SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, January 5, 2014

UMNO Online - “Last Six ISA Detainees To Be Released Tomorrow” plus 7 more

UMNO Online - “Last Six ISA Detainees To Be Released Tomorrow” plus 7 more

Link to UMNO Online

Last Six ISA Detainees To Be Released Tomorrow

Posted: 04 Jan 2014 10:58 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 4 – The last six Internal Security Act (ISA) detainees at Taiping Detention Camp, Perak will be released tomorrow.

Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said they were members of the terrorist group Darul Islamiah (DI) Sabah arrested on Nov 14, 2011.

“They consist of three Malaysians, two Indonesians and a Filipino,” he said in a statement here today.

The Malaysians who will be released are Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah and Bakar Baba.

The Indonesians are Muhammad Adnan Umar and Darto Bandu while the Filipino is Muadz Hakim.

Their release followed repeal of the ISA which was replaced with the Security Offences (Special Measures) Act 2012 on July 31, 2012.-MediaUMNO

Malaysia Mahu Perkukuh Sektor Pelancongan Islam – Dr Ong

Posted: 04 Jan 2014 10:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Jan –  Malaysia ingin menarik lebih ramai pelancong dari negara Islam melalui pasaran khususnya untuk memeriahkan lagi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng berkata tahun lepas, sektor itu merekodkan kira-kira 23 peratus ketibaan pelancong dari negara Islam, termasuk yang berminat untuk menjejaki warisan Islam dan perkhidmatan patuh syariah.

“Berdasarkan potensi yang dimiliki negara ini dalam pelancongan Islam, kami mengunjurkan ketibaan pelancong Islam boleh meningkat kepada 30 peratus dalam jangka panjang dan 25 peratus dalam jangka pendek,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pusat Pelancongan Islam (ITC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini hari ini.

Pada majlis itu, yang turut disaksikan Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim, Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin dan timbalan rektor Hubungan Antarabangsa, Industri dan Komuniti UIAM Prof Dr Abdul Aziz Berghout serta Ketua Pengarah ITC Zulkifly Md Said dan Pengarah Pembangunan Industri ITC Yuhaini Yusoff, menandatangani MoU berkenaan.

Ong berkata kerjasama itu boleh membantu kerajaan mencapai sasaran yang ditetapkan manakala perbelanjaan sektor berkenaan (pelancongan Islam) dilaporkan bernilai US$130 bilion (RM427 bilion) pada 2012.

Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, dalam teks ucapannya yang dibacakan Ong, membayangkan MoU berkenaan mampu memberi hasil besar kepada ekonomi negara, di samping mewujudkan peluang pekerjaan untuk siswazah.

Katanya kerjasama ini juga akan membuka peluang ke arah pertukaran latihan, mobiliti petugas dan pelajar, penyelidikan dan penerbitan bersama serta promosi bagi kegiatan pelbagai budaya Islam.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Dr Rais berkata UIAM berharap MoU berkenaan serta program kecemerlangan global yang dirancang universiti itu, akan menjadi pelengkap kepada inisiatif kerajaan untuk menjadikan TMM 2014 suatu kejayaan besar.

“Di samping itu, rangkaian global sedia ada universiti ini sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi mempromosi negara ini, terutama berkaitan aspek keagamaan dan kebudayaan serta kegiatan artistik dan intelek yang mampu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat rujukan Islam utama dunia,” katanya.

Majlis itu juga menyaksikan pelancaran tidak rasmi Program Kecemerlangan Global UIAM 2014, termasuk Global IIUM Alumni Homecoming Week 2014, penubuhan Kursi Tulisan Al-Quran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) serta Pameran Penyelidikan, Ciptaan dan Inovasi Antarabangsa.-MediaUMNO

Projek Bekalan Air Baharu Akan Dilaksanakan Di Kemaman

Posted: 04 Jan 2014 10:52 AM PST

KEMAMAN, 4 Jan – Satu sistem agihan baharu bekalan air akan dilaksanakan dengan menakung bekalan di daerah Kemaman bagi mengelakkan masalah air tidak mencukupi di daerah itu menjelang tahun 2020.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya mengambil langkah awal memandangkan pertumbuhan pesat industri di kawasan berkenaan.

“Untuk permulaan, kita akan sambung bekalan air dari kawasan Perindustrian Kerteh ke kawasan Perindustrian Teluk Kalong melibatkan bekalan dari loji petronas di Dungun dengan kos pemasangan paip sebanyak RM50 juta dan akan dilaksanakan pada tahun ini.

“Dari segi jangka masa panjang, bila beberapa lagi kilang besar akan dibina kita menjangkakan bekalan air di daerah ini tidak mencukupi sebab kita tahu bahawa pembangunan di Kemaman yang melibatkan kawasan industri dan perumahan bagaikan cendawan tumbuh.

“Untuk itu kita terpaksa mengadakan satu sistem agihan baru untuk menakung air dan ia melibatkan kos RM400 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, seorang perunding telah dilantik untuk membuat kajian terperinci mengenai projek tersebut.

Sementara itu di Kemaman,Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan set kelengkapan persekolahan kepada 1,300 murid daripada 78 sekolah di enam negeri membabitkan peruntukan RM300,000 sempena program ‘Kembali ke Sekolah’.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata sumbangan yang merupakan wang agihan semula zakat perniagaan TNB itu diberikan kepada golongan asnaf yang layak berusia tujuh hingga 12 tahun bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar.

“Program ini merupakan satu daripada inisiatif tanggungjawab korporat TNB dalam bidang pendidikan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan kurang berkemampuan di dalam menyediakan persiapan persekolahan.

“Setiap pelajar menerima dua pasang pakaian sekolah, sepasang kasut dan stokin, sebuah beg sekolah dan peralatan alat tulis yang bernilai RM250 setiap seorang,” katanya dalam sidang media sempena program itu di Dewan Sivik Kijal di sini.

Sebanyak 200 pelajar dari 14 sekolah di daerah Kemaman menerima sumbangan itu yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Mohd Aminuddin berkata program yang sama turut diadakan di lima negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Kelantan melibatkan 1,100 penerima daripada 64 sekolah.-MediaUMNO

TMM 2014 : Malaysia Sudah Sedia ‘Pukau’ Pelancong

Posted: 04 Jan 2014 10:51 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) sudah bersedia menawarkan pengalaman indah dengan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan dan citarasa kira-kira 28 juta sasaran pelancong asing dan domestik.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selain kekayaan khazanah semula jadi alam flora dan fauna, terdapat juga pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan yang dapat memenuhi selera mana-mana pelancong yang datang ke negara ini.

“Ini termasuk produk dan perkhidmatan tambahan di bawah tema penting seperti membeli-belah mewah berpatutan, pengembaraan ekopelancongan, pelancongan kesihatan, keseronokan keluarga, acara-cara bersepadu utama dan pelancongan perniagaan,” katanya pada pelancaran TMM 2014 di Dataran Merdeka, malam ini.

Majlis berwarna-warni itu turut dihadiri isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Muhyiddin berkata TMM 2014 akan bertindak sebagai jambatan persahabatan serta menggalakan pemahaman secara lebih dekat pelbagai budaya dan warisan.

Selain manfaat sosio budaya, hasil ketara boleh digariskan daripada perspektif ekonomi dengan harapan untuk menjana pendapatan RM76 bilion, hasil perbelanjaan pelancong pada tahun ini, katanya.

Beliau berkata jumlah ini merupakan peningkatan ketara sebanyak RM11 bilion daripada hasil pertukaran mata wang asing.

“Setelah digariskan impak besar dalam industri pelancongan, saya berharap ini akan menjadi motivasi dan satu seruan kepada kita semua untuk menawarkan yang terbaik kepada pelancong dalam memastikan TMM 2014 mencapai satu kejayaan luar biasa,” kata Muhyiddin.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai matlamat menjadi destinasi pelancongan utama dunia khususnya selepas buku panduan pelancongan Lonely Planet ‘Best In Travel 2014′ mengiktiraf Malaysia sebagai antara 10 negara yang perlu dikunjungi oleh pelancong daripada dari seluruh dunia.

Menurut laporan CNN Travel 2013, Kuala Lumpur menduduki tempat keempat sebagai bandar raya paling popular untuk membeli-belah selepas New York, Tokyo dan London dan tiga pulau dan pantai — Pulau Perhentian Kecil, Pantai Juara dan Tanjung Rhu disenaraikan antara 50 Pantai Utama Dunia dalam senarai 100 Pantai Terbaik Dunia.

“Di mata dunia, pengiktirafan ini menjadi testimoni Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama,” kata Muhyiddin.

Beliau meminta semua rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab bagi memastikan tetamu asing ke negara ini diberi layan terbaik dengan penuh hormat dan berbudi bahasa.

Timbalan Perdana Menteri itu juga memberi jaminan bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan yang selamat dan ini boleh dilihat dengan kepelbagaian kumpulan etnik yang hidup harmoni dengan ikatan persaudaran dan perpaduan yang kukuh.

Beliau berkata kerajaan juga telah mengambil langkah bagi memastikan keselamatan pelancong dengan menempatkan anggota polis di kawasan tumpuan pelancong.

“Untuk tetamu dan pelancong kami, izinkan saya untuk sekali lagi mengalu-alukan anda untuk meraikan TMM 2014. Biarkan rakyat Malaysia yang mesra dan peramah memukau imaginasi dan hati anda untuk membawa pulang kenangan indah semasa berada di Malaysia,” katanya.-MediaUMNO

Football Has Social Values, Able To Unite Communities -Muhyiddin

Posted: 04 Jan 2014 01:22 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 4 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today said football is a sport with tremendous social values and has the ability to unites communities, including Malaysians.

Describing the values as worth nurturing, Muhyiddin said he was also convinced that football, along with other sports, could play an important role in not just developing oneself but had a multiplier effect on moulding and unifying a nation.

“When we talk about football or watch a game, all barriers disappear as we focus on our common passion. Football, like any other sport, is colour blind. Playing sports with friends of different races will help unite people of different creeds and colour.

“So much so, supporting a national team regardless of the racial identities of its players will also enhance national unity,” he said when launching the Malaysian chapter of the FIFA World Cup Trophy Tour by Coca Cola at the Putra World Trade Centre (PWTC),here.

The most iconic symbol of football, the FIFA World Cup trophy, arrived in Malaysia yesterday as part of its nine month journey to 88 countries.

It will be put on display for public viewing at Dewan Tun Hussein Onn Hall 1, PWTC tomorrow from 10am to 10pm.

Commenting on the World Cup, Muhyiddin said it was indeed true that Malaysians were very passionate about football in this multi-racial country.

“During the last 2010 FIFA World Cup in South Africa, the in-home television coverage reached more than 15 millions individuals in this country and it positioned Malaysia among the top Asian markets which had access to the tournament’s coverage," Muhyiddin said.

The deputy prime minister said he hoped that the World Cup Trophy’s presence in Malaysia will inspire excellence and motivate more Malaysian to push themselves to strive for greater achievements.

According to Muhyiddin, it was an open secret that most Malaysian football lovers were frustrated as the national team lacked success at international competitions and this had caused them to turn to other international teams for solace.

“Let us all work together towards greater excellence so that trophies do not become a forlorn hope. I am confident that trophies can be won and must be won for Malaysia by Malaysians,” he said.

As such, Muhyiddin urged young talents as well as the Harimau Malaya (national football squad) to dream big so that Malaysia could take its rightful place as a great footballing nation.

“Who knows that amongst us this weekend, looking at the trophy is a young boy who will be inspired by this historic event and will lead the national team and qualify for the FIFA World Cup for the first time ever,” he said.

Muhyiddin said in order to improve the quality of football in Malaysia, the National Football Development Plan 2014-2020 will be presented to Cabinet soon for approval.

The plan, he said, will focus on the aspect of football development in the country and targeted at grooming players from age seven to 17.

“It is very reassuring to know that the plan will focus on nurturing our own football DNA which includes character building and mental strenght development of the players from an early age,” he said.

Muhyiddin also urged more private entities to come foward and participate in the football development agenda and make it as part of their Corporate Social Responsibility (CSR).

“They can play an important role, for instance assist in developing new or refurbished grassroots football facilities particularly in the most deprived areas of the country,” he said.

PPDNKK Diminta Siasat Dakwaan Harga Barang Basah Naik

Posted: 04 Jan 2014 01:13 AM PST

RAUB, 4 Jan –  Penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang diminta turun padang menyiasat dakwaan harga barang basah di beberapa pasar di negeri ini naik mendadak.

Barang cukup

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahiruddin Abdul Moin berkata terdapat dakwaan harga ikan naik daripada RM1 hingga RM2 sekilogram, cili merah antara RM6.50 dan RM9.90 sekilogram manakala harga ayam naik antara 50 sen dan RM1 sekilogram.

Katanya sekiranya dakwaan itu terbukti benar, tindakan tegas wajar diambil bagi mengelakkan bebanan ke atas pengguna.

“Bagaimanapun, sehingga kini kita belum lagi menerima sebarang laporan rasmi dan jika benar harga barang keperluan itu naik kita akan siasat.

“Kenaikan harga ikan atau cili mungkin disebabkan faktor cuaca berikutan banjir kerana nelayan tidak ke laut dan tanaman sayur terjejas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Umno Bahagian Raub di sini hari ini.

Shahiruddin berkata ketika banjir melanda beberapa daerah di Pahang baru-baru ini, tiada aduan bekalan barang keperluan tidak mencukupi atau pun harga naik.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang membeli barang Kedai Rakyat 1Malaysia dan membungkus semula dengan tujuan mengaut untung.

“Kompaun RM250,000 hingga RM500,000 atau penjara enam tahun boleh dikenakan mengikut Seksyen 10(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi korporat dan pemborong, manakala kompaun RM100,000 hingga RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali kepada peniaga,” katanya.-MediaUMNO

Kalimah Allah : UMNO Selangor Larang Anggota Dan NGO Islam Adakan Himpunan Di Gereja Esok

Posted: 04 Jan 2014 01:09 AM PST

SHAH ALAM, 4 Jan -Umno Selangor melarang mana-mana anggotanya serta meminta badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negeri itu supaya tidak meneruskan rancangan mengadakan himpunan bagi membantah penggunaan kalimah Allah di hadapan gereja, esok.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata langkah itu bagi mengelak salah tafsir dalam kalangan rakyat berhubung isu berkenaan selain memastikan keharmonian kebebasan beragama di Selangor terus terpelihara.

noh-omar-umno-selangor-tiada-demo-bantah-gereja-kalimah-allah-ngo-bible-injil-melayu

“Dalam kita memperjuangkan isu kalimah Allah, kita minta jangan adakan himpunan ataupun bantahan di depan gereja sebab ia boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di Selangor,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Umno, di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa cawangan Umno dan NGO Islam di negeri itu merancang untuk mengadakan perhimpunan di hadapan gereja-gereja di negeri itu esok sebagai membantah kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’.

Pada 27 Dis lepas, Lawrence menerusi ‘The Malaysian Insider’ berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Perhimpunan itu juga bertujuan mendesak paderi itu menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam setelah turut disifatkan biadab dan berunsur penderhakaan kepada Sultan Selangor.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menitahkan semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang agar akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Dalam pada itu, Noh berkata Umno Selangor menyokong penuh tindakan Jais merampas lebih 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah ‘Allah’ dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya Khamis lepas.

Kehangatan berhubung isu kalimah ‘Allah’ turut mendorong 50 wakil dua NGO mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan sebuah pangsapuri di Klang Jaya hari ini.

NGO yang diwakili Gerakan Belia 4B Kota Raja dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Klang Jaya itu menuntut paderi berkenaan menerima keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ selain meminta Jais menangani isu itu segera sebelum keadaan menjadi bertambah keruh.

Sementara itu, Presiden Jalur Tiga Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata tindakan Jais merampas kitab Bible Bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah bertepatan dengan tugas asasinya sebagai badan penguat kuasa enakmen di Selangor.

Hasan, yang juga bekas timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) itu berkata semua pihak harus sedar bahawa Jais merupakan badan penguat kuasa undang-undang dan peraturan yang telah dilembagakan demi menjaga nama baik keluhuran dan kesucian agama Islam.

“Persoalan sama ada Jais ada hak atau tidak, tidak timbul kerana memang (tindakannya) dibuat berlandaskan kepada enakmen daripada kerajaan negeri, fatwa yang dikemukakan dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau kita kata Jais tak ada hak rampas, serbu dan sebagainya, badan mana lagi nak diserahkan tanggungjawab ini?” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas tentang kenyataan Paderi Lawrence Andrew bulan lepas bahawa gereja Katolik di Selangor harus dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan bahasa Melayu dalam perhimpunan mingguan mereka, Hasan berkata tindakan itu boleh mengakibatkan implikasi buruk.

“Akibat langsung daripada tindakan beliau sudah mula dapat dirasai. Bahang kemarahan dan penentangan tindakan paderi tersebut sudah menjalar ke seluruh negara dengan terdapatnya laporan-laporan polis yang dibuat serta rancangan mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi menyanggah tindakan paderi tersebut,” katanya.-MediaUMNO

‘Orang Tengah’ Antara Punca Barang Makanan Naik Di Sabah – Musa

Posted: 04 Jan 2014 01:07 AM PST

SANDAKAN, 4 Jan – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan peranan ‘orang tengah’ turut menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan di negeri ini.

Menurut beliau tindakan orang tengah tidak bertanggungjawab dan ingin mendapatkan keuntungan lebih sehingga membebankan pengguna.

“Kenaikan harga makanan pada masa sekarang bukan sahaja disebabkan harga minyak naik dan tarif elektrik, tetapi saya melihat ada unsur orang tengah ingin mengaut keuntungan lebih.

muhyiddin-musa-aman-peniaga-naik-harga-pengguna-barang

“Mereka menaikkan harga sesuka hati, sebagai contoh saya dimaklumkan harga udang harimau mencecah RM120 dan ia dinaikkan terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dengan Ketua-ketua Cawangan Umno Bahagian Libaran di sini hari ini.

Sehubungan itu, Musa berkata beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet akan datang dan memaklumkan kepada Perdana Menteri.

Beliau juga mahu peranan orang tengah dipantau bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab dengan tidak menjual sesuatu barangan dengan harga tinggi.

Dalam pada itu, bagi menangani kenaikan harga barang, Musa menggalakkan penduduk negeri ini bercucuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan rumah mereka.

Katanya ia merupakan antara cara untuk meringankan beban membeli barang makanan untuk jangka masa panjang.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri mencari kaedah terbaharu membantu petani, nelayan dan peladang menambah pendapatan.

Katanya kaedah itu perlu memberi impak yang berkesan dan bermatlamat meningkatkan sumber makanan di negeri ini.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT