SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, January 8, 2014

UMNO Online - “Pindaan Enakmen Agama Selangor : DAP Cuba ‘Test-Market’” plus 9 more

UMNO Online - “Pindaan Enakmen Agama Selangor : DAP Cuba ‘Test-Market’” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pindaan Enakmen Agama Selangor : DAP Cuba ‘Test-Market’

Posted: 07 Jan 2014 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan DAP supaya menghormati dan tidak mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, sebarang cubaan untuk meminda enakmen bersabit agama di negeri-negeri tertentu bukan sahaja tidak konsisten dengan perlembagaan persekutuan malah merupakan penghinaan secara langsung terhadap umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun beliau mengingatkan, isu yang membabitkan syariat Islam tidak sewajarnya dijadikan polemik atau perdebatan secara terbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan atau salah tafsiran di kalangan masyarakat.

"Mengapa apabila timbul sahaja isu membabitkan kepentingan Islam, ia seperti sengaja diperbesar-besarkan, seolah-olah satu isu yang memberi ancaman kepada bukan Islam," tegasnya.

Beliau kesal kerana parti pembangkang terutama DAP sengaja menanamkan perasaan curiga dan kebimbangan bukan Islam terhadap penganut Islam di negara ini.

karpal-lim-kit-siang-sama-dulu-sekarang-muda-tua-rasis-dap-parti-anti-islam-melayu

Walhal kata beliau, kedudukan Islam sebagai agama rasmi sudah diterima pakai dan diperakui rakyat pelbagai kaum di negara ini sejak sekian lama.

"Saya juga bmbang apabila mereka yang kurang arif perihal hukum dan syariat Islam membicarakannya secara terbuka, akan memberi persepsi negatif bukan Islam terhadap kemuliaan agama islam," katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com

Malah tegasnya, apabila bukan Islam turut mempersoal dan mempertikaikan enakmen Islam dengan bersandarkan kepada peruntukan perundangan sivil kedaaan akan bertambah rumit dan mengelirukan.

Sebagai contoh beliau menyebut keputusan mahkamah terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetepi keputusan itu dilanggar oleh pihak tertentu sehingga mengundang kemarahan umat Islam.

"DAP guna isu tersebut untuk menyemarakkan kemarahan bukan Islam terhadap kerajaan dan mereka jadikan UMNO sebagai sasaran," tegasnya.

PENYESATAN AKIDAH GENERASI ISLAM

"Orang Islam marah kerana kalimah Allah telah dipersenda dan diperlakukan sedemikian rupa sehingga menjadi bahan momokan sesetengah pihak terutama bukan Islam.

Begitu juga dengan cadangan pindaan enakmen Islam di Selangor yang diusulkan oleh DAP, Syed Ali berhujah bahawa ia merupakan titik permulaan kearah penyesatan akidah umat Islam.

"Mengapa kita memandang mudah perkara membabitkan akidah ? Ini soal masa depan generasi Islam di negara ini, kita tidak mahu akhirnya Islam di Malaysia menjadi kabur dan hilang kekuatannya," tegas beliau.

Bagi mengelak perbincangan dan pertelagahan pendapat secara lebih terbuka berhubung isu tersebut, beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangasan mencari alternatif segera menanganinya.

Tambah beliau, walaupun isu tersebut berlaku di Selangor tetapi seluruh para ulama, tokoh-tokoh agama dan kalangan mufti perlu bersatu menentang sebarang cubaan yang dilakukan pihak tertentu untuk meminda enakmen tersebut.

Beliau menyifatkan cubaan DAP untuk meminda enakmen tersebut sebagai 'test-market' untuk melihat sejauhmana kesabaran orang Melayu dan umat Islam.

"Mereka sebenarnya nak lihat setakat mana kemarahan umat Islam dan sejauhmana tindakan yang bakal diambil," ujar beliau sambil mendakwa DAP secara terbuka menghina kedudukan Yang Di-Pertuan Agiong sebagai ketua agama Islam di negara ini.

Syed Ali mengingatkan DAP supaya jangan sengaja memperalatkan isu agama untuk mencetuskan ketegangan antara penganut pelbagai agama di negara ini.

"Di pihak UMNO, kita beri amaran kepada DAP, jangan cuba berlagak sebagai batu api untuk melaga-lagakan antara penganut pelbagai agam khususnya Islam dengan Kristian, tahap kesabaran kita ada hadnya," tegas beliau lagi.

Beliau menegaskan demikian sebagai reaksinya terhadap kenyataan Mufti Kelantan bahawa cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam ) Enakmen 1988 disifatkan sebagai melampau dan tidak menghormati serta mencabar Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, enakmen tersebut telah diluluskan khusus untuk umat Islam dan tidak mengganggu-gugat agama-agama lain.

Beliau berkata, undang-undang itu juga amat penting bagi memastikan tidak ada pihak daripada agama lain memujuk dan menghasut umat Islam meninggalkan agama suci itu.

"Pada dasarnya enakmen itu ditubuhkan bagi mengawal, menyekat pengembangan dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam serta mampu mengekang gejala murtad di negara ini.

"Selain itu, enakmen berkenaan dilaksana supaya rakyat menghormati Perlembagaan Negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan," katanya.

Mufti Kelantan itu mengulas cadangan tiga wakil rakyat DAP Selangor yang mahu enakmen tersebut dipinda susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.

Bible tersebut dirampas dalam serbuan di sebuah premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Diskaun Untuk 22 Barangan Yang Dibeli Di Pasar Tani – Ismail Sabri

Posted: 07 Jan 2014 03:17 AM PST

PUTRAJAYA, 7 Jan – Sebanyak 22 barangan diberi pengurangan harga antara lima hingga 20 peratus jika dibeli di 517 buah Pasar Tani di seluruh negara bermula hari ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

menteri-pertanian-asas-tani-umno-bn-ismail-sabri

Barangan tersebut ialah tomato, lobak merah, kobis, cili merah, timun, kacang panjang, sawi, bendi, cili padi, nanas, tembikai, pisang berangan, kelapa tua, bawang merah besar, ubi kentang, halia tua, ikan pelaling, ikan kembong, ikan cencaru, ikan selar, ikan selayang dan ayam.

Beliau berkata bagi pengurangan harga ikan yang dinyatakan itu, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) juga mengambil inisiatif dengan memberi tiga pilihan harga kepada pengguna sama ada inginkan ikan segar tempatan, segar import atau sejuk beku.

“Sebagai contoh ikan kembong. Bagi yang segar tempatan, ia berharga RM13 sekilo, segar import RM9.50 sekilo dan sejuk beku RM8.50 sekilo,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak.

Ismail Sabri juga mengarahkan Nekmat serta Fama supaya mengimport lebih banyak produk dari luar negara serta menjualnya dengan harga murah kepada pengunjung Pasar Tani.

Beliau menasihati pengguna supaya bersikap bijak dengan membeli barangan dapur di tempat yang ditawarkan harga murah seperti di Pasar Tani.

Mengulas mengenai kenaikan harga ikan, beliau berkata ia berlaku kerana musim tengkujuh yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.

“Harga naik disebabkan berlaku permintaan melebihi penawaran. Di semua negara, bila berlaku teori ekonomi tersebut, harga barang akan naik,” katanya.

KLIA2 Dijangka Dibuka Mei Ini – Hishammuddin

Posted: 07 Jan 2014 02:28 AM PST

SEPANG, 7 Jan -  Terminal penerbangan tambang rendah, KLIA2, dijangka mendapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada akhir akhir bulan ini, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata secara keseluruhan, lapangan terbang itu kini 98 peratus siap dan mengikut jadual dijangka dibuka pada 2 Mei.

Beliau berkata dengan perolehan sijil CCC nanti, ujian Kesediaan Operasi dan Pindahan Lapangan Terbang (ORAT) akan mula dilakukan ke atas lapangan terbang berkenaan selama tiga bulan sebelum tarikh pembukaannya.

Penerimaan sijil itu berdasarkan kerja-kerja selenggara keretakan, sistem penyejukan dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah diarahkan, jelas Hishammuddin.

Semasa ditanya sama ada kos KLIA2 akan melebihi RM4 bilion, beliau berkata jumlahnya tidak akan melebihi angka berkenaan.

“Bagaimanapun, kos keseluruhan klia2, kami akan umumkan apabila lapangan terbang ini siap,” katanya.

“Semua pihak kini bekerja bersama-sama, 24 jam sepanjang minggu untuk memenuhi tarikh akhir ini,” katanya kepada media sempena lawatan rasmi beliau ke KLIA2 di sini, Selasa.

Akhir bulan lepas, syarikat usaha sama (JV) UEM Construction Sdn Bhd dan Bina Puri Sdn Bhd berkata pakej kerja untuk klia2, akan disiapkan pada tarikh akhir yang ditetapkan pada 31 Januari, 2014.

Syarikat itu berkata mereka ‘bekerja keras’ untuk memastikan pakej kerja fizikal siap dan mendapat CCC pada 31 Jan dan proses ORAT pada 1 Februari, 2014.

Pakej kerja bernilai RM997 juta dianugerahkan kepada JV berkenaan termasuk pembinaan bangunan terminal utama, bangunan satelit, jambatan udara dan pangkalan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasar untuk membuka klia2 untuk operasi pada 2 Mei, setelah tarikh siap sebelumnya pada 30 April, 2013 tidak dapat dipenuhi.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata kementerian mempelawa syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri penerbangan negara untuk berbincang mengenai hala tuju industri itu melalui Dasar Penerbangan Negara.Perbincangan ini jadualkan berlangsung pada akhir bulan ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad berkata penyewa KLIA2 dijangka mula memasuki premis mereka pada bulan hadapan iaitu selepas sijil CCC diperoleh sebagai persiapan awal perasmiannya Mei depan.

Negeri Sembilan MIC Formulates Effective Strategy To Regain Confidence, Support

Posted: 07 Jan 2014 01:56 AM PST

SEREMBAN, Jan 7 – Negeri Sembilan MIC is in the midst of formulating an effective strategy in its operation to regain the Indian community’s confidence and support for MIC and Barisan Nasional (BN).

As such, its chairman, Datuk S. Sothinathan, who is also MIC vice-president, said from now, all activities organised by the party would focus on achieving that goal.

“We must have an effective strategy in our operation and I have shared this view with Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yesterday and as the Negeri Sembilan BN chairman, he had pledged full support and expressed willingness to help us in our efforts to strengthen the party and organise programmes at the grass root,” he told Bernama here today.

Sothinathan also called on Negeri Sembilan MIC leaders and members to close ranks in order to put the party back on the right track to face future challenges, especially in winning back the Telok Kemang parliamentary seat and Port Dickson state seat, which were currently under the opposition, in the 14th general election.

“We know that it’s not easy…we must work harder to reach out to the people. This effort must be done consistently and continuously by not one, but all BN component parties.

“I’m confident that if we can do that until the next general election, we will have bigger chances to redeem our losses,” he added.

Sarawak Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir

Posted: 07 Jan 2014 01:36 AM PST

KUCHING, 7 Jan -  Kerajaan Sarawak bersiap siaga sepenuhnya dalam menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku di beberapa bahagian negeri ini sehingga Hari Chap Goh Mei, pada 14 Februari depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, kesemua agensi yang terlibat akan sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk membuka semula pusat-pusat pemindahan banjir yang ditutup.

“Keadaan cuaca di Sarawak semakin baik namun kita masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana hujan lebat masih turun di beberapa bahagian walaupun tidak berterusan.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Awam negeri sentiasa memastikan bekalan makanan dan keperluan asas berada dalam kuantiti yang mencukupi kerana bimbang banjir sekali lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini Selasa.

Sementara itu, Fatimah berkata sehingga hari ini hanya dua pusat pemindahan banjir yang masih dibuka iaitu di Dewan Masyarakat Bakong, Miri dan Dewan Sukan Tatau, Bintulu.

“Sehingga pukul 9 pagi ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM233,285 untuk kos makanan kering untuk keperluan mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Noh Sekolahkan Kit Siang Agar Tidak Jadi ‘Keldai Tua’ Dalam Isu “Kalimah Allah”

Posted: 07 Jan 2014 01:18 AM PST

SHAH ALAM, 7 Jan – UMNO Selangor hari ini menyifatkan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah sebagai 'keldai tua' berikutan kenyataannya dalam laman web DAP semalam yang  menunjukkan beliau tidak memahami Perlembagaan Negara walaupun sudah menjadi ahli parlimen sekian lama.

limkitsiang_aktivis_cina_dap_rasis_13mei

Lim dalam kenyataannya di laman web rasmi DAP semalam menyebut, `salah satu persoalan meresahkan rakyat Malaysia ialah sama ada UMNO telah berubah daripada sebuah parti pembina negara menjadi parti pemusnah negara dengan sokongan Muhyiddin terhadap protes di luar gereja dan Noh Omar mempertahankan protes Umno Selangor terhadap Kristian.

“Pada hakikatnya, sokongan yang diberikan oleh Muhyiddin dan Noh Omar terhadap tindakan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) dengan bantuan penuh Polis membangkitkan persoalan serius tentang keikhlasan, keseriusan, dan komitmen para pemimpin UMNO terhadap jaminan asas kebebasan beragama yang diberikan oleh perlembagaan untuk semua rakyat Malaysia.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,  Datuk Seri Noh Omar berkata adalah sesuatu amat malang sebagai seorang yang lama di dalam Parlimen, Lim Kit Siang masih lagi tidak dapat membezakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kuasa Kerajaan Negeri yang termaktub di dalam Perlembagaan.

“Justeru saya mengambil pendekatan menerangkan lebih jelas kepada beliau apa sebenarnya yang berlaku di negeri Selangor dan berharap kenyataan ini tidak menjadikan beliau seperti `Keldai Tua'”, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Berikut penerangan yang diberikan Noh:

Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut : Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya,

ULASAN: Jaminan hak oleh Perlembagaan untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing. Namun, ia tidak bererti mempunyai kebebasan hakiki. Ia tertakluk kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan menyebut: Undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

ULASAN: Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat penting yang memberi kuasa kepada Undang-undang Negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam dan ini termasuklah sekatan penyebaran kitab atau sedutan ajaran mereka dan penggunaan kalimah-kalimah yang bersumberkan ajaran Islam.

Maka kerajaan negeri Selangor pada tahun 1988 telah meluluskan satu enakmen yang dipanggil Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam ) 1988, Negeri Selangor.

Tambah Noh lagi  Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam ) 1988, Negeri Selangor, Negeri Selangor telah menetapkan enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang Islam.

“Seksyen 9 enakmen ini menyenaraikan kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumberkan Islam dan menyenaraikan perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama bukan Islam.

“Kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa penggunakan kalimah Allah dan telah diwartakan pada 27 Januari 2010. Menurut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003],  Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil 3/2008 dan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

"Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“DYMM Sultan Selangor telah menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam dan tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.

“DYMM Sultan Selangor turut menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau d ikalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor," ujarnya lagi.

Terbaru, jelas Noh DYMM Sultan Selangor mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah dalam`Bible’ dan penerbitan Herald versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor.

Menerangkan dengan lebih lanjur Noh berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri pernah mengeluarkan kenyataan pada 9 Januari 2013 bahawa kerajaan Selangor akur dengan titah Sultan Selangor bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam.

“Beliau (Tan Sri Khalid) berkata penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada tetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri.

"Kesimpulannya adalah Isu Kalimah Allah ini cuba dipolitikkan oleh Lim Kit Siang dan DAP setelah mereka gagal memberikan teguran atau amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan kepada Fatwa berkaitan penggunaan kalimah Allah telah diputuskan pada Jun 2008 dan diwartakan pada Februari 2010 ketika Selangor diperintah oleh PR dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

“MB Selangor iaitu Tan Sri Khalid pada ketika itu menyokong dan akur (menjunjung) dengan titah DYMM Sultan Selangor berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, namun DAP pada ketika itu telah berdiam diri. Adakah kerana kepentingan politik pada ketika itu DAP sanggup membutakan mata, memekakkan telinga.

“Selepas hampir lima  tahun DAP kembali menimbulkan isu ini yang mana DAP sebelum ini membisu dan tidak bersuara demi kepentingan politik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Justeru tegas beliau , Lim Kit Siang dan DAP jelas cuba mempolitikkan isu kalimah Allah ini dan cuba menangguk di air yang keruh dengan memutarbelitkan fakta menyalahkan BN khususnya UMNO.

“UMNO Selangor memberikan amaran kepada DAP supaya menghentikan politik jahat dengan menjadikan kalimah Allah sebagai modal politik dengan memutarbelitkan fakta undang-undang dan mewujudkan suasana yang tidak selesa antara agama/kaum khususnya di negeri Selangor”, katanya. -MediaUMNO

Generasi Y Tolak Politik Kotor Jalanan, Emosi Dan Kebencian

Posted: 07 Jan 2014 12:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Jan – “Mereka (pembangkang) dakwa politik atau pentadbiran kerajaan ketika ini kotor tapi bagaimana mereka boleh membersihkan kekotoran tersebut sekiranya cara yang mereka gunakan pun juga kotor menerusi politik fitnah, politik emosi dan kebencian termasuk mengadakan demonstrasi haram untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah menerusi sistem demokrasi pilihanraya”, demikian pandangan Suzila Khamis, 22 yang ditemui pada Program Persidangan Isu Kebangsaan Generasi Y di sini, hari ini.

bersih tiga

Beliau yang merupakan pelajar jurusan Kajian Hubungan Industri dan Buruh dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) seterusnya berkata cara politik kotor sedemikian bukanlah sesuatu yang sihat dan contoh yang baik kerana ia bakal mengundang implikasi yang tidak baik kepada suasana aman dan harmoni di negara ini.

"Contohnya seperti demonstrasi jalanan yang bagi saya hanya mencemarkan nama baik negara dan juga mengganggu hak asasi mereka yang lain. Sepatutnya mereka yang tidak puas hati dalam sesuatu isu perlu menggunakan saluran yang lebih tepat bagi menyuarakan luahan hati mereka.

"Justeru nasihat saya kepada mereka  yang terlibat dalam gerakan himpunan demonstrasi jalanan terutama generasi Y, sebagai generasi pelapis kepimpinan negara, gunakanlah cara yang betul.

"Mereka yang  mendakwa bahawa kononnya politik hari ini kotor sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan bersih bagi menyuarakan pendapat mereka. Bagaimana kita mahu membersihkan politik hari ini yang didakwa mereka kotor,  sekiranya kita juga menggunakan jalan yang kotor untuk menyatakan luahan hati kita," tegasnya.

Program Persidangan Isu Kebangsaan Generasi Y anjuran Pertubuhan Generasi Pelapis Malaysia di PWTC di sini, hari ini bertujuan sebagai medium kepada Generasi Y untuk berbahas dan berbincang tentang isu-isu kebangsaan secara intelektual berdasarkan fakta-fakta dan statistik daripada sumber yang sahih.

Persidangan sehari itu dihadiri hampir 1,000 pelajar  antaranya dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Selain perbahasan topik persidangan itu juga turut mengadakan forum yang membahaskan isu GST dan Pemansuhan Pinjaman PTPTN.

Semenentara itu bagi Putra Abdul Hakim,21, pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, pendekatan politik pembangkang hari ini lebih banyak menjurus kepada fitnah terhadap pemimpin negara dan ia merupakan contoh berpolitik yang tidak baik bagi generasi muda hari ini.

"Seperti contohnya perhimpunan pada malam sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh pihak pembangkang baru-baru ini, bagi saya ia merupakan pendekatan politik yang tidak sihat dan boleh membawa golongan remaja seperti saya, ke kancah keganasan yang boleh menjejaskan masa depan remaja itu sendiri.

"Banyak unsur-unsur dan budaya negatif dari luar yang cuba diterapkan oleh pembangkang yang tidak sesuai dengan adat dan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Saya harap agar generasi remaja hari ini jangan terikut-ikut budaya politik fitnah dan kebencian yang dibawa oleh pemimpin pembangkang yang akan merosakkan keharmonian dan masa depan negara," ujarnya.

Pendapat yang sama turut dikongsikan pelajar dari jurusan Sains Komputer dari UiTM Pahang, Abdullah Ahmad, 21, di mana pendekatan politik kebencian yang diperlihatkan oleh kepimpinan pembangkang tidak dapat membawa manfaat kepada negara bahkan menyebabkan permusuhan dan perpecahan di kalangan rakyat di negara ini.

"Jika inilah pendekatan yang dibawa oleh pembangkang, maka perpaduan rakyat di negara ini akan hancur. Sebagai generasi pelapis, kami tak mahu mewarisi sebuah negara yang berpecah belah.  Perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini amat penting bagi memastikan negara kita terus aman dan makmur sepertimana yang kita kecapi hari ini," jelasnya. -MediaUMNO

peserta-persidangan-isu-kebangsaan-generasi-gen-y-pwtc

soalan-peserta-persidangan-isu-kebangsaan-generasi-y-pwtc

soalan-gst-persidangan-isu-kebangsaan-generasi-y-pwtc

hadirin-persidangan-isu-kebangsaan-generasi-y-pwtc

Hard Rock Cafe Putrajaya Hanya Dilulus Jika Patuhi Syarat – Tengku Adnan

Posted: 07 Jan 2014 12:26 AM PST

PUTRAJAYA, 7 Jan – Permohonan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di sini hanya diluluskan jika ia mematuhi syarat-syarat ditetapkan termasuk tiada penjualan minuman keras dan menampilkan persembahan hiburan yang berlandaskan Islam.

tengku-adnan-menteri-wilayah-ahli-parlimen-putrajaya-hard-rock-cafe

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia bagi memastikan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam terus dipelihara.

“Kita ada garis panduan, dan kita akur pada garis panduan ini. Kita nak Putrajaya menjadi bandar yang lestari, ceria dan bandar yang menjadi contoh kepada seluruh negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tengku Adnan mengulas kemungkinan pengusaha Hard Rock Cafe membuka cawangan itu di sini berikutan perkongsian Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat mengenai perjumpaan beliau dengan pelabur Hard Rock Cafe di Negara ini, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir, dalam laman sosial Facebook.

Aseh bagaimanapun menjelaskan tiada permohonan rasmi dibuat mengenainya, malah Hard Rock International turut menafikan mahu membuka cawangannya di Putrajaya.

Tengku Adnan berkata sebelum ini, rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven yang membuka cawangannya di sini, telah mematuhi syarat-syarat itu dengan menjadi kedai pertama tidak menjual minuman keras di negara ini.

Beliau berkata banyak lagi pengusaha jenama terkenal lain termasuk pengusaha taman tema dan hospital swasta berminat membuka cawangan di Putrajaya, dan setiap permohonan itu akan dipastikan mematuhi syarat sebelum diluluskan.

“Kita tidak mahu menolak hasrat (para pelabur), tetapi kita akan memberitahu mereka syarat-syarat kita. Beliau (Aseh) melakukan perkara betul dengan berbincang dengan pelabur kerana kita mahu mereka melabur di Putrajaya. Kita tidak boleh harapkan kerajaan sahaja melabur pada setiap masa,” katanya ketika ditanya mengenai perjumpaan Aseh dengan Syed Yusof.

Sambil meminta rakyat supaya tidak gelisah dengan perkara itu, beliau menyelar pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menimbulkan spekulasi mengenainya.

“Tolonglah jangan putar belitkan (perkara ini)…ia tidak wajar langsung. Saya sedih melihat apa yang berlaku, dan ini akan membentuk generasi masa depan Malaysia. Kita tidak mahu mereka menjadi seperti orang Barat. Kita mahu mereka mempunyai nilai-nilai Timur,” katanya.

Have Dialogues With The Masses To Explain Current Issues

Posted: 07 Jan 2014 12:22 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 7  - The government has to hold more dialogues or forums with the masses to explain on the current issues especially the ones relating to the rise in the cost of living, said a political analyst.

Of late, the rise in prices of goods and services including cooking oil, sugar and electricity tariff has been the hot topic following the government’s move to rationalise subsidies.

The government’s move had created numerous reactions including protests and this has to be explained properly.

The Deputy Dean of Social Science Studies Centre at Universiti Sains Malaysia (USM) Associate Professor Dr Sivamurugan Pandian noted that the sharing of information between the government and the society is important and the two way interaction would help facilitate the implementation of policies.

UNDERSTAND THE FUNDAMENTALS OF THE POLICIES

Yet the question remains whether the government could explain whether the policies are justified?

Commenting on this, Sivamurugan said the people had to be given the opportunity to grasp the essence and purpose of the policies before they were implemented.

Therefore, shedding light effectively on a policy could help avoid confusion or calm down fears among the people.

He provided the six percent Goods and Services Tax (GST) to be implemented in April 2015 as announced by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when tabling the 2014 Budget as something that has to be explained to the people.

“In 2013 we went through the 13th General Election, and this year the people will like to see the promises under the manifestos fulfilled,” he told Bernama.

He said effective communication relating to a particular issue could help people grasp better understanding on the actions taken by the government, and this prevents them from easily swayed by parties that take advantage of the situation.

THE MOVE TO REDUCE EXPENDITURE

However, one must not forget that in reality, the prices after the reduction of the subsidies will reflect the real market price and the real economic environment.

In reducing the private sector expenditure, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Dec 30, 2013 announced 11 steps including reducing the entertainment allowance of the ministers and deputy ministers by 10 percent effective Jan 1, 2014.

The government also announced the reduction in entertainment allowance between five and 10 percent for senior civil servants in the JUSA C and above salary scale .

Sivamurugan noted that the move to reduce public expenditure through the 11 steps proved that the government is fully aware on the burden felt by the people.

“However, in the long term the government not only has to consider the costs that will be going up but also has to adopt systematic management,” he said.

The government’s move could also be emulated by the private sector.

CHANGE THE LIFESTYLE

Meanwhile, Malaysian Islamic Consumer Association’s (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan noted that though consumers disliked the rise in prices of goods and services, they have to view it positively.

“Consumers have to change their perception and should not depend on the government alone. They have to change their lifestyle and the way they spend, for example if the individual smokes then it’s better to stop smoking.

“Apart from that, consumers too should be smart in managing their finances and in increasing their income,” he said, adding that it is undeniable that Malaysians were feeling the heat due to the spike in the prices.

As for the former President of the Malaysian Youth Movement Tan Pei Leong, the society has to prepare itself in facing the challenges of 2014 calmly and in preserving the inter-racial harmony.

“Whatever the decision there will always be some who agree and some who don’t agree. Nevertheless, we as Malaysians cannot be sitting on our laurels without finding ways that will benefit us,” he said.

Tan said being an informed society each individual has to learn how to be resilient in facing the raising cost of living.

Kenaikan Melampau Di Selangor – Pembangkang Usah Main Politik Sebelah Mata

Posted: 06 Jan 2014 07:24 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 Jan –Di mana slogan Negara Berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh pihak pakatan pembangkang selama ini? Lihat sahaja kenaikan mendadak gaji Menteri Besar, EXCO, Speker DUN, ADUN-ADUN Selangor, adakah ini lambang atau pelaksanaan kempen Negara Berkebajikan yang dilaung-laung mereka selama ini?

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Shah Alam, Mimi Harianie Alias berkata bukan setakat kenaikan mendadak gaji pemimpin-pemimpin kerajaan negeri, kenaikan caj lesen perniagaan yang dinaikkan sebanyak 400 peratus baru-baru ini, kenaikan cukai pintu melebihi 100 peratus serta tindakan kerajaan negeri mengenakan caj pemajuan sebanyak 30 peratus untuk setiap bangunan baru siap di negeri tersebut – termasuk bangunan perniagaan.

kenaikan-gaji-ub-mb-selangor-khalid-peratus

"Adakah kenaikan-kenaikan yang berlaku di Selangor ini tidak mengundang kepada kenaikan harga barangan lain, jadi jangan hanya menuding jari menyalahkan kerajaan Persekutuan di atas kenaikan harga barang yang berlaku sekarang ini, kerana kenaikan-kenaikan yang disebutkan tadi juga antara penyumbang kepada kenaikan kos barangan di pasaran sekarang.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan pakatan harus memadamkan slogan Negeri Berkebajikan dalam perjuangan politik mereka kerana apa yang berlaku ini tidak membantu langsung, untuk membantu sama meningkatkan taraf ekonomi rakyat Selangor itu sendiri sendiri," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam masa yang sama, AJK UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah menyifatkan tindakan menuding jari kepada kerajaan BN terhadap kenaikan barang sejak akhir-akhir ini sebenarnya menutup kenaikan-kenaikan di negeri Selangor.

"Mereka mengajak rakyat berguling-guling di Dataran Merdeka untuk menyalahkan kenaikan harga barang tetapi mendiamkan diri seribu bahasa apabila terkena pada batang hidung sendiri.

“Hasutan dan politik kebencian ciptakan pakatan telah membutakan hati dan fikiran penyokong-penyokong mereka ibarat 'kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata pun tidak nampak," tambahnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT