SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, January 16, 2014

UMNO Online - “Tutup Giat Mara : PKR Khianati Perjuangan Orang Melayu – Prof Shamsul Adabi” plus 9 more

UMNO Online - “Tutup Giat Mara : PKR Khianati Perjuangan Orang Melayu – Prof Shamsul Adabi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tutup Giat Mara : PKR Khianati Perjuangan Orang Melayu – Prof Shamsul Adabi

Posted: 15 Jan 2014 03:05 AM PST

KUAL A LUMPUR, 15 Jan – Seorang ahli akademik, Prof. Madya Dr. Shamsul Adabi Mamat menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat menutup pusat latihan Giat Mara sebagai satu tindakan yang seumpama mengkhianati perjuangan bangsa Melayu di negara ini.

exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3

Menurut beliau, MARA merupakan sebuah agensi bagi melindungi kepentingan bangsa Melayu di negara ini  dan tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah seperti mahu menekan orang Melayu.

"Kerajaan negeri, yang ditunjangi oleh kepimpinan Melayu di dalam PKR dan Pas, perlulah lebih rasional dan waras dalam hal seperti ini. Jangan disekat atau ditutup mana-mana agensi atau badan yang melindungi kepentingan serta memberi manfaat kepada orang-orang Melayu.

"Jika kerajaan negeri terus bertindak sedemikian, maka bangsa Melayu akan menanggung kerugian di dalam keadaan kita masih memerlukan agensi atau badan yang memelihara kepentingan Melayu seperti MARA dan sebagainya," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau yang merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melihat tindakan kerajaan negeri Selangor cuba menutup pusat Giat Mara tersebut adalah didorong oleh semangat membalas dendam terhadap kerajaan pusat.

"Perkara ini sama seperti mana yang berlaku dalam isu Syabas. Isu Syabas juga sebenarnya melibatkan kepentingan orang Melayu di dalam perniagaan.

"Namun, atas alasan ketidakadilan serta monopoli, maka kerajaan negeri dilihat cuba untuk menekan Syabas kononnya untuk memecahkan monopoli satu pihak dalam isu ini.

"Pada pandangan saya,  isu Syabas dan juga isu penutupan Giat Mara ini  adalah lebih kepada isu tidak puas hati sesetengah pihak dengan syarikat di mana orang Melayu mempunyai kepentingan di dalamnya," ujarnya. -MediaUMNO

Jawatankuasa Khas Kabinet Diharap Mampu Kekang Kenaikan Harga Barang – Ahmad Maslan

Posted: 15 Jan 2014 02:47 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet oleh kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup diharap mampu mengekang kenaikan harga barangan oleh peniaga, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Saya harap jawatankuasa khas segera membuat keputusan yang mengembirakan rakyat dalam masa terdekat ini, seperti menambah kawalan harga barang atau senarai barang kawalan harga,” katanya selepas majlis prapelancaran Konvensyen Sosioekonomi Banjar Sedunia di sini hari ini.

ahmad-maslan-menteri-kewangan-penerangan-umno-bn-malaysia

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan juga perlu membuat keputusan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang terlalu tinggi melalui pelaksanaan undang-undang antipencatutan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas Kabinet mengenai harga untuk meneliti kenaikan harga barangan yang berpunca daripada struktur pasaran, termasuk isu bekalan serta sistem pemasaran.

Kata Ahmad penubuhan jawatankuasa khas berkenaan akan menyepadukan tindakan kementerian dan agensi kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan tidak hanya terletak di bahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Peningkatan kos sara hidup ini bukan dituju kepada satu-satu kementerian, bukan hanya KPDNKK yang terlibat dalam kos sara hidup dan menguruskan kos sara hidup rakyat ini.

“Ia melibatkan pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Kewangan,” katanya.

Mengenai Konvensyen Sosioekonomi Banjar Sedunia itu, Ahmad berkata  sekurang-kurangnya 3,000 individu dan syarikat usahawan Melayu Banjar dari seluruh dunia dijangka menghadiri konvensyen berkenaan.

Katanya konvensyen berkenaan akan membentangkan kertas kerja untuk mengukuhkan ekonomi masyarakat Banjar, yang antara lain, menekankan penyertaan dalam keusahawanan.

Penjelasan Kenapa UMNO Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Tian Chua dan Mustafa Ali

Posted: 15 Jan 2014 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Langkah UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali bukanlah bermakna UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat atau isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menjelaskan tindakan terbabit dibuat sebagai bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan dan sanggup berubah.

"Tidak bermakna UMNO takut kerana kalau pihak lawan tidak mahu berubah maka kita tidak akan beralah tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan beberapa terma dan akui kesilapan," katanya kepada UMNO-Online.

peguam-umno-hafarizam-harun-bn-barisan-nasional

Ujar beliau, UMNO bukan parti yang hanya mahu ke mahkamah tanpa sebab atau tanpa asas, bukan menyaman mana-mana pihak untuk mendapat ganjaran wang atau sebagainya tetapi UMNO berpaksi kepada prinsip bahawa, jika UMNO telah difitnah dan dimalukan maka ia tidak akan berkompromi.

Tapi sebaliknya tegas beliau jika mereka sanggup menyatakan pendirian sama ada meminta maaf atau menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan maka UMNO selaku parti siasah sentiasa berjiwa besar kerana imej UMNO bukan sewenang-wenangnya mendapat duit dari pihak yang disaman.

Mac lalu, tindakan undang-undang telah diambil terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO – Tian' yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.

Jelas Hafarizam, Tian Chua dan peguamnya meminta untuk menyelesaikannya di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO iaitu:

1. Insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk tarik perhatian UMNO tentang isu RCI, atau apa-apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
3. Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.

"Selepas terma-terma tersebut diperhalusi dan dipersetujui maka YB Tian Chua menarik balik segala tuduhan yang mengaitkan UMNO, yang bermakna beliau mengaku salah sebut UMNO sebagai perancang kepada insiden Lahad Datu, menarik balik kenyataan bahawasanya UMNO cuba mengalih perhatian daripada isu RCI kepada isu tembakan di Lahad Datu.

"Beliau juga menyatakan kekesalan, yang mana kesannya sama dengan memohon maaf, iaitu dia mengaku bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu. Di sini hanya penggunaan kesal dan mohon maaf yang berbeza tetapi kesannya adalah sama iaitu UMNO tidak terlibat dalam insiden tembakan di Lahad Datu dan ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian rakyat daripada RCI," tegasnya.

Sebelum itu, Tian Chua telah diberi peluang untuk menyatakan pembelaannya terhadap kes saman malu yang dibawa oleh UMNO namun UMNO mempersoalkan kenapa perlu kaitkan parti terbabit dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu jika ianya tidak pasti sama ada UMNO terlibat atau tidak, sementara isu RCI dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan insiden Lahad Datu.

"Walaupun kes saman malu ini telah selesai, namun Tian Chua sedang hadapi satu lagi pertuduhan jenayah berbentuk hasutan kerana kenyataan yang sama dibuat dan beliau terpaksa menjawabnya di mahkamah nanti.

"Tidak semestinya dengan UMNO bersetuju menarik balik saman fitnah dan saman malu, maka pertuduhan jenayah yang dihadapinya akan terlepas kerana ia tidak ada kaitan iaitu kes terbabit adalah pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah jenayah yang dikatakan berbentuk hasutan.

Ab-Rauf-Yusoh-SUK-UMNO-Tian-Chua-PKR-Mahkamah-Fitnah-Demokrasi-Lahad-Datu

"Laporan polis yang dibuat oleh rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu tersebut terangkum dalam laporan jenayah berbentuk fitnah yang sedang dihadapi oleh Tian Chua," maklumnya.

Tambah beliau, sebagai sebuah parti yang memegang tampuk kuasa dan memperoleh pertambahan kerusi selepas PRU lalu, maka tentunya fokus UMNO bukanlah kepada kes sedemikian sebaliknya ada agenda yang lebih besar misalnya transformasi UMNO, transformasi kerajaan dan politik UMNO.

"Sekiranya kita hanya melihat Tian Chua kepada kes yang sangat besar dan penting, maka kita akan dilihat oleh rakyat terlalu pendendam walhal Tian Chua telah bersetuju untuk menarik balik dan menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan.”

Merujuk kepada kes Mustafa Ali pula yang telah disaman ekoran menuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video seksnya yang dianggap sebagai kebiasaan untuk UMNO sebarkan fitnah, pihak terbabit turut memberikan tawaran.

"Beliau yang hadir bersama dua defendan lain iaitu peguamnya dan Editor Harakahdaily, telah ditawarkan kepada UMNO iaitu menarik balik apa jua kenyataan yang merujuk kepada UMNO dan melahirkan kekesalan dan akan keluarkan artikel itu dari Harakahdaily dengan kes tersebut tiada perintah berkaitan kos.

"Maka UMNO ambil sikap terbuka, sifat besar hati iaitu akan menarik balik demi menjaga nama dan maruah UMNO, maka kita setuju menyelesaikannya di luar mahkamah." - MediaUMNO

keadilan-tian-chua-lahad-datu-hina-polis

UMNO Ambil Tindakan Ahli Tumbuk Timbalan Menteri

Posted: 15 Jan 2014 02:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa UMNO memandang serius terhadap tindakan ahlinya iaitu Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi yang telah menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

ahli-umno-tumbuk-timbalan-menteri-kamalanathan

"Kepimpinan tertinggi UMNO berasa kesal terhadap insiden tersebut dan menganggapnya sebagai tidak sewajarnya berlaku."

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa Ibu Pejabat UMNO akan mengambil tindakan terhadap beliau dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan diambil.

"UMNO juga menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit.

"Dalam apa-apa hal pun, pendirian UMNO tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada pertelingkahan atau bentuk kekasaran yang tentunya hanya akan mengundang keadaan lebih buruk," tegas beliau lagi. - MediaUMNO

Puteri UMNO To Collect Signatures Protesting Closure Of Selayang Barun Giat Mara Centre

Posted: 15 Jan 2014 02:26 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 15 – Puteri UMNO will collect signatures for a petition protesting the Selangor government’s move to close the Giat Mara Centre in Selayang Baru.

Its chief, Mas Ermieyati Samsudin, said the state government should adopt other alternatives, such as relocating the centre to other suitable location instead of closing it down.

She said this was because the move would affect the trainees badly as it would close their opportunities to undergo skills training that would enable them to have better future.

“Therefore, I would like to call on all young people to come together and defend the Giat Mara centre.

“If there’s a problem (at the existing site), the state government should try to relocate the centre, not just close it down,” she told reporters after chairing the Gema Rakyat Programme organising committee meeting here today.

It is learnt that the Gombak Land and District Office had, on Dec 2 last year, issued the order for the training centre to be closed down by end of this year, on grounds that Mara had occupied without approval the 11,396 sq ft of the state government-owned land to operate the centre over the past 20 years.

NPLs Not At Worrying Level, Says Ahmad Maslan

Posted: 15 Jan 2014 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 15  – The level of non-performing loans (NPLs) in the country are not at worrying stage, says Deputy Minister of Finance Datuk Ahmad Maslan.

Looking at the NPLs, the unpaid credit card dues are only 4.1 per cent of the total household debts, he said.

“The household debts are 85.7 per cent of the total gross domestic product. It’s not worrying because NPLs are currently at 1.4 per cent vis-a-vis 98.6 per cent of credit card holders who paid their dues according to schedule,” he said.

Ahmad said housing loans are the highest, at 44.3 per cent, followed by vehicle loans at 17.3 per cent and personal loans at 16.8 per cent of the total household loans, he told a media conference after opening a financial education and credit management seminar today.

He said 22.8 per cent of the people faced financial problems due to poor financial planning and management while 4.4 per cent of the consumers gave high cost of living as the cause of their financial woes.

Of the 248,491 individuals who attended financial counselling, 100,871 are involved in the credit management programme organised by the Credit Management and Counselling Agency (AKPK).

Manwhile, Bank Negara’s Director of Consumer and Market Conduct Department  Suhaimi Ali said the syllabus on financial education has been incorporated in the textbooks of Standard Four pupils.

With the cooperation of the Education Ministry, the syllabus has been included in the mathematics, Bahasa Malaysia and English subjects, he said.

He said 37,000 teachers country-wide are now eligible to teach financial management in schools.

Ahmad said preventive education was very important because the younger generation was exposed to pressures of lifestyle when they spend and are easily attracted to trends, thus leading them into financial doldrums.

“Hence, early education on financial planning and management is very crucial to produce a debt-free generation,” he added.

The AKPK offers financial education programme entitled “Managing Your Ringgit (Power!), which entails six practical chapters — cashflow, basis for borrowing, smart usage of credit cards, buying car, buying house and debt management.

The Power! session will be held in Penang, Melaka, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching on every Wednesdays from 9:30 am to 1:30 pm.

The same programme will be held at the AKPK headquarters in Kuala Lumpur on every Saturday at the same time.

Kerajaan Umum Tubuh Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup

Posted: 15 Jan 2014 01:40 AM PST

PUTRAJAYA, 15 Jan – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan beliau sendiri bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.

Timbalan perdana menteri berkata penubuhan jawatankuasa itu yang merupakan lanjutan daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup, dan diperluas skop dan peranannya, diputuskan pada mesyuarat Kabinet 8 Jan lepas.

Antara peranan jawatankuasa itu ialah menyelaras pelaksanaan dasar dan program pelbagai kementerian dan agensi terlibat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan bekerjasama dengan jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, khususnya dalam meneliti dasar cukai kerajaan dan rasionalisasi subsidi.

“Hasil kajian akan diuar-uarkan kepada umum melalui pelbagai media bagi memudahkan rakyat membuat perbandingan dan faham mengenai realiti sebenar kenaikan harga,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata ia termasuk kajian berkaitan kenaikan harga yang tiada kaitan dengan langkah konsolidasi fiskal, tetapi berpunca daripada isu struktur pasaran, termasuk isu bekalan serta sistem pemasaran.

Jawatankuasa itu juga akan melaksanakan kajian sektorial mengenai kesan sebenar kenaikan kos input terhadap peningkatan harga barang keperluan dan seterusnya membuat unjuran kenaikan harga barang yang munasabah dan berpatutan, katanya.

Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa itu juga akan mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan pengguna dan wakil sektor perniagaan, serta pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan, bagi memahami dan menangani isu berkaitan dengan pembekalan barang perkhidmatan, rantaian bekalan, persaingan, penguatkuasaan dan faktor lain yang menentukan harga barangan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bertindak sebagai sekretariat serta peneraju jawatankuasa itu, manakala lain-lain kementerian dan agensi relevan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pengangkutan dan sebagainya dilantik sebagai anggota.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan turut memutuskan untuk mewujudkan sebuah makmal khas selama dua minggu bermula hari ini untuk mengkaji langkah-langkah bagi mengurangkan beban rakyat.

Jawatankuasa itu juga berperanan mengkaji secara holistik, konsolidasi fiskal yang perlu dilaksanakan bagi memastikan rakyat tidak terbeban, serta bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada rakyat.

“Selain wakil kementerian serta agensi yang berkaitan, makmal ini juga disertai oleh wakil-wakil pelbagai persatuan pengguna, pihak industri, golongan akademik, pelajar dan sebagainya, untuk memberi input serta pandangan dalam menangani kos sara hidup,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, timbalan perdana menteri berkata penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan juga akan ditingkatkan lagi bagi mengambil tindakan lebih berkesan terhadap para peniaga yang didapati mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Selain itu, katanya, antara yang dirancang ketika ini ialah usaha mempromosi atau melancar semula semula konsep Kedai Rakyat 1Malaysia, menu Sarapan 1Malaysia di samping memperbanyak sesi turun padang bagi setiap kementerian.

“Ketika ini KPDNKK membentangkan laporan kepada jemaah menteri semua aspek mengenai harga barang, seperti trend harga menaik, menurun, melintang. Tak semua harga barang naik, ada juga yang turun, tapi mungkin yang turun tu orang tak minat, orang minat yang naik harga. Sekarang kita ambil perhatian lebih mengenai perkara itu dan kena teliti dengan halus, beri perhatian dan ambil tindakan,” katanya.

Ungku Aziz Nafi Catatan Berkaitan Kangkung Adalah Tulisannya

Posted: 14 Jan 2014 11:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan –  Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan ‘kangkung’ yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

“Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu…saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya kepada Bernama di sini.

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: “Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit.”

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.

Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

“Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya.-MediaUMNO

ungku-aziz-fitnah-tulis-kangkung-provokasi-taksub-pembangkang

Hike In Assessment Rate : DBKL Receives 166,000 Protests

Posted: 14 Jan 2014 10:56 PM PST

KUALA LUMPUR, Jan 15 – A total of 166,000 protests from property owners in the city were received over the proposed increase in assessment rate by Kuala Lumpur City Hall (DBKL) so far, its mayor, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib said today.

He said some of the protests were sent by the same property owners.

“The period for objection is until March 31 and if there is still objection by then, DBKL will consider whether or not to extend the period further,” he told a media conference here today.

It had been reported that the assessment rate would be increased in accordance with the Local Government Act 1976. The rate has not been raised for 21 years.

The new increased rate was supposed to have been enforced last Jan 1, but was postponed due to objections by property owners.

Ahmad Phesal said a panel, comprising representatives from DBKL advisory board, surveyors, lawyers and private valuers, would scrutinise objections raised by property owners.

During the media conference, he also announced the appointment of Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz as the new DBKL Director-General, effective today, replacing Datuk Salleh Yusup, who retired.

Mohd Amin Nordin, 59, from Negeri Sembilan, was formerly DBKL Deputy Director-General (Socio-Economic Development), a post he held since 2011.

Satu Demi Satu Pusat GiatMara Ditutup…. Kerajaan Selangor Bunuh Masa Depan Anak Muda

Posted: 14 Jan 2014 09:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin hari ini berkata pergerakan itu kesal dan membantah tindakan Kerajaan Selangor  menutup pusat latihan kemahiran GiatMara di Selayang yang disifatkan sebagai tindakan melampau.

exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3

Ujarnya, pusat latihan GiatMara adalah peluang kedua kepada golongan muda yang tidak berjaya di dalam bidang akademik untuk memperolehi latihan seterusnya menimba ilmu untuk masa hadapan yang lebih baik.

"Puteri akan mengumpulkan seberapa banyak tandatangan bagi menunjukkan protes terhadap arahan untuk menutup GiatMara di Selayang.

"Sebelum ini GiatMara di Sabak Bernam telahpun ditutup dan kini satu demi satu tempat untuk anak muda menimba ilmu cuba dihapuskan.

"Saya menyeru kepada semua anak muda untuk bangun dan mempertahankan GiatMara. Puteri sendiri akan terus mencari solusi agar dapat menyumbang mempertahankan pusat latihan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan penubuhan Majlis Gema Rakyat kerjasama bersama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Penerangan UMNO Malaysia dan juga Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) di Menara Dato' Onn hari ini.

Tambah Ermieyati, sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tetap mahu mengambil tapak GiatMara dengan alasan ianya adalah tanah kerajaan negeri, seharusnya pusat latihan ini dipindahkan ke tapak lain agar masa hadapan para pelajar tidak terjejas dan bukannya mengambil tindakan menutup pusat latihan ini.

"GiatMara telah melahirkan ramai pelajar-pelajar cemerlang walaupun mereka ini pada asasnya kurang berjaya di dalam akademik. Mara memberi latihan kemahiran agar mereka ini mampu mendapat masa hadapan yang lebih cerah dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara sendiri.

"Tindakan kerajaan Negeri Selangor ini adalah tidak wajar dan ianya seakan 'membunuh' masa hadapan anak muda," ujarnya lagi.

Difahamkan arahan untuk menutup GiatMara dibuat menerusi satu surat yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan yang bertarikh 2 Disember tahun lalu.

Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki  pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Malah, kerajaan negeri turut memberikan amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT