SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, January 19, 2014

UMNO Online - “Penutupan Giat Mara Bercanggah Dengan Slogan Negeri Berkebajikan Pakatan” plus 2 more

UMNO Online - “Penutupan Giat Mara Bercanggah Dengan Slogan Negeri Berkebajikan Pakatan” plus 2 more

Link to UMNO Online

Penutupan Giat Mara Bercanggah Dengan Slogan Negeri Berkebajikan Pakatan

Posted: 17 Jan 2014 11:52 PM PST

TAIPING, 18 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal menyatakan rasa kesalnya dengan hasrat kerajaan negeri Selangor untuk menutup pusat giat Mara dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar serta bercanggah dengan slogan kerajaan negeri yang mahu membela rakyat.

Menurut beliau,  pusat giat Mara merupakan satu landasan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat bagi menambahkan ilmu dan kemahiran dikalangan anak-anak Melayu.

"Pusat Giat Mara itu disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk rakyat sebagai pusat latihan bagi mereka menambahkan ilmu dan kemahiran mereka. Ia bukan diwujudkan untuk tujuan politik atau merekrut ahli-ahli UMNO.

shafie-apdal-lawat-gerai-karnival-kempen-keahlian-puteri-umno-taiping

"Biarpun kerajaan negeri sudah membuat kenyataan bahawa mereka akan membenarkan pusat giat Mara tersebut beroperasi sehingga ke hujung tahun, tetapi fakta yang harus dilihat ialah dalam konteks pembelaan kepada rakyat.

"Lagipun pusat giat mara itu sudah lama di situ, bukan setahun dua, tetapi sudah bertahun-tahun beroperasi di kawasan tersebut. Ia disediakan bukan untuk parti politik tetapi untuk rakyat yang memerlukan bimbingan dan latihan," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Karnival Kempen Keahlian Puteri UMNO Malaysia bertempat di Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping.

Tambah beliau, penutupan pusat giat Mara tersebut hanya akan merugikan rakyat di Selangor, khususnya anak muda di negeri tersebut  yang sebelum ini telah memperolehi pelbagai kemahiran melalui kursus yang dianjurkan oleh pusat giat Mara tersebut.

"Ramai anak-anak muda yang telah memperolehi manfaat daripada kewujudan pusat giat mara di mana mereka boleh belajar pelbagai kemahiran seperti elektrik, membaiki motor dan kereta, membina rumah dan pelbagai lagi kemahiran.

"Justeru itu, kita memang merasa kesal dengan hasrat penutupan pusat giat Mara itu dan saya lihat isu ini lebih kepada soal politik. Saya minta agar kerajaan negeri tidak melihat isu giat mara ini berdasarkan pandangan politik semata-mata tetapi kerajaan negeri perlulah melihat ianya dari sudut kepentingan untuk membantu rakyat," tegasnya.

Sementara itu, beliau mengucapkan syabas kepada pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang berjaya menganjurkan karnival kempen keahlian dalam usaha untuk meningkat keahlian UMNO di negara ini.

"Kita sedar dalam PRU ke 14 ini, hampir separuh daripada 12 juta pengundi yang berdaftar merupakan dari golongan muda. Justeru itu, program seperti ini amat penting bagi menarik golongan muda untuk bersama-sama dengan UMNO bagi agar mereka boleh bersama-sama  menggubal dan mencorakkan dasar kerajaan pada masa akan datang.

"Selain itu, kita juga akan mempertimbangkan berhubung soal keahlian otomatik bagi pergerakan sayap seperti yang telah disuarakan di dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Saya rasa ia tidak ada masalah untuk diselaraskan supaya ia menjadi lebih muda bagi mereka yang ingin menyertai pergerakan sayap UMNO di masa akan datang," ujarnya.-MediaUMNO.

shafie-apdal-pelancaran-kempen-keahlian-karnival-puteri-umno-taiping

Kerajaan Serius Tangani Kenaikan Harga Barang – Muhyiddin

Posted: 17 Jan 2014 11:05 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Jan -Langkah meningkatkan pemantauan bagi menentukan faktor-faktor kenaikan harga barang bukan suatu gimik, sebaliknya menunjukkan keseriusan kerajaan menangani beban kos sara hidup rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata penguatkuasaan juga akan dilaksanakan dengan lebih tegas supaya bukan hanya harga barangan dapat dikawal, malah para peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada.

muhyiddin-musa-aman-peniaga-naik-harga-pengguna-barang

“Ini bukan langkah main-main. Bila Kabinet dan Perdana Menteri lantik saya bantu KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), ini menunjukkan kita serius dan dengar suara rakyat. Tidak boleh didiamkan, mesti ada respons segera.

“Ini bukan gimik. Selagi keadaan tidak bertambah baik maka jawatankuasa khas akan lihat semua aspek berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas turun padang memantau situasi harga barang keperluan di empat lokasi di sini, hari ini.

Rabu lepas, Muhyiddin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan beliau bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.

Muhyiddin berkata jawatankuasa itu akan memantau secara menyeluruh pelbagai aspek berkaitan harga barangan seperti bekalan, permintaan dan pendapatan rakyat, selain langkah-langkah fiskal yang telah diambil kerajaan seperti rasionalisasi atau pengurangan secara berperingkat subsidi.

Katanya setakat ini, kerajaan tidak menerima sebarang aduan bekalan khususnya produk pertanian dan perternakan yang tidak mencukupi.

“Sebagai kerajaan kita bertanggungjawab, tidak lepas tangan. Trend hari ini ada pihak yang ambil kesempatan guna kenaikan harga minyak, pengurangan subsidi gula dan gaji minimum (sebagai alasan naikkan harga barang). Bagi saya ini tidak patut,” katanya.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan meneliti trend peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah semata-mata untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Untuk itu, tegas Muhyiddin, setiap peniaga perlu mempamerkan harga jualan barangan masing-masing seperti digariskan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berwajib.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan mempunyai beberapa mekanisme bagi mengawal harga barangan termasuk memperluas permit import untukpenambahan bekalan.

“Ini tiada masalah, pasaran kita terbuka. Ini boleh bantu pengguna dapatkan bekalan yang lebih banyak. Dasarnya ialah membanjiri pasaran dengan produk dan dengan itu (pengguna) boleh dapatkan harga yang lebih rendah dan berpatutan,” katanya.

Selain itu, kata Muhyiddin, undang-undang sedia ada bagi mengawal harga barang masih boleh dikuatkuasakan, namun boleh dikaji semula jika ada keperluan.

Beliau turut meminta rakyat bersabar untuk pihaknya meneliti hasil pemantauan jawatankuasa khas berkenaan yang dijangka selesai sebelum hujung bulan ini.

Kabinet Terima Penambaikan Tangani Banjir – Najib

Posted: 17 Jan 2014 10:44 PM PST

PEKAN, 18 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kabinet telah menerima cadangan penambahbaikan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi menghadapi banjir termasuk sistem amaran awal dan projek tebatan banjir.

Beliau berkata selaras dengan usaha itu, kerajaan akan meminta Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan teknologi terkini dan canggih bagi memastikan sistem pengurusan banjir negara lebih cekap dan berkesan.

“Kerajaan juga akan mempertimbangkan cadangan membina tebatan banjir di kawasan banjir iaitu di Kemaman (Terengganu) yang melibatkan kos RM480 juta dan di Sungai Isap (Kuantan) sebanyak RM700 juta.

najib-rosmah-lawat-banjir-pahang-perhimpunan-umno-2013-sk-sekolah-rompin-bayi

“Selain itu aset-aset tambahan seperti bot dan trak yang berkeupayaan tinggi untuk masuk ke kawasan banjir juga akan dipertimbangkan kerana ia melibatkan kosyang tinggi,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir dalam kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.

Najib dalam pada itu turut menasihatkan agar rakyat membuat persediaan awal mengikut kemampuan masing-masing bagi mengelak keadaan yang lebih buruk ketika menghadapi musim banjir.

“Kita mesti amalkan prinsip ‘sediakan payung sebelum hujan’ bagi mengelak keadaan menjadi lebih rumit ketika musim banjir dengan membuat perbelanjaan (barang keperluan) lebih mengikut kemampuan kita,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kejadian musibah banjir baru-baru ini kerana ia merupakan fenomena alam yang melanda seluruh dunia termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat.

“Macam di Jabor (Terengganu) perubahan iklim dunia telah membawa hujan yang berlebihan iaitu kalau biasanya hujung tahun hujan turun sebanyak 350mm dalam sebulan tapi pada 2 Dis lalu turun sebanyak 777mm dalam masa sehari.

“Bayangkan dalam sehari (jumlah) hujan turun dua kali ganda…inilah fenomena yang menimpa kita…oleh itu kita tak boleh salahkan sesiapa melainkan membuat persediaan untuk mengurangkan kesan musibah banjir,” katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan bantuan RM500 daripada kerajaan pusat dan RM250 daripada kerajaan negeri serta barangan bernilai RM3,000 terdiri peti ais, tilam, bantal, dapur, dan set tv kepada setiap daripada 1,540 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Pekan Disember lepas.

Najib selaku anggota Parlimen Pekan turut menyampaikan sumbangan peribadi periuk nasi elektrik kepada setiap penerima bantuan itu.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT