SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, January 30, 2014

UMNO Online - “Toll Rates Remain Unchanged, Says Highway Authority” plus 9 more

UMNO Online - “Toll Rates Remain Unchanged, Says Highway Authority” plus 9 more

Link to UMNO Online

Toll Rates Remain Unchanged, Says Highway Authority

Posted: 29 Jan 2014 02:33 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 29  - The Malaysian Highway Authority (MHA) today dismissed talk of a rise in toll rates and said all toll rates remained unchanged.

MHA director-general Datuk Ismail Md Salleh said the government had not made a decision on any rise in toll rates.

“There has been no directive to highway concessionaires on the matter (of toll rate increase),” he said in a statement.

As such, he said, any statement or report on a rise in toll rates was untrue.

All Districts In Negeri Sembilan To Have Consumers Association

Posted: 29 Jan 2014 02:31 AM PST

SEREMBAN, Jan 29  - The Negeri Sembilan Umno is setting up consumers associations in all districts in the state in an effort to help the government address the issue on the increase in prices of goods.

The decision was reached at the State Umno liaison Committee meeting last Monday, its chairman Datuk Seri Mohamad Hasan said today.

“This associations will be registered and through them, we will coordinate and monitor the prices of goods,” he told a media conference here today.

He said in developed countries, the consumers associations were strong and they became the ‘watch dog’ to ensure traders did not engage in profiteering.

“The association members will comprise Umno branch members in the eight Umno divisions in the state,” he added.

PRK DUN Kajang : Awas Wayang Kulit Pembangkang – Dr Salleh

Posted: 29 Jan 2014 02:16 AM PST

KOTA KINABALU, 29 Jan –  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak membidas Pakatan Pembangkang yang jelas memperkotak-katikkan amanah rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan menyifatkan peletakan jawatan wakil rakyat di kawasan tersebut, Lee Chin Cheh sebagai satu lagi `wayang pembangkang’.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, beliau berkata apa yang berlaku itu sebenarnya adalah atas kehendak Anwar dan tindak-tanduk mereka dalam beberapa hari ini adalah lakonan semata-mata berdasarkan `skrip wayang’ yang diarahkan oleh kepemimpinan Pakatan Pembangkang.

“Kita dapat melihat dengan jelas rentetan peristiwa ini seperti  wayang yang disusun skripnya. Bermula dengan peletakan jawatan wakil rakyat, sehari kemudian segera diumumkan penamaan Anwar sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) untuk mengisi kekosongan, kemudian sekutu pembangkang lain PAS dan DAP berpura-pura menghentam untuk menarik perhatian dan simpati,” katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

anwar_azizah_ketawa_cina_dap_lim_kit_siang_guan_eng

Salleh yang juga Speaker DUN Sabah berkata matlamat sebenar `wayang pembangkang’ ini adalah untuk kepentingan politik Anwar yang semata-mata yang mahukan kuasa demi agenda politik peribadinya.

“Setelah gagal dalam percubaannya ke Putrajaya, Anwar kini cuba untuk menuju ke kerusi Menteri Besar Selangor, jadi setidak-tidaknya dia boleh menggunakan kuasa dan kedudukan di sana untuk survival politiknya,” ujarnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan  bahawa pertikaian mengenai isu pemecatan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempunyai pertalian dengan agenda Anwar menuju ke singgahsana kuasa di Selangor.

Pada masa yang sama, jelasnya lagi, tindakan itu juga bertujuan bagi menutup kelemahan serta mengalihkan pelbagai isu yang dihadapi pembangkang kebelakangan ini, termasuk isu Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun baru-baru ini.

Apa yang jelas kata beliau, perkembangan politik yang berlaku dalam pakatan pembangkang  hari ini ini cukup jelas memperlihatkan bahawa `Anwar itu adalah PKR, dan PKR itu adalah Anwar’.

Salleh turut menyatakan rasa kesalnya kerana dalam permainan politik Anwar dan sekutunya ini,  yang menjadi mangsa adalah pengundi DUN Kajang sendiri, di mana mandat mereka jelas diperkotak-katikkan hanya semata-mata untuk memenuhi agenda dan selera politik peribadi seseorang.

"Anwar memperalatkan PKR sebagai batu loncatan mencapai cita-cita politik peribadinya. Justeru itu, saya amat berharap agar rakyat diberi kefahaman berhubung  cerita sebenar yang berlaku dalam pakatan pembangkang supaya mereka tidak mudah terjebak dengan permainan politik pembangkang yang sanggup berbuat apa saja demi kuasa dan agenda politik peribadi mereka," tegasnya. -MediaUMNO

UMNO Johor Yakin Usaha DAP Pikat Orang Melayu Berdepan Kegagalan

Posted: 29 Jan 2014 01:54 AM PST

JOHOR BAHARU, 29 Jan – UMNO Johor yakin usaha DAP untuk menarik sokongan orang Melayu Johor terhadap perjuangan politiknya akan berdepan kesukaran dan kegagalan.

Setiausahanya Mohd Jais Sarday berkata bukan sesuatu yang mudah untuk DAP mempengaruhi masyarakat Melayu Johor kerana perjuangan politiknya bertentangan dengan perjuangan orang Melayu dan Islam.

“Saya percaya orang Melayu di Johor tidak semudah itu (dipengaruhi DAP)…parti yang bertentangan dengan perjuangan kita sebagai orang Melayu dan Islam,” kata Mohd Jais yang juga Exco kanan kerajaan negeri Johor ketika ditemu ramah Bernama baru-baru ini.

jais-sarday-kluang-johor-umno-bn-bantuan-sumbangan-rakyat

Menurutnya, UMNO Johor sedar tentang usaha bersungguh-sungguh yang dilaksanakan oleh DAP untuk memikat hati orang Melayu di Johor, bagi merealisasikan hasrat untuk menawan negeri ini dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mohd Jais berkata demikian bagi mengulas kenyataan pemimpin DAP pusat dan negeri yang mahu menggandakan usaha untuk menarik sokongan masyarakat Melayu di Johor sebagai sebahagian daripada strategi untuk menawan negeri ini pada PRU14.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong di dalam kenyataannya baru baru ini, juga berkata pakatan pembangkang menyasarkan lapan lagi kerusi Parlimen dan lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan yakin mempunyai peluang baik untuk menang.

Pada PRU13, pakatan pembangkang memenangi lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di Johor daripada keseluruhan 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN.

Mohd Jais yang juga Adun Mahkota mendakwa DAP juga berusaha memecah-belah perpaduan mereka dengan harapan sokongan terhadap UMNO akan terhakis.

Mengenai pemilihan Liew sebagai Pengerusi DAP Johor yang baharu, beliau berpendapat ia merupakan langkah untuk mengukuhkan pengaruh Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, setiausaha agung parti itu di Johor.

Menurut Mohd Jais, pelantikan Liew merupakan strategi DAP untuk menarik lebih banyak sokongan daripada pengundi muda memandangkan Pengerusi DAP Johor itu baru berusia 36 tahun.

DUN Mahkota, merupakan satu daripada dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Kluang yang diwakili Liew. Satu lagi kerusi iaitu DUN Mengkibol turut diwakili DAP, Tan Hong Pin.

Pelaksanaan KPI Bakal Lonjak Prestasi UMNO Menerusi Budaya Kerja Baru Dalam Parti – Sharkar

Posted: 29 Jan 2014 01:47 AM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) UMNO yang diluluskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti baru-baru ini merupakan satu budaya kerja baru yang yang cukup baik untuk parti.

Menurut beliau pelaksanaan KPI itu secara tersiratnya mahukan UMNO di semua peringkat sentiasa berbincang serta bersedia kerana politik adalah pilihanraya dan sudah tentu matlamat dalam pilihan raya adalah untuk menang.

"Kita kena ke arah itu dan bagi UMNO Pahang insyaallah kita bersedia melaksanakannya. Dengan 1000 lebih cawangan serta seluruh kepimpinan bahagian, kita akan melaksanakannya nanti. Ini budaya kerja baru yang cukup baik.

sharkar-pahang-umno-bn-pelajar-pendidikan

"Dan sudah pasti dengan KPI ini akan membuatkan seluruh ahli parti baik di semua peringkat akan lebih komited untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing dalam usaha memperkasakan lagi parti," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini meluluskan indeks prestasi utama (KPI) yang akan diedarkan ke bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata KPI itu akan memastikan semua kerja dapat dilaksana dengan lebih aktif serta sistematik, dan setiap anggota MT akan diberi tanggungjawab memantau KPI bahagian manakala ketua bahagian ditugaskan memantau KPI cawangan.

Sharkar yang juga ADUN Lancang seterusnya melontarkan keyakinan bahawa pelaksanaan KPI itu akan melonjakkan lagi kekuatan UMNO sekaligus bakal memberi impak yang cukup besar kepada parti.

"KPI ini sudah semestinya akan beri lebih tanggungjawab kepada setiap ahli parti dan di peringkat kepimpinan keseluruhan. Inilah yang kita nampak dan ini juga sebahagian transformasi diperkenalkan oleh pucuk pimpinan yang perlu dijayakan sepenuhnya," ujar beliau.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selain menjaga kepentingan rakyat, penanda aras utama lain dalam KPI berkenaan ialah menambah anggota UMNO dan bilangan pengundi baharu. -MediaUMNO

Cabar Najib Bertanding Di Kajang… Patutlah Azmin Tak Layak Jadi MB Selangor

Posted: 29 Jan 2014 01:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin menempelak kenyataan dangkal Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib supaya bertanding dalam PRK N25 Kajang menentang Ketua Umum PKR.

Ujarnya, amalan politik kebudak-budakan Azmin Ali dalam hal ini menguatkan lagi alasan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menolak beliau sebagai calon Menteri Besar adalah amat tepat.

azmin-tak-layak-cabar-najib-pm-prk-pilihanraya-dun-kajang-selangor-anwar

"Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sebenarnya sedang memperkosa amalan demokrasi di negara ini dan membuktikan bahawa kepercayaan dan keyakinan pengundi dan rakyat di negeri Selangor amat mudah untuk di permainkan.

“PKR seharusnya mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang diwakili Azmin Ali bagi memberi ruang kepada pelacur politik seperti Anwar Ibrahim memenuhi cita-cita peribadi sebagai Menteri Besar setelah gagal menjadi Perdana Menteri memandangkan kepimpinan Azmin Ali terbukti ditolak oleh Pakatan Pembangkang Negeri Selangor," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Terdahulu, Azmin Ali menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin terkemuka dunia, pemimpin yang dikehendaki oleh Negara-negara Islam seperti Timur Tengah serta Negara-negara yang membangun.

Kepimpinan Anwar bukan sahaja diperlukan di Malaysia malah di Negara lain. Sehubungan dengan itu, orang Kajang sangat beruntung kerana ada pemimpin dunia yang turun berjuang di Kajang.

Azmin turut mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk bersaing bersama Anwar Ibrahim merebut kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh. -MediaUMNO

Kerajaan Akan Pastikan Sabah, Sarawak Tidak Hilang Hasil Bila GST Dilaksana

Posted: 29 Jan 2014 12:46 AM PST

KUCHING, 29 Jan – Kementerian Kewangan akan mewujudkan mekanisme yang bersesuaian bagi memastikan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak tidak kehilangan kutipan hasil berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata perbincangan susulan akan dibuat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak berhubung perkara itu memandangkan kedua-dua negeri ini mempunyai autonomi untuk mengutip cukai.

“Berdasarkan Perkara 95b Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak, sebagai contoh, boleh mengenakan cukai jualan ke atas CPO (minyak sawit mentah) dan cukai jualan untuk produk dan perkhidmatan tertentu,” katanya selepas menghadiri Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) Peringkat Negeri Sarawak di sini.

Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud merasmikan seminar itu yang dihadiri 1,500 peserta.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata hanya Sabah dan Sarawak sahaja negeri-negeri di Malaysia mempunyai kuasa autonomi untuk mengutip cukai, dan pelaksanaan GST ini kelak perlu mengambil kira kedudukan ini.

“Apa pun keputusan kita, kita tidak akan menyusahkan rakyat Sabah dan Sarawak. Kita tidak akan merugikan kutipan hasil untuk negeri-negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Abang Johari berkata pelaksanaan GST di Sarawak perlu diperhalusi dengan mengambil kira peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa kerajaan Sarawak untuk mengenakan cukai.

“Walaupun kerajaan negeri tidak ada halangan untuk menerima pakai system GST, namun kerajaan negeri mahu perbincangan lanjut dibuat untuk memperhalus mekanisme pelaksanaannya,” katanya.

Penerangan berkenaan GST yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 merupakan antara agenda dalam seminar sehari itu yang turut membincangkan Bajet 2014 dan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera.

No Escaping The Law For Issuing Statements Hurting Religious Sensitivities – IGP Warns

Posted: 29 Jan 2014 12:39 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 29  - No individual will escape action by the authorities for issuing statements that offend religious sensitivities, even if the statements were made on social websites from outside the country.

Inspector-General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar said police would still take tough action to ensure that people would not wantonly issue irresponsible statements as this could cause racial tension.

“Action will be taken against whatever comments made against any religion in Malaysia, even if made through social websites from outside the country.”

Khalid said this after witnessing the handing-over of duty by Federal Commercial Crime Investigation Department (CCID) director Datuk Seri Syed Ismail Syed Azizan, who is going on compulsory retirement, to its acting director, Datuk Tajudin Isa, the CCID deputy director I.

He was asked by reporters to comment on a statement made by a Facebook account owner who goes by the name of Man Namblast which touched on Hindu religious sensitivities during the recent Thaipusam celebration.

Khalid said police together with the Malaysian Communications and Multimedia Commission were now trying to detect the Facebook account owner involved.

“So far, there has been no arrest made. In such cases, we could sometimes detect the culprits early while there have also been instances where we took a bit more time, especially when the offending statements were made from abroad.

“But, we will still detect the offenders and take action against them,” he added.

In another development, Khalid said the case of the random shooting at 46 business premises in Kota Kinabalu recently was considered solved after police arrested five men believed to be local gangsters and car repossessors.

In the incidents on Jan 10 and 11, a group of men fired gunshots at the premises, starting in Inanam, then on to Gaya Street, the Wawasan Plaza and Times Square areas, Luyang and Damai before ending in Penampang.

Pembangkang Jadikan Demokrasi Sebagai Alasan Untuk Provokasi Melampau

Posted: 28 Jan 2014 11:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Provokasi antara parti-parti politik adalah perkara biasa namun apa yang membimbangkang apabila provokasi melampau dilakukan khususnya oleh pakatan pembangkang dalam hasrat mereka untuk mendapat kuasa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin menganggap pakatan pembangkang tidak pernah mengambil kisah terhadap kerisauan rakyat apabila mereka terus-terusan menggunakan isu sensitif sebagai bahan provokasi politik.

"Tindakan pakatan pembangkang yang mengunakan isu-su sensitif seperti agama dan sentimen perkauman seakan sengaja dibuat untuk mewujudkan kekacauan atau sengaja mencabar pihak berkuasa dan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, pembangkang menggunakan alasan demokrasi untuk membolehkan mereka lakukan apa-apa sahaja yang mereka suka biarpun jika difikirkan dalam logik akal tingkah mereka amat melampau.

anwar-mb-selangor-kerusi-dun-kajang-anti-demokrasi-pilihanraya-kecil-umno-bn

"Kita tengok macam mana tindakan ADUN mereka yang sanggup meletak jawatan tanpa sebab yang rasional biarpun pilihan raya umum belum pun sampai setahun berlalu apatah lagi pelantikannya sebagai ADUN dipilih oleh rakyat."

Dalam hal ini beliau mengaitkan dengan tindakan wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh yang meletak jawatan sebagai ADUN kawasan Kajang untuk memberi laluan kepada Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki jawatan terbabit.

"Bagi pakatan pembangkang hal-hal sedemikian adalah perkara biasa kerana mereka tidak pernah memikirkan kehendak dan keperluan rakyat sebaliknya agenda mereka adalah untuk mendapat kuasa, pangkat dan kedudukan."

Berkaitan dengan tindakan Anwar, ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, sememangnya Anwar sudah terkenal dengan sikapnya yang suka mewujudkan tipu daya kepada masyarakat sebagaimana janjinya pada 16 September 2008 untuk mengambil alih kerajaan dan menduduki jawatan Perdana Menteri Malaysia.

"Tapi nampaknya tipu daya tidak berhasil dan kemudian harapan untuk menjadi Perdana Menteri dilihat cukup susah maka apa yang dia nampak sekarang adalah jawatan selaku Menteri Besar Selangor.

"Lagi pula, jadi Menteri Besar di Selangor lebih besar gajinya berbanding dengan jawatan Perdana Menteri," selorohnya berdasarkan gaji Perdana Menteri hanya sekitar RM22 ribu sedangkan Menteri Besar Selangor bergaji lebih RM29 ribu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat agar dapat menilai apa yang berlaku dengan melakukan perbandingan antara pemimpin kerajaan dan pemimpin dalam pakatan pembangkang.

"Pakatan pembangkang ini sengaja menimbulkan perkara yang berkaitan dengan spekulasi dan pelbagai propaganda dengan tujuan untuk mengelirukan masyarakat lantas memperdaya mereka agar terperangkap dalam janji-janji manis yang tidak akan tertunai," katanya lagi. - MediaUMNO

Inilah Masa Pas Selangor Tunjuk Berani Ajar Anwar Dan PKR

Posted: 28 Jan 2014 11:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Mantan Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin Firlansa menyeru kepimpinan Pas Selangor  jangan terus bertolenrasi berhubung keadaan kemelut yang sedang melanda kepimpinan PKR di negeri tersebut serta 'mengajar' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat keputusan membelakangi parti tersebut.

Menurut beliau, tidak ada sebarang perbincangan dengan kepimpinan Pas baik di negeri mahupun di pusat berhubung beliau mahu menjadi calon di Dewan Undangan Negeri Kajang, setelah Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.

"Pada pandangan saya, dalam keadaan kalut hari ini, kepimpinan Pas negeri mesti mengambil alih pentadbiran di negeri Selangor. Sudah lama kita bertolak ansur  dengan karenah dan perangai politik Anwar Ibrahim.

geng_sokong_anwar_erdogan_pas

"Hari ini sudah jelas tindakan Anwar yang membelakangi Pas dan kepimpinan pakatan serta membuat keputusan sendiri demi agenda politik peribadinya. Ini bukan UMNO yang tunjuk, tetapi dia tunjuk sendiri perangainya itu.

" Jadi saya rasa cukup-cukuplah. Pas perlu ambil alih pentadbiran negeri. Lagipun kerusi yang dimenangi Pas lebih banyak dari kerusi PKR, jadi tidak sebab Pas tidak boleh ambil alih pentadbiran negeri," katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Apabila ditanya apa yang dimaksudkan dengan mengambil alih pentadbiran, beliau menjawab, Pas mesti meletakkan calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya berlaku kekosongan kelak.

"Ya, sekiranya kemelut ini berterusan sehingga menyebabkan jawatan MB kosong, maka saya berpendapat pimpinan Pas negeri perlu menghantar calon untuk dipilih sebagai MB Selangor.

"Sudah sampai masanya Pas pula yang kehadapan dan tidak hanya memainkan peranan di belakang tabir. Ambil alih pentadbiran negeri kerana jelas kerajaan hari ini gagal menyelesaikan segala kemelut sesama sendiri sehingga amanah rakyat tidak terlaksana.

"Secara terus terang, dulu, kini dan selamanya saya mahu dan sentiasa menyokong sebarang usaha untuk melantik Menteri Besar di kalangan kepimpinan Pas di Selangor," tegasnya.

Hafiz juga turut meminta agar kepimpinan Pas pusat tidak campur tangan di dalam sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan Pas negeri berhubung perkara ini kelak.

"Saya kira Pas pusat tidak perlu campur tangan, dan membiarkan Pas negeri membuat keputusan mereka. Samada mereka mahu bertanding pada pilihanraya kecil ini atau tidak, samada mereka mahu meletakkan salah seorang calon mereka sebagai MB atau pun tidak, biarkanlah kepimpinan Pas Selangor membuat keputusan tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak," ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT