SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, January 2, 2014

UMNO Online - “Illegal Rally, Undemocratic Act- Tun Dr Mahathir” plus 3 more

UMNO Online - “Illegal Rally, Undemocratic Act- Tun Dr Mahathir” plus 3 more

Link to UMNO Online

Illegal Rally, Undemocratic Act- Tun Dr Mahathir

Posted: 01 Jan 2014 07:43 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 1 – Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad condemned the illegal rally held during the new year eve celebration last night describing the act as undemocratic.

He said the group who attended the rally deliberately wanted to create a problem to the majority of the people who were not involved.

“As a democratic country, the minority too has rights. But they don’t have the right to spoil the life of the majority who wants to celebrate the new year celebration, they can’t celebrate new year, what democracy is that,” he told reporters when met at the People’s Progressive Party (PPP) New Year open house at the Merdeka Hall, Putra World Trade Centre, here, today.

Last night, thousands of protestors who joined the rally disrupted the new year eve celebration at the Dataran Merdeka, here, resulting in the celebration being called off earlier.

Dr Mahathir said the protestors had deprived the majority’s human rights by doing such acts at the wrong time and place.

“You want to do it, do it somewhere else, but don’t go and disturb other people…the minority has rights but don’t do it at the expense of the majority,” he said.

Meanwhile, asked on the 11 steps taken by the government to reduce the expenses of public service, Dr Mahathir said he was happy that the steps were taken.

Nilai K’jaan Secara Keseluruhan Bukan Berasaskan Kenaikan Harga Barang – Dr Hilmi Yahaya

Posted: 01 Jan 2014 07:40 AM PST

GEORGE TOWN, 1 Jan – Rakyat diminta menilai kerajaan secara keseluruhan bukan hanya bersandarkan satu dua perkara termasuk kenaikan harga barang.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kerajaan selama ini berusaha membantu meringankan beban rakyat dengan pelbagai bantuan serta subsidi.

Langkah yang diambil oleh kerajaan termasuk pengurangan subsidi secara berperingkat yang didakwa punca kenaikan harga barangan pula akan diguna antaranya untuk pembangunan sektor kesihatan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bantuan Persekolahan 2014 anjuran Pemuda Umno Balik Pulau, di sini hari ini.

Mengulas mengenai perhimpunan haram di ibu negara malam semalam, Dr Hilmi berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sedia ada sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menukar kerajaan, iaitu menerusi pilihan raya bukan berhimpun menimbulkan kekacauan.

Pihak Tertentu Main Isu Popular Tanpa Memikirkan Impak Kepada Negara, Kata Ahmad Shabery

Posted: 01 Jan 2014 07:38 AM PST

DENGKIL, 1 Jan – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sesetengah pihak hanya tahu mengambil kesempatan dengan kerap memainkan ‘isu popular’ tanpa mengira impak kepada negara di masa akan datang.

Shabery-Cheek-UMNO-BN-Menteri

Beliau berkata isu kenaikan harga barang yang kini hangat diperkatakan sememangnya dialami oleh semua negara namun Malaysia boleh dianggap sebagai satu daripada negara di dunia yang dapat mengawal kadar kenaikan harga barang dengan baik.

“Kalau mereka bercakap mengenai isu harga barang naik, saya mahu bertanya kepada mereka, boleh tak buktikan ada tak negara lain yang harganya semakin turun dan tak naik.

“Orang bercakap mengenai harga minyak di Venezuela yang termurah di dunia tetapi kita cuba semak berapakah kadar inflasi di sana. Mereka di sana (Venezuela) tidak cakap tentang 10-20 peratus, mereka bercakap tentang 50-100 peratus kadar inflasi di negara yang harga minyaknya paling murah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat bekas personality rancangan kanak-kanak Radio Televisyen Malaysia, Jamal Muhamad, 75, yang kini uzur kerana menghidap sakit tulang belakang di rumah personaliti itu di Kampung Selangor Dredging di sini, hari ini.

Justeru, Ahmad Shabery berkata langkah Petronas untuk melaburkan keuntungan mereka untuk mencari telaga baharu bagi simpanan minyak di luar negara adalah wajar demi ketahanan ekonomi negara pada masa akan datang.

“Jadi tolonglah buka mata, adakah wajar permintaan mereka untuk keuntungan Petronas segala-galanya hendak kita lambakkan bagi kesenangan orang untuk waktu sekarang ini tanpa Petronas guna untuk melabur mencari telaga baharu bagi menjadikan negara kita ini ada kekuatan dari segi ekonomi untuk akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan ambang tahun baharu malam tadi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang terjejas oleh perhimpunan haram, Ahmad Shabery berkata gerakan yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan adalah satu usaha yang sia-sia kerana kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat masih kekal.

“Kalau mereka nak suruh jatuhkan dan gulingkan kerajaan, kerajaan takkan terguling, kerajaan tetap ada di sini,” katanya dan menganggap usaha itu hanya membuang masa dan keputusan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib untuk menghentikan majlis sambutan adalah wajar.

“Saya kira Datuk Bandar telah ambil keputusan yang baik, tidak ada makna untuk diteruskan jika dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Konsert sempena menyambut tahun baharu di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam berikutan peserta perhimpunan haram bertindak ganas merempuh barisan anggota polis untuk merampas pentas konsert itu. Lebih 10,000 orang menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur apabila kejadian itu berlaku.

Perhimpunan Haram Tindakan Tidak Demokratik – Tun Dr Mahathir

Posted: 01 Jan 2014 07:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perhimpunan haram yang diadakan pada sambutan ambang tahun baharu malam tadi dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak demokratik.

muhyiddin_mahathir_kayveas_rumah-terbuka-ppp-2014-pwtc

Katanya kumpulan yang menghadiri perhimpinan berkenaan sengaja ingin menimbulkan masalah kepada majoriti orang ramai yang tidak terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Sebagai negara demokratik, memanglah kumpulan minoriti juga mempunyai hak. Tapi, mereka tidak mempunyai hak untuk mengganggu kehidupan kumpulan majority yang mahu menyambut tahun baharu, demokrasi apakah ini?” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Malam tadi, beribu-ribu penunjuk perasaan mengganggu sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka di sini sehingga memaksa majlis itu ditamatkan lebih awal.

Dr Mahathir berkata penunjuk perasaan terbabit menafikan hak asasi kumpulan majoriti dengan melakukan perbuatan itu pada waktu dan di tempat yang salah.

“Kalau nak buat juga, buatlah di tempat lain, jangan ganggu orang lain…kumpulan minoriti memang ada hak, tapi jangan gunakannya dengan menafikan hak kumpulan majoriti,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas tentang 11 langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam, Dr Mahathir berkata beliau gembira dengan langkah itu.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT