SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, January 29, 2014

UMNO Online - “Isu Ketegangan Kaum dan Agama Berpunca Daripada Tindak Tanduk Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “Isu Ketegangan Kaum dan Agama Berpunca Daripada Tindak Tanduk Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Isu Ketegangan Kaum dan Agama Berpunca Daripada Tindak Tanduk Pembangkang

Posted: 28 Jan 2014 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan segala ketegangan berhubung isu kaum dan agama yang berlaku di dalam negara hari ini berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri Selangor  menangani isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja baru-baru ini.

Menurut beliau, kegagalan kerajaan negeri dalam memperjelaskan serta menyelesaikan tindakan JAIS membuat serbuan merupakan punca segala ketegangan yang berlaku antara kaum dalam negara hari ini.

"Jadi saya tegaskan di sini bahawa segala ketegangan, kegilaan yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri Selangor samada dalam usaha untuk menerangkan, memperjelaskan mahupun menyelesaikan tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja baru-baru ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO Malaysia  di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Sekaligus, beliau turut menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa segala ketegangan yang melibatkan isu agama dan kaum ini adalah berpunca daripada kelemahan kepimpinan kerajaan pusat.

"Berlakunya krisis kepimpinan yang begitu besar di Selangor hari ini merupakan rentetan isu serbuan tersebut yang mana ianya tidak dapat diselesaikan dengan baik dan terus berlaruatan, sehinggalah berlakunya  kemelut antara Tan Sri Khalid dan Azmin yang akhirnya Anwar diminta campur tangan untuk selamatkan kerajaan Selangor.

khairy-ketua-pemuda-mesyuarat-exco-januari-2014-pwtc

"Jadi segala ketegangan yang berlaku hari ini sebenarnya adalah kerana kelemahan pihak pembangkang yang berpunca daripada insiden tersebut, dan bukannya berpunca daripada kelemahan kerajaan pusat,"tegasnya.

Menurut beliau lagi, dalam isu berhubung kalimah Allah, Perdana Menteri telahpun menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan berhubung  beberapa isu yang sensitif yang dibangkit selama ini yang merupakan pendekatan yang terbaik buat masa ini.

"Kita tidak boleh dilihat berat sebelah. Kita kena pastikan bahawa setiap rakyat, setiap kaum dan setiap agama diberikan pendekatan yang adil kepada mereka. Sepertimana dalam isu kalimah Allah, pendirian pemuda UMNO adalah jelas di mana kita menyokong bahawa kalimah Allah merupakan hak eksklusif umat Islam di negara ini.

"Tetapi dalam masa yang sama, kita menghormati keputusan kerajaan dalam penyelesaian 10 perkara dan setakat ini kami berpendapat bahawa itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik," ujarnya.

Menjawab soalan pemberita berhubung cadangan pihak pembangkang untuk mengadakan perbincangan nasional antara pihak pembangkang dan kerajaan, beliau secara tegas menolak sebarang usaha ke arah itu buat masa ini.

"Dulu Perdana Menteri kita pernah membuat tawaran kepada pembangkang sebaik saja PRU ke 13 tamat. Tetapi tawaran itu tidak diterima oleh pakatan kerana mereka terus mempertikaikan keputusan pilihanraya.

"Tetapi hari ini, setelah menerima keputusan pilihanraya, dan tidak dapat membuktikan segala tuduhan mereka seperti 40 ribu warga asing mengundi dan sebagainya, barulah mereka nak jadi hero, cadangkan perbincangan soal perpaduan.

"Segala ketegangan antara kaum dan agama yang berlaku hari ini adalah akibat kelemahan dan kegagalan kerajaan Selangor dan kepimpinan pembangkang menangani masalah ini dan bagi saya sebagai Ketua Pemuda, eloklah Selangor selesaikanlah isu ini dulu sebelum mereka meminta atau mencadangkan sebarang perbincangan berhubung perpaduan dengan kerajaan pusat." tegasnya. -MediaUMNO

Memalukan!!! Tiada Seorang Pemimpin Pas Layak Jadi MB Selangor

Posted: 28 Jan 2014 04:35 AM PST

Semenjak dari tahun 1982, Anwar Ibrahim tidak pernah cenderung untuk menjadi pemimpin negeri. Bermula dari dalam ABIM dan pergerakan pelajar universiti tahun 1974 lagi, Anwar Ibrahim sudah mempotretkan dirinya sebagai pembesar di peringkat Persekutuan. Usaha bersungguh-sungguh dari tahun 1997 sehingga 2013 ialah untuk dia menjadi Perdana Menteri.

Namun takdir Allah Taala tidak dapat diatasi oleh sesiapa pun. Menjelang 2018, usia Anwar Ibrahim sudah menghampiri angka 70, sekaligus tidak lagi sesuai untuknya bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, dia perlu mencari tapak yang lebih kukuh, lebih mempesonakan dan namanya akan terus disebut-sebut selain dia boleh berlagak seperti seorang maharaja sekalipun di dalam sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri-negeri Melayu.

anwar khalid azmin

Kemelut pertembungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ali sengaja diciptanya bagi membolehkan dia mendapat laluan di Selangor. Walaupun dia bukanlah anak negeri Selangor, bahkan Parlimen yang dikuasainya juga bukannya di Selangor, namun itu tidak menghalang Anwar Ibrahim daripada meneruskan cita-cita besarnya.

Penguasaan majoriti lebih dua pertiga memudahkan Pakatan Rakyat untuk mengubah atau meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang mana ada klausa-klausanya mungkin menghalang orang luar daripada menjadi Menteri Besar Selangor. Anwar melihat kewujudan DYMM Sultan Selangor pula sekadar sebuah patung yang tidak mempunyai sebarang kuasa dan tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah rang pindaan tersebut dibentangkan kepada baginda.

Sebaliknya baginda hanya perlu menurunkan tandatangan dan merelakan pindaan yang membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor, sekaligus memecahkan rekod bagaimana seorang cucu seorang lelaki India totok yang masuk Islam semata-mata untuk mengahwini neneknya, berjaya menjawat jawatan tersebut sebagai Menteri Besar Selangor ke-11 dalam sejarah Selangor moden.

Dalam hierarki kepimpinan sepatutnya PAS yang menduduki carta teratas memandangkan PAS dipenuhi ADUN-ADUN Melayu beragama Islam dan menguasai 15 kerusi DUN. Sepatutnya PKR yang hanya menguasai 14 kerusi DUN dengan segelintir kecil sahaja ADUN Melayu, perlu mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada PAS bagi sebarang tindakan, namun PKR memilih untuk tidak berbuat demikian.

Sebaliknya keegoan dan perasan mereka lebih hebat, lebih kuat dan lebih dikehendaki berbanding PAS, membuatkan mereka mengambil tindakan secara bersendirian tanpa berbincang atau berunding terlebih dahulu dengan PAS Selangor.

Dewan Pemuda PAS Pusat sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah dan gelagat sombong Anwar Ibrahim dan PKR. Kata-kata kesat sudah pun menggantikan kata-kata sempurna yang halus sindiran dan kiasannya.

dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

Malah bekas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi ketika memberikan reaksinya, berterus-terang bahawa kerja yang dilakukan oleh PKR di Selangor adalah kerja gila yang menyusahkan rakyat dan tenaga kerja parti semata-mata untuk memberikan laluan kepada seseorang dari parti tersebut untuk menjadi Menteri Besar.

Apa pula yang akan direaksikan oleh PAS Selangor? Walaupun sebahagiannya seperti Khalid Samad akan memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim kerana kepentingan kocek dan temboloknya, rata-rata sudah tidak tahan dengan gelagat itu.

Sana sini akar umbi PAS sudah berbunyi. Bahkan sudah ada beberapa PAS Kawasan yang bermesyuarat dan mencapai kata sepakat, enggan peduli dengan Pilihanraya Kecil DUN Kajang kerana tidak mahu melayan kegilaan melampau Anwar Ibrahim dan PKR.

Agak aneh, daripada 15 orang ADUN PAS Selangor, takkanlah tidak ada seorang pun yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Pertelingkahan dan kemelut kepimpinan di Selangor berpunca daripada PKR. Sepatutnya inilah masanya PAS mengambilalih tugas dan jawatan tersebut memandangkan antara ketiga-tiga parti, PAS yang paling dominan dan PAS yang paling layak serta paling stabil dan tak banyak kerenah.

Apa perlu seorang ADUN PKR melepaskan jawatan dan kemudian cepat-cepat berhijrah ke negara asing semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding dan kemudian menjawat jawatan Menteri Besar?

Kesian PAS… bertungkus lumus mengerjakan UMNO seteruk-teruknya, tetapi akhirnya mereka tetap juga bertaraf PARIAH. Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Almarhum Datuk Harun Taib, PAS perlu keluar daripada Tahaluf Siyasi dengan PKR dan DAP yang ternyata telah merugikan PAS, bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga dalam jangka panjang.

mykmu.net

Umat Islam Diajak Kembali Hayati Keperibadian Tinggi Rasulullah

Posted: 28 Jan 2014 03:37 AM PST

KOTA KINABALU, 28 Jan – Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said mengajak umat Islam supaya kembali menghayati keperibadian tinggi Rasulullah s.a.w. seperti sifat merendah diri dan berbudi bahasa.

Beliau berkata sifat-sifat mulia berkenaan kian terhakis dan jika umat Islam tidak berusaha kembali menghayatinya dikhuatiri keadaan akan menjadi semakin parah.

“Sifat berbudi bahasa dan merendah diri dahulu menjadi kebanggaan masyarakat Islam di negara ini. Tetapi sifat dan sikap ini semakin terhakis. Akhlak mulia yang menjadi jatidiri dan identiti masyarakat Islam semakin luntur,” katanya ketika berucap di sambutan Maulidul Rasul peringkat Daerah Kota Belud hari ini.

tuanku-agong-sambutan-maulidur-rasul-2014-masjid-putrajaya

Salleh berkata keperluan umat Islam untuk kembali kepada nilai-nilai mulia Rasulullah s.a.w. tidak boleh lagi ditangguh sebaliknya perlu segera dimulakan dari sekarang.

Katanya gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini seperti bercakap kasar, memandu secara tidak berhemah, mementingkan diri sendiri, merosakkan harta benda awam serta tidak berdisiplin merupakan manifestasi daripada kurangnya penghayatan masyarakat kini kepada nilai-nilai moral.

Justeru katanya sambutan Maulidul Rasul yang disambut saban tahun diharap mampu memberikan kefahaman dan kesedaran kepada umat Islam mengenai pentingnya akhlak mulia dalam masyarakat.

Ia perlu dipupuk bermula dalam diri sendiri kemudian kepada keluarga dan akhirnya masyarakat dan negara, kata beliau.

perarakan-sambutan-maulidur-rasul-putrajaya-2014

Puteri UMNO Gesa KDN Kenalpasti Dalang Provokasi Agama

Posted: 28 Jan 2014 03:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pergerakan Puteri UMNO menggesa Kementerian Dalam Negeri bertindak drastik untuk mengenalpasti dalang provokasi agama dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

ketua-puteri-umno-malaysia-mas-ermieyati-kursus-kepimpinan-semangat

Ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan segera, puak-puak pelampau akan bertambah berani mencabar kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

“Saya merasa amat kecewa kerana ada pihak yang terang-terangan ingin menggugat keharmonian dan menangguk di air keruh di saat pihak kerajaan bertungkus lumus merapatkan barisan untuk mengeratkan kembali hubungan 1Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas perbuatan memijak Al-Quran yang disebarkan melalui laman sosial serta tindakan menggantung kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang.

Mas Ermieyati berkata perbuatan berniat jahat itu bertujuan menimbulkan keresahan dan ketegangan antara agama di negara ini.

Pemuda Mahu BN Bertanding, Hantar Mesej Jangan Permainkan Demokrasi

Posted: 28 Jan 2014 03:22 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Jan – Pemuda UMNO berpendirian Barisan Nasional (BN) mesti bertanding pada Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah ianya dikosongkan oleh ADUN PKR sebelum ini, Lee Chin Cheh.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata walaupun ianya dirasakan satu permainan politik daripada pihak sana, namun pergerakan itu berpendirian prinsip BN mestilah apabila ada kekosongan ianya perlu bertanding dan menyerahkan kepada rakyat dan pengundi untuk buat penilaian.

"Ianya juga sebagai bantahan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempermainkan demokrasi dan amanah rakyat sesuka hati demi kepentingan peribadi.

"Dalam kes ini jelas bahawa amanah rakyat dan juga pengundi di Selangor dipermainkan dan perlu kita nyatakan bantahan terhadap apa yang sedang berlaku. Kita tidak boleh membenarkan Anwar menggunakan amanah dan juga kepercayaan rakyat ikut suka hati beliau dan hanya untuk memuaskan agenda peribadi dan juga hanya nak memuaskan cita-cita beliau sehingga terpaksa melalui sekali lagi pilihan raya.

khairy-ketua-pemuda-mesyuarat-exco-januari-2014-pwtc

"Kita mesti bertanding supaya rakyat boleh hantar mesej bahawa jangan dipermainkan amanah yang diberi semata-mata nak selesaikan masalah dalaman parti dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah, pergerakan itu juga mendesak agar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak tidak terikat dengan formula calon yang lepas sebaliknya memilih sesiapa sahaja calon daripada mana-mana parti BN atau individu bebas yang menyokong BN untuk menjadi calon asalkan ianya calon yang terbaik.

"Jadi tidak perlu terikat dengan formula lama dengan memberi laluan kepada parti komponen tertentu. Kita nak kalau kita dipersetujui bertanding, kita letak calon yang terbaik…tidak kiralah datang daripada parti mana," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan Akademi Kepimpinan Tun Hussein akan beroperasi dengan kursus pertama pada bulan Jun nanti.

"Jawatankausa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah setuju dengan cadangan penubuhan Akademi Kepimpinan Tun Hussein iaitu akademi kepimpinan perkaderan kita bagi pemimpin muda dalam UMNO yang akan diletakkan di bawah Pemuda.

"Pemuda juga akan mengadakan pemukiman pada 6-8 Feb ini di Perak bagi membincang Indeks Pencapaian Utama (KPI) khusus untuk biro, Pemuda negeri serta bahagian dan KPI ini adalah spesifik dan tidak umum.

"Contohnya penambahan ahli bagi setiap negeri, bahagian….berapa banyak yang kita sasarkan dan sebagainya. Setiap biro dan Pemuda negeri serta bahagian dan exco akan dapat KPI masing-masing," katanya. -MediaUMNO

khairy-mesyuarat-exco-pemuda-umno-januari-2014-pwtc

Choosing Anwar As Kajang State Seat Candidate Reflects Serious Crisis In PKR – Nazri

Posted: 28 Jan 2014 03:15 AM PST

GENTING HIGHLANDS, Jan 28  – The selection of Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim as a candidate for the  yet-to-be-announced by-election for the Kajang state seat reflects a serious  crisis in the party, says Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

anwar khalid azmin

He said Anwar’s decision to accept candidacy for the state seat was also to take care of his long-term friendship with the Gombak member of parliament, Azmin Ali.

“If Anwar wins the election and becomes the Menteri Besar (MB) of Selangor, he can then appoint Azmin as his deputy since Azmin is not accepted as candidate for the MB post.”

Nazri told this to reporters after launching the Transformers Expo Malaysia 2014 at the Arena of Stars, here, today.

The seat was vacated yesterday by the incumbent, Lee Chin Cheh of PKR, citing “the common interest of all and to strengthen Pakatans’s ability to serve the people” as the reason.

“Obviously, there are serious internal problems in PKR and we all know that the MB has not spoken the truth when he said the GM of PKNS (general manager of Selangor Development Corporation), was the one who asked Azmin to leave (its  board of directors,” Nazri said.

Kerajaan Pusat Peruntuk RM1.25 Bilion Laksana 19 Projek Di Pulau Pinang

Posted: 28 Jan 2014 03:00 AM PST

GEORGE TOWN, 28 Jan – Kerajaan Pusat memperuntukkan RM1.25 bilion untuk melaksanakan 19 projek di Pulau Pinang meliputi kemudahan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, peluang pelaburan, peningkatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat bagi tahun 2014.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) Datuk Zainal Abidin Osman berkata peruntukan bagi projek-projek berkenaan bagi membuktikan kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan kerajaan negeri Pulau Pinang, malah melaksanakan pelbagai kemudahan, untuk kepentingan rakyat negeri ini.

jambatan-pulau-pinang-kerajaan-bn-umno-penang

Beliau berkata bagi kemudahan infrastruktur, sebanyak RM291.50 juta diperuntukkan melibatkan tiga projek iaitu projek jalan baharu dari Bagan Sungai Pinang ke Kampung Pulau Betung di Balik Pulau dengan peruntukan RM26.50 juta.

“Projek pembinaan jalan sepanjang 12 kilometer dan pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Kongsi itu akan menyediakan rangkaian jalan baharu yang mana penduduk setempat akan menikmati kemudahan perhubungan lebih sempurna,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MTPNg, di sini hari ini.

Katanya kerajaan pusat juga akan menaik taraf jalan persekutuan dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini dengan kos RM205 juta mulai 17 Feb ini dan projek itu dijangka siap sepenuhnya pada 16 Ogos 2016.

“Satu lagi projek bagi kemudahan infrastruktur yang dirancang ialah membina jejambat merentasi persimpangan bulatan Batu Maung dengan kos RM60 juta dan kerja-kerjanya bermula November tahun ini serta siap sepenuhnya dua tahun lagi,” katanya.

Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata enam projek untuk meningkatkan kemudahan kesihatan melibatkan kos RM726 juta akan dilaksanakan, antaranya naik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau (RM20 juta), pembinaan blok wanita dan kanak-kanak Hospital Pulau Pinang (HPP)(RM250 juta) dan naik taraf HPP fasa 2 (RM16 juta).

“Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM400 juta bagi pembinaan projek blok bertingkat Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi menampung kesesakan di hospital berkenaan, sebanyak RM15 juta bagi projek naik taraf sistem sokongan dan teknikal bangunan HSJ dan pembinaan klinik kesihatan di Bandar Perda sebanyak RM25 juta,” katanya.

Sebanyak RM92.16 juta pula diperuntukkan bagi kemudahan pendidikan antaranya melibatkan pembinaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan di Bumbung Lima, Kepala Batas dan pembinaan sekolah baharu 24 bilik darjah di Tasek Gelugor.

Beliau berkata kerajaan pusat juga meluluskan untuk menjalankan dua projek meningkatkan pelaburan dan peningkatan ekonomi bernilai RM20.91 juta serta tiga projek meningkatkan kesejahteraan rakyat melibatkan peruntukan RM123.22 juta.

“Bagi projek kesejahteraan bandar, kita telah kenal pasti untuk pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan di Bayan Baru dengan kos RM62 juta, projek pemuliharaan muara Sungai Batu Ferringhi dan pembaikan kualiti air laut di Batu Ferringhi (RM14 juta) dan projek pangsapuri kos sederhana Butterworth (RM47.22 juta),” kata Zainal Abidin.

Beliau berkata setiap tahun kerajaan pusat memperuntukkan kos yang besar bagi menjalankan perlbagai projek di Pulau Pinang dan sepanjang tahun lepas sebanyak 24 projek dengan kos RM5.1 bilion telah berjaya disiapkan.

“Jadi kerajaan negeri Pulau Pinang jangan cakap kerajaan pusat tidak membantu dan menganaktirikan rakyat di negeri ini, sebaliknya mereka (kerajaan negeri) perlu berterima kasih kerana peruntuk wang yang banyak untuk projek di sini,” katanya.

23 Syarikat Konsesi Lebuh Raya Tawar Diskaun Dan Rebat Sempena Tahun Baharu Cina

Posted: 28 Jan 2014 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata 23 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju menawarkan rebat dan diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina melibatkan anggaran implikasi kos sebanyak RM2.9 juta.

Beliau berkata langkah itu dijangka memanfaatkan 3.62 juta pengguna lebuh raya dan implikasi kos itu akan ditanggung syarikat-syarikat konsesi berkenaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat syarikat (CSR).

“Daripada jumlah (syarikat) ini, 18 syarikat akan memberi diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus bagi kenderaan Kelas Satu bagi tempoh 30 Jan hingga 2 Feb.

“Lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (Plus Bhd) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna Kelas Satu yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 29 Jan dan 4 Feb,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah berkata kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang arahan kepada syarikat-syarikat konsensi mengenai apa juga perubahan tol.

“Sebaliknya kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sedang mengkaji secara holistik implikasi kenaikan kos sara hidup rakyat termasuklah isu tol,” katanya.

Pembangkang Dibidas Sanggup Perlekeh Sistem Demokrasi Untuk Agenda Politik Sempit

Posted: 28 Jan 2014 01:21 AM PST

SELAYANG, 28 Jan – Wanita Barisan Nasional (BN)  menyifatkan pakatan pembangkang terlalu bersandiwara dan dalam masa yang bersama mempergunakan rakyat bagi tujuan kepentingan politik seseorang individu dalam pakatan mereka.

Sambil menyifatkan tindakan mengosongkan DUN Kajang sebagai memperlekehkan sistem demokrasi,  Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata tindak tanduk pakatan pembangkang itu terutama PKR ternyata tidak bertanggungjwab kerana mengutamakan agenda politik sempit.

“Negara baru sahaja menghadapi Pilihanraya Umum di mana pakatan pembangkang telah menang dan mengekalkan kerajaan negeri Selangor, namun Lee Chin Cheh meletakkan jawatan ADUN Kajang.  Dia bukannya sakit, ataupun muflis, tidak ada apa-apa, sihat walafiat tetapi tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai ADUN. Kalau macam tu, tak payahlah bertanding dulu.

anwar-mb-selangor-kerusi-dun-kajang-anti-demokrasi-pilihanraya-kecil-umno-bn

“Kami Wanita BN melihat tindakan ini sebagai memperlekehkan sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara kita. Kita bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Kecil di Kajang, tidak ada masalah tetapi hakikatnya Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya mempergunakan sistem demokrasi yang ada untuk sandiwara politik mereka," ujarnya selepas majlis ramah mesra di Rumah Kebajikan Cheshire, Selayang sempena Tahun Baru Cina hari ini.

Tegas beliau percaturan politik pakatan pembangkang hanya kerana mahu menjayakan agenda peribadi seorang pemimpin di kawasan tersebut, mereka meletakkan jawatan sesuka hati.

"Ini satu penghinaan kepada rakyat dan pengundi di kawasan DUN Kajang," ujarnya yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Terdahulu, keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan itu berkuat kuasa semalam menguatkan lagi spekulasi berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun dalam surat yang dihantar oleh Chin Cheh kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh, beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatannya. -MediaUMNO

Tiada Cadangan Lanjut Tempoh Pendaftaran BR1M – Ahmad Maslan

Posted: 28 Jan 2014 01:07 AM PST

NUSAJAYA, 28 Jan – Kementerian Kewangan tidak bercadang melanjutkan tempoh pendaftaran permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang akan berakhir 31 Jan ini.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Maslan berkata mereka yang belum mendaftar atau mengemas kini akaun perlu menggunakan tempoh beberapa hari ini untuk berbuat demikian.

“Tidak ada cadangan setakat ini daripada kementerian untuk melanjutkan tempoh pendaftaran BR1M. Rakyat Malaysia perlu disiplin dan tidak berlengah-lengah menunggu sehingga ke saat akhir,” katanya selepas menghadiri seminar Pemantapan Ekonomi Nasional (PENA) peringkat negeri di Kota Iskandar di sini hari ini.

rakyat-layak-terima-br1m-bantuan-kerajaan-wang-tunai

Katanya sehingga kini kira-kira 200,000 atau 20 peratus daripada keseluruhan 940,000 pemohon baharu yang layak menerima BR1M 3.0 masih belum mengemukakan permohonan mereka.

Mereka boleh mengemukakan permohonan melalui borang atau dalam talian, katanya.

Ahmad berkata sehingga 26 Jan lepas, 80 peratus atau 6.2 juta daripada 7.7 juta yang menerima BR1M 2.0 telah mengemas kini akaun simpanan mereka, manakala selebihnya masih belum berbuat demikian.

Katanya, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memerlukan tempoh dua minggu selepas tarikh tamat pendaftaran BR1M 3.0 untuk mengemas kini perincian permohonan sebelum dapat memulakan proses pemberian BR1M.

Pemberian BR1M 3.0 kali ini akan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM4.5 bilion oleh kerajaan, kata Ahmad.

Mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus yang akan dilaksanakan pada 2015, beliau berkata ia merupakan sistem percukaian yang akan meninggalkan kesan positif kepada ekonomi negara berbanding Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sebelum ini.

Pada tahun pertama pelaksanaan GST nanti, katanya negara akan memperoleh sumber pendapatan tambahan sebanyak RM3.8 bilion yang akan disalurkan untuk tujuan pembangunan.

Pendapatan tambahan itu akan meningkat kepada RM9 bilion pada tahun kedua pelaksanaan GST, kata Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO.

Pelaksanaan GST pada 2015 sebagaimana diumumkan ketika Bajet 2014 tahun lepas katanya, turut akan meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 0.3 peratus pada tahun pertama pengenalannya.

Selain itu, katanya, pengenalan GST juga akan mengurangkan peratusan “Black Ekonomi” dalam negara yang berada pada kadar 30 peratus, selain mengelakkan usaha melarikan diri daripada membayar cukai.

GST akan menggantikan cukai jualan antara 5 hingga 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus yang dikatakan mempunyai kelemahan seperti cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat yang menjadi punca harga sesetengah barangan dan perkhidmatan menjadi mahal.

Mengenai seminar PENA, Ahmad berkata, setakat ini kementeriannya telah menganjurkan 12 seminar terbabit di seluruh negara bagi memberi penjelasan tentang isu-isu ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT