SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, January 10, 2014

UMNO Online - “Kerjasama Pakatan Pembangkang Hanya Fantasi” plus 9 more

UMNO Online - “Kerjasama Pakatan Pembangkang Hanya Fantasi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerjasama Pakatan Pembangkang Hanya Fantasi

Posted: 09 Jan 2014 04:46 AM PST

Berantakan antara pakatan pembangkang berebut kuasa dan kedudukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka semakin membarah.

Kenyataan timbalan menteri besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah baru-baru berhubung ketiadaan jawatan yang diberikan kepada wakil PKR di negeri itu adalah biadap.

hadi-lerai-pakatan-rapuh-rebut-kuasa-pm-anwar-kit-pru13

Bukan sahaja ia menunjukkan Pas Kelantan memandang rendah terhadap sekutunya, PKR tetapi ia adalah sikap bongkak dan takabur bagi seorang dari parti seorang.

Nik Amar berkata apa yang dilakukan kepada PKR di Kelantan samalah seperti layanan yang diberikan kepada Pas oleh Dap di Pulau Pinang.

Atas dasar ‘tit-for-tat’ maka Pas pun beranggapan tidak salah baginya untuk melakukan perkara yang sama kepada sekutu politiknya.

Inilah yang dinamakan politik dendam yang berbeza sekali daripada budaya Barisan Nasional yang sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan bermuafakat melalui perbincangan.

Mungkin Pas merasakan apa yang dilakukan oleh mereka kepada PKR ada justifikasinya melihat kepada keadaan di Selangor.

Pas mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang lebih daripada PKR dan jika diikutkan daripada kuasa penentu, parti itulah yang sepatutnya mendapat jawatan menteri besar namun ini tidak berlaku.

PKR pula yang kurang satu kerusi daripada Pas mendapat untung menjadi menteri besar sementara parti Islam itu terpaksa puas hati dengan beberapa jawatan exco.

Di Pulau Pinang yang dikuasai oleh Dap, Pas tidak berikan apa-apa jawatan exco walaupun parti itu menang beberapa kawasan.

Sementara Pas dianaktirikan, PKR mendapat habuan yang lebih baik di negeri itu dengan di beri jawatan timbalan ketua menteri dan juga exco.

Di Pulau Pinang Pas berputih mata.

Namun di Kelantan keadaannya berbeza sedikit kerana PKR dilihat sebagai parti yang lemah dan lesu di negeri Cik Siti wan Kembang itu.

Mungkin ini kerana Pas sudah sinonim dengan Kelantan kerana ramai pimpinan atasan parti itu adalah dari sana dan juga kemampuan parti itu mempertahankan kerajaan negeri sejak 1990.

PKR adalah parti baru di persada politik nasional dan juga diperingkat negeri.

Kalau tidak kepada imej dan populariti ketua umum PKR, Anwar Ibrahim mungkin parti itu sudah lama berkubur atau ditelan zaman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, PKR kalah disemua kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kelantan dan hanya mampu satu sahaja kerusi DUN.

Oleh sebab itu PKR dianggap tidak mendapat sokongan pengundi di Kelantan kerana kegagalan menyumbang kerusi parlimen dan negeri yang lebih banyak kepada pakatan pembangkang

Apapun komen Nik Amar mungkin boleh dimaafkan tetapi tak mudah dilupakan bak kata pepatah luka sudah sembuh tapi parutnya tetap ada.

Semua yang berlaku hanya menjurus kepada satu kesimpulan iaitu pakatan di antara Pas, PKR dan Dap hanya untuk kelangsungan politik atau ‘political convenience sahaja’ tidak lebih dari itu.

Kemampuan BN bertahun mewarisi kekuatan yang dibina oleh Perikatan sehingga tahun 1974 adalah kerana kerjasama antara parti-parti komponen mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang hidup dalam harmoni dan semangat muhibbah sejak merdeka.

Keadaan ini pula adalah hasil usaha pengasas-pengasas kemerdekaan dari UMNO, MCA dan MIC yang bersetuju mengenepikan perbezaan pendapat dan berkorban demi mencapai negara merdeka dan berdaulat.

Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini dan BN tetap mendapat kepercayaan rakyat.

Pakatan pembangkang cuba meniru kejayaan BN selama ini tetapi mereka hanya menipu diri mereka sendiri.

Ini kerana asas kepada kejayaan BN ialah sifat keikhlasan dan bertolak ansur di antara semua partai di dalam gagasan itu.

Sifat inilah tidak dipunyai pembangkang kerana mereka hanya bekerjasama atas visi yang singkat untuk mendapat kuasa sahaja.

Kerjasama antara Pas, PKR dan Dap amat rapuh tetapi mereka berjaya menampakkan imej seolah-olah kerjasama dan persahabatan mereka begitu intim dan rapat.

Dr Muslim Umar

Keputusan Lanjut Pembekalan Air Selangor Dimuktamad Minggu Depan – Ongkili

Posted: 09 Jan 2014 04:21 AM PST

PUTRAJAYA, 9 Jan -  Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan Air Selangor akan memuktamadkan langkah-langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan pusat berkaitan pengambilalihan hal ehwal dan pengurusan air di negeri itu, minggu depan.

menteri-tenaga-teknologi-hijau-air-kettha-maximus-ongkili-umno-bn

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ia selaras dengan ketetapan surat kementerian pada 9 September lepas yang menyatakan hasrat untuk mengambil alih hal ehwal dan pengurusan air sekiranya urusan penstrukturan semula industri air Selangor tidak dapat diselesaikan sehingga 31 Disember 2013, berdasarkan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Katanya beliau menemui Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dua hari lepas, dan mendengar cadangan serta syarat yang dikemukakan kerajaan Selangor untuk memberikan kerjasama kepada kementerian dan kerajaan pusat dalam pengambilalihan itu.

“Kami sedang meneliti segala cadangan yang kemukakan,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Blueprint Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi bangunan Pejabat Perdana Menteri di sini Khamis.

Ongkili berkata jawatankuasa kabinet itu akan memuktamadkan pelbagai langkah, termasuk aspek perundangan dan struktur pembekalan air yang akan diambil kerajaan pusat bagi memastikan bekalan air Selangor terus terjamin, dan sektor industri serta pelaburan di Lembah Klang tidak tergendala akibat masalah berkaitan bekalan air.

Semalam Abdul Khalid dilaporkan berkata Kerajaan Selangor memberi lampu hijau untuk pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010 dengan mencadangkan pelantikan dua pentadbir mewakili kerajaan negeri bagi merealisasikan projek berkenaan.

Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025, yang sebelum ini tidak dipersetujui kerajaan Selangor.

Sementara itu, Ongkili berkata Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim hari ini membincangkan soal peruntukan dana RM70 juta dari Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam akan disalur kepada Malaysian Green Technology Corporation sebagai “dana mobiliti mampan”, bagi pembangunan perkhidmatan kenderaan bas elektrik.

Beliau berkata mesyuarat ke-lima Majlis sejak ditubuhkan pada 2010 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu turut mengenal pasti tiga projek perintis bagi perkhidmatan berkenaan yang terdiri daripada Sunway BRT, GO KL City Bus dan Panorama Melaka.

Menurutnya mesyuarat turut mengambil maklum pelaksanaan program MYCarbon yang merupakan program pelaporan korporat Gas Rumah Kaca Kebangsaan, yang dibangunkan selaras dengan peningkatan trend perakaunan dan pelaporan pelepasan gas-gas rumah kaca, terutamanya oleh sektor swasta.

Ongkili berkata selain itu mesyuarat turut membincangkan penubuhan Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim peringkat negeri, di samping perkara-perkara berkaitan penubuhan jawatankuasa Perhubungan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Persekutuan dan Negeri.

Kemampuan BN Pelihara Sensitiviti Agama, Kaum Selama Ini Bukan Satu Kerja Mudah

Posted: 09 Jan 2014 04:17 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Jan – Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kepelbagaian agama, fahaman serta anutan perlu dipelihara oleh semua rakyat di negara ini bagi memastikan kestabilan yang dinikmati hasil perjuangan kepimpinan terdahulu dapat terus dinikmati.

zahida-muhyiddin-pilihanraya-bn-sepakat-aman-maju-harmoni

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Zahida Zarik Khan berkata untuk membina kehidupan sebuah institusi masyarakat yang harmoni dan bertolenrasi antara satu sama lain walaupun membabitkan mereka yang datang dari kepelbagaian kaum, agama dan dan fahaman, bukan suatu perkara yang mudah.

Sebaliknya jelas beliau untuk meruntuhkannya adalah suatu yang mudah dan mampu dilakukan dalam sekelip mata sahaja sehingga menyebabkan apa yang dibina selama ini musnah begitu sahaja dan yang tinggal hanya pautan sejarah.

“Untuk memastikan apa yang kita nikmati ini berkekalan, kita perlu ada sikap tolenrasi dan tolak ansur antara satu sama lain dan sesuatu yang menyentuh sensitiviti kepada masyarakat berbilang kaum dan agama perlu dihindari dan diselesaikan dengan cara yang baik.

“Jangan kita runtuhkan nikmat kehidupan yang dinikmati oleh rakyat sejak merdeka dahulu musnah disebabkan oleh rasa tidak puas hati di kalangan sesuatu pihak. Untuk itu perlu ada hormat menghormati antara satu sama lain amat penting dalam apa jua perkara.

“Elakkan daripada menimbulkan sesuatu yang boleh merumitkan cara hidup bermasyarakat sehingga menimbulkan suatu suasana yang tidak sihat sesama kita,” katanya kepada UMNO-Online.

Zahida menyifatkan teguran Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew menghormati keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah adalah untuk mengingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Ramuan yang diberikan oleh Tun Mahathir untuk memastikan negara ini terus aman adalah menjaga sensitiviti antara kaum dan agama, dan semua pihak harus bersetuju dengan apa yang dikatakan.

“Seperti apa yang dinyatakan Tun Mahathir, apa yang diputuskan oleh mahkamah dan undang-undang harus dipatuhi oleh semua pihak, kehidupan yang tidak mempunyai peraturan dan undang-undang boleh mengakibatkan kacau bilau, apakah kita mahu perkara sebegitu berlaku di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Puteri UMNO melahirkan kesyukuran dan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjuang untuk membina negara ini seperti apa yang dinikmati sekarang.

“Semua pihak perlu mengelak daripada mencetuskan sesuatu perkara yang menyentuh mana-mana pihak kerana ianya boleh mendatangkan keburukkan.

“Kepada generasi muda, janganlah mudah untuk terpengaruh dengan apa jua perkara yang boleh merosakkan negara, fikir dan renung apa yang kita nikmati sekarang adalah perjuangan mereka yang terdahulu.

“Dan sebagai generasi pelapis, kita seharusnya mempertahankan apa yang dinikmati bukannya cuba memusnahkannya disebabkan terpengaruh dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang sememangnya tidak senang dengan apa kestabilan dan kesejahteraan negara kita,” katanya.

Zahida berkata generasi muda seharusnya bersama-sama mempertahankan bukannya untuk meruntuhkan dan berfikirlah sebelum bertindak. -MediaUMNO

 

 

KP1M Ready To Light Up Kemaman Flood Victims

Posted: 09 Jan 2014 04:16 AM PST

KEMAMAN, Jan 9 – Victims of the major floods here last month are looking forward to Sunday as the Putra 1Malaysia Club (KP1M) will be arriving with household items for them.

The floods in early December affected 14,000 families with most of them losing their belongings in the disaster.

Those listed as flood victims will receive mattresses, pillows, stoves, refrigerators and television sets contributed by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) as announced by Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek who is also Kemaman member of Parliament.

The arrival of 22 of the 43 containers carrying the goods at the temporary storage centre at Dewan Datuk Seri Amar has certainly created a buzz in the town.

One of the listed recipients, Kartina Saruni, 36, said to be eligible for the assistance, one has to apply and send the form to the Village Development and Security Committee (JKKK) and one should also check the list at the Kemaman district office.

“I was alerted of the assistance by a friend and this Sunday, eligible families need to be present at the Astaka field, when the Prime Minister will present coupons for the items.

“With the coupons, we could redeem the items with the respective JKKK,” she told Bernama here today.

Kartina who is a civil servant living in Taman Geliga Besar here said the assistance is a big help as most of her household items were damaged in the floods.

Another flood victim, Saidi Ngah, 46, said he was hard-pressed to replace all the damaged home appliances and the KP1M assistance was very timely.

“Flood water almost reached the roof of our house, and we lost virtually everything,” he said.

Amalan Politik Sempit Pembangkang Sentiasa Buat Rakyat Dalam Keresahan

Posted: 09 Jan 2014 03:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan  – Pakatan pembangkang hari ini menimbulkan pelbagai prasangka dan persoalan dalam menunjukkan semangat cintakan negara lantaran banyak kegiatan yang mereka lakukan cenderung kepada perkara yang memburukkan dan mendatangkan huru-hara.

Timbalan Ketua  Bahagian UMNO Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusoff menganggap sikap pakatan pembangkang yang tidak matang dalam berpolitik adalah penyebab kepada pelbagai keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat hari ini.

juarai_agenda_anwar

"Sekiranya pembangkang benar-benar mengutamakan kesejahteraan dan kepentingan rakyat maka tentunya mereka tidak akan menyeru kepada himpunan jalanan yang kononnya dibuat atas rasa ketidakpuasan hati sedangkan pelbagai perkara yang timbul boleh ditangani dengan baik melalui saluran yang telah disediakan," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau mengaitkan dengan rasa tidak puas hati pembangkang lantaran gagal mendapatkan kuasa melalui demokrasi iaitu dalam pilihan raya umum yang lalu sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja untuk mengaibkan kerajaan dan pemimpinnya termasuklah demonstrasi.

"Pakatan pembangkang tidak dapat terima kenyataan bahawa mereka tewas dalam pilihan raya dan Barisan Nasional (BN) meneruskan kepimpinan dalam kerajaan maka mereka cuba melakukan provokasi termasuk menghasut rakyat agar kerajaan yang ada ini dapat ditumbangkan," katanya.

Tegas beliau, selepas sahaja pembangkang gagal menguasai kerajaan dalam pilihan raya lalu, pemimpinnya termasuklah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan yang dinamakan Himpunan Blackout 505 dengan bersandarkan kepada dakwaan kononnya sistem pilihan raya pincang dan undi popular.

"Sehingga sekarang ini pun mereka masih terus-terusan nak menghasut rakyat dengan macam-macam perkara termasuklah isu-isu sensitif dan bersifat perkauman turut jadi permainan mereka. Ini tentunya akan menjejaskan keharmonian dan semangat perpaduan yang selama ini kita semai.

bersih tiga

"Kerja pembangkang ini hanya mahu memburukkan kerajaan tanpa ada usaha membantu rakyat, sedangkan ini bukan lagi masa untuk berpolitik. Buatlah kerja dan bila tiba pilihan raya nanti bertandinglah untuk dinilai oleh rakyat. Sekarang BN dah menang jadi biarlah BN laksanakan tanggungjawab," bidasnya.

Ujar beliau lagi, rakyat dah jelak dengan sikap bersandiwara kepimpinan pembangkang yang kerapkali menggunakan rakyat sebagai alat untuk berpolitik sedangkan amanah yang perlu mereka laksanakan dibiar.

"Pembangkang sengaja mahukan keadaan huru-hara agar rakyat tidak tenteram dan kemudiannya Perdana Menteri dianggap lemah dengan harapan rakyat bangkit dan akan berlaku sekali lagi pilihan raya sebagaimana di negara-negara bergolak termasuk negara jiran kita.

"Namun, kepimpinan tertinggi kita tidak lemah sebaliknya sentiasa bersikap tenang dan matang dalam menangani sikap dangkal pembangkang yang selalunya berselindung di sebalik nama NGO dan lain-lain lagi."

Dalam masa yang sama beliau turut menyeru rakyat untuk terus menyokong kerajaan yang dipilih atas nama demokrasi dan tidak tengaruh dengan tingkah pembangkang yang bermain dengan isu picisan. – MediaUMNO

Kerajaan Belum Buat Keputusan Kenaikan Tol Tahun Ini – Najib

Posted: 09 Jan 2014 03:33 AM PST

sokong-najib-1malaysia-janji-ditepati-tolak-politik-kotor-pembangkang-anwar

RAWANG, 9 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar  tol lebuh raya tahun ini.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas perbincangan makmal dijalankan secara mendalam yang antara lain bertujuan mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan beban pengguna.

“Tunggulah masanya…jangan hanya fikir macam seolah-olah kerajaan langsung tak sensitif terhadap masalah rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Plaza Tol Sungai Buaya dekat sini hari ini.

Najib berkata kerajaan sememangnya sentiasa peka dan prihatin terhadap setiap permasalahan rakyat dan ia terbukti dengan penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013.

Menurut perdana menteri, bagi tempoh 2008 hingga 2011 kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM459 juta, 2012 (RM329 juta) dan 2013 (RM343 juta)  kepada syarikat konsesi pengendali lebuh raya berikutan penangguhan kenaikan tol.

Najib berkata sekiranya kenaikan kadar tol pada tahun ini ditangguhkan, kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM404 juta.

Katanya selain menangguhkan kenaikan kadar tol, langkah lain yang turut diambil oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat termasuk mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol.

“Kerajaan juga turut menutup beberapa plaza tol dan menstruktur kadar tol di bawah Plus (Projek Lebuh Raya Utara Selatan) dan MTD (MTD Prime Sdn Bhd),” katanya.

Perdana menteri turut mempertikaikan tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan tidak mengenakan kadar tol yang sama selama 30 tahun atau sepanjang tempoh konsesi yang menurutnya tidak masuk akal.

“Kalau kita buat macam ini kadar tol pada hari pertama mungkin tinggi.

“Sebaliknya kita kenakan tol rendah pada permulaan dan naikkan ikut kemampuan rakyat dari semasa ke semasa dan kita juga cuba perseimbang dengan pihak yang bina lebuh raya,” katanya.

Najib turut menjelaskan langkah kerajaan tidak menggunakan dana kerajaan untuk membina lebuh raya di negara ini sebaliknya melantik syarikat konsesi bagi memastikan wang tersebut diguna untuk pembangunan lain seperti sekolah dan hospital.

“Kita andaikan kalau lebuh raya itu kos pembangunan katalah RM5 bilion, maka kalau terpaksa bina 30 lebuh raya maka kita terpaksa keluarkan dana kerajaan sebanyak RM150 bilion.

“Jika kita keluarkan wang sejumlah itu maka amat sukar untuk kita bina projek lain yang tak mungkin dapat pinjaman daripada institusi kewangan seperti sekolah, hospital dan balai polis,” kata Perdana Menteri.

Menjelas lanjut, beliau berkata sekiranya pembinaan lebuh raya tidak diserahkan kepada syarikat konsesi yang memiliki dana komersial sendiri, sudah pasti rakyat perlu menunggu untuk tempoh yang lama bagi menikmati kemudahan itu.

“Inilah hakikat yang kita terpaksa faham. Ada projek yang terpaksa dibiayai oleh kerajaan dan ada juga projek yang boleh dibiayai dengan dana komersial,” katanya.

Najib berkata tindakan yang dibuat kerajaan itu telah membolehkan Malaysia mempunyai rangkaian lebuh raya sebagai antara yang terbaik di dunia, malah ia turut mendapat pujian ramai pelancong asing.

Katanya semua pihak perlu menilai dari segi logik akal bahawa tanpa mengenakan tol adalah sukar untuk syarikat konsesi memperoleh semula dana dan seterusnya membiayai projek pembinaan yang lain.

“Kalau ada orang kata ini boleh dilakukan (tidak mengenakan tol), itu penipuan.  Kita (kerajaan) kenakan tol tapi pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat,” katanya.

Perdana menteri juga mengajak rakyat menepis persepsi bahawa kenaikan harga barangan seperti yang dilaporkan kebelakangan ini berpunca daripada kerajaan.

“Ikan naik harga mungkin disebabkan cuaca, jangan salahkan kerajaan. Kobis yang diimport dari China naik harga mungkin disebabkan bekalan kurang…pun salahkan kerajaan.

“Saya tahu banyak pihak persoalkan kerajaan seolah-olah kita bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata rakyat tidak seharusnya terlalu mengikut emosi, sebaliknya perlu memahami dan melihat ‘track record’ kerajaan yang sentiasa berusaha membela dan memperjuangkan nasib mereka.

Mengenai pembinaan persimpangan bertingkat itu, Najib berkata ia merupakan satu kemudahan kepada penduduk sekitar Rawang dan Bukit Beruntung kerana menerusinya tempoh masa perjalanan dapat dijimatkan sehingga 45 minit.

Katanya projek yang dibina dengan kos RM85 juta itu juga bukti kaedah kerjasama awam swasta sangat berkesan kerana membolehkan ia siap dibina dalam tempoh hanya 30 bulan.

Dr Mahathir Cadang Wujud Semula ISA Tangani Puak Pelampau

Posted: 09 Jan 2014 02:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

mahathir-tegas-isu-agama-bangsa-negara-islam-malaysia

“Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 ‘Hello On Two’, yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.

Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai undang-undang sedemikian.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.

“Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini,” katanya.

Dalam rancangan itu, Dr Mahathir berkongsi pendapat dan rahsia termasuk rutin harian, falsafah perniagaan, dan rahsia kesihatan yang membuatkan beliau sentiasa sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun.

Beliau turut menamakan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber inspirasi beliau, kerana kagum dengan kesabaran dan kehebatan Baginda semasa berhadapan dengan golongan yang membencinya, selain berjaya membangunkan masyarakat Islam yang bertamadun.

Rancangan itu diadakan sempena ulang tahun ke-11 Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke empat sejak 1981 dan berundur daripada jawatan itu pada 2003, setelah menerajui pemerintahan negara selama 22 tahun.

Semasa rancangan sejam itu berlangsung, pelukis Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda melukis sebuah potret Dr Mahathir.

2.3 Million Foreign Works Must Have I-Kad By Year-End : Zahid

Posted: 09 Jan 2014 01:28 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 9 – Some 2.3 million foreign workers must have the I-Kad, latest by the year-end, in a move to solve the problem of illegal immigrants in the country.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the I-Kad would be issued in stages according to the sectors and colour codes.

He said the I-Kad had high-technology security features such as biometric fingerprints, Nexcode and contactless chip.

“The employers or workers will have to apply for the card at RM110. The people’s money will not be used for this.

“The Home Ministry will not compromise with those foreign workers who don’t have an I-Kad,” he told reporters after the launching of the Foreign Workers I-Kad, here, today.

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) has been appointed to supply the I-Kad. The use of I-Kad was enforced on Nov 15, last year.

Ahmad Zahid said the I-Kad would ease detecting foreign workers in 10 sectors in the country and avoid forgery while other security features would be upgraded in the second phase.

Meanwhile, Ahmad Zahid warned operators of conventional and online gambling to stop their illegal activities before police intensify Ops Dadu.

“Ops Dadu had been held all this while but we will intensify the operations. The date will be announced this month. We are in the final phase of training a special squad for the operations,” he said.

It was reported in a tabloid today that 200 police personnel were being given special training to raid all gambling premises nationwide.

Sabah Government Also Considers Students, Parents’ Convinience

Posted: 09 Jan 2014 01:11 AM PST

KOTA KINABALU, Jan 9 – The Sabah government has spent a substantial amount of money for the development of education in the state including providing conveniences for students and their families.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the state government appreciated the sacrifices made by parents in ensuring that their children receive an education and be successful, and thus they should aptly be provided the conveniences.

“Hence why the state government decided to set up the education hub in Sandakan; so that the children in Sabah need not go abroad to pursue their studies.

“We understand the financial burden that parents have to bear, not just the study costs but the accommodation and travel expenses they have to fork out when visiting their children,” he said at Kolej Yayasan Sabah’s 18th convocation here today.

Bakal Penerima Anggap Bantuan Peralatan Rumah Satu Rahmat

Posted: 09 Jan 2014 01:06 AM PST

KEMAMAN, 9 Jan – Bagi mangsa banjir yang tersenarai menerima peralatan rumah, bantuan itu satu rahmat yang bukan kecil nilainya kerana bagi mereka tidak banyak pihak yang mahu memberi tilam dan bantal secara percuma, apatah lagi televisyen dan peti sejuk.

barang-konvoi-lori-bantuan-mangsa-banjir-terengganu

“Alhamdulillah, selepas sebulan terpaksa tidur beralaskan tikar dan simen, kami sekeluarga bakal menerima tilam Ahad ini… kami tidak sabar hendak tunggu Ahad ini,” kata Saidi Ngah kepada Bernama, di sini hari ini.

Saidi, 46, ialah antara 14,000 ketua keluarga yang teruk terjejas dalam bencana banjir di daerah ini awal Disember lepas dan bakal menerima bantuan dalam bentuk tilam, bantal, perkakas dapur, televisyen dan peti sejuk menerusi program yang akan dilancar di sini pada Ahad ini.

Katanya bencana itu menyebabkan rumahnya ditenggelami air sehingga ke bumbung, menyebabkan segala perkakas rumah rosak.

“Bagi orang berpendapatan rendah seperti saya yang bekerja sendiri ini, mahu membeli tilam berharga RM100 pun susah, kerana keutamaan adalah perkara asas seperti makanan,” katanya yang berterima kasih atas keprihatinan kerajaan.

Seorang lagi bakal penerima, Kartina Saruni, 36, percaya bantuan itu amat dihargai oleh mangsa banjir sepertinya.

“Ketika banjir tempoh hari, rata-rata kami mengalami kerugian harta benda yang cukup besar,” kata penjawat awam yang tinggal di Taman Geliga Besar itu.

“Terima kasih atas keprihatinan kerajaan dalam membantu saya dan mangsa banjir di Kemaman… saya percaya orang ramai pastinya akan hargai,” katanya lagi.

Bagi Abd Rahman Mohamad, 53, pula, ketiadaan televisyen di rumah menyebabkan anak-anaknya sering keluar rumah.

“Televisyen yang akan pak cik terima nanti sangat berguna sebab buat masa ini kami tiada TV. Harapnya dengan pemberian itu nanti akan memberi kemudahan dan kesenangan kami bersama,” katanya.

Semalam, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilapor berkata kelab itu menggerakkan usaha menyalurkan bantuan berkenaan yang disumbang hasil kerjasama KP1M, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Umno.

Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman, dilapor berkata kementeriannya menerusi SKMM akan menyumbangkan televisyen kepada keluarga yang terjejas dalam bencana banjir itu.

Kemaman antara daerah yang teruk terjejas dalam bencana yang turut melumpuhkan Kuantan itu.

azeez-rahim-baling-umno-bn-putera-bantuan-mangsa-banjir

shabery-cheek-bantuan-mangsa-banjir-terengganu-sekolah

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT