SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, January 12, 2014

UMNO Online - “ISA Tidak Mungkin Diwujudkan Semula – Zahid Hamidi” plus 9 more

UMNO Online - “ISA Tidak Mungkin Diwujudkan Semula – Zahid Hamidi” plus 9 more

Link to UMNO Online

ISA Tidak Mungkin Diwujudkan Semula – Zahid Hamidi

Posted: 11 Jan 2014 04:44 AM PST

BAGAN DATOH, 11 Jan – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

zahid-hamidi-menteri-umno-bn-malaysia

Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.

“Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini hari ini.

Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.

Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid.

Beri Peluang Sosma Main Peranan – Shafie Apdal

Posted: 11 Jan 2014 04:42 AM PST

PEKAN, 11 Jan – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua pihak perlu memberi peluang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memainkan peranan dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman awam.

shapie-apdal-menteri-naib-presiden-umno-bn-sabah

Kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, isu keselamatan dan ketenteraman awam serta desakan menguatkuasakan semula ISA tidak akan timbul jika semua pihak mematuhi dan menerima undang-undang yang ada.

“Biarkan undang-undang ini (Sosma) memainkan peranannya dan kita akan lihat keberkesanannya. Jika ada keperluan untuk menguatkuasakan semula ISA, kita akan lihat dari sudut memperkasakannya,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian projek Penyusunan Semula Kampung (PSK) Bangkong, Paloh Hinai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu kerajaan menguatkuasakan semula ISA kerana Sosma dilihat tidak memadai untuk menangani isu membabitkan puak ekstremis.

“Kita harus lihat kehendak masyarakat yang ramai tetapi kerana desakan minoriti yang ada dalam negara walaupun dalam keadaan masyarakat majmuk ia tidak bererti kerajaan mengenepikan desakan itu,” kata Mohd Shafie lagi.

Malaysia Needs ‘Jihad’ In Education To Achieve Develop Nation Status – Najib

Posted: 11 Jan 2014 01:47 AM PST

PEKAN, Jan 11 – Datuk Seri Najib Tun Razak said ‘jihad’ in education is crucial to lift the status of Malaysians and to achieve developed nation status.

The Prime Minister said Malaysian society has yet to fight tooth and nail to achieve success in education to develop excellent human capital.

Najib-Gaza-Ijazah-Kehormat-Al-Aqsa-Palestin

Countries such as South Korea and Japan strongly emphasised education to produce excellent human capital due to lack of natural resources.

“What are we lacking? Lack of enthusiasm to succeed,” he said at the award presentation ceremony for UPSR and PMR excellent students in Pekan parliamentary constituency, here today.

South Koreans stressed a lot on education to produce human capital and succeeded by dominating fields such as telecommunications, information technology and automotive.

“Samsung products have become best sellers worldwide. The South Koreans have no resources, not even one drop of oil but their seriousness in producing excellent human capital has made the country an advanced economy.”

He said excellence of education should be supported by factors such as the school management, teachers, parents and local leaders.

These factors help to produce success in education to create excellent human capital and achieve developed nation status.

At the event, Najib presented RM200 to each 615 students who excelled in the 2013 UPSR and PMR examinations on behalf of Pahang Fundation and Rahah Foundation.

Sarawak PWD To Carry Out Seven Infrastructure Projects This Year

Posted: 11 Jan 2014 01:45 AM PST

KUCHING, Jan 11 – The Sarawak Public Works Department (PWD) will implement seven infrastructure projects statewide this year for the people, said Works Minister Datuk Fadillah Yusof.

He said the Sarawak PWD received an allocation of RM267 million, including RM50 million to upgrade Jalan Pan Borneo and an additional RM500 million announced by the Prime Minister in the 2014 Budget.

“This includes upgrading Jalan Sibu-Bintulu KM18-KM30 to a four lane road (12 kilometres), building 95 overtaking lanes in accident-prone areas (the first project in Simpang Lubok Antu-Simpang Betong), upgrading Jalan Kuching-Serian Bt 10-15 to a four lane road (eight kilometres). These three stretches form the Jalan Pan Borneo projects,” he said.

He was speaking to reporters after officiating the Public Service Commission (PSC) Career Carnival at the Solidarity Stadium, Petra Jaya, today.

Also present was PSC deputy chairman, Datuk R. Segarajah.

K’jaan Negeri Mahu Bangunkan Johor Sebagai Hab Kesihatan Rantau Asia – Khaled Nordin

Posted: 11 Jan 2014 01:43 AM PST

PASIR GUDANG, 11 Jan – Kerajaan Johor merancang menjadikan negeri itu sebagai hab kesihatan rantau Asia dengan memanfaatkan kepesatan pembangunan sektor kesihatan sedia ada.

khaled-nordin-suara-hati-johor-umno-bn-melayu

Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata untuk tujuan itu kerajaan negeri mempertanggungjawabkan KPJ Healthcare Berhad, iaitu anak syarikat Johor Corporation (JCorp), untuk menyediakan pelan induk.

“Pada masa ini terdapat 10 hospital swasta di kawasan Iskandar Malaysia sahaja, termasuk empat milik KPJ Healthcare dan ini memungkinkan Johor menjadi hab kesihatan di rantau ini.

“Malah pelanggan di hospital berkenaan juga bukan sahaja rakyat Johor tetapi yang datang dari luar Johor dan luar negara,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, rancangan itu juga merupakan sebahagian usaha kerajaan Johor untuk mempelbagaikan ekonomi tanpa terlalu bergantung kepada sektor hartanah.

“Ramai rakyat Johor mahu, apabila bercakap tentang pembangunan kemajuan di negeri ini, ia tidak terhad kepada sektor hartanah semata-mata tetapi juga sektor lain dan dengan adanya pelan induk untuk sektor ini, ia dapat mengatur peluang pekerjaan untuk dinikmati rakyat di negeri ini,” katanya.

Mengulas pemilihan KPJ Healthcare sebagai penggubal pelan induk, Mohamed Khaled berkata sebagai pengendali 21 hospital di dalam negara dan dua di Indonesia, KPJ Healthcare mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.

Katanya sebagai hab kesihatan, pembangunan tidak akan tertumpu kepada pembinaan hospital sahaja tetapi juga industri sokongan.

Terdahulu beliau merasmikan Kem Kesihatan Hospital Pakar Pasir Gudang. Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim serta Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healtcare Amiruddin Abdul Satar.

Program kesihatan yang julung kali diadakan itu dihadiri oleh lebih 300 penduduk dari kawasan sekitar yang mengambil peluang daripada pelbagai acara yang diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma, gotong-royong dan ceramah kesihatan.

Tulisan Jawi Di Papan Tanda Perniagaan, Inisiatif Melaka Pertahan Warisan

Posted: 11 Jan 2014 01:41 AM PST

MELAKA, 11 Jan – Inisiatif kerajaan negeri Melaka mengarahkan tulisan Jawi dipamer di papan tanda premis dan iklan di negeri ini merupakan sesuatu yang wajar dicontohi semua pihak dalam usaha melestarikan tulisan yang bukan sahaja menjadi identiti orang Melayu malah negara ini sejak sekian lama.

Ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) bersetuju langkah yang bermula awal bulan ini, wajar dicontohi bukan sahaja bagi memastikan tulisan Jawi dipertahan malah membawa nilai estetika tersendiri yang memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di bumi Hang Tuah ini.

Mengulas pelaksanaan inisiatif itu, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron tidak mahu terburu-buru dalam menguatkuasakan arahan itu supaya usaha meletakkan tulisan Jawi di papan tanda premis dan iklan di negeri itu menjadi mekanisma berkekalan.

“Kita tidak boleh buat hari ini beri arahan dan esok semua sudah laksana, kerana bila beri arahan sebegini jika dilaksana secara biasa-biasa sahaja, hasilnya tidak jadi seperti dimahukan.

“Sebagai seorang jurutera saya amat percaya dengan mekanisme, jika kita ada mekanisme dalam sistem pelaksanaan, tulisan Jawi di papan tanda di negeri ini akan berkekalan,” katanya di sini baru-baru ini.

Idris berkata inisiatif itu pada masa kini dalam arahan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan ({PBT) dalam usaha mengenal pasti mereka yang terlibat, masalah yang bakal dihadapi dan mengumpul maklum balas orang ramai.

“Sebarang bentuk arahan pentadbiran lazimnya dalam masa tiga atau empat bulan jadi peraturan tepat, jadi kita akan tengok selepas tempoh berkenaan dan ambil langkah sewajarnya selepas itu,” katanya.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata inisiatif kerajaan negeri Melaka itu selari dengan usaha kementeriannya dalam memelihara warisan di kawasan bandar.

“Pihak kementerian menyokong penuh usaha ini dan ia merupakan suatu pendekatan baik dalam mengekalkan warisan,” katanya.

Beliau berkata tulisan Jawi merupakan warisan penting yang perlu dihargai semua pihak pada masa kini terutamanya generasi muda bagi membolehkan ia kekal pada masa hadapan.

Bekas pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Datuk Zainal Abidin Borhan pula mengingatkan semua pihak supaya tidak melihat inisiatif itu daripada sudut perkauman sebaliknya usaha bagi mengekalkan budaya yang diwarisi rakyat Malaysia sejak sekian lama.

“Benar tulisan Jawi ini sinonim dengan orang Melayu tetapi tulisan ini digunakan secara meluas di Nusantara sejak ratusan tahun dahulu malah tulisan Jawi ini secara ejaan asasnya sama dengan tulisan rumi cuma yang berbeza hanya bentuk tulisan itu,” katanya.

Zainal Abidin, yang juga Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), berkata sebarang bentuk bantahan terhadap inisiatif itu perlu ditangani secara penerangan yang menyeluruh dan hujah yang bernas supaya semua rakyat Malaysia memahami kepentingan inisiatif itu.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia negeri Melaka Amru Iskandar Burhan berkata inisiatif itu mampu membentuk identiti Melayu Islam dalam kalangan generasi muda sekali gus menghidupkan budaya Melayu Islam yang kian terpinggir.

“Diharap inisiatif seperti ini disokong dan diikuti pihak yang lain dalam usaha mengurangkan kadar buta huruf terhadap huruf Al-Quran terutama generasi muda kita sekarang,” katanya.

UMNO Besut Jadikan Dua Pelajar Miskin Anak Angkat

Posted: 11 Jan 2014 01:38 AM PST

BESUT, 11 Jan – Faktor kemiskinan menyebabkan dua beradik yang juga pelajar pintar hampir-hampir terpinggir daripada mendapat pendidikan, namun keprihatinan Umno Besut memastikan nasib kedua-duanya terbela.

Arif Ikmal Zainal Abidin, 15, dan adiknya Nur Ehsan Danial, 13, dijadikan anak angkat oleh Umno Besut, selepas masalah dua beradik itu dibawa ke pengetahuan Ketuanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Bapa mereka, Zainal Abidin Mohd Nor memberitahu Bernama, Arif Ikmal merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), namun terpaksa bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut ketika tingkatan dua atas faktor kewangan.

“Itupun dia hanya pergi mendaftar, selepas itu langsung tidak ke sekolah kerana kami tidak mampu,” katanya yang sekadar melakukan kerja-kerja kampung dan kini langsung tidak bekerja.

Zainal Abidin, 47, berkata nasib sama menimpa Nur Ehsan Danial yang langsung tidak mendaftar di SMK Bukit Payong apabila sesi persekolahan dibuka tahun ini sekalipun mencatat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Semasa di tahun enam dia hanya sempat bersekolah selama dua bulan sahaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, namun atas inisiatif guru dan pihak sekolah yang membawa kertas peperiksaan percubaan UPSR ke rumah, dia dapat keputusan 4A.

“Pihak sekolah tahu dia berpotensi dan berusaha membantunya sehinggalah dia berjaya memperoleh 5A dalam UPSR yang lalu,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Nawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, kesal kerana masalahberkenaan lewat disampaikan kepadanya.

Setelah meneliti masalah yang dihadapi, segala perbelanjaan persekolahan dua anak ini akan ditanggung oleh Pejabat Adun Umno Hulu Besut, katanya. Selain itu, beliau berkata dua beradik berkenaan juga akan ditempatkan di asrama selain diberi bantuan lain.

Pelan Tindakan NBOS Bandar Pertama Dilancar Di Kota Belud

Posted: 11 Jan 2014 01:36 AM PST

KOTA BELUD, 11 Jan – Pelan Tindakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang pertama peringkat bandar dilancarkan di Kota Belud melibatkan 21 projek bernilai RM37.2 juta bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata daripada jumlah itu, 11 adalah projek ‘Quick Wins’ bernilai RM7.47 juta yang akan dilaksanakan tahun ini di daerah yang mendapat jolokan nama Daerah Koboi Timur itu.

“Kementerian akan melaksanakan peruntukan serta-merta dan disiapkan tahun ini, antaranya projek menaik taraf sistem perparitan bandar di Kompleks Centenary dan Pasar Tani, menyediakan tempat letak kereta baharu, naik taraf jalan dan padang serta mercu tanda Kota Belud,” katanya.

Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika berucap pada perasmian NBOS Kota Belud serta pelancaran freewifi@kotabelud di Dewan Tun Said di sini hari ini.

Beliau berkata komponen utama projek mesra rakyat itu ialah pembinaan Bazar Rakyat tiga tingkat di tapak pasar tani sedia ada dan menaik taraf padang pecan itu melibatkan kos RM9.8 juta.

Abdul Rahman berkata kementerian juga akan membina terminal bas bersepadu, tempat letak kereta bertingkat dan menempatkan semula secara berpusat gerai pasar tani, pasar malam dan gerai kecil selain menaik taraf Arked Kota Belud dan kajian sistem lalu lintas bandar.

“Pelan tindakan ini adalah hadiah kepada warga Kota Belud yang akan memberi perkhidmatan menyeluruh serta mewujudkan esplanad sebagai tumpuan pengunjung dan tempat persinggahan kepada lebih 91,000 penduduk dari pantai barat utara Sabah seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat,” katanya.

Sementara itu, katanya perkhidmatan freewifi menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu membolehkan kira-kira 9,000 penduduk meningkatkan akses kepada maklumat terkini dan peluang ekonomi menerusi wifi percuma dengan kelajuan sehingga lapan Mbps.

Pada majlis itu, Abdul Rahman turut mengumumkan pengagihan 3,000 unit netbook jenama terkemuka kepada penduduk setempat khususnya di daerah Kota Belud.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian akan membantu membina semula 38 rumah golongan miskin yang terlalu uzur, tidak selamat atau tidak sesuai di sekitar Kota Belud di bawah program Pembasmian Kemiskinan Bandar.

Abdul Rahman berkata selain itu, kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran persekutuan serta negeri sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan RM20 juta daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menaik taraf Sungai Gurung-Gurung bagi menyelesaikan masalah banjir.

Jihad Dalam Pendidikan Perlu Bagi Angkat Martabat Negara – Najib

Posted: 11 Jan 2014 01:33 AM PST

PEKAN, 11 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ‘jihad’ dalam bidang pendidikan dilihat amat penting untuk mengangkat martabat bangsa dan negara bagi mencapai status negara maju.

Beliau berkata ketika ini masyarakat negara ini dilihat belum bermati-matian memburu kejayaan terutama dalam bidang pendidikan bagi membentuk modal insan cemerlang.

Najib berkata di negara tertentu seperti Korea Selatan dan Jepun misalnya, mereka amat menekankan bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang berikutan kekangan sumber hasil bumi.

“Kekurangan kita adalah kesungguhan bermati-matian dalam memburu kejayaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecermelangan UPSR dan PMR Parlimen Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan di sini hari ini.

Najib-Gaza-Ijazah-Kehormat-Al-Aqsa-Palestin

Najib berkata di negara Korea misalnya, rakyatnya begitu menekankan bidang pendidikan dalam usaha melahirkan modal insan berjaya dan akhirnya berjaya menguasai bidang tertentu seperti teknologi maklumat, telekomunikasi dan automotif.

“Rakyat Korea tak ada hasil apa pun, setitik minyak pun tapi atas kesungguhan mereka dalam melahirkan modal insan cemerlang, mereka kini menjadi sebuah negara yang maju dalam ekonomi,” katanya.

Beliau berkata apa yang penting ialah kecemerlangan pendidikan harus disokong faktor pengurusan sekolah, guru, ibu bapa dan kepimpinan setempat.

Menerusi faktor itu, katanya dapat menggembleng kejayaan dalam bidang pendidikan untuk melahirkan modal insan cemerlang bagi menjayakan visi mencapai negara maju.

Pada majlis itu Najib menyampaikan hadiah wang tunai RM200 setiap seorang sumbangan Yayasan Pahang dan Yayasan Rahah kepada 615 pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2013.

Perak Received Highest Number Of Domestic Tourists In 2012

Posted: 10 Jan 2014 09:58 PM PST

IPOH, Jan 11 – Perak received the highest number of domestic tourists among all the states in the federation in 2012, said Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

He said according to the Statistics Department, in 2012, 5.7 million domestic tourists visited Perak and that this was a positive indication that the state should be able to meet its five million tourists target for Visit Malaysia Year (VMY) 2014.

“I am confident the target can be met because Perak has much to offer to tourists in terms of history, heritage and culture and natural beauty,” he said when launching Perak’s Rail Tourism Package in conjunction with VMY2014 here last night.

He cited as examples the Royal Belum Park, Gua Tempurung, Taiping Zoo and Night Safari, The Limestone Wonder, Lumut and Pulau Pangkor asides the royal town of Kuala Kangsa Bandar Diraja.

He added that the rail tourism package offered by Perak would boost tourist arrivals in the state during VMY 2014.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT