SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, January 26, 2014

UMNO Online - “PDRM Bantu KPDNKK Pantau Harga Barang, Kata Ahmad Zahid” plus 7 more

UMNO Online - “PDRM Bantu KPDNKK Pantau Harga Barang, Kata Ahmad Zahid” plus 7 more

Link to UMNO Online

PDRM Bantu KPDNKK Pantau Harga Barang, Kata Ahmad Zahid

Posted: 25 Jan 2014 04:22 AM PST

BAGAN DATOH, 25 Jan – Polis akan membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memantau harga barang keperluan khususnya makanan di pasar borong dan premis perniagaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata PDRM akan membantu menangani tindakan peruncit dan pemborong yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

“Kita tidak akan menghantar pasukan berpakaian seragam untuk memantau tetapi anggota (polis) yang berpakaian biasa dan berlakon sebagai pelanggan untuk memantau harga barang dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang kita ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra rakyat bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini. Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai mekanisme mengenai harga barang di peringkat pemborong sebelum ia dijual kepada peruncit.

“Kita telah membuat kajian mengenai harga yang dibeli oleh pemborong sebenarnya murah, tetapi apabila dijual dengan harga melampau kepada peruncit, maka peruncit terpaksa menaikkan harga barangan,” katanya.

Beliau berkata tindakan yang dilakukan ini bukan bertujuan untuk mengganggu peniaga sebaliknya membantu kerajaan ekoran peniaga menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga barangan sedangkan mereka yang berbuat demikian.

“Saya melakukan ini bersama-sama dengan pegawai dan anggota polis atas keprihatinan terhadap apa yang sedang berlaku di pasaran sekarang. Saya tidak mahu campur dalam hal ehwal kepenggunaan kerana ia dalam bidang kementerian lain tetapi kita akan bekerjasama mengikut bidang kuasa PDRM,” katanya.

Pada majlis itu SPNB turut melancarkan satu lagi produk rumah mampu milik dengan memperkenalkan Rumah Idaman Rakyat (RIR) yang memberi tumpuan pembeli di kalangan penduduk negara ini yang berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan.

Selain itu, 549 pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) turut menerima surat tawaran rumah berkenaan manakala 47 pemohon menerima kunci rumah.

KKLW Bergerak Secara Bersepadu Dengan Kementerian Lain Atasi Kenaikan Harga Barang

Posted: 25 Jan 2014 04:18 AM PST

GERIK, 25 Jan – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan bergerak secara bersepadu dengan kesemua kementerian serta agensi dalam masa terdekat bagi menangani masalah peningkatan harga barangan di pasaran.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beberapa langkah untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan di pasaran terutama usaha mengukuhkan lagi peranan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh negara telah dikemukakan kementerian itu semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam.

“Kita ada mencadangkan beberapa langkah ke arah mengukuhkan lagi tanggungjawab kita supaya dapat meredakan sedikit sebanyak tekanan akibat peningkatan harga barang yang berlaku di sesetengah kawasan serta bagi sesetengah barang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata KKLW juga akan menggerakkan peranan penting sektor luar bandar iaitu sebagai sektor pembekal utama pelbagai hasil berasaskan pertanian dengan lebih mantap lagi termasuk aspek rantaian bekalan.

“Kita akan pastikan peranan sektor luar bandar melalui RTC yang merupakan penggerak utama dalam aspek bekalan hasil yang ada kaitan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat menawarkan bekalan yang mencukupi sekaligus membantu mengawal harga pasaran,” katanya.

Mohd Shafie berkata selain itu peranan serta tanggungjawab pihak peniaga, pembekal serta rantaian penawaran bekalan termasuk pengguna perlu selaras dengan inisiatif kerajaan kerana ia mampu menstabilkan lagi harga pasaran di samping memantapkan ekonomi.

Dalam perkembangan lain, beliau berpuas hati dengan pencapaian KKLW sepanjang tahun lepas yang mencatatkan 103 peratus di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terutama dalam aspek jaringan jalan raya di kawasan luar bandar.

“Pencapaian KKLW itu adalah dari semua sudut antaranya bekalan elektrik, air bersih, jalan raya serta pembinaan rumah di seluruh negara. Di negeri Perak, lebih RM100 juta nilai projek yang kita laksanakan dan ada yang sedang dilaksanakan terutama untuk golongan yang memerlukan,” katanya.

Walaupun menyedari pembinaan jaringan jalan raya di luar bandar menghadapi masalah berhubung pemilikan tanah namun pihaknya sentiasa berbincang dengan semua kerajaan negeri, katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie merasmikan jalan luar bandar yang menghubungkan Tanjung Kala di sini ke jalan raya Timur-Barat di daerah Hulu Perak sepanjang3.5 kilometer yang siap pada Ogos tahun lepas dengan kos RM38 juta.

Jalan itu akan memberi manfaat kepada lebih daripada 35,000 penduduk setempat dan sehingga 25,000 pengguna jalan raya.

Wujudkan Lebih Banyak Pusat Dialisis – Shahrizat

Posted: 25 Jan 2014 04:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Kementerian Kesihatan diminta mewujudkan lebih banyak pusat dialisis, terutama di kawasan luar bandar, bagi membantu pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pusat dialisis sedia ada dilihat tidak mencukupi bagi menampung bilangan pesakit buah pinggang yang ramai.

“Saya tahu hendak menubuhkan pusat dialisis bukan mudah, ada beberapa syarat yang ketat.

“Tetapi sekiranya Kementerian Kesihatan menubuhkan lebih banyak lagi pusat dialisis, kita boleh meminta GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan yayasan lain tampil membantu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan prihatin kepada 50 pesakit buah pinggang di Pusat Lions Renal Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setiap GLC perlu tampil membantu pusat dialisis sedia ada secara sukarela sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) sekali gus dapat meringankan beban lebih ramai lagi pesakit yang kurang bernasib baik.

Shahrizat berkata YKN membelanjakan sejumlah RM214,500 membiayai rawatan 20 pesakit di pusat itu sejak 2008 selain membantu 2,096 orang lagi dengan nilai kos sebanyak RM10,142,119 bagi tempoh 2010 sehingga tahun lepas.

Lim Guan Eng Sendiri Patut Selesai Isu Hina PM – Reezal

Posted: 25 Jan 2014 04:12 AM PST

KEPALA BATAS, 25 Jan – Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sepatutnya menyelesaikan isu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sebagai ketua menteri, Lim sepatutnya tidak meminta orang lain menyelesaikan isu itu.

mentaliti-rendah-pembangkang-pkr-sumbat-kangkung-replika-wajah-pm-najib

“Sebagai ketua kerajaan negeri, sudah pasti semua Adun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang adalah di bawah tanggungjawab Lim walaupun wakil rakyat Machang Bubuk itu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Mereka sebuah pakatan, mengapa bila Adun dari PKR yang buat perkara itu, yang lain (DAP dan PAS) tidak boleh memberi teguran. Adakah ini sebuah pakatan?,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di sini, hari ini.

Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Lim yang dilaporkan sebagai berkata bahawa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang harus tampil menyelesaikan isu Adun Machang Bubuk itu.

Lim dilaporkan berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tiada kena mengena dengan perkara itu.

Jaga Kepentingan Rakyat Penanda Aras Utama KPI UMNO – Tengku Adnan

Posted: 25 Jan 2014 04:05 AM PST

ALOR GAJAH, 25 Jan – Menjaga kepentingan rakyat di peringkat akar umbi merupakan antara penanda aras utama dalam Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) UMNO yang diluluskan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata melalui penanda aras ini, setiap bahagian serta cawangan UMNO diminta meninjau keperluan rakyat di kawasan mereka dan memaklumkannya kepada kerajaan.

muhyiddin-najib-tengku-adnan-mesyuarat-majlis-tertinggi-januari-2014

Beliau berkata bahagian dan cawangan UMNO perlu melakukan pemantauan agar bantuan kerajaan sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Semua diminta memantau keadaan dan kaedah yang berlaku di peringkat akar umbi bagi memastikan kerajaan dapat membantu rakyat dengan berkesan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Transformasi Luar Bandar Kuala Linggi hari ini.

Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan karnival sehari UMNO Bahagian Masjid Tanah yang turut dihadiri Setiausaha Kerja parti Datuk Ab Rauf Yusoh, juga Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah, dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Mas Ermieyanti Samsuddin.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata KPI itu akan memastikan semua kerja dapat dilaksana dengan lebih aktif serta sistematik, dan setiap anggota MT akan diberi tanggungjawab memantau KPI bahagian manakala ketua bahagian ditugaskan memantau KPI cawangan.

Tengku Adnan berkata selain menjaga kepentingan rakyat, penanda aras utama lain dalam KPI berkenaan ialah menambah anggota UMNO dan bilangan pengundi baharu.

“Peringkat asasnya kita mahu setiap anggota kita pastikan anggota keluarga mereka pengundi dan anggota UMNO, kemudian rakan mereka juga begitu. Kita harap setiap bahagian ada penambahan (anggota dan pengundi baharu) setiap bulan.

“Berapa penambahan itu bergantung pada bilangan penduduk di setiap bahagian, sekiranya bahagian itu gagal berbuat demikian, kita akan panggil dan lihat dengan teliti mengapa serta bantu mereka capai KPI,” katanya.

Beliau juga berkata setiap anggota MT akan diberi antara lima hingga enam bahagian untuk dipantau KPInya, dan individu berkenaan perlu memberi laporan berkala dua bulan sekali kepada UMNO pusat.

karnival-umno-masjid-tanah-kuala-linggi-melaka-rauf-tengku-adnan-mas-ermieyati

Harga Barangan Sempena Musim Perayaan Terkawal – Hasan Malek

Posted: 24 Jan 2014 09:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan harga barangan di pasaran sentiasa terkawal terutamanya sempena musim perayaan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata pihaknya juga mahu memastikan barangan keperluan mencukupi dan tiada gangguan bekalan kerana ia akan member kesan kepada harga barangan di pasaran.

“Dalam menentukan harga barangan terutama barang-barang di luar skim kawalan harga sempena musim perayaan, ia bergantung kepada hukum pasaran iaitu permintaan dan penawaran.

“Kami faham terdapat banyak faktor yang memberi kesan terhadap harga barangan dan kadangkala ia di luar kawalan para pembekal, namun kami jamin akan berusaha memastikan pasaran tempatan kita stabil,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Hasan berkata tinjauan itu dilakukan bagi mewujudkan kerjasama erat di antara kementerian dan peniaga untuk memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan terutamanya menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

“Apa yang saya perhatikan kebanyakan daripada mereka mematuhi skim harga yang telah ditetapkan dan tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.

“Namun apabila barangan sampai ke peringkat peruncit, harga akan berubah dan di situlah kami mahu mengetahui sebabnya jika didapati harganya terlalu mahal,” katanya.

Beliau mahu para pembekal, pemborong dan peniaga supaya bekerjasama dengan KPDNKK bagi memastikan harga di pasaran stabil dan meningkatkan keyakinan pengguna untuk kebaikan jangka masa panjang.

“Kami juga akan mengadakan beberapa sesi pertemuan bersama pembekal dan pemborong dalam masa terdekat bagi membincangkan jalan penyelesaian terbaik.

“Selain daripada penguatkuasaan dan operasi yang dijalankan secara berterusan, kementerian juga mahu orang ramai menjadi pengguna yang bijak memilih, tahu hak-hak mereka dan melaporkan kepada kami sekiranya terdapat aktiviti pengambilan untung yang melampau,” katanya.

Katanya orang ramai juga perlu memanfaatkan laman web kementerian iaitu www.1pengguna.com untuk mengetahui senarai harga terkini dan melaporkan sebarang aduan berkenaan harga melalui talian penting 1800-866-800.

Pemilik Konsesi Lebuh Raya Diminta Tingkat Perkhidmatan

Posted: 24 Jan 2014 09:41 PM PST

TANGKAK, 25 Jan – Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di Negara ini diminta memastikan prestasi perkhidmatan mereka sentiasa berada di tahap tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bagi memastikan pengguna lebuh raya mendapat kepuasan daripada perkhidmatan yang diberikan mereka.

muhyiddin-najib-mesyuarat-majlis-tertinggi-januari-2014

“Usaha-usaha PLUS misalnya menaik taraf kawasan-kawasan rehat dan rawat (R&R) di Pagoh dan Machap telah memberikan faedah bukan sahaja kepada pengguna-pengguna lebuh raya tetapi juga memaparkan imej yang baik kepada Negara khususnya Johor yang kini pesat membangun dengan adanya Wilayah Pembangunan Iskandar serta pusat tarikan pelancong seperti Legoland, Johor Premium Outlets dan sebagainya,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir, Lebuh Raya Utara Selatan di sini hari ini, beliau juga mahu agar rakyat mengambil peluang daripada kemudahan infrastruktur yang disediakan kerajaan.

“Misalnya, dengan adanya persimpangan bertingkat Bukit Gambir ini, masyarakat setempat boleh mempromosikan keunikan atau menganjurkan acara-acara yang menarik minat orang datang ke sini, apatah lagi kita sekarang berada dalam Tahun Melawat Malaysia 2014 di mana ramai pelancong dijangka akan melawat negara kita,” katanya.

Mengenai projek itu, Muhyiddin berkata ia manifestasi kerajaan yang sentiasa mengutamakan kemudahan rakyat.

Ia juga membuktikan kejayaan hasil usaha sama dan sokongan padu yang dijayakan oleh sektor awam dan swasta dalam pembangunan infrastruktur negara.

“Saya yakin, kedudukan persimpangan bertingkat yang strategik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi setempat,” katanya.

Muhyiddin berkata persimpangan itu nanti bakal mengubah wajah sekitar Bukit Gambir yang kurang dikenali sebelum ini melalui projek-projek baharu seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Ia juga dijangka merancakkan lagi kegiatan ekonomi di kawasan perindustrian di daerah Muar dan Ledang.

Persimpangan bertingkat yang dibina dengan kos RM108 juta itu mengurangkan jarak perjalanan dari Lebuh Raya Utara Selatan ke pekan Bukit Gambir kepada lima kilometer berbanding 25km sebelum ini dengan masa perjalanan hanya 10 minit.

Al-Fatihah – Najib, MT dan Semua Ahli UMNO Ucap Takziah Datuk Harun Taib Meninggal

Posted: 24 Jan 2014 04:16 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Harun Taib yg kembali ke rahmatullah malam tadi.

Pengerusi Agama UMNO merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan mewakili kepimpinan UMNO dan pusat untuk menziarah jenazah allahyarham hari ini.

Dilaporkan, allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 12.10 tengah malam tadi akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT