan apatah lagi dia gagal untuk memahami ekonomi semasa dalam negara dan diperingkat antarabangsa."

Tegasnya, keadaan ekonomi sekarang di seluruh dunia berada dalam kemelesetan termasuklah kuasa besar di Amerika Syarikat apabila Presidennya Obama turut berdepan masalah sehinggakan sebahagian agensi kerajaannya terpaksa ditutup, malah di Britain dan negara-negara Eropah, juga berlaku kerumitan.

"Apabila timbul masalah tidak pula Obama letak jawatan, Presiden Britain pun tak letak jawatan tetapi mereka cari jalan penyelesaian. Begitu juga dengan BN apabila kerajaan bersama-sama sepakat mencari jalan untuk membantu rakyat.

"Pembangkang perlu ambil iktibar dari negara lain, lihat kekacauan yang berlaku apabila huru-hara terjadi tetapi di sini, kerajaan sentiasa ambil berat dan berusaha menangani masalah rakyat," tegasnya lagi - MediaUMNO

Rural Youth Entrepreneurs Invited To Join Rural Business Challenge 2014

Posted: 24 Jan 2014 01:50 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 24 – Rural youth entrepreneurs have been invited to join the Rural Business Challenge (RBC) 2014, beginning April 1.

Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the competition would expose them to opportunities and expand their business.

“We are confident it will be an avenue for unemployed rural youth to seek employment in companies which were successful in the contest,” he told reporters after witnessing the signing of an agreement between RBC 2013 winners and the ministry here today.

A total of 20 RBC 2013 winners received their business grants ranging from RM300,000 to RM2 million to set up their businesses.

The competition which began in 2012, hopes to unearth business-savvy youth in agricultural, services, village tourism and manufacturing sectors.

Mohd Shafie said thus far, the finance ministry had disbursed RM20 million for the programme.

He hoped more allocations would be channeled in future for the contest to benefit the rural youths.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT