SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, January 22, 2014

UMNO Online - “Johor UMNO Lays Out Strategy To Thwart Pakatan Forays” plus 9 more

UMNO Online - “Johor UMNO Lays Out Strategy To Thwart Pakatan Forays” plus 9 more

Link to UMNO Online

Johor UMNO Lays Out Strategy To Thwart Pakatan Forays

Posted: 21 Jan 2014 03:55 AM PST

JOHOR BAHARU, Jan 21 – Johor UMNO has laid out strategies to ward off Pakatan Rakyat’s, particularly the DAP, forays in its quest to turn Johor into a key battleground state in the 14th general election (GE14).

Newly appointed State UMNO liaison committee secretary Mohd Jais Sarday said UMNO and Barisan Nasional (BN) component parties had to work together to crush the DAP onslaughts in Johor.

“We take notice of what was said by DAP adviser Lim Kit Siang on the party’s efforts to conquer Johor. It is a daunting task for UMNO and BN, but we persevere,” Mohd Jais told Bernama in an interview here recently.

He was commenting on Lim’s statement that Johor would be the DAP’s key battlefield that would pave the way for the opposition to topple the BN in GE13.

Apart from defending five parliamentary seats in Johor, Lim said the DAP was gunning for eight other seats, namely Pasir Gudang, Sekijang, Pulai, Ledang, Muar, Segamat, Labis and Tebrau.

Pakatan Rakyat currently has 18 state seats, 13 of them held by the DAP, PAS (four) and Parti Keadilan Rakyat (PKR) (one).

Mohd Jais, who is also a Johor executive councillor, said several strategies had been implemented while others would be drawn up to ensure that the state would remain a BN bastion and fixed deposit in GE14.

“Although the DAP will likely try to move Chinese voters to target areas as well as register more voters in certain constituencies, I believe the Chinese are coming back to the BN due to various factors, including the MCA recovery from its leadership crisis,” he added.

As the bulwark of the Chinese party in the BN, he said the MCA was not in the strongest position when it faced the GE13 as it was reeling from a leadership crisis.

“However, with the new leadership in place, MCA will become more robust, structured and focused to win back the hearts of the Chinese,” he said, adding the country’s history proved that the MCA had succeeded in pursuing Chinese interest unlike the DAP which was more accustomed at sensationalising issues.

Mohd Jais said the people were now more aware of DAP members of Parliament and assemblymen’s inability to solve problems faced by constituents.

“They hardly do anything to help the people. All they know is how to take pictures and upload them on social sites and make uncalled for claims for sensational purposes,” he said.

Puteri UMNO Hantar Sukarelawan Bantu Komuniti Islam Di Filipina

Posted: 21 Jan 2014 03:48 AM PST

ALOR GAJAH, 21 Jan – Pergerakan Puteri UMNO akan menghantar sukarelawannya ke beberapa kampung (baragay) di Filipina pada Februari depan bagi membantu memulihkan trauma yang dihadapi kira-kira 550 penduduk Islam di kampung tersebut dalam tragedi Taufan Haiyan, November lalu.

ketua-puteri-mas-ermieyati-mesyuarat-majlis-gema-rakyat-pwtc

Ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata langkah itu juga bertujuan mendidik masyarakat berkenaan untuk lebih menjiwai Islam dan mengamalkan ajaran itu dengan cara yang sempurna.

“Kita percaya apa yang diperlukan oleh komuniti Islam di kampung itu ketika ini adalah pihak yang sudi tampil untuk mengajar mereka memahami dan menjiwai ajaran Islam yang sebenar-benarnya selain perkhidmatan kaunseling,” katanya selepas beramah mesra dengan peniaga Cina sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Turut hadir ketua MCA bahagian Masjid Tanah Lee Tian Sing dan Naib Presiden Gerakan Bahagian Masjid Tanah Tee Teck Min.

Beliau bagaimanapun berkata bilangan sukarelawan yang bakal dihantar ke kampung berkenaan belum diputuskan namun sehingga kini pihaknya telah menerima lebih 50 permohonan daripada kalangan anggota Puteri UMNO.

Katanya setiap permohonan yang diterima akan ditapis terlebih dahulu dan dibahagikan mengikut kemahiran masing-masing bagi merealisasikan matlamat program tersebut.

Mas Ermieyati berkata sukarelawan Puteri UMNO itu akan turut dibantu Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam mengembalikan semula semangat komuniti Islam di kampung berkenaan.

Pemuda UMNO Bera Buat Laporan Tindakan Hina PM

Posted: 21 Jan 2014 03:06 AM PST

BERA, 21 Jan – Pemuda UMNO Bera hari ini membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap seorang wakil rakyat Pulau Pinang kerana menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya Mohd Zoolihsan Ahmad membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Bera terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang menggunakan isu ‘kangkung’ untuk menghina Najib.

Beliau menyifatkan tindakan Lee itu sebagai biadap dan menghina rakyat serta negara.

Ketua Wanita UMNO Bera Zanariah Sahadan dan Ketua Puteri UMNO bahagian itu Salmiah Abdul Rahman turut mengiringi Mohd Zoolihsan ke balai polis.

Najib telah menyebut kangkung sebagai contoh semasa memperkatakan mengenai harga barang yang bergantung kepada permintaan dan bekalan.

Mohd Zoolihsan berkata pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri perlu bertindak tegas dalam perkara ini.

Salmiah pula berkata jika tiada sebarang tindakan diambil penghinaan yang sama akan terus berulang.

Bukan Islam Tertakluk Di Bawah Perlembagaan Persekutuan Artikel 11 (4) – Peguam

Posted: 21 Jan 2014 02:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pengamal undang-undang, Hasnal Rezua Merican menyangkal kenyataan seorang peguam, Edmund Bon yang berkata bahawa titah Sultan dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri tidak boleh diguna pakai kepada orang bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama bukan Islam di negara ini.

Menurut beliau, apa yang perlu difahami dalam isu ini ialah titah Sultan serta fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kerajaan negeri adalah berdasarkan artikel  11 (4) perlembagaan persekutuan yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

"Begitu juga enakmen syariah kerajaan negeri Selangor yang melarang penggunaan 38 istilah, termasuk kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam juga  adalah selaras dengan perlembagaan persekutuan artikel 11 (4).

themalaysianinsider-malaysiakini-portal-pembangkang-bukan-islam-patuh-titah-fatwa-raja-sultan-agong-malaysia

"Dalam hal ini, titah Sultan, fatwa dari majlis fatwa negeri dan juga fatwa kebangsaan adalah selaras dengan perlembagaan persekutuan artikel 11 (4).  Jadi, penggunaan nama Allah oleh gereja  di dalam kitab Bible atau lain-lain jelas melanggar perlembagaan persekutuan artikel 11 (4) dan juga enakmen syariah berhubung 38 istilah yang selaras dengan perlembagaan persekutuan.

"Berdasarkan perlembagaan persekutuan dan enakmen syariah negeri yang telah termaktub itu, ia bermakna mereka yang bukan  Islam adalah tertakluk di bahawa undang-undang tersebut dan perlu patuh terhadap penguatkuasaannya," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu kata Hasnal yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang, kenyataan Edmond Bon itu tidak tepat,  kerana selagi mana titah Sultan serta fatwa yang dikeluarkan selari dengan undang-undang yang telah diperuntukan di dalam perlembagaan persekutuan dan enakmen negeri, maka mereka yang bukan Islam perlu patuh terhadap undang-undang tersebut.

"Selagi mana ianya selaras dengan perlembagaan persekutuan dan enakmen negeri, maka mereka perlu patuh. Kalimah Allah merupakan salah satu daripada 38 istilah yang telah diwartakan sebagai hak eksklusif umat Islam di negara ini berdasarkan artikel perlembagaan persekutuan 11 (4).

"Jika Edmond Bon mengatakan bukan Islam tidak tertakluk kepada titah Sultan, fatwa kebangsaan dan negeri, apa yang perlu difahami oleh beliau ialah di mana dalam isu kalimah Allah ini, enakmen syariah berhubung 38 istilah itu adalah selaras dengan perlembagaan persekutuan artikel 11 (4) yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat bukan Islam di negara ini.

"Dalam isu kalimah Allah ini, tindakan pihak gereja yang ingin menggunakan nama Allah sebagai nama rasmi Tuhan mereka di dalam kitab Bible, jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan juga enakmen syariah negeri berhubung 38 istilah yang telah diwartakan sebagai hak eksklusif bagi umat Islam di semenanjung negara ini, " ujarnya.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan kenyataan seorang peguam, Edmund Bon yang berkata bahawa Titah dan fatwa tidak boleh diguna pakai kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada isu kalimah Allah yang menjadi kontroversi apabila penganut Kristian mendesak kerajaan membenarkan mereka secara rasmi menggunakan nama Allah di dalam kitab Bible dan juga gereja.-MediaUMNO

Wanita UMNO Desak Kerajaan Hantar Wakil Rasmi Pantau Kes Pasangan Suami Isteri di Sweden

Posted: 21 Jan 2014 01:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mendesak kerajaan agar menghantar wakil rasmi bagi memantau kes yang melibatkan sepasang suami isteri, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal serta empat orang anak mereka yang kini sedang ditahan dan disoal siasat berhubung dakwaan mendera anak di Sweden baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, wakil rasmi dari kerajaan ini amat penting dalam usaha untuk memastikan keluarga tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Kami meminta agar diwujudkan satu jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan oleh wakil dari Wisma Putra bagi menyelaraskan sebarang usaha bagi membantu keluarga ini.

shahrizat-exco-wanita-umno-kes-dera-tahan-anak-sweden-kerajaan-pwtc

"Apatah lagi apabila kita mendapat berita di mana keempat-empat anak keluarga tersebut diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berlainan agama dan budaya, yang pastinya sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada anak-anak tersebut," ujarnya.

Shahrizat berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas bertempat di ibu pejabat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga mendesak agar keempat-empat anak dari pasangan tersebut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin sementara menunggu hasil keputusan siasatan yang sedang dijalankan terhadap kedua ibu bapa mereka.

"Kita menghormati undang-undang perlindungan kanak-kanak di Sweden yang bertujuan menjaga best interest of the child. Bagaimanapun, kami berpendapat bahawa sekiranya benar Sweden ingin menjaga hak anak-anak itu, maka keempat-empat anak tersebut mestilah dihantar pulang dengan segera.

"Ini memandangkan bahawa anak-anak tersebut bukanlah anak yatim piatu dan mereka masih mempunyai sanak saudara di Malaysia. Tindakan menghantar pulang anak-anak tersebut bertepatan dengan hasrat negara tersebut untuk memberikan perlindungan terbaik kepada anak-anak pasangan itu," jelasnya. -MediaUMNO

Muhyiddin Explains Gov’t Measures To Mitigate Price Increase, Cost Of Living

Posted: 21 Jan 2014 01:33 AM PST

LONDON, Jan 21 – Malaysian Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has said the Malaysian government had implemented various measures and strategies to mitigate price increases and the rising cost of living.

He said one of them was the formation of a cabinet committee, chaired by himself, to check on the rising cost of living in the country.

The deputy prime minister said this at a dinner with the United Kingdom and Eire (Ireland) Council of Malaysian students at a hotel here Monday night.

Muhyiddin is here on a three-day working visit to the United Kingdom from Monday to attend the Education World Forum 2014, the largest gathering of education and skills ministers in the world attended by 97 ministers and representatives from 100 countries from Jan 20 to 22.

Explaining the issues involving the people that were widely discussed at home and online, Muhyiddin said among the measures taken by the cabinet committee was going down to the ground to find out the reasons for the price increases.

“We go down to the ground to observe the price increases and to find out the factors that have caused the increase in the prices of goods.

“Many factors cause price increases. What creates the rising cost – is it the government’s policies or the unscrupulous traders?” he said.

Muhyiddin said the increase in prices should not hamper the country’s economy. Citing London, he said that despite being one of the most expensive cities in the world to live in, it still had a lot of interesting places to go for shopping.

He said the committee would look at the prices and would intervene when necessary to ensure that the people got a fair deal.

“The issue must be handled in a holistic manner,” he said.

Muhyiddin, who is also the minister of education, said Malaysia must continue to have good fiscal policies in order to manage the situation.

“We have an economic growth of between five and 5.5 per cent. We have funds and lots of employment opportunities which have attracted more than two million  foreign workers to the country, with between 500,000 and one million of them illegal,” he said.

He said Malaysia also enjoyed a low inflation rate, of between 2.5 and three per cent, and had almost reached full employment.

“Despite its success in managing the economy, Malaysia still has to be prudent in its spending and should achieve a fiscal deficit of less than 30 per cent, Muhyiddin said, explaining the recent measures of the government to slash its expenditure.

“Otherwise, the economic situation would impact ordinary Malaysian citizens,” he said.

The deputy prime minister said the government must also be receptive to ideas and suggestions from others.

The United Kingdom and Eire (Ireland) Council or UKEC was officially founded in 1995 and serves as a common platform of interaction for Malaysian students across the region, at both undergraduate and post-graduate levels.

Protes, Demo Di Kedutaan Jepun Tindakan Perbodoh Diri Sendiri

Posted: 21 Jan 2014 01:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menganggap tindakan sekumpulan anggota pakatan pembangkang yang mengadakan demonstrasi di kedutaan Jepun hari ini sebagai tindakan yang tidak bijak dan terkeluar daripada norma-norma sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

Dilaporkan, pakatan pembangkang yang diketuai oleh Ketua Angkatan Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun sebagai tindak balas terhadap larangan Anwar Ibrahim memasuki negara itu dengan membabitkan peserta bantahan yang memegang poster bertulis 'boikot barangan Jepun' selain memijak poster yang mirip bendera Jepun dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.

amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-pijak-bendera-jepun-halang-anwar-masuk

"Ini adalah satu perangai yang tidak seharusnya ada dalam kalangan masyarakat bertamadun dan tahu dengan undang-undang tambahan pula larangan untuk Anwar Ibrahim memasuki Jepun dibuat berdasarkan perundangan negara terbabit dan mana-mana pihak mesti mematuhinya," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, ternyata tindakan berdemo sedemikian adalah satu perbuatan yang sia-sia dan tentunya tidak akan mendatangkan kesan kepada perundangan dan dasar negara matahari terbit itu.

"Ini soal perundangan, soal dasar negara Jepun yang tiada kaitan dengan soal politik kita di sini dan tentunya ada sebab-sebabnya mereka berbuat demikian yang mana pihak terbabit perlu selidik secara mendalam kenapa dia dilarang," katanya lagi.

Ujar beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, tindakan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang ini adalah satu perbuatan sia-sia kerana banyak lagi perkara yang boleh mereka perjuangkan berbanding hanya membela ketua pembangkang mereka sendiri.

"Bukankah lebih elok jika Anwar Ibrahim menasihati para pengikutnya untuk berjuang kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah daripada memperbodohkan diri dengan melakukan demonstrasi sedemikian."

Difahamkan antara kandungan memorandum yang dihantar ke kedutaan Jepun adalah meminta kerajaan Jepun meminta maaf kepada Anwar ekoran larangan memasuki Jepun. - MediaUMNO

amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-jepun-halang-anwar-masuk

amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-bakar-bendera-jepun-halang-anwar-masuk

Isu Silap Kira Sudah Jadi Bahan Jenaka Rakyat Di Pulau Pinang

Posted: 21 Jan 2014 01:21 AM PST

PULAU PINANG 21 Jan – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim percaya pengakuan terbuka kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung 'kesilapan' berulang ketika mengumumkan sebenar satu projek yang hendak dilaksanakan di negeri itu baru-baru ini akan terus menjadi bahan jenaka buat rakyat di negeri ini.

Sambil menyifatkan kesilapan itu satu kecuaian yang memalukan, beliau secara sinis menambah pentingnya untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengusung mesin kira dan belajar cara mengira yang betul terutama membabitkan angka yang banyak.

"Mungkin selepas ini Guan Eng perlu belajar meneliti maklumat sepenuhnya sebelum membuat sesuatu pengumuman agar perkara yang sama tidak lagi berulang. Ini penting kerana beliau adalah Ketua Menteri.

lim_guan_eng_ada_tipu

"Dan tentunya selepas ini juga, apabila sesuatu perkara diumumkan, mungkin rakyat akan tertanya-tanya apakah akan berlaku lagi kesilapan.  Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan itu ternyata sesuatu yang sukar diterima apatah lagi Ketua Menteri berlatar belakangkan lulusan akauntan," katanya kepada mediaUMNO, di sini, hari ini.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi mengakui melakukan 'kesilapan' ketika mengumumkan kos sebenar satu projek yang hendak dilaksanakan di negeri itu.

Ketika mengumumkan projek usahasama membabitkan Ikano sdn.bhd (ikano), Aspen Vision Land Sdn. bhd (Aspen) dan kerajaan negeri bagi membina gedung beli – belah IKEA di Batu Kawan, Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi 'tersilap' apabila menyatakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjual 245 ekar (99.15 hektar) tanah pada harga RM284 juta dan akan dibayar dalam tempoh masa lima tahun.

Menyedari kesilapan berkenaan, Guan Eng dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata maklumat awal mengenai nilai jualan tanah untuk menjayakan projek berkenaan adalah salah.

"Saya ingin membuat ralat dalam kenyataan saya pada Jumaat mengenai kemasukan IKEA ke negeri ini. Kenyataan semalam yang melaporlan (PDC) menjual tanah pada harga seperti dinyatakan adalah salah.

"Jumlah yang betul sepatutnya RM483,951,600. Butiran penting ini terlepas pandang atas kesibukan pada minggu lepas," katanya.

Pada tahun lalu, Guan Eng mengakui pernah berlaku masalah 'silap taip' mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut beserta tiga rangkaian lebuh raya yang dirancang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mengulas lebih lanjut Rafizal seterusnya mempersoalkan bagaimanakah perkara tersebut boleh berlaku.

"Mungkin gara-gara syok dan asyik menghentam pihak lain khususnya kepimpinan BN, mereka seolah-olah terlupa yang mereka juga sekarang ini memerintah serta menerajui negeri.

"Nampaknya mereka lebih cekap merobohkan gerai peniaga kecil ," ujarnya. -MediaUMNO

Japan Does Not Need Bona Fide Reason To Deny Anwar Entry

Posted: 21 Jan 2014 12:44 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 21 – The Japanese immigration authorities do not need a “bona fide and valid reason” to bar defacto opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim from entering Japan.

The President for the Centre for Political Awareness Datuk Huan Cheng Guan said in a statement issued here today that entering any country is not automatic privilege of any foreigner and is dependent on the discretion of the host nation.

ketua-pembangkang-kes-anwar-dihalang-masuk-negara-jepun-kerajaan

On Sunday, Anwar was barred from entering Japan when he arrived at Narita International Airport and was told to board the first flight back or face deportation. He went there on the personal invitation by the chairman of Nippon Foundation to present a paper on Muslim Democrats.

Anwar protested that it was not proper for the Japanese Immigration authorities to bar him from entering the country without a bona fide and valid reason. Moreover, he claimed that he had entered Tokyo without hindrance on three previous occasions in 2006, 2009 and 2012.

He also claimed that his office had made inquiries with the Japanese Embassy in Kuala Lumpur as routine pre-travel procedure and was given a go ahead.

Top this, Huan said; “I am not sure blaming the Japanese Embassy is at all fair. They cannot be held accountable for what happened at the immigration checkpoint at Narita Airport”.

On Monday, Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman clarified that the Malaysian government had nothing to do with the Japanese government’s decision to bar Anwar from entering that country

Anifah also noted that every country had its sovereign right to deny entry to any person and they’re not obliged to explain their decision.

Tindakan Tegas Perlu Diambil Terhadap Pihak Persenda Titah Agong

Posted: 21 Jan 2014 12:25 AM PST

PUTRAJAYA, 21 Jan – Tindakan tegas harus diambil terhadap pihak yang mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai hak eksklusif penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama Islam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tindakan mengeluarkan kenyataan provokasi dan mempersenda titah Seri Paduka ialah perbuatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

najib-angkat-sumpah-pm-agong-istana-pru13

“Kita tahu dalam Perlembagaan, Islam merupakan agama Persekutuan dan Seri Paduka berhak  mengeluarkan pandangan dan titah berlunaskan perundangan sedia ada,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Anggota Lembaga Pemegang Amanah Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) di sini, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata tindakan provokasi demi kepentingan politik itu perlu dihentikan segera.

“Jangan anggap perkara ini ringan kerana Yang di-Pertuan Agong ialah satu institusi berdaulat bagi orang Melayu, apa lagi bila Seri Paduka mengeluarkan titah mengenai agama Islam. Maka, hal ini jangan diperkecilkan oleh mana-mana pihak,”katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT