SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, January 27, 2014

UMNO Online - “Tajul Minta Pembangkang Tidak Politik Isu KUIN” plus 8 more

UMNO Online - “Tajul Minta Pembangkang Tidak Politik Isu KUIN” plus 8 more

Link to UMNO Online

Tajul Minta Pembangkang Tidak Politik Isu KUIN

Posted: 26 Jan 2014 04:59 AM PST

SUNGAI PETANI, 26 Jan- Pembangkang diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana kerajaan negeri sedang berusaha menyelesaikan isu itu yang berlaku ketika zaman pembangkang menerajui Kedah.

KD07_290113_AGONG_KUIN

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata walaupun berhadapan dengan banyak masalah termasuk penempatan pelajar di kampus induk Kuin di Kuala Ketil, kerajaan negeri tetap berusaha untuk menjadikan Kuin sebagai sebuah universiti.

“Sekarang kita sudah selesaikan masalah asrama, selewat-lewatnya bulan Jun ini akan selesai. Sebanyak RM5 juta dana diperuntukkan untuk menyiapkan asrama yang terbengkalai itu yang dapat memuatkan seramai 1,200 pelajar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya peringkat negeri sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Petani Utara di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pembangkang menerusi laman blog yang mengkritik kerajaan negeri bahawa Barisan Nasional (BN) sebelum ini menentang pembinaan kampus Kuin di Kuala Ketil namun akhirnya mengalah dan menggunakan kampus yang dibina kerajaan PAS itu.

Tajul Urus berkata isu Kuin tidak sewajarnya dimanipulasi memandangkan BN tidak pernah mengeluarkan kenyataan menentang pembinaan kampus tersebut.

“Kita tidak pernah menggunakan istilah menentang pembinaan kampus Kuin Kuala Ketil. Kita tidak bawa (pindah) semua (pelajar ke Kuala Ketil) kerana ada yang kena tinggal di kampus Mergong (Alor Setar) sebab masalah asrama,” katanya.

tajul-urus-mat-zin-kedah-perhimpunan-umno-jurucakap

Beliau berkata kerajaan negeri turut membuat rundingan dengan beberapa institusi lain seperti Bina Darulaman Berhad (BDB), beberapa institusi kewangan dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi menyelesaikan masalah Kuin.

“Selain asrama yang ditinggalkan yang perlu kita sudahkan, kita juga akan berunding dengan BDB untuk menjadikan projek perumahan berhampiran sebagai asrama Kuin. Kita juga akan berunding dengan institusi kewangan macam mana nak biayai projek itu, malah kita turut berunding dengan PR1MA supaya membantu kita mengatasi masalah penempatan.

“Dalam masa yang sama, kita turut meminta jurutera untuk mereka pelan bagi pembinaan masjid dalam bentuk wakaf.” katanya.

Beliau berkata kampus di Mergong akan kekal untuk kegunaan pelajar jurusan perubatan.

Sementara itu Tajul Urus yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri berkata kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat di Kedah perlu dipertingkatkan agar mereka lebih mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Jika pendidikan mengenai keselamatan di jalan raya betul-betul disematkan khususnya di kalangan generasi muda di sekolah, kemalangan jalan raya boleh dikurangkan.

“Kita kena tingkatkan budaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ke arah mencapai status negara maju,” katanya.

Price 13 Items Almost The Same As 2013 – Hasan

Posted: 26 Jan 2014 04:52 AM PST

MELAKA, Jan 26 – Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Hasan Malek said the price of 13 items under the Price Control Scheme for Chinese New Year (CNY) is almost the same as 2013.

“Like what is stated on the board, the price of most items remain about the same as last year,” he told reporters after visiting the Melaka Sentral Public Market in Jalan Sentral, here today.
For example, standard live chicken is sold at RM7.50 per kg and bawal putih (200g-400g each) at RM37 per kg, down by 20 sen and RM1 respectively from during CNY in 2013.

The list includes live chicken, super chicken, egg (grade A,B,C), imported cabbage, garlic, udang besar putih, live pig (farm only), pork (intestine) and pork (fat).

Hasan said the price of 13 items fixed by the ministry were based on enforcement, reports and views from officers on the ground and agencies.
Monitoring of the price controlled items for 15 days starts today compared to 12 days last year. Consumers can lodge complaints via the toll free line 1800886800.

Leave of all 1,800 enforcement officers has been frozen to ensure that government efforts to control the price of goods is a success.
He said 47,154 business premises, 462 cases and goods worth RM107,555 were seized during the nationwide war on price launched in Seremban on Monday.

“The cases consisted of 299 offences for not displaying the price tag, eight cases of confusing prices and 155 cases of failing to calibrate the weighing machines.”

Eighty-seven notices were issued to dealers for profiteering under Section 21 of the Price Control Act and the Anti-Profiteering Act 2011.

RM56.9M For Road, Slope Rehablitation In Terengganu, Pahang, Johor

Posted: 26 Jan 2014 04:46 AM PST

KEMAMAN, Jan 26 – The cost of rehabilitating damaged roads and slopes as a result of the recent floods in Terengganu, Pahang dan Johor would amount to RM56.9 million, according to Works minister Datuk Fadillah Yusof.

He said of the figure, RM41.5 million would be allocated to Pahang, RM10.3 million to Terengganu and RM5.1 million to Johor.

“The ministry has identified the locations through technical inspections and will apply for the allocation from the Finance ministry as soon as possible.

“However, for roads and slopes that need critical attention, the ministry would expedite the rehabilitation through its own available funds,” he told reporters after visiting the Bukit Kuang bridge project site here today.

He said the government spent almost RM200 million to repair roads and bridges in the country, in the aftermath of floods some years ago.
Meanwhile, Fadillah said the Bukit Kuang bridge was already 84.8 per cent completed and expected to be ready by August.

“Traffic congestion from Chukai to the Teluk Kalong industrial zone is so critical particularly during peak hours that crossing the bridge takes 45 minutes. But once the bridge is completed it would only take five minutes,” he said.

He said the bridge was part of the RM225.725 million project to upgrade the road to four two-way lanes: “The intitial cost was RM190.725 million; the expenditure increase of RM35 million was for the additional direct route between Chukai and Teluk Kalong.”

Lebih 700,000 Pelajar Terima Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang

Posted: 26 Jan 2014 04:37 AM PST

TEMERLOH, 26 Jan – Lebih 700,000 pelajar di Pahang menerima pelbagai bantuan dan pinjaman pendidikan daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang sejak tahun 1983.

sharkar-pahang-umno-bn-pelajar-pendidikan

Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kerajaan negeri akan terus menyediakan peruntukan besar dalam pendidikan bagi membolehkan lebih ramai pelajar negeri ini mendapat peluang pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Yayasan Pahang memperuntukkan RM60juta hingga RM70 setahun bagi pinjaman dan bantuan kepada pelajar Pahang dengan separuh daripada peruntukan itu adalah bagi membiayai pengajian pelajar di luar negara.

“Kerajaan negeri berharap pelaburan yang dibuat sekarang akan memberikan keuntungan berganda kepada negeri dan rakyat, apabila para pelajar terbabit kembali bertugas di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, di sini.

“Kita berharap mereka yang menerima pinjaman ataupun bantuan itu tidak akan mensia-siakannya dan apabila tamat pengajian nanti akan kembali menabur jasa serta berbakti kepada negeri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Yayasan Pahang dan anggota DUN Lanchang berkata kerajaan juga memberikan pelbagai bantuan kepada para pelajar termasuk pakaian, peralatan sekolah, buku, wang saku, pengangkutan, makanan percuma dan yuran percuma demi memastikan semua pihak tidak tercicir dalam bidang pendidikan.

“Inilah kerajaan Barisan Nasional, yang lain belum tentu lagi,” katanya.

Pelajar Kesal, Malu Demonstrasi Pijak Bendera Jepun Oleh Penyokong Anwar

Posted: 26 Jan 2014 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Pelajar-pelajar Malaysia di Jepun kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas.

Perbuatan mereka ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.

“Kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka.

“Ironinya, selepas insiden itu, kami masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain.

“Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu,” katanya dalam e-mel kepada Bernama di sini, hari ini.

Zed Al Habshee berkata layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatic yang dijalinkan dengan Malaysia.

“Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka,” katanya.

Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu.

Kebanyakan mereka mengambil jurusan kejuruteraan.

Zed Al Habshee berkata tindakan penyokong Anwar adalah kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.
“Tidakkah mereka fikir usaha ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melebihi 30 tahun
kini, boleh rosak dan musnah dek kerana tindakan mereka?

“Lagipun, perlakuan sesetengah pihak walaupun hanya segelintir, akan sekaligus melambangkan identiti keseluruhan rakyat di sesebuah negara itu,” katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 30 penyokong Anwar berhimpun di luar Kedutaan Jepun bagi membantah tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad Dilantik Ahli Majlis Penasihat IRDA

Posted: 26 Jan 2014 04:22 AM PST

JOHOR BAHARU, 26 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Ahli Majlis Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda).

Najib berkata, pelantikan itu dilakukan kerana beliau yakin Shahrir mampu mengolah pembangunan Iskandar Malaysia dengan idea yang lebih baik untuk kepentingan rakyat tempatan dan bukan hanya menguntungkan orang luar semata-mata.

“Kita tidak mahu Iskandar Malaysia dilihat sebagai projek yang menguntungkan orang luar sahaja kerana ia adalah untuk orang Johor dan Malaysia amnya di samping kita mengalu-alukan kemasukan pelabur asing.

“Inilah konsep pembangunan yang kita amalkan dan dengan adanya perancangan ini kawasan Iskandar Malaysia diharap akan membangun dengan lebih pesat,” katanya semasa mengumumkan pelantikan itu di hadapan lebih 5,000 orang yang hadir di majlis perasmian pejabat baharu UMNO Johor Baharu di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Shahrir, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, dan Naib Presiden MIC Datuk S. Balakrishnan.

Dalam masa yang sama beliau turut berharap dalam kepesatan membangun sebagai bandar metropolis, sokongan rakyat terhadap Umno tidak akan terhakis.

“Jangan jadi bandar metropolis tetapi UMNO terhakis sokongannya, kita tidak mahu nasib yang berlaku seperti di Kuala Lumpur menimpa UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini. Kita mesti pastikan apabila berlaku perubahan besar sokongan rakyat terhadap BN terus padu,” katanya.

Tengku Adnan Minta Persatuan Penduduk Sebar Maklumat Tentang Isu Semasa

Posted: 26 Jan 2014 04:18 AM PST

PUTRAJAYA, 26 Jan – Pengerusi persatuan penduduk disaran supaya menyebarkan maklumat tepat kepada penduduk mengenai isu semasa yang berlaku termasuk kenaikan tarif elektrik dan harga barang.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mereka sebagai barisan hadapan dalam kalangan penduduk juga perlu mengambil tahu tentang langkah yang telah dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat.

“Masalah yang kita tidak terangkan kepada rakyat menyebabkan kadang-kadang rakyat marah. Umpamanya tetang harga barang tinggi, kenapa harga barang tinggi, kita kena ambil tahu.

“Tarif elektrik naik, kita (pun) kata harga elektrik naik, tetapi kita tidak pernah ceritakan kepada penduduk bahawa kalau mereka guna bawah 300 kilowatt, maka tiada kenaikan tarif. Ini kita kena terangkan,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan Skim Keselamatan 1Wilayah Persekutuan (SK1WP) di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat untuk meringankan beban hidup mereka.

Di majlis itu seramai 20 persatuan penduduk sekitar Kuala Lumpur menerima geran SK1WP berjumlah kira-kira RM50,000 untuk memperbaiki aspek keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.

“Hari ini kita agihkan kewangan kepada mereka untuk membantu pelbagai masalah dalam kawasan setempat daripada segi keselamatan, misalnya untuk pasang CCTV, buat pagar dan pondok pengawal keselamatan,” katanya pada sidang akhbar kemudiannya.

Tengku Adnan juga meminta pengerusi persatuan penduduk supaya mendidik anggota masyarakat agar tidak melakukan vandalisme terhadap kemudahan awam yang disediakan.

Terdahulu beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya merasmikan Hari Remaja Putrajaya di Presint 18 yang akan dijadikan program tahunan.

Menurutnya program itu yang menyediakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah bertujuan untuk mendekatkan dengan golongan remaja yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

UMNO Perlu Teliti Perubahan Elak Ditolak Masyarakat Bandar – Najib

Posted: 26 Jan 2014 04:11 AM PST

JOHOR BAHARU, 26 Jan – UMNO perlu bijak meneliti perubahan demografi dan melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya untuk mengelakkan parti itu ditolak masyarakat bandar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata jika UMNO menolak perubahan itu, parti itu akan hanya dilihat sebagai sebuah parti untuk orang luar bandar sahaja.

Najib berkata, sokongan luar bandar tetap merupakan teras kepada parti itu, namun dalam masa yang sama dengan penghijrahan dan perubahan demografi mereka yang berpindah ke kawasan bandar, UMNO perlu meneliti dan memahami perubahan itu untuk terus meraih sokongan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

“Perubahan ini UMNO mesti teliti, UMNO mesti lakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya dengan pendekatan serta tindakan dilakukan di peringkat bahagian dan cawangan. Ia supaya dapat mengenali hati dan nurani serta sokongan masyarakat luar bandar terhadap kita dan dalam masa yang sama supaya tidak ditolak masyarakat bandar.

najib-shahrir-samad-bangunan-umno-johor-bahru-baharu-baru-perasmian

“(Seorang daripada mereka) yang berjaya (melakukan penyesuaian) ialah (di bawah) kepimpinan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan oleh sebab itu semasa pilihan raya umum lepas, walaupun mereka meletakkan seorang jeneral empat bintang, saya tetap meletakkan Johor Baharu sebagai kawasan putih dan terbukti Ketua Umno Bahagian Johor Baharu ini menang sekali lagi di kawasan ini.

“Oleh itu, strategi dan pendekatan kita untuk menjadikan parti ini `laku’ di kawasan bandar (ialah menjadikan ia) boleh diterima dan disambut sebagai parti orang bandar di samping mengekalkan sokongan luar bandar,” katanya ketika merasmikan bangunan baharu Umno Johor Baharu di sini yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden MIC Datuk S. Balakrishnan.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, walau sehebat mana sejarah parti itu, namun ia bukan jaminan penerusan kuasa dan kejayaan parti berkenaan jika ia tidak berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan semasa.

“Kita tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah tetapi kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang telah lahir 68 tahun lalu, kita tetap relevan, tetap sesuai, tetap jadi parti pilihan rakyat pada mana-mana tempat dan keadaan.

“Kita mesti akur dan mesti insaf, mana-mana parti yang tidak menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa meskipun parti itu sehebat mana, budi sebesar mana, kejayaan setinggi mana sekalipun, parti itu akan tetap tergugat kedudukannya.

Alhamdulillah UMNO menyedari hal ini dan kerana itu dalam pilihan raya lepas Umno muncul sebagai parti terkuat apabila berjaya menambah kerusi,” katanya.

Dalam masa yang sama, Najib turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya mendahulukan rakyat dalam apa keadaan sekalipun untuk mengelakkan parti itu dilihat sebagai parti berkepentingan sendiri.

“Jangan letak kepentingan diri lebih daripada rakyat, kalau ada tapak rumah ataupun rumah kos rendah jangan pemimpin Umno rebut dahulu, bagi kepada rakyat dahulu supaya rakyat dapat melihat bahawa Umno bukan berkepentingan sendiri tetapi adalah parti untuk rakyat dan mendahulukan rakyat.

“Malah prinsip keramat ini yang mesti dihayati oleh kita sepanjang masa,” katanya diiringi tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir di majlis itu.

Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Johor mampu terus kekal sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang walaupun pembangkang mengatur pelbagai strategi khas untuk mengambil alih pemerintahan di negeri ini.

“Mereka hendak rebut kuasa dan jawatan di Putrajaya sebab itu mereka kena kalahkan UMNO dan BN di Johor namun saya yakin dengan kepimpinan pengerusi baharu badan perhubungan (Mohamed Khaled) dengan dibantu pemimpin veteran seperti Tan Sri Shahrir, kita mampu pertahankan kedudukan ini,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata Kementerian Kewangan membelanjakan hampir RM22 bilion setahun untuk subsidi minyak RON95 dan jika dasar subsidi bersasar dilakukan, peruntukan itu dapat disalurkan kepada lebih banyak projek lain yang bermanfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

“RM22 bilion ini besar kerana jika RM22 bilion dapat digunakan untuk membina perumahan kos rendah umpamanya cuba bayangkan ribuan rakyat berpendapatan rendah akan dapat faedah itu.

“Ini akan lebih adil kepada rakyat dariada memberi subsidi kepada mereka yang mampu membayar (harga minyak)untuk harga pasaran,” katanya.

Kerajaan Terus Berusaha Sediakan Pendidikan Maklumat Tepat Kepada Belia – Najib

Posted: 26 Jan 2014 04:07 AM PST

NUSAJAYA, 26 Jan – Kerajaan akan terus berusaha menyediakan pendidikan terbaik dan maklumat tepat kepada golongan belia di negara ini bagi membantu mereka membuat keputusan berhubung pelbagai perkara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, era di mana kerajaan sentiasa bijaksana dan mengetahui tentang segala-galanya telah berakhir.

najib-rosmah-generasi-belia-muda-gen-y-maklumat-tepat-betul-persepsi

“Pendekatan kerajaan perlu diubah, kerajaan perlu menyediakan maklumat tepat dan pendidikan terbaik kepada Generasi-Y (generasi belia) supaya mereka boleh membuat keputusan dengan berpengetahuan.

“Inilah pendekatan yang betul. Mereka (Generasi-Y) perlu diberikan maklumat dan pengetahuan supaya mereka boleh membuat keputusan yang betul,” katanya ketika merasmikan perhimpunan Gen-Y Fest 14, di Kompleks Sukan Educity, Nusajaya, hari ini Yang turut hadir pada majlis itu adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri berkata, pendekatan daripada atas ke bawah iaitu daripada kerajaan kepada rakyat tidak lagi sesuai digunakan kerana golongan belia mempunyai pemikiran yang berlainan.

“Generasi Y kini tidak suka diberitahu tentang apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat. Kita kena berubah,” katanya kepada ribuan belia yang menghadiri perhimpunan itu.

Berbekalkan pengetahuan daripada pendidikan yang diterima serta maklumat tepat, beliau mahu golongan belia membuat keputusan tepat berdasarkan kepada agama, undang-undang dan budaya ketimuran.

“Kerajaan mahukan Gen-Y negara ini mempunyai ‘akal antarabangsa’, tetapi pada masa yang sama berpaksikan kepada negara,” kata Najib dan menambah, pemikiran golongan belia menggambarkan masa depan yang bakal ditempuhi negara.

Menurut Perdana Menteri, menerusi usaha bersungguh-sungguh kerajaan, golongan belia negara ini mempunyai masa depan yang cerah berbanding belia di beberapa negara lain.

Najib memberi contoh kadar pengangguran di kalangan belia Afrika Utara yang tinggi di antara 30 hingga 40 peratus, sebagai di antara penyebab utama berlakunya demonstrasi ganas dikenali sebagai “Arab Spring.”

Di Malaysia, kerajaan menyediakan ribuan pekerjaan setiap tahun kepada golongan belia, katanya.

“Kerajaan telah menyediakan masa depan yang cerah untuk Generasi Y di Negara ini. Generasi Y di Malaysia merupakan golongan yang positif dan optimis tentang masa depan mereka,” katanya.

Iskandar Malaysia yang dilancarkan kerajaan pada akhir 2006, kata Perdana Menteri, merupakan bukti kepada kejayaan kerajaan menyediakan masa depan yang cerah kepada belia menerusi peluang-peluang pendidikan dan pekerjaan.

Semenjak 2006, Wilayah Pembangunan Iskandar yang meliputi keluasan 2,217 km persegi atau dua kali ganda keluasan Singapura, berjaya menarik RM130 bilion pelaburan dari dalam dan luar negara.

Selepas itu, Perdana Menteri turut merasmikan Educity Iskandar Malaysia, sebuah hab pendidikan seluas 238 hektar yang menghimpunkan pelbagai institusi pengajian tinggi antarabangsa.

Najib turut meluangkan masa meninjau Kompleks Sukan Educity, yang menempatkan sebuah stadium pelbagai guna, kolam renang bersaiz Olimpik dan stadium tertutup.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT