SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, January 13, 2014

UMNO Online - “Tidak Perlu Hidupkan ISA – Khairy Jamaluddin” plus 7 more

UMNO Online - “Tidak Perlu Hidupkan ISA – Khairy Jamaluddin” plus 7 more

Link to UMNO Online

Tidak Perlu Hidupkan ISA – Khairy Jamaluddin

Posted: 12 Jan 2014 05:06 AM PST

BANGI, 12 Jan – Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dihidupkan semula kerana ia tidak konsisten dengan hak asasi dan sivil yang diamalkan ketika ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata akta-akta sedia ada sudah cukup untuk menyelesaikan pelbagai isu yang dibangkitkan antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk menangani ancaman keganasan.

“Sekiranya isunya adalah soal isu sensitif dan sebagainya, kita sudah ada Akta Hasutan dan juga Penal Code (Kanun Keseksaan) untuk menangani jenayah-jenayah ataupun apa sahaja yang dianggap mengguris sensitiviti rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis penutupan ’1st Down Under Camp 2014,’ iaitu kem persediaan mahasiswa ke Australia anjuran Malaysian Students Council of Australia.

Malah Khairy turut menolak dakwaan akta yang menggantikan ISA sebagai ‘terlalu lembut’ untuk menangani isu-isu semasa.

“Saya tidak setuju kalau pengganti ISA ini lembut, sebab pengganti ISA…Sosma ini untuk pengganas, bukan untuk musuh politik. Kalau musuh politik kita jawab dalam hujah, kita jawab dalam pilihan raya. Tak payah nak tangkap.

Itu zaman dahulu punya politik,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula ISA.

KUIN Mampu Berdikari Dalam Tempoh Dua Tahun Lagi – Mukhriz

Posted: 12 Jan 2014 05:00 AM PST

BALING, 12 Jan – Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dijangka mampu berdikari dari segi kewangan dalam tempoh dua tahun lagi, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Sebelum hasrat itu tercapai, beliau berkata kerajaan negeri akan terus membiayai perbelanjaan pengurusan dan prasarana kolej universiti milik penuh kerajaan negeri Kedah itu.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri akan membantu pembayaran balik pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun selama 13 tahun bagi pembinaan kampus induk Kuin bernilai RM330 juta di Kuala Ketil, dekat sini.

“Kita sedang berusaha berunding dengan pihak bank untuk struktur semula pinjaman tersebut,” kata Mukhriz, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin, pada sidang media di kampus induk, dekat sini hari ini.

Beliau berkata untuk tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM66 juta kepada Kuin untuk perbelanjaan pembangunan dan pengurusan.

Beliau mengulangi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kolej universiti itu terus beroperasi dengan lancar dengan kebajikan pelajar dan petugas diberi keutamaan.

Beliau berkata beberapa langkah sedang diambil bagi menyelesaikan segera masalah kekurangan tempat tinggal bagi pelajar dan petugas serta pemindahan sebahagian besar pelajar dari kampus lama di Mergong ke kampus induk di Kuala Ketil.

Kuin kini mempunyai sekitar 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun lepas manakala selebihnya masih berada di kampus lama.

Penceramah GST Akan Digerak Diperingkat Parlimen Dalam Masa Terdekat -Ahmad Maslan

Posted: 12 Jan 2014 04:52 AM PST

MELAKA, 12 Jan – Kerajaan akan menggerakkan kumpulan pencemarah
cukai barang dan perkhidmatan (GST) di peringkat parlimen dalam masa terdekat bagi memperjelas secara terperinci pelaksanaannya kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kumpulan yang dianggotai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Kewangan itu dijangka melaksanakan tugas berkenaan selepas tamat Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional peringkat negeri yang dilaksana secara berperingkat
di seluruh negara pada 2 Feb depan.

“Penjelasan mengenai GST ini akan terus diperluas di peringkat parlimen dan dewan undangan negeri kerana kita tidak mahu isu ini dimomokkan pembangkang sehingga mengelirukan rakyat.

“Kita juga tidak mahu tertinggal untuk melaksanakan sistem GST ini kerana ia adalah sistem percukaian yang paling baik di dunia, yang mampu menambah dan meningkatkan ekonomi negara di masa depan,” katanya kepada pemberita selepas
menghadiri seminar itu hari ini, yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau juga berkata penjelasan berbentuk ceramah akan diadakan di parlimen tertentu mengikut keperluan dan kumpulan sasaran.

Bagaimanapun, pihak yang ingin mendapatkan penjelasan terperinci berhubung GST diminta menghubungi JKDM negeri masing-masing, katanya.

Kedah Cuti Peristiwa Thaipusam Tahun Ini

Posted: 11 Jan 2014 11:32 PM PST

BALING, 12 Jan – Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan 17 Jan ini sebagai cuti peristiwa sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perkara itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

Katanya kerajaan negeri telah berusaha menjadikan sambutan perayaan Thaipusam sebagai hari cuti di negeri ini, dan ia menjadi kenyataan apabila diperkenan menjadi cuti peristiwa untuk tahun ini.

“Inilah yang kita usahakan, akhirnya berjaya jugak. Apa yang dihasratkan menjadi kenyataan. Bagaimanapun jika cuti peristiwa itu jatuh pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu), ia tidak akan diganti.

“Memandangkan 17 Jan jatuh pada hari Jumaat. Ia tidak akan diganti. Bagaimanapun cuti peristiwa ini akan membolehkan syarikat swasta termasuk bank yang beroperasi pada hari itu untuk cuti,” katanya pada sidang media di kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil dekat sini hari ini.

Katanya kerajaan negeri akan memohon supaya perayaan Thaipusam menjadi hari cuti di Kedah.

“Tahun depan dan seterusnya kita akan mohon untuk perayaan ini jadi hari cuti. Untuk tahun ini kita hanya dapat perkenan cuti peristiwa,” katanya.

Kehadiran PM Di Kemaman Bantu Pulih Semangat Mangsa Banjir – Shabery Cheek

Posted: 11 Jan 2014 10:01 PM PST

KEMAMAN, 12 Jan – Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini diharap dapat memberi semangat baharu kepada penduduk yang kehilangan harta benda dalam bencana itu bulan lepas.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata majlis hari ini merupakan bukti kerajaan sentiasa membantu rakyat ketika diperlukan.

“Di sini, kerajaan datang untuk kembalikan semangat. Bantu rakyat untuk bangkit kembali walaupun telah musnah segalanya…begitu juga denga badan bukan kerajaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebanyak 19,205 keluarga mangsa banjir di Terengganu termasuk 14,000 keluarga di Kemaman diberi bantuan merangkumi produk televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan dapur selain wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Menurutnya mereka akan menerima bantuan banjir secara berperingkat selepas majlis pelancaran oleh Najib di sini. hari ini.

Kenaikan Harga: Usahlah Salahkan Kerajaan Semata-Mata – Najib

Posted: 11 Jan 2014 09:57 PM PST

KEMAMAN, 12 Jan – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.

sokong-najib-1malaysia-janji-ditepati-tolak-politik-kotor-pembangkang-anwar

Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.

“Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai “Barang Naik’,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan factor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.

“Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji,” katanya.

Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.

“Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara, dah hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, kerajaan menerusi kerjasama parti politik, badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan menyalurkan sumbangan berupa produk barangan seperti televisyen, peti sejuk, bantal dan tilam serta dapur kepada mangsa banjir di Terengganu.

Buat julung kalinya, sebanyak 19,205 keluarga di Terengganu menerima bantuan merangkumi produk bernilai RM5,000 selain bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Sabah Police Have New Leads, Set Up Special Team To Handle Shooting Case

Posted: 11 Jan 2014 09:50 PM PST

TAWAU, Jan 12 – Police have studied the footage of close-circuit television cameras at 25 premises which were damaged in the shooting incident around Kota Kinabalu last Friday and have found new leads about the suspects and the routes they took.

Sabah police commissioner Datuk Hamza Taib said Sabah police had also set up a special team, led by its CID chief SAC Omar Mammah, to investigate the case from all aspects and to hold road blocks to find the culprits.

He said initial investigation confirmed that the shooting incident was the work of mischievous teenagers who went on firing marbles with air-rifles at the glass doors of the affected premises.

“However, it’s too early to tell whether they are moving individually or as an organised crime gang, or is it masterminded by a certain quarter wishing to cause uneasiness among the people,” he told reporters here last night.

It was reported that the incident, which began at 11.45 pm on Friday involved a total of 13 business premises in Karamunsing, nine in Luyang and three banks in Inanam.

Hamza also advised the public not to trust rumours that the culprits were shooting at people, especially those being circulated through the social media.

He said such rumours were not true and that the shooters’ targets were only premises and not people.

“This is probably the act of those who do not like to see peace and stability in the state,” he said.

Meanwhile, Kota Kinabalu police chief ACP Jauteh Dikun, when contacted, refuted the allegation that another shooting incident which damaged several premises here had occurred last night.
He also refuted the report that the suspects in the case had been arrested.

He said both the allegation and the report were baseless.

“There was no new incident reported as at last night,” he added.

Bantuan Banjir Catat Sejarah, Beri Sumbangan Produk Bernilai RM5,000

Posted: 11 Jan 2014 09:47 PM PST

KEMAMAN, 12 Jan – Bantuan banjir mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.

najib-sumbangan-banjir-pantai-timur

Bantuan banjir peringkat nasional itu, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat yang ditimpa musibah.

Antara produk yang diterima mereka ialah peti sejuk yang disumbangkan Umno, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, seramai 19,205 keluarga terbabit banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Ketika berucap pada majlis itu, Najib berkata kerajaan BN sentiasa bersama rakyat dengan membantu mereka ketika susah dan senang.

“Tidak pernah dalam sejarah sebelum ini, dalam satu majlis, pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat. Kalau ikut dasar kita, kita beri sumbangan RM500 kepada setiap keluarga. Tapi tinjauan saya semasa banjir, kalau kekal (jumlah bantuan itu), tidak berbaloi berbanding kerugian yang dipikul,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kerajaan menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan, parti politik dan badan bukan kerajaan mengambil inisiatif memberikan bantuan tambahan bagi meringankan bebanan mereka yang ditimpa musibah itu.

“Kita fikirkan bagaimana untuk tambah bantuan. Falsafah kita, rakyat didahulukan, siapa tolong rakyat semasa susah dan senang? Bukankah kerajaan Barisan Nasional? Janganlah cuba mainkan rakyat, sekali dua kali turun, sekali dua kali singsing seluar, kononnya merekalah juara rakyat, (sedangkan) dari dulu sampai kini, Umno dan Barisan Nasionallah pembela rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir, kerajaan BN tidak pernah membezakan fahaman politik sebaliknya membantu mereka yang tidak pernah menyokong kerajaan kerana asas kemanusiaan melebihi daripada fahaman politik.

Najib berharap bantuan yang diberikan pelbagai pihak kepada mangsa banjir di Terengganu hari ini diharap dapat memulihkan semula semangat mereka untuk meneruskan kehidupan selepas ditimpa musibah itu.

Beliau berkata apa yang penting, kaedah menyampaikan bantuan itu perlulah cekap bagi memastikan mangsa banjir menerima bantuan berkenaan.

“Bagi bantuan di Terengganu ini, saya difahamkan semua diberikan kupon, jadi boleh ambil dari rangkaian kedai tertentu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Najib berkata kerajaan akan melakukan pelbagai projek bagi menangani masalah banjir di masa depan.

Menurutnya projek tebatan banjir di Kemaman bakal melibatkan kos RM480 juta manakala kos membaiki kemudahan asas yang rosak akibat banjir seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan keperluan asas lain dijangkan menelan berbilion ringgit.

Perdana Menteri berkata semua agensi berkaitan dan pasukan keselamatan turut diminta melakukan kesiapsiagaan lebih rapi dalam menghadapi gelombang banjir berdasarkan pengalaman banjir sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT