SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, January 11, 2014

UMNO Online - “Pegawai JAIS, Inilah Tingkah Laku Parti Yang Anda Sokong” plus 9 more

UMNO Online - “Pegawai JAIS, Inilah Tingkah Laku Parti Yang Anda Sokong” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pegawai JAIS, Inilah Tingkah Laku Parti Yang Anda Sokong

Posted: 10 Jan 2014 07:12 AM PST

Pertama sekali, ada baiknya kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang begitu prihatin dan peka dengan sensitiviti para pemimpin DAP yang marah dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

 

Ia ekoran dari tindakan JAIS pada 2 Januari lalu, yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.

 

Atas sebab itu, kerajaan PKR Selangor, pimpinan Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan JAIS agar memulangkan kembali 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas sebelum ini sekiranya kitab tersebut telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam negeri (KDN).

 

Ini bermaksud, Khalid cuba mengelak dari membuatkan keputusan yang bakal merugikan kerajaan pimpinan pakatan rakyat itu. Ini kerana sekiranya dia memilih untuk menyokong tindakan JAIS, maka di bakal berdepan dengan'amukan' dari pimpinan DAP.

 

Manakala sekiranya dia memilih untuk tidak menyokong tindakan JAIS, kerajaan pimpinannya sudah pasti akan menerima kecaman dari masyarakat Islam yang telah menyokong pakatan rakyat selama ini. Oleh yang demikian, dia cuba mengambil jalan selamat dengan meletakkan tekanan tersebut kepada kerajaan persekutuan walaupun pada hakikatnya, JAIS adalah merupakan jabatan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

 

Tidak cukup dengan arahan tersebut itu, kerajaan negeri juga memutuskan, JAIS diWAJIBkan untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.

 

Dalam erti kata mudah, kerajaan negeri Selangor telah mengetatkan syarat-syarat operasi yang digunakan sebelum ini. Arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu itu adalah merupakan hasil dari keputusan yang dicapai di dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.

 

Persoalannya apa perlunya SOP ini diperketatkan, sedangkan menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi sebelum ini, JAIS telah mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum melakukan operasi tersebut.

 

Malah Khalid sendiri sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan, untuk mengambil tindakan terhadap para pegawai JAIS.

 

"Semakan bagi memastikan pegawai penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi standard yang telah ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan atau kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan tersebut," katanya.

 

Kesimpulannya mudah, kedua-dua keputusan yang dibuat itu, apabila diteliti semula adalah merupakan tindakan bagi menjaga hati pimpinan DAP yang hampir 80 peratus adalah merupakan penganut agama Kristian.

 

mykmu.net

’10 Point Solution’ Tidak Ada Kesan Ke Atas Undang-undang Selangor

Posted: 10 Jan 2014 06:58 AM PST

Serbuan JAIS baru-baru ini menimbulkan kontroversi dan menggemparkan semua pihak. Isu ini jika diteliti dengan fakta dan hujah, dan jauh dengan unsur emosi, kita akan menemui penyelesaian.

Tidak dinafikan telah terdapat silap faham dan kekeliruan oleh sesetengah pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Berikut adalah beberapa pandangan dari sudut perundangan yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak:

Pertama: 10 Point Solution tidak ada kesan ke atas undang-undang di Selangor (atau mana-mana negeri yang mempunyai enakmen/peruntukan undang-undang yang secara spesifik melarang penggunaan kalimah Allah) kerana ia bukan dalam bidang kuasa kerajaan Pusat.

Ia juga bukan satu akta Parlimen atau enakmen negeri, justeru ia tidak boleh mengatasi peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Satu pembacaan yang teliti ke atas 10 Point Solution daripada Kabinet menunjukkan bahawa setiap satu daripada 10 Point tersebut langsung TIDAK menyebut atau menyentuh kalimah Allah di dalamnya.

Penerbitan atau penyebaran Bible di dalam Bahasa Melayu bukan pokok permasalahan, tetapi penggunaan kalimah Allah di dalamnya, yang dibantah dan ditolak oleh umat Islam di Malaysia.

Penganut-penganut Kristian bebas menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu (atau bahasa apa sekalipun) sesama mereka asalkan perkataan/kalimah Allah TIDAK ada di dalamnya.

Alasan atau hujahnya agak mudah, iaitu 10 Point Solution ini tidak merangkumi atau melibatkan penggunaan kalimah Allah, yang ketika itu masih di dalam proses Mahkamah.

Kemasukan atau pembenaran penggunaan kalimah Allah di dalam 10 Point Solution tersebut akan menjadikan proses rayuan di Mahkamah Rayuan tidak bermakna.

Sebagai peringatan kepada pihak yang bersungguh-sungguh dan terlalu bersemangat mendesak supaya Kerajaan atau Kabinet menggunapakai 10 Point Solution untuk meleraikan kemelut serbuan dan rampasan JAIS di premis Persatuan Bible Malaysia, adalah ditegaskan bahawa Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah adalah keputusan terpakai dan perlu diterima (setakat hari ini).

Apa-apa perubahan pada status keputusan Mahkamah Rayuan ini hanya akan diketahui setelah rayuan terhadap keputusan tersebut didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Agung nanti.

Justeru, sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan mencetak, menerbit atau menyebarkan Bible Bahasa Melayu yang di dalamnya ada tertera kalimah Allah secara otomatis sedang melakukan perlanggaran terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada bukan Oktober tahun lepas.

Golongan di atas "menyerang" kerajaan kerana tidak mempedulikan dan membelakangkan 10 Point Solution itu di dalam "mempertahankan" dan "memelihara" kebebasan penganut-penganut Kristian menjalankan aktiviti dan amalan keugamaan mereka.

Akan tetapi mereka tidak sedar atau barangkali "pura-pura tidak sedar" bahawa mereka sendirilah yang membelakangkan dan tidak mempedulikan langsung malah tanpa segan silu melanggar perintah Mahkamah Rayuan!

10 perkara itu hanya boleh mengikat (binding) sekiranya ia dibahas dan diluluskan di Parlimen untuk menjadi satu Akta dengan bahagian-bahagian yang memperuntukkan atau merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di dalamnya dan sekiranya Mahkamah Agung memerintahkannya.

Kedua: Tindakan JAIS yang menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah bertepatan dengan peruntukan undang-undang Enakmen 1988.

Berikut adalah peruntukan enakmen yang bersesuaian untuk memahami kes ini:

Seksyen 2 (2a) – Bagi maksud Enakmen ini, sesuatu penerbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai agama bukan Islam jika ia dianggap oleh penganut atau anggota agama itu sebagai buku suci atau buku asas atau salah satu daripada teks-teks penting agama itu.

Seksyen 9 (1)

Seseorang itu adalah melakukan kesalahan jika dia -

(a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan;

…..  menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian 1 kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam.

Jadual (Seksyen 9)

Bahagian 1

PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN BERKAITAN DENGAN AGAMA BUKAN ISLAM

Allah, Firman Allah, Ulama, Hadith, Ibadah, Kaabah, Kadi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Injil, Salat, Khalifah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh.

Dalam ertikata lain, mana-mana penerbitan atau percetakan yang memuatkan semua atau mana-mana kalimah yang disenaraikan adalah menyalahi peruntukan Seksyen 9 Enakmen berkenaan. Justeru tindakan JAIS untuk merampas penerbitan yang menyalahi Enakmen tersebut adalah bertepatan dengan undang-undang.

Enakmen ini juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini berasaskan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan:

"Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan ugama di kalangan orang yang menganuti ugama Islam"

Sehubungan dengan ini Majlis Ugama Islam Selangor (MAIS) juga telah mengeluarkan Kenyataan Media yang mempertahankan tindakan JAIS.

(Rujuk http://www.mais.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=618%3Akenyataan-media-majlis-agama-islam-selangor-berhubung-tindakan-penguatkuasaan-enakmen-ugama-bukan-islam-kawalan-perkembangan-di-kalangan-orang-islam-1988&catid=16%3Abertamais&Itemid=31)

Satu catatan juga perlu disebut di sini bahawa:

"MAIS juga menegaskan bahawa tindakan JAIS bukan atas dasar cetakan Bible berkenaan di dalam versi bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah telah digunakan di dalam Bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenalpasti samada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988."

"Adalah juga diingatkan kepada orang awam bahawa di samping Enakmen 1988 mengenai pengawalan penggunaan kalimah Allah, terdapat juga fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama bukan Islam yang lain. Malah fatwa Jawatankuasa Negeri ini konsisten dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82."

Berdasarkan penelitian di atas, rampasan yang dibuat oleh JAIS adalah kerana penerbitan Persatuan Bible Malaysia di premis persatuan tersebut di Petaling Jaya telah melanggar undang-undang yang telah terpakai dan sedia ada.

Tiada siapapun, termasuk Menteri Besar, mempunyai "locus standi" (hak perundangan) untuk menuntut supaya bahan-bahan cetakan tersebut mesti dikembalikan. Selain daripada mencampuri urusan penguatkuasaan undang-undang di negeri pentadbiran beliau sendiri, Tindakan Menteri Besar Selangor boleh juga ditafsirkan sebagai melanggar titah Sultan Selangor dan mempersendakan dua institusi Islam iaitu JAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ketiga: Isu ini tiada kaitan dengan larangan pemakaian kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap majalah Herald. Ini kerana ia adalah dua isu yang berasingan yang melibatkan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat yang telah diterangkan sebelum ini.

Rumusan yang terbaik telah disuarakan oleh salah seorang Hakim dalam kes rayuan penggunaan kalimah Allah di Putrajaya:

Setelah meneliti fakta-fakta sejarah dan keagamaan mengenai kes di atas, hakim Mahkamah Rayuan YA Dato Sri Haji Mohamed Apandi Bin Ali menegaskan:

I could not find any plausible reason as to why the respondent is adamant on using the word "Allah" in its weekly newsletter, particularly in its Malay version. Since "Allah" is never an integral part of the faith of the respondent, it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country. This conclusion is fortified by the fact that the majority population in this country is Malay and whose religion is Islam.

[Terjemahan bebas]:

"Saya tidak menjumpai sebarang sebab yang munasabah kenapa Responden bertegas/berkeras untuk menggunakan kalimah "Allah" di dalam penerbitan mingguan mereka, khususnya di dalam penerbitan Bahasa Melayunya.

Oleh kerana "Allah" tidak pernah menjadi satu bahagian asasi di dalam agama Responden, adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa hasrat penggunaan kalimah tersebut akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan sudah tentu tidak kondusif kepada amalan hidup yang aman dan harmoni di dalam negara ini.

Kesimpulan ini diperkukuhkan lagi dengan fakta bahawa penduduk majoriti negara ini adalah orang Melayu yang agama mereka adalah Islam."

Rumusan:

Pertama: 10 Point Solution tidak ada kesan ke atas undang-undang di Selangor.

Kedua: Tindakan JAIS yang menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah bertepatan dengan peruntukan undang-undang Enakmen 1988.

Ketiga: Isu ini tiada kaitan dengan larangan pemakaian kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Majalah Herald.

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Yang Dipertua ISMA Sg Petani

Penulis juga merupakan seorang pengamal undang-undang.

Jangan `Cakap Kosong’, Tutup Semua Pusat Hiburan Di Pulau Pinang

Posted: 10 Jan 2014 05:27 AM PST

PULAU PINANG, 10 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri hari ini menyelar keputusan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang akan menuruti langkah Kerajaan Negeri Johor untuk memansuhkan pusat hiburan di negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang Melayu di negeri Pulau Pinang.

rafizal-abdul-rahim-ketua-pemuda-umno-penang-pulau-pinang-laporan-polis-perhimpunan-guling-kerajaan-bantah-gst-pembangkang

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, beliau telah membaca komen Lim Guan Eng di dalam twitter di mana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan Menteri Besar Johor dengan memansuhkan Pusat Hiburan di negeri Johor.

“Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang Melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi pusat hiburan ini.

“Kenyataan berbau ‘rasis’ sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa,” ujarnya mengulas mengenai kenyataan Lim Guan Eng dalam twitternya yang mahu menuruti langkah kerajaan Johor untuk menutup semua pusat hiburan.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya.

“Kita tidak mahu beliau hanya ‘bercakap kosong’ untuk menjuarai hati rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang ‘belajar’ mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan.

Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melancarkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian di negeri ini ditutup sepenuhnya.

Langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan negeri tahun lalu untuk tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan terbabit, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latiff Bandi, berkata operasi itu akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan premis hiburan itu dapat ditutup sepenuhnya.

Kerajaan negeri sudah mengarahkan semua PBT di negeri ini mengambil tindakan terhadap pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih ingkar terhadap undang-undang baru ini. -MediaUMNO

Pemimpin DAP Berjawatan Syok Sendiri, Pertikai ROS Untuk Lepas Diri

Posted: 10 Jan 2014 05:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Mana-mana pihak tidak perlu merasa terkejut dengan tindakan DAP yang dilaporkan memberikan kata dua dan saman kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) rentetan daripada tindakan menggantung keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kerana siasatan masih dijalankan pada 6 Disember lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menganggap tindakan DAP tersebut adalah kebiasaan bagi mereka lantaran undang-undang dianggap milik mereka sendiri.

"Selama ini pun mereka anggap undang-undang adalah hak mereka kerana mana-mana perkara yang beri manfaat pada mereka maka akan disokong sebaliknya jika keputusan yang ada tidak sama dengan kehendak mereka maka akan ditentangnya sebagaimana ROS ini," katanya kepada UMNO-Online.

lim-guan-eng-zairil-bukan-anak-khir-johari-tipu-undi-pemilihan-cec-pusat-dap-rasis

Tegas beliau, kepimpinan tertinggi DAP ini seakan-akan berjawatan syok sendiri lantaran kedudukan CEC mereka yang masih tidak mendapat pengesahan daripada ROS.

"Bagaimana mereka boleh anggap Karpal Singh sebagai Pengerusi atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha sedangkan semua jawatan dalam CEC masih dalam penggantungan oleh ROS?

"ROS ini bukan badan politik atau mempunyai kepentingan kepada pihak tertentu tetapi semua peraturan dan undang-undangnya yang ada di dalamnya terpakai kepada semua pertubuhan termasuklah parti-parti politik, bukan hanya kepada DAP sahaja malah UMNO juga mesti patuh padanya."

Dilaporkan, ROS lakukan siasatan kepada DAP ekoran kedegilan mereka yang enggan mengikut arahan ROS untuk menghantar maklumat lengkap berhubung pemilihan semula parti yang antaranya adalah senarai cawangan yang mengambil bahagian dan senarai perwakilan.

"Kita harap ROS akan bertegas dan tidak tunduk dengan tekanan atau tindak balas yang dibuat oleh DAP terhadap mereka.

"ROS laksanakan tanggungjawabnya kepada semua pihak dan undang-undang yang ada terpakai kepada semua pertubuhan yang berdaftar, jadi sewajarnya DAP juga perlu laksanakan apa yang diarahkan oleh ROS agar semua pertikaian selesai."

Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, jika DAP telus dalam membuat pemilihan parti maka mengapa mereka perlu takut untuk mengemukakan apa-apa yang diminta oleh ROS.

"Nak selesaikan perkara ini mudah sahaja, kemukakanlah apa yang diminta oleh ROS agar siasatan dapat diselesaikan dengan segera dan kemudiannya DAP sendiri dapat beroperasi dengan anggota CECnya melaksanakan tugas tanpa ada pertikaian lagi."

Sebelum itu, ROS telah mengarahkan DAP untuk membuat pengundian semula CEC pada 30 Julai berikutan aduan penyelewengan pemilihan sebelumnya pada 30 Disember tahun lalu. - MediaUMNO

Kerajaan Selangor Tidak Bersungguh Memelihara Kesucian Islam – IKDDAS

Posted: 10 Jan 2014 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Ustaz Rosdi Long menyatakan rasa kesal dan dukacita apabila kerajaan negeri terus-terusan menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu serbuan di sebuah gereja baru-baru ini.

ustaz-rosdi-long-selangor-ngo

Menurut beliau, tindakan kerajaan negeri yang menyalahkan JAIS dan menyifatkan tindakan jabatan agama tersebut sebagai gelojoh dan tergopoh gapah dalam mengambil tindakan dalam serbuan tersebut, sebagai tunduk kepada desakan wakil bukan Islam yang berada di dalam kerajaan negeri.

"Apa yang jelas di sini, tindakan JAIS itu adalah berdasarkan undang-undang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan bukanlah kerana pengaruh mana-mana pihak.

"Sebelum ini, Majlis Fatwa kebangsaan dan negeri telah pun memutuskan bahawa ada kalimah tertentu, termasuk kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh penganut agama lain.

"Malah, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri telah pun mengeluarkan titah dalam hal ini. Ini merupakan fakta yang harus difahami oleh semua pihak termasuk pimpinan kerajaan negeri Selangor," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Berdasarkan kenyataan pimpinan negeri Selangor yang menyalahkan JAIS dalam isu ini, apa yang jelas menurut beliau ialah akujanji Menteri Besar ketika dilantik menjadi Menteri Besar Selangor untuk menjaga kesucian Islam tidak dipenuhi.

"Bagi saya, sekiranya MB sendiri dan kepimpinan kerajaan Selangor mempertikaikan tindakan tersebut, maka ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan negeri dan tunduk kepada desakan ADUN-ADUN dari DAP.

"Jika begini gayanya, jelaslah kepimpinan negeri tidak bersungguh dalam menjaga dan memelihara kesucian Islam sepertimana akujanji yang mereka lafazkan ketika perlantikan sebagai kepimpinan negeri, serta membelakangi undang-undang negeri yang termaktub di bawah enakmen Agama Bukan Islam 1988," ujarnya.

Kata Rosdi lagi, begitu juga dengan usaha untuk mengalihkan isu dengan cuba menyalahkan kerajaan pusat berdasarkan beberapa perjanjian berhubung isu kitab Bible di Sabah dan Sarawak sebelum ini.

"Apa yang perlu difahami ialah, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai Sultan sepertimana di negeri Selangor. Di Selangor, Sultan merupakan ketua agama dan baginda telah bertitah secara jelas dalam soal ini. Sepatutnya kerajaan negeri sebagai pelaksana  amanah dalam pentadbiran negeri akur dengan titah baginda dan bukannya mempertikaikannya," jelas Rosdi.

Beliau juga menyeru agar seluruh umat Islam di Selangor supaya sedar bahawa isu ini sebenarnya bertujuan untuk mengganggu gugat akidah umat Islam dalam jangkamasa panjang.

"Selama ini, ibadah Kristian tidak pun terjejas biarpun mereka tidak menggunakan kalimah Allah secara rasmi. Tetapi kenapa hari ini baru mahu dibangkitkan tentang isu kalimah Allah ini?

"Bagi saya, isu nama Allah ini bukanlah tujuan utamanya, tetapi isu ini dibangkitkan atas dasar permainan politik sesetengah pihak yang sebenarnya yang mempunyai agenda bertujuan untuk melemahkan kekuatan akidah Islam di kalangan umat Islam di negara ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

10 NGO Perak Sokong Kenyataan Mufti Perak Berhubung Isu Bughah

Posted: 10 Jan 2014 05:08 AM PST

IPOH, 10 Jan – Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak hari ini berhimpun secara aman di Dataran Stesen KTM di sini bagi menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berhubung isu ‘bughah’ atau penderhaka pada Isnin lepas.

10-ngo-perak-sokong-mufti-perak-harussani-bughah-demo-perhimpunan-haram

Lebih 100 anggota daripada Suara Anak Muda Perak, Suara Anak Muda 1Malaysia, Wira Perkasa Perak, Kelab Belia Kinta, Persatuan Sukarelawan Aman Jaya, Majlis Belia Negeri Perak, Sekretariat Hal Ehwal Bandar, Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Perak, Persatuan Kelab Belia dan Kesatuan Anak Muda Islam Perak, menyertai perhimpunan aman bermula kira-kira 2 petang.

Pengerusi Barisan NGO Perak Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata pihaknya akan berdiri teguh dan bersama-sama menyokong kenyataan Mufti Perak.

“Agama bukan tempat untuk dipolitikkan dan kita akan tolak apa sahaja agenda yang menjurus kepada memporak perandakannegara,” katanya.

Ketua Wira Perkasa Perak Mohd Hafez Mubin meminta umat Islam menyokong Harussani kerana kenyataannya berhubung isu itu bukan untuk memudaratkan Islam dan negara.

“Jika pihak yang buat perhimpunan guling kerajaan itu tidak berniat untuk gulingkan kerajaan mereka tak perlu terasa dengan apa yang mufti katakan itu,” katanya.

Isu ‘bughah’ atau penderhaka terhadap pemerintah adil yang dibangkitkan Harussani bagi membidas peserta perhimpunan haram pada sambutan Tahun Baharu 2014 terus dipolemikkan apabila kenyataan tokoh agama itu dikecam pelbagai pihak.

Malaysia Certain Of Achieving 2020 Developement Goals Under Najib’s Leadership, Says Erdogan

Posted: 10 Jan 2014 05:04 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 10 – Malaysia will certainly reach its 2020 development goals with the credible leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan.

He said Malaysia is developing in the fastest way it could in a more open and transparent manner despite the sluggish external economic environment.

“I believe Malaysia will reach the objectives of 2020 and will provide the world with tremendous progress as it has done in the past few years in the ease of doing business.

“We see Malaysia as a country very close to our heart as we have the same culture, religion and the same objective of becoming a high-income nation,” he said.

He said this in his lecture which touched on a wide range of issues to strengthen bilateral relations between Turkey and the Asia-Pacific region, especially Malaysia.

The Turkish prime minister who is here for a two-day official visit to Malaysia delivered a lecture on “Transforming Asia Pacific and Turkey” as part of the Tun Abdul Razak lecture series, organised by the Transformation Research Foundation and Razak School of Government.

About 500 people mainly from the academia, diplomatic community and the civil service attended the lecture.

He said Turkey and Malaysia are both targeting to increase bilateral trade by more than two-folds to US$5 billion in five years from US$1.5 billion at present.

“The bilateral trade volume has increased in the past few years and we should expect further increase in this number,” he added.

Police Support Bringing ISA Back – IGP

Posted: 10 Jan 2014 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 10 – Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar has concurred with a proposal by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to bring back the Internal Security Act (ISA) to ensure public security and order.

He said however, the police were only law enforcers and it was up to the members of parliament to propose the legislation in Parliament.

“I wish so (ISA proposal) and I hope so. If Parliament feels it is relevant to reintroduce the legislation, why not? I fully support every legislation which can enable the country to be safer,” he told reporters in a special interview at the federal police headquarters in Bukit Aman here today.

Asked if the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma)’s provisions were inadequate, Khalid said it was better if ISA was reintroduced as the functions of ISA and Sosma were different and were applicable under differing conditions.

Yesterday, Dr Mahathir proposed implementing the ISA again to combat extremist minority groups which threatened national stability.

In another development, Khalid said ‘Ops Cantas’ which was launched on Aug 17, last year had successfully brought down the crime rate last year.

He said the overall crime index for 2013 fell by 4.3 per cent, with 147,073 cases reported as compared to 153,669 cases the previous year.

He said ‘Ops Cantas’ led to the arrest of 44,343 people during its 137-day operation.

“I am very satisfied with the success of the police in 2013, as we reduced violent crimes by 10.93 per cent and property crimes by 6.16 per cent, under ‘Ops Cantas’,” he added.

Khalid also noted that last year, the police scored bigger successes against narcotic offenders and drug traffickers.

He said between Nov 20 and Dec 30, the police picked up 14,896 people in 14,138 cases, relating to the Dangerous Drugs Act, with drug seizures valued at RM30.82 million.

Sekretariat NGO Selangor Serah Surat Sokongan Kepada Jais

Posted: 10 Jan 2014 04:51 AM PST

SHAH ALAM, 10 Jan – Sekretariat NGO Selangor hari ini menyerahkan surat penghargaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai tanda sokongan dalam isu rampasan Bible berbahasa Melayu baru-baru ini.

Surat itu diserahkan oleh Pengerusinya Datuk Jamal Md Yunos kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Jais, Ahmad Darul Akmal Mohd Ali di lobi pejabat Jais di sini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Jamal berkata sekretariat itu menyokong tindakan Jais yang menguatkuasakan Seksyen 9  Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selari dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kepimpinan NGO juga berharap agar kerajaan Selangor tidak mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja serta tindakan Jais merampas cetakan kitab Bible bahasa Melayu. Selagi mana penguatkuasaan adalah mengikut peruntukan perundangan, maka semua pihak mesti menghormatinya,” katanya.

Terdahulu, lebih 200 anggota badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah sekretariat itu berarak dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke pejabat Jais.

Perarakan selepas solat Jumaat itu disertai antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia dan Ikatan Kebajikan & Dakwah Selangor (IKDDAS) serta wakil dari UMNO Selangor.

Minggu lepas, pegawai penguat kuasa Jais menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia serta merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah, susulan aduan orang ramai.

Sosma Memadai Tangani Tindakan Pelampau – Nancy

Posted: 10 Jan 2014 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan -  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah memadai untuk pihak berkuasa menangani sebarang tindakan yang mengancam keselamatan negara.

nancy-shukri-menteri-bn-pbb-sarawak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata justeru, tiada keperluan untuk undang-undang baharu ataupun mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2012.

Beliau berkata, rakyat juga perlu memberi peluang untuk melihat Sosma berfungsi dan setakat ini pelaksanaan Sosma belum nampak kelemahannya lagi.

“Kalau terdapat kelemahan, kita akan tambah baik,” katanya kepada pemberitaketika ditemui pada majlis makan tengah hari yang dihos oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk isteri Perdana Menteri Turki, Emine Erdagon di Pusat Kraf di sini, Jumaat sempena lawatannya ke Malaysia.

Nancy berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melaksanakan semula ISA untuk menangani tindakan puak pelampau di negara ini.

Dalam isu berlainan, Menteri itu berkata, sebanyak 16,394 individu bankrap telah diberi pelepasan oleh Jabatan Insolvensi tahun lepas.

Selain individu yang telah melangsaikan hutang mereka, pelepasan itu diberikan kepada individu bankrap yang membuat bayaran hutang secara konsisten setelah mendapat persetujuan dari pemiutang, katanya.

Nancy berkata, kempen kesedaran mengenai peranan Jabatan Insolvesi yang giat dijalankan juga membawa hasil positif.

Antaranya ia berjaya menggalak 9,938 individu untuk memfailkan Penyata Hal Ehwal dengan jabatan itu pada tahun 2013 berbanding 8,553 orang pada tahun 2012,katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT