SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, January 6, 2014

UMNO Online - “Lagi Laporan Polis Desak Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Penganjur Himpunan Haram” plus 4 more

UMNO Online - “Lagi Laporan Polis Desak Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Penganjur Himpunan Haram” plus 4 more

Link to UMNO Online

Lagi Laporan Polis Desak Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Penganjur Himpunan Haram

Posted: 05 Jan 2014 09:10 AM PST

Pic 1

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Empat Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan peserta himpunan GULING dan TURUN yang bertindak ganas sehingga mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam seperti pihak polis,anggota DBKL dan lain –lain petugas agensi kerajaan yang bertugas pada hari tersebut.

Laporan polis diketuai oleh Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muzafar Ali Khan disertai oleh Shahrul Radzuan daripada Pertubuhan Penawar 30 Malaysia, Muhammad Zhafirin  yang mewakili pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia dan juga Pertubuhan Belia dan Beliawanis Bukit Bintang (PBB) bertempat di Balai Polis Dang Wangi. Kuala Lumpur pada pukul dua petang hari ini.

"Laporan polis ini bertujuan untuk mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap penganjur himpunan tersebut sebagai satu iktibar dan contoh kepada yang lain.

"Mereka bukan sahaja mencemar nama baik negara dengan penganjuran himpunan demostrasi seperti ini, malah bertindak kasar dan ganas sehingga mencederakan penjawat awam dan anggota pasukan keselamatan yang bertugas pada hari tersebut.

"Justeru itu kami bersepakat untuk membuat laporan polis ini supaya tindakan yang lebih tegas diambil terhadap mana-mana individu atau organisasi yang  cuba untuk menganjurkan perhimpunan haram seperti ini di masa akan datang," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Terdahulu, sambutan tahun baru di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember terpaksa dibatalkan demi keselamatan orang awam akibat perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pihak pembangkang untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barangan.

Lebih Tiga Juta Peluang Pekerjaan Baharu Menjelang 2020

Posted: 05 Jan 2014 08:39 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Kerajaan mensasarkan untuk mewujudkan lebih tiga juta peluang pekerjaan baharu menjelang tahun 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib di laman Facebooknya hari ini berkata hasrat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia itu selari dengan status negara maju berpendapatan tinggi yang turut disasarkan pada tahun berkenaan.

“Sejak tahun 2011, lebih sejuta peluang pekerjaan telah diwujudkan kepada rakyat Malaysia melalui usaha-usaha penjanaan ekonomi.

“Kerajaan meletakkan sasaran mewujudkan lebih tiga juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020, selari dengan status negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Najib berkata sebanyak 313,741 peluang pekerjaan telah diwujudkan pada 2011, manakala kira-kira 800,000 lagi pada 2012.-MediaUMNO

 

Pemuda UMNO Kedah Tubuh Skuad Pemantau Harga Barangan

Posted: 05 Jan 2014 02:57 AM PST

ALOR SETAR, 5 Jan – Pemuda Umno Kedah menubuhkan Skuad Pemantau Harga Barang dalam usaha membantu kerajaan memantau kenaikan harga barang yang tidak terkawal.

shaiful-hazizy-zainol-abidin-pemuda-merbok-umno-bn-kedah

Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata skuad itu akan memulakan tugas mereka esok dan bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Kedah (Cake).

“Kami akan membuat pemantauan lebih kerap di pasar basah dan pasaraya utama, pemborong barang keperluan utama seperti bawang, biskut dan minyak di samping barang-barang kawalan seperti ikan, daging dan ayam.

“Tindakan itu bertujuan membantu kerajaan mengenal pasti punca kenaikan agar tindakan mengekang kenaikan dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Shaiful pihaknya mendapati harga barang keperluan harian naik antara 15 hingga 20 peratus dari 2008 hingga 2013.

Pemuda Umno Kedah turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih kerap melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga, katanya.-MediaUMNO

Kementerian Pendidikan Akan Siasat Kenaikan Harga Di Kantin Sekolah

Posted: 05 Jan 2014 02:50 AM PST

BESUT, 5 Jan – Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan menyemak  harga makanan dan minuman di kantin sekolah di seluruh negara bagi memastikan tiada kenaikan melampau dilakukan pengusaha kantin yang boleh membebankan ibu bapa mahupun pelajar.

idris-jusoh-majlis-tertinggi-terengganu-teknologi-media-perhimpunan-umno-2013-pwtc

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata siasatan itu akan dilakukan satu jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghaffar Mahmud.

Bagaimanapun setakat ini, katanya pihak kementerian tidak menerima sebarang aduan atau laporan rasmi daripada pentadbir sekolah mahupun ibu bapa mengenai perkara itu.

“Pengusaha kantin sekolah tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual atas alasan kenaikan harga beberapa jenis barangan terutamanya gula hingga membebankan pelajar,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tok Has di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata kementerian akan berusaha mencari jalan terbaik bagi meringankan beban para guru yang tidak berjaya mendapat kelulusan pertukaran balik ke negeri masing-masing sebagaimana keputusan dikeluarkan oleh kementerian baru-baru ini.

Katanya, pihak kementerian tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana tiada kekosongan dengan memberikan contoh di Kelantan yang mempunyai kelebihan  30,000 guru manakala di Terengganu dan Kedah pula masing-masing mempunyai kelebihan 10,000 orang.

Antara masalah lain ialah ialah mereka yang memohon balik ke negeri-negeri berkenaan tidak memenuhi kekosongan opsyen (aliran) yang diperlukan di negeri berkenaan, katanya.

“Mereka memang wajar dibantu tetapi kena ingat kerana masih ramai memohon dari aliran Bahasa Melayu manakala keperluan ialah untuk mengajar Bahasa Inggeris dan dari kalangan yang mengajar Sejarah tetapi keperluan pula untuk mata pelajaran Sains,” katanya.

Idris berkata satu mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pada pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah yang sakit, hendak bersama isteri atau suami yang telah lama tinggal berasingan dan berjauhan dan juga kerana masalah keselamatan atau sakit.

Sementara itu, beliau meminta semua Anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri, Pentadbiran Daerah maupun Pengetua dan Guru Besar memastikan tiada pelajar yang tercicir dari persekolahan kerana faktor miskin.

“Sekiranya ada, saya minta pentadbir sekolah segera membuat laporan kepada KPM di samping memaklumkan juga kepada Ahli Parlimen, Adun, Pegawai Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah supaya ia dapat diatasi segera,” katanya.-MediaUMNO

Jangan Libatkan Sentimen Politik Dalam Isu Kalimah Allah – Idris Haron

Posted: 05 Jan 2014 02:46 AM PST

MELAKA, 5 Jan – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meminta semua pihak di negara ini tidak melibatkan sentimen politik dalam isu kalimah Allah bagi memastikan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini sentiasa terjamin.

Beliau berkata sentimen politik dan isu kalimah Allah merupakan dua perkara yang amat berbeza sama sekali malah tidak sepatutnya dicampuradukkan dan tindakan sesetengah pihak yang cuba ‘menangguk di air yang keroh’ dalam isu itu amat membimbangkan.

idris-haron-ketua-menteri-melaka-umno-bn

Bertindak berdasarkan emosi terhadap isu itu bakal mewujudkan huru-hara di negara ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah di Masjid Al-Azim di sini hari ini.

“Sentimen politik ini bila dipacu kehendak dan kemahuan seseorang akan mengundang pergaduhan besar yang boleh mengugat kestabilan kaum dan agama di negara ini hingga sanggup memperalat kalimah Allah, matlamat mereka menghalalkan cara,” katanya.

Pada 27 Dis lepas Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh orang bukan Islam.

Mengenai wacana itu, Idris berkata isu pluralisme, liberalisme serta cara pemikiran baharu yang negatif perlu ditangani dengan ilmu dan bukan dengan perasaan serta emosi.

Beliau berkata membalas ‘serangan’ dengan berasaskan ilmu dapat mengelakkan pemberontakan dan pergaduhan yang besar daripada berlaku seterusnya mewujudkan keharmonian antara manusia.

“Serangan emosi akan dibalas dengan serangan emosi yang akhirnya mencetuskan perbalahan…yang akan membawa kepada pergaduhan yang besar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri turut ditanya mengenai dakwaan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah baru-baru ini bahawa beliau telah memperoleh surat pengiktirafan daripada Mahkamah Agung Antarabangsa untuk ditabalkan menjadi Sultan Melaka.

Idris berkata mana-mana individu tidak mempunyai hak untuk menuntut menjadi Sultan Melaka kerana urusan pentadbiran negeri Melaka telah ditulis dalam tatacara perlembangaan persekutuan dan undang-undang di Malaysia.

“Kita mengguna pakai perlembagaan negara dan persekutuan yang menyatakan bahawa Melaka salah satu negeri yang ditadbir dan diurus wakil persekutuan selaku ketua negerinya iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong…saya minta beliau berpijak di bumi nyata,” katanya.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT